https://akademi2u.com Cara Jahitan Manik Hujung Lengan Baju merupakan kaedah yang paling mudah untuk dilakukan. Jahitan Manik Hujung Lengan baju biasanya amat disukai oleh mereka yang berhijab atau bertudung. Ini kerana bagi mereka, tiada gunanya dijahit pada leher kerana jika bertudung, jahitan manik akan dilindungi oleh tudung tersebut. Oleh itu, hujung lengan baju menjadi tempat yang sesuai untuk dijahit manik. Justeru, untuk Jahitan Manik Hujung Lengan Baju amatlah mudah kerana anda tidak perlu menggunakan ram ataupun pemidang. Memadailah menggunakan tangan sebagai alas pemidang sewaktu proses jahitan manik hujung lengan baju dilakukan. Ini kerana jika ingin menggunakan pemidang hujung lengan baju itu per lu ditetas untuk anda memasukkan pemidang. Ruang saiz hujung lengan baju yang terhad inilah yang menjadikan penggunaan pemidang tidak diperlukan. Untuk memulakan Jahitan Manik Hujung Lengan Baju, pemilihan manik dan kristal itu penting kerana dengan saiz yang sesuai dan sepadan akan menghasilkan jahitan manik yang cantik. Susunan kristal mengikut saiz dan bentuk yang digabungkan dapat menghasilkan corak yang cantik dan elegan dalam jahitan manik hujung lengan baju anda nanti. Jadi, kali ini Akademi Sulaman Sri Classic memberikan tips kepada anda dalam menjahit manik lengan baju. Jangan lupa untuk meninjau informasi di atas untuk maklumat selanjutnya.