SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
1 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Tugasan Esei: Model ASSURE
1.0 Pengenalan
Rancangan mengajar atau persediaan mengajar perlulah dititikberatkan oleh guru
sebelum memulakan sesipengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara penting
yang juga perlu dipertimbangkan oleh guru semasamenyediakan rancangan mengajar adalah
untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai serta impaknya terhadap penerimaan isi
pelajaran dan pemahaman murid. Dalam membantu guru untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan baik dan berkesan, Model ASSURE yang dikemukakan oleh Heinich et
al. (1982) sesuai digunakan. Model ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu:
i) Analisis pelajar
ii) Nyatakan objektif
iii) Pilih kaedah, media dan bahan
iv) Gunakan media dan bahan
v) Dorong penglibatan pelajar
vi) Nilai dan semak
Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 yang diadakan pada 19
September sehingga 23 September 2016, pelajar PISMP Sains Ambilan Jun 2015 telah
diberikan tugasan projek PBS melalui kursus EDUP3073 Kemahiran Saintifik dan Pengurusan
Makmal Sains. Kami dikehendaki untuk mencipta satu sumber pengajaran dan pembelajaran
yang perlu digunakan untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
Oleh yang demikian, penggunaan model ASSURE ini membantu saya dalam membuat
pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan tugasan tersebut.
1.1 Analisis pelajar
Analisis pelajar merupakan langkah yang penting untuk membantu kita merancang
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada kumpulan sasaran yang telah ditentukan.
Walau bagaimanapun, menganalisis setiap pelajar merupakan tindakan yang mustahil dan
sukar dilaksanakan. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk memilih kaedah pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan ciri-ciri umum, pengetahuan sedia ada dan gaya
pembelajaran. Dari aspek ciri-ciri umum, guru boleh menentukan bahan-bahan pengajaran
melalui jenis pelajar yang umum. Bagi murid yang lemah, guru digalakkan untuk
menggunakan bahan-bahan yang maujud atau penggunaan gambar. Bagi pelajar yang
2 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
kurang memberi komitmen terhadap mata pelajaran yang tertentu, guru boleh melibatkan
murid-muridnya untuk melakukan aktiviti kinestetik seperti simulasi, drama dan sebagainya
kerana aktiviti seperti ini dapat merangsang pembelajaran mereka. Dari aspek pengetahuan
sedia ada, guru boleh membantu muridnya untuk membina pengetahuannya secara
konstruktivis. Sebagai contoh, aktiviti seperti sumbangsaran dan sesi soal jawab di dalam
kelas boleh meningkatkan pengetahuan mereka secara tidak langsung. Selain itu, guru juga
perlu pertimbangkan gaya pembelajaran setiap murid-muridnya kerana gaya pembelajaran
seorang individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi,
merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 di SK Gayang,
Tuaran, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menganalisis murid Tahun 4 Juara.
Semasa menganalisis, guru dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap
pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran kerana terdapat perbezaan
individu dalam kalangan murid. Menganalisis murid dapat membantu guru untuk memilih
bahan bantu mengajar atau media yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Semasa
menganalisis secara purata, murid-murid Tahun 4 Juara telah menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Selain itu, kebanyakan mereka masih lemah dan belum menguasai
kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.
1.2 Nyatakan objektif
Menurut Gagne (1985), murid akan terdorong untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti
pembelajaran dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut. Pengetahuan ini membantu
mereka bersedia menghadapi sesi pembelajaran. Pemerhatian menunjukkan murid-murid
tidak mengetahui tentang apa-apa yang diperlukan daripada mereka biasanya tidak
memberikan perhatian, meneruskan perbualan dengan rakan-rakan sekelasnya dan mungkin
tidak mengambil tahu atau tidak berminat dengan proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu
menyediakan objektif pembelajaran yang realistik, sejajar dan sesuai dengan tahap
pencapaian muridnya. Semasa PBS Fasa 2, saya telah menetapkan objektif untuk
meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Juara.
1.3 Pilih kaedah, media dan bahan
Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik yang sukar dan
memerlukan masa yang lebih lama untuk difahami oleh murid. Oleh itu, guru mengambil
3 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
pendekatan dengan menggunakan contoh dan ilustrasi yang sesuai dalam pengajarannya di
dalam kelas. Kemahiran menerangkan dapat membantu guru menyampaikan topik dalam
bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik dan sesuai supaya mudah
difahami oleh murid. Kemahiran menggunakan contoh, ilustrasi dan bahan bantu mengajar
penting kerana dapat membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tepat serta memudahkan
murid menerima sesuatu konsep yang diajar. Oleh itu, semasa saya menjalankan PBS Fasa
2, saya menggunakan media perisian Scratch sebagai bahan bantu mengajar saya. Bagi
pandangan saya, media Scratch digunakan kerana ia berbentuk animasi yang dapat menarik
minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
1.4 Gunakan media dan bahan sumber
Bagi memastikan kejayaan penggunaan media pengajaran saya iaitu media Scratch,
saya melakukan beberapa peringkat semakan untuk memastikan tiada kesalahan
penggunaan istilah, sesuai untuk murid-murid Tahun 4 dan berada dalam keadaan yang baik.
Semasa menjalankan sesi PdP bersama murid Tahun 4 Juara, saya memilih makmal
komputer kerana memudahkan saya untuk mendapat bekalan elektrik bagi menggunakan
projektor LCD dan layar untuk menunjukkan Scratch kepada murid-murid yang terlibat.
1.5 Dorong penglibatan pelajar
Menurut Piaget (1974), pembelajaran ialah suatu proses konstruktif. Piaget menyarankan
penglibatan aktif untuk memberikan peluang kepada individu membina pengetahuannya
sendiri. Penglibatan aktif bererti pembelajaran bertumpu kepada murid dan guru memainkan
peranan sebagai fasilitator. Penglibatan aktif tidak terhad kepada manipulasi objek secara
fizikal tetapi melibatkan manipulasi mental seperti idea. Penglibatan aktif dalam proses
pengajaran mengurangkan kebosanan murid dan memberikan peluang kepada mereka untuk
bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.
Oleh itu, saya telah memilih 10 orang murid secara rawak dari kelas 4 Juara untuk
dijadikan responden bagi media Scratch yang telah saya hasilkan. Sebelum memulakan
pertunjukkan Scratch kepada murid-murid saya, saya meminta mereka untuk menjawab ujian
pra (akan diterangkan pada elemen menilai dan semak) tentang kemahiran manipulatif dan
kemahiran saintifik. Setelah siap menjawab ujian, saya bertanya pandangan mereka secara
individu terhadap kemahiran-kemahiran manipulatif yang mereka ketahui. Kemudian, saya
menunjukkan media Scratch saya selama 20 minit. Semasa tayangan media Scratch
berlangsung, saya memerhati murid-murid saya memberikan tahap fokus yang maksima. Ini
4 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
kerana media Scratch tersebut bentuk animasi dan mampu untuk menarik minat murid dalam
proses belajar.
Dalam media Scratchtersebut, terdapat sesi pengajaran dan pembelajaran tentang bahan
dan radas yang terdapat di dalam makmal sains serta 10 kuiz yang berkaitan dengan
kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif. Untuk mengekalkan penglibatan murid-murid
saya secara aktif, saya meminta 5 orang murid satu demi satu untuk menjawab kuiz atas
pilihan mereka sendiri. Saya menggalakkan murid-muridsaya untuk membantu rakan mereka
semasamenjawabsoalan kuiz tersebut. Galakan ini dapat mencetus perbincangan kumpulan,
penjanaan idea, penyelesaian masalah serta menimbulkan sikap bekerjasama antara murid-
murid. Pengalaman rasa berjaya murid dapat mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti
pembelajaran. Oleh yang demikian, saya memberikan maklum balas sebaik sahaja murid
menjawab soalan dengan betul.
1.6 Menilai
Guru perlu menganalisis dan menilai kebekesanan amalan beliau, pendekatan,
strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar serta
bentuk penilaian yang digunakan semasa pengajaran. Guru harus bertanggungjawab dan
bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan berlakunya kesilapan dan membuat
perubahan, bersedia mencuba alternatif yang lain, mendengar serta mempertimbangkan
maklumat daripada sumber-sumber lain. Budaya refleksi membantu guru meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran.
Untuk menilai prestasi pelajar dalam kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik,
saya membuat dua jenis penilaian formal dalam bentuk ujian. Ujian berikut merujuk kepada
ujian pra (lampiran 1) dan ujian pos (lampiran 2). Ujian pra dilaksanakan sebelum tayangan
media Scratch manakala ujian pos pula dilaksanakan selepas tayangan media Scratch. Ujian
pra dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana pengetahuan murid-murid ini
tentang kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik yang dipelajari di dalam sukatan mata
pelajaran Sains Tahun 4. Ujian pos pula dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti samada
terdapat peningkatan dalam pemahaman dan pengetahuan murid-murid terhadap kemahiran
manipulatif dan kemahiran saintifik. Kedua-dua ujian mengandungi soalan aras kefahaman
yang sederhana. Penilaian prestasi pelajar adalah berdasarkan rubrik pemarkahan seperti
berikut:
5 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Markah
Kriteria
Penilaian
Cemerlang
(9-10)
Baik
(7-8)
Memuaskan
(4-6)
Lemah
(0-3)
 Mengetahui nama
radas serta
menghuraikan
kegunaannya di
dalam makmal sains
dengan jelas dan
relevan.
 Mengetahui dan
menjawab cara untuk
mengukur bacaan
pada silinder
penyukat
menggunakan teknik
yang betul dan tepat.
 Mengetahui
kemahiran saintifik
dengan lengkap dan
langkah-langkah
keselamatan di
dalam makmal sains
 Mengetahui nama
radas serta
menyatakan
kegunaannya di
dalam makmal
sains.
 Mengetahui cara
mengukur bacaan
silinder penyukat
dengan betul.
 Mengetahui
tentang
kemahiran
saintifik hanya
sederhana
lengkap dan
langkah-langkah
keselamatan di
dalam makmal
sains
 Mengetahui nama
radas dan kurang pasti
dengan kegunaannya
di dalam makmal
sains.
 Mengetahui cara
mengukur bacaan
pada silinder penyukat
tetapi tidak dapat
dijelaskan dengan
betul.
 Kurang pemahaman
tentang kemahiran
saintifik dan langkah-
langkah keselematan
di dalam makmal sains
 Tidak mengetahui
nama radas dan
kegunaannya di dalam
makmal sains.
 Tidak mengetahui cara
untuk mengukur
bacaan pada silinder
penyukat.
 Jawapan kurang
relevan
Jadual 1: Rubrik penilaian markah bagi ujian pra dan ujian pos
6 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Rubrik penilaian di atas menunjukkan kriteria penilaian untuk murid-muridmelalui ujian
pra dan juga ujian pos. Markah bagi setiap ujian tersebut akan menjadi indikator tahap
pencapaian murid-murid sebelum dan selepas media Scratch. Jadual di bawah menunjukkan
jumlah markah murid-murid yang terlibat:
Bil. NAMA MURID MARKAH UJIAN
PRA
MARKAH UJIAN
POS
1 Afza Afifah Aleya binti Jafnar 6 9
2 Fathi Azimi bin Ali 5 9
3 Mohammad Alif Farhan bin Rosman 5 9
4 Mohd Leswan Tan 6 9
5 Muhd Arif Jon Ket bin Muhd Hanafiah
Chong Abdullah
9 10
6 Nur Afrina binti Mohd Zaki 7 9
7 Nurul Mis Ayunie binti Jefry 5 9
8 Nor Ain binti Harun 3 8
9 Nor Farizhan Shah bin Nor Herman 8 9
10 Nor Fatin Natasha binti Madley 1 9
Min markah 5.5 9.0
Jadual 2: Jadual pemarkahan ujian pra dan uijan pos setiap murid
Carta Pai 1: Peratusan pemarkahan ujian pra
Cemerlang
10%
Baik
20%
Memuaskan
50%
Lemah
20%
Markah Ujian Pra
7 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Carta Pai 2: Peratusan pemarkahan ujian pos
Berdasarkan Jadual 2 di atas, semua murid menunjukkan peningkatan markah dari
ujian pra ke ujian pos. Carta Pai 1 dan Carta Pai 2 menunjukkan perbezaan peratusan
pemarkahan semasa ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan Carta Pai 1, 20% murid berada
pada tahap lemah dan tahap baik. Majoriti 50% murid berada pada tahap memuaskan dan
hanya 10% murid sahaja yang mencapai tahap cemerlang. Berdasarkan Carta Pai 2 pula,
90% daripada mereka telah mencapai tahap cemerlang dan hanya 10% memperoleh tahap
baik. Statistik ini menunjukkan bahawa semua murid telah mencapai objektif pengajaran iaitu
untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang kemahiran manipulatif dan
kemahiran saintifik. Peningkatan ini dapat dilihat dengan ketara oleh Nor Fatin Natasha (10)
apabila dia memperoleh 1 markah sahaja semasa menjawab ujian pra. Sesudah media
Scratch ditayangkan, pemahaman dan pengetahuannya tentang kemahiran saintifik dan
kemahiran manipulatif meningkat secara drastik sehingga mencapai 9 markah. Peningkatan
dalam markah ini juga menunjukkan bahawa media PdP yang saya hasilkan adalah sesuai
dan berkesan dalam menguasai pembelajaran bagi topik kemahiran manipulatif dan
kemahiran saintifik.
Cemerlang
90%
Baik
10%
Markah Ujian Pos
8 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Lampiran
Gambar 1: Murid-murid 4 Juara yang saya pilih secara rawak untuk dijadikan responden
bagi tugasan PBS.
9 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Rujukan
Arbaanis Shamsuddin (2013). Analisis Model ASSURE. Diakses pada 3 Oktober 2016 di
laman web http://www.slideshare.net/arbaanisshamsuddin/analisis-model-assure
Check Wan (2012). Model ASSURE. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web
http://rujukpendidik.blogspot.my/2012/10/model-assure.html
Gagne, R.M. (1985). The Conditions of learning and theory of instruction. New York: CBS
College Publishing.
Piaget, J. (1974). Understanding Casuality. (D. Miles & M. Miles, Trans.), New York; Norton
Rashid, N., Ying, B. P., Syed Ahmad, S. F., & Wan Hassan, W. K. (2012). Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shaiful Bahri (2012). Model ASSURE. Diakses pada 1 Oktober 2016 di laman web
http://shaifulbahri66.blogspot.my/2012/10/model-assure.html
10 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
LAMPIRAN 1: UJIAN PRA
11 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
LAMPIRAN 2: UJIAN POS

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
Sohib AlQuran
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Wan Nor Faezah
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
tanaipoh
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
tamya65
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
firo HAR
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Kanageswary Karunamoothei
 

Was ist angesagt? (20)

Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Pedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdfPedagogi antik.pdf
Pedagogi antik.pdf
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Objek Pembelajaran
Objek PembelajaranObjek Pembelajaran
Objek Pembelajaran
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 

Ähnlich wie Model ASSURE (Kajian Kes)

Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
Ryabbi Imp
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
limteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
limteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
thong
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
SiswatiSiswati5
 
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
yunita M
 
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdfLk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
PebriFitri
 

Ähnlich wie Model ASSURE (Kajian Kes) (20)

Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT  BELAJAR MATEMATIKA PE...
PENGGUNAAN MEDIA AUDIO VISUAL UNTUK MENINGKATKAN MINAT BELAJAR MATEMATIKA PE...
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Ptk aditya
Ptk adityaPtk aditya
Ptk aditya
 
Presentasi Best Practice.pptx
Presentasi Best Practice.pptxPresentasi Best Practice.pptx
Presentasi Best Practice.pptx
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
 
Untitled design.pptx
Untitled design.pptxUntitled design.pptx
Untitled design.pptx
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V LPKP UT BAB I - BAB V
LPKP UT BAB I - BAB V
 
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
Mengajar dengan metode penemuan, creative problem solving, problem posing, da...
 
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdfLk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
Lk 3.1 Best practice, PPG Daljab Kategori 2 Tahun 2022.pdf
 

Mehr von Atifah Ruzana Abd Wahab

Mehr von Atifah Ruzana Abd Wahab (20)

Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
 
RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
RPH Sains Tahun 6 KSSR : GerhanaRPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahJenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
 
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatPenyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
 
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan GimnospermaKajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
 
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
 
Kajian Literatur : Double Stemcell
Kajian Literatur : Double StemcellKajian Literatur : Double Stemcell
Kajian Literatur : Double Stemcell
 
Amali matahari terbenam
Amali matahari terbenamAmali matahari terbenam
Amali matahari terbenam
 
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
 
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuacaAmali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
 
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepasSumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
 
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan KepercayaanKonsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
 
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial
 

Kürzlich hochgeladen

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 

Model ASSURE (Kajian Kes)

  • 1. 1 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tugasan Esei: Model ASSURE 1.0 Pengenalan Rancangan mengajar atau persediaan mengajar perlulah dititikberatkan oleh guru sebelum memulakan sesipengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara penting yang juga perlu dipertimbangkan oleh guru semasamenyediakan rancangan mengajar adalah untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Dalam membantu guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan, Model ASSURE yang dikemukakan oleh Heinich et al. (1982) sesuai digunakan. Model ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu: i) Analisis pelajar ii) Nyatakan objektif iii) Pilih kaedah, media dan bahan iv) Gunakan media dan bahan v) Dorong penglibatan pelajar vi) Nilai dan semak Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 yang diadakan pada 19 September sehingga 23 September 2016, pelajar PISMP Sains Ambilan Jun 2015 telah diberikan tugasan projek PBS melalui kursus EDUP3073 Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains. Kami dikehendaki untuk mencipta satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Oleh yang demikian, penggunaan model ASSURE ini membantu saya dalam membuat pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan tugasan tersebut. 1.1 Analisis pelajar Analisis pelajar merupakan langkah yang penting untuk membantu kita merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada kumpulan sasaran yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun, menganalisis setiap pelajar merupakan tindakan yang mustahil dan sukar dilaksanakan. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ciri-ciri umum, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran. Dari aspek ciri-ciri umum, guru boleh menentukan bahan-bahan pengajaran melalui jenis pelajar yang umum. Bagi murid yang lemah, guru digalakkan untuk menggunakan bahan-bahan yang maujud atau penggunaan gambar. Bagi pelajar yang
  • 2. 2 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran kurang memberi komitmen terhadap mata pelajaran yang tertentu, guru boleh melibatkan murid-muridnya untuk melakukan aktiviti kinestetik seperti simulasi, drama dan sebagainya kerana aktiviti seperti ini dapat merangsang pembelajaran mereka. Dari aspek pengetahuan sedia ada, guru boleh membantu muridnya untuk membina pengetahuannya secara konstruktivis. Sebagai contoh, aktiviti seperti sumbangsaran dan sesi soal jawab di dalam kelas boleh meningkatkan pengetahuan mereka secara tidak langsung. Selain itu, guru juga perlu pertimbangkan gaya pembelajaran setiap murid-muridnya kerana gaya pembelajaran seorang individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 2 di SK Gayang, Tuaran, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menganalisis murid Tahun 4 Juara. Semasa menganalisis, guru dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran kerana terdapat perbezaan individu dalam kalangan murid. Menganalisis murid dapat membantu guru untuk memilih bahan bantu mengajar atau media yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Semasa menganalisis secara purata, murid-murid Tahun 4 Juara telah menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, kebanyakan mereka masih lemah dan belum menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif. 1.2 Nyatakan objektif Menurut Gagne (1985), murid akan terdorong untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti pembelajaran dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut. Pengetahuan ini membantu mereka bersedia menghadapi sesi pembelajaran. Pemerhatian menunjukkan murid-murid tidak mengetahui tentang apa-apa yang diperlukan daripada mereka biasanya tidak memberikan perhatian, meneruskan perbualan dengan rakan-rakan sekelasnya dan mungkin tidak mengambil tahu atau tidak berminat dengan proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu menyediakan objektif pembelajaran yang realistik, sejajar dan sesuai dengan tahap pencapaian muridnya. Semasa PBS Fasa 2, saya telah menetapkan objektif untuk meningkatkan kemahiran manipulatif dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Juara. 1.3 Pilih kaedah, media dan bahan Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan mengetahui topik yang sukar dan memerlukan masa yang lebih lama untuk difahami oleh murid. Oleh itu, guru mengambil
  • 3. 3 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran pendekatan dengan menggunakan contoh dan ilustrasi yang sesuai dalam pengajarannya di dalam kelas. Kemahiran menerangkan dapat membantu guru menyampaikan topik dalam bentuk yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik dan sesuai supaya mudah difahami oleh murid. Kemahiran menggunakan contoh, ilustrasi dan bahan bantu mengajar penting kerana dapat membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tepat serta memudahkan murid menerima sesuatu konsep yang diajar. Oleh itu, semasa saya menjalankan PBS Fasa 2, saya menggunakan media perisian Scratch sebagai bahan bantu mengajar saya. Bagi pandangan saya, media Scratch digunakan kerana ia berbentuk animasi yang dapat menarik minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 1.4 Gunakan media dan bahan sumber Bagi memastikan kejayaan penggunaan media pengajaran saya iaitu media Scratch, saya melakukan beberapa peringkat semakan untuk memastikan tiada kesalahan penggunaan istilah, sesuai untuk murid-murid Tahun 4 dan berada dalam keadaan yang baik. Semasa menjalankan sesi PdP bersama murid Tahun 4 Juara, saya memilih makmal komputer kerana memudahkan saya untuk mendapat bekalan elektrik bagi menggunakan projektor LCD dan layar untuk menunjukkan Scratch kepada murid-murid yang terlibat. 1.5 Dorong penglibatan pelajar Menurut Piaget (1974), pembelajaran ialah suatu proses konstruktif. Piaget menyarankan penglibatan aktif untuk memberikan peluang kepada individu membina pengetahuannya sendiri. Penglibatan aktif bererti pembelajaran bertumpu kepada murid dan guru memainkan peranan sebagai fasilitator. Penglibatan aktif tidak terhad kepada manipulasi objek secara fizikal tetapi melibatkan manipulasi mental seperti idea. Penglibatan aktif dalam proses pengajaran mengurangkan kebosanan murid dan memberikan peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Oleh itu, saya telah memilih 10 orang murid secara rawak dari kelas 4 Juara untuk dijadikan responden bagi media Scratch yang telah saya hasilkan. Sebelum memulakan pertunjukkan Scratch kepada murid-murid saya, saya meminta mereka untuk menjawab ujian pra (akan diterangkan pada elemen menilai dan semak) tentang kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Setelah siap menjawab ujian, saya bertanya pandangan mereka secara individu terhadap kemahiran-kemahiran manipulatif yang mereka ketahui. Kemudian, saya menunjukkan media Scratch saya selama 20 minit. Semasa tayangan media Scratch berlangsung, saya memerhati murid-murid saya memberikan tahap fokus yang maksima. Ini
  • 4. 4 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran kerana media Scratch tersebut bentuk animasi dan mampu untuk menarik minat murid dalam proses belajar. Dalam media Scratchtersebut, terdapat sesi pengajaran dan pembelajaran tentang bahan dan radas yang terdapat di dalam makmal sains serta 10 kuiz yang berkaitan dengan kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif. Untuk mengekalkan penglibatan murid-murid saya secara aktif, saya meminta 5 orang murid satu demi satu untuk menjawab kuiz atas pilihan mereka sendiri. Saya menggalakkan murid-muridsaya untuk membantu rakan mereka semasamenjawabsoalan kuiz tersebut. Galakan ini dapat mencetus perbincangan kumpulan, penjanaan idea, penyelesaian masalah serta menimbulkan sikap bekerjasama antara murid- murid. Pengalaman rasa berjaya murid dapat mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, saya memberikan maklum balas sebaik sahaja murid menjawab soalan dengan betul. 1.6 Menilai Guru perlu menganalisis dan menilai kebekesanan amalan beliau, pendekatan, strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar serta bentuk penilaian yang digunakan semasa pengajaran. Guru harus bertanggungjawab dan bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan berlakunya kesilapan dan membuat perubahan, bersedia mencuba alternatif yang lain, mendengar serta mempertimbangkan maklumat daripada sumber-sumber lain. Budaya refleksi membantu guru meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Untuk menilai prestasi pelajar dalam kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik, saya membuat dua jenis penilaian formal dalam bentuk ujian. Ujian berikut merujuk kepada ujian pra (lampiran 1) dan ujian pos (lampiran 2). Ujian pra dilaksanakan sebelum tayangan media Scratch manakala ujian pos pula dilaksanakan selepas tayangan media Scratch. Ujian pra dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana pengetahuan murid-murid ini tentang kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik yang dipelajari di dalam sukatan mata pelajaran Sains Tahun 4. Ujian pos pula dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat peningkatan dalam pemahaman dan pengetahuan murid-murid terhadap kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Kedua-dua ujian mengandungi soalan aras kefahaman yang sederhana. Penilaian prestasi pelajar adalah berdasarkan rubrik pemarkahan seperti berikut:
  • 5. 5 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Markah Kriteria Penilaian Cemerlang (9-10) Baik (7-8) Memuaskan (4-6) Lemah (0-3)  Mengetahui nama radas serta menghuraikan kegunaannya di dalam makmal sains dengan jelas dan relevan.  Mengetahui dan menjawab cara untuk mengukur bacaan pada silinder penyukat menggunakan teknik yang betul dan tepat.  Mengetahui kemahiran saintifik dengan lengkap dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal sains  Mengetahui nama radas serta menyatakan kegunaannya di dalam makmal sains.  Mengetahui cara mengukur bacaan silinder penyukat dengan betul.  Mengetahui tentang kemahiran saintifik hanya sederhana lengkap dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal sains  Mengetahui nama radas dan kurang pasti dengan kegunaannya di dalam makmal sains.  Mengetahui cara mengukur bacaan pada silinder penyukat tetapi tidak dapat dijelaskan dengan betul.  Kurang pemahaman tentang kemahiran saintifik dan langkah- langkah keselematan di dalam makmal sains  Tidak mengetahui nama radas dan kegunaannya di dalam makmal sains.  Tidak mengetahui cara untuk mengukur bacaan pada silinder penyukat.  Jawapan kurang relevan Jadual 1: Rubrik penilaian markah bagi ujian pra dan ujian pos
  • 6. 6 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Rubrik penilaian di atas menunjukkan kriteria penilaian untuk murid-muridmelalui ujian pra dan juga ujian pos. Markah bagi setiap ujian tersebut akan menjadi indikator tahap pencapaian murid-murid sebelum dan selepas media Scratch. Jadual di bawah menunjukkan jumlah markah murid-murid yang terlibat: Bil. NAMA MURID MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN POS 1 Afza Afifah Aleya binti Jafnar 6 9 2 Fathi Azimi bin Ali 5 9 3 Mohammad Alif Farhan bin Rosman 5 9 4 Mohd Leswan Tan 6 9 5 Muhd Arif Jon Ket bin Muhd Hanafiah Chong Abdullah 9 10 6 Nur Afrina binti Mohd Zaki 7 9 7 Nurul Mis Ayunie binti Jefry 5 9 8 Nor Ain binti Harun 3 8 9 Nor Farizhan Shah bin Nor Herman 8 9 10 Nor Fatin Natasha binti Madley 1 9 Min markah 5.5 9.0 Jadual 2: Jadual pemarkahan ujian pra dan uijan pos setiap murid Carta Pai 1: Peratusan pemarkahan ujian pra Cemerlang 10% Baik 20% Memuaskan 50% Lemah 20% Markah Ujian Pra
  • 7. 7 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Carta Pai 2: Peratusan pemarkahan ujian pos Berdasarkan Jadual 2 di atas, semua murid menunjukkan peningkatan markah dari ujian pra ke ujian pos. Carta Pai 1 dan Carta Pai 2 menunjukkan perbezaan peratusan pemarkahan semasa ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan Carta Pai 1, 20% murid berada pada tahap lemah dan tahap baik. Majoriti 50% murid berada pada tahap memuaskan dan hanya 10% murid sahaja yang mencapai tahap cemerlang. Berdasarkan Carta Pai 2 pula, 90% daripada mereka telah mencapai tahap cemerlang dan hanya 10% memperoleh tahap baik. Statistik ini menunjukkan bahawa semua murid telah mencapai objektif pengajaran iaitu untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Peningkatan ini dapat dilihat dengan ketara oleh Nor Fatin Natasha (10) apabila dia memperoleh 1 markah sahaja semasa menjawab ujian pra. Sesudah media Scratch ditayangkan, pemahaman dan pengetahuannya tentang kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif meningkat secara drastik sehingga mencapai 9 markah. Peningkatan dalam markah ini juga menunjukkan bahawa media PdP yang saya hasilkan adalah sesuai dan berkesan dalam menguasai pembelajaran bagi topik kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Cemerlang 90% Baik 10% Markah Ujian Pos
  • 8. 8 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Lampiran Gambar 1: Murid-murid 4 Juara yang saya pilih secara rawak untuk dijadikan responden bagi tugasan PBS.
  • 9. 9 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Rujukan Arbaanis Shamsuddin (2013). Analisis Model ASSURE. Diakses pada 3 Oktober 2016 di laman web http://www.slideshare.net/arbaanisshamsuddin/analisis-model-assure Check Wan (2012). Model ASSURE. Diakses pada 2 Oktober 2016 di laman web http://rujukpendidik.blogspot.my/2012/10/model-assure.html Gagne, R.M. (1985). The Conditions of learning and theory of instruction. New York: CBS College Publishing. Piaget, J. (1974). Understanding Casuality. (D. Miles & M. Miles, Trans.), New York; Norton Rashid, N., Ying, B. P., Syed Ahmad, S. F., & Wan Hassan, W. K. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shaiful Bahri (2012). Model ASSURE. Diakses pada 1 Oktober 2016 di laman web http://shaifulbahri66.blogspot.my/2012/10/model-assure.html
  • 10. 10 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran LAMPIRAN 1: UJIAN PRA
  • 11. 11 EDUP3053 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran LAMPIRAN 2: UJIAN POS