SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                  Asas Pengurusan




                               UNIT 12 : PEMBUATAN KEPUTUSAN




 Objektif Pembelajarn : Memahami dan mengetahui fungsi pembuatan keputusan
                     dalam   sesebuah organisasi.




 Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat:


      •   Mendefinisikan pembuatan keputusan
      •   Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat.
      •   Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan
      •   Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan.
      •   Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                       Asas Pengurusan




                              PEMBUATAN KEPUTUSAN




12.0 Pengenalan


Membuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang individu
terutama bagi seorang pengurus. Seorang pengurus tidak dapat lari daripada membuat
keputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks. Keputusan yang
dibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau bangunnya sesebuah
organisasi.


12.1 Definisi


•   Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua ( 2 ) atau lebih alternatif
     yang ada.
•   Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan
     masalah yang dihadapi.


12.2 Keperluan Membuat Keputusan


•     Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga
      perlu membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi.
      Disebabkan oleh kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam
      organisasi maka perlu ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang
      penting bertanggungjawab dalam membuat keputusan organisasi. Aspek yang
      dibentuk bergantung kepada dua ( 2 ) faktor iaitu skop keputusan yang hendak
      dibuat dan tahap pengurusan.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                     Asas Pengurusan


•      Skop keputusan adalah merujuk kepada peratus bahagian daripada sistem
       pengurusan keseluruhan yang mendapat kesan daripada keputusan yang dibuat.
       Semakin besar bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop sesuatu keputusan.


•      Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang
       bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.




12.3   Jenis dan Keadaan Dalam Membuat Keputusan.


       12.3.1 Jenis Keputusan


       a) Keputusan Terprogram


       •    Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali.
            Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah
            untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang
            disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut.
            Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama
            bagi masalah yang sama


       b)   Keputusan Tidak Terprogram


       •    Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang
            berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui
            dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa
            membuat keputusan ini memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan
            mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                      Asas Pengurusan


      12.3.2 Keadaan Membuat Keputusan


      a)   Kepastian


      •    Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus
           mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat.
           Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai
           sesuatu perkara dan ini membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil
           yang akan diperolehi bagi setiap alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang
           akan diperolehi oleh organisasi jika membuat pelaburan dalam bidang
           kewangan.


      b) Risiko


      •    Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini adalah kerana
           pengurus mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan
           hasil sesuatu keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap.
           Mempunyai kesan ke atas tindakan yang akan dilakukan samada berjaya
           atau pun tidak berjaya. Sebagai contoh, pengambilan pekerja baru secara
           besar-besaran untuk meningkatkan jualan.




      c)    Ketidakpastian


      •                     Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat
            langsung berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan
            ini biasanya berlaku apabila pengurus tidak mempunyai data atau
            maklumat langsung berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada masa
            hadapan Maka pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting
            dan berupaya untuk berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan
            organisasi untuk memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                         Asas Pengurusan


   12.4       Teknik Membuat Keputusan Secara Berkumpulan


      •   “Brainstorming”
             Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan
             idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan.
             Teknik ini perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli
             menyumbangkan sebanyak mungkin alternatif dan keputusan yang logik
             bagi menyelesaikan masalah dan mebuat sesuatu keputusan. Daripada
             alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih dan
             alternatif yang lain akan diabaikan.


      •   Nominal
             Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai
             penglibatan yang sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah:
             ( a) setiap     ahli   mencatakan   idea    tentang   satu   masalah    yang
                    dibincangkan.
             ( b ) setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh
                    ahli-ahli yang lain.
             ( c ) setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan.
             (d)     selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan
                     agreggat tertinggi secara senyap.


      •   Delphi
             Teknik ini merupakan proses membuat keputusan yang melibatkan soal
             selidik mengenai satu masalah yang khusus di kalangan ahli-ahli
             kumpulan., berkongsi keputusan dan meneruskan lagi soalselidik
             tersebut dan memberi maklumbalas sehingga satu persetujuan bersama
             dicapai.




               Teknik manakah yang akan anda pilih apabila ingin membuat
               keputusan berkaitan dengan tajuk projek bagi kumpulan anda?
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                             Asas Pengurusan




                                            AKTIVITI 12 A




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……!!!
Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.




Arahan : Bulatkan jawapan yang betul:


12.1 Keputusan adalah pilihan yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif
                                                                                        (B/S)


12.2 Semakin luas skop keputusan yang perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus
     yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut.                                   (B/S)


12.3 Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulangkali.                      (B/S)


12.4 Teknik Delphi adalah proses membuat keputusan dalam kumpulan di mana setiap
     ahli akan mendapat peluang yang sama dalam membuat keputusan.                     (B/S)


12.5 Teknik “Brainstorming” banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah.
                                                                                        (B/S)


Soalan Esei.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                     Asas Pengurusan




12.6 Bezakan di antara keputusan terprogram dan keputusan tidak terprogram.


12.7 Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud dalam membuat keputusan




                            MAKLUMBALAS AKTIVITI




AKTIVITI 12 A


Betul / Salah


12.1 B
12.2 S
12.3 B
12.4 S
12.5 S


Soalan esei.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                      Asas Pengurusan


12.6 Keputusan Terprogram.
Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-
keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan.
Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat
keputusan yang sama bagi masalah yang sama.


Keputusan Tak Terprogram.
Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.
Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-
masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlu
perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil
satu-satu keputusan.


12. 7
   a) Kepastian
   b) Risiko
   c) Ketidakpastian
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                             Asas Pengurusan




   12.5        Proses Membuat Keputusan


      Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan
      alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif.


      Langkah 1: Mengenalpasti Masalah




             Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku.
             Apakah     penyebab     kepada    masalah     tersebut?    Pengurus        perlu
             mengumpulkan       maklumat-maklumat      penting   dan    petanda-petanda
             penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang dihadapi.
             Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah
             untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan
             produk organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebab-
             sebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh
             kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang
             rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                       Asas Pengurusan


      Langkah 2: Mewujudkan alternatif




             Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa
             kemungkinan alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat-
             maklumat yang lebih penting diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian
             bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus perlu
             melibatkan     seramai   mungkin     pekerja   kerana   mereka   mungkin
             mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan
             masalah tersebut. Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak
             alternatif   yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah
             yang hanya ada satu cara untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu
             mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.
             Teknik “brainstorming” banyak digunakan dalam mencari idea yang
             bernas dan kreatif.
             Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan
             ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi dan
             meningkatkan kualiti barangan.




      Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif




            Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas
            setiap alternatif dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                         Asas Pengurusan


            bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif
            bagi mencari yang terbaik. Dalam           penilaian   ini pengurus perlu
            menimbangkan 4 perkara:


             Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi
                alternatif yang dipilih
             Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.
                Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif
                tersebut
             Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.
             Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.


            Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat
            untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada
            beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang
            terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi
            maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang terbaik untuk
            dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas.




      Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan




            Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk
            rancangan      untuk melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk.
            Pengurus melihat kemungkinan kesan kepada tindakan–tindakan yang
            dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik
            maka peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                     Asas Pengurusan


             Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih
             promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja
             mestilah bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih
             agresif. Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif
             yang diambil merupakan alternatif yang terbaik.




      Langkah 5: Menilai Hasil




             Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil
             yang diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun
             tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan
             jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah
             dijalankan semula dan mengambil tindakan pembetulan.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                     Asas Pengurusan




                                   AKTIVITI 12 B




Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!!
Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.




Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:


12.8 Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah perlaksanaan.
                                                                                (B/S)


12.9 Setiap masalah mempunyai hanya satu alternatif penyelesaian.
                                                                                (B/S)


12.10 Penyelidik mencadangkan bahawa teknik brainstorming akan menjadi lebih efektif
     apabila melibatkan seorang individu sahaja.
                                                                                (B/S)


12.11 Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu
     kumpulan alternatif.
                                                                                (B/S)


12.12 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah.
                                                                                (B/S)
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                  Asas Pengurusan


Soalan Esei




12.13 Jelaskan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian
      alternatif.




12.14 Anda dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan
      berdasarkan masalah yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian
      dan terangkan bagaimana penilaian dilakukan terhadap pemilihan alternatif
      tersebut.




                           MAKLUMBALAS AKTIVITI




AKTIVITI 12 B


Betul / Salah


12.8 S
12.9 S
12.10 S
12.11 B
12.12 S
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                         Asas Pengurusan




Soalan esei


Soalan 12.13


       •   Kelebihan dan kelemahan setiap laternatif yang dipilih
       •   Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi
       •   Kos–faedah apabila memilih alternatif tersebut
       •   Perbandingan setiap alternatif yang dipilih


Soalan 12.14


             Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif
              yang dipilih
        Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-
              kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut
        Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.
        Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.




                                  PENILAIAN KENDIRI
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                         Asas Pengurusan


Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda.


Selamat Mencuba semoga berjaya!!!!!




Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan dibawah.


     1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan
       masalah-masalah rutin dan biasa berlaku.
                                                                                       (B/
S)


     2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat yang hanya mencukupi untuk setiap
       alternatif yang dipilih.
                                                                                    (B/S)


Soalan esei


Huraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                   Asas Pengurusan




                         MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


1.      S
2.      B


Soalan esei


     1. Langkah-langkah tersebut adalah;
            •   Mengenalpasti Masalah
            •   Mewujudkan Alternatif
            •   Menilai dan Memilih Alternatif
            •   Melaksanakan Alternatif


     2. Huraian setiap langkah
        Langkah 1: Mengenalpasti Masalah
            •   Lewat ke tempat kerja, terpaksa berebut menaiki bas


        Langkah 2: Mewujudkan Alternatif
            •   Kereta jenis apa, buatan mana, harga, baru/lama
            •   Tempat pembelian


        Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif
PEMBUATAN KEPUTUSAN                                                        Asas Pengurusan


         •   Menilai setiap alternatif yang dibuat berdasarkan kebaikan/keburukan
             setiap alternatif yang dipilih.
         •   Kereta baru- kebaikan/keburukan
         •   Kereta lama – kebaikan /keburukan


      Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan
         •   Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut.
         •   Beli kereta baru

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Norazul89
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiKhairul Anwar
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukankaizen2012
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKCkg Nizam
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)Amra Nusroh
 
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusanSemut Hitam
 
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manFaktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manfazrul
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
PROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASIPROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASICkg Nizam
 
Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalanwan izzati
 

Was ist angesagt? (20)

Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2Komunikasi stpm sem 2
Komunikasi stpm sem 2
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasi
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukan
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIAN
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
20140414111323 topik 9 pembuatan keputusan
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & manFaktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
Faktor mmpngruhi pmbuat kptsn ^^faz & man
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
PROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASIPROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASI
 
kepimpinan
kepimpinankepimpinan
kepimpinan
 
Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalan
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (6)

Pengambilan keputusan
Pengambilan keputusanPengambilan keputusan
Pengambilan keputusan
 
keputusan
keputusankeputusan
keputusan
 
Panduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuaratPanduan pengendalian mesyuarat
Panduan pengendalian mesyuarat
 
Bbpp1103 (topik 3)
Bbpp1103 (topik 3)Bbpp1103 (topik 3)
Bbpp1103 (topik 3)
 
Pengambilan Keputusan dalam Organisasi
Pengambilan Keputusan dalam OrganisasiPengambilan Keputusan dalam Organisasi
Pengambilan Keputusan dalam Organisasi
 
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRINPEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
PEMBUATAN KEPUTUSAN-TEACHER AIRIN
 

Ähnlich wie Unit12 : pembuat keputusan

7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusannoeenadheeyah
 
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptxBab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptxLidiaHudi
 
makalah Manajemen pengambilan keputusan
makalah Manajemen pengambilan keputusanmakalah Manajemen pengambilan keputusan
makalah Manajemen pengambilan keputusanMJM Networks
 
Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1
Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1
Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1enruerisnurkholis
 
Tqm bab 7 pengambilan keputusan dan pemecahan masalah
Tqm bab 7   pengambilan keputusan dan pemecahan masalahTqm bab 7   pengambilan keputusan dan pemecahan masalah
Tqm bab 7 pengambilan keputusan dan pemecahan masalahKartika Lukitasari
 
Pengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalah
Pengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalahPengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalah
Pengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalahbang syarif
 
Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...
Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...
Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...AlfinaRltsr
 
Sistem Informasi Manajemen: Pengambilan Keputusan
Sistem Informasi Manajemen: Pengambilan KeputusanSistem Informasi Manajemen: Pengambilan Keputusan
Sistem Informasi Manajemen: Pengambilan KeputusanWildan Zanett
 
materi ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemen
materi ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemenmateri ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemen
materi ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemenkhunagnes1
 
Pengambilan keputusan dalam manajemen
Pengambilan keputusan dalam manajemenPengambilan keputusan dalam manajemen
Pengambilan keputusan dalam manajemenAndrew Hutabarat
 
Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12
Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12
Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12Hellenaa_Septi
 
5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf
5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf
5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdfHilmanCahya2
 
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptbab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptPujieRetnasuminar2
 
Proses pengambilan keputusan
Proses pengambilan keputusan Proses pengambilan keputusan
Proses pengambilan keputusan naufal rosyid
 
Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...
Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...
Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...Alfi Nurfazri
 
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...YolandaSibuea
 
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...YolandaSibuea
 

Ähnlich wie Unit12 : pembuat keputusan (20)

7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan7 pembuatan keputusan
7 pembuatan keputusan
 
PENGAMBILAN KEPUTUSAN
PENGAMBILAN KEPUTUSANPENGAMBILAN KEPUTUSAN
PENGAMBILAN KEPUTUSAN
 
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptxBab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
Bab 7 Pembuatan Keputusan by Kelompok 7.pptx
 
makalah Manajemen pengambilan keputusan
makalah Manajemen pengambilan keputusanmakalah Manajemen pengambilan keputusan
makalah Manajemen pengambilan keputusan
 
Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1
Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1
Materi Decision support systems (DSS) Pertemuan 1
 
Tqm bab 7 pengambilan keputusan dan pemecahan masalah
Tqm bab 7   pengambilan keputusan dan pemecahan masalahTqm bab 7   pengambilan keputusan dan pemecahan masalah
Tqm bab 7 pengambilan keputusan dan pemecahan masalah
 
Pengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalah
Pengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalahPengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalah
Pengambilan keputusan Dan Penyelesaian MAsalah
 
Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...
Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...
Tugas sim, alfina rolitasari, yananto mihadi putra, sistem pengambilan keputu...
 
Sistem Informasi Manajemen: Pengambilan Keputusan
Sistem Informasi Manajemen: Pengambilan KeputusanSistem Informasi Manajemen: Pengambilan Keputusan
Sistem Informasi Manajemen: Pengambilan Keputusan
 
6. pembuatan keputusan
6. pembuatan keputusan6. pembuatan keputusan
6. pembuatan keputusan
 
materi ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemen
materi ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemenmateri ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemen
materi ajar tpk dalam ilmu ekonomi dan manajemen
 
Pengambilan keputusan dalam manajemen
Pengambilan keputusan dalam manajemenPengambilan keputusan dalam manajemen
Pengambilan keputusan dalam manajemen
 
Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12
Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12
Sistem Pengambilan Keputusan - Pertemuan 12
 
5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf
5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf
5. Pengambilan Keputusan.pptx.pdf
 
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptbab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
 
Proses pengambilan keputusan
Proses pengambilan keputusan Proses pengambilan keputusan
Proses pengambilan keputusan
 
Proses Pengambilan Keputusan
Proses Pengambilan Keputusan Proses Pengambilan Keputusan
Proses Pengambilan Keputusan
 
Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...
Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...
Sistem Pengambilan Keputusan dalam organisasi yang telah implementasi SIM dal...
 
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
 
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
Tugas sim, yolanda sibuea (43218110037), yananto mihadi putra,tindakan altern...
 

Mehr von EBBY FIRDAOS SUFIAN (20)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 

Unit12 : pembuat keputusan

  • 1. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan UNIT 12 : PEMBUATAN KEPUTUSAN Objektif Pembelajarn : Memahami dan mengetahui fungsi pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat: • Mendefinisikan pembuatan keputusan • Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat. • Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan • Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan. • Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan.
  • 2. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan PEMBUATAN KEPUTUSAN 12.0 Pengenalan Membuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang individu terutama bagi seorang pengurus. Seorang pengurus tidak dapat lari daripada membuat keputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks. Keputusan yang dibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau bangunnya sesebuah organisasi. 12.1 Definisi • Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua ( 2 ) atau lebih alternatif yang ada. • Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. 12.2 Keperluan Membuat Keputusan • Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga perlu membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi. Disebabkan oleh kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam organisasi maka perlu ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang penting bertanggungjawab dalam membuat keputusan organisasi. Aspek yang dibentuk bergantung kepada dua ( 2 ) faktor iaitu skop keputusan yang hendak dibuat dan tahap pengurusan.
  • 3. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan • Skop keputusan adalah merujuk kepada peratus bahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan yang mendapat kesan daripada keputusan yang dibuat. Semakin besar bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop sesuatu keputusan. • Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut. 12.3 Jenis dan Keadaan Dalam Membuat Keputusan. 12.3.1 Jenis Keputusan a) Keputusan Terprogram • Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi masalah yang sama b) Keputusan Tidak Terprogram • Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.
  • 4. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.3.2 Keadaan Membuat Keputusan a) Kepastian • Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat. Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai sesuatu perkara dan ini membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil yang akan diperolehi bagi setiap alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang akan diperolehi oleh organisasi jika membuat pelaburan dalam bidang kewangan. b) Risiko • Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini adalah kerana pengurus mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan hasil sesuatu keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap. Mempunyai kesan ke atas tindakan yang akan dilakukan samada berjaya atau pun tidak berjaya. Sebagai contoh, pengambilan pekerja baru secara besar-besaran untuk meningkatkan jualan. c) Ketidakpastian • Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat langsung berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan ini biasanya berlaku apabila pengurus tidak mempunyai data atau maklumat langsung berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan Maka pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting dan berupaya untuk berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan organisasi untuk memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.
  • 5. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.4 Teknik Membuat Keputusan Secara Berkumpulan • “Brainstorming” Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. Teknik ini perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli menyumbangkan sebanyak mungkin alternatif dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan masalah dan mebuat sesuatu keputusan. Daripada alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih dan alternatif yang lain akan diabaikan. • Nominal Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai penglibatan yang sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah: ( a) setiap ahli mencatakan idea tentang satu masalah yang dibincangkan. ( b ) setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh ahli-ahli yang lain. ( c ) setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan. (d) selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan agreggat tertinggi secara senyap. • Delphi Teknik ini merupakan proses membuat keputusan yang melibatkan soal selidik mengenai satu masalah yang khusus di kalangan ahli-ahli kumpulan., berkongsi keputusan dan meneruskan lagi soalselidik tersebut dan memberi maklumbalas sehingga satu persetujuan bersama dicapai. Teknik manakah yang akan anda pilih apabila ingin membuat keputusan berkaitan dengan tajuk projek bagi kumpulan anda?
  • 6. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan AKTIVITI 12 A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……!!! Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya. Arahan : Bulatkan jawapan yang betul: 12.1 Keputusan adalah pilihan yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif (B/S) 12.2 Semakin luas skop keputusan yang perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut. (B/S) 12.3 Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulangkali. (B/S) 12.4 Teknik Delphi adalah proses membuat keputusan dalam kumpulan di mana setiap ahli akan mendapat peluang yang sama dalam membuat keputusan. (B/S) 12.5 Teknik “Brainstorming” banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah. (B/S) Soalan Esei.
  • 7. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.6 Bezakan di antara keputusan terprogram dan keputusan tidak terprogram. 12.7 Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud dalam membuat keputusan MAKLUMBALAS AKTIVITI AKTIVITI 12 A Betul / Salah 12.1 B 12.2 S 12.3 B 12.4 S 12.5 S Soalan esei.
  • 8. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.6 Keputusan Terprogram. Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan- keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi masalah yang sama. Keputusan Tak Terprogram. Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa- masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlu perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan. 12. 7 a) Kepastian b) Risiko c) Ketidakpastian
  • 9. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.5 Proses Membuat Keputusan Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif. Langkah 1: Mengenalpasti Masalah Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku. Apakah penyebab kepada masalah tersebut? Pengurus perlu mengumpulkan maklumat-maklumat penting dan petanda-petanda penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang dihadapi. Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan produk organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebab- sebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi
  • 10. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Langkah 2: Mewujudkan alternatif Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa kemungkinan alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat- maklumat yang lebih penting diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus perlu melibatkan seramai mungkin pekerja kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak alternatif yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah yang hanya ada satu cara untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teknik “brainstorming” banyak digunakan dalam mencari idea yang bernas dan kreatif. Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi dan meningkatkan kualiti barangan. Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas setiap alternatif dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat
  • 11. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif bagi mencari yang terbaik. Dalam penilaian ini pengurus perlu menimbangkan 4 perkara:  Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih  Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut  Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.  Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang terbaik untuk dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas. Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk rancangan untuk melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk. Pengurus melihat kemungkinan kesan kepada tindakan–tindakan yang dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik maka peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.
  • 12. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja mestilah bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih agresif. Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif yang diambil merupakan alternatif yang terbaik. Langkah 5: Menilai Hasil Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil yang diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah dijalankan semula dan mengambil tindakan pembetulan.
  • 13. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan AKTIVITI 12 B Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!! Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul: 12.8 Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah perlaksanaan. (B/S) 12.9 Setiap masalah mempunyai hanya satu alternatif penyelesaian. (B/S) 12.10 Penyelidik mencadangkan bahawa teknik brainstorming akan menjadi lebih efektif apabila melibatkan seorang individu sahaja. (B/S) 12.11 Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu kumpulan alternatif. (B/S) 12.12 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah. (B/S)
  • 14. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Soalan Esei 12.13 Jelaskan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian alternatif. 12.14 Anda dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan berdasarkan masalah yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian dan terangkan bagaimana penilaian dilakukan terhadap pemilihan alternatif tersebut. MAKLUMBALAS AKTIVITI AKTIVITI 12 B Betul / Salah 12.8 S 12.9 S 12.10 S 12.11 B 12.12 S
  • 15. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Soalan esei Soalan 12.13 • Kelebihan dan kelemahan setiap laternatif yang dipilih • Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi • Kos–faedah apabila memilih alternatif tersebut • Perbandingan setiap alternatif yang dipilih Soalan 12.14  Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih  Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan- kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut  Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.  Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut. PENILAIAN KENDIRI
  • 16. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba semoga berjaya!!!!! Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan dibawah. 1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan masalah-masalah rutin dan biasa berlaku. (B/ S) 2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat yang hanya mencukupi untuk setiap alternatif yang dipilih. (B/S) Soalan esei Huraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.
  • 17. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1. S 2. B Soalan esei 1. Langkah-langkah tersebut adalah; • Mengenalpasti Masalah • Mewujudkan Alternatif • Menilai dan Memilih Alternatif • Melaksanakan Alternatif 2. Huraian setiap langkah Langkah 1: Mengenalpasti Masalah • Lewat ke tempat kerja, terpaksa berebut menaiki bas Langkah 2: Mewujudkan Alternatif • Kereta jenis apa, buatan mana, harga, baru/lama • Tempat pembelian Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif
  • 18. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan • Menilai setiap alternatif yang dibuat berdasarkan kebaikan/keburukan setiap alternatif yang dipilih. • Kereta baru- kebaikan/keburukan • Kereta lama – kebaikan /keburukan Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan • Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut. • Beli kereta baru