SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 26
PENSTAFAN                                                             P3119/ UNIT 11/1




                                       UNIT 11: PENSTAFAN




Objektif Am: Memahami dan mengetahui proses penstafan serta kepentinganya dari segi
             kuantiti dan kualiti dalam organisasi.


Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat:

   •   Mendefinisikan penstafan.
   •   Mengenal pasti dan menerangkan proses penstafan.
   •   Menerangkan kepentingan staf dari segi kuantiti dan kualiti.
   •   Mengenalpasti ganjaran dan pampasan yang akan diberikan kepada pekerja
PENSTAFAN                                                              P3119/ UNIT 11/2




                            UNIT 11: PENSTAFAN

11.0   Pengenalan

Di sini kita boleh lihat bahawa sumber organisasi yang terpenting ialah pekerjanya di
mana mereka ini menawarkan serta menyumbangkan kemahiran, bakat, kreativiti serta
melahirkan daya usaha dan juga kepimpinan ke arah pencapaian organisasi.

Beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh pengurusan sumber manusia dalam
menyumbangkan kejayaan organisasi seperti pengambilan pekerja, kemahiran pekerja
dalam menjayakan matlamat organisasi. Maka dengan itu di antara tugas-tugas seseorang
pengurus yang paling kritis ialah pemilihan, latihan dan pembangunan orang-orang yang
dapat membantu organisasi mencapai matlamat-matlamat dengan sebaiknya.


11.1 Definisi.

Merupakan satu proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia secara berterusan
bagi mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud di dalam organisasi. Atau boleh juga
kita katakan penstafan merupakan calon-calon yang berkelayakan dan mempunyai
kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan akibat daripada kekosongan
yang wujud umpamanya persaraan, pertukaran, perberhentian, kematian dan sebagainya.




                    Sebelum sesuatu organisasi itu memulakan aktivitinya diperingkat
                    awal penubuhan apakah yang perlu difikirkannya mengenai
                    kakitangannya? Mengapa perlu mereka berfikiran demikian?




11.2 Proses Penstafan
PENSTAFAN                                                                 P3119/ UNIT 11/3




Proses penstafan atau pengurusan sumber manusia mempunyai beberapa proses yang
dijalankan oleh pengurus sumber manusia digambarkan seperti rajah di bawah ini:-


                                            luaran
                                                dalaman

                                      Perancangan Sumber manusia

                                       Pengambilan/pengrekrutan

                                                Pemilihan

                                          Induksi dan orientasi

                                              Latihan dan
                                         kemajuan/pembangunan

                                            Penilaian prestasi

                                           Penamatan pekerja

Rajah 11.1   Proses Penstafan ( Robert, Wayne Mondy; Human Resource
Management, 1986)


Mari kita lihat proses-proses tersebut satu-persatu dengan merujuk kepada gambarajah di
atas;

    11.2.1 Perancangan sumber manusia

    Mengikut R Wayne Mondy dan Robert M Noe ( 1986), perancangan sumber
    manusia adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah
    pekerja yang perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu.
    Dengan kata lain ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk
    melaksanakan kerja-kerja organisasi.

    Dalam perancangan pula, biasanya langkah-langkah berikut yang diikuti iaitu;

   1.       Perancangan bagi keperluan-keperluan masa hadapan.
            • Keperluan tenaga pekerja untuk masa depan ditentukan berdasarkan
               matlamat , strategi dan program organisasi.
   2.       Perancangan bagi keseimbangan masa hadapan.
PENSTAFAN                                                                            P3119/ UNIT 11/4



            •   Memastikan keperluan tenaga pekerja untuk masa kini, dan masa depan
                adakah mencukupi untuk menjalankan aktiviti organisasi yang
                dirancangkan.

   3.       Perancangan bagi pengambilan dan pemilihan serta perberhentian dibuat
            berdasarkan ramalan berapakah bilangan kakitangan yang akan berhenti,
            berpindah dan diperlukan. Perancangan untuk pengambilan, pemilihan,
            penamatan perkhidmatan dan kemajuan kakitangan dibuat mengikut
            keperluan organisasi.

   4.       Perancangan bagi pembangunan. – perseimbangan ini dapat dicapai apabila
            memenuhi perancangan bagi pengambilan dan pemilihan atau perberhentian
            pekerja dan juga perancangan bagi pembangunan. Perancangan pembanugnan
            lebih bertumpukan kepada latihan dan juga pergerakan individu-individu di
            dalam organisasi berdasarkan kepda pengalaman dan keupayaan pekerja-
            pekerja.

   5.       Pengauditan/penilaian prestasi – mengadakan penilaian ke atas sumber-
            sumber manusia serta menyediakan carta penggantian pekerja bagi
            menunjukkan kedudukan pekerja pada semua peringkat. Melalui carta ini,
            aspek berkenaan dengan kedudukan pangkat, tempoh perkhidmatan, tarikh
            bersara, nama pekerja yang berpotensi/wibawa, keperluan latihan dan
            bilangan jawatan kososng ditunjukkan untuk memudahkan pihak pengurusan
            menyelenggara dan mengawal pekerja.

   Proses perancangan sumber manusia digambarkan seperti berikut;
                    Persekitaran luaran
                                                      pp   Persekitaran dalaman
                                          Perancangan Sumber Manusia

                 Fokuskan keperluan sumber manusia       Fokuskan sumber manusia yang ada
                                          Membandingkan keperluan
                                                   Yang ada


                 Permintaan bekalan              lebihan pekerja              kekurangan pekerja

                 Tiada tindakan                  hadkan ambilan,              rekrut
                                                 Kurangkan jam                pemilihan
                                                 Bersara awal, berhenti

Rajah: 11.2 Perancangan Sumber Manusia, Penstafan ( Robert, Wayne Mondy;
Human Resource Management, 1986)



      Dua faktor yang menyebabkan            perancangan sumber manusia dilakukan pula
   adalah;
PENSTAFAN                                                            P3119/ UNIT 11/5




   ( i )Faktor Dalaman
           • perubahan dalam organisasi samada pengembangan atau pengecilan
               organisasi akan mewujudkan jawatan kosong yang meningkat atau pun
               dipecatkan atau dikekalkan.

   ( ii ) Faktor Luaran
            • termasuk ekonomi, politik, sosial, teknologi, budaya dan pasaran.
                Contohnya ekonomi meleset, sesuatu organisasi tidak dapat
                mengembangkan perniagaannya kerana akan melibatkan kos yang tinggi
                dan pihak pengurusan perlu memikirkan perancangan yang lebih
                menguntungkan dalam keadaan demikian.




                Berdasarkan pengetahuan anda yang sedia ada, berikan satu contoh
                faktor luaran yang boleh menyebabkan perancangan sesuatu itu
                berubah .

   11.2.2 Pengambilan Calon Pekerja

    Ianya merupakan proses menarik minat individu yang mempunyai kelayakan
    tertentu mengisi atau memohon jawatan tertentu yang wujud dalam satu-satu
    organisasi. Pengambilan juga dikenali dengan rekrumen.

    Kaedah pengambilan dalaman termasuklah tawaran pekerjaan dan penempatan
    pekerjaan dari kalangan ahli organisasi itu sendiri.

    Kaedah pengambilan luaran pula termasuklah;
   • Iklan
   • Agensi pekerjaan
   • Merekrut melalui sekolah, kolej, universiti
   • Acara tertentu seperti pameran, televisyen, internet
   • Intership- menempatkan pelajar dalam pekerjaan sementara ( iaitu latihan
     praktikum/latihan industri )
   • Firma melatih eksekutif
   • Persatuan professional
   • Rujukan pekerja ( jabatan tenaga rakyat )
   • Usaha individu – iaitu memohon sendiri



    Kebaikan pengambilan
PENSTAFAN                                                                  P3119/ UNIT 11/6




   Dalaman                                     Luaran

   •   sudah kenal antara satu sama lain.      •   memenuhi spesifikasi dan diskripsi
   •   memudahkan proses ber-komunikasi.           pekerja.
   •   menjimatkan masa, kos dan tenaga.       •   tampil dengan idea dan kreativiti baru



       Keburukan pengambilan

   Dalaman                                     Luaran

   •   tiada idea baru dibawa masuk.           •   kos yang tinggi untuk melatih pekerja
   •   berlaku perasaan dengki dan irihati.        baru.
                                               •   masa menerangkan kerja-kerjanya
                                                   dibazirkan.
                                               •   komunikasi adalah tidak baik pada
                                                   peringkat awal.


Dalam proses pengambilan pekerja, pengurusan perlu membuat analisis pekerjaan. Apa
pula analisis pekerjaan itu? Mari kita lihat maksud analisis pekerjaan itu.

Analisis Pekerjaan didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik untuk menentukan
kemahiran, tugas dan pengetahuan yang diperlukan untuk melakukan tugas di sesebuah
organisasi.

Kemudian tujuan analisis pekerjaan ialah untuk menjawab;
   1. Bentuk fizikal dan mental tugas
   2. Bila kerja harus lengkap disempurnakan, kerana siap tidak semestinya sempurna
   3. Dimana kerja harus disempurnakan (tanggungjawab kerja, objektif kerja)
      •     mungkin ada kerja lain selepas ini atau berkaitan dengan kerja-kerja tersebut
      •     ada kerja lain atau pihak lain masing-masing.

Apakah kelulusan yang disempurnakan untuk melakukan pekerjaan, contohnya telah
memiliki sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan layak untuk memohon jawatan
seperti kerani.




Sebenarnya maklumat analisis perkerjaan boleh dikatakan mempunyai maklumat berikut;
PENSTAFAN                                                                 P3119/ UNIT 11/7




  1.     Ringkasan tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan pekerjaan atau jawatan
         dan juga jawatan lain.
  2.     Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan contohnya pengetahuan diukur
         melalui sijil manakala kemahiran pula boleh membuat secara praktik.
  3.     Suasana kerja – contoh pensyarah memberikan kuliah dalam bilik darjah dan
         bukannya di tengah padang.
  4.     Analisis pekerjaan terdiri dari diskripsi dan spesifikasi pekerjaan.
  5.     Diskripsi perkerjaan itu pula adalah dokumentasi maklumat mengenai tugas,
         kewajiban dan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Contohnya, tugas seorang
         jururawat berkewajiban menjaga pesakit dan bertanggungjawab ke atas tugasnya
         itu iaitu menjalankan tugas dengan dedikasi.
  6.     Spesifikasi pekerjaan adalah spesifikasi personal diri pekerja yang mengandungi
         sifat-sifat pekerja yang dapat memenuhi standard/piawaian diskripsi
         pekerjaan.Contohnya tadi untuk menjadi seorang jururawat, kelayakannya
         berumur 25 tahun, pernah menjalani dan mempunyai sijil kursus kejururawatan
         dan sesetengahnya memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun.




                    Sebelum kita ke langkah seterusnya dalam proses penstafan ini, cuba
                    anda carikan contoh analisis pekerjaan atau spesifikasi pekerjaan
                    dalam akhbar-akhbar tempatan dan bincangkan dengan pensyarah
                    anda.

    11.2.3 Pemilihan Staf

    Adalah proses memilih individu yang sesuai daripada sekumpulan pemohon dan
    faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan adalah;

    i) undang-undang di mana dapat mengelakkan diskriminasi
    ii) jangkamasa buat keputusan samada cepat atau lambat ataupun sesuai
    iii) jumlah pemohon di mana kadar pemilihan adalah merupakan bilangan pekerja
    yang dikehendaki terhadap bilangan pemohon.
    iv) Matlamat organisasi.


       Manakala langkah-langkah dalam pemilihan pula adalah;

   1.                   Menyemak borang permohonan.
            •   Untuk mempastikan maklumat yang dinyatakan adalah sama dengan
                diskripsi yang ditetapkan.
            •                  Untuk mendapatkan maklumat –maklumat asas mengenai
                               calon tersebut.
PENSTAFAN                                                                P3119/ UNIT 11/8



            •                  Untuk melihat setakat mana maklumbalas calon tersebut.
            •                  Sebagai rujukan kepada firma apabila calon berkenaan
                telah diambil sebagai pekerja di organisasi tersebut.

   2.                   Temuduga Awal
            •   Calon-calon akan ditanya mengenai maklumat asas mengenai calon.
            •   Tujuannya melihat kemahiran komunikasi dan juga kesesuaian boleh buat
                kerja atau tidak.

   3.   Proses Penilaian atau Pengujian
          • Untuk menguji kemahiran atau kelayakan atau IQ yang ada pada calon
              tersebut.
          • Termasuklah juga ujian kognitif, numerikal dan taakulan.
          • Tujuannya melihat kebolehan individu melakukan kerja.

   4.    Temuduga Peringkat kedua (dengan Majikan atau Pengurusan Atasan)
          • Ujian pengetahuan pekerjaan berasaskan analisis pekerjaan
          • Tujuan melihat pengetahuan mengenai tugas
          • Ujian membuat tugas
          • Ujian minat
          • Ujian personaliti
          • Ujian dadah dan AIDs

        Dari perbualan, calun dan penemuduga akan bertukar maklumat serta mendapat
        maklumat tambahan. Soalan lebih menumpukan kepada meningkatkan organisasi
        dan bukan lagi ditumpukan pada pendapaian akademik, pengalaman kerja, kualiti
        personal (fizikal, tuturkata, rekod, tenang dan sebagainya)

        Tujuannya melihat kewibawaan atau kebolehan calon mengemukakan idea bernas
        serta kematangan dalam mengendalikan situasi diri yagn boleh menyumbangkan
        kepada organisasi dan negara.

   5.    Tawaran kerja
          •    diberikan kepada calon-calon yang layak dan berjaya.
          •    diberikan setelah menjalani ujian-ujian tertentu seperti ujian kesihatan
               dan sebagainya.
PENSTAFAN                                                            P3119/ UNIT 11/9




                                   AKTIVITI 11A

      Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya
      Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

      Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah:

      11.1   Penstafan adalah proses menarik minat individu-individu           yang
             berkelayakan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
                                                                              (B/S)

      11.2   Ganjaran yang setimpal dengan prestasi akan merangsangkan pekerja
             memperbaiki prestasi kerja mereka.
                                                                         (B/S)


      Soalan Objektif

      11.3   Senarai kemahiran, kebolehan dan juga kelayakan yang dikehendaki
             melakukan satu-satu kerja yang tertentu dikenali sebagai;

                    A. Diskripsi kerja
                    B. Perancangan Sumber Manusia
                    C. Penilaian Prestasi
                    D. Spesifikasi kerja
                    E. Tiada di atas

      11.4   Proses menarik minat individu daripada luar organisasi memohon jawatan
             dalam organisasi itu adalah;

                    A.Pengambilan dalaman
                    B. Pemilihan Pekerja
                    C. Mengimbangi penawaran dengan permintaan
                    D. Penyelidikan mengenai gaji
                    E. Pengambilanluaran
PENSTAFAN                                                            P3119/ UNIT 11/10




      Padanan

      B.    Padankan terma-terma di bawah dengan maksud yang dinyatakan di
      bawah maksudkan yang dinyatakan dibawah;

             Latihan                     Faktor dalaman
             Analisis Kerja              Pemilihan Staf
             Pengambilan staf

      ( Nota : Sesetengah terma mungkin tidak akan digunakan dan sesetengah soalan
      memerlukan lebih dari satu jawapan.)


      11.5   Mengajar pekerja bawahan atau pekerja teknikal melakukan kerja mereka.

      11.6   Menyediakan senarai tugas      dan   tanggungjawab   pekerja sebelum
             pengambilan dilakukan.

      11.7 Temuduga pertama adalah dilakukan oleh pengurus bawahan sementara
           temuduga akhir pula oleh majikan atau pengurusan.
PENSTAFAN                                       P3119/ UNIT 11/11




                                 MAKLUM BALAS

AKTIVITI 1A

Soalan Objektif

       11.1   B
       11.2   B
       11.3   D
       11.4   E

Padanan

       11.5 Latihan
       11.6 Analisis pekerjaan
       11.7 Pemilihan staf
PENSTAFAN                                                                 P3119/ UNIT 11/12




     11.2.4 Orientasi dan Induksi

     a.     Pepatah menyatakan memulakan sesuatu dengan memuaskan bermakna
            separuh dari kerja telah dilaksanakan.
     b.     Gomershall dan Mayers (1996) menyatakan program orientasi yang lemah
            boleh merosakkan organisasi dari segi kewangan kerana mengurangkan
            keberkesanan kerja dan mungkin menjadi sebab ketidakpuasan hati.
     c.     Bertujuan untuk menyesuaikan pekerja baru dengan persekitaran organisasi.
     d.     Dalam program induksi mengandungi;
            i) Maklumat mengenai organisasi seperti sejarah, perkembangan, polisi,
                peraturan dan struktur organisasi itu.
            ii) Memberitahu tanggungjawab pekerja, skop pekerjaan berdasarkan jawatan-
                jawatan yang dipegang dan biasanya dibuat secara persendirian
     e.     Program ini mengambil masa yang sedikit sahaja tetapi sangat penting dibuat
            untuk pekerja-pekerja.


     11.2.5 Latihan dan Pembangunan Staf

     a.     Latihan biasanya diberikan kepada pekerja baru, manakala pembangunan dan
            pembaikan pada pekerja lama dalam sesuatu organisasi.
     b.     Tujuan latihan diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang sedia
            ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa
     c.     Tujuan pembangunan pula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat
            digunakan pada masa depan.
     d.     Latihan perlu diberikan kerana teori yang dipelajari tidak sama dengan
            praktikal, maka latihan yan diberikan ini akan disesuaikan dengan organisasi.
     e.     Pembangunan menyediakan kemahiran tambahan kepada kemahiran yang
            sedia ada untuk digunakan pada masa hadapan atau jangka panjang.
     f.     Ada dua jenis latihan iaitu;
PENSTAFAN                                                                 P3119/ UNIT 11/13



Latihan Semasa Kerja                          Latihan Perantisan atau di luar Masa Kerja
• latihan semasa bekerja                          • merupakan latihan yang diberikan
• pekerja akan melaksanakan tugas seperti            kepada pekerja diluar pada waktu
    biasa tetapi pada masa yang sama,                kerja
    penyelia atau pengurus akan mengajar          • program melatih kemahiran seperti
    pekerja                                          juruelektrik, juruteknik yang lebih
• menggunakan         kaedah      kaunseling,        kepada teknikal ataupun yang tiada
    projek atau tunjukajar                           kaitan dengan tugas yang dilakukan
• tujuan untuk menambah kemahiran                    tatapi masih ada pertalian lagi dalam
    pekerja.                                         organisasi sepperti sambung belajar
• Kaedah latihan termasuklah pusingan                diperingkat lebih tinggi bagi seorang
    kerja, buat modul atau kerja kumpulan            guru berkelulusan SPM.
                                                  • Kaedah latihan termasuklah kursus,
                                                     seminar, bengkel ataupun kolokium
                                                     dan simposium.



   11.2.6 Penilaian Prestasi

   a. Merupakan satu sistem format dalam jangkamasa tertentu melihat dan menilai
      prestasi kerja individu atau kumpulan.
   b. Proses Penilaian Prestasi temasuklah;
            i-     kenalpasti matlamat penilaian prestasi seperti prestasi baik akan dapat
                   ganjaran naik pangkat, bonus dan sebagainya dengan tujuan menilai
                   keberkesanan latihan atau program yang telah diadakan.
            ii-    kenalkan skop pekerjaan (analisis pekerjaan)
            iii- memeriksa cara-cara bekerja
            iv-    penilaian prestasi
            v-     bincang penilaian dengan pekerja dan mengambil langkah-langkah
                   tertentu memperbaiki kelemahan dalam pekerjaan.

   c. Halangan Dalam Penilaian Prestasi termasuklah;
           i-   Bias ( Pilih Kasih)
                • Pengurus lelaki lebih mengutamakan pekerja lelaki atau saudara
                    maranya sahaja.

            ii-    Andaian yang salah
                   • Pengurus membuat andaian terhadap kelakuan, sikap pekerja
                      berdasarkan pemerhatiannya sahaja, yang boleh mempengaruhi
                      penilaian prestasi. Contohnya pekerja diam akan dilabelkan
                      sebagai tidak suka bergaul atau bersosial dan akan dihantar
                      menghadiri seminar untuk bersosial dan memperbaiki
                      komunikasi.
PENSTAFAN                                                              P3119/ UNIT 11/14



            iii-    Halo Effect
                    • Satu keadaan di mana pengurus mengambil sifat-sifat yang
                      tertentu yang ada pada seseorang pekerja dan membuat satu
                      kesimpulannya. Contohnya memakai tudung dikatakan alim.

            iv-     Stereo type
                    • Seorang individu mengambil satu sifat tertentu dan memberi
                       gambaran secara keseluruhan sifat. Contohnya bertindik telinga
                       kiri lalu dikatakan kumpulan yang tertentu.

            v-      Piawaian yang berbeza bagi individu yang berbeza.
                    • Penilaian harus pada satu piawaian sahaja contohnya melihat pada
                       kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

            Cara-cara mengatasinya;
               a. Peka pada keputusan dan keadaan, persekitaran pekerja dan kesan
                   keputusan yang dibuat.
               b. Sebelum buat keputusan mesti buat analisis kebaikan (menyokong)
                   atau kelemahan (tidak menyokong).
               c. Senaraikan semua kriteria yang digunakan untuk analisa alternatif.
               d. Kurangkan andaian-andaian yang tidak berpatutan.


   11.2.7 Pertukaran dan Pemisahan

   a. Pertukaran bermaksud bertukar jawatan atau lokasi manakala pemisahan
      bermaksud meletak jawatan, bersara atau kematian iaitu keluar dari organisasi
      tersebut.

   b. Adanya pemisahan masih lagi wujud hubungan dengan organisasi tersebut tetapi
      pemisahan menyebabkan tiada lagi kaitan dengan organisasi berkenaan.


   c. Apabila berlaku pertukaran dalam organisasi maka langkah-langkah awal dalam
      penstafan akan dilakukan semula dan dengan kata lain proses ini akan berulang
      dan berterusan selagi organisasi berjalan dalam jangkamasa panjang.
PENSTAFAN                                                             P3119/ UNIT 11/15




                                    AKTIVITI 11B

      Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!
      Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

      Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.

      11.8   Induksi diberikan kepada pekerja-pekerja lama dalam organisasi.
                                                                               (B/S)

      11.9  Latihan tidak perlu diberikan kepada pekerja kerana mereka telah
            mempunyai kelayakan dan kemahiran.
                                                                          (B/S)
      11.10 Penilaian prestasi di kira berdasarkan kepada prestasi kerja.
                                                                          (B/S)

      11.11 Pemberhentian pekerja merupakan satu kaedah pertukaran.
                                                                               (B/S)
     Soalan Esei

      11.12 Jelaskan halangan-halangan dalam penilaian prestasi.
PENSTAFAN                                                                 P3119/ UNIT 11/16




                                 MAKLUM BALAS
AKTIVITI 11B

Betul / Salah

11.8    S
11.9    S
11.10   B
11.11   S

Soalan Esei

11.12
              i) Bias ( Pilih Kasih)
              Pengurus lelaki lebih mengutamakan pekerja lelaki atau saudara maranya
              sahaja.

              ii) Andaian yang salah
               •             Pengurus membuat andaian terhadap kelakuan, sikap pekerja
                  berdasarkan pemerhatiannya sahaja, yang boleh mempengaruhi penilaian
                  prestasi. Contohnya pekerja diam akan dilabelkan sebagai tidak suka
                  bergaulatau bersosial dan akan dihantar menghadiri seminar untuk
                  bersosial dan memperbaiki komunikasi.

              iii) Halo Effect
              •              Satu keadaan di mana pengurus mengambil sifat-sifat yang
                  tertentu yang ada pada seseorang pekerja dan membuat satu
                  kesimpulannya. Contohnya memakai tudung dikatakan alim.

              iv)Stereo type
              •              Seorang individu mengambil satu sifat tertentu dan memberi
                 gambaran secara keseluruhan sifat. Contohnya bertindik telinga kiri lalu
                 dikatakan kumpulan yang tertentu.

              v) Piawaian yang berbeza bagi individu yang berbeza.
              •             Penilaian harus pada satu piawaian sahaja contohnya melihat
                 pada kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
PENSTAFAN                                                                 P3119/ UNIT 11/17




11.3 Kepentingan staf dari segi kuantiti dan kualiti

     11.3 1 Kuantiti.

     Staf yang diambil bekerja adalah memenuhi kekosongan jawatan bagi satu-satu
     organisasi . Maksudnya bilangan staf yang diambil adalah menepati bilangan yang
     dikehendaki supaya kuantiti staf tadi tidak mengalami kekurangan atau berlebihan
     bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Contohnya, syarikat penghantaran bungkusan
     memerlukan ramai pekerja di antara 10 hingga 15 orang yang akan menghantar dan
     memungut serta memunggah bungkusan. Jadi pengurusan akan mengambil pekerja
     tidak kurang dari 10 orang dan tidak melebihi 15 orang.

     11.3 2 Kualiti

     Kalau kuantiti kita kaitkan dengan bilangan staf, kualiti pula kita katakan staf yang
     diambil itu mestilah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan iaitu
     berkebolehan membuat kerja, berkelayakan dan boleh membuat kerja yang
     dikehendaki dengan pengawasan yang paling minimum kerana ini akan
     mengurangkan kos perbelanjaan organisasi. Contohnya, organisasi memerlukan
     seorang akauntan, maka calon yang memohon untuk diambil bekerja mestilah
     mempunyai kelayakan dan pengalaman yang maksima dalam bidang kerja tersebut
     kerana apabila terpilih sudah tentu ia dapat melakukan kerja dengan baik
     berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.

11.4 Pengurusan Pampasan Dan Faedah

Membentuk sistem pampasan yang berkesan dan cekap merupakan fungsi pengurusan
sumber manusia yang penting kerana bagi pekerja, pampasan dan faedah adalah perkara
utama yang mereka pertimbangkan semasa memohon pekerjaan atau ingin kekal dalam
pekerjaan tersebut.

Tujuan sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat dan
mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi . Tanpa pentadbiran yang
cekap akan memberikan banyak masalah dan seterusnya menjejaskan imej organisasi.
Ini adalah kerana pampasan dan faedah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
motivasi, sikap, kepuasan kerja dan produktiviti pekerja. Sebagai contoh, organisasi
yang menawarkan lebih banyak kemudahan seperti perubatan, elaun lebih masa dan
perumahan selain daripada gaji yang tinggi dapat menarik lebih ramai pekerja untuk
memohon jawatan yang ditawarkan selain dapat mengekalkan pekerja sedia ada.
PENSTAFAN                                                              P3119/ UNIT 11/18



Milkovich dan Newman (1993) mendefinisikan pampasan sebagai semua bentuk
pulangan kewangan dan perkhidmatan nampak serta faedah-faedah lain yang diterima
oleh pekerja sebagai sebahagian daripada perhubungan pekerjaan.

Secara umumnya sesebuah organisasi akan memberikan pertimbangan kepada perkara-
perkara berikut apabila hendak menentukan jumlah gaji atau upah yang akan diberikan
kepada pekerja. Ia melibatkan:

 a. Faktor-faktor penglibatan atau sumbangan pekerja kepada organisasi seperti:
    pengalaman, prestasi, seniority dan kelayakan.

 b. Faktor-faktor yang berkaitan dengan deskripsi kerja   seperti tugas, tanggungjawab
     dan keadaan kerja

 c. Jumlah pampasan atau gaji yang dibayar oleh organisasi lain yang berada di dalam
     industri yang sama.

Milkovich dan Newman (1993) telah menegaskan bahawa sistem pampasan organisasi
sepatutnya dapat mencapai 3 perkara iaitu:

 1. Kecekapan
 Ia merupakan objektif utama sistem pampasan iaitu membawa kecekapan dalam
 melaksanakan tugas. Ia termasuklah meningkatkan prestasi, kualiti menyeluruh, fokus
 kepada pelanggan dan kawalan kos.

 2. Keadilan
 Ia merupakan asas dalam pembentukan sistem pampasan yang memastikan keadilan
 dalam amalannya untuk semua individu yang berkaitan dengan pekerjaan.

 3. Pematuhan
 Ia adalah objektif yang melibatkan pematuhan program pampasan mengikut undang-
 undang dan peraturan pampasan yang telah ditetapkan.
PENSTAFAN                                                              P3119/ UNIT 11/19



          11.5 Faktor yang mempengaruhi Pakej Pampasan dan Faedah



    Keuntungan Syarikat
                                     Saiz Syarikat
                                                                Jawatan yang dipegang dan
                                                                prestasi
Lokasi Geografik             TAHAP PAMPASAN
                             DAN FAEDAH
                                                                   Jenis kerja yang dilakukan

 Falsafah Pengurusan
                                                           Jenis Perniagaan
                                      Kesatuan

                     Insentif Buruh atau Modal


   Rajah 11.3 Faktor Menentukan Tahap Pampasan dan Faedah. ( Pengurusan
   Organisasi , Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohad Makhbul )


               11.5.1 Jenis kerja yang dilakukan

               Kerja yang berbeza memerlukan jenis dan tahap kemahiran yang berbeza.
               Oleh itu semakin tinggi dan sukar kerj a yang dilakukan maka semakin
               tinggilah ganjaran yang akan diterima.

               11.5.2 Jenis Perniagaan yang dijalankan.

               Jawatan di sektor swasta mempunyai pakej pampasan dan faedah yang lebih
               menarik berbanding dengan sektor kerajaan ataupun sektor bukan keuntungan.
               Perbezaan ini lebih ketara bagi jawatan-jawatan di peringkat pengurusan.
               Contohnya, perniagaan peruncitan memberikan pampasan yang lebih rendah
               berbanding dengan perniagaan komunikasi.

               11.5.3 Kesatuan

               Jika organisasi mempunyai kesatuan maka bayaran pampasannya adalah lebih
               baik berbanding dengan organisasi yang bebas dari kesatuan.

               11.5.4 Insentif Buruh atau Modal

               Jika perniagaan yang dijalankan berintensifkan buruh, ia tidak mengambil
               lebih banyak pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi tetapi
               sebaliknya pekerja ini mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
               tinggi. Pekerja yang berkemahiran tinggi kebiasaannya mendapat sistem
               ganjaran yang lebih baik.
PENSTAFAN                                                                P3119/ UNIT 11/20




            11.5.5 Falsafah Pengurusan.

            Terdapat organisasi yang mempunyai falsafah bahawa mereka tidak akan
            membayar pekerja lebih banyak berbanding denga apa yang mereka perolehi.
            Manakala terdapat organisasi yang membayar pekerjanya dengan kadar yang
            lebih tinggi untuk menarik minat dan mengekalkan pekerja terbaik dalam
            organisasi.

            11.5.6 Lokasi Goegrafik

        Pada kebiasaannya kawasan geografik yang mana kos sara hidup adalah tinggi
        biasanya akan memberikan sistem pampasan yang lebih baik berbanding
        dengan kawasan geografik yang mempunyai kos sara hidup yang rendah.

            11.5.7 Keuntungan Syarikat.

            Jika organisasi mengalami kejatuhan dari segi keuntungan, maka pasti ia akan
            memberi kesan besar ke atas pemberian pampasan dan juga faedah.

            11.5.8 Saiz Organisasi

            Organisasi yang bersaiz lebih besar kebiasaannya memberi pampasan yang
            lebih menarik berbanding dengan pampasan yang diberikan oleh organisasi
            yang bersaiz sederhana atau kecil.

            11.5.9 Jawatan yang dipegang dan Prestasi yang ditunjukkan.

            Pakej pampasan dan faedah yang lebih baik diberikan kepada pekerja yang
            menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang
            menunjukkan prestasi kerja yang rendah.
PENSTAFAN                                                           P3119/ UNIT 11/21




                                   AKTIVITI 11C

      Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya
      Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

      Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.

    11.6 Organisasi memerlukan pekerja yang ramai bagi meneruskan aktiviti-
         aktivitinya.
                                                                         (B/S)
    11.7 Pekerja yang berkualiti dapat membantu organisasi mencapai objektif yang
         telah ditetapkan.
                                                                         (B/S)
    11.8 Pampasan dan faedah penting bagi mengubah sikap dan kepuasan pekerja.
                                                                         (B/S)
    11.9 Jumlah pampasan pekerja ditentukan oleh teknologi.
                                                                         (B/S)

      Soalan Esei

    11.10 Bincangkan empat faktor yang menentukan tahap pembayaran faedah dan
          pampasan.
PENSTAFAN                                                         P3119/ UNIT 11/22




                             MAKLUM BALAS

AKTIVITI 11C

Betul / Salah

11.13   S
11.14   B
11.15   B
11.16   S

Soalan Esei.

11.17
Pelajar boleh memilih mana-mana empat faktor daripada lapan yang dihuraikan pada
mukasurat 19 dan 20.
PENSTAFAN                                                                P3119/ UNIT 11/23




                                  PENILAIAN KENDIRI

      Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini
      dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika anda
      menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah anda.

      Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!!

      Soalan objektif

            1. Proses di dalam penstafan bagi memperbaiki prestasi kerja pekerja-pekerja
               pada masa kini supaya pekerja dapat menguasai kemahiran yang
               diperlukan disebut sebagai……….

               A. Latihan
               B. Pembangunan
               C. Induksi
               D. Penilaian Prestasi
               E. Pengajaran

            2. Penyataan huraian kerja menerangkan

               A. Tentang calon yang bagaimanakah sesuai untuk tujuan tertentu.
               B. Cara yang bagaimana untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
               C. Kelayakan yang diperlukan.
               D. Tentang aspek tugas untuk sesuatu jawatan yang diadakan.
               E. Faktor fizikal calon untuk jawatan yang tertentu.


            3. Berikut adalah TIDAK BENAR mengenai program orientasi

               A. Melengkapkan dokumen pekerjaan.
               B. Pengenalan terhadap rakan sekerja.
               C. Pengenalan kepada struktur kerja.
               D. Mengkaji semua faedah dan perkhidmatan yang ada.
               E. Pendedahan kepada penyelia tugasan terbaharu.

            4. Perancangan Sumber Manusia adalah bertujuan menentukan kesemua
               perkara di bawah KECUALI:

               A. Perancangan bagi keperluan-keperluan masa hadapan.
               B. Perancangan bagi keseimbangan masa hadapan.
               C. Perancangan bagi pemngambilan dan pemilihan atau pemberhentian
                  pekerja.
PENSTAFAN                                                                   P3119/ UNIT 11/24



               D. Perancangan bagi kenaikan gaji dan ganjaran.
               E. Perancangan bagi pembangunan dan latihan.

            5. Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pemilihan;

               A.   Undang-undang.
               B.   Temuduga dengan majikan.
               C.   Tawaran Kerja.
               D.   Orientasi dan Induksi
               E.   Latihan Perantisan.


      Soalan Esei

      1.    Apakah proses-proses utama dalam penstafan. Jelaskan.
      2.    Bezakan di antara deskripsi kerja dan spesifikasi kerja.
      3.    Senaraikan tujuan mengadakan latihan.
      4.    Adakah kepentingan staf dari segi kualiti bagi sesebuah organisasi itu.
PENSTAFAN                                                                P3119/ UNIT 11/25




                     MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI



      Soalan Esei.

             1.      Proses Penstafan termasuklah;
                        a. Perancangan sumber manusia.
                        b. Pengambilan Staf.
                        c. Pemilihan Staf.
                        d. Orientasi dan Induksi.
                        e. Latihan dan Pembangunan Staf.
                        f. Penilaian Prestasi
                        g. Pertukaran dan Pemisahan.
             ( Huraian mengenai proses tersebut boleh dirujuk 11.2 )

             2.      Diskripsi pekerjaan adalah adalah dokumentasi maklumat
                     mengenai tugas, kewajiban dan tanggungjawab terhadap pekerjaan.
                     Spesifikasi pekerjaan adalah spesifikasi personal diri pekerja yang
                     mengandungi sifat-sifat pekerja yang dapat memenuhi
                     standard/piawaian diskripsi pekerjaan.

             3.      Tujuannya supaya pekerja-pekerja dalam organisasi sentiasa
                     mempunyai kemahiran yang ditetapkan oleh pengurusan atasan. Di
                     samping menyediakan latihan untuk kemahiran, latihan juga boleh
                     memberikan motivasi kepada pekerja kerana membuatkan pekerja
                     yakin dan percaya dengan apa yang mereka lakukan atau buat
                     kerana keyakinan diri setelah menghadiri latihan.

             4.      Kualiti bolehlah kita katakan staf yang diambil itu mestilah
                     menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan iaitu
                     berkebolehan membuat kerja, berkelayakan dan boleh membuat
                     kerja yang dikehendaki dengan pengawasan yang paling minimum
                     kerana ini akan mengurangkan kos perbelanjaan organisasi.




             Soalan Objektif:

                     1.     A
                     2.     D
PENSTAFAN            P3119/ UNIT 11/26



            3.   E
            4.   D
            5.   A

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalanwan izzati
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea PerniagaanAyubkhan Kks
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaandipedmara4
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanimza90
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Sapiah Khalid
 
PROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIANPROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaNur Aisyah Khor
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
Nota Entiti Perniagaan
Nota Entiti PerniagaanNota Entiti Perniagaan
Nota Entiti PerniagaanCkg Nizam
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
pentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaranpentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaranmsbh57
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaranWanBK Leo
 
Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran KeusahawananKemahiran Keusahawanan
Kemahiran Keusahawanandipedmara4
 

Was ist angesagt? (20)

LAPORAN
LAPORANLAPORAN
LAPORAN
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Proses kawalan
Proses kawalanProses kawalan
Proses kawalan
 
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
 
Dokumen Perniagaan
Dokumen PerniagaanDokumen Perniagaan
Dokumen Perniagaan
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesan
 
Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4Bab 1 1.0 hingga 1.4
Bab 1 1.0 hingga 1.4
 
PROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIANPROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIAN
 
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi KerjaSemester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
Semester 5 - Deskripsi Kerja & Spesifikasi Kerja
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Nota Entiti Perniagaan
Nota Entiti PerniagaanNota Entiti Perniagaan
Nota Entiti Perniagaan
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
pentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaranpentadbiran pampasan dan ganjaran
pentadbiran pampasan dan ganjaran
 
Bab 3 job_analysis_1_
Bab 3 job_analysis_1_Bab 3 job_analysis_1_
Bab 3 job_analysis_1_
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran KeusahawananKemahiran Keusahawanan
Kemahiran Keusahawanan
 
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITIPENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
 
Pengurusan Acara
Pengurusan Acara Pengurusan Acara
Pengurusan Acara
 

Andere mochten auch

PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTANCkg Nizam
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)haniffpotter
 
07 Pengurusan Sumber Manusia
07 Pengurusan Sumber Manusia07 Pengurusan Sumber Manusia
07 Pengurusan Sumber ManusiaWanBK Leo
 
Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)NUR FARHIYAH BASIR
 
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber ManusiaPengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Manusia761117105188
 
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanTajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanZilafeeq Shafilla
 
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSANPENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSANCkg Nizam
 
Carta alir kemasukan pekerja baru
Carta alir kemasukan pekerja baruCarta alir kemasukan pekerja baru
Carta alir kemasukan pekerja baruIdah Nora
 
latihan
latihanlatihan
latihanCg Zue
 
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi NegaraPKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi NegaraAdam Hars
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukansirose
 
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpmpengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpmAmir Mohammad
 

Andere mochten auch (20)

Pengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusiaPengurusan sumber manusia
Pengurusan sumber manusia
 
PENGREKRUTAN
PENGREKRUTANPENGREKRUTAN
PENGREKRUTAN
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)
 
07 Pengurusan Sumber Manusia
07 Pengurusan Sumber Manusia07 Pengurusan Sumber Manusia
07 Pengurusan Sumber Manusia
 
Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)
 
Pampasan
PampasanPampasan
Pampasan
 
Pengawalan
PengawalanPengawalan
Pengawalan
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber ManusiaPengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Manusia
 
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihanTajuk 6 perlaksanaan program latihan
Tajuk 6 perlaksanaan program latihan
 
Perancangan Strategik
Perancangan StrategikPerancangan Strategik
Perancangan Strategik
 
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSANPENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
 
Carta alir kemasukan pekerja baru
Carta alir kemasukan pekerja baruCarta alir kemasukan pekerja baru
Carta alir kemasukan pekerja baru
 
Talent management
Talent managementTalent management
Talent management
 
latihan
latihanlatihan
latihan
 
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi NegaraPKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
PKn - Pengertian Dasar Negara & Konstitusi Negara
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukan
 
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpmpengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
pengajian perniagaan pengawalan penggal 2 stpm
 

Ähnlich wie Unit11 : penstafan

Perencanaan sdm-1226716100030190-8
Perencanaan sdm-1226716100030190-8Perencanaan sdm-1226716100030190-8
Perencanaan sdm-1226716100030190-8Mizuhashi Yuki
 
Aspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra Bangsa
Aspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra BangsaAspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra Bangsa
Aspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra Bangsasiti nurlaeli
 
pengantar manajemen ppt
pengantar manajemen pptpengantar manajemen ppt
pengantar manajemen pptevi hermawati
 
Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiamila junia
 
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasiKuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasiMukhrizal Effendi
 
Managemen sdm download
Managemen sdm downloadManagemen sdm download
Managemen sdm downloadBadrus Suryadi
 
Managemen sdm download
Managemen sdm downloadManagemen sdm download
Managemen sdm downloadBadrus Suryadi
 
11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...
11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...
11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...indrisusiyanti
 
Makalahpengadaantenagakerja
MakalahpengadaantenagakerjaMakalahpengadaantenagakerja
Makalahpengadaantenagakerjakikyardila
 
Manajemen SDM Proyek
Manajemen SDM  ProyekManajemen SDM  Proyek
Manajemen SDM ProyekFajar Baskoro
 
Makalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasiMakalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasinurfitriyah1712
 
Manajemen industri#full
Manajemen industri#fullManajemen industri#full
Manajemen industri#fullzulkifli kadir
 

Ähnlich wie Unit11 : penstafan (20)

6 penstafan
6 penstafan6 penstafan
6 penstafan
 
Perencanaan sdm-1226716100030190-8
Perencanaan sdm-1226716100030190-8Perencanaan sdm-1226716100030190-8
Perencanaan sdm-1226716100030190-8
 
Aspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra Bangsa
Aspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra BangsaAspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra Bangsa
Aspek manajemen pada studi kelayakan bisnis+Studi Kasus-STIE Putra Bangsa
 
pengantar manajemen ppt
pengantar manajemen pptpengantar manajemen ppt
pengantar manajemen ppt
 
Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusia
 
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasiKuliah 10 penyusunan personalia organisasi
Kuliah 10 penyusunan personalia organisasi
 
STAFFING (MANAJEMEN)
STAFFING (MANAJEMEN)STAFFING (MANAJEMEN)
STAFFING (MANAJEMEN)
 
Fungsi manajemen staffing
Fungsi manajemen   staffingFungsi manajemen   staffing
Fungsi manajemen staffing
 
Managemen sdm download
Managemen sdm downloadManagemen sdm download
Managemen sdm download
 
Managemen sdm download
Managemen sdm downloadManagemen sdm download
Managemen sdm download
 
Pertemuan 6
Pertemuan 6Pertemuan 6
Pertemuan 6
 
Inisiasi 1a
Inisiasi 1aInisiasi 1a
Inisiasi 1a
 
11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...
11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...
11.usaha, indri susiyanti, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produksi, u...
 
Makalahpengadaantenagakerja
MakalahpengadaantenagakerjaMakalahpengadaantenagakerja
Makalahpengadaantenagakerja
 
Manajemen SDM Proyek
Manajemen SDM  ProyekManajemen SDM  Proyek
Manajemen SDM Proyek
 
Makalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasiMakalah perilaku dan organisasi
Makalah perilaku dan organisasi
 
Bab 14 sdm
Bab 14 sdmBab 14 sdm
Bab 14 sdm
 
Manajemen industri#full
Manajemen industri#fullManajemen industri#full
Manajemen industri#full
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Inisiasi 8 new
Inisiasi 8 newInisiasi 8 new
Inisiasi 8 new
 

Mehr von EBBY FIRDAOS SUFIAN (19)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
 
Evolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasiEvolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasi
 

Unit11 : penstafan

  • 1. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/1 UNIT 11: PENSTAFAN Objektif Am: Memahami dan mengetahui proses penstafan serta kepentinganya dari segi kuantiti dan kualiti dalam organisasi. Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat: • Mendefinisikan penstafan. • Mengenal pasti dan menerangkan proses penstafan. • Menerangkan kepentingan staf dari segi kuantiti dan kualiti. • Mengenalpasti ganjaran dan pampasan yang akan diberikan kepada pekerja
  • 2. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/2 UNIT 11: PENSTAFAN 11.0 Pengenalan Di sini kita boleh lihat bahawa sumber organisasi yang terpenting ialah pekerjanya di mana mereka ini menawarkan serta menyumbangkan kemahiran, bakat, kreativiti serta melahirkan daya usaha dan juga kepimpinan ke arah pencapaian organisasi. Beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh pengurusan sumber manusia dalam menyumbangkan kejayaan organisasi seperti pengambilan pekerja, kemahiran pekerja dalam menjayakan matlamat organisasi. Maka dengan itu di antara tugas-tugas seseorang pengurus yang paling kritis ialah pemilihan, latihan dan pembangunan orang-orang yang dapat membantu organisasi mencapai matlamat-matlamat dengan sebaiknya. 11.1 Definisi. Merupakan satu proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia secara berterusan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud di dalam organisasi. Atau boleh juga kita katakan penstafan merupakan calon-calon yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan akibat daripada kekosongan yang wujud umpamanya persaraan, pertukaran, perberhentian, kematian dan sebagainya. Sebelum sesuatu organisasi itu memulakan aktivitinya diperingkat awal penubuhan apakah yang perlu difikirkannya mengenai kakitangannya? Mengapa perlu mereka berfikiran demikian? 11.2 Proses Penstafan
  • 3. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/3 Proses penstafan atau pengurusan sumber manusia mempunyai beberapa proses yang dijalankan oleh pengurus sumber manusia digambarkan seperti rajah di bawah ini:- luaran dalaman Perancangan Sumber manusia Pengambilan/pengrekrutan Pemilihan Induksi dan orientasi Latihan dan kemajuan/pembangunan Penilaian prestasi Penamatan pekerja Rajah 11.1 Proses Penstafan ( Robert, Wayne Mondy; Human Resource Management, 1986) Mari kita lihat proses-proses tersebut satu-persatu dengan merujuk kepada gambarajah di atas; 11.2.1 Perancangan sumber manusia Mengikut R Wayne Mondy dan Robert M Noe ( 1986), perancangan sumber manusia adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah pekerja yang perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu. Dengan kata lain ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi. Dalam perancangan pula, biasanya langkah-langkah berikut yang diikuti iaitu; 1. Perancangan bagi keperluan-keperluan masa hadapan. • Keperluan tenaga pekerja untuk masa depan ditentukan berdasarkan matlamat , strategi dan program organisasi. 2. Perancangan bagi keseimbangan masa hadapan.
  • 4. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/4 • Memastikan keperluan tenaga pekerja untuk masa kini, dan masa depan adakah mencukupi untuk menjalankan aktiviti organisasi yang dirancangkan. 3. Perancangan bagi pengambilan dan pemilihan serta perberhentian dibuat berdasarkan ramalan berapakah bilangan kakitangan yang akan berhenti, berpindah dan diperlukan. Perancangan untuk pengambilan, pemilihan, penamatan perkhidmatan dan kemajuan kakitangan dibuat mengikut keperluan organisasi. 4. Perancangan bagi pembangunan. – perseimbangan ini dapat dicapai apabila memenuhi perancangan bagi pengambilan dan pemilihan atau perberhentian pekerja dan juga perancangan bagi pembangunan. Perancangan pembanugnan lebih bertumpukan kepada latihan dan juga pergerakan individu-individu di dalam organisasi berdasarkan kepda pengalaman dan keupayaan pekerja- pekerja. 5. Pengauditan/penilaian prestasi – mengadakan penilaian ke atas sumber- sumber manusia serta menyediakan carta penggantian pekerja bagi menunjukkan kedudukan pekerja pada semua peringkat. Melalui carta ini, aspek berkenaan dengan kedudukan pangkat, tempoh perkhidmatan, tarikh bersara, nama pekerja yang berpotensi/wibawa, keperluan latihan dan bilangan jawatan kososng ditunjukkan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelenggara dan mengawal pekerja. Proses perancangan sumber manusia digambarkan seperti berikut; Persekitaran luaran pp Persekitaran dalaman Perancangan Sumber Manusia Fokuskan keperluan sumber manusia Fokuskan sumber manusia yang ada Membandingkan keperluan Yang ada Permintaan bekalan lebihan pekerja kekurangan pekerja Tiada tindakan hadkan ambilan, rekrut Kurangkan jam pemilihan Bersara awal, berhenti Rajah: 11.2 Perancangan Sumber Manusia, Penstafan ( Robert, Wayne Mondy; Human Resource Management, 1986) Dua faktor yang menyebabkan perancangan sumber manusia dilakukan pula adalah;
  • 5. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/5 ( i )Faktor Dalaman • perubahan dalam organisasi samada pengembangan atau pengecilan organisasi akan mewujudkan jawatan kosong yang meningkat atau pun dipecatkan atau dikekalkan. ( ii ) Faktor Luaran • termasuk ekonomi, politik, sosial, teknologi, budaya dan pasaran. Contohnya ekonomi meleset, sesuatu organisasi tidak dapat mengembangkan perniagaannya kerana akan melibatkan kos yang tinggi dan pihak pengurusan perlu memikirkan perancangan yang lebih menguntungkan dalam keadaan demikian. Berdasarkan pengetahuan anda yang sedia ada, berikan satu contoh faktor luaran yang boleh menyebabkan perancangan sesuatu itu berubah . 11.2.2 Pengambilan Calon Pekerja Ianya merupakan proses menarik minat individu yang mempunyai kelayakan tertentu mengisi atau memohon jawatan tertentu yang wujud dalam satu-satu organisasi. Pengambilan juga dikenali dengan rekrumen. Kaedah pengambilan dalaman termasuklah tawaran pekerjaan dan penempatan pekerjaan dari kalangan ahli organisasi itu sendiri. Kaedah pengambilan luaran pula termasuklah; • Iklan • Agensi pekerjaan • Merekrut melalui sekolah, kolej, universiti • Acara tertentu seperti pameran, televisyen, internet • Intership- menempatkan pelajar dalam pekerjaan sementara ( iaitu latihan praktikum/latihan industri ) • Firma melatih eksekutif • Persatuan professional • Rujukan pekerja ( jabatan tenaga rakyat ) • Usaha individu – iaitu memohon sendiri Kebaikan pengambilan
  • 6. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/6 Dalaman Luaran • sudah kenal antara satu sama lain. • memenuhi spesifikasi dan diskripsi • memudahkan proses ber-komunikasi. pekerja. • menjimatkan masa, kos dan tenaga. • tampil dengan idea dan kreativiti baru Keburukan pengambilan Dalaman Luaran • tiada idea baru dibawa masuk. • kos yang tinggi untuk melatih pekerja • berlaku perasaan dengki dan irihati. baru. • masa menerangkan kerja-kerjanya dibazirkan. • komunikasi adalah tidak baik pada peringkat awal. Dalam proses pengambilan pekerja, pengurusan perlu membuat analisis pekerjaan. Apa pula analisis pekerjaan itu? Mari kita lihat maksud analisis pekerjaan itu. Analisis Pekerjaan didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik untuk menentukan kemahiran, tugas dan pengetahuan yang diperlukan untuk melakukan tugas di sesebuah organisasi. Kemudian tujuan analisis pekerjaan ialah untuk menjawab; 1. Bentuk fizikal dan mental tugas 2. Bila kerja harus lengkap disempurnakan, kerana siap tidak semestinya sempurna 3. Dimana kerja harus disempurnakan (tanggungjawab kerja, objektif kerja) • mungkin ada kerja lain selepas ini atau berkaitan dengan kerja-kerja tersebut • ada kerja lain atau pihak lain masing-masing. Apakah kelulusan yang disempurnakan untuk melakukan pekerjaan, contohnya telah memiliki sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan layak untuk memohon jawatan seperti kerani. Sebenarnya maklumat analisis perkerjaan boleh dikatakan mempunyai maklumat berikut;
  • 7. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/7 1. Ringkasan tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan pekerjaan atau jawatan dan juga jawatan lain. 2. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan contohnya pengetahuan diukur melalui sijil manakala kemahiran pula boleh membuat secara praktik. 3. Suasana kerja – contoh pensyarah memberikan kuliah dalam bilik darjah dan bukannya di tengah padang. 4. Analisis pekerjaan terdiri dari diskripsi dan spesifikasi pekerjaan. 5. Diskripsi perkerjaan itu pula adalah dokumentasi maklumat mengenai tugas, kewajiban dan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Contohnya, tugas seorang jururawat berkewajiban menjaga pesakit dan bertanggungjawab ke atas tugasnya itu iaitu menjalankan tugas dengan dedikasi. 6. Spesifikasi pekerjaan adalah spesifikasi personal diri pekerja yang mengandungi sifat-sifat pekerja yang dapat memenuhi standard/piawaian diskripsi pekerjaan.Contohnya tadi untuk menjadi seorang jururawat, kelayakannya berumur 25 tahun, pernah menjalani dan mempunyai sijil kursus kejururawatan dan sesetengahnya memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun. Sebelum kita ke langkah seterusnya dalam proses penstafan ini, cuba anda carikan contoh analisis pekerjaan atau spesifikasi pekerjaan dalam akhbar-akhbar tempatan dan bincangkan dengan pensyarah anda. 11.2.3 Pemilihan Staf Adalah proses memilih individu yang sesuai daripada sekumpulan pemohon dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan adalah; i) undang-undang di mana dapat mengelakkan diskriminasi ii) jangkamasa buat keputusan samada cepat atau lambat ataupun sesuai iii) jumlah pemohon di mana kadar pemilihan adalah merupakan bilangan pekerja yang dikehendaki terhadap bilangan pemohon. iv) Matlamat organisasi. Manakala langkah-langkah dalam pemilihan pula adalah; 1. Menyemak borang permohonan. • Untuk mempastikan maklumat yang dinyatakan adalah sama dengan diskripsi yang ditetapkan. • Untuk mendapatkan maklumat –maklumat asas mengenai calon tersebut.
  • 8. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/8 • Untuk melihat setakat mana maklumbalas calon tersebut. • Sebagai rujukan kepada firma apabila calon berkenaan telah diambil sebagai pekerja di organisasi tersebut. 2. Temuduga Awal • Calon-calon akan ditanya mengenai maklumat asas mengenai calon. • Tujuannya melihat kemahiran komunikasi dan juga kesesuaian boleh buat kerja atau tidak. 3. Proses Penilaian atau Pengujian • Untuk menguji kemahiran atau kelayakan atau IQ yang ada pada calon tersebut. • Termasuklah juga ujian kognitif, numerikal dan taakulan. • Tujuannya melihat kebolehan individu melakukan kerja. 4. Temuduga Peringkat kedua (dengan Majikan atau Pengurusan Atasan) • Ujian pengetahuan pekerjaan berasaskan analisis pekerjaan • Tujuan melihat pengetahuan mengenai tugas • Ujian membuat tugas • Ujian minat • Ujian personaliti • Ujian dadah dan AIDs Dari perbualan, calun dan penemuduga akan bertukar maklumat serta mendapat maklumat tambahan. Soalan lebih menumpukan kepada meningkatkan organisasi dan bukan lagi ditumpukan pada pendapaian akademik, pengalaman kerja, kualiti personal (fizikal, tuturkata, rekod, tenang dan sebagainya) Tujuannya melihat kewibawaan atau kebolehan calon mengemukakan idea bernas serta kematangan dalam mengendalikan situasi diri yagn boleh menyumbangkan kepada organisasi dan negara. 5. Tawaran kerja • diberikan kepada calon-calon yang layak dan berjaya. • diberikan setelah menjalani ujian-ujian tertentu seperti ujian kesihatan dan sebagainya.
  • 9. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/9 AKTIVITI 11A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah: 11.1 Penstafan adalah proses menarik minat individu-individu yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. (B/S) 11.2 Ganjaran yang setimpal dengan prestasi akan merangsangkan pekerja memperbaiki prestasi kerja mereka. (B/S) Soalan Objektif 11.3 Senarai kemahiran, kebolehan dan juga kelayakan yang dikehendaki melakukan satu-satu kerja yang tertentu dikenali sebagai; A. Diskripsi kerja B. Perancangan Sumber Manusia C. Penilaian Prestasi D. Spesifikasi kerja E. Tiada di atas 11.4 Proses menarik minat individu daripada luar organisasi memohon jawatan dalam organisasi itu adalah; A.Pengambilan dalaman B. Pemilihan Pekerja C. Mengimbangi penawaran dengan permintaan D. Penyelidikan mengenai gaji E. Pengambilanluaran
  • 10. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/10 Padanan B. Padankan terma-terma di bawah dengan maksud yang dinyatakan di bawah maksudkan yang dinyatakan dibawah; Latihan Faktor dalaman Analisis Kerja Pemilihan Staf Pengambilan staf ( Nota : Sesetengah terma mungkin tidak akan digunakan dan sesetengah soalan memerlukan lebih dari satu jawapan.) 11.5 Mengajar pekerja bawahan atau pekerja teknikal melakukan kerja mereka. 11.6 Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab pekerja sebelum pengambilan dilakukan. 11.7 Temuduga pertama adalah dilakukan oleh pengurus bawahan sementara temuduga akhir pula oleh majikan atau pengurusan.
  • 11. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/11 MAKLUM BALAS AKTIVITI 1A Soalan Objektif 11.1 B 11.2 B 11.3 D 11.4 E Padanan 11.5 Latihan 11.6 Analisis pekerjaan 11.7 Pemilihan staf
  • 12. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/12 11.2.4 Orientasi dan Induksi a. Pepatah menyatakan memulakan sesuatu dengan memuaskan bermakna separuh dari kerja telah dilaksanakan. b. Gomershall dan Mayers (1996) menyatakan program orientasi yang lemah boleh merosakkan organisasi dari segi kewangan kerana mengurangkan keberkesanan kerja dan mungkin menjadi sebab ketidakpuasan hati. c. Bertujuan untuk menyesuaikan pekerja baru dengan persekitaran organisasi. d. Dalam program induksi mengandungi; i) Maklumat mengenai organisasi seperti sejarah, perkembangan, polisi, peraturan dan struktur organisasi itu. ii) Memberitahu tanggungjawab pekerja, skop pekerjaan berdasarkan jawatan- jawatan yang dipegang dan biasanya dibuat secara persendirian e. Program ini mengambil masa yang sedikit sahaja tetapi sangat penting dibuat untuk pekerja-pekerja. 11.2.5 Latihan dan Pembangunan Staf a. Latihan biasanya diberikan kepada pekerja baru, manakala pembangunan dan pembaikan pada pekerja lama dalam sesuatu organisasi. b. Tujuan latihan diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa c. Tujuan pembangunan pula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat digunakan pada masa depan. d. Latihan perlu diberikan kerana teori yang dipelajari tidak sama dengan praktikal, maka latihan yan diberikan ini akan disesuaikan dengan organisasi. e. Pembangunan menyediakan kemahiran tambahan kepada kemahiran yang sedia ada untuk digunakan pada masa hadapan atau jangka panjang. f. Ada dua jenis latihan iaitu;
  • 13. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/13 Latihan Semasa Kerja Latihan Perantisan atau di luar Masa Kerja • latihan semasa bekerja • merupakan latihan yang diberikan • pekerja akan melaksanakan tugas seperti kepada pekerja diluar pada waktu biasa tetapi pada masa yang sama, kerja penyelia atau pengurus akan mengajar • program melatih kemahiran seperti pekerja juruelektrik, juruteknik yang lebih • menggunakan kaedah kaunseling, kepada teknikal ataupun yang tiada projek atau tunjukajar kaitan dengan tugas yang dilakukan • tujuan untuk menambah kemahiran tatapi masih ada pertalian lagi dalam pekerja. organisasi sepperti sambung belajar • Kaedah latihan termasuklah pusingan diperingkat lebih tinggi bagi seorang kerja, buat modul atau kerja kumpulan guru berkelulusan SPM. • Kaedah latihan termasuklah kursus, seminar, bengkel ataupun kolokium dan simposium. 11.2.6 Penilaian Prestasi a. Merupakan satu sistem format dalam jangkamasa tertentu melihat dan menilai prestasi kerja individu atau kumpulan. b. Proses Penilaian Prestasi temasuklah; i- kenalpasti matlamat penilaian prestasi seperti prestasi baik akan dapat ganjaran naik pangkat, bonus dan sebagainya dengan tujuan menilai keberkesanan latihan atau program yang telah diadakan. ii- kenalkan skop pekerjaan (analisis pekerjaan) iii- memeriksa cara-cara bekerja iv- penilaian prestasi v- bincang penilaian dengan pekerja dan mengambil langkah-langkah tertentu memperbaiki kelemahan dalam pekerjaan. c. Halangan Dalam Penilaian Prestasi termasuklah; i- Bias ( Pilih Kasih) • Pengurus lelaki lebih mengutamakan pekerja lelaki atau saudara maranya sahaja. ii- Andaian yang salah • Pengurus membuat andaian terhadap kelakuan, sikap pekerja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi. Contohnya pekerja diam akan dilabelkan sebagai tidak suka bergaul atau bersosial dan akan dihantar menghadiri seminar untuk bersosial dan memperbaiki komunikasi.
  • 14. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/14 iii- Halo Effect • Satu keadaan di mana pengurus mengambil sifat-sifat yang tertentu yang ada pada seseorang pekerja dan membuat satu kesimpulannya. Contohnya memakai tudung dikatakan alim. iv- Stereo type • Seorang individu mengambil satu sifat tertentu dan memberi gambaran secara keseluruhan sifat. Contohnya bertindik telinga kiri lalu dikatakan kumpulan yang tertentu. v- Piawaian yang berbeza bagi individu yang berbeza. • Penilaian harus pada satu piawaian sahaja contohnya melihat pada kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Cara-cara mengatasinya; a. Peka pada keputusan dan keadaan, persekitaran pekerja dan kesan keputusan yang dibuat. b. Sebelum buat keputusan mesti buat analisis kebaikan (menyokong) atau kelemahan (tidak menyokong). c. Senaraikan semua kriteria yang digunakan untuk analisa alternatif. d. Kurangkan andaian-andaian yang tidak berpatutan. 11.2.7 Pertukaran dan Pemisahan a. Pertukaran bermaksud bertukar jawatan atau lokasi manakala pemisahan bermaksud meletak jawatan, bersara atau kematian iaitu keluar dari organisasi tersebut. b. Adanya pemisahan masih lagi wujud hubungan dengan organisasi tersebut tetapi pemisahan menyebabkan tiada lagi kaitan dengan organisasi berkenaan. c. Apabila berlaku pertukaran dalam organisasi maka langkah-langkah awal dalam penstafan akan dilakukan semula dan dengan kata lain proses ini akan berulang dan berterusan selagi organisasi berjalan dalam jangkamasa panjang.
  • 15. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/15 AKTIVITI 11B Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!! Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 11.8 Induksi diberikan kepada pekerja-pekerja lama dalam organisasi. (B/S) 11.9 Latihan tidak perlu diberikan kepada pekerja kerana mereka telah mempunyai kelayakan dan kemahiran. (B/S) 11.10 Penilaian prestasi di kira berdasarkan kepada prestasi kerja. (B/S) 11.11 Pemberhentian pekerja merupakan satu kaedah pertukaran. (B/S) Soalan Esei 11.12 Jelaskan halangan-halangan dalam penilaian prestasi.
  • 16. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/16 MAKLUM BALAS AKTIVITI 11B Betul / Salah 11.8 S 11.9 S 11.10 B 11.11 S Soalan Esei 11.12 i) Bias ( Pilih Kasih) Pengurus lelaki lebih mengutamakan pekerja lelaki atau saudara maranya sahaja. ii) Andaian yang salah • Pengurus membuat andaian terhadap kelakuan, sikap pekerja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi. Contohnya pekerja diam akan dilabelkan sebagai tidak suka bergaulatau bersosial dan akan dihantar menghadiri seminar untuk bersosial dan memperbaiki komunikasi. iii) Halo Effect • Satu keadaan di mana pengurus mengambil sifat-sifat yang tertentu yang ada pada seseorang pekerja dan membuat satu kesimpulannya. Contohnya memakai tudung dikatakan alim. iv)Stereo type • Seorang individu mengambil satu sifat tertentu dan memberi gambaran secara keseluruhan sifat. Contohnya bertindik telinga kiri lalu dikatakan kumpulan yang tertentu. v) Piawaian yang berbeza bagi individu yang berbeza. • Penilaian harus pada satu piawaian sahaja contohnya melihat pada kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
  • 17. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/17 11.3 Kepentingan staf dari segi kuantiti dan kualiti 11.3 1 Kuantiti. Staf yang diambil bekerja adalah memenuhi kekosongan jawatan bagi satu-satu organisasi . Maksudnya bilangan staf yang diambil adalah menepati bilangan yang dikehendaki supaya kuantiti staf tadi tidak mengalami kekurangan atau berlebihan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Contohnya, syarikat penghantaran bungkusan memerlukan ramai pekerja di antara 10 hingga 15 orang yang akan menghantar dan memungut serta memunggah bungkusan. Jadi pengurusan akan mengambil pekerja tidak kurang dari 10 orang dan tidak melebihi 15 orang. 11.3 2 Kualiti Kalau kuantiti kita kaitkan dengan bilangan staf, kualiti pula kita katakan staf yang diambil itu mestilah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan iaitu berkebolehan membuat kerja, berkelayakan dan boleh membuat kerja yang dikehendaki dengan pengawasan yang paling minimum kerana ini akan mengurangkan kos perbelanjaan organisasi. Contohnya, organisasi memerlukan seorang akauntan, maka calon yang memohon untuk diambil bekerja mestilah mempunyai kelayakan dan pengalaman yang maksima dalam bidang kerja tersebut kerana apabila terpilih sudah tentu ia dapat melakukan kerja dengan baik berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya. 11.4 Pengurusan Pampasan Dan Faedah Membentuk sistem pampasan yang berkesan dan cekap merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang penting kerana bagi pekerja, pampasan dan faedah adalah perkara utama yang mereka pertimbangkan semasa memohon pekerjaan atau ingin kekal dalam pekerjaan tersebut. Tujuan sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat dan mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi . Tanpa pentadbiran yang cekap akan memberikan banyak masalah dan seterusnya menjejaskan imej organisasi. Ini adalah kerana pampasan dan faedah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi, sikap, kepuasan kerja dan produktiviti pekerja. Sebagai contoh, organisasi yang menawarkan lebih banyak kemudahan seperti perubatan, elaun lebih masa dan perumahan selain daripada gaji yang tinggi dapat menarik lebih ramai pekerja untuk memohon jawatan yang ditawarkan selain dapat mengekalkan pekerja sedia ada.
  • 18. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/18 Milkovich dan Newman (1993) mendefinisikan pampasan sebagai semua bentuk pulangan kewangan dan perkhidmatan nampak serta faedah-faedah lain yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada perhubungan pekerjaan. Secara umumnya sesebuah organisasi akan memberikan pertimbangan kepada perkara- perkara berikut apabila hendak menentukan jumlah gaji atau upah yang akan diberikan kepada pekerja. Ia melibatkan: a. Faktor-faktor penglibatan atau sumbangan pekerja kepada organisasi seperti: pengalaman, prestasi, seniority dan kelayakan. b. Faktor-faktor yang berkaitan dengan deskripsi kerja seperti tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja c. Jumlah pampasan atau gaji yang dibayar oleh organisasi lain yang berada di dalam industri yang sama. Milkovich dan Newman (1993) telah menegaskan bahawa sistem pampasan organisasi sepatutnya dapat mencapai 3 perkara iaitu: 1. Kecekapan Ia merupakan objektif utama sistem pampasan iaitu membawa kecekapan dalam melaksanakan tugas. Ia termasuklah meningkatkan prestasi, kualiti menyeluruh, fokus kepada pelanggan dan kawalan kos. 2. Keadilan Ia merupakan asas dalam pembentukan sistem pampasan yang memastikan keadilan dalam amalannya untuk semua individu yang berkaitan dengan pekerjaan. 3. Pematuhan Ia adalah objektif yang melibatkan pematuhan program pampasan mengikut undang- undang dan peraturan pampasan yang telah ditetapkan.
  • 19. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/19 11.5 Faktor yang mempengaruhi Pakej Pampasan dan Faedah Keuntungan Syarikat Saiz Syarikat Jawatan yang dipegang dan prestasi Lokasi Geografik TAHAP PAMPASAN DAN FAEDAH Jenis kerja yang dilakukan Falsafah Pengurusan Jenis Perniagaan Kesatuan Insentif Buruh atau Modal Rajah 11.3 Faktor Menentukan Tahap Pampasan dan Faedah. ( Pengurusan Organisasi , Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohad Makhbul ) 11.5.1 Jenis kerja yang dilakukan Kerja yang berbeza memerlukan jenis dan tahap kemahiran yang berbeza. Oleh itu semakin tinggi dan sukar kerj a yang dilakukan maka semakin tinggilah ganjaran yang akan diterima. 11.5.2 Jenis Perniagaan yang dijalankan. Jawatan di sektor swasta mempunyai pakej pampasan dan faedah yang lebih menarik berbanding dengan sektor kerajaan ataupun sektor bukan keuntungan. Perbezaan ini lebih ketara bagi jawatan-jawatan di peringkat pengurusan. Contohnya, perniagaan peruncitan memberikan pampasan yang lebih rendah berbanding dengan perniagaan komunikasi. 11.5.3 Kesatuan Jika organisasi mempunyai kesatuan maka bayaran pampasannya adalah lebih baik berbanding dengan organisasi yang bebas dari kesatuan. 11.5.4 Insentif Buruh atau Modal Jika perniagaan yang dijalankan berintensifkan buruh, ia tidak mengambil lebih banyak pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi tetapi sebaliknya pekerja ini mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Pekerja yang berkemahiran tinggi kebiasaannya mendapat sistem ganjaran yang lebih baik.
  • 20. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/20 11.5.5 Falsafah Pengurusan. Terdapat organisasi yang mempunyai falsafah bahawa mereka tidak akan membayar pekerja lebih banyak berbanding denga apa yang mereka perolehi. Manakala terdapat organisasi yang membayar pekerjanya dengan kadar yang lebih tinggi untuk menarik minat dan mengekalkan pekerja terbaik dalam organisasi. 11.5.6 Lokasi Goegrafik Pada kebiasaannya kawasan geografik yang mana kos sara hidup adalah tinggi biasanya akan memberikan sistem pampasan yang lebih baik berbanding dengan kawasan geografik yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. 11.5.7 Keuntungan Syarikat. Jika organisasi mengalami kejatuhan dari segi keuntungan, maka pasti ia akan memberi kesan besar ke atas pemberian pampasan dan juga faedah. 11.5.8 Saiz Organisasi Organisasi yang bersaiz lebih besar kebiasaannya memberi pampasan yang lebih menarik berbanding dengan pampasan yang diberikan oleh organisasi yang bersaiz sederhana atau kecil. 11.5.9 Jawatan yang dipegang dan Prestasi yang ditunjukkan. Pakej pampasan dan faedah yang lebih baik diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang rendah.
  • 21. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/21 AKTIVITI 11C Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 11.6 Organisasi memerlukan pekerja yang ramai bagi meneruskan aktiviti- aktivitinya. (B/S) 11.7 Pekerja yang berkualiti dapat membantu organisasi mencapai objektif yang telah ditetapkan. (B/S) 11.8 Pampasan dan faedah penting bagi mengubah sikap dan kepuasan pekerja. (B/S) 11.9 Jumlah pampasan pekerja ditentukan oleh teknologi. (B/S) Soalan Esei 11.10 Bincangkan empat faktor yang menentukan tahap pembayaran faedah dan pampasan.
  • 22. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/22 MAKLUM BALAS AKTIVITI 11C Betul / Salah 11.13 S 11.14 B 11.15 B 11.16 S Soalan Esei. 11.17 Pelajar boleh memilih mana-mana empat faktor daripada lapan yang dihuraikan pada mukasurat 19 dan 20.
  • 23. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/23 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!! Soalan objektif 1. Proses di dalam penstafan bagi memperbaiki prestasi kerja pekerja-pekerja pada masa kini supaya pekerja dapat menguasai kemahiran yang diperlukan disebut sebagai………. A. Latihan B. Pembangunan C. Induksi D. Penilaian Prestasi E. Pengajaran 2. Penyataan huraian kerja menerangkan A. Tentang calon yang bagaimanakah sesuai untuk tujuan tertentu. B. Cara yang bagaimana untuk memohon jawatan yang ditawarkan. C. Kelayakan yang diperlukan. D. Tentang aspek tugas untuk sesuatu jawatan yang diadakan. E. Faktor fizikal calon untuk jawatan yang tertentu. 3. Berikut adalah TIDAK BENAR mengenai program orientasi A. Melengkapkan dokumen pekerjaan. B. Pengenalan terhadap rakan sekerja. C. Pengenalan kepada struktur kerja. D. Mengkaji semua faedah dan perkhidmatan yang ada. E. Pendedahan kepada penyelia tugasan terbaharu. 4. Perancangan Sumber Manusia adalah bertujuan menentukan kesemua perkara di bawah KECUALI: A. Perancangan bagi keperluan-keperluan masa hadapan. B. Perancangan bagi keseimbangan masa hadapan. C. Perancangan bagi pemngambilan dan pemilihan atau pemberhentian pekerja.
  • 24. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/24 D. Perancangan bagi kenaikan gaji dan ganjaran. E. Perancangan bagi pembangunan dan latihan. 5. Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pemilihan; A. Undang-undang. B. Temuduga dengan majikan. C. Tawaran Kerja. D. Orientasi dan Induksi E. Latihan Perantisan. Soalan Esei 1. Apakah proses-proses utama dalam penstafan. Jelaskan. 2. Bezakan di antara deskripsi kerja dan spesifikasi kerja. 3. Senaraikan tujuan mengadakan latihan. 4. Adakah kepentingan staf dari segi kualiti bagi sesebuah organisasi itu.
  • 25. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/25 MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI Soalan Esei. 1. Proses Penstafan termasuklah; a. Perancangan sumber manusia. b. Pengambilan Staf. c. Pemilihan Staf. d. Orientasi dan Induksi. e. Latihan dan Pembangunan Staf. f. Penilaian Prestasi g. Pertukaran dan Pemisahan. ( Huraian mengenai proses tersebut boleh dirujuk 11.2 ) 2. Diskripsi pekerjaan adalah adalah dokumentasi maklumat mengenai tugas, kewajiban dan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Spesifikasi pekerjaan adalah spesifikasi personal diri pekerja yang mengandungi sifat-sifat pekerja yang dapat memenuhi standard/piawaian diskripsi pekerjaan. 3. Tujuannya supaya pekerja-pekerja dalam organisasi sentiasa mempunyai kemahiran yang ditetapkan oleh pengurusan atasan. Di samping menyediakan latihan untuk kemahiran, latihan juga boleh memberikan motivasi kepada pekerja kerana membuatkan pekerja yakin dan percaya dengan apa yang mereka lakukan atau buat kerana keyakinan diri setelah menghadiri latihan. 4. Kualiti bolehlah kita katakan staf yang diambil itu mestilah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan iaitu berkebolehan membuat kerja, berkelayakan dan boleh membuat kerja yang dikehendaki dengan pengawasan yang paling minimum kerana ini akan mengurangkan kos perbelanjaan organisasi. Soalan Objektif: 1. A 2. D
  • 26. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/26 3. E 4. D 5. A