SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
PENGARUH ASAS PENGETAHUAN GURU DAN PEMAHAMAN GURU
TERHADAP AMALAN HARIAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh; Desmond Bin Muroh
8 November 2015
PENGENALAN
“Biarku menjadi lilin” sebuah lagu yang sangat sinonim dan sering didendangkan
pada sambutan yang melibatkan profession pendidikan ini sekaligus telah menjadi imej
kepada profession pendidikan negara. Akan tetapi, mampukah seorang guru untuk
memberikan cahaya sepertimana yang telah dinyatakan dalam lirik lagu tersebut.
Dalam konteks tersebut, guru – guru yang dianggap sebagai lilin, memberikan cahaya
iaitu menyampaikan ilmu bagi menerangi jalan-jalan yang akan dihadapi kanak-kanak
dewasa kelak. Jika kita lihat dari hayat sebatang lilin, ia akan menerangi dalam tempoh yang
seketika. Pada awalnya, sebatang lilin yang baru dikeluarkan daripada kotak mempunyai rupa
yang sangat sempurna. Setelah lilin dinyalakan, semakin lama ia akan menjadi semakin
rendah, berubah rupa, lembut dan tidak elok lagi rupa lilin tersebut akhirnya. Ini akan
memberi gambaran pesong terhadap perjalanan dan jasa seorang pendidik yang pada awalnya
kuat dan bersemangat akan lemah dan berputus asa akhirnya.
Gambaran yang cukup jelas apabila golongan guru-guru baru dengan semangat yang
tinggi pada awal zaman pekerjaan akan menjadi longlai dalam menempuhi zaman pekerjaan.
Ini masih kita boleh kita terima sebagai normal kerana guru juga seorang insan yang tetap
akan mengalami perubahan akibat daripada persekitaran, situasi dan sebagainya. Yang amat
membimbangkan ialah, kesediaan guru tiada atau belum bersedia untuk menyampaikan
pengajaran sedangkan telah menerima latihan dalam bidang pendidikan. Menurut laporan
Albert Shanker, Presiden Guru Amerika Syarikat sekitar 1985 merujuk kepada tinjauan Lay
Yoon Fah (Tarikh tinjauan tiada dinyatakan: modul PLG500 jilid 2) menyatakan sejumlah
200,000 guru daripada 2.5 juta guru menyampaikan pengajaran dalam matapelajaran yang
mereka belum bersedia untuk berbuat demikian.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
ASAS PENGETAHUAN GURU
Asas merupakan tapak kepada sesuatu untuk berdiri. Tanpa asas tersebut, kemegahan
dan kepewiraan akan tersungkur rebah ke bumi. Bagi konteks guru, asas yang dimaksudkan
ialah pengetahuan. Tanpa pengetahuan, sukar untuk guru untuk menyampaikan pengetahuan
yang sepatutnya disampaikan kepada pelajar – pelajarnya.
Pengetahuan terbahagi kepada 2 menurut Shulman (1986) iaitu pengetahuan konten
boleh dimaksudkan sebagai pengetahuan konten mata pelajaran dan pengetahuan konten
pedagogi merujuk kepada aspek – aspek dalam kandungan yang berkaitan dengan pengajaran
yang terdapat dalam bahagian – bahagian mata pelajaran. Berdasarkan 2 jenis pengetahun ini,
guru perlu mendalami konten pelajaran dan juga menguasai aspek-aspek yang akan
mempengaruhi pengajaran setiap kandungan yang terdapat dalam kandungan matapelajaran.
Tetapi sejauh mana kita pasti bahawa setiap bidang atau matapelajaran yang akan
disampaikan di sekolah oleh guru yang betul betul menguasai bidang atau matapelajaran
tersebut. Sudah tentu, setiap guru pernah merasakan pengalaman mengajar matapelajaran
diluar bidang pengkhususan. Sebagai seorang guru, kita tidak dapat lari daripada memikul
tugas yang telah dipertanggungjawabkan sedangkan diri sendiri tidak begitu mahir dalam
bidang atau matapelajaran yang telah dipertanggungjawabkan. Menurut Robinsim (1985)
tinjauan Lay Yoon Fah dalam tulisan yang sama menyatakan perngajaran di luar bidang
pengkhususan “out-of-field” bukanlah jenayah tanpa mangsa “victimless crime” yang
menjadi mangsa adalah murid-murid yang yang menerima pengajaran yang kurang baik
“inferior” berbanding dengan kumpulan murid yang lain. Petikan dalam tinjauan tersebut
menyatakan pendapat McDiarmid et al (1989) dan Grossman et al (1989) penguasaan
pengetahuan dan pemahaman konten menentukan keupayaan guru memindahkan “transmit”
pengetahuan kepada murid – murid.
Pengetahuan konten mata pelajaran akan mempengaruhi cara guru merancang dan
mengjar mata pelajaran tersebut. Ini menunjukkan, setiap tindakan dan sikap guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh proses pemikiran guru termasuk
pengetahuan konten mata pelajarannya. Dengan kurangnya penguasaan terhadap pengetahuan
konten dan kemahiran guru dalam sesuatu bidang, guru – guru khususnya guru bukan
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
pengkhususan tidak mampu mengesan dan seterusnya gagal memperbetulkan konsep sedia
ada murid, tidak mampu menggunakan peluang untuk perbincangan yang seterusnya, tidak
mampu menangani masalah – masalah am bilik darjah dan menterjemah maksud pelajaran
dengan tepat.
Pergantungan terhadap buku teks semata mata dapat dikenalpasti kepada guru – guru
yang tidak dapat menguasai pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi.
Cadangan yang terdapat dalam buku teks jarang diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan
semasa. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid secara individu
seringkali digunakan dan sengaja mengelakkan aktiviti berpusatkan murid secara menyeluruh
dalam kelas.
AMALAN HARIAN GURU
Amalan harian guru melibatkan aspek – aspek penyampaian pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti
penyampaian maklumat kepada murid – murid. Amalan – amalan ini dipengaruhi oleh
pengetahuan asas guru dan pemahaman guru dalam bidang kurikulum dan pedagogi. Dengan
adanya pengetahuan yang mendalam, iaitu melibatkan pengetahuan konten dan pengetahuan
konten pedagogi, perancangan dan penyampaian pembelajaran guru yang lebih berkesan
dapat dihasilkan. Sekiranya pembelajaran atau penyampaian yang berkesan, motif guru untuk
menghasilkan murid yang berpengetahuan dapat dicapai.
Pengetahuan – pengetahuan yang diperolehi oleh murid – murid boleh diaplikasikan
secara maksimum dalam kehidupan yang sebenar mermbuktikan kejayaan yang sebenar guru
– guru dalam misi guru sebagai insan yang menyampaikan maklumat.
Pemilihan empat jenis amalan harian dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar dapat memberikan yang terbaik kepada murid – murid. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam sekolah yang mempunyai kurang
murid memberi cabaran untuk guru memastikan amalan atau kaedah yang dipilih mampu
dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
PENJELASAN AMALAN HARIAN GURU
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan tinjauan Lay Yoon Fah,
disimpulkan bahawa penguasaan pengetahuan konten dan kemahiran guru dalam sesuatu
bidang mata pelajaran akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Pengetahuan yang diperolehi dan diamalkan ini boleh mempengaruhi rancangan guru
dan kaedah penyampaian guru. Amalan-amalan ini adalah luas dan bergantung kepada guru
untuk menentukan yang terbaik kepada murid – muridnya. Berdasarkan pengetahuan konten
dan pengetahuan konten pedagogi dimana ini amat membantu guru dalam menghasilkan satu
penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, guru – guru mempunyai
pertimbangan yang mutlak untuk memilih cara penyampaian tersendiri bergantung kepada
keupayaan murid, budaya, masyarakat, kemudahan dan sebagainya. Amalan – amalan yang
luas ini di aplikasikan sebilangan guru yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk
memberikan yang terbaik kepada murid – murid. Jika guru yang berfokus untuk
menghabiskan silibus pelajaran, guru tersebut lebih cenderung untuk mengunakan bulat –
bulat cadangan yang dicadangkan dalam modul pengajaran yang telah dihasilkan oleh pihak –
pihak tertentu tanpa memikirkan cara yang terbaik untuk murid – murid menerima dan
mengaplikasikan maklumat yang telah disampaikan oleh guru.
AMALAN PENYAMPAIAN MENGGUNAKAN VISUAL
Penggunaan visual, menurut Tilestone (2005), kajian – kajian mengenai otak
mendapati bahawa hanya 20% pelajar yang belajar melalui pendengaran, manakala 80%
pelajar belajar melalui penglihatan dan kinestatik. Sausa (2006) telah mengemukakan kajian
berkaitan dengan kebolehan mengingat 24 jam selepas pembelajaran berlaku mengikut
kaedah pengajaran; 5% selepas syarahan, 10% Selepas membaca, 20% selepas audiovisual,
30% selepas demonstrasi, 50% selepas perbincangan kumpulan, 75% selepas praktikal dan
90% selepas mengajar yang lain atau terus mengamalkan pembelajaran tersebut. Ini
menjelaskan otak manusia lebih lebih mudah dan cenderung menerima maklumat melalui
pengajaran yang menggunakan visual.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
Penggunaan visual disini merangkumi penggunaan carta alir, gambarajah, simbol,
jadual, peta konsep, ilustrasi, i-think dan sebagainya. Melalui pengalaman yang telah dialami,
penggunaan visual lebih efektif bagi menjelaskan dan mempermudahkan maklumat.
Berdasarkan peratusan hasil daripada kajian – kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
lepas, kajian telah menunjukkan angka peratusan yang positif jika pembelajaran dapat
diaplikasikan menggunakan kaedah visual. Perhatian murid – murid juga dapat ditarik
menggunakan kaedah ini dan membantu guru untuk meningkatkan lagi penerimaan murid –
murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun, tidak semua konten yang terkandung dalam mata pelajaran
dapat disampaikan menggunakan kaedah ini. Sekali lagi, keupayaan guru untuk memilih
kaedah yang lebih sesuai untuk menyampaikan satu – satu konten yang terkandung dalam
mata pelajaran yang tidak boleh diterjemahkan melalui kaedah visual.
Penggunaan visual dalam pengajaran berdasarkan keadaan sekolah yang mempunyai
masalah kekurangan yang sudah pasti ramai yang mengetahui. Kaedah ini sesuai
memandangkan ia akan melibatkan murid secara aktif. Murid akan disediakan dengan
pelbagai kad perkataan dan ayat mudah dalam pengajaran mata pelajaran sains. Penjelasan
kandungan pelajaran diterjemahkan melalui visual yang lebih mudah untuk difahami murid-
murid.
AMALAN GURU BERKEYAKINAN
Dalam tinjauan Lay Yoon Fah juga, kajian yang dijalankan SCORE (Scotitish
Council for Research in Education) yang meninjau tahap pemahaman guru sains sekolah
rendah terhadap konsep konsep sains dan teknologi, satu pertiga daripada guru yang terlibat
dalam kajian menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan latar belakang adalah punca
masalah pengajaran yang mereka hadapi. Hasil kajian tersebut telah menyenaraikan mata
pelajaran sains menduduki tempat ke 8 manakala teknologi menduduki tempat yang paling
rendah.
Keyakinan guru untuk mengajar sains lebih berfokus kepada penyampaian kemahiran
proses sains dengan memperkembangkan pemahamanan isi kandungan dikalangan murid –
murid. Guru – guru juga didapati lebih yakin untuk menyampaikan pengajaran dalam bidang
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
memahami benda hidup dan proses hidup dan memahami bumi dan alam semesta berbanding
bidang tenaga dan daya dan hasilan teknologi.
Selain itu, tahap keyakinan berdasarkan jantina guru juga memberikan perbezaan
yang signifikan. Keyakinan guru lelaki lebih tinggi berbanding guru perempuan dalam
penyampaian pengajaran dalam bidang sains dan dikalangan guru-guru perempuan
menunjukkan keyakinan lebih tinggi guru perempuan yang memiliki latar belakang dalam
bidang sains berbanding mereka yang tiada latar belakang sains. Tahap keyakinan guru dapat
dikaitkan dengan faktor – faktor seperti tiada minat, latihan pra-perkhidmatan yang tidak
mencukupi, bantuan dalam perkhidmatan yang kurang, sumber dan sokongan yang tidak
mencukupi.
Menurut tinjauan Lay Yoon Fah terdapat laporan Tilgner (1990) yang berpendapat
berkenaan kajian pengkaji berkaitan dengan amalan ini menyatakan separuh daripada
bilangan bilangan guru – guru sekolah rendah meletakkan mata pelajaran sains ditempat
keempat atau kelima dalam pemilihan (skor pangkatan) lima mata pelajaran. 25% daripada
guru sekolah rendah dan sampel kajian tidak memberi masa langsung untuk mata pelajaran
sains.
Minat guru terhadap mata pelajaran sains mempengaruhi minat murid – murid
terhadap mata pelajaran tersebut (Shringley, 1974) dan hanya 22% sahaja guru sekolah
rendah berasa mereka benar benar layak mengajar sains (Gerlovish et al., 1981). Tahap
keyakinan guru dalam mengajar mata pelajaran sains dapat dikaitkan dengan kekurangan
pengetahuan latar belakang pada seseorang guru.
Berdasarkan jurnal pendidikan Malaysia 34(2)(2009):3-14 oleh Khalid Johari et.al.
menyatakan keyakinan efikasi guru-guru lepasan dpm berbeza dalam hal mendorong murid
untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru – guru lepasan KPLI dan B.Ed:
manakala guru – guru daripada program KPLI, DPLI dan B.Ed saling berbeza antara satu
sama lainPerbezaan keyakinan yang dikenalpasti berdasarkan status latihan guru serta jantina
guru – guru sains.. Jika tahap keyakinan ini terus dipandang remeh dalam
memperkembangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran peratusan untuk
matapelajaran tersebut terus diabaikan adalah tinggi. Sekaligus masalah ini akan mengundang
kepada ketidak seimbangan dalam hala tuju falsafah pendidikan kebangsaan sebagai
pendokong para pendidik sekian lama.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
Oleh kerana pengajaran kepada golongan murid yang dalam jumlah yang kecil, adalah
sangat penting bagi guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menunjukkan keyakinan guru dalam sesuatu mata pelajaran. Untuk menarik perhatian dan
memastikan murid-murid untuk merasakan seseorang guru yakin terhadap pengajarannya,
guru memainkan peranan yang penting untuk menjalankan pengajaran dengan penuh
keyakinan agar murid-murid memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Dengan sikap yang yakin, murid-murid tidak teragak-agak untuk
mengemukakan kekeliruan yang mereka hadapi dan memudahkan guru untuk membetulkan
konsep-konsep yang disalah tafsir oleh mereka.
AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Menurut Khalid (1993) dalam tinjauan Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes &
Shahzalina Ghazali Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (tarikh tidak
dinyatakan) pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib
serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua 2 komponen pembelajaran
untuk kejayaan yang paling maksimum. Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa guru-guru
mata pelajaran teknik dan vokasional sedikit sebanyak mengamalkan pendekatan
pembelajaran koperatif di dalam kelas mereka. Ini dibuktikan melalui data mentah yang
diperolehi menunjukkan nilai min purata yang sederhana iaitu 3.59.
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi
pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Pembahagian pelajar ke dalam
kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian
mendapati min yang tinggi iaitu 4.37 untuk kenyataan ini. Kajian – kajian disokong menurut
Hamm dan Adams (1994), yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif memudahkan
dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran guru. Melalui proses penglibatan pelajar di
dalam kumpulan secara aktif, guru juga dapat membuat penemuan-penemuan penting
mengenai kaedah pelajar belajar dan apa yang mereka belajar. Oleh kerana pelajar terlibat
dalam sebahagian proses pengajaran, keberkesanan guru mengajar dalam kelas dan proses
pengajaran akan berganda.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
Namun begitu, terdapat faktor faktor yang boleh menggagalkan pembelajaran secara
koperatif ini. Salah satunya ialah, faktor kekangan masa. Dan memang tidak dapat disangkal
bahawa kekangan masa merupakan musuh utama kepada guru – guru yang mengamalkan
cara pengajaran koperatif. Selain itu, beban tugas luar guru dalam kerja – kerja dokumentasi
dan pengkeranian juga memberi kesan yang mendalam dalam penggunaan amalam koperatif
ini. Faktor lain merupakan peruntukkan masa yang kurang dalam interaksi mata pelajaran
juga menimbulkan permasalahan dalam perlaksanaan pembelajaran koperatif. Sebagai
contoh, dalam peruntukkan masa yang disediakan dalam KBSR Kurikulum Baru Sekolah
Rendah memperuntukkan 3 waktu interksi sains bagi tahap 1 dan 5 waktu bagi tahap 2.
Dengan memperkenalkan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah mengurangkan
masa interaksi mata pelajaran sains iatu 2 waktu untuk tahap 1 dan 4 waktu untuk tahap 2.
Pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid
dengan jumlah yang kecil member ruang kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran
menggunakan kaedah koperatif dengan lebih mudah. Sebagai contoh, pembelajaran dalam
kelas tahun 3 yang melibatkan 9 orang pelajar, pembahagian kumpulan kecil sebanyak 3
orang setiap kumpulan memastikan penglibatan setiap murid berlaku. Murid-murid yang
tidak tahu bagaimana hendak melibatkan aktiviti dalam aktiviti yang dikesan oleh guru akan
dibimbing oleh guru untuk membolehkan murid tersebut berfungsi dalam kumpulan kecil
tersebut.
AMALAN PENJELASAN PELAJARAN MELALUI CONTOH
Menurut Watson dan Mason 2005 dalam penulisan Faridah Sulaiman and Mohini
Mohamed (2012), contoh ialah sebarang perkara yang melaluinya pelajar dapat membuat
generalisasi. Penjelasan isi kandungan pelajaran menggunakan contoh sebenar yang berlaku
disekitar murid – murid dapat mempertingkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran. Melalui
amalan ini, murid – murid dengan sendiri dapat mempertimbangkan isi pelajaran dengan
situasi yang berlaku disekeliling berdasarkan contoh yang telah disampaikan oleh seseorang
guru dalam penyampaian isi pelajaran. Dalam penulisan yang sama, Zaslavsky dan Zodik
(2007) berpendapat bahawa pengetahuan tentang contoh boleh dilihat sebagai suatu
pengetahuan teras yang diperlukan untuk pengajaran Matematik dan ia adalah penggerak
kepada perkembangan pengetahuan guru. Namun, tiada pendedahan secara sistematik yang
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
diberikan kepada guru, sama ada bakal guru mahupun guru yang telah berkhidmat, mengenai
penggunaan contoh dalam pengajaran Matematik (Zaslavsky, 2008). Berdasarkan pendapat
tersebut, dapat dikaitkan keberkesanan yang lebih tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran
yang telah disampaikan.
Jika pengajaran biasa dijalankan tanpa pemberian contoh, sukar untuk murid – murid
mengaitkan pembelajaran dengan keadaan sebenar. Sekiranya murid – murid dapat
mengaitkan isi pelajaran dengan contoh, tahap kefahaman murid dapat dipertingkatkan.
Secara tidak langsung, guru – guru yang mampu memberikan contoh yang paling sinonim
dengan isi pelajaran merupakan guru yang mampu untuk menghasilkan pengetahuan sendiri
dimana ia juga dikenali sebagai kurikulum tersembunyi (hidden curriculum). Walaupun
begitu, maklumat yang diperolehi daripada beberapa kajian-kajian yang lalu menunjukkan
bahawa anggapan ini tidak semestinya benar (Arbaugh & Brown, 2005; Zaslavsky & Peled,
1996).
Dalam pengajaran contohnya pengajaran matematik, didapati bahawa guru-guru
pelatih seringkali memilih contoh yang mudah dan rutin untuk mengelakkan pelajar-pelajar
daripada membuat kesilapan dan mengelakkan timbulnya kekeliruan dalam pembelajaran.
Penggunaan contoh yang mudah bagi guru dan contoh kebiasaan akan memberi kesan kepada
penerimaan murid – murid. Sebagai kesimpulan kepada amalan ini, Guru – guru perlu
menggunakan pelbagai jenis pengetahuan untuk dipertimbangkan sebelum pemilihan contoh
dibuat. Guru – guru perlu tahu sukatan pelajaran semasa, malah mereka perlu mengetahui
sukatan pelajaran sebelum. Pengetahuan ini perlu bagi membolehkan mereka mengenal pasti
pengetahuan asas yang sepatutnya telah dikuasai pelajar sebelum memulakan pengajaran
baru.
Dalam konteks pengajaran disekolah pedalaman yang mempunyai bilangan murid
yang terhad, pemberian contoh perlulah lebih sinonim dengan cara kehidupan, persekitaran
dan budaya murid-murid tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran sains tajuk tumbuhan,
contoh-contoh tumbuhan yang ada di kawasan tersebut terlebih dahulu digunakan. Sebelum
member perngetahuan terhadap jenis-jenis tumbuhan lain yang tidak terdapat di kawasan
tersebut.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai amalan – amalan yang sesuai dan selari dengan kehendak dan
penerimaan murid – murid yang boleh diaplikasikan dalam rancangan dan perlaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengaplikasikan amalan – amalan tersebut,
penguasaan guru terhadap pengetahuan asas iaitu pengetahuan konten dan pengetahuan
konten pedagogi memainkan peranan yang amat penting. Oleh yang demikian, seorang guru
perlu memperkuatkan asas sedia ada sebelum tanggapan terhadap murid – murid dibuat.
Amalan – amalan yang telah dinyatakan disini adalah seperti amalan penyampaian
menggunakan visual, amalan guru berkeyakinan tinggi, amalan pembelajaran koperatif dan
amalan penjelasan pelajaran melalui contoh. Penjelasan terhadap amalan – amalan ini
bukanlah bermaksud amalan ini adalah yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan murid –
murid. Ini adalah bergantung kepada kandungan mata pelajaran dan aspek – aspek luar
seperti keupayaan murid, budaya, agama, persekitaran, kemudahan, masyarakat dan
sebagainya. Guru mempunyai keputusan yang terbaik bagi murid – muridnya kerana tiada
lebih tahu daripada guru akan keperluan murid – murid demi mencapai matlamat dan tugas
seorang guru.
Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM
RUJUKAN
Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes & Shahzalina Ghazali. (n.d). Amalan Pembelajaran
Koperatif di Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Tiga buah
Sekolah Teknik di Selangor. Artikel tinjauan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
Faridah Sulaiman & Mohini Mohamed.(2012). Kerangka Pengetahuan Guru Cemerlang
Matematik Dan Bagaimana Ia Digunakan Bagi Memilih Contoh Dalam Pengajaran
Matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 27, 69–86, 2012. Malaysia.
Hamdi Bin Ishak, Ab Halim Bin Tamuri, Rosadah Binti Abdul Majid & Safini Bin Bari.
(2012). Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Masalah Pendengaran). Jurnal Of Islamic dan
arabic education 4(2), 2012 11-24. Malaysia
Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuri Osman & Ahmad Tajuddin Othman. (2009). Pengaruh
Jenis Latihan Guru Dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah.
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009):3-14. Malaysia.
Lay Yoon Fah. (n.d). Pengaruh Pengetahuan Konten Guru Sains Terhadap proses
Pengajaran-Pembelajaran Mata Pelajaran Sains. Jurnal Maktab. Malaysia.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2一世 一生
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUEow Yee Leng
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Zue Layhar
 
Model pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personalModel pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personalfiro HAR
 

Was ist angesagt? (18)

Pedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikanPedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikan
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Pedagogi bestari
Pedagogi bestariPedagogi bestari
Pedagogi bestari
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARU
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Model pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personalModel pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personal
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Presentation ppik
Presentation ppikPresentation ppik
Presentation ppik
 

Ähnlich wie ASAS PENGETAHUAN GURU

Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruLoreta Long
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Izawati Saat
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Proposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan KelasProposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan KelasMarliena An
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiIzawati Saat
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfHarlimanDs
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT Santa Barbara
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 

Ähnlich wie ASAS PENGETAHUAN GURU (20)

Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guru
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Proposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan KelasProposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan Kelas
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
(Group 17) pck
(Group 17) pck(Group 17) pck
(Group 17) pck
 
Gru proposal (2)
Gru  proposal (2)Gru  proposal (2)
Gru proposal (2)
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
 
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID ARAS LAMBAT
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 

Kürzlich hochgeladen

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 

ASAS PENGETAHUAN GURU

  • 1. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM PENGARUH ASAS PENGETAHUAN GURU DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP AMALAN HARIAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh; Desmond Bin Muroh 8 November 2015 PENGENALAN “Biarku menjadi lilin” sebuah lagu yang sangat sinonim dan sering didendangkan pada sambutan yang melibatkan profession pendidikan ini sekaligus telah menjadi imej kepada profession pendidikan negara. Akan tetapi, mampukah seorang guru untuk memberikan cahaya sepertimana yang telah dinyatakan dalam lirik lagu tersebut. Dalam konteks tersebut, guru – guru yang dianggap sebagai lilin, memberikan cahaya iaitu menyampaikan ilmu bagi menerangi jalan-jalan yang akan dihadapi kanak-kanak dewasa kelak. Jika kita lihat dari hayat sebatang lilin, ia akan menerangi dalam tempoh yang seketika. Pada awalnya, sebatang lilin yang baru dikeluarkan daripada kotak mempunyai rupa yang sangat sempurna. Setelah lilin dinyalakan, semakin lama ia akan menjadi semakin rendah, berubah rupa, lembut dan tidak elok lagi rupa lilin tersebut akhirnya. Ini akan memberi gambaran pesong terhadap perjalanan dan jasa seorang pendidik yang pada awalnya kuat dan bersemangat akan lemah dan berputus asa akhirnya. Gambaran yang cukup jelas apabila golongan guru-guru baru dengan semangat yang tinggi pada awal zaman pekerjaan akan menjadi longlai dalam menempuhi zaman pekerjaan. Ini masih kita boleh kita terima sebagai normal kerana guru juga seorang insan yang tetap akan mengalami perubahan akibat daripada persekitaran, situasi dan sebagainya. Yang amat membimbangkan ialah, kesediaan guru tiada atau belum bersedia untuk menyampaikan pengajaran sedangkan telah menerima latihan dalam bidang pendidikan. Menurut laporan Albert Shanker, Presiden Guru Amerika Syarikat sekitar 1985 merujuk kepada tinjauan Lay Yoon Fah (Tarikh tinjauan tiada dinyatakan: modul PLG500 jilid 2) menyatakan sejumlah 200,000 guru daripada 2.5 juta guru menyampaikan pengajaran dalam matapelajaran yang mereka belum bersedia untuk berbuat demikian.
  • 2. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM ASAS PENGETAHUAN GURU Asas merupakan tapak kepada sesuatu untuk berdiri. Tanpa asas tersebut, kemegahan dan kepewiraan akan tersungkur rebah ke bumi. Bagi konteks guru, asas yang dimaksudkan ialah pengetahuan. Tanpa pengetahuan, sukar untuk guru untuk menyampaikan pengetahuan yang sepatutnya disampaikan kepada pelajar – pelajarnya. Pengetahuan terbahagi kepada 2 menurut Shulman (1986) iaitu pengetahuan konten boleh dimaksudkan sebagai pengetahuan konten mata pelajaran dan pengetahuan konten pedagogi merujuk kepada aspek – aspek dalam kandungan yang berkaitan dengan pengajaran yang terdapat dalam bahagian – bahagian mata pelajaran. Berdasarkan 2 jenis pengetahun ini, guru perlu mendalami konten pelajaran dan juga menguasai aspek-aspek yang akan mempengaruhi pengajaran setiap kandungan yang terdapat dalam kandungan matapelajaran. Tetapi sejauh mana kita pasti bahawa setiap bidang atau matapelajaran yang akan disampaikan di sekolah oleh guru yang betul betul menguasai bidang atau matapelajaran tersebut. Sudah tentu, setiap guru pernah merasakan pengalaman mengajar matapelajaran diluar bidang pengkhususan. Sebagai seorang guru, kita tidak dapat lari daripada memikul tugas yang telah dipertanggungjawabkan sedangkan diri sendiri tidak begitu mahir dalam bidang atau matapelajaran yang telah dipertanggungjawabkan. Menurut Robinsim (1985) tinjauan Lay Yoon Fah dalam tulisan yang sama menyatakan perngajaran di luar bidang pengkhususan “out-of-field” bukanlah jenayah tanpa mangsa “victimless crime” yang menjadi mangsa adalah murid-murid yang yang menerima pengajaran yang kurang baik “inferior” berbanding dengan kumpulan murid yang lain. Petikan dalam tinjauan tersebut menyatakan pendapat McDiarmid et al (1989) dan Grossman et al (1989) penguasaan pengetahuan dan pemahaman konten menentukan keupayaan guru memindahkan “transmit” pengetahuan kepada murid – murid. Pengetahuan konten mata pelajaran akan mempengaruhi cara guru merancang dan mengjar mata pelajaran tersebut. Ini menunjukkan, setiap tindakan dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh proses pemikiran guru termasuk pengetahuan konten mata pelajarannya. Dengan kurangnya penguasaan terhadap pengetahuan konten dan kemahiran guru dalam sesuatu bidang, guru – guru khususnya guru bukan
  • 3. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM pengkhususan tidak mampu mengesan dan seterusnya gagal memperbetulkan konsep sedia ada murid, tidak mampu menggunakan peluang untuk perbincangan yang seterusnya, tidak mampu menangani masalah – masalah am bilik darjah dan menterjemah maksud pelajaran dengan tepat. Pergantungan terhadap buku teks semata mata dapat dikenalpasti kepada guru – guru yang tidak dapat menguasai pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi. Cadangan yang terdapat dalam buku teks jarang diubahsuai mengikut kesesuaian keadaan semasa. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid secara individu seringkali digunakan dan sengaja mengelakkan aktiviti berpusatkan murid secara menyeluruh dalam kelas. AMALAN HARIAN GURU Amalan harian guru melibatkan aspek – aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti penyampaian maklumat kepada murid – murid. Amalan – amalan ini dipengaruhi oleh pengetahuan asas guru dan pemahaman guru dalam bidang kurikulum dan pedagogi. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam, iaitu melibatkan pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi, perancangan dan penyampaian pembelajaran guru yang lebih berkesan dapat dihasilkan. Sekiranya pembelajaran atau penyampaian yang berkesan, motif guru untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan dapat dicapai. Pengetahuan – pengetahuan yang diperolehi oleh murid – murid boleh diaplikasikan secara maksimum dalam kehidupan yang sebenar mermbuktikan kejayaan yang sebenar guru – guru dalam misi guru sebagai insan yang menyampaikan maklumat. Pemilihan empat jenis amalan harian dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar dapat memberikan yang terbaik kepada murid – murid. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam sekolah yang mempunyai kurang murid memberi cabaran untuk guru memastikan amalan atau kaedah yang dipilih mampu dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
  • 4. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM PENJELASAN AMALAN HARIAN GURU Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan tinjauan Lay Yoon Fah, disimpulkan bahawa penguasaan pengetahuan konten dan kemahiran guru dalam sesuatu bidang mata pelajaran akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengetahuan yang diperolehi dan diamalkan ini boleh mempengaruhi rancangan guru dan kaedah penyampaian guru. Amalan-amalan ini adalah luas dan bergantung kepada guru untuk menentukan yang terbaik kepada murid – muridnya. Berdasarkan pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi dimana ini amat membantu guru dalam menghasilkan satu penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, guru – guru mempunyai pertimbangan yang mutlak untuk memilih cara penyampaian tersendiri bergantung kepada keupayaan murid, budaya, masyarakat, kemudahan dan sebagainya. Amalan – amalan yang luas ini di aplikasikan sebilangan guru yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk memberikan yang terbaik kepada murid – murid. Jika guru yang berfokus untuk menghabiskan silibus pelajaran, guru tersebut lebih cenderung untuk mengunakan bulat – bulat cadangan yang dicadangkan dalam modul pengajaran yang telah dihasilkan oleh pihak – pihak tertentu tanpa memikirkan cara yang terbaik untuk murid – murid menerima dan mengaplikasikan maklumat yang telah disampaikan oleh guru. AMALAN PENYAMPAIAN MENGGUNAKAN VISUAL Penggunaan visual, menurut Tilestone (2005), kajian – kajian mengenai otak mendapati bahawa hanya 20% pelajar yang belajar melalui pendengaran, manakala 80% pelajar belajar melalui penglihatan dan kinestatik. Sausa (2006) telah mengemukakan kajian berkaitan dengan kebolehan mengingat 24 jam selepas pembelajaran berlaku mengikut kaedah pengajaran; 5% selepas syarahan, 10% Selepas membaca, 20% selepas audiovisual, 30% selepas demonstrasi, 50% selepas perbincangan kumpulan, 75% selepas praktikal dan 90% selepas mengajar yang lain atau terus mengamalkan pembelajaran tersebut. Ini menjelaskan otak manusia lebih lebih mudah dan cenderung menerima maklumat melalui pengajaran yang menggunakan visual.
  • 5. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM Penggunaan visual disini merangkumi penggunaan carta alir, gambarajah, simbol, jadual, peta konsep, ilustrasi, i-think dan sebagainya. Melalui pengalaman yang telah dialami, penggunaan visual lebih efektif bagi menjelaskan dan mempermudahkan maklumat. Berdasarkan peratusan hasil daripada kajian – kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas, kajian telah menunjukkan angka peratusan yang positif jika pembelajaran dapat diaplikasikan menggunakan kaedah visual. Perhatian murid – murid juga dapat ditarik menggunakan kaedah ini dan membantu guru untuk meningkatkan lagi penerimaan murid – murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, tidak semua konten yang terkandung dalam mata pelajaran dapat disampaikan menggunakan kaedah ini. Sekali lagi, keupayaan guru untuk memilih kaedah yang lebih sesuai untuk menyampaikan satu – satu konten yang terkandung dalam mata pelajaran yang tidak boleh diterjemahkan melalui kaedah visual. Penggunaan visual dalam pengajaran berdasarkan keadaan sekolah yang mempunyai masalah kekurangan yang sudah pasti ramai yang mengetahui. Kaedah ini sesuai memandangkan ia akan melibatkan murid secara aktif. Murid akan disediakan dengan pelbagai kad perkataan dan ayat mudah dalam pengajaran mata pelajaran sains. Penjelasan kandungan pelajaran diterjemahkan melalui visual yang lebih mudah untuk difahami murid- murid. AMALAN GURU BERKEYAKINAN Dalam tinjauan Lay Yoon Fah juga, kajian yang dijalankan SCORE (Scotitish Council for Research in Education) yang meninjau tahap pemahaman guru sains sekolah rendah terhadap konsep konsep sains dan teknologi, satu pertiga daripada guru yang terlibat dalam kajian menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan latar belakang adalah punca masalah pengajaran yang mereka hadapi. Hasil kajian tersebut telah menyenaraikan mata pelajaran sains menduduki tempat ke 8 manakala teknologi menduduki tempat yang paling rendah. Keyakinan guru untuk mengajar sains lebih berfokus kepada penyampaian kemahiran proses sains dengan memperkembangkan pemahamanan isi kandungan dikalangan murid – murid. Guru – guru juga didapati lebih yakin untuk menyampaikan pengajaran dalam bidang
  • 6. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM memahami benda hidup dan proses hidup dan memahami bumi dan alam semesta berbanding bidang tenaga dan daya dan hasilan teknologi. Selain itu, tahap keyakinan berdasarkan jantina guru juga memberikan perbezaan yang signifikan. Keyakinan guru lelaki lebih tinggi berbanding guru perempuan dalam penyampaian pengajaran dalam bidang sains dan dikalangan guru-guru perempuan menunjukkan keyakinan lebih tinggi guru perempuan yang memiliki latar belakang dalam bidang sains berbanding mereka yang tiada latar belakang sains. Tahap keyakinan guru dapat dikaitkan dengan faktor – faktor seperti tiada minat, latihan pra-perkhidmatan yang tidak mencukupi, bantuan dalam perkhidmatan yang kurang, sumber dan sokongan yang tidak mencukupi. Menurut tinjauan Lay Yoon Fah terdapat laporan Tilgner (1990) yang berpendapat berkenaan kajian pengkaji berkaitan dengan amalan ini menyatakan separuh daripada bilangan bilangan guru – guru sekolah rendah meletakkan mata pelajaran sains ditempat keempat atau kelima dalam pemilihan (skor pangkatan) lima mata pelajaran. 25% daripada guru sekolah rendah dan sampel kajian tidak memberi masa langsung untuk mata pelajaran sains. Minat guru terhadap mata pelajaran sains mempengaruhi minat murid – murid terhadap mata pelajaran tersebut (Shringley, 1974) dan hanya 22% sahaja guru sekolah rendah berasa mereka benar benar layak mengajar sains (Gerlovish et al., 1981). Tahap keyakinan guru dalam mengajar mata pelajaran sains dapat dikaitkan dengan kekurangan pengetahuan latar belakang pada seseorang guru. Berdasarkan jurnal pendidikan Malaysia 34(2)(2009):3-14 oleh Khalid Johari et.al. menyatakan keyakinan efikasi guru-guru lepasan dpm berbeza dalam hal mendorong murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru – guru lepasan KPLI dan B.Ed: manakala guru – guru daripada program KPLI, DPLI dan B.Ed saling berbeza antara satu sama lainPerbezaan keyakinan yang dikenalpasti berdasarkan status latihan guru serta jantina guru – guru sains.. Jika tahap keyakinan ini terus dipandang remeh dalam memperkembangkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran peratusan untuk matapelajaran tersebut terus diabaikan adalah tinggi. Sekaligus masalah ini akan mengundang kepada ketidak seimbangan dalam hala tuju falsafah pendidikan kebangsaan sebagai pendokong para pendidik sekian lama.
  • 7. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM Oleh kerana pengajaran kepada golongan murid yang dalam jumlah yang kecil, adalah sangat penting bagi guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menunjukkan keyakinan guru dalam sesuatu mata pelajaran. Untuk menarik perhatian dan memastikan murid-murid untuk merasakan seseorang guru yakin terhadap pengajarannya, guru memainkan peranan yang penting untuk menjalankan pengajaran dengan penuh keyakinan agar murid-murid memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Dengan sikap yang yakin, murid-murid tidak teragak-agak untuk mengemukakan kekeliruan yang mereka hadapi dan memudahkan guru untuk membetulkan konsep-konsep yang disalah tafsir oleh mereka. AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF Menurut Khalid (1993) dalam tinjauan Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes & Shahzalina Ghazali Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (tarikh tidak dinyatakan) pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua 2 komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum. Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional sedikit sebanyak mengamalkan pendekatan pembelajaran koperatif di dalam kelas mereka. Ini dibuktikan melalui data mentah yang diperolehi menunjukkan nilai min purata yang sederhana iaitu 3.59. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian mendapati min yang tinggi iaitu 4.37 untuk kenyataan ini. Kajian – kajian disokong menurut Hamm dan Adams (1994), yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif memudahkan dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran guru. Melalui proses penglibatan pelajar di dalam kumpulan secara aktif, guru juga dapat membuat penemuan-penemuan penting mengenai kaedah pelajar belajar dan apa yang mereka belajar. Oleh kerana pelajar terlibat dalam sebahagian proses pengajaran, keberkesanan guru mengajar dalam kelas dan proses pengajaran akan berganda.
  • 8. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM Namun begitu, terdapat faktor faktor yang boleh menggagalkan pembelajaran secara koperatif ini. Salah satunya ialah, faktor kekangan masa. Dan memang tidak dapat disangkal bahawa kekangan masa merupakan musuh utama kepada guru – guru yang mengamalkan cara pengajaran koperatif. Selain itu, beban tugas luar guru dalam kerja – kerja dokumentasi dan pengkeranian juga memberi kesan yang mendalam dalam penggunaan amalam koperatif ini. Faktor lain merupakan peruntukkan masa yang kurang dalam interaksi mata pelajaran juga menimbulkan permasalahan dalam perlaksanaan pembelajaran koperatif. Sebagai contoh, dalam peruntukkan masa yang disediakan dalam KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah memperuntukkan 3 waktu interksi sains bagi tahap 1 dan 5 waktu bagi tahap 2. Dengan memperkenalkan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah mengurangkan masa interaksi mata pelajaran sains iatu 2 waktu untuk tahap 1 dan 4 waktu untuk tahap 2. Pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid dengan jumlah yang kecil member ruang kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran menggunakan kaedah koperatif dengan lebih mudah. Sebagai contoh, pembelajaran dalam kelas tahun 3 yang melibatkan 9 orang pelajar, pembahagian kumpulan kecil sebanyak 3 orang setiap kumpulan memastikan penglibatan setiap murid berlaku. Murid-murid yang tidak tahu bagaimana hendak melibatkan aktiviti dalam aktiviti yang dikesan oleh guru akan dibimbing oleh guru untuk membolehkan murid tersebut berfungsi dalam kumpulan kecil tersebut. AMALAN PENJELASAN PELAJARAN MELALUI CONTOH Menurut Watson dan Mason 2005 dalam penulisan Faridah Sulaiman and Mohini Mohamed (2012), contoh ialah sebarang perkara yang melaluinya pelajar dapat membuat generalisasi. Penjelasan isi kandungan pelajaran menggunakan contoh sebenar yang berlaku disekitar murid – murid dapat mempertingkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran. Melalui amalan ini, murid – murid dengan sendiri dapat mempertimbangkan isi pelajaran dengan situasi yang berlaku disekeliling berdasarkan contoh yang telah disampaikan oleh seseorang guru dalam penyampaian isi pelajaran. Dalam penulisan yang sama, Zaslavsky dan Zodik (2007) berpendapat bahawa pengetahuan tentang contoh boleh dilihat sebagai suatu pengetahuan teras yang diperlukan untuk pengajaran Matematik dan ia adalah penggerak kepada perkembangan pengetahuan guru. Namun, tiada pendedahan secara sistematik yang
  • 9. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM diberikan kepada guru, sama ada bakal guru mahupun guru yang telah berkhidmat, mengenai penggunaan contoh dalam pengajaran Matematik (Zaslavsky, 2008). Berdasarkan pendapat tersebut, dapat dikaitkan keberkesanan yang lebih tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Jika pengajaran biasa dijalankan tanpa pemberian contoh, sukar untuk murid – murid mengaitkan pembelajaran dengan keadaan sebenar. Sekiranya murid – murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan contoh, tahap kefahaman murid dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung, guru – guru yang mampu memberikan contoh yang paling sinonim dengan isi pelajaran merupakan guru yang mampu untuk menghasilkan pengetahuan sendiri dimana ia juga dikenali sebagai kurikulum tersembunyi (hidden curriculum). Walaupun begitu, maklumat yang diperolehi daripada beberapa kajian-kajian yang lalu menunjukkan bahawa anggapan ini tidak semestinya benar (Arbaugh & Brown, 2005; Zaslavsky & Peled, 1996). Dalam pengajaran contohnya pengajaran matematik, didapati bahawa guru-guru pelatih seringkali memilih contoh yang mudah dan rutin untuk mengelakkan pelajar-pelajar daripada membuat kesilapan dan mengelakkan timbulnya kekeliruan dalam pembelajaran. Penggunaan contoh yang mudah bagi guru dan contoh kebiasaan akan memberi kesan kepada penerimaan murid – murid. Sebagai kesimpulan kepada amalan ini, Guru – guru perlu menggunakan pelbagai jenis pengetahuan untuk dipertimbangkan sebelum pemilihan contoh dibuat. Guru – guru perlu tahu sukatan pelajaran semasa, malah mereka perlu mengetahui sukatan pelajaran sebelum. Pengetahuan ini perlu bagi membolehkan mereka mengenal pasti pengetahuan asas yang sepatutnya telah dikuasai pelajar sebelum memulakan pengajaran baru. Dalam konteks pengajaran disekolah pedalaman yang mempunyai bilangan murid yang terhad, pemberian contoh perlulah lebih sinonim dengan cara kehidupan, persekitaran dan budaya murid-murid tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran sains tajuk tumbuhan, contoh-contoh tumbuhan yang ada di kawasan tersebut terlebih dahulu digunakan. Sebelum member perngetahuan terhadap jenis-jenis tumbuhan lain yang tidak terdapat di kawasan tersebut.
  • 10. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM KESIMPULAN Terdapat pelbagai amalan – amalan yang sesuai dan selari dengan kehendak dan penerimaan murid – murid yang boleh diaplikasikan dalam rancangan dan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengaplikasikan amalan – amalan tersebut, penguasaan guru terhadap pengetahuan asas iaitu pengetahuan konten dan pengetahuan konten pedagogi memainkan peranan yang amat penting. Oleh yang demikian, seorang guru perlu memperkuatkan asas sedia ada sebelum tanggapan terhadap murid – murid dibuat. Amalan – amalan yang telah dinyatakan disini adalah seperti amalan penyampaian menggunakan visual, amalan guru berkeyakinan tinggi, amalan pembelajaran koperatif dan amalan penjelasan pelajaran melalui contoh. Penjelasan terhadap amalan – amalan ini bukanlah bermaksud amalan ini adalah yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan murid – murid. Ini adalah bergantung kepada kandungan mata pelajaran dan aspek – aspek luar seperti keupayaan murid, budaya, agama, persekitaran, kemudahan, masyarakat dan sebagainya. Guru mempunyai keputusan yang terbaik bagi murid – muridnya kerana tiada lebih tahu daripada guru akan keperluan murid – murid demi mencapai matlamat dan tugas seorang guru.
  • 11. Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum) USM RUJUKAN Azizi Hj. Yahaya, Ahmad Johari Sihes & Shahzalina Ghazali. (n.d). Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Tiga buah Sekolah Teknik di Selangor. Artikel tinjauan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Faridah Sulaiman & Mohini Mohamed.(2012). Kerangka Pengetahuan Guru Cemerlang Matematik Dan Bagaimana Ia Digunakan Bagi Memilih Contoh Dalam Pengajaran Matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 27, 69–86, 2012. Malaysia. Hamdi Bin Ishak, Ab Halim Bin Tamuri, Rosadah Binti Abdul Majid & Safini Bin Bari. (2012). Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Masalah Pendengaran). Jurnal Of Islamic dan arabic education 4(2), 2012 11-24. Malaysia Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuri Osman & Ahmad Tajuddin Othman. (2009). Pengaruh Jenis Latihan Guru Dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009):3-14. Malaysia. Lay Yoon Fah. (n.d). Pengaruh Pengetahuan Konten Guru Sains Terhadap proses Pengajaran-Pembelajaran Mata Pelajaran Sains. Jurnal Maktab. Malaysia.