Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

PCEIA BM Version for Insurance Exam

35.061 Aufrufe

Veröffentlicht am

PCE Exam Notes BM Version

Study material for PCE exam, which is a requirement to become an insurance agent.

  • Als Erste(r) kommentieren

PCEIA BM Version for Insurance Exam

  1. 1. PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS Cetakan Pertama 1996 (Diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute) Cetakan Kedua 1996 Cetakan Ketiga 1997 Cetakan Keempat 1998 Cetakan Kelima 1999 Cetakan Keenam 2000 Cetakan Ketujuh 2001 Cetakan Kelapan 2001 Cetakan Kesembilan 2009 Teks Pembelajaran
  2. 2. Hakcipta © The Malaysian Insurance Institute 2009 Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dari penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam sebarang bentuk atau dengan alat apa jua pun, samada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada The Malaysian Insurance Institute. The Malaysian Insurance Institute ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan individu- individu diatas sumbangan yang diberikan yang telah memungkinkan penerbitan buku teks pembelajaran ini. Diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute (35445H) No. 5, Jalan Sri Semantan 1, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Website : www.insurance.com.my
  3. 3. KANDUNGAN BAHAGIAN A (1) – ASAS INSURANS BAB 1 - PENGENALAN INSURANS Pandangan Menyeluruh 1.1 Pengenalan 1.2 Kepentingan Insurans 1.3 Bagaimana Insurans Berfungsi 1.4 Apa itu Insurans? 1.5 Fungsi Insurans 1.6 Kelas-kelas Insurans 1.7 Aspek Sejarah Insurans 1.8 Peranan Seorang Ejen Insurans Soalan BAB 2 - CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO Pandangan Menyeluruh 2.1 Konsep Risiko 2.2 Konsep-konsep yang Berkaitan 2.3 Kategori Asas Risiko 2.4 Kaedah Menangani Risiko 2.5 Pengurusan Risiko 2.6 Ciri-ciri Risiko Boleh Diinsuranskan Soalan BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL Pandangan Menyeluruh 3.1 Prinsip-prinsip Insurans 3.2 Takaful 3.3 Majlis Pengawasan Syariah 3.4 Takaful dan Insurans 3.5 Prinsip Operasi Takaful 3.6 Aspek Operasi Takaful 3.7 Jenis-jenis Perniagaan Takaful Soalan 1 1-2 2-3 3-5 5 5-6 7 7-9 9 10-12 13 13-15 15 15-16 16-18 18-19 19-21 22-24 25 25-37 37-39 39-40 40 40-41 41 41-42 43-44
  4. 4. KANDUNGAN BAB 4 - PASARAN INSURANS Pandangan Menyeluruh 4.1 Pasaran Insurans 4.2 Lain-lain Komponen Pasaran 4.3 Struktur Organisasi 4.4 Sentralisasi Berbanding Desentralisasi 4.5 Lembaga Pengawasan Insurans dan Persatuan-persatuan Mandatori 4.6 Biro Perantaraan Insurans 4.7 Lain-lain Persatuan 4.8 Perkhidmatan Pasaran 4.9 Institusi Pendidikan Insurans Soalan BAB 7 - UNDANG-UNDANG AGENSI Pandangan Menyeluruh 7.1 Peruntukan Perundangan Mengenai Undang-Undang Agensi 7.2 Tugas Seorang Ejen 7.3 Hak Seorang Ejen 7.4 Tanggungjawab Prinsipal 7.5 Penamatan Agensi 7.6 Ciri-ciri Ejen Insurans 7.7 Kesimpulan Soalan BAB 5 - PERLINDUNGAN PENGGUNA DAN UNDANG-UNDANG STATUT Pandangan Menyeluruh 5.1 Industri Insurans dan Pengguna 5.2 Swa Peraturan 5.3 Undang-undang Statut 5.4 Akta Syarikat, 1965 Soalan BAB 6 - KONTRAK INSURANS Pandangan Menyeluruh 6.1 Undang-Undang Kontrak Soalan 45 45-50 50 50-54 54 54-63 63-64 65-68 68 68-72 73-75 76 76-77 78-79 79-86 87 88-90 91 91-94 95-97 98 98-101 101-102 102 102 102 102-107 107 108-110
  5. 5. KANDUNGAN BAB 8 - PEMASARAN INSURANS DAN KHIDMAT LEPAS JUALAN Pandangan Menyeluruh 8.1 Jualan 8.2 Perkhidmatan Lepas Jualan 8.3 Ciri-ciri Umum Proses Pembaharuan Insurans Am 8.4 Daftar Polisi Soalan BAB 10 - JENIS-JENIS INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Pandangan Menyeluruh 10.1 Jenis-jensi Insurans Perubatan dan Kesihatan 10.2 Insurans Perbelanjaan Perubatan 10.3 Insurans Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan 10.4 Insurans Manfaat Tunai Penghospitalan 10.5 Insurans Penyakit Kritikal 10.6 Insurans Pendapatan Hilang Upaya Soalan BAHAGIAN A (2) – INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN BAB 9 - PENGENALAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Pandangan Menyeluruh 9.1 Pengenalan kepada Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHI) 9.2 Prinsip dan Amalan yang berkaitan dengan Insurans Perubatan dan Kesihatan 9.3 Perundangan dan Peraturan berkaitan Insurans Perubatan dan Kesihatan 9.4 Tanggungjawab Pemberitahuan 9.5 Kategori Insurans Perubatan dan Kesihatan 9.6 Bayaran Tuntutan Tidak Menamatkan Perlindungan Polisi 9.7 Risiko Insurans Perubatan Dan Kesihatan Semakin Meningkat Mengikut Peredaran Masa 9.8 Kaedah Kawalan Kos 9.9 Kemasukan ke hospital “tanpa bayaran tunai” Soalan 111 111-117 117-119 120 120 121-123 124 124-125 125 125-128 128-129 129 130 130 130 130 131-133 134 134-135 135-137 137-139 139 139 139 140-142
  6. 6. KANDUNGAN BAB 11 - PENGUNDERAITAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Pandangan Menyeluruh 11.1 Tujuan pengunderaitan 11.2 Anti Pemilihan 11.3 Premium yang Munasabah 11.4 Proses Pemilihan Risiko 11.5 Pengunderaitan Perubatan 11.6 Sumber-sumber Maklumat Pengunderaitan 11.7 Keputusan Pengunderaitan 11.8 Menawarkan Perlindungan Yang Dipinda 11.9 Pembaharuan Insurans Perubatan dan Kesihatan 11.10 Bayaran Premium 11.11 Penamatan Polisi Soalan BAB 12 - PENTADBIRAN POLISI Pandangan Menyeluruh 12.1 Pandangan Menyeluruh Tentang Pentadbiran Polisi 12.2 Borang Cadangan 12.3 Dokumen Polisi 12.4 Endorsemen 12.5 Notis Pembaharuan 12.6 Dokumen untuk Pelepasan Cukai bagi Bayaran Premium Insurans Perubatan dan Kesihatan Soalan BAB 13 - TUNTUTAN INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN Pandangan Menyeluruh 13.1 Pemberitahuan Kerugian 13.2 Bukti Kerugian/Tuntutan 13.3 Memeriksa Perlindungan 13.4 Penyiasatan Tuntutan 13.5 Borang Tuntutan Insurans Perubatan dan Kesihatan 13.6 Penyelesaian Tuntutan Insurans Perubatan dan Kesihatan 13.7 Penafian Liabiliti oleh Insurer 13.8 Pertikaian 13.9 Contoh Tuntutan Soalan 143 143-144 144 144 144-145 145-148 148-149 149 149-151 151-153 153 153 154-156 157 157-158 158-159 160-161 162 162 162-163 164-166 167 167-168 168 168 169 169-170 170 170 170-172 172 173-175
  7. 7. KANDUNGAN BAHAGIAN B – INSURANS AM BAB 14 - CIRI-CIRI PRODUK INSURANS AM Pandangan Menyeluruh 14.1 Pengenalan 14.2 Ciri-ciri Produk Insurans Am 14.3 Prinsip Asas Insurans yang Digunakan dalam Insurans Am Soalan BAB 15 - KELAS PERNIAGAAN INSURANS AM DAN TAKAFUL AM Pandangan Menyeluruh 15.1 Insurans Marin 15.2 Insurans Kebakaran 15.3 Insurans Motor 15.4 Insurans Kemalangan Pelbagai 15.5 Jenis Perniagaan Takaful Am Soalan BAB 16 - AMALAN INSURANS AM : PENILAIAN RISIKO, PENGUNDERAITAN DAN PENGKADARAN Pandangan Menyeluruh 16.1 Pengunderaitan 16.2 Proses Pengunderaitan 16.3 Penetapan Premium, Terma dan Syarat 16.4 Pengesahan Penerimaan 16.5 Insurans Semula dan Insurans Bersama 16.6 Pengkadaran 16.7 Premium Minimum 16.8 Bayaran Premium 16.9 Pengembalian Premium 16.10 Cara Menggunakan Tarif Kebakaran 16.11 Cara Menggunakan Tarif Motor 16.12 Tarif Pampasan Pekerja Soalan 176 176 177-178 178 179-180 181 182-184 184-191 191-196 196-220 220-221 222-224 225 225-226 226-228 229 229 229-230 230-232 232-233 233-234 234-235 235-237 237-240 240-242 243-245
  8. 8. KANDUNGAN BAB 17 - DOKUMEN INSURANS Pandangan Menyeluruh 17.1 Borang Cadangan 17.2 Nota Lindung 17.3 Sijil Insurans 17.4 Bentuk Polisi 17.5 Endorsemen 17.6 Notis Pembaharuan 17.7 Sijil Pembaharuan 17.8 Borang Tuntutan 17.9 Borang Pelepasan Soalan BAB 18 - AMALAN INSURANS AM – TUNTUTAN Pandangan Menyeluruh 18.1 Prosedur Tuntutan 18.2 Dokumen Tuntutan 18.3 Penyelesaian Tuntutan 18.4 Tuntutan Kembali dari Reinsurer, Insurer Bersama, Subrogasi dan Sumbangan 18.5 Penolakan Liabiliti oleh Insurer 18.6 Averaj 18.7 Penyelesaian Tuntutan : Persetujuan Pasaran 18.8 Perselisihan 18.9 Tindakan Selepas Penyelesaian Soalan BAB 19 - AMALAN INSURANS AM : BENTUK POLISI Pandangan Menyeluruh 19.1 Polisi Kebakaran 19.2 Polisi Motor Kenderaan Persendirian Soalan 246 246-249 249-250 250 251-253 253-254 254 254 255 255-256 257-258 259 260-262 262-264 264-265 265 265 265 266-269 269-270 270-271 272-274 275 275-281 281-288 289-291
  9. 9. KANDUNGAN BAB 20 - AMALAN INSURANS AM – KOD ETIKA & PERLAKUAN Pandangan Menyeluruh 20.1 Intipati Perjanjian Antara Syarikat bagi Urusniaga Insurans Am 20.2 Komisen 20.3 Tunai Sebelum Lindung 20.4 Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan Soalan BAHAGIAN C – INSURANS HAYAT BAB 21- PENGENALAN INSURANS HAYAT Pandangan Menyeluruh 21.1 Pengenalan 21.2 Ciri-ciri Produk Insurans Hayat 21.3 Prinsip Asas Insurans yang Digunakan dalam Insurans Hayat 21.4 Risiko yang Dilindungi oleh Polisi Insurans Hayat Soalan BAB 23 - SYARAT-SYARAT POLISI Pandangan Menyeluruh 23.1 Definisi Polisi Insurans Hayat 23.2 Kemudahan dan Syarat-Syarat 23.3 Transaksi Polisi 23.4 Pindaan Polisi Soalan BAB 22 - PRODUK INSURANS HAYAT DAN PERNIAGAAN TAKAFUL KELUARGA Pandangan Menyeluruh 22.1 Pengenalan 22.2 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat 22.3 Keterangan Kontrak Insurans Hayat 22.4 Jenis-jenis Perniagaan Takaful Keluarga Soalan 292 292-307 307-308 308-309 309-310 311-313 314 314-315 315-317 317 317-318 319-320 321 321-322 322-323 323-343 343-345 346-348 349 349 350-354 354-355 355-357 358-359
  10. 10. KANDUNGAN BAB 24 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU – PEMILIHAN HAYAT DAN LAIN-LAIN ISU Pandangan Menyeluruh 24.1 Pengenalan 24.2 Pengurusan Risiko 24.3 Perakaunan Premium Perniagaan Baru 24.4 Insurans Hayat dan Cukai Pendapatan Soalan BAB 25 - AMALAN INSURANS HAYAT : PERNIAGAAN BARU – PENGKADARAN PREMIUM Pandangan Menyeluruh 25.1 Menilai Risiko 25.2 Mengira Kos Risiko 25.3 Pengiraan Kadar Premium 25.4 Lain-lain Pertimbangan 25.5 Penyelarasan Premium Kasar dalam Buku Kadar 25.6 Sistem Perkadaran Berangka Kesimpulan Soalan BAB 26 - AMALAN INSURANS HAYAT : PENGAWASAN DANA INSURANS Pandangan Menyeluruh 26.1 Pengenalan 26.2 Penilaian Liabiliti 26.3 Penilaian Aset 26.4 Surplus Soalan 360 360 361-368 368 368-371 372-373 374 374-377 378-380 380-383 383-384 384-386 386-387 387 388-389 390 390-391 391 392 392-395 396-398
  11. 11. KANDUNGAN BAB 27 - AMALAN INSURANS HAYAT : DOKUMEN POLISI Pandangan Menyeluruh 27.1 Sumber Maklumat untuk Penilaian Risiko 27.2 Borang Cadangan 27.3 Laporan Perubatan/Pemeriksaan Kesihatan 27.4 Bentuk & Struktur Polisi 27.5 Endorsemen Soalan BAB 28 - AMALAN INSURANS HAYAT : TUNTUTAN Pandangan Menyeluruh 28.1 Pengenalan 28.2 Tuntutan Kematian 28.3 Tuntutan Kematangan 28.4 Tuntutan Hilang Upaya Kekal 28.5 Tuntutan Di bawah Polisi Insurans Kemalangan Diri, Sakit dan Kesihatan Kekal 28.6 Daftar Tuntutan Soalan BAB 29 - INSURANS HAYAT : BEBERAPA KAEDAH MATEMATIK Pandangan Menyeluruh 29.1 Pengiraan Umur 29.2 Menggunakan Buku Kadar untuk Mengira Premium 29.3 Caj Faedah 29.4 Pengiraan Nilai Serahan Terjamin Soalan 399 399-400 400-401 401-402 402-403 403-404 405-407 408 408 409-410 410-411 411 411-412 412 413-415 416 416-417 417-422 422 422 423-426
  12. 12. KANDUNGAN BAB 30 - AMALAN INSURANS HAYAT : KOD ETIKA DAN PERLAKUAN Pandangan Menyeluruh 30.1 Bahagian I : Garis Panduan Kod Perlakuan 30.2 Bahagian II : Penjualan Insurans Hayat 30.3 Bahagian III : Kenyataan Amalan Insurans Hayat 30.4 Bahan Penjualan/Pengiklanan Soalan JAWAPAN UNTUK SOALAN PENILAIAN PENCAPAIAN DIRI DISERTAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI 427 427-430 430-433 433-434 434 435-436 437-438
  13. 13. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS Pandangan Menyeluruh 1.1 Pengenalan 1.2 Kepentingan Insurans 1.3 Bagaimana Insurans Berfungsi 1.4 Apa itu Insurans? 1.5 Fungsi Insurans 1.6 Kelas-kelas Insurans 1.7 Aspek Sejarah Insurans 1.8 Peranan Seorang Ejen Insurans PANDANGAN MENYELURUH Bab ini merupakan pengenalan kepada pelbagai topik yang merangkumi keseluruhan buku ini. Penekanan diberikan kepada tajuk- tajuk berikut; • Kepentingan Insurans • Bagaimana Insurans Berfungsi • Apa itu Insurans • Fungsi Insurans • Kelas-kelas Insurans • Aspek Sejarah Insurans • Peranan Seorang Ejen Insurans 1.1 PENGENALAN Manusia sering terdedah kepada pelbagai bentuk risiko ketika melakukan aktiviti dalam kehidupan harian mereka dan terpaksa menanggung akibat dari sesuatu kecelakaan. Kecelakaan atau kemalangan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan seterusnya mengakibatkan berlakunya pelbagai bentuk dan tahap kerugian. Antara contoh-contoh risiko berkenaan ialah: • Seorang pencari nafkah tunggal untuk sebuah keluarga terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Pastinya, tanggungan yang ditinggalkan akan mengalami dua bentuk kesangsaraan atau kerugian iaitu emosi dan kewangan. 1
  14. 14. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS • Apabila sebuah kilang hangus dijilat api, tuan punya kilang akan menanggung kerugian dan juga kehilangan punca pendapatan yang dijana oleh kilang berkenaan jika kebakaran tidak berlaku. Dalam masa yang sama, pekerja kilang akan berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kerja. Pelbagai contoh lain boleh diberikan dan kesemuanya menjurus kearah kesengsaraan dan kerugian kewangan. Biasanya, persoalan yang perlu diutarakan ialah :- “ Apakah perancangan yang perlu dilakukan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan kesan kesengsaraan yang mungkin menimpa seseorang?” Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu mengakui hakikat bahawa tidak semua bentuk kerugian boleh diatasi atau dinyatakan dalam bentuk kewangan. Sebagai contoh, trauma emosi yang dialami akibat kematian seseorang yang dikasihi tidak mungkin dapat diatasi walaupun terdapat sistem pampasan yang adil. Mungkin, apa yang boleh dilakukan ialah merangka suatu sistem bayaran pampasan yang setidak-tidaknya dapat : • mengurangkan kesan kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini. • Bersedia atau membuat persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kerugian atau masaalah kewangan yang tidak dijangka. Salah satu perancangan bagi mengatasi kerugian kewangan yang timbul akibat sesuatu peristiwa yang tidak diingini, seperti kematian atau kebakaran, ialah dengan membeli polisi insurans. 1.2 KEPENTINGAN INSURANS Keperluan Memperolehi Pendapatan Setiap masa seseorang individu, keluarga dan perniagaan akan terdedah kepada kerugian kewanganmelaluihartayangdimiliki,pekerjaan, aktiviti dan tanggungjawab. Siapakah yang akan menanggung kerugian kewangan ini dan dari manakah dana akan diperolehi bagi mengatasi kerugianberkenaan?.Lazimnya,sekiranyatiada remidi undang-undang, penyediaan kontrak atau usahasama; kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh individu atau unit perniagaan itu sendiri. Untuk mengatasi masaalah ini, suatu perancangan akan diperkenalkan bagi menangani sebahagian dari risiko berkenaan atau kemungkinan kerugian yang ditanggung oleh individu atau sesuatu perniagaan. Perancangan ini berfungsi berdasarkan Peraturan Bilangan Jumlah Besar, iaitu dengan menyebarkan risiko kerugian yang ditanggung oleh individu atau unit perniagaan tertentu kepada semua pihak yang bersetuju mengemblingkan sumber kewangan bagi membayar pampasan atau menampung kerugian berkenaan. Konsep berkongsi kerugian ini dikenali sebagai insurans. Insurer bertindak sebagai pengantara yang akan mengumpul dan mengurus dana risiko ini. Insurer akan menyimpan dan melabur premium secara amanah bagi pihak pemegang polisi, dan membayar gantirugi kepada mereka sekiranya berlaku kerugian yang dilindungi insurans. Cuba kita bayangkan untuk seketika, apakah yang akan berlaku dalam masyarakat moden masakini tanpa wujudnya organisasi insurans?. Menjalani kehidupan harian memerlukan wang. Wang amat diperlukan untuk membeli keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal; selain dari keperluan untuk mendapatkan kemudahan atau keselesaan 2
  15. 15. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS hidup yang lainnya. Sekiranya seseorang itu ingin menjalani kehidupan dengan sempurna, ia perlu memiliki aliran sumber pendapatan yang berterusan sepanjang hayatnya. Pendapatan yang berterusan ini boleh dijamin dengan dua cara sahaja. Sumber Pendapatan Seseorang individu itu memperolehi sumber pendapatan samada melalui aktiviti urusniaga syarikat perniagaan yang dimiliki atau bekerja dengan orang lain bagi mendapatkan upah, gaji, elaun atau komisen. Sumber pendapatan juga boleh didapati melalui aktiviti pelaburan dimana pendapatan diperolehi dalam bentuk dividen, bonus atau faedah atas modal yang dilaburkan. Walau bagaimanapun, kedua-dua sumber ini sentiasa terdedah kepada keadaan atau risiko yang diluar kawalan individu tersebut. Kejadian Luar jangka atau Risiko Keupayaan individu itu memperolehi pendapatan mungkin terputus dengan tiba- tiba disebabkan berlakunya kematian, usia lanjut, sakit atau kemalangan yang mungkin mengakibatkan hilangupaya (kekal atau sementara) Begitu juga dengan pelaburan. Sesuatu pelaburan itu mungkin mengalami susut nilai dengan tiba-tiba atau barangan yang dibiayai pembeliannya melalui wang modalnya sendiri telah musnah dijilat api. Untuk setiap keadaan luar jangka yang dinyatakan di atas, individu terbabit atau tanggungannya terpaksa menanggung kerugian kewangan atau gangguan emosi. Mereka yang menanggung beban tersebut mungkin tidak memiliki sumber-sumber lain untuk berkongsi sebahagian atau kesemua kerugian yang dialami. Pengalaman yang memilukan akibat kejadian- kejadian luar jangka ini kerap terjadi dan boleh diperhatikan disekeliling kita. 1.3 BAGAIMANA INSURANS BERFUNGSI. Mari kita cuba memahami bagaimana insurans berfungsi memberi pampasan atas kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu risiko atau peril. Selain dari memberi takrifan formal tentang risiko dan peril ( sila lihat Bab 2), mari kita lihat beberapa keadaan yang boleh dikatakan sesuatu risiko atau peril telah berlaku. Contoh- contoh berkenaan ialah :- Beberapa bentuk risiko • Kapal karam dilaut • Kebakaran yang merebak mengakibatkan kerosakan harta benda • Hilang punca pendapatan disebabkan hilang upaya atau kematian Penggemblengan Risiko Adalah mustahil bagi seseorang individu dapat meramal atau mencegah dari berlakunya peril di atas, tetapi melalui insurans kita berupaya membuat persediaan menghadapi masaalah kewangan, iaitu kerugian harta benda dan/atau kehilangan pendapatan. Insurans yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk adalah bertujuan memelihara kepentingan individu yang diinsuranskan. Objektif ini boleh dicapai dengan memberi pampasan atas kerugian yang ditanggung oleh segelintir individu malang, yang mana dana diperolehi dari sumbangan premium sekumpulan besar individu yang terdedah kepada risiko yang sama. 3
  16. 16. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS Penjelasan Konsep Insurans Konsep ini dijelaskan dalam Rajah 1.1, yang berkaitan dengan portfolio insurans pemilik rumah atau insurans hayat sementara. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, diandaikan portfolio berkenaan mengandungi 1000 buah rumah yang sama nilainya iaitu RM100,000 setiap satu, atau 1000 hayat yang diinsuranskan dengan amaun yang sama dengan premium sebanyak RM200 dikenakan bagi setiap hayat yang diinsuranskan. Rajah 1.1 Ilustrasi Mengenai Konsep Insurans Dana Perlu Memenuhi: Sumbangan dari 1000 pemilik rumah atau hayat yang diinsuranskan membentuk suatu dana insurans berjumlah RM200,000. Insurer akan menggunakan amaun ini untuk membayar tuntutan, perbelanjaan pengurusan dan lain- lain perbelanjaan seperti komisen, cukai dan sebagainya. Baki, jika ada, merupakan keuntungan insurer. Dana Akan Menjadi Difisit Berdasarkan dari situasi di atas, dana yang terbentuk hanya mencukupi untuk membayar dua tuntutan maksimum sahaja. Ini bermakna perbelanjaan dan wang keluar insurer tidak diambil kira. Sekiranya terdapat lebih dari dua tuntutan, dana insurans ini tidak mencukupi dan adalah jelas yang insurer akan mengalami kerugian bagi portfolio ini. Premium Perlu Mencukupi Dalam Persekitaran Urusniaga Yang Kompetitif Berdasarkan dari situasi di atas, adalah jelas bahawa untuk mengendalikan operasi perniagaan yang menguntungkan dalam persekitaran yang amat kompetitif, insurer perlu menetapkan paras premium yang mencukupi serta mengawal perbelanjaan pengurusan dan lain-lain perbelanjaan. Adalah diluar skop buku ini untuk membincangkan persoalan tentang tahap premium yang difikirkan mencukupi untuk sesuatu risiko. Walau bagaimanapun, kita akan memberi maklumat mengenai asas teknik dan penakrifan dalam bab-bab selepas ini dan seterusnya. Tetapi sebelum itu, marilah kita membiasakan diri dengan peraturan berikut :- Peraturan Bilangan Jumlah Besar Insurans sebagai suatu kaedah menyebarkan kerugian segelintir individu dikalangan orang ramai hanya akan berjaya apabila insurer berpeluang mengunderait sebilangan besar risiko yang sama. Apabila insurer telah mengunderait sebilangan besar risiko yang sama, maka peraturan bilangan jumlah besar mula berfungsi. Peraturan bilangan jumlah besar menyatakan bahawa apabila jumlah kerugian terdedah semakin meningkat, ramalan kerugian akan semakin menghampiri kerugian sebenar. Walaupun peraturan bilangan jumlah besar adalah konsep yang mudah, ia hanya boleh beroperasi dengan berkesan sekiranya faktor- faktor berikut dipenuhi :- • Sebilangan besar risiko terdedah kepada kerugian yang sama • Kerugian terdedah mestilah bebas dari yang lain • Kemungkinan terjadi kerugian adalah secara rawak 4
  17. 17. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS Operasi peraturan bilangan jumlah besar akan memastikan ramalan kerugian dimasa hadapan menjadi lebih tepat. Ini adalah penting bagi insurer kerana mereka perlu mengenakan premium (berdasarkan ramalan kerugian dimasa hadapan) yang mencukupi bagi membolehkan pembayaran kerugian sepanjang tempoh insurans. 1.4 APA ITU INSURANS? Setelah memahami peranan insurans dan bagaimana secara amnya ia berfungsi, sampailah masanya untuk kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang insurans dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Insuranssebagaisebuahorganisasiberperanan menyediakan perlindungan terhadap kerugian kewangan akibat kejadian yang tidak dijangka. Definisi insurans Insurans boleh didefinisikan sebagai : Satu institusi ekonomi yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak diduga, yang kebarangkaliannya berlaku boleh dianggarkan dengan munasabah. Perkhidmatan insurans melibatkan pembayaran manfaat atau pampasan secara kontrak kepada insured atau pihak ketiga terhadap kerugian yang tidak dijangka. Ciri-ciri penting insurans Ciri-ciri penting mengenai insurans adalah seperti berikut :- i. ia adalah institusi ekonomi ii. ia berasaskan prinsip bersaling atau kerjasama iii. objektif insurans ialah untuk mengumpul dana bagi membayar tuntutan akibat berlakunya risiko- risiko tertentu iv. hanya risiko tertentu sahaja yang boleh diinsuranskan iaitu risiko- risiko yang kemungkinannya berlaku boleh dianggarkan dengan tahap keyakinan dan ketepatan yang tinggi. 1.5 FUNGSI INSURANS Di dalam seksyen ini, pelbagai fungsi insurans akan dijelaskan dengan lebih lanjut. 1.5.1 Fungsi Utama Fungsi utama insurans ialah mengagihkan kerugian kewangan secara saksama kepada segelintir individu yang diinsuranskan dikalangan sekumpulan besar insured. Ini membawa kita kepada faedah atau fungsi tambahan. 1.5.2 Fungsi Sekunder • Menstabilkan kos Melalui pembelian polisi insurans, pengusaha atau ahli perniagaan tidak perlu membuat peruntukan pembekuan modal bagi menyediakan perlindungan kewangan sekiranya berlaku kerugian. Cara ini dapat membantu menstabilkan kos berkaitan pengurusan risiko. • Merangsang usaha niaga Mekanisma pemindahan risiko yang ditawarkan oleh insurans telah memungkinkan kepada perkembangan 5
  18. 18. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS • Sumber Modal Pelaburan Insurer mengumpulkan dana yang besar dan bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana berkenaan dan dari dana inilah semua tuntutan kerugian akan dibayar. Dana ini biasanya dilaburkan (untuk mendapatkan pulangan faedah) dalam sektor awam dan swasta. Pelaburan berkenaan membantu pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya. • Menyediakan peluang pekerjaan Industri insurans di Malaysia telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai. Berikut adalah statistik jumlah pekerja dalam industri insurans dalam tahun 2007:- bidang perindustrian dan perdagangan secara besar-besaran. Aktiviti perdagangan dan perindustrian berskala besar ini mungkin tidak dapat diusahakan sekiranya pengusaha tidak dapat memindahkan risiko mereka melalui insurans. • Jaminan untuk mengembangkan perniagaan Peranan yang dimainkan oleh insurans telah membantu menghilangkan perasaan takut dan bimbang akan kerugian yang mungkin dialami oleh individu dan ahli-ahli perniagaan. Kehilangan perasaan takut dan bimbang ini membantu mengukuhkan keyakinan dan membolehkan mereka merancang aktiviti perniagaan masa hadapan. • Mengurangkan kerugian Kehadiran insurer dapat membantu mengurangkan tahap kerugian (kekerapan dan ketenatan) melalui tindakan dan nasihat yang diberi berkaitan dengan pengkadaran, tinjauan, urus khidmat pemeriksaan dan salvaj. • Kaedah simpanan Insurans berfungsi sebagai satu kaedah menyimpan wang terutama melalui insurans endowmen. Insurans endowmen adalah gabungan elemen perlindungan dan simpanan. Elemen pelaburan dalam kontrak ini ialah pengumpulan simpanan. Dengan menggabungkan dua elemen ini dalam satu pelan, insurans endowmen menawarkan perlindungan dan simpanan kepada insured. 6 Walaupun skop bidang kerja broker dan penyelaras adalah bebas dan memainkan peranan yang lebih khusus, fungsi kerja dalam syarikat insurans adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia meliputi bidang pengunderaitan, memproses tuntutan, akaun, audit/pematuhan,pentadbiran/sumbermanusia, pemerosesan data elektronik, pemasaran dan perkhidmatan, pelaburan dan lain-lain fungsi sokongan.
  19. 19. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS 1.6 KELAS-KELAS INSURANS Penggemblengan risiko adalah prinsip asas perniagaan insurans dan adalah lebih wajar mengkelaskan secara umum yang perniagaan insurans terbahagi kepada dua iaitu Insurans Hayat dan Insurans Am. Apakah Insurans Hayat? Insurans hayat boleh ditakrifkan sebagai suatu kontrak yang membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan, setelah berlaku sesuatu kejadian atau beberapa kejadian, dan bergantung kepada hayat manusia. Setelah kita memahami secara lebih mendalam, definisi tersebut mungkin didapati tidak begitu tepat apabila ia dikaitkan dengan polisi beserta keuntungan kerana polisi ini tidak menetapkan terlebih dahulu jumlah wang yang perlu dibayar. Kontrak insurans hayat boleh didapati bagi menyediakan perlindungan terhadap risiko- risiko berikut :- • Kematian pramasa • Kehilangan aliran pendapatan yang berterusan ketika bersara (lanjut usia) • Sakit atau hilang upaya Apakah Insurans Am? Perniagaan insurans am boleh ditakrifkan sebagai semua bentuk perniagaan insurans (termasuk insurans semula liabiliti dibawah sesuatu polisi) yang bukan dibawah bidang perniagaan insurans hayat, seperti yang ditakrifkan dibawah Akta Insurans 1996. Risiko yang Dilindungi Dibawah Insurans Am Kontrak insurans am boleh didapati bagi menyediakan perlindungan kepada insured dan/atau pihak ketiga terhadap risiko-risiko berikut :- • Kerosakan atau kehilangan harta seperti kenderaan, kapal, bangunan, barangan dagangan dan sebagainya • Liabiliti undang-undang yang timbul disebabkan produk atau barangan yang dijual atau proses yang dijalankan. • Kematian atau kecederaan disebabkan kemalangan. Lebih banyak konsep asas yang digunapakai dalam operasi perniagaan kelas-kelas Insurans Hayat dan Insurans Am diterangkan dalam Bahagian B dan Bahagian C buku ini. 1.7 ASPEK SEJARAH INSURANS Kita akan meneliti secara ringkas pengenalan sejarah awal aspek-aspek sejarah insurans. Sejarah awal insurans bermula dalam bidang insurans marin. Para pedagang yang terlibat dalam urusniaga penghantaran barangan dengan kapal laut berusaha untuk meminimumkan kerugian yang timbul akibat peril laut, iaitu dengan cara menyebar atau berkongsi kerugian dikalangan semua yang terlibat dalam transaksi urusniaga yang sama. Kebiasaannya, kebanyakan kapal dagang selamat sampai ke pelabuhan dan hanya segelintir sahaja yang ditimpa kecelakaan. Pedagang yang terselamat akan membuat sumbangan bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh pedagang yang tidak bernasib baik. Dengan kata lain, nasib malang segelintir individu ditanggung bersama oleh mereka yang ramai. 7
  20. 20. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS Kaedah ini ternyata berjaya melalui caruman premium yang dikumpul dalam satu dana umum. Melihat kepada kejayaan dan manfaat yang diperolehi dari kaedah ini, para pedagang mula memperkenalkan idea tersebut ke beberapa negeri. Lama kelamaan, wujud beberapa kumpulan yang pakar dalam bidang pengurusan dana dan membuat penyelidikan mengenai kadar kerugian yang berlaku dalam pelbagai jenis perjalanan laut atau maritim. Disinilah bermulanya insurans marin. Lama selepas itu, insurans hayat dan pelbagai bentuk insurans moden mula diperkenalkan. Semua jenis insurans ini berfungsi atas prinsip menyebarkan kerugian yang dialami oleh segelintir dengan dana yang ditubuhkan melalui sumbangan dari yang ramai. Pada awalnya, polisi insurans hayat dijual sebagai insurans sementara jangka pendek dimana perlindungan boleh diperbaharui atas pilihaninsurerdiakhirtempohpolisi.Pendekatan seperti ini mempunyai keburukannya tetapi mungkin itulah satu-satunya cara pendekatan yang boleh diambil disebabkan ketiadaan jadual kemortalan. Tahun 1706 menandakan kemunculan ‘Amicable Society for a Perpetual Assurance’, yang memperkenalkan satu skim insurans dimana setiap ahli dikehendaki mencarum sejumlah tetap wang setiap tahun. Pada akhir tahun, sumbangan terkumpul akan dibahagikan kepada tanggungan atau waris ahli yang meninggal dunia. Keahlian terbuka kepada individu yang berumur diantara 12 tahun hingga 45 tahun dengan sumbangan diseragamkan pada £5 setahun (yang kemudiannya dinaikkan kepada £6.20 setahun). Pada peringkat awal operasi, pihak syarikat tidak menjamin jumlah insurans yang tetap tetapi selepas tahun 1757, jumlah insurans minimum telah ditetapkan dan dibayar sekiranya berlaku kematian. Pada tahun 1807, bayaran premium pelbagai berdasarkan umur insured mula diperkenalkan. Satu pencapaian penting dalam perkembangan insurans hayat ialah penggunaan Jadual Kemortalan dengan kadar faedah berkompaun. Pada tahun 1762, “The Equitable Assurance” buat pertama kalinya telah menetapkan kadar premiumdenganmenggunakansistempremium paras berasaskan amalan moden. 1.7.1 Insurans di Malaysia Sejarah insurans di Malaysia bermula ketika era penjajahan British pada abad ke 18 dan ke 19 apabila syarikat perdagangan British atau rumah agensi ditubuhkan. Syarikat-syarikat seperti Harrison & Crossfield, Boustead dan SimeDarbyadalahantaraagensiyangbertindak bagi pihak syarikat-syarikat insurans British. Industri insurans di Malaysia lebih mirip kepada sistem British dan pengaruhnya masih dapat dilihat sehingga hari ini. Malah, sehingga lewat tahun 1955, dilaporkan syarikat insurans asing menguasai 95% dari keseluruhan urusniaga insurans tempatan. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha yang lebih bersepadu telah dilaksanakan demi memperkenalkan syarikat-syarikat insurans tempatan. Pada awal tahun 1960an telah menyaksikan penubuhan beberapa syarikat insurans tempatan yang tidak berapa lama kemudian terpaksa ditutup kerana operasi kendalian yang tidak cekap dan kelemahan aspek-aspek teknikal. Kawalan Urusniaga Insurans Situasi yang tidak sihat dan kurang menyenangkan itu menyebabkan pihak kerajaan terpaksa campurtangan dengan memperkenalkan enakmen Akta Insurans 1963 sebagai usaha mengawal industri insurans tempatan. Akta Insurans 1963 ini kemudiannya diganti dengan Akta Insurans 1996. 8
  21. 21. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS Akta Insurans 1996 yang diperkenalkan pada Januari 1997 menjadi asas perundangan utama yang mengawal urusan perniagaan insurans di Malaysia. 1.8 PERANAN SEORANG EJEN INSURANS Peranan sebagai seorang insurans ejen meliputi :- • Memberi kelegaan kewangan kepada tanggungan individu yang diinsuranskan yang mungkin menemui ajal sebelum masanya. • Memberi kelegaan kewangan sekiranya berlaku kerosakan/kerugian harta benda. • Menyemai tabiat atau disiplin menyimpan dikalangan orang ramai • Menyediakan lain-lain bentuk perkhidmatan berkaitan insurans kepada orang ramai. Untuk menjadi seorang ejen yang efektif, seseorang itu perlu mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti keperluan insurans pelanggannya. Pelanggan perlu diberi penerangan dan khidmat nasihat mengenai jenis-jenis produk yang memenuhi keperluan insurans mereka dan polisi tidak luput. Para ejen diharap dapat memberi khidmat nasihat yang bertepatan dengan keperluan pelanggan Para ejen diharap mempunyai kesungguhan untuk memahami keseluruhan isi kandungan buku ini bagi memperolehi pengetahuan teknikal serta teknik penjualan yang berkaitan demi mencapai kejayaan dalam kerjaya ini. 9
  22. 22. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS SOALAN PENILAIAN DIRI BAB 1 1. Yang manakah diantara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai Peraturan Bilangan Nombor Besar? a. kerugian terdedah mestilah bebas dari elemen-elemen lain. b. sebilangan besar risiko terdedah kepada kerugian yang sama. c. kemungkinan terjadi kerugian adalah secara rawak. d. sebahagian besar insured mengalami kerugian yang sama, pada masa yang sama dan berpunca dari peril yang sama. 2. Yang manakah diantara berikut BUKAN ciri-ciri penting insurans? a. semua risiko boleh diinsuranskan. b. insurans adalah institusi ekonomi. c. insurans berasaskan prinsip saling bekerjasama. d. ia adalah pengumpulan dana bagi tujuan membayar tuntutan akibat berlaku nya risiko tertentu. 3. Yang manakah diantara berikut BUKAN risiko yang dilindungi insurans? a. kematian disebabkan kemalangan motosikal. b. kerugian atau kerosakan akibat kemalangan motosikal c. liabiliti terhadap pihak ketiga disebabkan produk yang dijual. d. kerugian kewangan akibat kejatuhan harga pasaran saham syarikat 4. Fungsi sekunder insurans termasuk perkara-perkara berikut KECUALI a. mekanisma pemindahan risiko. b. kaedah simpanan. c. menstabilkan kos. d. mengurangkan kerugian. 10
  23. 23. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS 5. Kontrak insurans hayat dirangka bagi menyediakan perlindungan terhadap risiko- risiko berikut: i. pinjaman bank. ii. kematian pra-masa. iii. sakit atau hilang upaya. iv. sumber pendapatan berterusan ketika persaraan (iaitu usia lanjut). a. I dan II. b. I, II dan IV. c. III dan IV. d. kesemua di atas. 6. Kontrak insurans am memberi perlindungan terhadap risiko-risiko berikut, KECUALI: a. harta. b. kemalangan. b. kematian biasa. c. liabiliti perundangan. 7. Insurans sebagai satu institusi, mempunyai matlamat untuk menyediakan perlindungan terhadap _____________________ disebabkan berlakunya malapetaka yang tidak dijangka. a. kerugian/trauma emosi. b. kerugian perasaan/sentimental. c. kerugian kewangan. d. kerugian bukan-kewangan. 8. Yang manakah diantara fakta berikut TIDAK BENAR mengenai insurans hayat dan juga insurans am? a. Polisi insurans hayat adalah tertakluk kepada prinsip indemniti, manakala polisi insurans am tidak tertakluk kepada prinsip tersebut. b. Polisi insurans am adalah tertakluk kepada prinsip indemniti, manakala polisi insurans hayat tidak tertakluk kepada prinsip tersebut. c. Kedua-dua polisi insurans hayat dan insurans am menyediakan bayaran pampasan sekiranya insured mengalami hilang upaya kekal akibat kemalangan. d. Insurans hayat adalah kontrak jangka panjang, manakala kontrak insurans am merupakan kontrak yang boleh diperbaharui setiap tahun. 11
  24. 24. BAB 1 - PENGENALAN INSURANS 9. Operasi peraturan bilangan jumlah besar akan memastikan a. ramalan kerugian masa hadapan yang lebih tepat. b. memahami keadaan pasaran dengan lebih baik. c. memahami pelanggan dengan lebih baik. d. aliran tunai yang lebih baik untuk insurer. 10. Ciri-ciri utama insurans ialah: i. Ia adalah institusi ekonomi. ii. Ia berasaskan prinsip bersaling atau bekerjasama iii. Objektif insurans ialah mengumpul dana bagi membayar tuntutan akibat berlakunya risiko-risiko tertentu. iv. Hanya risiko tertentu sahaja yang boleh diinsuranskan, iaitu risiko yang kejadiannya boleh dianggarkan dengan tahap ketepatan yang tinggi. a. I dan II. b. II dan IV. c. II, III dan IV. d. kesemua di atas. 12 JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
  25. 25. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO PANDANGAN MENYELURUH Bab ini memberi tumpuan kepada risiko dan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai perkara-perkara berikut :- • Ciri-ciri risiko • Konsep-konsep yang berkaitan dengan risiko • Penilaian risiko • Pengurusan risiko • Ciri-ciri risiko yang boleh diinsuranskan. 2.1 KONSEP RISIKO Kita hidup didunia yang sentiasa terdedah kepada peril-peril. Peril biasanya penyebab terjadinya kerugian. Contoh peril termasuklah kebakaran, perlanggaran, banjir, sakit dan kematian luar jangka. Apabila peril berlaku, harta benda mungkin musnah atau hilang dan seseorang itu mungkin mengalami kecederaanataumenemuikematian.Sebarang kemusnahan yang berlaku kepada harta benda atau kematian pastinya akan menyebabkan kerugian kewangan. Pandangan Menyeluruh 2.1 Konsep Risiko 2.2 Konsep-konsep yang Berkaitan 2.3 Kategori Asas Risiko 2.4 Kaedah Menangani Risiko 2.5 Pengurusan Risiko 2.6 Ciri-ciri Risiko Boleh Diinsuranskan Rajah 2.1 merupakan contoh peril dan kerugian yang mungkin berlaku 13
  26. 26. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO Walaupun kita sentiasa terdedah kepada peril, kita tidak pasti bila kejadian-kejadian yang boleh membawa kerugian ini akan berlaku. Dalam lain perkataan, kerugian yang mungkin dialami dimasa hadapan tidak boleh ditentukan. Ketidakpastian mengenai kerugian/kehilangan dipanggil risiko. Oleh kerana risiko wujud apabila keadaan masa hadapan tidak diketahui, ia boleh dikatakan akan hadir dimana-mana dan dalam apa jua keadaan. Risiko wujud dalam kehidupan harian dan dalam mana-mana industri. Penilaian Risiko Walaupun kita tidak pasti akan berlaku kerugian pada masa hadapan, tetapi adalah tidak mustahil kita boleh menentukan kemungkinan berlakunya kerugian dengan menggunakan satu cabang matematik yang dikenali sebagai teori kebarangkalian. Istilah kebarangkalian merujuk kepada satu bidang pembelajaran yang mengukur akan kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian. Kajian mengenai peluang/ kemungkinan, kejadian/peristiwa serta kebarangkalian boleh didapati dengan menggunakan tiga pendekatan :- Priori, Empirikal dan Anggaran. Keadaan yang membolehkan penggunaan kebarangkalian Priori Kebarangkalian priori boleh ditentukan apabila jumlah sesuatu kejadian yang mungkin berlaku dapat diketahui. Sebagai contoh, kebarangkalian untuk mendapat angka lima setelah menggolekkan buah dadu ialah 1/6 atau 0.1666. Penggunaan konsep priori dalam kajian risiko dan insurans secara praktikalnya adalah terhad kerana keadaan yang berkemungkinan berlaku sesuatu dapat diketahui lebih awal adalah tersangat luar biasa. Penggunaan Kebarangkalian Empirikal Kebarangkalian Empirikal ditentukan berdasarkan dari data pada tahun-tahun lepas. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengangkutan yang mengendalikan 1000 buah kenderaan mempunyai purata pengalaman kemalangan melibatkan 50 buah kenderaan pada tahun sebelumnya. Oleh itu, kebarangkalian kemalangan akan berlaku pada tahun hadapan ialah 50/1000 atau 0.05. Asas konsep yang membolehkan kebarangkalian empirikal dapat dinilai dengan tepat ialah peraturan bilangan jumlah besar. (Lihat 1.3) Penggunaan Kebarangkalian Penganggaran Kebarangkalian Penganggaran ditentukan berdasarkananggaranseseoranguntukmeramal sesuatu akibat. Kebarangkalian penganggaran digunakan apabila kurang atau tiada data-data terdahulu atau statistik yang boleh dipercaya. Sebagai contoh, kebarangkalian penganggaran digunakan dalam insurans loji nuklear kerana kekurangan statistik yang boleh diyakini. Hakikatnya, Akibat Sebenar Berbeza Dari Akibat Yang Dijangka Hakikatnya, setiap syarikat insurans, bergantung kepada wujudnya data-data yang boleh dipercayai, menggunakan teknik kebarangkalian penganggaran atau penentuan empirikal untuk meramal kerugian masa hadapan. Untuk setiap keadaan, kesemua teknik hanya mampu mengira anggaran kerugian masa hadapan. Ini membayangkan akibat sebenar mungkin tidak menyamai akibat yang dijangka. Sebagai contoh, sebuah syarikat insurans meramalkan 30 buah kenderaan daripada kesemua kereta yang diinsuranskan akan mengalami kemalangan pada tahun hadapan. Realitinya, kemungkinan jumlah kenderaan yang rosak sebenarnya ialah 20 atau 40 atau 50 atau 100. Timbulnya kepelbagaian dalam akibat sebenar ini adalah kerana keperluan peraturan jumlah besar tidak dipatuhi. 14
  27. 27. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO Lain-lain Definisi Risiko Sungguhpun sesebuah syarikat insurans itu mempunyai pengalaman pendedahan kerugian yang sama dalam jumlah yang cukup besar, ia masihtertaklukkepadamasaalahketidakpastian kerana kerugian sebenar mungkin tidak sama dengan kerugian yang diramal. Apabila wujud ketidakpastian, risiko akan terus kekal. Sehubungan dengan itu, kita boleh mengambil langkah seterusnya iaitu dengan mendefinisikan risiko sebagai kepelbagaian akibat bagi sesuatu keadaan. Sebagai tambahan kepada dua definisi yang diberikan, risiko juga boleh dianggap sebagai :- • Kemungkinan berlaku kerugian • Terdedah kepada bahaya • Perkara pokok insurans Kesimpulannya, risiko mempunyai banyak pengertiannya dan makna risiko itu adalah bergantung kepada keadaan bagaimana ia digunakan. 2.2 KONSEP-KONSEP YANG BERKAITAN Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang aspek-aspek risiko, adalah penting untuk kita membezakan risiko daripada konsep- konsep berikut :- • Kerugian adalah penyusutan atau kehilangan nilai ekonomi • Peril adalah sebab terjadinya sesuatu kerugian • Bahaya adalah keadaan yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu kerugian Terdapat dua jenis utama bahaya : Definisi Bahaya Fizikal Bahaya fizikal ialah ciri-ciri atau sifat fizikal yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Contoh-contoh bahaya fizikal termasuklah pembinaan sesebuah bangunan yang diperbuat dari kayu, keadaan mekanikal sesebuah kereta yang tidak diselenggara dengan baik dan lain-lain. Definisi Bahaya Moral Bahaya moral ialah keperibadian atau sikap yang kurang menyenangkan pada seseorang individu yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Contoh bahaya moral ialah tidak amanah, cuai, tidak mahu bertolak ansur dan sebagainya. 2.3. KATEGORI-KATEGORI ASAS RISIKO Risiko boleh dikelaskan kepada dua kategori utama :- • Risiko asas dan khusus • Risiko tulen dan spekulatif 2.3.1 Risiko Asas dan Khusus Definisi Risiko Asas Risikoasasmemberikesankepadakeseluruhan ekonomi atau sebahagian besar individu/ kumpulan dalam suatu kelompok ekonomi. Contohnya ialah risiko kerosakan harta benda akibat gempa bumi, banjir dan taufan (bencana alam), risiko kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat peperangan dan risiko pengangguran yang berleluasa. 15
  28. 28. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO Definisi Risiko Khusus Risiko khusus memberi kesan kepada individu tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan anggota masyarakat atau negara. Contohnya ialah risiko kerosakan harta benda disebabkan kebakaran atau risiko kecederaan akibat kemalangan. Siapakah yang Bertanggungjawab? Oleh kerana terdapat perbezaan dalam kesannya, risiko khusus menjadi tanggungjawab individu, manakala risiko asas adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat keseluruhannya. 2.3.2 Risiko Tulen dan Spekulatif Definisi Risiko Tulen Risikotulenwujudapabilaterdapatkemungkinan terjadi kerugian atau tiada kerugian. Contohnya ialah risiko kerosakan harta benda akibat kebakaran atau kematian pramasa. Definisi Risiko Spekulatif Risiko spekulatif wujud apabila terdapat kemungkinan untuk mengaut keuntungan, berlaku kerugian atau tiada kerugian.Contohnya ialah membuat pelaburan dalam pasaran saham atau hartanah, melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan bertaruh dalam lumba kuda. Ciri-ciri Lain Mengenai Risiko Tulen Selain dari perbezaan kesan atau akibat, risiko tulen lebih mudah untuk diramal kerana peraturan jumlah bilangan besar boleh digunakan keatas risiko-risiko seperti ini. Ini juga bermakna risiko tulen secara amnya boleh diuruskan melalui penggunaan teknik menginsuranskan, manakala risiko spekulatif biasanya tidak boleh diinsuranskan. Rajah 2.2 – Ciri-ciri utama risiko tulen dan spekulatif 2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO Dalam seksyen ini kita akan melihat cara- cara menangani risiko tulen. Pada dasarnya, terdapat empat cara menangani risiko : • Pengelakan risiko • Pengawalan kerugian • Pembendungan risiko • Pemindahan risiko 2.4.1 Pengelakan Risiko Teknik ini bertujuan mengelakkan harta benda, individu atau aktiviti yang menimbulkan risiko. 16
  29. 29. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO Contoh, i. Pengeluar barangan yang bimbang akan tindakan mahkamah disebabkan liabiliti produk yang dihasilkannya, ia boleh mengelakkan risiko ini dengan tidak menghasilkan barangan tersebut. ii. Individu yang bimbang menghadapi masaalah kesihatan disebabkan barah jantung boleh mengelakkan risiko ini iaitu elakkan diri dari merokok. 2.4.2 Pengawalan Kerugian Teknik ini bertujuan mengurangkan amaun kerugian. Jumlah kerugian dipengaruhi oleh kekerapan dan keterukan (ketenatan) sesuatu kerugian. Kekerapan sesuatu kerugian ialah berapa kali kejadian yang mengakibatkan kerugian akan berlaku dalam jangkamasa tertentu. Ketenatan sesuatu kerugian adalah kos atau amaun kerugian yang dinilai dalam wang ringgit, yang berpunca dari kejadian yang membawa kerugian. Teknik pengawalan kerugian dapat menangani risiko dengan : • Menghalang Kerugian Iaitu dengan cara mengurangkan kekerapan berlakunya kerugian. Sebagai contoh, penggunaan bahan kalis api dalam pembinaan bangunan akan membantu menghalang kerugian disebabkan kebakaran. • Meminimumkan Kerugian Iaitu dengan cara mengurangkan ketenatan atau amaun sesuatu kerugian. Sebagai contoh, pemasangan sistem perenjis air automatik akan dapat membantu mengurangkan amaun kerugian sekiranya berlaku kebakaran. 2.4.3 Pembendungan Risiko Kaedah ini melibatkan pembendungan risiko oleh individu atau organisasi. Apabila risiko dapat dibendung, kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pihak yang membendung risiko berkenaan. Pembendungan risiko mungkin dirancang atau tidak dirancang. Sekiranya pembendungan risiko dirancang, risiko diterima secara terkawal. Sementara pembendungan risiko tidak dirancang pula melibatkan penerimaan risiko tanpa menyedari kewujudannya. 2.4.4 Pemindahan Risiko Kaedah ini melibatkan pemindahan risiko kepada sesebuah organisasi atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan ditanggung oleh organisasi atau individu yang menerima risiko berkenaan. Terdapat dua cara pemindahan risiko : • Kontrak Insurans Contoh: Seorang pemilik rumah boleh memindahkan kerugian yang dialami apabila rumahnya musnah dijilat api, dengan membeli kontrak insurans kebakaran. 17
  30. 30. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO • Kontrak Bukan Insurans Contoh: Sebuah pasaraya boleh memindahkan bakal liabiliti yang berpunca dari jualan produk yang rosak, dengan menandatangani perjanjian dengan pengeluar barangan tersebut agar pengeluar bersetuju membayar pampasan sekiranya timbul liabiliti berpunca dari produk berkenaan. Rajah 2.3 – Proses Pengurusan Risiko Pengurusanrisikobolehditakrifkansebagaisuatu pendekatan sistematik untuk mengendali risiko yang mengancam aset dan sumber pendapatan sesuatu perniagaan atau perusahaan. Proses pengurusan risiko melibatkan langkah-langkah berikut: • Mengenalpasti pendedahan kerugian • Menilai amaun kerugian yang mungkin ditanggung • Memilih teknik-teknik mengawal risiko • Melaksana program pengurusan risiko • Mengawal program pengurusan risiko Carta aliran proses berkenaan ditunjukkan secara sistematik dalam Rajah 2.3 2.5.1 Mengenalpasti Pendedahan Terhadap Kerugian Langkah pertama dalam pengurusan risiko ialah mengenalpasti semua pendedahan kepada kerugian tulen termasuk: • Kerosakan fizikal terhadap harta benda • Kerugian akibat gangguan perniagaan • Dakwaan undang-undang • Kerugian berpunca dari penipuan, perbuatan jenayah dan pekerja yang pecah amanah • Kerugian akibat kematian atau hilang upaya pekerja penting. Pendedahan kepada kerugian boleh dikenalpasti melalui pelbagai sumber termasuk kajiselidik, penyata kewangan, carta aliran dan pemeriksaan peribadi keatas kemudahan fizikal yang disediakan. Mengenalpasti Penilaian Pemilihan: Pengelakan Kawalan Kerugian Pemindahan Pembendungan Perlaksanaan Kawalan 2.5 PENGURUSAN RISIKO Sebelum ini kita telah difahamkan bahawa risiko itu sentiasa wujud dalam kehidupan harian kita dan risiko tulen biasanya akan diakhiri dengan kerugian kewangan. Dalam seksyen ini kita akan mempelajari bagaimana risiko dikendalikan melalui proses yang dipanggil Pengurusan Risiko. 18
  31. 31. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO 2.5.2 Menilai Potensi Kerugian Setelah mengenalpasti kerugian yang mungkin ditanggung, langkah seterusnya ialah menilai amaun kerugian yang mungkin ditanggung oleh sesebuah firma. Proses penilaian meliputi anggaran kekerapan dan ketenatan pendedahan terhadap kerugian serta menentukan tahap kedudukan mengikut kepentingannya. Pendedahan kerugian yang paling berkemungkinan akan berlaku perlu diberi keutamaan dalam program pengurusan risiko. 2.5.3 Memilih Teknik Mengendali Risiko Teknik-teknik mengendali risiko meliputi pengelakan risiko, pengawalan kerugian, pembendungan risiko dan pemindahan risiko. Pemilihan mana-mana teknik pengendalian risiko boleh dibuat berdasarkan kriteria kewangan atau kriteria bukan kewangan. Pemilihan berdasarkan kriteria kewangan perlu mengambilkira bagaimana pilihan berkenaan akan memberi kesan kepada keuntungan syarikat atau kadar pulangan. Pemilihan yang tidak melibatkan kriteria kewangan termasuklah aspek-aspek kemanusiaan dan keperluan undang-undang. 2.5.4 Melaksanakan Program Pengurusan Risiko Selepasmemilihteknikataukombinasibeberapa teknik yang sesuai, langkah seterusnya ialah untuk melaksanakan program pengurusan risiko. 2.5.5 Mengawal Program Pengurusan Risiko Setelah dilaksanakan, program pengurusan risiko perlu diawasi bagi menentukan matlamat yang diharapkan dapat dicapai. Sekiranya perlu, pengubahsuaian program boleh dilakukan. 2.6 CIRI-CIRI RISIKO BOLEH DIINSURANSKAN Tidak semua risiko boleh diinsuranskan. Risiko yang boleh diinsuranskan perlu memenuhi beberapa ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri utama berkenaan ialah : 2.6.1 Nilai Kewangan Insurans amat berkait rapat dengan keadaan dimana gantirugi kewangan boleh dibayar setelah berlaku sesuatu kerugian. Oleh itu, risiko yang boleh diinsuranskan seharusnya meliputi kerugian yang boleh dinilai dari segi kewangan. Berikut adalah beberapa contoh risiko-risiko yang dimaksudkan: 19
  32. 32. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO 2.6.2 Jumlah Besar Risiko Yang Sama Sesuatu risiko yang hendak diinsuranskan mestilah mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat jumlah yang banyak. Terdapat dua sebab mengapa keperluan tersebut perlu dipenuhi : • Membolehkan pihak insurer membuat ramalan kerugian dengan lebih tepat • Sekiranya hanya terdapat segelintir risiko, prinsip kerugian segelintir ditanggung oleh yang ramai tidak boleh digunakan 2.6.3 Risiko Tulen Sahaja Insurans hanya melindungi risiko tulen sahaja kerana didalam situasi risiko tulen, seseorang akan mengalami kerugian atau tidak mengalami sebarang kerugian. Ini bermakna tidak ada kemungkinan seseorang itu meraih keuntungan dari risiko tulen. Risiko spekulatif memberi kemungkinan berlaku kerugian, pulang modal atau keuntungan. Oleh itu, ia jarang sekali boleh diinsuranskan kerana insured tidak akan berusaha mencari keuntungan kerana dia mengetahui yang insurer akan membayar pampasan sekiranya berlaku kerugian. 2.6.4 Kerugian Tidak Membawa Malapetaka Sekiranya sesuatu risiko itu hendak diinsuranskan,kerugianyangberlakutidakboleh membawa malapetaka atau bencana sehingga membebankan pihak insurer. Kerugian yang boleh membawa malapetaka ini berpunca dari beberapa risiko yang menyebabkan kerugian berlaku pada masa yang sama atau satu risiko yang mengakibatkan berlakunya kerugian yang amat besar. Contoh-contoh kerugian yang membawa kepada malapetaka ialah kerugian akibat peperangan dan gempa bumi. 2.6.5 Kerugian Yang Tidak Dijangka Satu lagi ciri risiko boleh diinsuranskan ialah kerugian yang dialami mestilah secara kebetulan. Kerugian tidak dijangka ialah sesuatu yang tidak disengajakan dan tanpa niat untuk melakukannya. Insurans tidak dapat berfungsi dengan baik dan berkesan sekiranya kerugian yang berlaku adalah disengajakan oleh insured atau melakukannya dengan niat untuk menipu. 2.6.6 Kepentingan Boleh Diinsuranskan Kebiasaannya, seseorang yang ingin menguatkuasakan perlindungan insurans mestilah mempunyai kepentingan boleh insurans keatas harta benda, hak, kepentingan, hayat, anggota badan atau liabiliti yang ingin diinsuranskan. Kewujudan kepentingan boleh insurans dalam kontrak insurans merupakan faktor utama yang membezakan antara insurans dan perjudian. (Kepentingan boleh insurans akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3). 2.6.7 Sah dan Tidak Bertentangan Dengan Kepentingan Awam Objek yang hendak diinsuranskan mestilah sah disisi undang-undang dan tidak bertentangan dengan kepentingan awam. Sebuah kapal yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan atau pertaruhan atas suatu hayat tidak boleh dianggap sebagai risiko yang boleh diinsuranskan kerana risiko sedemikian adalah tidak sah disisi undang-undang. Denda atau penalti yang dikenakan oleh undang-undang tidak boleh diinsuranskan kerana ia adalah bertentangan dengan kepentingan awam untuk dilindungi insurans. 20
  33. 33. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO 2.6.8 Premium Yang Munasabah Ciri terakhir risiko boleh diinsuranskan ialah premium yang dikenakan mestilah berpatutan, bersesuaian dengan jumlah kerugian yang mungkin ditanggung. Risiko yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi atau kejadian yang hampir pasti akan berlaku biasanya mengenakan premium yang amat tinggi dan insured mendapati ianya tidak munasabah. Sebaliknya, premium yang perlu dibayar bagi melindungi risiko kebakaran ke atas pen yang hanya bernilai beberapa sen sahaja dianggap tidak munasabah kerana insurer akan menanggung perbelanjaan kos tuntutan yang tinggi. 21
  34. 34. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO SOALAN PENILAIAN DIRI BAB 2 1. Diantara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan? a. Ia mestilah tidak bertentangan dengan dasar dan kepentingan awam. b. Ia mestilah berlaku secara kebetulan sahaja. c. Ia mestilah tergolong dalam risiko spekulatif. d. Ia mestilah tergolong dalam risiko tulen. 2. Diantara berikut, yang manakah pendekatan pengurusan risiko yang paling tidak berkesan? a. pengelakan risiko. b. pemindahan risiko. c. pembendungan risiko. d. tidak mempedulikan risiko. 3. Yang manakah diantara berikut BUKAN teknik pengawalan dan meminimumkan kerugian dalam insurans kebakaran? a. latihan pencegahan kebakaran kepada pekerja. b. melupuskan bahan buangan mengikut peraturan dan menjaga kebersihan. c. menggunakan bahan tidak mudah bakar dalam industri pembinaan bangunan. d. pemasangan sistem penggera keselamatan. 4. Yang manakah diantara berikut BUKAN teknik pengawalan dan meminimumkan kerugian dalam insurans hayat dan kesihatan? a. latihan bantuan kecemasan kepada pekerja. b. elakkan diri dari merokok. c. menginsuranskan hayat dengan amaun insurans yang bersesuaian dengan kedudukan kewangan. d. Insured memasang jeriji di rumah kediamannya. 22
  35. 35. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO 5. Yang manakah diantara berikut BUKAN risiko tulen? a. kebakaran. b. banjir. c. kecurian. d. mengendali perniagaan pasaraya. 6. Yang manakah diantara keterangan berikut tidak benar? a. peril adalah penyebab utama berlakunya kerugian. b. bahaya akan mempengaruhi kesan kerugian. c. ketidakpastian mengenai kerugian juga dikenali sebagai risiko. d. bahaya moral boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikal risiko. 7. Apabila seseorang itu berhenti bermain bola sepak kerana khuatir mengalami kecederaan, kaedah kawalan risiko tersebut dikenali sebagai a. pencegahan kerugian. b. pengelakan risiko. c. pemindahan risiko. d. pembendungan risiko. 8. Keterangan yang paling tepat mengenai risiko tulen ialah a. tiada kerugian, untung atau kerugian. b. tiada kerugian atau kerugian. c. keuntungan atau kerugian. d. kerugian. 9. Yang manakah diantara berikut menentukan jumlah kerugian dibawah kaedah kawalan kerugian dalam menangani risiko tulen? i. kekerapan. ii. ketenatan kerugian. iii. bahaya fizikal. iv. bahaya moral. a. I dan II. b. II dan III. c. III dan IV. d. kesemua di atas. 23
  36. 36. BAB 2 – CIRI-CIRI RISIKO DAN PENGURUSAN RISIKO 10. Definisi yang paling tepat mengenai kepentingan boleh insurans ialah a. sebarang bentuk hubungan antara pencadang dengan perkara pokok insurans. b. sebarang bentuk hubungan masa hadapan yang mungkin terjadi antara pencadang dengan perkara pokok insurans. c. kepentingan yang wujud dari kemungkinan akan mewarisi perkara pokok insurans. d. hak disisi undang-undang untuk menginsuranskan kepentingan kewangan yang sah, dimana insured mempunyai kepentingan keatas perkara pokok insurans berkenaan. 24 JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
  37. 37. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL PANDANGAN MENYELURUH Prinsip-prinsip asas insurans berikut merupakan perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini: • Kepentingan boleh insurans • Penuh percaya mutlak • Indemniti • Subrogasi • Sumbangan • Sebab hampiran Bab ini juga menyediakan penerangan tentang prinsip-prinsip asas takaful yang meliputi: • Pengenalan Takaful • Majlis Pengawasan Syariah • Takaful dan Insurans • Prinsip Operasi Takaful • Aspek Operasi takaful • Jenis Perniagaan Takaful 3.1 PRINSIP-PRINSIP INSURANS Kontrak insurans bukan sahaja tertakluk kepada prinsip-prinsip am undang-undang kontrak, malah ia juga tertakluk kepada prinsip-prinsip perundangan khas tertentu yang terkandung dalam kontrak insurans. Prinsip insurans yang dimaksudkan ialah: Pandangan Menyeluruh 3.1 Prinsip-prinsip Insurans 3.2 Takaful 3.3 Majlis Pengawasan Syariah 3.4 Takaful dan Insurans 3.5 Prinsip Operasi Takaful 3.6 Aspek Operasi Takaful 3.7 Jenis-jenis Perniagaan Takaful 25
  38. 38. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL Prinsip-prinsip khas yang terkandung dalam kontrak insurans; • Kepentingan boleh insurans • Penuh percaya mutlak • Indemniti • Subrogasi • Sumbangan • Sebab hampiran 3.1.1 Kepentingan Boleh Insurans Insurans Hendaklah Bersandarkan Kepada Prinsip Kepentingan Boleh Insurans Insurans adalah berbeza dengan perjudian. Salah satu sebab utama mengapa ia berbeza ialah insurans mestilah disokong atau berlandaskan kepada prinsip kepentingan boleh insurans. Sebelum dijelaskan konsep kepentingan boleh insurans secara lebih mendalam, adalah penting untuk kita mengetahui dua konsep yang berkaitan dengannya iaitu: • Perkara pokok insurans • Perkara pokok kontrak insurans 3.1.1.1 Perkara pokok insurans Dalam urusniaga insurans, perkara pokok insurans adalah seperti harta benda, liabiliti perundangan, hak, nyawa dan anggota badan yang dilindungi dibawah polisi insurans. Terdapat berbagai-bagai jenis perkara pokok insurans, dan begitu juga dengan jenis-jenis insurans yang ditawarkan dipasaran. Antara contoh-contoh perkara pokok insurans dibawah polisi-polisi insurans dinyatakan dalam rajah 3.1. Rajah 3.1 – Perkara Pokok Insurans Jenis Polisi Perkara Pokok Motor Kereta, Motorsikal dll Marin Kapal, Kargo Hayat Nyawa, Anggota Badan dll Penerbangan Kapalterbang, Nyawa dll Kebakaran Bangunan, Barangan dll 3.1.1.2 Perkara Pokok Kontrak Insurans Perkara pokok insurans tidak boleh disamakan dengan perkara pokok kontrak insurans. Perkara pokok kontrak insurans ialah kepentingan kewangan insured terhadap perkara pokok insurans. Untuk membezakan dua perkara tersebut, andaikan seseorang telah menginsuranskan rumahnya dengan nilai RM100,000 perlindungan terhadap kebakaran atau menginsuranskan hayatnya RM100,000 perlindungan terhadap kematian. Rumah atau hayat yang dinyatakan itu adalah perkarapokokinsurans,sementarakepentingan kewangan insured terhadap rumah atau nyawanya yang dinilai sebanyak RM100,000 itu adalah perkara pokok kontrak insurans. 26
  39. 39. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL 3.1.1.3 Apa itu Kepentingan Boleh Insurans Kepentingan Boleh Insurans Kepentingan Boleh Insurans ialah suatu hak yang sah disisi undang-undang untuk menginsuranskan kepentingan kewangan yang sah terhadap perkara pokok insurans berkenaan. Frasa kepentingan kewangan yang sah merujuk kepada kepentingan kewangan yang diiktiraf oleh undang- undang. Oleh itu, sekiranya kepentingan kewangan seseorang itu tidak sah maka dia tidak mempunyai Kepentingan Boleh Insurans untuk mengikat kontrak yang sah. Seorang pencuri tidak boleh menginsuranskan barangan yang dicurinya, atau seorang individu tidak boleh memiliki polisi insurans hayat keatas hayat orang lain yang ia tidak mempunyai kepentingan kewangan yang sah disisi undang-undang (ini dianggap perjudian). 3.1.1.4 Bila Kepentingan Boleh Insurans Mesti Wujud? Untuk Kontrak Insurans Am, Kepentingan Boleh Insurans Harus Wujud Ketika Permulaan Kontrak dan Masa Berlakunya Kerugian. ( Insurans Marin Terkecuali ). Secara amnya, seseorang yang mengikat kontrak insurans am mesti mempunyai kepentingan boleh insurans pada permulaan kontrak dan semasa kerugian berlaku. Tanpa kepentingan tersebut, maka kontrak insurans tersebut dianggap batal. Walau bagaimanapun, syarat ini tidak digunakan dalam insurans marin. Di bawah insurans marin, insured hanya perlu mempunyai kepentingan boleh insurans ketika berlakunya kerugian. Contohnya, pengimport bolehmenginsuranskanbaranganyangdiimport asalkan ia akhirnya boleh membuktikan yang ia mempunyai kepentingan boleh insurans, iaitu menjadi pemilik barangan sebelum peril yang diinsuranskan berlaku. Sebaliknya, seseorang itu tidak boleh menguatkuasakan kontrak insurans motor sebelum ia memiliki kenderaan berkenaan. Untuk Kontrak Insurans Hayat, Kepentingan Boleh Insurans Mesti Wujud Ketika Permulaan Kontrak Sahaja. Berbeza dengan insurans am, syarat mewajibkan kepentingan boleh insurans dalam insurans hayat adalah lebih mudah. Insured hanya perlu ada kepentingan boleh insurans semasa mengikat kontrak insurans hayat. Subseksyen 152(1) Akta Insurans 1996 juga menyediakan peruntukan untuk perkara ini. Siapa yang Mempunyai Kepentingan Boleh Insurans Dibawah insurans harta benda, pemilik, pemegang amanah, ejen, pemiutang atau penyewa mempunyai kepentingan boleh insurans keatas harta yang dimiliki, diamanahkan, pegangan berkomisen, digadai atau disewa: Sebaliknya dalam insurans liabiliti sesiapa sahaja yang mungkin menanggung liabiliti tersebut boleh membelinya.Dibawah insurans hayat dan insurans kemalangan diri pula, seseorang itu mempunyai kepentingan boleh insurans yang tidak terbatas keatas nyawa dan anggota badannya. Subseksyen 152(2) menyatakan seseorang itu dikatakan mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap orang lain sekiranya orang tersebut adalah: a. teman hidup, anak atau kanak-kanak dibawah jagaan dan dibawah umur majoriti ketika insurans mula berkuatkuasa b. pekerjanya; atau 27
  40. 40. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL c. seseorang yang pada ketika insurans berkuatkuasa adalah dibawah jagaan sepenuhmasa atau sebahagiannya. 3.1.2 Penyerahan Hak Secara amnya penyerahan hak ialah pemindahan hak dan liabiliti dari seseorang kepada seseorang yang lain. Dalam konteks insurans, pemindahan semua hak dan liabiliti insured kepada insured yang lain disebut sebagai penyerahan hak polisi. Penerima serah hak iaitu pihak yang menerima hak milik polisi memiliki kesemua hak yang pernah dimiliki oleh penyerah hak dan tidak boleh lebih dari itu. Oleh itu, sekiranya pihak insurer boleh menolak liabiliti terhadap penyerah hak atas sebarang alasan, maka alasan yang serupa boleh digunakan terhadap penerima serah hak. 3.1.2.1 Persetujuan Awal Persetujuan Awal Dari Insurer Diperlukan Untuk Menjadikan Penyerahan Hak Sah Disisi Undang-Undang. Kontrak insurans secara amnya dikenali sebagai kontrak peribadi kerana keputusan insurer untuk terikat dengan kontrak banyak bergantung kepada kelayakan insured. Oleh itu, apabila insurer mengikat kontrak dengan insured tertentu, insured berkenaan tidak boleh menyerahkan hak polisinya kepada individu lain kecuali setelah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari pihak insurer. Sebagai contoh, penjual rumah tidak boleh memindahkan hak polisi kebakarannya kepada pembeli, kecuali pihak insurer bersetuju dengan penggantian hak dari penjual kepada pembeli dan pembeli menjadi insured baru. Mengikut peruntukan undang-undang, apabila insurer telah memberi persetujuan mengenai penggantian insured kepada insured yang lain, kontrak baru perlu diwujudkan antara insurer dengan penerima hak polisi awal. Pindaan ini dipanggil novasi. 3.1.2.2 Pengecualian Walaupun persetujuan awal secara bertulis dari insurer adalah diperlukan sebelum penyerahan hak polisi boleh dikuatkuasakan, namun terdapat tiga pengecualian iaitu: • Insurans marin Polisi ini bebas untuk diserah hak dibawah peruntukan Akta Insurans Marin 1906. Secara praktik, hanya polisi kargo boleh diserah hak secara bebas manakala polisi badan kapal (hull) biasanya mengandungi fasal yang melarang polisi diserah hak tanpa persetujuan insurer. Polisi kargo bebas diserah hak kerana polisi ini merupakan dokumen penting yang berperanan sebagai cagaran bank yang membiayai urusan dagangan luar negara. • Insurans hayat Penyerahan hak boleh dibuat mengikut Akta Polisi Insurans 1867, tertakluk kepada syarat- syarat yang dinyatakan dalam seksyen 23.3. bab 23. • Penyerahan mengikut wasiat atau kuatkuasa undang-undang Terdapat polisi tertentu umpamanya polisi insurans kebakaran yang menyediakan kemudahan penyerahan hak secara automatik sekiranya penukaran kepentingan perkara pokok insurans dibuat secara wasiat atau kuatkuasa undang-undang Penyerahan Hak Amaun Tuntutan Penyerahan hak juga boleh digunakan dalam konteks penyerahan hak prosid polisi. 28
  41. 41. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL Penyerahan hak prosid polisi ini boleh berlaku apabila insured mengarahkan insurer supaya membayar amaun tuntutan kepada pihak ketiga. Contohnya pemilik polisi insurans kebakaran membuat serah hak prosid polisi kepada orang yang membaiki kerosakan rumahnya iaitu dengan mengarahkan pihak insurer membayar amaun tuntutan (jumlah kerosakan) tersebut kepada penerima serah hak prosid sebagai bayaran membaiki kerosakan rumahnya. Didalam polisi insurans hayat, penyerahan hak prosid polisi berlaku apabila pemegang polisi menamakan waris untuk menerima manfaat kematian dibawah polisinya. Dibawah penyerahan hak ini, pemegang polisi masih lagi pihak yang mengikat kontrak (insured) dan masih tertakluk kepada liabiliti walaupun penyerahan hak tuntutan telah diserahkan kepada orang lain. Prosid untuk semua polisi boleh diserah hak kepada pihak lain kecuali kontrak insurans menyatakan sebaliknya. Bahagian XIII Akta Insurans 1996 menyatakan peruntukan mengenai bayaran wang polisi dibawah suatu polisi insurans hayat, termasuk polisi insurans hayat dibawah Seksyen 23 Akta Undang-Undang Sivil 1956, dan polisi kemalangan diri yang diambil oleh pemegang polisi atas hayat dirinya sendiri yang menyediakan bayaran manfaat kematian. Seksyen 163, Bahagian XIII memperuntukkan iaitu pemilik polisi yang telah mencapai usia 18 tahun boleh menamakan seseorang untuk menerima wang polisi selepas kematiannya, iaitu dengan memberitahu insurer secara bertulis butiran-butiran penting penama iaitu: a. Nama b. Tarikh lahir c. No Kad Pengenalan/sijil kelahiran d. Alamat Penamaan tersebut hendaklah disaksikan oleh seorang saksi yang waras fikiran, berusia 18 tahun keatas dan bukan penama yang dimaksudkan. 3.1.3 Prinsip Penuh Percaya Mutlak 3.1.3.1 Kontrak Perdagangan Kebanyakan kontrak perdagangan tidak mensyaratkan pihak-pihak yang terlibat memberitahu maklumat yang tidak diminta. Setiap pihak berusaha mendapat manfaat yang terbaik dari kontrak tersebut, asalkan ia tidak cuba mengelirukan pihak lain. Prinsip undang- undang yang menguasai kontrak sedemikian ialah caveat emptor (pembeli harus berhati- hati). 3.1.3.2 Kontrak Insurans Insured Dikehendaki Memberitahu Semua Fakta-Fakta Penting Mengenai Risiko Yang Ingin Diinsuranskan. Kontrak insurans mempunyai syarat yang berbeza. Apabila pihak insurer membuat penilaian atas cadangan insurans, ia tidak mengetahui semua fakta matan insurans yang dicadangkan. Sebaliknya, pencadang tahu atau sepatutnya tahu akan semua maklumat berkaitanrisikoyangdicadangkannyaitu.Situasi ini meletakkan insurer berada dalam kedudukan yang tidak memihak kepadanya. Insurer tidak dapat membuat penilaian lengkap mengenai risiko yang akan diinsuranskan sehinggalah pencadang bersetuju memberitahu semua fakta matan yang diketahuinya. Untuk memperbaiki keadaan yang tidak seimbang ini, undang- undang telah mewajibkan tanggungjawab penuhpercayamutlakkepadasemuapihakyang terlibat dalam kontrak insurans. Oleh kerana insured lebih mengetahui tentang risiko yang 29
  42. 42. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL dicadangkan, tanggungjawab memberitahu lebih diberatkan kepada insured, berbanding dengan insurer. Tanggungjawab ini ditakrifkan sebagai tugas untuk menyatakan dengan lengkap dan tepat semua fakta matan berkaitan dengan risiko yang dicadangkan, yang diketahui atau sepatutnya diketahui, samada ditanya atau tidak. 3.1.3.3 Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak Seksyen 150 Akta Insurans 1996 memberi penekanan terhadap tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak iaitu tanggungjawab memberitahu, khususnya dari pihak pencadang. Subseksyen 150(1) menyatakan sebelum sesuatu kontrak insurans berkuatkuasa, pencadang hendaklah memberitahu insurer perkara-perkara yang: a. dia ketahui adalah penting dan diambil kira dalam keputusan insurer samada untuk menerima risiko atau tidak dan kadar premium serta syarat-syarat yang akan dikenakan; atau b. seseorang yang waras akal fikiran dan didalam situasi demikian adalah difikirkan wajar ia mengetahui yang perkara tersebut adalah penting. Subseksyen 150(2) seterusnya menyatakan bahawa tanggungjawab memberitahu tidak memerlukan pencadang menyatakan perkara- perkara yang a. mengurangkan risiko kepada insurer; b. menjadi pengetahuan umum; c. insurer telah mengetahuinya atau sepanjang insurer melaksanakan tugasnya, insurer sepatutnya tahu; atau d. insurer memutuskan untuk menyisihkan atau tidak menggunakan keperluan untuk memberitahu. Subseksyen 150(3) menyatakan bahawa sekiranya pencadang gagal menjawab atau memberi keterangan yang tidak lengkap atau tidak berkaitan terhadap soalan-soalan yang terkandung dalam borang cadangan atau yang ditanya oleh insurer dan perkara tersebut tidak disusuli tindakan selanjutnya oleh pihak insurer; maka pematuhan terhadap tanggungjawab memberitahu fakta lengkap dianggap telah diketepikan oleh pihak insurer. Rujuk Bab 7 Seksyen G-7.6.2 mengenai pengetahuan dan kenyataan ejen insurans. 3.1.3.4 Fakta Matan Fakta Matan Harus Didedahkan oleh Insured Fakta matan ialah fakta penting yang boleh mempengaruhi keputusan pengunderait dalam menentukan penerimaan sesuatu risiko atau amaun premium yang dikenakan. Kematanan sesuatu fakta bergantung kepada bentuk perlindungan insurans yang dicadangkan. Sebagai contoh, pengambilan alkohol oleh pencadang adalah fakta matan bagi insurer motor atau kemalangan diri tetapi fakta ini tidak matan bagi insurer marin kargo. Kematanan sesuatu fakta juga bergantung kepada keadaan risiko yang dicadangkan. Sehubungan itu, fakta- fakta berkaitan penggunaan alkohol mungkin juga tidak penting sekiranya pencadang mempunyai pemandunya sendiri. 30
  43. 43. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL 3.1.3.5 Jangkamasa Tanggungjawab untuk Memberitahu Dibawah undang-undang lazim, pencadang dikehendaki memberitahu semua maklumat matan ketika dalam proses rundingan. Tanggungjawab memberitahu fakta matan ini berterusan sehingga kontrak insurans dikuatkuasakan. Dalam kontrak insurans am, tanggungjawab ini kerapkali dilanjutkan tempohnya sehingga melepasi tarikh kuatkuasa polisi. Perkara ini biasanya dinyatakan dalam syarat-syarat polisi atau melanjutkan tempoh waranti yang menghendaki insured memberitahu insurer tentang sebarang perubahan penting terhadap risikosepanjangtempohkuatkuasapolisi.Ketika kontrak insurans diperbaharui, tanggungjawab memberitahu ini dihidupkan semula kerana pembaharuan polisi merupakan pembentukan kontrak baru. Prinsip Penuh Percaya Mutlak telah dimungkiri apabila pencadang mengetahui atau dianggap mengetahui fakta-fakta matan tetapi; • Gagal memberitahu fakta matan, atau • Menyalah-nyatakan fakta matan. Apabila insured gagal memberitahu fakta matan, mengingkari tanggungjawab penuh percaya mutlak ini dikenali sebagai ‘ketidakdedahan’ atau ‘penyembunyian’, iaitu penipuan kerana ketidakdedahan; dan sekiranya ia menyalah-nyatakan fakta matan, pengengkaran ini dikenali sebagai salahnyata tidak sengaja atau salahnyata yang disengajakan. Apabila insured memungkiri tanggungjawab penuh percaya mutlak, kontrak insurans akan terbatal samada tindakan tersebut dibuat secara sengaja atau tidak. Sungguhpun demikian, penyembunyian atau salahnyata fakta secara sengaja membolehkan pihak insurer menyaman pihak terlibat. 3.1.4 Indemniti Prinsip Indemniti Menjelaskan … Kontrak insurans berjanji “akan membayar pampasan atas kerugian atau kerosakan yang diinsuranskan”. Janji ini adalah tertakluk kepada prinsip indemniti yang mana insurer dikehendaki mengembalikan insured kepada keadaan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian. Tujuan utama prinsip ini ialah untuk memastikan agar selepas gantirugi dibayar, insured tidak berada dalam keadaan kewangan yang lebih baik dari sebelum berlaku kerugian. Kesimpulan dari prinsip ini ialah insured tidak boleh menerima jumlah yang lebih besar dari amaun kerugian yang dialami, walaupun ia mungkin menerima jumlah yang kurang dari jumlah kerugian sebenar disebabkan batasan pada polisi seperti jumlah insurans yang rendah, penggunaan prinsip purata (average), had lebihan dan had tertentu. 31
  44. 44. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL 3.1.4.1 Kontrak Indemniti Kontrak insurans am adalah kontrak indemniti Kontrak insurans jenis ini merupakan kontrak dimanakepentinganbolehinsuransbolehdiukur, umpamanya kontrak insurans harta benda, pekuniari dan liabiliti. Apabila kepentingan boleh insurans tidak terbatas seperti insurans kemalangan diri yang melindungi nyawa sendiri, anggota badan dan anggota fizikal lainnya, maka prinsip indemniti tidak boleh digunakan. Kontrak Insurans Kemalangan Diri & Insurans Hayat Adalah Bukan Kontrak Indemniti. Sehubungan dengan itu, insurans kemalangan diri secara umumnya tidak dianggap sebagai kontrak indemniti. Atas alasan yang serupa, kontrak insurans hayat juga bukan kontrak indemniti. 3.1.4.2 Penilaian dan Cara Bayaran Indemniti Ukuran atau penilaian indemniti bergantung kepada bentuk dan keadaan insurans itu sendiri. Secara amnya, didalam insurans harta benda, indemniti bergantung kepada samada dalam bentuk kos penggantian ditolak susut nilai, atau nilai pasaran; sementara insurans liabiliti, indemniti dinilai mengikut amaun yang diputuskan oleh pihak mahkamah atau penyelesaian luar mahkamah bersama kos dan perbelanjaan yang dipersetujui. Indemniti dalam insurans pekuniari dinilai mengikut kerugian kewangan yang dialami oleh insured. Contohnya dalam insurans jaminan kesetiaan, indemniti diukur mengikut jumlah kerugian yang ditanggung akibat ketidakjujuran pekerja. Kaedahataucarabayaranindemnititermasuklah bayaran tunai, pembaikan, penggantian atau pengembalian semula. 3.1.5 Prinsip Subrogasi Prinsip subrogasi membolehkan insurer yang telah membayar indemniti kepada insured atas kerugian yang dialami, menggunakan hak insured untuk menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga. Prinsip subrogasi diperkenalkan bagi menghalang insured menerima amaun gantirugi lebih dari jumlah indemniti yang diterimanya apabila insured mempunyai dua atau lebih polisi yang sama untuk dibuat tuntutan. Contohnya, insured menginsuranskan suatu objek dengan nilai RM1,000.00 dan objek berkenaan mengalami kerosakan disebabkan kecuaian pihak ketiga. Tanpa subrogasi, insured boleh menuntut kerugian dari dua pihak iaitu daripada insurer dan pihak ketiga. Sekiranya insured berjaya membuat tuntutan gantirugi dari kedua-dua belah pihak, insured akan memperolehi RM2,000.00. Untuk mengelakkan insured meraih keuntungan dari kerugian yang dialami, insurer yang telah membayar gantirugi itu akan mengambil hak insured dibawah prinsip subrogasi dan berusaha memperolehi jumlah yang sama dari pihak ketiga yang cuai itu. Jadual 3.2 – Kelas Insurans dan Kaedah Indemniti 32
  45. 45. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL Subrogasi boleh dianggap sebagai turutan indemniti, iaitu akibat yang mengikuti selepas indemniti. Oleh kerana subrogasi terjadi selepas wujudnya indemniti, maka ia tidak boleh digunakan pada kontrak yang tidak ada indemniti. 3.1.5.1 Bagaimana Timbulnya Subrogasi Subrogasi boleh berlaku dengan cara-cara berikut: • Subrogasi melalui Tort Apabila berlaku tort, contohnya kecuaian yang dilakukan oleh pihak ketiga sehingga menyebabkan kerosakan atau kemusnahan harta benda yang dilindungi oleh insurans, insured berhak menerima bayaran indemniti dan juga hak menuntut kerugian dari pihak ketiga. Sekiranya insured menerima bayaran gantirugi dibawah polisi insuransnya, maka insurer mendapat hak subrogasi terhadap pihak ketiga di atas. Keadaan ini boleh dianggap sebagai subrogasi melalui tort. • Subrogasi melalui kontrak Dalam situasi lain, insured mungkin mengalami kerugian yang bukan sahaja dilindungi dibawah polisi insurans (contohnya polisi wang), tetapi ia juga dilindungi dibawah kontrak antara insured dan pihak ketiga, iaitu syarikat keselamatan yang membawa wang. Insured boleh membuat tuntutan kerugian samada dari pihak insurer atau pihak syarikat keselamatan. Sekiranya insured bercadang untuk menuntut bayaran gantirugi dari insurer, maka insurer boleh mengambil hak insured dan memperolehi jumlah ini dari pihak ketiga iaitu syarikat keselamatan. Keadaan ini boleh dinyatakan sebagai subrogasi melalui kontrak. • Subrogasi melalui Statut Kadangkala statut membenarkan seseorang itu menuntut bayaran kerugian dari pihak ketiga. Contohnya, Akta Rumah Tumpangan 1952 (Inkeepers Act1952) membenarkan penginap sesebuah hotel menuntut jumlah harga barangan yang hilang sewaktu dibawah penjagaan hotel tersebut. Andaikan beberapa barang milik penginap hotel telah hilang semasa dibawah jagaan pihak hotel. Barangan berharga ini dilindungi dibawah polisi insurans semua risiko yang dimiliki oleh penginap hotel. Sekiranya insured bercadang menuntut gantirugi dari insurer, maka insurer boleh mengambil hak insured dibawah statut untuk menuntut semula pampasan dari pihak hotel pula. Situasi ini dikenali sebagai subrogasi melalui statut. • Subrogasi melalui perkara pokok Apabila sesuatu harta benda yang dilindungi insurans telah musnah sepenuhnya, insurer biasanya akan membayar gantirugi sepenuhnya kepada insured. Selepas insurer membayar gantirugi tersebut, ia berhak mengambil hak insured untuk memperolehi baki yang tinggal dari perkara pokok insurans; atau lebih dikenali sebagai salvaj – menyelamatkan barang-barang. Apabila insurer mengambil alih tugas salvaj, ia dikatakan melaksanakan hak subrogasi yang timbul dari perkara pokok insurans. . 33
  46. 46. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL 3.1.5.2 Pindaan Terhadap Prinsip Subrogasi Tindakan Subrogasi Boleh Dilaksanakan Meskipun Gantirugi Belum Dibayar Kepada Insured Dalam kebanyakan kelas insurans am, prinsip subrogasi telah diubahsuai dan dinyatakan dalam syarat-syarat polisi yangmana ia membenarkan insurer melaksanakan tindakan subrogasi sebelum atau selepas indemniti dibayar kepada insured. Dengan lain perkataan, insurer boleh melaksanakan tindakan subrogasi walaupun indemniti belum lagi dibayar kepada insured. 3.1.6 Prinsip Sumbangan Apabila sesuatu kerugian itu dilindungi oleh dua atau lebih polisi insurans, prinsip sumbangan membenarkan insurer yang telah membayar indemniti, meminta insurer lain yang sama- sama menanggung risiko berkenaan supaya membuat sumbangan (bayaran) mengikut nisbah atau bahagian masing-masing. Prinsip sumbangan merupakan akibat turutan indemniti yang diperkenalkan bagi mengelakkan insured yang mempunyai dua atau lebih polisi melindungi kerugian yang sama dari menerima amaun indemniti lebih dari sepatutnya. 3.1.6.1 Syarat Perlaksanaan Prinsip Sumbangan Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi sebelum prinsip sumbangan boleh dilaksanakan: • Terdapat dua atau lebih polisi indemniti yang berkuatkuasa • Polisi-polisi berkenaan mestilah melindungi kepentingan yang sama • Polisi-polisi berkenaan mestilah melindungi peril yang sama yang mungkin menyebabkan kerugian • Kerugian yang dialami melibatkan perkara pokok yang sama dan dilindungi dibawah kesemua polisi berkenaan. 3.1.6.2 Pindaan Prinsip Sumbangan Perlaksanaan prinsip sumbangan boleh dipinda melalui syarat-syarat polisi. Didalam kebanyakan insurans am, syarat-syarat polisi biasanya menyatakan bahawa sekiranya wujud keperluan sumbangan maka insurer hanya perlu membayar kerugian mengikut kadar atau bahagian masing-masing. 3.1.7 Prinsip Sebab Hampiran 3.1.7.1 Kepentingan Prinsip Sebab Hampiran Beban membuktikan kerugian ditanggung oleh insured. Yang mana satukah diantara banyak sebab- sebab kerugian boleh dianggap sebagai sebab utama kerugian?. Sebab inilah yang dinamakan sebab hampiran. Apabila berlaku kerugian, insured dibebankan tanggungjawab untuk membuktikan bahawa tuntutan kerugian yang dikemukakannya adalah disebabkan peril yang dilindungi. Sekiranya kerugian itu berlaku berpunca dari satu sebab sahaja, tiada kesukaran yang timbul untuk menentukan liabiliti. 34
  47. 47. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL Insurer Tidak Bertanggungjawab Terhadap Peril Yang Tidak Dilindungi atau Peril Yang Dikecualikan. Insurer perlu menanggung kerugian yang disebabkan oleh peril yang dilindungi. Sebaliknya, insurer tidak bertanggungjawab terhadap peril yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan. Kerugian berlaku mungkin disebabkan oleh dua punca atau lebih, yang terjadi pada masa yang sama atau secara berturutan. Masaalah akan timbul apabila sebab-sebab berkenaan melibatkan peril yang dilindungi dan juga peril yang dikecualikan. Dalam situasi seperti ini, insured menghadapi kesukaran untuk menentukan punca sebenar kerugian. Untuk menyelesaikan masaalah ini, sistem perundangan telah mewujudkan doktrin sebab hampiran yang berpandukan kepada pepatahLatin“maximcausaproximanonremota spectator” yang bermaksud “tumpukan kepada sebab hampiran dan bukan sebab terpencil”. Oleh itu, sekiranya berlaku kerugian akibat daripada beberapa punca, perlu dikenalpasti sebab hampiran iaitu punca yang paling unggul atau efektif yang menyebabkan kerugian itu berlaku. Nota-nota penting: - Peril yang diinsuranskan ialah peril yang secara nyata dilindungi oleh polisi insurans. - Peril tidak diinsuranskan adalah peril yang tidak disebut didalam polisi dan oleh itu ia tidak dilindungi dibawah polisi, kecuali ia berlaku disebabkan peril yang diinsuranskan. Contoh peril tidak diinsuranskan dalam polisi kebakaran ialah asap dan kerosakan disebabkan air. - Peril yang dikecualikan adalah peril yang secara nyata dikeluarkan dari perlindungan polisi. 3.1.7.2 Aplikasi Doktrin Sebab Hampiran 3.1.7.2.1 Punca Serentak Apabila kerugian berlaku disebabkan oleh lebih dari dua peril dimana salah satu daripadanya adalah peril yang dilindungi, berlaku secara serentak dan kesannya dapat diasingkan, maka insurer bertanggungjawab atas kerugian yang disebabkan oleh peril yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, sekiranya kerugian tidak dapat diasingkan puncanya, insurer bertanggungjawab membayar sepenuhnya jumlah kerugian, dengan syarat ia tidak melibatkan peril yang dikecualikan. Apabila peril yang dikecualikan merupakan salah satu dari punca yang berlaku serentak, insurer bertanggungjawab keatas kerugian yang disebabkan oleh peril yang dilindungi, hanya apabila kerugian itu dapat diasingkan. Sekiranya kerugian itu tidak dapat diasingkan, insurer tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan. 35
  48. 48. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL Gambarajah 3.2 dibawah menjelaskan situasi yang dimaksudkan. Rajah 3.2 Liabiliti Insurer jika berlaku punca serentak 3.1.7.2.2 Rantaian Kejadian Apabilaterdapatrantaiankejadianatauperistiwa yang tidak terputus, insurer bertanggungjawab atas kerugian yang berlaku akibat peril pertama yang diinsuranskan, dengan syarat peril yang dikecualikan tidak mendahului peril yang diinsuranskan. Duacontohyangdiberikandibawahmenjelaskan tentang prinsip tersebut: 1. Contoh kejadian yang tidak melibatkan peril yang dikecualikan a. Sebuah bangunan dilindungi polisi insurans kebakaran – - berlaku litar pintas yang kemudiannya menyebabkan kebakaran. - anggota bomba yang dihubungi berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh satu jam. - bangunan dan barangan mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran dan juga kerosakan disebabkan oleh air. Sungguhpun litar pintas adalah peril yang tidak dilindungi tetapi ia adalah sebab hampiran yang mengakibatkan kerugian. Insurer bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku disebabkan secara langsung oleh kebakaran dan juga kerugian yang disebabkan oleh air yang digunakan oleh pihak bomba kerana kerosakan yang berlaku adalah sebab langsung kebakaran. b. Seorang pejalan kaki yang memiliki polisi insurans hayat telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika ia sedang menyeberang jalan. Insured mati ditempat kejadian. Kemalangan yang mengakibatkan kematian adalah sebab hampiran kepada kerugian/kematian dan insurer bertanggungjawab atas kerugian berkenaan. 36
  49. 49. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL 2. Contoh kejadian yang melibatkan peril yang dikecualikan a. Sebuah kedai motor dan stok barangan diinsuranskan dibawah polisi kebakaran. Tangki gas acetylene yang digunakan untuk kerja-kerja pengimpalan telah meletup dan menyebabkan kebakaran. Gas yang digunakan bagi tujuan komersial adalah peril terkecuali. Sekiranya letupan tangki gas (peril terkecuali) berlaku sebelum kebakaran (peril yang dilindungi), insurer tidak bertanggungjawab terhadap kerugian yang berlaku disebabkan kebakaran berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya letupan berlaku selepas kebakaran, insurer bertanggungjawab terhadap kerugian akibat kebakaran sebelum berlakunya letupan. b. Seorang pemilik polisi insurans hayat yang merasa tertekan telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari balkoni disebuah bangunan 10 tingkat. Insured mati ditempat kejadian. Kematian tersebut berlaku dalam tempoh setahun dari tarikh kuatkuasa polisi insurans hayat seumur hidupnya. Fasal bunuh diri yang tercatat dalam polisi merupakan peril yang dikecualikan dan oleh itu, insurer tidak boleh dibertanggungjawabkan. 3.1.7.2.3 Rantaian Kejadian Yang Terputus Apabila terdapat rantaian kejadian yang terputus, sebab hampiran kerugian ialah punca yang menyusuli kejadian terakhir. Contoh 1: Insured yang dilindungi dibawah polisi insurans kemalangan diri cuba menyeberangi sungai tetapi secara tidak sengaja insured terjatuh ke dalam sungai. Ketika di dalam sungai, insured diserang sakit jantung lalu lemas dan seterusnya meninggal dunia. Dalam kes ini, sebab hampiran ialah mati lemas dan bukannya sakit jantung kerana terdapat rantaian kejadian yang terputus diantara lemas dan sakit jantung dan mati. Insurer bertanggungjawab membayar tuntutan kematian. Contoh 2: Insured terlibat dalam satu kemalangan dan dimasukkan kehospital tetapi kemudiannya insured meninggal dunia akibat penyakit yang tiada kaitan dengan kemalangan. Dalam kes ini, insurer bertanggungjawab membayar manfaat atau faedah mingguan akibat kemalangan sahaja. Tiada bayaran pampasan kematian dibawah polisi insurans kemalangan diri kerana kematian disebabkan oleh peril yang dikecualikan iaitu penyakit. 3.2 TAKAFUL Didalam bab ini kita akan membincangkan suatu pilihan insurans selain dari insurans konvensional. Walaupun objektif menyediakan perlindungan dilihat mempunyai persamaan tetapi operasi pengendalian Takaful adalah berbeza dari insurans konvensional. 3.2.1 Pandangan Menyeluruh Tentang Takaful Manusia sentiasa terdedah kepada kemungkinan ditimpa bencana dan malapetaka yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung nasib malang dan kesengsaraan akibat kematian, kemusnahan harta benda, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya. Ajaran Islam menggalakkan keamanan, persaudaraan dan jaminan kestabilan ekonomi anggota masyarakat. Islam menggalakkan 37
  50. 50. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL umatnya sentiasa saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama. Apabila seseorang itu ditimpa kesusahan, anggota masyarakat lainnya diharap dapat membantu meringankan beban kewangan atau ketegangan emosi. Sikap tersebut menggambarkan fitrah kejadian manusia iaitu saling membantu dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi. Prinsip yang sama ini digunakan dalam insurans dimana sumbangan atau bantuan dari orang ramai diperlukan untuk membantu meringankan beban kerugian atau kesusahan yang ditanggung oleh segelintir anggota masyarakat. Konsep insurans ini secara amnya diterima pakai oleh para pakar perundangan Islam dan mengakui ia tidak bertentangan dengan Syariah Islam. Secara dasarnya, konsep insurans adalah seiring dengan sistem saling membantu dan menjamin antara satu sama lain. Apa itu Takaful? Takaful adalah alternatif kepada kontrak insurans masakini. Ia adalah satu skim insurans berasaskan prinsip saling membantu. Takaful ialah katanama bahasa Arab bagi perkataan “Kafala” yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Secara amnya Takaful bermaksud saling membantu dan bekerjasama dikalangan peserta bagi meringankan beban mereka yang memerlukan melalui dana yang disumbangkan oleh kumpulan peserta. Konsep Takaful telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W dimana orang-orang Muslim mendermakan sebahagian dari harta mereka ke dana yang ditadbir dibawah sistem “aqila” bagi tujuan membantu ahli-ahli komuniti yang terpaksa membayar pampasan “wang darah” (diyat) dalam situasi dimana seseorang itu telah mati dibunuh tanpa niat atau membayar wang tebusan untuk membebaskan tawanan perang. Elemen-elemen penting dalam Takaful Dalam kepercayaan Islam, konsep-konsep asas berikut mendasari perlaksanaan dan penerimaan sistem takaful: • Ketaatan – beriman dan beramal soleh. Seseorang itu bertanggungjawab kepada Allah atas segala perbuatannya dan kebahagiaan hidup di akhirat kelak bergantung kepada amalan yang dibuat di dunia. • Persaudaraan “ta’awun” atau saling membantu. Pemegang polisi bekerjasama dan saling membantu atas tujuan dan kebaikan bersama. • Kebajikan melalui tabarru’ atau derma. Setiap pemegang polisi bersetuju untuk memberi sumbangan (premium) bagi membantu mereka yang memerlukan. • Saling menjamin; dan • Operasi atau kendalian kerja secara berhemah dan bukannya bermotifkan untuk memaksimumkan keuntungan. Kerugian akan dikongsi bersama sementara keuntungan akan diagih- agihkan mengikut model takaful yang dipersetujui bersama. Prinsip saling membantu dalam takaful adalah berdasarkan dari nilai-nilai murni Islam iaitu: 1. Niat ikhlas yang ditunjukkan oleh para peserta (pemegang polisi) dan juga pengendali dana untuk membantu mereka yang memerlukan. 2. Mematuhi prinsip-prinsip Syariah dimana perniagaan dikendalikan secara telus mengikut prinsip penuh percaya mutlak, jujur, memberitahu sepenuhnya, amanah dan adil dalam setiap urusan serta menjauhi perkara-perkara yang dilarang. 38
  51. 51. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL 3.2.2 Pembentukan Syarikat Takaful Di Malaysia Malaysia dikenali sebagai model negara Islam yang berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk melaksanakan sistem ekonomi Islam, seiring dengan sistem ekonomi konvensional. Kesungguhan ini ditunjukkan melalui pengenalan produk kewangan Islam di Malaysia pada tahun 1980an iaitu dengan tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad, bank Islam yang pertama di Malaysia. Kejayaan yang dicapai melalui pengenalan bank Islam ini telah membuka laluan kepada pengenalan lain-lain produk kewangan Islam dipasaran tempatan. Pembentukan syarikat-syarikat takaful adalah antara aspirasi kerajaan untuk membangunkan sistem kewangan secara Islam di Malaysia. Syarikat-syarikat takaful memainkan peranan yang penting dalam menyediakan produk dan perkhidmatan insurans berlandaskan sistem operasi yang mematuhi undang-undang Islam atau Syariah. Akta Takaful 1984 yang diluluskan oleh Parlimen pada November 15, 1984 adalah enakmen undang-undang yang mengawal operasi perniagaan takaful di Malaysia serta pematuhannya terhadap prinsip-prinsip Syariah. Syarikat takaful pertama di Malaysia iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah memulakan operasinya pada tahun 1984. Operasi perniagaan takaful dikawal dan diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 1988 dengan perlantikan Gabenor BNM sebagai Ketua Pengarah Takaful. 3.2.3 Akta Takaful 1984 Akta Takaful 1984 adalah sumber perundangan takaful di Malaysia. Akta Insurans 1963 menjadi asas kepada Akta Takaful 1984. Akta Takaful 1984 terbahagi kepada empat bahagian: Bahagian I : menyatakan tentang tafsiran, klasifikasi dan rujukan perniagaan takaful. Perniagaan takaful dibahagikan kepada dua kategori utama: takaful am dan takaful keluarga. Mereka yang menyertai pelan-pelan berkenaan dikenali sebagai peserta takaful. Mana-mana skim persaraan pekerja yang membayar faedah persaraan, kematian atau hilang upaya tidak dianggap sebagai perniagaan takaful. Bahagian II : menerangkan tentang kaedah dan pengendalian perniagaan takaful seperti: pembatasan dalam penggunaan perkataan “takaful”, syarat- syarat pendaftaran, pembatasan keatas pengendali takaful, penubuhan dan penyelenggaraan dana takaful serta peruntukan surplus, penubuhan dan penyelenggaraan dana skim jaminan takaful, keperluan berkaitan perniagaan takaful dan lain-lain keperluan dalam mengendali perniagaan takaful. Bahagian III: memperincikan bidang kuasa BNM dan perlantikan Gabenor BNM sebagai Ketua Pengarah Takaful untuk mengawasi operasi perniagaan takaful, kuasa BNM untuk menjalankan siasatan serta peruntukan pembubaran dan pemindahan perniagaan pengendali takaful. Bahagian IV: memperuntukkan hal-hal berkaitan pentadbiran dan penguatkuasaan perkara-perkara melibatkan indemniti, penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan, pengengkaran dan sabitan pengengkaran. 3.3 MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH Salah satu ciri-ciri penting dalam Akta Takaful 1984 yang tidak terdapat dalam akta insurans konvensional ialah peruntukanArtikel Persatuan 39
  52. 52. BAB 3 - PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS DAN PENGENALAN TAKAFUL pengendali-pengendali takaful bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah atau Lembaga Pengawasan Syariah. Fungsi majlis ini ialah untuk memberi nasihat kepada syarikat pengendali takaful mengenai operasi kendalian perniagaan, agar syarikat tidak terlibat dalam mana-mana elemen atau perkara yang tidak mendapat kelulusan majlis. Anggota majlis terdiri dari cendiakawan Islam / para ulamak yang mahir dalam perundangan syariah. Majlis tidak terlibat secara langsung dalam kumpulanpengurusansyarikat.Tugasahlimajlis ialah untuk menentukan yang aktiviti-aktiviti perniagaan syarikat dilaksanakan mengikut keperluan Syariah. Juru Audit syarikat perlu memastikan yang keputusan majlis dipatuhi sepenuhnya. Keputusan yang dibuat oleh ahli majlis hendaklah sentiasa mengikut peraturan Syura atau perundingan dan persetujuan bersama,danbukannyaberdasarkankeputusan majoriti. 3.4 TAKAFUL DAN INSURANS Insurans jika dilihat dari perspektif konsepnya adalah tidak bertentangan dengan amalan dan keperluan Syariah. Walau bagaimanapun, para ulamak bersepakat dan mengambil ketetapan bahawa insurans konvensional yang berasaskan urusan jual beli tidak menepati keperluan dan perundangan Syariah kerana urusniaga insurans melibatkan elemen-elemen berikut dalam aspek perjanjian jual beli, operasi kendalian dan juga aspek pelaburan: 1. Al-Gharar – ketidakpastian dalam kontrak insurans 2. Al-Maisir – perjudian sebagai akibat wujudnya ketidakpastian 3. Al-Riba – faedah atau bunga dalam aktiviti-aktiviti pelaburan. Bertentangan dengan sistem insurans konvensional, sistem takaful berlandaskan semangat saling bekerjasama dan tolong- menolong dimana peserta bersetuju membuat sumbangan kepada suatu dana yang dipersetujui bagi tujuan berkongsi tanggungjawab, saling menjamin, perlindungan dan memberi pertolongan dikalangan ahli kumpulan atau peserta-peserta takaful. Ia adalah permuafakatan dikalangan sekumpulan individu yang bersetuju untuk menanggung bersama kerugian atau kerosakan yang dialami oleh segelintir individu dikalangan mereka, melalui dana yang telah terkumpul. 3.5 PRINSIP-PRINSIP OPERASI TAKAFUL Operasiperniagaantakafulmenerapkan konsep takaful yang menggunakan konsep tabarru’ dan prinsip mudharabah. 3.5.1 Konsep Takaful Takaful adalah kaedah jaminan bersama dikalangan sekumpulan individu dalam satu skim untuk berkongsi beban kerugian kewangan luar jangka yang mungkin menimpa sebahagian dari mereka. Ia adalah skim yang berlandaskan prinsip perkongsian tanggungjawab, saling membantu dan bekerjasama. 3.5.2 Konsep Tabarru’ Tabarru’ bermaksud derma, pemberian atau sumbangan. Tabarru’ ialah persetujuan (aqad) peserta untuk menghulur derma, sebahagian tertentu sumbangan takaful yang ia setuju atau berjanji untuk membayar, membolehkannya melaksanakan kewajipan saling membantu dan menjamin sekiranya terdapat mana-mana peserta yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Konsep tabarru’ menghapuskan elemen ketidakpastian dalam kontrak takaful. 40

×