SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 23
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PEMBENTANG:
DR. AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS
CIK NIK AFIFAH NIK MUSTAFA
2.00 PM- 3.15 PM
11 APRIL 2013
Tajuk: Sejarah Perkembangan Bandar
Kuala Lumpur
 Pengenalan - Kepentingan Memahami Sejarah Bandar
 Bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanya
 Faktor Kewujudan Bandar Kuala Lumpur
 Faktor kepesatan Bandar Kuala lumpur
 Pintasan Perkembangan Kuala Lumpur di era 20-an dan 30-an
Ringkasan Tugasan Pelajar
KANDUNGAN
SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013
KUALA LUMPUR
Jika di era awal pertumbuhannya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi
dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya lebih diserikan dengan
bagunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat
penempatan penduduk. Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui
mercu tanda-mercu tanda hebat seperti Menara berkembar Petronas 88
tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia
dan Menara Kuala Lumpur. Keunggulan Kuala Lumpur sebagai pusat
perdagangan telah mula berkembang sejak usaha perlombongan bijih pada
tahun 1857. Rentetan dari itu, Kuala Lumpur telah membangun secara
perlahan-lahan sehingga mencapai taraf yang ada sekarang ini dengan
terbentuknya Wilayah Persekutuan. Kepesatan ekonomi di kawasan
perlombongan yang menjadi lubuk rezeki telah menarik minat masyarakat
sekeliling untuk berhijrah ke sini. Jelas terbukti, penghijrahan penduduk
yang menghuni banda raya ini terus meningkat tahun demi tahun.
SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013
1. Menerangkan kepentingan memahami sejarah
Bandar.
2. Menghuraikan proses pembentukan Bandar
Kuala Lumpur.
3. Menggunakan kerangka kronologi untuk
menyusun atur peristiwa dan perkembangan
pembentukan Bandar Kuala Lumpur.
4. Membuat interpretasi tersendiri mengenai elemen-
elemen yang meransangkan perkembangan Bandar
Kuala Lumpur.
Standard Pencapaian
Pelajar
SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013
PELAJAR DAPAT MENJELASKAN MENGAPA PENTING MEMAHAMI SEJARAH BANDAR
KERANA FUNGSINYA:
 Bandar merupakan suatu lokasi yang sangat penting di daerah kediaman anda, di
peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. Bandar penting kerana ia mempunyai
fungsi yang khusus. Sama ada di peringkat daerah sehinggalah ke peringkat nasional,
peranan bandar mencakupi fungsinya sebagai pusat pentadbiran, pusat perkembangan
ekonomi dan sosial.
 Disebabkan fungsi-fungsi tersebut, lokasi ini menjadi tarikan penting. Ini menyebabkan
bandar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dalam sesuatu kawasan sama ada di
peringkat daerah mahupun di peringkat nasional. Dengan kata lain, memahami bandar
anda, anda akan memahami perkembangan tokoh-tokoh penting di tempat anda seperti
pihak yang berkuasa ataupun pemimpin-pemimpin di tempat anda. Ini disebabkan para
pemimpin atau pihak yang memegang kuasa tinggal di pusat-pusat pentadbiran yang
terletak di bandar-bandar utama.
 Sebagai pusat perkembangan ekonomi dan sosial, bandar menjadi tumpuan orang ramai
bagi kegiatan-kegiatan perniagaan, mencari peluang pekerjaan, menyambung pendidikan
di peringkat yang lebih tinggi serta mendapatkan rawatan-rawatan kesihatan. Jelasnya,
dengan memahami sejarah bandar di tempat anda, anda akan memahami bagaimana
fungsi-fungsi tersebut berkembang.
Memandangkan bandar merupakan pusat bagi kegiatan
masyarakat, menyebabkan lokasi ini terdedah luas untuk
segala jenis pembaharuan dan perubahan. Setiap
perkembangan dalam teknologi, kesusateraan, arkitektual,
intelektual, kesihatan dan segala bentuk permodenan akan
bermula di bandar. Dari sini, unsur-unsur baru tersebut
akan tersebar di kawasan-kawasan sekitarnya. Untuk itu,
bagi memahami bagaimana sesebuah masyarakat itu
mengalami perubahan dan kemajuan, medan kajiannya
seharuslah bermula di bandar.
SEGALANYA BERMULA DISINI:
PELAJAR DAPAT MENYATAKAN BAGAIMANA KUALA LUMPUR MENDAPAT NAMANYA
 Sehingga tahun 1990, J.M. Gullick, orang yang banyak menulis tentang sejarah Kuala
Lumpur, dalam artikelnya “The Growth of Kuala Lumpur and of the Malay Community in
Selangor Before 1880” masih menyatakan bahawa nama itu merupakan suatu teka-teki.
Ini disebabkan tidak ada sumber secara langsung atau tidak langsung yang dapat
meyakinkan beliau tentang asal-usul nama Kuala Lumpur. Namun begitu, dalam tulisan
Gullick yang lebih awal, iaitu Kuala Lumpur 1880-1895: A City in The Making, yang
diterbitkan pada tahun 1988, ada mengemukakan teori tentang asal-usul nama Kuala
Lumpur.
 Teori pertama memperlihatkan penyelewengan daripada nama asalnya iaitu “Pangkalan
Lumpur” menjadi “Kalan Lumpur” dan akhirnya Kuala Lumpur. Manakala teori kedua
menggunakan sungai Lumpur sebagai rujukan terhampir. Namun sungai lumpur yang
dikatakan itu tidak wujud sekarang.
 Jonh Anderson dalam bukunya Considerations Relative to the Malayan Peninsular and the
British Settlementts in the Straits of Malacca pada tahun 1824 ada mencatatkan mengenai
perkampungan di tebing sungai Kelang. Menurutnya, Di semua perkampungan itu, bijih
timah boleh diperoleh tetapi yang terbanyak adalah di Lumpur yang mana di situ tidak
ada orang yang mendiaminya.
Berdasarkan keterangan Anderson ini, Gullick membuat kesimpulan bahawa
Kuala Lumpur terletak di utara Batu Caves iaitu di kawasan sungai Tuar; tetapi
kini tidak dapat dikesan. Khoo Kay Kim dalam bukunya “Negeri-negeri Melayu
Pantai Barat, 1850-1873”, ada melakarkan sebuah peta yang menunjukkan
kedudukan sungai Lumpur; malah kedudukan itu sememangnya adalah Sungai
Gombak. Memang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu menamakan sesuatu
tempat mengikut nama sebatang sungai tetapi jarang sekali ditemui sebatang
sungai itu mempunyai dua nama seperti sungai Gombak dan sungai Lumpur ini.
Satu lagi teori yang cukup menarik ialah teori yang dikemukakan oleh Pao-Chun
dalam bukunya Urban Landscape of Kuala Lumpur, A Geographical Survey yang
diterbitkan pada tahun 1967. Namun begitu, teori ini kurang meyakinkan kerana
tidak disokong dengan bukti-bukti yang konkrit. Bagi Pao, nama Kuala Lumpur
itu adalah nukilan pentadbir British iaitu kombinasi antara dua sebutan. ‘Kuala’
dari istilah Melayu untuk muara sungai dan ‘lumpur’ yang mempunyai akarnya
dari sebutan Cina iaitu lampa. Menurut Pao, istilah Kuala digunakan kerana
tempat ini dahulunya dikenali sebagai Kuala Gombak. Untuk perkataan ‘lumpur’
pula, Pao melihatnya dari sudut linguistik Cina. Lumpur dikatakan selewengan
sebutan daripada kata asal ‘lampa’ yang bererti hutan yang dibanjiri air.
PELAJAR DAPAT MERUMUSKAN
BAGAIMANA BANDAR KUALA LUMPUR
BOLEH WUJUD
Terdapat dua faktor penting yang
menyebabkan bandar Kuala Lumpur
boleh wujud:
 Meskipun Anderson mencatatkan sudah ada kegiatan perlombongan
seawal tahun 1824, namun aktiviti perlombongan ini hanya berlaku
secara kecil-kecilan. Mulai pertengahan abad ke-19, kegiatan
perlombongan di sekitar Kuala Lumpur memperlihatkan
perkembangan yang lebih memberansangkan akibat permintaan yang
meningkat dari Negeri-negeri Selat. Raja Abdullah, pembesar Selangor
yang diberi kuasa terhadap Sungai Klang, telah membawa 87 kuli Cina
untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Ampang pada tahun
1857. Apabila kegiatan perlombongan berkembang, ramai pedagang
Cina dari Lukut tertarik untuk datang ke Lembah Klang, khususnya di
penempatan yang menjadi depoh bagi lombong-lombong di Ampang
iaitu Kuala Lumpur.
 Perkembangan kegiatan perlombongan telah menyebabkan kewujudan
dan perkembangan penempatan di tebing kiri Sungai Klang
berhampiran dengan persimpangan Sungai Klang- Sungai Lumpur
(hari ini dikenali sebagai Sungai Gombak). Penempatan pada peringkat
awal perkembangan Kuala Lumpur terbahagi kepada dua. Orang
Melayu menduduki di sebelah utara manakala orang Cina pula di
sebelah selatan. Terdapat dua buah perkampungan Melayu yang utama
– Kampung Rawa (letaknya lebih kurang di tapak ibu pejabat Bank
Bumiputera dan jalan Melaka- hari ini) dan Kampung Jawa (lebih
kurang letaknya di tapak Masjid Jamek sekarang). Penduduk Melayu
Kuala Lumpur terdiri daripada beberapa kumpulan yang berlainan-
Bugis, Rawa, Jawa, Mendeling, Minangkabau, Batu Bahara dan
Kampar. Ketua bagi semua penduduk Melayu itu bergelar Dato
Dagang.
1. Perlombongan
bijih timah
2.Perkembangan
penduduk
Sultan Puasa seorang yang berketurunan Mendeling, merupakan seorang pemimpin yang
berpengaruh dan beliau mempunyai hubungan perniagaan yang rapat dengan pedagang-
pedagang Cina. Beliau telah memujuk pedagang Cina yang pertama, Hiu Siew, dari suku Fui
Chiu Hakka- datang ke Kuala Lumpur. Hiew Siew tinggal di Lukut. Dia dipercayai telah
datang ke Kuala Lumpur pada lewat tahun 1850-an. Bijih timah dikatakan telah dieksport
buat pertama kalinya pada tahun 1859, tetapi perlombongan bijih timah tidak
mendatangkan keuntungan sehinggalah tahun 1863.
Sebelum Hiu Siew meninggal dunia pada tahun 1862, dia telah dilantik sebagai Kapitan
Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Perlantikan ini jelas menunjukkan bahawa penduduk
Cina di Kuala Lumpur telah mencapai suatu bilangan yang besar dan sudah sewajarnya
ditadbir secara langsung oleh ketua mereka sendiri. Walau bagaimanapun ketua kaum Cina
ini bertanggungjawab terhadap Raja Abdullah sebagai pentadbir Lembah Klang.
Pengganti Hiu Siew sebagai kapitan Cina ialah Liew Ngim Kong. Seperti mana Hiu Siew,
Liew Ngim Kong juga telah tinggal di Lukut sebelum datang ke Kuala Lumpur. Liu Ngim
Konglah yang meminta Yap Ah Loy, yang ketika itu bekerja di Sungai Ujong datang ke
Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Yap Ah Loy cepat memperolehi kekayaan dan pengaruh.
Liu Ngim Kong meninggal dunia pada akhir 1868 dan Yap Ah Loy menggantikannya
sebagai kapitan Cina. Sebelum Yap Ah Loy dilantik sebagai kapitan Cina, dikatakan pusat
keagamaan orang Cina (Tsen Ta) telahpun dibina pada tahun 1864. Ini menunjukkan
petanda bahawa komuniti Cina semakin besar.
 Menurut Gullick dalam tulisannya The Growth of Kuala Lumpur and of The Malay Community in Selangor before 1880,
bentuk bandar Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Yap Ah Loy lebih dipengaruhi oleh faktor keperluan manusia dan
persekitaran.
 Perkaitan ini juga pernah digambarkan melalui kajian Pao-Chun Tsou. Dalam catatannya, Urban Landscape of Kuala
Lumpur: A Geographical Survey, Pao memberi gambaran mengenai Kuala Lumpur sebelum perang saudara (Perang saudara
di Selangor tercetus di antara tahun 1867-1872. Dua pihak yang terbabit dalam peperangan ini ialah Raja Mahdi dan
Tengku Kudin yang menjadi wizurai Selangor ketika itu. Peperangan telah merebak ke Kuala Lumpur apabila Yap Ah Loy
sendiri turut melibatkan diri di dalam kumpulan Tengku Kudin. Peperangan ini telah sekaligus menyebabkan Kuala
Lumpur hancur.) mengatakan:
 Haji Abdullah Hukum, sebagai tokoh yang menyaksikan sendiri perkembangan Kuala Lumpur ketika itu pernah
menggambarkan bahawa:
 Kuala Lumpur di masa itu sibuk cara zaman dahulu. Ada dua lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street sekarang
manakala Ampang Street atau Lorong Cheti yang ramai sekarang ini masih kolam ikan dipunyai oleh Al-Marhum Sultan
Puasa. Rumah-rumah kedai masa itu atap bertam, dinding pelupuh atau buluh dan orang yang berniaga di situ menjual
kain dan makanan semuanya orang-orang Melayu iaitu bangsa Rawa dan Mendahiling dan ketuaan masa itu adalah Sutan
Puasa dan Raja Bilah.
 Walaupun tarikh sebenar Haji Abdullah Hukum berada di Kuala Lumpur tidak dapat dipastikan, namun keterangan yang
diberikannya menunjukkan bahawa dia telah berada di Kuala Lumpur sebelum perang saudara merebak.
 Keadaan Kuala Lumpur masa itu masih hutan melainkan dua lorong sebagaimana sebutan yang terdahulu. China ada
sedikit-sedikit berternak babi di Pudu Road sekarang dan ada sebuah sungai kecil lalu di tengah-tengah jalan yang
bernama Foch Avenue sekarang. Ketuaan China masa itu Kapitan Keledek, namanya Asi.
The same topographical factors and human needs determined the shape of the town after as much as before the civil war.
Before the Civil War, Kuala Lumpur was a little town rectangular in shape, about 20 acres in size, with six man streets:
Market Street, Cross Street, Java Street (former Kampong Rawa), Old Market, Ampang Street and High Street. The
former three are more or less latitudinal in direction, and the latter three are more or less longitudinal. The business center
was then at Old Market.
 Walau bagaimanapun perkembangan Kuala Lumpur tidak berterusan apabila tercetusnya perang saudara antara tahun 1867-
1872. Perang yang dimasyurkan sebagai Perang Klang ini telah memusnahkan Kuala Lumpur.
 Selepas perang tamat, kegiatan perkembangan bandar Kuala Lumpur telah kembali pulih. Pemulihan ini dapat diperlihatkan
melalui gambaran Frank Swettenham (Residen Selangor) yang sangat mengagumi perkembangan tersebut. Menurut beliau:
 Dalam membuat perbandingan antara Perak dan Selangor, beliau masih sempat menyelitkan pandangannya mengenai Kuala
Lumpur.
 Dalam konteks ini, kesungguhan Yap Ah Loy memang jelas kerana apa yang dilihat oleh Swettenham itu adalah daya usaha
Yap Ah Loy untuk membangunkan bandar Kuala Lumpur bagi tempoh satu setengah tahun sahaja.
 Berdasarkan tulisan pemerhati-pemerhati Eropah yang menyaksikan perkembangan Kuala Lumpur pada era selepas perang
saudara, Kuala Lumpur 1875-1880 mengambil bentuknya di sekitar jalan-jalan utama. Tiga batang jalan utama yang
membentuk sempadan Kuala Lumpur ketika itu ialah Cross Street (Jalan Silang), Market Street (Lebuh Pasar), dan High
Street (Jalan H.S. Lee). Dengan Sungai Klang berada di sempadan Barat, Kuala Lumpur yang seolah-olah berbentuk segi
empat sama dengan sebuah lapangan di tengah-tengahnya yang dikenali sebagai Old Market Square. Di tengah-tengah
lapangan itu terdapat sebuah pasar besar dan pajak judi kepunyaan Yap Ah Loy. Rumah Yap Ah Loy yang kelihatan mewah
jika dibandingkan dengan rumah-rumah yang lain, terletak di sebelah selatan Market Street menghadap ke pasar besar
tersebut.
By far the best mining village I have seen, the streets wide and excellently arranged, the shops most substantial,
and the Captain China’s house would be no disgrace to Singapore. There is nothing like it in Laroot. The town is
divided into a Chinese Quarter and a Malay Quarter in the form in the margin, the Chinese near their Captain and
the Malays at the further end of the town. (dalam tulisan P.L. Burns dan C.D. Cowan, Swettenham’s Malayan
Journals 1877-1979)
Is perhaps the best built village and has the most flourishing appearance of any in the Peninsular.
Bandar Kuala Lumpur bertambah pesat
kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor
penting.
1.Pemindahan pusat pentadbiran
 Kuala Lumpur terus mengalami kepesatan dalam
perkembangan pembandarannya apabila pihak British
memindahkan pusat pentadbiran dari Kelang ke Kuala
Lumpur pada tahun 1880 kerana didapati lokasi ini jauh
lebih strategik. Perpindahan ini dilaksanakan bertujuan
untuk memesatkan kawasan bandar. Walaupun
perpindahan pusat pentadbiran negeri secara rasmi
berlaku pada tahun 1880, ini tidak bermakna
perkembangan Kuala Lumpur khususnya dalam hal
kendalian bandar sebelum tahun 1880 tidak mendapat
perhatian dari pentadbiran di Kelang.
 Kuala Lumpur pada tahun 1880 tidak lebih dari sebuah
pekan kecil; jika diukur dari tanggapan masa kini.
Sebenarnya dengan anggapan penduduk seramai 2,260
orang, pekan kecil ini yang dibebani dengan pelbagai
fungsi, sememangnya mempunyai kehebatan sebagai
sebuah Bandar utama di Selangor pada ketika itu.
1.Pemindahan pusat
pentadbiran
2.Perkembangan
rangkaian
perhubungan
Pelajar Dapat Menganalisis Bagaimana
Kuala Lumpur dari Sebuah Pekan Kecil
Menjadi Bandar Yang Semakin Pesat
 Satu faktor penting yang memperlihatkan kepada berlakunya pertambahan pesat bandar Kuala Lumpur ialah kawalan
kesihatan yang dilaksanakan. Di era Yap Ah Loy, didapati kawalan kesihatan kurang diberi perhatian. Peranannya juga
didapati kurang jelas, sama ada beliau menggunakan cara kerahan tenaga bagi penjagaan kebersihan di sekitar kawasannya,
tidak dapat dipastikan. Dari laporan sumber semasa seperti Hornaday dan Douglas, dapat disimpulkan semacam adanya
tanda-tanda kendalian kebersihan walaupun dalam bentuk yang terhad. Umpamanya, Hornaday semasa berada di Kuala
Lumpur pada tahun 1878 menyatakan bahawa jalan-jalan pada waktu itu dijaga dengan baik.
 Semasa lawatan Douglas pada tahun 1876 dan kali keduanya mengiringi Sultan pada tahun 1879, di samping memuji
persediaan yang dibuat, ada mengadu bahawa kadangkalanya terdapat bau busuk, kemungkinan dari kandang babi ataupun
dari tapak pasar. Keadaan ini disebabkan rumah Yap Ah Loy sememangnya berdekatan dengan tapak pasar dan kandang babi
yang terletak di tebing sungai. Namun begitu apabila Kuala Lumpur terdedah kepada tindakbalas demografi yang drastik
akibat boom ekonomi, suasana sekitar menjadi tidak terurus.
 Yap Ah Loy dikatakan ada membina sebuah rumah sakit di High Street. Sir Frank Swettenham (Residen Selangor) semasa
melawat Kuala Lumpur pada tahun 1879, menggunakan istilah asylum bagi rumah sakit tersebut. Rumah sakit ini dibiayai
melalui hasil cukai setiap ekor babi yang disembelih di Kuala Lumpur.
Jaminan
Keselamatan
William T.
Hornaday
Seorang ahli
Entomologi dari
Amerika Syarikat
•Setelah pihak British memindahkan pusat pentadbiran dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880, kawalan
kesihatan mula dititikberatkan kerana pihaknya akan mentadbir kawasan tersebut. Pada peringkat awal pentadbiran
British, khidmat-khidmat kesihatan lebih tertumpu kepada masyarakat Eropah yang terdiri daripada kakitangan
pentadbiran dan juga untuk mereka yang bertugas dalam pasukan keselamatan. Semasa ibu pejabat pentadbiran British
bertempat di Klang, terdapat sebuah hospital (rumah papan) yang berkedudukan berhampiran dengan kediaman
Residen. Hospital ini mengandungi sepuluh buah katil dan seorang appotucary yang ditugaskan disitu. Kemudian apabila
ibu pejabat pentadbirannya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880, hospital di Kelang itu telah ditutup dan
sebuah hospital yang baru telah dibuka di Kuala Lumpur.
•Pada tahun 1883, terdapat dua buah hospital milik kerajaan. Satunya adalah Hospital Besar Kuala Lumpur yang
majoriti pesakitnya terdiri daripada orang-orang Eropah. Keduanya adalah Pauper Hospital yang dikhaskan untuk
orang-orang miskin seperti buruh-buruh lombong. Selain daripada itu, pihak penjara juga mempunyai perkhidmatan
perubatannya sendiri.
•Walaupun dari masa ke semasa, Dr. Sinclair cuba memperbaiki perkhidmatan kesihatan di Kuala Lumpur, kadar
kematian di hospital tidak berkurangan malah meningkat. Sinclair secara terus-menerus melemparkan tuduhan kepada
faktor-faktor luaran seperti kelewatan pesakit datang ke hospital, kadar kemasukan imigran baru yang tinggi, pihak polis
yang memaksa kematian berlaku di hospital daripada di tepi-tepi jalan, majikan lombong yang takutkan sekiranya pihak
berkuasa menemui kes kematian di tempat mereka dan juga sikap orang-orang Cina yang menjadikan hospital sebagai
death houses bukan sahaja untuk mendapatkan keranda percuma tetapi juga untuk mengelakkan kepercayaan sial jika
kematian berlaku di rumah.
•Kuala Lumpur juga menjadi sebuah pusat penyelidikan perubatan yang penting apabila pada tahun 1900, Dr. Hamilton
Wright, telah diundang datang ke Tanah Melayu untuk membuat penyelidikan. Beliau datang ke Kuala Lumpur untuk
menyiasat penyakit beri-beri dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Malaria bagi Persatuan Diraja. Pada mulanya
Frank Swettenham bercadang untuk membina sebuah bangunan kecil bagi menjalankan penyelidikan tetapi Dr. Wright
telah meyakinkannya tentang kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh daripada penubuhan sebuah institut yang
mencukupi alat kelengkapannya. Maka lahirlah Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.
 Melalui satu persidangan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang kedua pada 27 Jun 1877, Douglas mencadangkan
penubuhan sebuah majlis perbandaran untuk mentadbir Kuala Lumpur yang mana tugas-tugas pengendalian
kebersihan lebih efisyen dan terpelihara. –kotak: Cadangan itu terpaksa ditangguh kerana memerlukan satu penilaian
yang berterusan seperti mendapatkan reaksi penduduk dan persetujuan dari pelbagai pihak termasuk penduduk Kuala
Lumpur
 Walau bagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan majlis perbandaran ini menemui jalan buntu apabila Douglas
meletakkan jawatan pada Ogos 1882. Cadangan ini tidak diteruskan oleh Sir Frank Swettenham. Sebaik sahaja
Swettenham memulakan tugasnya sebagai Residen, beliau telah mengerahkan supaya kerja-kerja pembersihan bandar
dijalankan. Bagi tujuan ini, sekumpulan kuli-kuli Cina telah diupah untuk mengangkut sampah-sarap yang bertimbun
di tepi-tepi jalan ke tempat yang ditentukan dan kemudiannya sampah sarap itu sama ada ditanam atau dibakar. Di
samping itu kuli-kuli juga dikerah untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat dan juga jalan-jalan utama
di sekitar dan di dalam bandar. Kerja-kerja scavenging ini mengambil masa beberapa hari dan memaksa Pegawai
Perubatan bekerja keras untuk mengawasi kerja-kerja itu dijalankan mengikut arahan. Tugas bagi memastikan
kebersihan bandar pada ketika itu dibebankan ke atas tanggungjawab Pegawai Perubatan. Namun untuk meringankan
beban tugas, pada tahun 1883, tugas pengawasan kebersihan bandar dijalankan dengan kerjasama Penguasa Polis.
 Pada tahun 1885, satu undang-undang menyeluruh mengenai pemeliharaan kebersihan Bandar telah dikuatkuasakan.
Ini merupakan undang-undang pertama mengenai kawalan kebersihan bandar yang pernah diluluskan oleh Gabenor
sejak British berada di Kuala Lumpur. Undang-undang ini memberi kuasa kepada Inspektor Nuisances (satu jawatan
baru) bagi menjalankan tugas-tugas pemeriksaan kebersihan di dalam bandar dan beliau bertanggungjawab kepada
Residency Surgeon. Undang-undang kawalan kebersihan bandar ini meliputi soal-soal kebersihan jalan, kaki lima dan
longkang, kebersihan dan pembinaan bangunan, pembuangan najis manusia dan binatang serta bidang kuasa Inspektor
Nuisances.
Kawalan
Kesihatan
Awam
Satu aspek yang turut diberi perhatian serius oleh pihak penguasa tempatan Kuala Lumpur ialah
penyeliaan dan penyelenggaraan pasar. Pada era Yap Ah Loy sebagai kapitan, pasar merupakan pusat yang
sangat penting dengan pelbagai peranan. Pada siang hari, pasar merupakan tempat berjual beli dan sebelah
malamnya pula bertukar menjadi pusat hiburan
Kepentingan peranan pasar ini dapat dilihat apabila aktiviti harian dan pembinaan bangunan berlaku di
sekitar pasar sehingga membentuk suatu Mandela yang bersegi empat. Namun semasa di bawah pentadbiran
Swettenham, peranan pasar telah diubah. Swettenham mengambil masa selama tiga tahun untuk melakukan
perubahan di sekitar kawasan pasar besar. Ini disebabkan setiap pemilikan harta di sekitar kawasan ini
berkait langsung dengan Yap Ah Loy.
Pada tahun 1885, kerajaan mengambil alih pasar besar itu dan memindahkannya ke tempat baru iaitu
Pasar Budaya sekarang. Yap Ah Loy juga dinasihatkan supaya memindahkan pajak judinya ke Cross Street
dan Pudoh Road. Perancangan sebegini dapat mengurangkan kesesakan dan kesibukan di sekitar Old Market
Square itu.
Pasar juga berfungsi sebagai tempat kawalan bekalan bahan makanan termasuklah kuantiti, kualiti dan
harga. British mengawal pasar dengan membuat peraturan dimana pasar ialah pusat pasar dan 50 ela di
sekeliling pasar dan kedai hanya boleh menjual barangan runcit yang kering sahaja. Pada tahun 1890, Kuala
Lumpur mempunyai tiga buah pasar iaitu Pasar Besar Kuala Lumpur, Pasar Pudoh dan Pasar Jawa Street;
jumlah ini meningkat kepada lapan buah pada tahun 1914. Menjelang tahun 1914, terdapat lapan buah pasar
awam yang diletakkan di bawah kelolaan SBKL. Pasar utama ialah Pasar Besar Kuala Lumpur, pasar-pasar
lain adalah Pasar Pudoh, Pasar Batu Road (Jalan Tunku Abdul Rahman), Pasar Ampang, Pasar Setapak,
Pasar Sungai Besi, Pasar Sentul dan Pasar Kepong.
2.Perkembangan Rangkaian Perhubungan
 Perubahan dalam sistem pengangkutan ini diberi tumpuan kepada perkembangan keretapi dan jalan raya
terutamanya di NNM. Pembinaan jalan raya juga telah berlaku dimana buat pertama kalinya jalan-jalan dibandar
Kuala Lumpur telah dibina dengan menggunakan kaedah tar MacAdam dan Jalan Ampang yang tidak pernah
terhenti dari kesibukan lalu lintas sejak tahun 1890 merupakan jalan yang pertama mengunakan kaedah ini. (1,300 ela
(1,188.72 Meter). Pembinaan jalan raya ini telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat di Kuala Lumpur pada
masa itu.
 Kepesatan Kuala Lumpur semakin dirangsang apabila jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang siap dibina pada
tahun 1886. Sebelum ini perjalanan ke Kelang dari Kuala Lumpur mengambil masa tiga hari. Pengenalan sistem
keretapi ini telah memendekkan perjalanan dari Kelang ke Kuala Lumpur dalam hanya 45 minit sahaja. Juga
dilaporkan, dengan kemudahan sedemikian, kemakmuran dagangan di Hulu Selangor telah beralih ke Kuala Lumpur.
Pedagang di Hulu Selangor tidak lagi menggunakan Sungai Selangor sebagai laluan dagangan, tetapi sanggup
menggunakan laluan darat dengan rombongan kereta lembu menuju ke Kuala Lumpur.
 Proses perbandarannya juga menjadi semakin pesat apabila Kuala Lumpur dirangkaikan dengan pusat-pusat
perlombongan di sekitarnya melalui jalan-jalan yang dibina. Pada tahun 1887, sebagai contoh, terdapat 46 buah
lombong yang besar di sekitar Kuala Lumpur telah dihubungkan ke Bandar ini.
 Pembinaan landasan keretapi ini telah menggalakkan masyarakat di Semenanjung untuk melakukan pergerakan dan
migrasi daripada kawasan pedalaman ke bandar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan masyarakat kerana kepesatan
ekonominya. Ini telah menggalakkan perkembangan bandar Kuala Lumpur.
 Pada tahun 1894, jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang (melewati Bukit Kuda) baru sahaja siap dibina. Motokar
tidak ada ketika itu. Setiap orang memiliki kuda dan kereta kuda. Kereta lembu dan lanca merupakan satu-satunya
pengangkutan yang ada. Basikal juga turut diperkenalkan pada tahun tersebut.
Pengangkutan
Awal
3. Sebagai Pusat Komersial
 Kuala Lumpur pada era 1880-an kembali dikunjungi dan penduduknya mula meningkat daripada
2000 orang pada tahun 1878 kepada 4000 orang pada tahun 1884
 Dalam gambaran yang ringkas, Kuala Lumpur mulai 1880-an merupakan pusat tumpuan yang
selamat dikunjungi dan didiami. Struktur Bandar Kuala Lumpur mulai berubah wajah daripada
deretan susunan rumah yang mudah ‘dijangkiti’ kebakaran kepada barisan rumah batu yang kukuh.
Pada tahun 1884 dilaporkan terdapat 234 buah rumah batu dan jumlahnya meningkat kepada 518
pada 1887.
 Kuala Lumpur tidak mungkin akan membangun memandangkan struktur mukabumi dan
sekitarnya merupakan satu masalah besar. Namun begitu, oleh kerana kemakmuran hasil timah,
Kuala Lumpur perlu dibangunkan dengan pelbagai bentuk tenaga. Perkembangan industri timah
dan kedatangan British sebagai pentadbir baru, mengajar penduduk Kuala Lumpur mengenal erti
kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran ini mulai kelihatan pada tahun 1880 apabila
penduduknya menjangkau seramai 2260 orang dan beban fungsinya semakin bertambah.
 Sama ada Yap Ah Loy, Douglas mahupun Swettenham, ketiga-tiganya tidak dapat menjawab
apabila perbandaran di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian. Bagi Yap Ah Loy, beliau mungkin
tidak sedar bahawa suasana di Kuala Lumpur berada pada zaman peralihan. Douglas sendiri penuh
dengan masalah. Swettenham pula lebih berminat kepada aspek-aspek ekonomi. Menjelang tahun
1890, penduduk Bandar Kuala Lumpur telah mencapai angka 19 000. Untuk mentadbir penduduk
seramai itu, ia memerlukan satu kaedah terbaru. Dengan kehadiran Maxwell sebagai Residen, bandar
Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah penguasa tempatan dengan tertubuhnya Sanitary Board
pada 30 Mei 1890.
 Pada 27 Mei 1890, sempadan Bandar Kuala Lumpur telah diisytiharkan. Buat
permulaan, sempadan itu hanya dalam lingkungan sembilan batu persegi
sahaja. Sejajar dengan pengisytiharan itu, penguasa tempatan bagi Bandar
Kuala Lumpur telah dibentuk. Menjelang tahun 1890, W.E. Maxwell selaku
Residen British di Selangor ketika itu telah menyedari tentang kepentingan
untuk meletakkan penjagaan hal ehwal pembandaran Kuala Lumpur di bawah
sebuah penguasa tempatan. Sehingga Perang Dunia Kedua, ia dikenali sebagai
Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL). –ditubuhkan pada 30 Mei 1890.
 Keanggotaannya terdiri daripada ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik
kerajaan. Lembaga ini bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar,
menyelia pembinaan rumah dan bangunan, menyelenggara perkhidmatan
pembetungan najis dan pembuangan sampah, menguruskan pasar dan rumah
penyembelihan, mengeluarkan lesen perniagaan, mengendalikan
perkhidmatan bekalan air serta penyelenggaraan lampu-lampu jalan. Dengan
kata lain, ciri-ciri dan peranan yang dipikul lembaga ini menepati sebuah
Penguasa Tempatan yang ada pada hari ini.
Sanitary Board
Kuala Lumpur
(SBKL)
Pintasan Perkembangan Kuala Lumpur di era 20-an dan 30-an
 Bagi memastikan pembangunan bandar dalam keadaan terancang dan berjalan lancar, pada tahun 1921,
seorang perancang bandar telah dilantik dengan rasminya. Tanggungjawabnya merangkumi pengurusan
sistem jalan raya, pelurusan sungai, pelebaran sungai dan langkah kebersihan. Pada tahun yang sama
juga, Jururancang Bandar pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilantik iaitu C.C Reeds.
Perlantikan beliau selaras dengan penubuhan Lembaga Penasihat mengenai perancangan bandar yang
kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
 Manakala pada tahun 1928, Kelab Rotary dan stadium pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Stadium ini terletak di persimpangan antara Jalan Circular dan Jalan Ampang (tapak plaza Yow Chuan
hari ini). Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, semua perlawanan bola sepak yang besar telah
diadakan di stadium tersebut.
 Pada tahun 1932, telah tertubuhnya Jabatan Pengairan dan Saliran di Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan
untuk membantu pembangunan sumber air dan pertanian
 Pada tahun 1939, Pelan pembangunan pertama untuk Kuala Lumpur ialah Pelan Bandar Am yang telah
disediakan untuk mengawal pembangunan bagi kawasan seluas 11 batu persegi. Pelan tersebut telah
dijadikan asas rujukan awal pembangunan sehingga 1964 walaupun pentadbiran bandar telah
berkembang sehingga 36 batu persegi.
 Seperkara yang harus menjadi ingatan di sini ialah harga bagi sebuah pembangunan itu, kadangkala
sememangnya tidak ternilai oleh wang ringgit kerana dalam proses mencapai kesejahteraan
penduduknya pelbagai cabaran perlu dihadapi. Oleh itu segala permasalahan yang dihadapi bukan
sahaja memerlukan tahap pemikiran dan teknologi yang tinggi tetapi bergantung kepada kecekapan
institusi dalam sistem sesebuah masyarakat.
KESIMPULAN
 Kuala Lumpur tidak mungkin akan membangun memandangkan struktur mukabumi dan
sekitarnya merupakan satu masalah besar. Namun begitu, oleh kerana kemakmuran hasil
timah, Kuala Lumpur perlu dibangunkan dengan pelbagai bentuk tenaga. Perkembangan
industri timah dan kedatangan British sebagai pentadbir baru, mengajar penduduk Kuala
Lumpur mengenal erti kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran ini mulai kelihatan pada
tahun 1880 apabila penduduknya menjangkau seramai 2260 orang dan beban fungsinya
semakin bertambah. Sama ada Yap Ah Loy, Douglas mahupun Swettenham, ketiga-tiganya
tidak dapat menjawab apabila perbandaran di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian. Bagi
Yap Ah Loy, beliau mungkin tidak sedar bahawa suasana di Kuala Lumpur berada pada zaman
peralihan. Douglas sendiri penuh dengan masalah. Swettenham pula lebih berminat kepada
aspek-aspek ekonomi. Menjelang tahun 1890, penduduk Bandar Kuala Lumpur telah mencapai
angka 19 000. Untuk mentadbir penduduk seramai itu, ia memerlukan satu kaedah terbaru.
Dengan kehadiran Maxwell sebagai Residen, bandar Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah
penguasa tempatan dengan tertubuhnya Sanitary Board pada 30 Mei 1890.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
Rema Reca
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Nooo ooo
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
Lim Willy
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
Durratun Dian
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
haralhaj
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
midiewahab
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomiPengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Nabila Halim
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
amiragee
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
zumiza84
 

Was ist angesagt? (20)

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistemAktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
 
Sistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersialSistem ekonomi komersial
Sistem ekonomi komersial
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
 
HUTAN DI MALAYSIA(GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 7)
HUTAN DI MALAYSIA(GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 7)HUTAN DI MALAYSIA(GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 7)
HUTAN DI MALAYSIA(GEOGRAFI TINGKATAN 3 BAB 7)
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomiPengaruh cuaca dan iklim  terhadap aktiviti ekonomi
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti ekonomi
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 
Langkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasiLangkah langkah mengatasi
Langkah langkah mengatasi
 

Andere mochten auch

Mindmap cloud computing
Mindmap cloud computingMindmap cloud computing
Mindmap cloud computing
duus21
 

Andere mochten auch (20)

Group 3-sentul-city
Group 3-sentul-cityGroup 3-sentul-city
Group 3-sentul-city
 
Mindmap cloud computing
Mindmap cloud computingMindmap cloud computing
Mindmap cloud computing
 
Kl A Brief History
Kl  A Brief HistoryKl  A Brief History
Kl A Brief History
 
Tengku kudin
Tengku kudinTengku kudin
Tengku kudin
 
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir MohammadHubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
 
TATA Housing New Heaven, Ahmedabad
TATA Housing New Heaven, AhmedabadTATA Housing New Heaven, Ahmedabad
TATA Housing New Heaven, Ahmedabad
 
5th Annual Township Development - Philippines
5th Annual Township Development - Philippines5th Annual Township Development - Philippines
5th Annual Township Development - Philippines
 
M&O Profile
M&O ProfileM&O Profile
M&O Profile
 
COMP APP 2A
COMP APP 2ACOMP APP 2A
COMP APP 2A
 
SENTUL
SENTULSENTUL
SENTUL
 
Pemandu Pelancong
Pemandu PelancongPemandu Pelancong
Pemandu Pelancong
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapan
 
Lmcp 1532 perancangan bandar mapan
Lmcp 1532 perancangan bandar mapanLmcp 1532 perancangan bandar mapan
Lmcp 1532 perancangan bandar mapan
 
Tugasan 5
Tugasan 5Tugasan 5
Tugasan 5
 
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala LumpurSejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
 
Kuala lumpur
Kuala lumpurKuala lumpur
Kuala lumpur
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Kuala Lumpur StructurePlan(2025)
Kuala Lumpur StructurePlan(2025)Kuala Lumpur StructurePlan(2025)
Kuala Lumpur StructurePlan(2025)
 
kepentingan sejarah
kepentingan sejarahkepentingan sejarah
kepentingan sejarah
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 

Ähnlich wie Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
FAZUAN MOHAMAD NOR
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
Zairol83
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zairol83
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Datoknye
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
Fara Dianna
 

Ähnlich wie Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur (20)

01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
Bandar anda
Bandar andaBandar anda
Bandar anda
 
Test abm
Test abmTest abm
Test abm
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 
Tugasan Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan Pembangunan Bandar MapanTugasan Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan Pembangunan Bandar Mapan
 
Lmcp 1532
Lmcp 1532Lmcp 1532
Lmcp 1532
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
 
Tingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjhTingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjh
 
Bangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di MalaysiaBangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di Malaysia
 
British mengeksploit ekonomi 2
British mengeksploit ekonomi 2British mengeksploit ekonomi 2
British mengeksploit ekonomi 2
 
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
Tugasan 2 ( PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN )
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPANLMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN
 
Cadangan memperbaharui bandar
Cadangan memperbaharui bandarCadangan memperbaharui bandar
Cadangan memperbaharui bandar
 
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan britishKekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
Kekayaan hasil bumi dorong campurtangan british
 
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan
Lmcp1532 pembangunan bandar mapanLmcp1532 pembangunan bandar mapan
Lmcp1532 pembangunan bandar mapan
 
Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, Selangor
Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, SelangorKebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, Selangor
Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, Selangor
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
 

Mehr von digitalsejarah

Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah
Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan SejarahKaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah
Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah
digitalsejarah
 

Mehr von digitalsejarah (11)

Pembukaan Seminar
Pembukaan SeminarPembukaan Seminar
Pembukaan Seminar
 
Sejarah & Media Baharu
Sejarah & Media BaharuSejarah & Media Baharu
Sejarah & Media Baharu
 
Pembinaan Modul Sejarah
Pembinaan Modul SejarahPembinaan Modul Sejarah
Pembinaan Modul Sejarah
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
 
Pengdigitalan Subjek Sejarah Tingkatan Lima (Sistem Prototaip)
Pengdigitalan Subjek Sejarah Tingkatan Lima (Sistem Prototaip)Pengdigitalan Subjek Sejarah Tingkatan Lima (Sistem Prototaip)
Pengdigitalan Subjek Sejarah Tingkatan Lima (Sistem Prototaip)
 
Pentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di SarawakPentadbiran Brooke di Sarawak
Pentadbiran Brooke di Sarawak
 
Penggunaan Statistik dalam Pengajian Sejarah: Migrasi Orang Jawa ke Tanah Mel...
Penggunaan Statistik dalam Pengajian Sejarah: Migrasi Orang Jawa ke Tanah Mel...Penggunaan Statistik dalam Pengajian Sejarah: Migrasi Orang Jawa ke Tanah Mel...
Penggunaan Statistik dalam Pengajian Sejarah: Migrasi Orang Jawa ke Tanah Mel...
 
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
 
Pendekatan Biografi
Pendekatan Biografi Pendekatan Biografi
Pendekatan Biografi
 
Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah
Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan SejarahKaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah
Kaedah menggunakan Google Earth dalam menunjukkan lokasi kawasan Sejarah
 
Aplikasi penggunaan media baharu dalam pengajian sejarah
Aplikasi penggunaan media baharu dalam pengajian sejarahAplikasi penggunaan media baharu dalam pengajian sejarah
Aplikasi penggunaan media baharu dalam pengajian sejarah
 

Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

  • 1. PEMBENTANG: DR. AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS CIK NIK AFIFAH NIK MUSTAFA 2.00 PM- 3.15 PM 11 APRIL 2013 Tajuk: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur
  • 2.  Pengenalan - Kepentingan Memahami Sejarah Bandar  Bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanya  Faktor Kewujudan Bandar Kuala Lumpur  Faktor kepesatan Bandar Kuala lumpur  Pintasan Perkembangan Kuala Lumpur di era 20-an dan 30-an Ringkasan Tugasan Pelajar KANDUNGAN SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013
  • 3. KUALA LUMPUR Jika di era awal pertumbuhannya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya lebih diserikan dengan bagunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat penempatan penduduk. Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui mercu tanda-mercu tanda hebat seperti Menara berkembar Petronas 88 tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia dan Menara Kuala Lumpur. Keunggulan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan telah mula berkembang sejak usaha perlombongan bijih pada tahun 1857. Rentetan dari itu, Kuala Lumpur telah membangun secara perlahan-lahan sehingga mencapai taraf yang ada sekarang ini dengan terbentuknya Wilayah Persekutuan. Kepesatan ekonomi di kawasan perlombongan yang menjadi lubuk rezeki telah menarik minat masyarakat sekeliling untuk berhijrah ke sini. Jelas terbukti, penghijrahan penduduk yang menghuni banda raya ini terus meningkat tahun demi tahun. SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013
  • 4. 1. Menerangkan kepentingan memahami sejarah Bandar. 2. Menghuraikan proses pembentukan Bandar Kuala Lumpur. 3. Menggunakan kerangka kronologi untuk menyusun atur peristiwa dan perkembangan pembentukan Bandar Kuala Lumpur. 4. Membuat interpretasi tersendiri mengenai elemen- elemen yang meransangkan perkembangan Bandar Kuala Lumpur. Standard Pencapaian Pelajar SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013
  • 5. PELAJAR DAPAT MENJELASKAN MENGAPA PENTING MEMAHAMI SEJARAH BANDAR KERANA FUNGSINYA:  Bandar merupakan suatu lokasi yang sangat penting di daerah kediaman anda, di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. Bandar penting kerana ia mempunyai fungsi yang khusus. Sama ada di peringkat daerah sehinggalah ke peringkat nasional, peranan bandar mencakupi fungsinya sebagai pusat pentadbiran, pusat perkembangan ekonomi dan sosial.  Disebabkan fungsi-fungsi tersebut, lokasi ini menjadi tarikan penting. Ini menyebabkan bandar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dalam sesuatu kawasan sama ada di peringkat daerah mahupun di peringkat nasional. Dengan kata lain, memahami bandar anda, anda akan memahami perkembangan tokoh-tokoh penting di tempat anda seperti pihak yang berkuasa ataupun pemimpin-pemimpin di tempat anda. Ini disebabkan para pemimpin atau pihak yang memegang kuasa tinggal di pusat-pusat pentadbiran yang terletak di bandar-bandar utama.  Sebagai pusat perkembangan ekonomi dan sosial, bandar menjadi tumpuan orang ramai bagi kegiatan-kegiatan perniagaan, mencari peluang pekerjaan, menyambung pendidikan di peringkat yang lebih tinggi serta mendapatkan rawatan-rawatan kesihatan. Jelasnya, dengan memahami sejarah bandar di tempat anda, anda akan memahami bagaimana fungsi-fungsi tersebut berkembang.
  • 6. Memandangkan bandar merupakan pusat bagi kegiatan masyarakat, menyebabkan lokasi ini terdedah luas untuk segala jenis pembaharuan dan perubahan. Setiap perkembangan dalam teknologi, kesusateraan, arkitektual, intelektual, kesihatan dan segala bentuk permodenan akan bermula di bandar. Dari sini, unsur-unsur baru tersebut akan tersebar di kawasan-kawasan sekitarnya. Untuk itu, bagi memahami bagaimana sesebuah masyarakat itu mengalami perubahan dan kemajuan, medan kajiannya seharuslah bermula di bandar. SEGALANYA BERMULA DISINI:
  • 7. PELAJAR DAPAT MENYATAKAN BAGAIMANA KUALA LUMPUR MENDAPAT NAMANYA  Sehingga tahun 1990, J.M. Gullick, orang yang banyak menulis tentang sejarah Kuala Lumpur, dalam artikelnya “The Growth of Kuala Lumpur and of the Malay Community in Selangor Before 1880” masih menyatakan bahawa nama itu merupakan suatu teka-teki. Ini disebabkan tidak ada sumber secara langsung atau tidak langsung yang dapat meyakinkan beliau tentang asal-usul nama Kuala Lumpur. Namun begitu, dalam tulisan Gullick yang lebih awal, iaitu Kuala Lumpur 1880-1895: A City in The Making, yang diterbitkan pada tahun 1988, ada mengemukakan teori tentang asal-usul nama Kuala Lumpur.  Teori pertama memperlihatkan penyelewengan daripada nama asalnya iaitu “Pangkalan Lumpur” menjadi “Kalan Lumpur” dan akhirnya Kuala Lumpur. Manakala teori kedua menggunakan sungai Lumpur sebagai rujukan terhampir. Namun sungai lumpur yang dikatakan itu tidak wujud sekarang.  Jonh Anderson dalam bukunya Considerations Relative to the Malayan Peninsular and the British Settlementts in the Straits of Malacca pada tahun 1824 ada mencatatkan mengenai perkampungan di tebing sungai Kelang. Menurutnya, Di semua perkampungan itu, bijih timah boleh diperoleh tetapi yang terbanyak adalah di Lumpur yang mana di situ tidak ada orang yang mendiaminya.
  • 8. Berdasarkan keterangan Anderson ini, Gullick membuat kesimpulan bahawa Kuala Lumpur terletak di utara Batu Caves iaitu di kawasan sungai Tuar; tetapi kini tidak dapat dikesan. Khoo Kay Kim dalam bukunya “Negeri-negeri Melayu Pantai Barat, 1850-1873”, ada melakarkan sebuah peta yang menunjukkan kedudukan sungai Lumpur; malah kedudukan itu sememangnya adalah Sungai Gombak. Memang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu menamakan sesuatu tempat mengikut nama sebatang sungai tetapi jarang sekali ditemui sebatang sungai itu mempunyai dua nama seperti sungai Gombak dan sungai Lumpur ini. Satu lagi teori yang cukup menarik ialah teori yang dikemukakan oleh Pao-Chun dalam bukunya Urban Landscape of Kuala Lumpur, A Geographical Survey yang diterbitkan pada tahun 1967. Namun begitu, teori ini kurang meyakinkan kerana tidak disokong dengan bukti-bukti yang konkrit. Bagi Pao, nama Kuala Lumpur itu adalah nukilan pentadbir British iaitu kombinasi antara dua sebutan. ‘Kuala’ dari istilah Melayu untuk muara sungai dan ‘lumpur’ yang mempunyai akarnya dari sebutan Cina iaitu lampa. Menurut Pao, istilah Kuala digunakan kerana tempat ini dahulunya dikenali sebagai Kuala Gombak. Untuk perkataan ‘lumpur’ pula, Pao melihatnya dari sudut linguistik Cina. Lumpur dikatakan selewengan sebutan daripada kata asal ‘lampa’ yang bererti hutan yang dibanjiri air.
  • 9. PELAJAR DAPAT MERUMUSKAN BAGAIMANA BANDAR KUALA LUMPUR BOLEH WUJUD Terdapat dua faktor penting yang menyebabkan bandar Kuala Lumpur boleh wujud:  Meskipun Anderson mencatatkan sudah ada kegiatan perlombongan seawal tahun 1824, namun aktiviti perlombongan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan. Mulai pertengahan abad ke-19, kegiatan perlombongan di sekitar Kuala Lumpur memperlihatkan perkembangan yang lebih memberansangkan akibat permintaan yang meningkat dari Negeri-negeri Selat. Raja Abdullah, pembesar Selangor yang diberi kuasa terhadap Sungai Klang, telah membawa 87 kuli Cina untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Ampang pada tahun 1857. Apabila kegiatan perlombongan berkembang, ramai pedagang Cina dari Lukut tertarik untuk datang ke Lembah Klang, khususnya di penempatan yang menjadi depoh bagi lombong-lombong di Ampang iaitu Kuala Lumpur.  Perkembangan kegiatan perlombongan telah menyebabkan kewujudan dan perkembangan penempatan di tebing kiri Sungai Klang berhampiran dengan persimpangan Sungai Klang- Sungai Lumpur (hari ini dikenali sebagai Sungai Gombak). Penempatan pada peringkat awal perkembangan Kuala Lumpur terbahagi kepada dua. Orang Melayu menduduki di sebelah utara manakala orang Cina pula di sebelah selatan. Terdapat dua buah perkampungan Melayu yang utama – Kampung Rawa (letaknya lebih kurang di tapak ibu pejabat Bank Bumiputera dan jalan Melaka- hari ini) dan Kampung Jawa (lebih kurang letaknya di tapak Masjid Jamek sekarang). Penduduk Melayu Kuala Lumpur terdiri daripada beberapa kumpulan yang berlainan- Bugis, Rawa, Jawa, Mendeling, Minangkabau, Batu Bahara dan Kampar. Ketua bagi semua penduduk Melayu itu bergelar Dato Dagang. 1. Perlombongan bijih timah 2.Perkembangan penduduk
  • 10. Sultan Puasa seorang yang berketurunan Mendeling, merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dan beliau mempunyai hubungan perniagaan yang rapat dengan pedagang- pedagang Cina. Beliau telah memujuk pedagang Cina yang pertama, Hiu Siew, dari suku Fui Chiu Hakka- datang ke Kuala Lumpur. Hiew Siew tinggal di Lukut. Dia dipercayai telah datang ke Kuala Lumpur pada lewat tahun 1850-an. Bijih timah dikatakan telah dieksport buat pertama kalinya pada tahun 1859, tetapi perlombongan bijih timah tidak mendatangkan keuntungan sehinggalah tahun 1863. Sebelum Hiu Siew meninggal dunia pada tahun 1862, dia telah dilantik sebagai Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Perlantikan ini jelas menunjukkan bahawa penduduk Cina di Kuala Lumpur telah mencapai suatu bilangan yang besar dan sudah sewajarnya ditadbir secara langsung oleh ketua mereka sendiri. Walau bagaimanapun ketua kaum Cina ini bertanggungjawab terhadap Raja Abdullah sebagai pentadbir Lembah Klang. Pengganti Hiu Siew sebagai kapitan Cina ialah Liew Ngim Kong. Seperti mana Hiu Siew, Liew Ngim Kong juga telah tinggal di Lukut sebelum datang ke Kuala Lumpur. Liu Ngim Konglah yang meminta Yap Ah Loy, yang ketika itu bekerja di Sungai Ujong datang ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Yap Ah Loy cepat memperolehi kekayaan dan pengaruh. Liu Ngim Kong meninggal dunia pada akhir 1868 dan Yap Ah Loy menggantikannya sebagai kapitan Cina. Sebelum Yap Ah Loy dilantik sebagai kapitan Cina, dikatakan pusat keagamaan orang Cina (Tsen Ta) telahpun dibina pada tahun 1864. Ini menunjukkan petanda bahawa komuniti Cina semakin besar.
  • 11.  Menurut Gullick dalam tulisannya The Growth of Kuala Lumpur and of The Malay Community in Selangor before 1880, bentuk bandar Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Yap Ah Loy lebih dipengaruhi oleh faktor keperluan manusia dan persekitaran.  Perkaitan ini juga pernah digambarkan melalui kajian Pao-Chun Tsou. Dalam catatannya, Urban Landscape of Kuala Lumpur: A Geographical Survey, Pao memberi gambaran mengenai Kuala Lumpur sebelum perang saudara (Perang saudara di Selangor tercetus di antara tahun 1867-1872. Dua pihak yang terbabit dalam peperangan ini ialah Raja Mahdi dan Tengku Kudin yang menjadi wizurai Selangor ketika itu. Peperangan telah merebak ke Kuala Lumpur apabila Yap Ah Loy sendiri turut melibatkan diri di dalam kumpulan Tengku Kudin. Peperangan ini telah sekaligus menyebabkan Kuala Lumpur hancur.) mengatakan:  Haji Abdullah Hukum, sebagai tokoh yang menyaksikan sendiri perkembangan Kuala Lumpur ketika itu pernah menggambarkan bahawa:  Kuala Lumpur di masa itu sibuk cara zaman dahulu. Ada dua lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street sekarang manakala Ampang Street atau Lorong Cheti yang ramai sekarang ini masih kolam ikan dipunyai oleh Al-Marhum Sultan Puasa. Rumah-rumah kedai masa itu atap bertam, dinding pelupuh atau buluh dan orang yang berniaga di situ menjual kain dan makanan semuanya orang-orang Melayu iaitu bangsa Rawa dan Mendahiling dan ketuaan masa itu adalah Sutan Puasa dan Raja Bilah.  Walaupun tarikh sebenar Haji Abdullah Hukum berada di Kuala Lumpur tidak dapat dipastikan, namun keterangan yang diberikannya menunjukkan bahawa dia telah berada di Kuala Lumpur sebelum perang saudara merebak.  Keadaan Kuala Lumpur masa itu masih hutan melainkan dua lorong sebagaimana sebutan yang terdahulu. China ada sedikit-sedikit berternak babi di Pudu Road sekarang dan ada sebuah sungai kecil lalu di tengah-tengah jalan yang bernama Foch Avenue sekarang. Ketuaan China masa itu Kapitan Keledek, namanya Asi. The same topographical factors and human needs determined the shape of the town after as much as before the civil war. Before the Civil War, Kuala Lumpur was a little town rectangular in shape, about 20 acres in size, with six man streets: Market Street, Cross Street, Java Street (former Kampong Rawa), Old Market, Ampang Street and High Street. The former three are more or less latitudinal in direction, and the latter three are more or less longitudinal. The business center was then at Old Market.
  • 12.  Walau bagaimanapun perkembangan Kuala Lumpur tidak berterusan apabila tercetusnya perang saudara antara tahun 1867- 1872. Perang yang dimasyurkan sebagai Perang Klang ini telah memusnahkan Kuala Lumpur.  Selepas perang tamat, kegiatan perkembangan bandar Kuala Lumpur telah kembali pulih. Pemulihan ini dapat diperlihatkan melalui gambaran Frank Swettenham (Residen Selangor) yang sangat mengagumi perkembangan tersebut. Menurut beliau:  Dalam membuat perbandingan antara Perak dan Selangor, beliau masih sempat menyelitkan pandangannya mengenai Kuala Lumpur.  Dalam konteks ini, kesungguhan Yap Ah Loy memang jelas kerana apa yang dilihat oleh Swettenham itu adalah daya usaha Yap Ah Loy untuk membangunkan bandar Kuala Lumpur bagi tempoh satu setengah tahun sahaja.  Berdasarkan tulisan pemerhati-pemerhati Eropah yang menyaksikan perkembangan Kuala Lumpur pada era selepas perang saudara, Kuala Lumpur 1875-1880 mengambil bentuknya di sekitar jalan-jalan utama. Tiga batang jalan utama yang membentuk sempadan Kuala Lumpur ketika itu ialah Cross Street (Jalan Silang), Market Street (Lebuh Pasar), dan High Street (Jalan H.S. Lee). Dengan Sungai Klang berada di sempadan Barat, Kuala Lumpur yang seolah-olah berbentuk segi empat sama dengan sebuah lapangan di tengah-tengahnya yang dikenali sebagai Old Market Square. Di tengah-tengah lapangan itu terdapat sebuah pasar besar dan pajak judi kepunyaan Yap Ah Loy. Rumah Yap Ah Loy yang kelihatan mewah jika dibandingkan dengan rumah-rumah yang lain, terletak di sebelah selatan Market Street menghadap ke pasar besar tersebut. By far the best mining village I have seen, the streets wide and excellently arranged, the shops most substantial, and the Captain China’s house would be no disgrace to Singapore. There is nothing like it in Laroot. The town is divided into a Chinese Quarter and a Malay Quarter in the form in the margin, the Chinese near their Captain and the Malays at the further end of the town. (dalam tulisan P.L. Burns dan C.D. Cowan, Swettenham’s Malayan Journals 1877-1979) Is perhaps the best built village and has the most flourishing appearance of any in the Peninsular.
  • 13. Bandar Kuala Lumpur bertambah pesat kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor penting. 1.Pemindahan pusat pentadbiran  Kuala Lumpur terus mengalami kepesatan dalam perkembangan pembandarannya apabila pihak British memindahkan pusat pentadbiran dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880 kerana didapati lokasi ini jauh lebih strategik. Perpindahan ini dilaksanakan bertujuan untuk memesatkan kawasan bandar. Walaupun perpindahan pusat pentadbiran negeri secara rasmi berlaku pada tahun 1880, ini tidak bermakna perkembangan Kuala Lumpur khususnya dalam hal kendalian bandar sebelum tahun 1880 tidak mendapat perhatian dari pentadbiran di Kelang.  Kuala Lumpur pada tahun 1880 tidak lebih dari sebuah pekan kecil; jika diukur dari tanggapan masa kini. Sebenarnya dengan anggapan penduduk seramai 2,260 orang, pekan kecil ini yang dibebani dengan pelbagai fungsi, sememangnya mempunyai kehebatan sebagai sebuah Bandar utama di Selangor pada ketika itu. 1.Pemindahan pusat pentadbiran 2.Perkembangan rangkaian perhubungan Pelajar Dapat Menganalisis Bagaimana Kuala Lumpur dari Sebuah Pekan Kecil Menjadi Bandar Yang Semakin Pesat
  • 14.  Satu faktor penting yang memperlihatkan kepada berlakunya pertambahan pesat bandar Kuala Lumpur ialah kawalan kesihatan yang dilaksanakan. Di era Yap Ah Loy, didapati kawalan kesihatan kurang diberi perhatian. Peranannya juga didapati kurang jelas, sama ada beliau menggunakan cara kerahan tenaga bagi penjagaan kebersihan di sekitar kawasannya, tidak dapat dipastikan. Dari laporan sumber semasa seperti Hornaday dan Douglas, dapat disimpulkan semacam adanya tanda-tanda kendalian kebersihan walaupun dalam bentuk yang terhad. Umpamanya, Hornaday semasa berada di Kuala Lumpur pada tahun 1878 menyatakan bahawa jalan-jalan pada waktu itu dijaga dengan baik.  Semasa lawatan Douglas pada tahun 1876 dan kali keduanya mengiringi Sultan pada tahun 1879, di samping memuji persediaan yang dibuat, ada mengadu bahawa kadangkalanya terdapat bau busuk, kemungkinan dari kandang babi ataupun dari tapak pasar. Keadaan ini disebabkan rumah Yap Ah Loy sememangnya berdekatan dengan tapak pasar dan kandang babi yang terletak di tebing sungai. Namun begitu apabila Kuala Lumpur terdedah kepada tindakbalas demografi yang drastik akibat boom ekonomi, suasana sekitar menjadi tidak terurus.  Yap Ah Loy dikatakan ada membina sebuah rumah sakit di High Street. Sir Frank Swettenham (Residen Selangor) semasa melawat Kuala Lumpur pada tahun 1879, menggunakan istilah asylum bagi rumah sakit tersebut. Rumah sakit ini dibiayai melalui hasil cukai setiap ekor babi yang disembelih di Kuala Lumpur. Jaminan Keselamatan William T. Hornaday Seorang ahli Entomologi dari Amerika Syarikat
  • 15. •Setelah pihak British memindahkan pusat pentadbiran dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880, kawalan kesihatan mula dititikberatkan kerana pihaknya akan mentadbir kawasan tersebut. Pada peringkat awal pentadbiran British, khidmat-khidmat kesihatan lebih tertumpu kepada masyarakat Eropah yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan juga untuk mereka yang bertugas dalam pasukan keselamatan. Semasa ibu pejabat pentadbiran British bertempat di Klang, terdapat sebuah hospital (rumah papan) yang berkedudukan berhampiran dengan kediaman Residen. Hospital ini mengandungi sepuluh buah katil dan seorang appotucary yang ditugaskan disitu. Kemudian apabila ibu pejabat pentadbirannya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880, hospital di Kelang itu telah ditutup dan sebuah hospital yang baru telah dibuka di Kuala Lumpur. •Pada tahun 1883, terdapat dua buah hospital milik kerajaan. Satunya adalah Hospital Besar Kuala Lumpur yang majoriti pesakitnya terdiri daripada orang-orang Eropah. Keduanya adalah Pauper Hospital yang dikhaskan untuk orang-orang miskin seperti buruh-buruh lombong. Selain daripada itu, pihak penjara juga mempunyai perkhidmatan perubatannya sendiri. •Walaupun dari masa ke semasa, Dr. Sinclair cuba memperbaiki perkhidmatan kesihatan di Kuala Lumpur, kadar kematian di hospital tidak berkurangan malah meningkat. Sinclair secara terus-menerus melemparkan tuduhan kepada faktor-faktor luaran seperti kelewatan pesakit datang ke hospital, kadar kemasukan imigran baru yang tinggi, pihak polis yang memaksa kematian berlaku di hospital daripada di tepi-tepi jalan, majikan lombong yang takutkan sekiranya pihak berkuasa menemui kes kematian di tempat mereka dan juga sikap orang-orang Cina yang menjadikan hospital sebagai death houses bukan sahaja untuk mendapatkan keranda percuma tetapi juga untuk mengelakkan kepercayaan sial jika kematian berlaku di rumah. •Kuala Lumpur juga menjadi sebuah pusat penyelidikan perubatan yang penting apabila pada tahun 1900, Dr. Hamilton Wright, telah diundang datang ke Tanah Melayu untuk membuat penyelidikan. Beliau datang ke Kuala Lumpur untuk menyiasat penyakit beri-beri dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Malaria bagi Persatuan Diraja. Pada mulanya Frank Swettenham bercadang untuk membina sebuah bangunan kecil bagi menjalankan penyelidikan tetapi Dr. Wright telah meyakinkannya tentang kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh daripada penubuhan sebuah institut yang mencukupi alat kelengkapannya. Maka lahirlah Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.
  • 16.  Melalui satu persidangan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang kedua pada 27 Jun 1877, Douglas mencadangkan penubuhan sebuah majlis perbandaran untuk mentadbir Kuala Lumpur yang mana tugas-tugas pengendalian kebersihan lebih efisyen dan terpelihara. –kotak: Cadangan itu terpaksa ditangguh kerana memerlukan satu penilaian yang berterusan seperti mendapatkan reaksi penduduk dan persetujuan dari pelbagai pihak termasuk penduduk Kuala Lumpur  Walau bagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan majlis perbandaran ini menemui jalan buntu apabila Douglas meletakkan jawatan pada Ogos 1882. Cadangan ini tidak diteruskan oleh Sir Frank Swettenham. Sebaik sahaja Swettenham memulakan tugasnya sebagai Residen, beliau telah mengerahkan supaya kerja-kerja pembersihan bandar dijalankan. Bagi tujuan ini, sekumpulan kuli-kuli Cina telah diupah untuk mengangkut sampah-sarap yang bertimbun di tepi-tepi jalan ke tempat yang ditentukan dan kemudiannya sampah sarap itu sama ada ditanam atau dibakar. Di samping itu kuli-kuli juga dikerah untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat dan juga jalan-jalan utama di sekitar dan di dalam bandar. Kerja-kerja scavenging ini mengambil masa beberapa hari dan memaksa Pegawai Perubatan bekerja keras untuk mengawasi kerja-kerja itu dijalankan mengikut arahan. Tugas bagi memastikan kebersihan bandar pada ketika itu dibebankan ke atas tanggungjawab Pegawai Perubatan. Namun untuk meringankan beban tugas, pada tahun 1883, tugas pengawasan kebersihan bandar dijalankan dengan kerjasama Penguasa Polis.  Pada tahun 1885, satu undang-undang menyeluruh mengenai pemeliharaan kebersihan Bandar telah dikuatkuasakan. Ini merupakan undang-undang pertama mengenai kawalan kebersihan bandar yang pernah diluluskan oleh Gabenor sejak British berada di Kuala Lumpur. Undang-undang ini memberi kuasa kepada Inspektor Nuisances (satu jawatan baru) bagi menjalankan tugas-tugas pemeriksaan kebersihan di dalam bandar dan beliau bertanggungjawab kepada Residency Surgeon. Undang-undang kawalan kebersihan bandar ini meliputi soal-soal kebersihan jalan, kaki lima dan longkang, kebersihan dan pembinaan bangunan, pembuangan najis manusia dan binatang serta bidang kuasa Inspektor Nuisances. Kawalan Kesihatan Awam
  • 17. Satu aspek yang turut diberi perhatian serius oleh pihak penguasa tempatan Kuala Lumpur ialah penyeliaan dan penyelenggaraan pasar. Pada era Yap Ah Loy sebagai kapitan, pasar merupakan pusat yang sangat penting dengan pelbagai peranan. Pada siang hari, pasar merupakan tempat berjual beli dan sebelah malamnya pula bertukar menjadi pusat hiburan Kepentingan peranan pasar ini dapat dilihat apabila aktiviti harian dan pembinaan bangunan berlaku di sekitar pasar sehingga membentuk suatu Mandela yang bersegi empat. Namun semasa di bawah pentadbiran Swettenham, peranan pasar telah diubah. Swettenham mengambil masa selama tiga tahun untuk melakukan perubahan di sekitar kawasan pasar besar. Ini disebabkan setiap pemilikan harta di sekitar kawasan ini berkait langsung dengan Yap Ah Loy. Pada tahun 1885, kerajaan mengambil alih pasar besar itu dan memindahkannya ke tempat baru iaitu Pasar Budaya sekarang. Yap Ah Loy juga dinasihatkan supaya memindahkan pajak judinya ke Cross Street dan Pudoh Road. Perancangan sebegini dapat mengurangkan kesesakan dan kesibukan di sekitar Old Market Square itu. Pasar juga berfungsi sebagai tempat kawalan bekalan bahan makanan termasuklah kuantiti, kualiti dan harga. British mengawal pasar dengan membuat peraturan dimana pasar ialah pusat pasar dan 50 ela di sekeliling pasar dan kedai hanya boleh menjual barangan runcit yang kering sahaja. Pada tahun 1890, Kuala Lumpur mempunyai tiga buah pasar iaitu Pasar Besar Kuala Lumpur, Pasar Pudoh dan Pasar Jawa Street; jumlah ini meningkat kepada lapan buah pada tahun 1914. Menjelang tahun 1914, terdapat lapan buah pasar awam yang diletakkan di bawah kelolaan SBKL. Pasar utama ialah Pasar Besar Kuala Lumpur, pasar-pasar lain adalah Pasar Pudoh, Pasar Batu Road (Jalan Tunku Abdul Rahman), Pasar Ampang, Pasar Setapak, Pasar Sungai Besi, Pasar Sentul dan Pasar Kepong.
  • 18. 2.Perkembangan Rangkaian Perhubungan  Perubahan dalam sistem pengangkutan ini diberi tumpuan kepada perkembangan keretapi dan jalan raya terutamanya di NNM. Pembinaan jalan raya juga telah berlaku dimana buat pertama kalinya jalan-jalan dibandar Kuala Lumpur telah dibina dengan menggunakan kaedah tar MacAdam dan Jalan Ampang yang tidak pernah terhenti dari kesibukan lalu lintas sejak tahun 1890 merupakan jalan yang pertama mengunakan kaedah ini. (1,300 ela (1,188.72 Meter). Pembinaan jalan raya ini telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat di Kuala Lumpur pada masa itu.  Kepesatan Kuala Lumpur semakin dirangsang apabila jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang siap dibina pada tahun 1886. Sebelum ini perjalanan ke Kelang dari Kuala Lumpur mengambil masa tiga hari. Pengenalan sistem keretapi ini telah memendekkan perjalanan dari Kelang ke Kuala Lumpur dalam hanya 45 minit sahaja. Juga dilaporkan, dengan kemudahan sedemikian, kemakmuran dagangan di Hulu Selangor telah beralih ke Kuala Lumpur. Pedagang di Hulu Selangor tidak lagi menggunakan Sungai Selangor sebagai laluan dagangan, tetapi sanggup menggunakan laluan darat dengan rombongan kereta lembu menuju ke Kuala Lumpur.  Proses perbandarannya juga menjadi semakin pesat apabila Kuala Lumpur dirangkaikan dengan pusat-pusat perlombongan di sekitarnya melalui jalan-jalan yang dibina. Pada tahun 1887, sebagai contoh, terdapat 46 buah lombong yang besar di sekitar Kuala Lumpur telah dihubungkan ke Bandar ini.  Pembinaan landasan keretapi ini telah menggalakkan masyarakat di Semenanjung untuk melakukan pergerakan dan migrasi daripada kawasan pedalaman ke bandar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan masyarakat kerana kepesatan ekonominya. Ini telah menggalakkan perkembangan bandar Kuala Lumpur.  Pada tahun 1894, jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang (melewati Bukit Kuda) baru sahaja siap dibina. Motokar tidak ada ketika itu. Setiap orang memiliki kuda dan kereta kuda. Kereta lembu dan lanca merupakan satu-satunya pengangkutan yang ada. Basikal juga turut diperkenalkan pada tahun tersebut.
  • 20. 3. Sebagai Pusat Komersial  Kuala Lumpur pada era 1880-an kembali dikunjungi dan penduduknya mula meningkat daripada 2000 orang pada tahun 1878 kepada 4000 orang pada tahun 1884  Dalam gambaran yang ringkas, Kuala Lumpur mulai 1880-an merupakan pusat tumpuan yang selamat dikunjungi dan didiami. Struktur Bandar Kuala Lumpur mulai berubah wajah daripada deretan susunan rumah yang mudah ‘dijangkiti’ kebakaran kepada barisan rumah batu yang kukuh. Pada tahun 1884 dilaporkan terdapat 234 buah rumah batu dan jumlahnya meningkat kepada 518 pada 1887.  Kuala Lumpur tidak mungkin akan membangun memandangkan struktur mukabumi dan sekitarnya merupakan satu masalah besar. Namun begitu, oleh kerana kemakmuran hasil timah, Kuala Lumpur perlu dibangunkan dengan pelbagai bentuk tenaga. Perkembangan industri timah dan kedatangan British sebagai pentadbir baru, mengajar penduduk Kuala Lumpur mengenal erti kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran ini mulai kelihatan pada tahun 1880 apabila penduduknya menjangkau seramai 2260 orang dan beban fungsinya semakin bertambah.  Sama ada Yap Ah Loy, Douglas mahupun Swettenham, ketiga-tiganya tidak dapat menjawab apabila perbandaran di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian. Bagi Yap Ah Loy, beliau mungkin tidak sedar bahawa suasana di Kuala Lumpur berada pada zaman peralihan. Douglas sendiri penuh dengan masalah. Swettenham pula lebih berminat kepada aspek-aspek ekonomi. Menjelang tahun 1890, penduduk Bandar Kuala Lumpur telah mencapai angka 19 000. Untuk mentadbir penduduk seramai itu, ia memerlukan satu kaedah terbaru. Dengan kehadiran Maxwell sebagai Residen, bandar Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah penguasa tempatan dengan tertubuhnya Sanitary Board pada 30 Mei 1890.
  • 21.  Pada 27 Mei 1890, sempadan Bandar Kuala Lumpur telah diisytiharkan. Buat permulaan, sempadan itu hanya dalam lingkungan sembilan batu persegi sahaja. Sejajar dengan pengisytiharan itu, penguasa tempatan bagi Bandar Kuala Lumpur telah dibentuk. Menjelang tahun 1890, W.E. Maxwell selaku Residen British di Selangor ketika itu telah menyedari tentang kepentingan untuk meletakkan penjagaan hal ehwal pembandaran Kuala Lumpur di bawah sebuah penguasa tempatan. Sehingga Perang Dunia Kedua, ia dikenali sebagai Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL). –ditubuhkan pada 30 Mei 1890.  Keanggotaannya terdiri daripada ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik kerajaan. Lembaga ini bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar, menyelia pembinaan rumah dan bangunan, menyelenggara perkhidmatan pembetungan najis dan pembuangan sampah, menguruskan pasar dan rumah penyembelihan, mengeluarkan lesen perniagaan, mengendalikan perkhidmatan bekalan air serta penyelenggaraan lampu-lampu jalan. Dengan kata lain, ciri-ciri dan peranan yang dipikul lembaga ini menepati sebuah Penguasa Tempatan yang ada pada hari ini. Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL)
  • 22. Pintasan Perkembangan Kuala Lumpur di era 20-an dan 30-an  Bagi memastikan pembangunan bandar dalam keadaan terancang dan berjalan lancar, pada tahun 1921, seorang perancang bandar telah dilantik dengan rasminya. Tanggungjawabnya merangkumi pengurusan sistem jalan raya, pelurusan sungai, pelebaran sungai dan langkah kebersihan. Pada tahun yang sama juga, Jururancang Bandar pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilantik iaitu C.C Reeds. Perlantikan beliau selaras dengan penubuhan Lembaga Penasihat mengenai perancangan bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.  Manakala pada tahun 1928, Kelab Rotary dan stadium pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Stadium ini terletak di persimpangan antara Jalan Circular dan Jalan Ampang (tapak plaza Yow Chuan hari ini). Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, semua perlawanan bola sepak yang besar telah diadakan di stadium tersebut.  Pada tahun 1932, telah tertubuhnya Jabatan Pengairan dan Saliran di Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan untuk membantu pembangunan sumber air dan pertanian  Pada tahun 1939, Pelan pembangunan pertama untuk Kuala Lumpur ialah Pelan Bandar Am yang telah disediakan untuk mengawal pembangunan bagi kawasan seluas 11 batu persegi. Pelan tersebut telah dijadikan asas rujukan awal pembangunan sehingga 1964 walaupun pentadbiran bandar telah berkembang sehingga 36 batu persegi.  Seperkara yang harus menjadi ingatan di sini ialah harga bagi sebuah pembangunan itu, kadangkala sememangnya tidak ternilai oleh wang ringgit kerana dalam proses mencapai kesejahteraan penduduknya pelbagai cabaran perlu dihadapi. Oleh itu segala permasalahan yang dihadapi bukan sahaja memerlukan tahap pemikiran dan teknologi yang tinggi tetapi bergantung kepada kecekapan institusi dalam sistem sesebuah masyarakat.
  • 23. KESIMPULAN  Kuala Lumpur tidak mungkin akan membangun memandangkan struktur mukabumi dan sekitarnya merupakan satu masalah besar. Namun begitu, oleh kerana kemakmuran hasil timah, Kuala Lumpur perlu dibangunkan dengan pelbagai bentuk tenaga. Perkembangan industri timah dan kedatangan British sebagai pentadbir baru, mengajar penduduk Kuala Lumpur mengenal erti kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran ini mulai kelihatan pada tahun 1880 apabila penduduknya menjangkau seramai 2260 orang dan beban fungsinya semakin bertambah. Sama ada Yap Ah Loy, Douglas mahupun Swettenham, ketiga-tiganya tidak dapat menjawab apabila perbandaran di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian. Bagi Yap Ah Loy, beliau mungkin tidak sedar bahawa suasana di Kuala Lumpur berada pada zaman peralihan. Douglas sendiri penuh dengan masalah. Swettenham pula lebih berminat kepada aspek-aspek ekonomi. Menjelang tahun 1890, penduduk Bandar Kuala Lumpur telah mencapai angka 19 000. Untuk mentadbir penduduk seramai itu, ia memerlukan satu kaedah terbaru. Dengan kehadiran Maxwell sebagai Residen, bandar Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah penguasa tempatan dengan tertubuhnya Sanitary Board pada 30 Mei 1890.