SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN
PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
25 Mei 2010
PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
1.0 PENDAHULUAN
Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan
penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana
Muda Perguruan.
2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih
3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
‱ Atas : 2.5 cm daripada jidai atas
‱ Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
‱ Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan
‱ Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri
Peringatan:
i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai
atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.
ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman
mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip.
Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman
berikutnya sebagai perenggan baru.
iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan
tanda sempang.
iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya DUA baris teks.
3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali
subtajuk.
3.5 Nombor Halaman :
i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah
1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada
birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan
huruf teks, tanpa hiasan.
ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada
halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan
angka kecil roman secara berturut-turut
sepertimana berikut: i, ii, iii, iv 

.
Peringatan: halaman permulaan dianggap
sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada
halaman pertama.
iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah
menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 

.
Peringatan: halaman pertama teks dianggap
sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai
(1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap
bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya,
tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman
berikutnya.
4.0 CETAKAN
Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah
pada sebelah kanan.
5.0 PENJILIDAN
5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah
untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua)
hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis
biasa SAHAJA.
Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan
setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan
pembentangan dalam seminar penyelidikan.
5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah
menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik
sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.
5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan
kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna
kulit adalah Merah Tua (maroon).
6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN
6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun
mengikut urutan berikut:
‱ Judul lengkap penyelidikan
‱ Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan
‱ Penyataan tujuan penyelidikan
‱ Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
‱ Bulan dan Tahun diserahkan
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan
‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran
5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm
daripada birai bawah.
Sila lihat contoh di Lampiran A.
6.2 Tulang Kulit
Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah
dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada
muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang
berikut:
Nama IPG (singkatan)
Nama Calon
Ijazah
Tahun
Contoh:
5.0 cm
IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010
5.0 cm
7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun
mengikut format Penyelidikan Tindakan.
8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN
Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:
8.1 Kertas Kosong
8.2 Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan
penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih
dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.
8.3 Halaman Pengakuan Penulis
Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian
penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat
contoh pada Lampiran C.
8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)
Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada
satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta
atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.
8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)
Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.
Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau
organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam
penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.
8.6 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang
digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.
Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak
melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia
hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,
kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila
lihat contoh pada Lampiran F dan G.
8.7 Halaman Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan
mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada
tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada
Lampiran H.
8.8 Halaman Senarai Jadual
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam
penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.
8.9 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang
memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.
8.10 Halaman Senarai Lampiran
Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan
penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi
lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,
jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang
terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang
tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara
yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke
dalam lampiran.
b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B
dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya
bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga
boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada
Lampiran K.
8.11 Teks
a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah
mengandungi tajuk/judul yang membayangkan
kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan
Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub
tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan
menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan
sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang
ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.
c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan
Penyelidikan Tindakan.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
10.0 SENARAI RUJUKAN
Tajuk Alternatif
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Apakah Isu Kajian Saya?
2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian
Saya?
3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?
4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?
5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?
6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?
7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?
8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?
9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?
10.0 SENARAI RUJUKAN
[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar
boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model
Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]
8.12 Sistem Rujukan
8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,
penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.
Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis
mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang
terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:
(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:
Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan
individu yang menyeluruh (Choy, 2006).
(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:
Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &
Boon, 2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:
Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)
menyatakan 

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,
1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:
Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).
Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990),
sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan.
8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:
(a) Buku
Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.
(b) Jurnal
Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher
education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of
Educational Research, 2, 175-199.
(c) Surat khabar
Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.
(d) Tesis tidak diterbitkan
Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru
Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
(e) Media elektronik
Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan
15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/
(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)
GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/
8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia
Dalam Teks
Pengarang Melayu
Pengarang Cina
Pengarang India
Dalam Senarai Rujukan
Dalam senarai rujukan, tulis
nama penuh pengarang yang
tidak mempunyai nama keluarga.
Mohd. Ali (2005) menyatakan 

Lim (2006) menyokong 

Krishnan (2003) menerangkan

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).
Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Taufik Intelek Sdn. Bhd.
Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.
Krishnan a/l Thambipillay. (2003).
Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.
9.0 Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak
melebihi 10 000 patah perkataan.

Weitere Àhnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluruIzzat Najmi
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUAmeer Chann
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjahEswary Raju
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 
Program Transformasi 25
Program Transformasi 25Program Transformasi 25
Program Transformasi 25Aswan Baba
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Jadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianJadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianMohamad Yusra
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumChoi Nolan
 
Rubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM PenulisanRubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM Penulisanrebakasajaya
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21mazlanmn
 

Was ist angesagt? (20)

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
Program Transformasi 25
Program Transformasi 25Program Transformasi 25
Program Transformasi 25
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Jadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianJadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujian
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Rubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM PenulisanRubrik Penskoran BM Penulisan
Rubrik Penskoran BM Penulisan
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 

Ähnlich wie Panduan penulisan kajian tindakan

-panduan umum
-panduan umum-panduan umum
-panduan umumSusuh Hitam
 
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriGaris+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriMD.IKDSZAN MD.INTAM
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)monazemis
 
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdfMOHDZAIFULNIZANBINZA
 
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTMAllison Koehn
 
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfGaris-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfRijalRamli
 
tugasan forum
tugasan forumtugasan forum
tugasan forumJames Faizal
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfFYChieng
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Venessa Joseph Sagar Singh
 
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporanBahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporanNeeta Fhadzilla Yaacob
 
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006share with me
 
Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3
Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3
Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3Apin Singgi
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifixmohd Basri
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifixMuhammad Zakaria
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 anis ikhwan
 

Ähnlich wie Panduan penulisan kajian tindakan (20)

-panduan umum
-panduan umum-panduan umum
-panduan umum
 
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industriGaris+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
Garis+panduan+penulisan+laporan+latihan+industri
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)Format laporan akhir latihan industri (lali)
Format laporan akhir latihan industri (lali)
 
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
 
LAPORAN
LAPORANLAPORAN
LAPORAN
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
15642556-Panduan-Menulis-Tesis-UTM
 
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfGaris-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
 
tugasan forum
tugasan forumtugasan forum
tugasan forum
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporanBahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
 
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
 
Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3
Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3
Rancangan pengajaran kh teras tingkatan 3
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifix
 
Format laporan lifix
Format laporan lifixFormat laporan lifix
Format laporan lifix
 
28518 (1)
28518 (1)28518 (1)
28518 (1)
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112
 
Lampiran c
Lampiran cLampiran c
Lampiran c
 

Mehr von firo HAR

Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitfiro HAR
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahfiro HAR
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahfiro HAR
 
Nota 3
Nota 3Nota 3
Nota 3firo HAR
 
Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2firo HAR
 
Lampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusLampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusfiro HAR
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docxfiro HAR
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docxfiro HAR
 
Sejarah lisan
Sejarah lisanSejarah lisan
Sejarah lisanfiro HAR
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarahfiro HAR
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitiafiro HAR
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayatfiro HAR
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarahfiro HAR
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah srfiro HAR
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melakafiro HAR
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarahfiro HAR
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarahfiro HAR
 

Mehr von firo HAR (20)

Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Penyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkitPenyakit tidak berjangkit
Penyakit tidak berjangkit
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjahPengurusan disiplin bilik darjah
Pengurusan disiplin bilik darjah
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
 
Nota 3
Nota 3Nota 3
Nota 3
 
Nota 2
Nota 2Nota 2
Nota 2
 
Lampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursusLampiran pro forma kursus
Lampiran pro forma kursus
 
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Sejarah lisan
Sejarah lisanSejarah lisan
Sejarah lisan
 
6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah6.1 pengurusan panitia sejarah
6.1 pengurusan panitia sejarah
 
6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia6.0 organisasi panitia
6.0 organisasi panitia
 
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat5.2 pembelajaran sepanjang hayat
5.2 pembelajaran sepanjang hayat
 
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah5.1 penerapan nilai dan patriotisme  dlm sejarah
5.1 penerapan nilai dan patriotisme dlm sejarah
 
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
3.0  komponen dan kandungan sejarah sr3.0  komponen dan kandungan sejarah sr
3.0 komponen dan kandungan sejarah sr
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
2.3 kerajaan kerajaan melayu sblm kesultanan melaka
 
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
2.1 zaman air batu dan zaman prasejarah
 
2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah2.0 mari belajar sejarah
2.0 mari belajar sejarah
 

Panduan penulisan kajian tindakan

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010
  • 2. PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan. 2.0 KERTAS 2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm) 2.2 Warna: Putih 3.0 PENAIPAN 3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’ 3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan Rujukan 3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut: ‱ Atas : 2.5 cm daripada jidai atas ‱ Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah ‱ Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan ‱ Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri Peringatan: i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran. ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru. iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang. iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.
  • 3. 3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk. 3.5 Nombor Halaman : i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan. ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv 

. Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama. iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 

. Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya. 4.0 CETAKAN Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan. 5.0 PENJILIDAN 5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis biasa SAHAJA. Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.
  • 4. 5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja. 5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon). 6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN 6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut: ‱ Judul lengkap penyelidikan ‱ Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan ‱ Penyataan tujuan penyelidikan ‱ Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar ‱ Bulan dan Tahun diserahkan Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah. Sila lihat contoh di Lampiran A. 6.2 Tulang Kulit Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut: Nama IPG (singkatan) Nama Calon Ijazah Tahun Contoh: 5.0 cm IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010 5.0 cm
  • 5. 7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan Tindakan. 8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut: 8.1 Kertas Kosong 8.2 Pengesahan Penyelia Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B. 8.3 Halaman Pengakuan Penulis Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh pada Lampiran C. 8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan) Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D. 8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan) Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E. 8.6 Abstrak Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
  • 6. dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G. 8.7 Halaman Kandungan Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H. 8.8 Halaman Senarai Jadual Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I. 8.9 Halaman Senarai Rajah Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J. 8.10 Halaman Senarai Lampiran Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut: a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran. b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.
  • 7. 8.11 Teks a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu. b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya. c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 10.0 SENARAI RUJUKAN
  • 8. Tajuk Alternatif 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya 2.0 FOKUS KAJIAN 2.1 Apakah Isu Kajian Saya? 2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya? 3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA? 4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI? 5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA? 6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA? 7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA? 8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI? 9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA? 10.0 SENARAI RUJUKAN [Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)] 8.12 Sistem Rujukan 8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:
  • 9. (a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang: Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan
 Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006). (b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang: Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan
 Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005). (c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang: Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan 
 Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan
 (d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder: Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990). Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan. 8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut: (a) Buku Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline. (b) Jurnal Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.
  • 10. (c) Surat khabar Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15. (d) Tesis tidak diterbitkan Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. (e) Media elektronik Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/ (f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang) GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/ 8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia Dalam Teks Pengarang Melayu Pengarang Cina Pengarang India Dalam Senarai Rujukan Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga. Mohd. Ali (2005) menyatakan 
 Lim (2006) menyokong 
 Krishnan (2003) menerangkan
 Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005). Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan a/l Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.
  • 11. 9.0 Had Maksimum Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah perkataan.