1. DUAL-SECTOR MODEL
Sir W. Arthur Lewis
Sir William Arthur
Lewis, official Nobel Prize photo
The dual-sector model is a model in developmental economics. It is commonly known
as the Lewis model after its inventor Sir William Arthur Lewis, winner of the Nobel Memorial
Prize in Economics in 1979. It explains the growth of a developing economy in terms of
a labour transition between two sectors, the capitalist sector and the subsistence sector.
HISTORY
Initially the dual-sector model as given by W.A Lewis was enumerated in his article
entitled "Economic Development with Unlimited Supplies of Labor" written in 1954 by Sir
Arthur Lewis, the model itself was named in Lewis's honor. First published in The Manchester
School in May 1954, the article and the subsequent model were instrumental in laying the
foundation for the field of Developmental economics. The article itself has been characterized by
some as the most influential contribution to the establishment of the discipline.
2. MODEL PERTUMBUHAN SEKTOR MODEN DI SEBUAH
EKONOMI LEBIHAN BURUH 2 SEKTOR.
Model tersebut mengandaikan ekonomi membangun ketika itu berlaku lebihan buruh
yang kurang produktif dalam sektor pertanian. Buruh-buruh tersebut lebih tertarik dengan
pertumbuhan sektor industri yang menawarkan upah yang lebih tinggi Ia juga mengandaikan
upah yang ditawarkan oleh sektor indutri adalah lebih tinggi atau kurang tetap. Pengusaha dalam
sektor industri mendapat untung kerana mereka mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding
kadar upah yang tetap. Model tersebut mengandaikan untung tersebut akan dilabur semula dalam
pelaburan sebagai modal yang tetap.
Sektor tradisional yang mempunyai penduduk terlalu banyak, MP buruh = 0 yang
membenarkan Lewis mengklasifikasikan sebagai lebihan tenaga buruh dengan anggapan ia boleh
dikeluarkan tanpa menjejaskan output. Semua pekerja luar bandar berkongsi output secara
saksama supaya upah benar di luar bandar ditentukan oleh purata dan bukannya marginal produk
buruh seperti dalam sektor moden. Kemudian, sektor moden yang mempunyai produktiviti tinggi
di mana buruh dari sektor sara diri beransur-ansur dipindahkan. Fokus utama model ini ialah
proses perpindahan penduduk dan pertambahan output dalam sektor moden. Kedua-dua proses
ini disebabkan pertambahan output dalam sektor moden. Kelajuannya disebabkan kadar
pelaburan industri dan pengumpulan modal dalam sektor moden. Pelaburan mungkin disebabkan
lebihan keuntungan sektor moden yang melebihi upah dengan andaian kapitalis melabur semula
semua keuntungan. Lewis mengandaikan upah di bandar perlu lah 30% lebih dari pendapatan
purata luar bandar untuk mendorong pekerja pindah.
3. Rajah sebelah kanan atas menunjukkan bagaimana pengeluaran barang semakin
bertambah dengan peningkatan input tenaga buruh. TPA bagi barang ditentukan dalam perubahan
jumlah satu input berubah iaitu buruh (LA), kuantiti modal tetap (KA), dan teknologi tidak
berubah (TA). Rajah sebelah kanan bawah kita mendapat keluk APLA dan MPLA yang berasal
dari keluk TP. Lewis membuat 2 andaian tentang sektor tradisional iaitu terdapat lebihan tenaga
buruh dengan anggapan MPLA = 0, yang kedua semua kerja luar bandar berkongsi output secara
saksama supaya upah benar di luar bandar ditentukan oleh purata dan bukannya MPL.
Rajah sebelah kiri atas menggambarkan keluk TP bagi sektor moden. Jumlah produk
adalah fungsi kepada input berubah buruh (LM), stok modal (KM) dan teknologi (tM). Dalam
model Lewis, stok modal dalam sektor moden dibenarkan meningkat akibat dari pelaburan
semula keuntungan oleh kapitalis industri. Ini menyebabkan keluk TP rajah bahagian atas beralih
4. ke atas dari TPM (KM1) ke TPM (KM2) dan TPM(KM3). Wn dalam rajah bahagian kiri bawah adalah
upah sebenar dalam sektor moden. Pada tingkat upah ini penawaran buruh diandaikan menjadi
tidak terhad atau anjal sempurna seperti ditunjuk WMSL. Dengan kata lain andaian Lewis bahawa
pada upah di bandar WM berada di atas pendapatan purata luar bandar WA, majikan sektor
moden boleh mengambil sebanyak mana lebihan pekrja luar bandar tanpa bimbang terhadap
peningkatan upah.
Jumlah output sektor moden TPM1 ditunjuk oleh kawasan berlorek 0M1FL1, untung yang
dilabur semula WMM1F, Upah yang akan dibayar kepada pekerja adalah sebanyak 0WMFL1. Oleh
sebab Lewis mengandaikan semua keuntungan dilaburkan semula, jumlah stok modal dalam
sektor moden akan meningkat dari KM1 ke KM2 di mana ia mempengaruhi kenaikan dalam keluk
permintaan MP buruh. Peralihan keluar keluk permintaan ditunjuk oleh garis D2 (KM2) dirajah
bahagian kiri bawah. Satu keseimbangan baru tahap pengambilan pekerja di sektor moden
dibuktikan di titik G denganpengambilan buruh di L2. Jumlah output meningkat kepada TPM2
atau 0M2GL2 sementara upah yang akan diberi kepada pekerja sebanyak OWMGL2 dan
keuntungan yang akan dilabur semula WMM2G. Dan proses ini akan berterusan sehingga
kesemua keuntungan habis dilabur.