Dokumen tersebut memberikan panduan bagi menjawab soalan Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia menyenaraikan format soalan yang mungkin keluar beserta contoh-contoh bahan rangsangan. Dokumen ini juga menerangkan proses menulis karangan berpandu secara terperinci mulai daripada memahami soalan hingga menyemak karangan. Ia bertujuan membantu pelajar mempersiapkan diri menghadapi
1. TEKNIK MENJAWAB
2013
Bahasa Melayu SPM
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
ckgdin@slide share
Ckgsaha@twiter
2. Berasal dari Temerloh, Pahang.
Pendidikan :
IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992
UPM – PBMP 1997 – 2000.
Perkhidmatan :
SK Kuala Krau ;1992 – 1997
SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001
SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2013
Penghargaan :
1996, 2004, 2008 (GC), 2013 .
Tak Kenal Maka Tak Cinta.
5. GARIS PANDUAN
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM
KEPERLUAN KERTAS 1
1103/1
Bentuk Soalan Jenis Item
Ujian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan
Karangan Umum
Tempoh Ujian
2 jam 15 minit
6. Bilangan soalan
a.Hanya satu soalan dan tiada
pilihan-wajib jawab
b. 5 soalan pilihan dan hanya
jawab satu soalan sahaja
20. Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-
syarat yang berikut:-
a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan
b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup
c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting
didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan
d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta
contoh yang sesuai
e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul
) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
21. PROSES 1
(a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan Rangsangan
Sebelum Menulis :
I
II
III
Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami
arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya
Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan
rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan
Perlu menangkap mesej utama daripada bahan
rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis
22. PROSES 2
I. Menganalisis Bahan Rangsangan
a) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitis
b) Tujuan supaya karangan tidak terpesong
PROSES 3
Menyediakan Isi dan Rangka Karangan
Rangka Karangan
a) Pendahuluan
b) Isi-isi penting
c) Penutup
-Ayat yang berkaitan dengan tajuk
dan bahan rangsangan secara am
-Isi yang terdapat dalam bahan
rangsangan diperkayakan dengan
Pengetahuan calon
Pandangan,cadangan,dan kesimpulan
23. PROSES 4
Menulis Karangan Berpandu
Penggunaan Bahasa
Kesinambungan isi
PenandaWacana
Ringkas, tepat, dan padat
Perlu diberi perhatian supaya
karangan lancar
Dalam pada itu, sehubungan dengan itu,
sungguhpun demikian, dan sebagainya
24. PROSES 5
Menyemak Karangan
1.
2.
3.
4.
Semak semula setelah selesai menulis
Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur
ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan
Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan
Catat jumlah kata baris terakhir karangan
30. CONTOH SOALAN
RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang faedah
penganjuran sukan bertaraf antara bangsa
terhadap negara Malaysia. (KEDAH)
Huraikan pendapat anda tentang faedah
penganjuran sukan bertaraf antara bangsa
terhadap negara Malaysia. (KEDAH)
Memperkenalkan Malaysia ke negara luar.
Menambahkan pendapatan negara.
Meraptkan hubungan antara negara peserta.
31. CONTOH SOALAN
RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)
Mengadakan gotong – royong.
Mengadakan rumah terbuka.
Amalan ziarah menziarahi
Mengadakan kempen kesedaran.
32. CONTOH SOALAN
RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah
mempunyai hobi memancing pada waktu lapang.
(KELANTAN)
Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah mempunyai hobi memancing pada
waktu lapang. (KELANTAN)
Mengeratkan hubungan masyarakat.
Menghilangkan tekanan / stres
Mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah.
33. CONTOH SOALAN
RANGSANGAN Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
berlakunya kepupusan hidupan liar di negara
kita. (YIK)
Kemusnahan habitat akibat aktiviti
penebangan hutan.
Pemburuan haram oleh orang-orang yang
tidak bertanggungjawab.
Pencemaran alam sekitar dan serangan
penyakit berbahaya.
Keadaan cuaca seperti kemarau dan banjir.
34. 2. Membina rangka karangan…mengapa
?
Mengelakkan isi penting tidak disusun
mengikut keutamaan.
Mengelak karangan daripada terpesong atau
menyimpang.
Mengelak isi sama daripada berulang.
Mengelakkan daripada terputus idea.
Memastikan masa mengarang dapat
dijimatkan.
Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi
penting dan penutup.
35. Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan)
Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri
masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup.
1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan
masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti.
2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan –
dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah.
3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan
kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk
memajukan kawasan setempat.
4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri khawin, kematian,
kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup
Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat
kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,
36. Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant)
Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri
tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan
politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas.
1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita
dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy,
badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia.
2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong
untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan,
penginapan, membeli belah.
3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan
sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama
lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan.
Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran
dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan
imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara lain.
37. Bengkel Membina Rangka
Karangan Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-
kebaikan laman sosial kepada pelajar.
Mendapatkan maklumat dengan pantas.
Perkongsian pelbagai maklumat.
Mengeratkan perhubungan sosial.
38. 3. Menulis Perenggan Pendahuluan
Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi
sesuatu karangan.
Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan
pertama melalui penulisan pendahuluan.
Pendahuluan yang menarik akan berjaya
menambat hati pemeriksa.
Pendahuluan yang hambar pula akan
mematikan minat pemeriksa.
Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar
tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
39. Contoh Pendahuluan:
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu
…… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-
warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan
telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin
masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini
berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh
semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
40. Contoh Pendahuluan:
Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca
kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang
di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media
elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat
diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan
dalam kalangan ahli politik. Persoalannya,
mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal
ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak
yan terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk
merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu
ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan
menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
41. Contoh Pendahuluan:
Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program
Angkasawan Negara.
Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah
terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut
ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama
dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah
berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
(ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti
kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing
dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak
Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi
pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat
tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.
42. Contoh Isu:
Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.
Punca-Punca Pembuangan Bayi.
Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.
Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.
Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.
Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.
Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.
Punca-punca Masalah Sosial Remaja.
Kepentingan Kegiatan Kokurikulum
Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
43. Bengkel 2 : Membina Pendahuluan
Lihat grafik di bawah
dengan teliti.
Huraikan faedah-
faedah melancong
dalam negara.
Panjangnya huraian
hendaklah antara
200 hingga 250
patah perkataan.
44. 4. Menulis Perenggan Isi
Karangan berpandu – dicadangkan supaya
menulis 3 @ 4 perengan isi.
Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.
Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama,
ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.
Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai
kesinambungan antara satu dengan yang lain.
Kesinambungan dan pertautan perenggan juga
sangat penting untuk menghasilkan karangan
yang baik.
1 isi hanya untuk 1 perenggan.
45. 4. Menulis Perenggan Isi
Setiap perenggan perlu mempunyai panjang yang
hampir sama.
Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu
memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata
hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya.
Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat
menjelaskan isi karangan yang ditulis.
Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda
wacana dan tanda baca yang sesuai.
Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa,
dimana, bila, kenapa dan bagaimana)
46. CONTOH HURAIAN ISI
Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.
…Pematuhan kepada undang-undang jalan raya.
Undang-undang digubal dan dipinda untuk
memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan
ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri
dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan
undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan
dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan,
tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya.
Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa
malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan
pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga
keselamatan di jalan raya.
47. CONTOH HURAIAN ISI
Faedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa.
Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran
sukan bertaraf antarabangsa adalah dapat
memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut
peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang
kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga
tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia
tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia
sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan
negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam
penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita
menonjol dalam penganjuran sukan permotoran
Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan
penganjuran ini negara kita dikenali di seluruh rantau
dunia..
48. CONTOH HURAIAN ISI
Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan.
Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk
semangat kejiranan adalah dengan mengadakan
amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi
adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama
kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan
melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu
dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur
dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat
dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan,
kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa
amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat
kejiranan.
49. Bengkel Menulis Isi
Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah mempunyai hobi memancing pada
waktu lapang. (KELANTAN)
Mengeratkan hubungan masyarakat.
Menghilangkan tekanan / stres
Mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah.
50. 5. Menulis Perenggan Penutup
Karangan yang cemerlang haruslah
mempunyai penutup yang matang.
Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan
akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan
atau kesimpulan terhadap isu yang
dibincangkan.
Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti
supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan
penegasan terhadap isu dapat dikemukakan
dengan berkesan.
Jangan masukan isi baharu dalam penutup.
51. Contoh Penutup:
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas,
ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana
jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap
melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling
menunding jari atau melihat kesalahan orang lain
bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa
Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa
jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan
penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan
positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang
disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan
secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.
52. Contoh Penutup:
Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di
atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang
sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila
kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita
dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan
yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya
dapat ditangani apabila masyarakat sanggup
membuat anjakan paradigma dan berubah sikap.
Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari
sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan
yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik.
Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong,
bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan
jiran dan kehidupan bermasyarakat.
53. Contoh Penutup:
Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya
dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna.
Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan
kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu
sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi
sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita.
Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak
mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita.
Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu
adalah lebih baik daripada mengubati demi
melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.
54. Bengkel Menulis Penutup
Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah mempunyai hobi memancing pada
waktu lapang. (KELANTAN)
Mengeratkan hubungan masyarakat.
Menghilangkan tekanan / stres
Mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah.
55. MATLAMAT UJIAN
1. Menguji pemahaman calon terhadap
bahan rangsangan secara keseluruhan.
2. Menguji kecekapan calon membuat
tafsiran dan analisis daripada bahan
rangsangan dan tajuk
58. MAKSUD AL
QURAN
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
sendiri mengubah apa yang ada pada diri
mereka”
(Surah ar-Ra’d ayat 11)
60. BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
Pembahagian soalan :
1. Dimensi diri/individu/remaja.
2. Dimensi keluarga
3. Dimensi masyarakat/kerajaan/
negara.
4. Dimensi Serantau/Global/
Antarabangsa
5. Dimensi Komsas
61. BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
1. 5 soalan dikemukakan dan
pilih 1 soalan sahaja
2. Panjangnya perlu melebihi 350
patah kata
3. Masa yang dicadangkan 1 jam
30 minit
4. 100 markah
63. Contoh Karangan Terbaik
(Karangan Umum)
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan
pelbagai program motivasi dan anda sering
terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah
menyertai program motivasi
Lihat contoh yang diberi….mari sama sama
kita nilai kekuatan dan kesilapan.
64. 1. Aspek bahasa yang dinilai:
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
Tatabahasa meliputi ayat dan kata
Ejaan
Tanda baca
Pembahagian perenggan
Pemilihan kata yang tepat
65. Kriteria Respons
Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat
tanda baca dan ejaan
Laras : pemilihan kosa kata
Idea : tema,isi utama,
pengembangan-huraian/bahasan/
hujahan/contoh/
kerelevanan
Pengolahan: wacana, logik, pemerengganan, format
Gaya Bahasa:keindahan bahasa,ungkapan,peribahasa
69. Markah kurang Daripada 350
Baik bawah: 51 - 65
Memuaskan: 36 - 50
Kurang memuaskan: 21 - 35
Tidak memuaskan: 0 - 20
70. STRATEGI MENULIS
KARANGAN
(a) Memilih soalan yang tepat
(b) Menentukan kunci tajuk
(c) Menyediakan rangka karangan
(d) Menulis karangan
(e) Menyemak karangan
71. KATA KUNCI TAJUK
Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan
Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan
Kemukakan
pandangan
Jelaskan pendapat
Ceritakan
pengalaman
Gambarkan
suasana dan
keadaan
Nyatakan
pendirian
72. ANALISIS TAJUK
Contoh Soalan:
Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita.
Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan,
pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka
banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan
daripada kemasukan buruh asing ini kepada
negara kita.
73. Kata Kunci:
Skop:
Tema:
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
Huraikan kesan
Kesan daripada kemasukan buruh
Kemasukan buruh asing
Memberi pendapat
Jenis pendapat
74. CONTOH SOALAN 2
Pelbagai kempen membaca diadakan untuk
memupuk tabiat membaca dan mewujudkan
budaya membaca dalam kalangan rakyat
negara ini. Andaikan anda diundang
memberikan ceramah yang berkaitan dengan
kempen membaca. Tajuk ceramah anda
ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks
ceramah tersebut.
75. Kata Kunci:
Skop:
Tema:
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
Teks Ceramah
Membaca Jambatan Ilmu
Membaca
Memberi Ceramah
Berformat - Ceramah
76. Rangka Karangan
1. Pendahuluan:
Pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada
pembacaan.
2. Isi-Isi Penting
a). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus
peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmu
b). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang
dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan
bacaan untuk pelbagai tingkat umur
c). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat
perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.
77. 3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membaca
a. Peranan ibu bapa – menjadi suri teladan
b. Peranan guru di sekolah – memberi galakan
c. Menambahkan pelabagai bahan bacaan
d. Mempergiat kempen membaca
e. Memperbanyak perpustakaan awam
4. Kesan daripada membaca
a. Masyarakat lebih matang dan maju
b. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai
3. Penutup :
Pentingnya membaca ; mewujudkan masyarakat
berilmu dan berpengetahuan. Membangunkan
negara mengikut acuan sendiri.
78. Bengkel Memahami Kehendak Soalan
Dimensi Diri / Individu.
Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran
Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak
sekolah telah mengundang anda untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”.
Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
79. Kata Kunci:
Skop:
Tema / Isu
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
80. Bengkel Memahami Kehendak Soalan
Dimensi Keluarga / Ibu Bapa.
Teknologi siber kini semakin maju. Ibu bapa
memainkan peranan penting dalam mengawal
kecenderungan anak-anak melayari internet.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan
peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada masa ini.
81. Kata Kunci:
Skop:
Tema / Isu
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
82. Bengkel Memahami Kehendak Soalan
Dimensi masyarakat / negara .
Siswazah pada hari ini kurang berminat
menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh
itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif
untuk menarik minat para siswazah
menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh
pihak – pihak berkenaan.
83. Kata Kunci:
Skop:
Tema / Isu
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
84. Bengkel Memahami Kehendak Soalan
Dimensi Serantau / Global / antarabangsa
Kecenderungan negara-negara luar untuk
campur tangan dalam masalah sesebuah
negara berpunca daripada pelbagai faktor.
Huraikan faktor-faktor tersebut.
85. Kata Kunci:
Skop:
Tema / Isu
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
86. Bengkel Memahami Kehendak Soalan
Dimensi KOMSAS.
Anda begitu teruja untuk menyertai
pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen berdasarkan
peribahasa “Kerana Nila Setitik Rosak Susu
Sebelanga”
Tulis cerpen itu selengkapnya.
87. Kata Kunci:
Skop:
Tema / Isu
Kehendak Tajuk:
Jenis Karangan:
88. Menulis Pendahuluan
Jenis-jenis Pendahuluan.
• Berbentuk Soalan/Persoalan.
• Berbentuk Definisi
• Berbentuk fakta
• Bentuk sejarah.
• Bentuk suasana
• Bentuk peribahasa
• Bentuk puisi
• Bentuk gabungan
• Petikan tokoh
89. JENIS-JENIS PENDAHULUAN
Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa
maksud ‘perbuatan mendera’ atau
‘mempermainkan seseorang supaya dapat
menyesuaikan diri dengan suasana
baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah
kepada kita bahawa………..
Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di
Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki
tempat kelapan dari 71 negara peserta yang
bertanding dengan meraih tujuh pingat
emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah
kepada atlet Malaysia yang……….
90. Pendahuluan Persoalan.
Pembangunan negara kita semakin pesat dan
rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah
tangga yang merupakan penyakit sosial semakin
gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri
dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan
keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor
yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini.
Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah
hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita?
Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan
selama ini gagal mencari jalan penyelesaian
untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang
terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang
rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan
renungan dan perbincangan kita.
91. Pendahuluan Definisi
Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau
usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan
kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,
memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya.
Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis,
iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram.
Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang
sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat
kebenaran dan dokumen daripada kerajaan.
Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan
membalak yang dijalankan secara haram. Akibat
pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara
kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah
konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
92. Pendahuluan Fakta
Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian
menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk
dibendung. Kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-
kira 20 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng
sekolah setiap hari. Angka ini sangat
menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak sama
ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak
berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu
ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih
parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan
insan yang sempurna. Cara-cara menangani
gejala ini akan saya huraikan dalam huraian
berikutnya.
93. Pendahuluan Peribahasa.
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa
yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara
peribahasa yang menggambarkan seseorang yang
tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti
kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan
daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit”
bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang
yang menolongnya setelah menikmati kesenangan.
Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup
kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan
berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan
pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang
mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang
lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada
di dunia mahupun di akhirat.
94. Pendahuluan Sejarah.
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya
yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau
“lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu,
lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya
bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak
tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan
sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi
negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu
selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara yang termaktub dalam perlembagaan.
95. Pendahuluan Gabungan
Boleh juga menggunakan pendahuluan
gabungan seperti;
Definisi sesuatu persoalan
Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.
Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan
umum.
Pendapat peribadi berkenaan tajuk
karangan.
96. Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk
Vandalisme
‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap
Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam
Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara
tajuk-tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak
kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa
dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah
lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus
pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini,
kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya.
Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah
pembangunan dan kemajuan negara terpaksa
mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang
harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada
semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak
semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila
suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru
tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.
97. Pendahuluan Suasana
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan
seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh
pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan
tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan
Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan
oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah
tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di
Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh
media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan
mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau
apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah
berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah.
Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah
menangani dapat diambil tindakan segera
98. Puisi:
Banyak duri perkara duri,
Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
Tidak sama budimu seorang.
Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan
untuk melihat akan keindahan dan kecerdikan
masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan
terima kasih kepada orang yang pernah berbudi.
Walaupun budi yang dilakukan tidak mengharapkan
balasan, namun sebagai orang yang berbudaya kita
sewajarnya menghargai jasa dan pertolongan yang
diberikan oleh seseorang. Sikap seperti kacang
lupakan kulit harus dikikis dari jiwa kita.
99. Persoalan:
Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk
mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan.
Walaupun kempen tersebut telah dijalankan, masalah
penderaan kanak-kanak, kaum perempuan yang
menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap
negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat
sering dipaparkan di media massa. Hal ini
membuktikan kempen tersebut kurang memberi
kesan kepada masyarakat. Di manakah silapnya?
Adakah kempen tersebut tidak disusuli dengan
tindakan yang sewajarnya? Adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan slogan
Rumahku Syurgaku dapat direalisasikan dalam
kehidupan berkeluarga.
100. Gabungan:
Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama,
kita tidak boleh memandang ringan soal integrasi. Kita juga
secara jujur harus mengakui, selepas hampir setengah abad
mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi
masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila kaum
Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam
suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah
berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat
segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum
sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke
sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus
terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata
bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi
memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat
Malaysia perlu diperteguhkan.
101. Contoh Karangan
Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk
melariskan barangan mereka termasuklah melalui
iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan
membawa kesan buruk kepada pengguna.
Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada
tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian.
Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya
mengiklankan barangan keluaran mereka melalui
pelbagai taktik demi melariskan jualan.
Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak
tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa
ialah pengguna.
102. Isi-Isi Penting
Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan
supaya pengguna tahu cara mereka harus
bertindak sebagai pengguna apabila mereka
mendapati mereka telah tertipu.
Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan
dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga
atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti
dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan
perlu disarankan.
Anak-anak perlu dididik agar merancang
perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan
bertanggungjawab.
103. -Badan penyiaran perlu teliti ketetapan
maklumat dalam iklan yang disiarkan.
Mereka janganlah terlalu mengejar
pendapatan yang diperoleh daripada
penyiaran iklan.
- Persatuan pengguna mesti bergerak aktif
untuk mengesan peniaga yang tidak
bertanggungjawab.
104. Penutup
Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam
menjalankan perniagaan.
Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal
meraih keuntungan.
Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna –
sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan
– mesti dibanteras demi menjaga kepentingan
pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan
kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen –
terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang
dikejar – pendekatan bersifat psikologi.
105. Fokus SPM 2013
Pendidikan maya/sepanjang hayat
Formula mewujudkan Perpaduan
Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat
kaya
Pelancongan
Memulihara bangunan bersejarah
Kepentingan amalan kejiranan
Kepentingan Internet / Laman Sosial
Permainan / Kebudayaan tradisional
106. Fokus SPM 2013
Barang Buatan Malaysia
Telefon Bimbit / Kafe siber
Gejala Sosial
Krisis Ekonomi Dunia
Kenaikan harga minyak/barang
Amalan membaca-
kebaikan/punca/langkah
107. Fokus SPM 2013
Pengalaman / program yang pernah
disertai
Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah
Kepentingan Semangat patriotik
Ulasan filem/novel/cerpen
Peranan guru / ibu bapa membentuk
generasi cemerlang.
108. Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-
diri
Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)-
keluarga
Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan
Industri Pertanian di Negara Kita - negara
Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh
Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk
Menangani masalah jerebu - antarabangsa
Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya
sastera dapat membentuk peribadi yang baik
dalam kalangan pembaca (komen) -
masyarakat
109. 3 JENIS MANUSIA
ORANG YANG HARI INI
LEBIH BAIK DARI SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
SAMA MACAM SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
LEBIH TERUK DARI SEMALAM
111. TERIMA KASIH
HENDAK SERIBU DAYA,
MAHU SERIBU CARA.
KEBERKESANAN CERAMAH INI
BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI
ANDA SENDIRI.
YA! DIRI ANDA SENDIRI.
BUKANNYA PENCERAMAH