- Sultan memerintahkan empat orang besar dan 44 tukang rumah untuk membina sebuah istana megah dalam masa tujuh bulan.
- Istana ini dibina dengan seni bina tradisional Melayu yang indah, menggunakan unsur-unsur alam sebagai hiasan.
- Selepas siap, tiada sesiapa yang dapat meniru keindahan istana ini selain empat puluh empat tukang yang membinanya.
2. RANGKAP 1
Baginda menitahkan orang besar empat
Membina istana puri berkota
Lalu dipanggil Pawang Diraja
Pawang mengerah orang berkerja
Empat puluh empat tukang dan utas
Siang malam tidak berhenti
• Sultan memerintahkan empat orang besarnya untuk
membina istana dan kota
• Pawang Diraja dititah oleh sultan untuk mengetuai
empat puluh empat orang tukang rumah membina
istana .
• Mereka berkerja siang dan malam tanpa henti
3. RANGKAP 2
Tujuh bulan tujuh purnama
Istana siap dengan alatnya
Besar tersergan sembilan ruang
Sepuluh dengn rembat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengan anjung tinggi
Pembinaan istana mengambil masa tujuh bulan
lengkap dengan segala alat kelengkapan istana
Ada sembilan ruangan/bilik yang besar
Istana dihiasi dengan sepuluh rembat guntung
Istana dihiasi dengan gantungan sebelas kain pancung serong
Istana dilengkapi dengan dua belas buah anjung tinggi
4. RANGKAP 3
Tiga sudut menteri delapan
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Galang-galangnya ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
Istana dilengkapi dengan:
Tiga sudut untuk lapan orang menteri
Bertiang yang panjang dinamakan tiang maharaja lela
Tiang di tengah istana dinamakan syukur menanti
Galang-galang berbentuk seperti ular yang berang (marah)
Bentuk kasau yang kecil seperti seorang puteri menyembah
Bentuk kasau yang lentik seperti bentuk burung helang sedang
terbang
5. RANGKAP 4
Berbunga sawa mengelempelai
Bertakuk bersedelinggam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir jawa
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja
Seni ukiran istana menggunakan
unsur-unsur alam semula jadi
Ukiran bunga sawa yang sedang berbaring lemah-longlai
Ukiran yang dipahat dicat dengan warna merah
Jenang pintu dan jendela dihiasi dengan batu kawi
Istana bermotifkan bentuk anyaman Jawa
Bermotifkan akar Cina yang lilit-melilit
Bermotifkan bunga kenanga dimakan ular
Terdapat layang-layang di pintu Raja
Istana kemudian disemah dengan sebuku garam untuk menghalang unsur jahat
mengganggu penghuni istana
6. RANGKAP 5
Istana siap tukang pun mati
Tiada orang dapat meniru
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri
Sebaik sahaja siap istana dibina
Tukang rumah pun meninggal dunia
Oleh itu tiada siapa yang dapat meniru seni bina istana
baharu itu.
Istana itu pun dipersembahkan kepada raja dan
permaisurinya.
7. TEMA
KEUNIKAN DAN KESENIAN SENI
BINA TRADISIONAL
Istana zaman dahulu yang dibina
dengan seni bina yang sangat halus
dan simbolik menggunakan unsur-
unsur alam sebagai motif binaannya.
UNSUR-UNSUR ALAM:
Helang berbega (terbang )
Ular berang (marah )
Bunga sawa (ciku)
8. PERSOALAN
1.Kehebatan dan kehalusan binaan dan struktur isana
Melayu lama yang tiada tolak bandingnya
Besar tersergam sembilan ruang
Berjenang batu kawi
2.Pengaruh kesenian dan budaya asing dalam
kehidupan seni binaan Melayu lama
Contoh: Berselimpat ukir Jawa
Lilit -melilit akar Cina
9. PERSOALAN
3. KESETIAAN REAKYAT MENJUNJUNG TITAH RAJA
Empat orang besar menjunjung titah raja untuk
membina sebuah istana bertembok (berkota)
Pawang Raja mengarah 44 orang tukang rumah
membina istana betembok (berkota)
4. PERMUAFAKATAN KERJA MENGHASILKAN
KERJA YANG BERKUALITI
Empat puluh empat orang tukang bermuafakat
membina istana sehingga menghasilkan sebuah
istana yang indah dengan kotanya dalam masa
tujuh bulan sahaja.
10. NILAI
1. KESETIAAN
Empat orang pembesar dan Pawng Raja setia
mentaati perintah raja untuk membina sebuah
istana berkota sehingga selesai
2. KESUNGGUHAN
Empat puluh empat tukang rumah membina
istana dengan tekun ;dalam masa tujuh bulan
sahaja istana raja dengan kotanya telah siap
11. NILAI
3. CINTA AKAN SENI BUDAYA SENDIRI
Empat puluh empat tukang rumah membina
istana raja dengan ciri-ciri bangsa sendiri iaitu
istana mempunyai
dua belas anjung yang tinggi
tiang tengah (tiang seri )
12. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat akan perintah pemimpin agar
mudah untuk melaksanakan urusan negeri
Empat orang pembesar dan Pawang Raja taat
melaksanakan perintah raja untuk membina istana
berkota sebagai tempat pentadbiran dan
persemayaman raja.
2. Kita hendaklah melaksanakan tugas dengan tekun
agar hasil kerja yang dibuat berkualiti
Empat puluh empat tukang rumah tekun menyiapkan
istana yang sangat halus seni binaannya dalam masa
tujuh bulan sahaja
13. PENGAJARAN
3. Kita mesti memelihara keselamatan pusat
pentadbiran negara agar tidak mudah
dicerobohi musuh.
Pawang raja menyemah di sekeliling istana/
kota dengan sebuku garam bagi melindungi
raja dan penghuninya daripada diganggu dan
disakiti oleh unsur-unsur jahat dan orang
yang berniat tidak baik