2. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
(RANGKAP 1)
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading
Lelaki kecil menghantar anak gadisnya menuntut ilmu di
menara gading di kota yang merupakan satu suasana baru
yang berbeza dengan kehidupan anak gadisnya di desa
Lelaki kecil berharap agar anak gadisnya dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus dan mengutip
semua manfaat iimu dengan bersungguh-sungguh
3. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
(RANGKAP 2)
Kelepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimah hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal
Lelaki kecil melepaskan anak gadisnya hidup di menara
gading dengan harapan anak gadisnya kekal menjaga maruah
dan kesucian diri.
Lelaki kecil berharap anak gadisnya mampu melawan dugaan
hidup berseorangan dengan akal yang waras.
Lelaki kecil berharap anak gadisnya mampu mengenal
kebaikan dan keburukan yang ada di sekelilingnya dengan
waras
Lelaki kecil berharap anak gadisnya mampu membuat
pertimbangan yang waras apabila berdepan dengan masalah
4. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
(RANGKAP 3)
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar statusnya
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti
Dalam dunia kampus yang menjadi gedung ilmu akan ada
godaan mengubah pemikiran anak gadisnya yang masih muda
jika terlalu bangga dengan status mahasisiwinya.Terlalu
banyak godaan yang menggugat peribadi anak gadis yang
masih rapuh dan bakal menghakis budi bahasa kerana dunia
kampus mampu mencipta kesombongan dalam diri
5. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
(RANGKAP 4)
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah
Lelaki kecil berpesan kepada anak gadisnya agar
pandai membawa diri dan bijak melawan dugaan
hidup di kampus/di kota
Lelaki kecil berharap anak gadisnya tidak pulang
dengan kekecewaan kerana gagal mencapai
kejayaan menggapai ilmu di menara gading
6. PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
(TAFSIRAN KESELURUHAN SAJAK )
LELAKI KECIL berharap anak gadisnya yang dihantar menuntut di menara gading
di kota mampu menuntut ilmu malah menggali manfaat ilmu serta menjalani
hidup di kampus yang sangat berbeza dengan kehidupannya di desa.
LELAKI KECIL berharap agar anak gadisnya mampu menjaga maruah diri setelah
diberi kebebasan . Anak gadisnya diharap dapat menggunakan kewarasan akal
semasa berhadapan dengan keseronokan atau kesusahan di kampus.Penyajak
berharap anak gadisnya tahu membezakan antara baik dan buruk dengan akal
yang rasional
Dalam kehidupan sebagai siswi di kampus yang menjadi pusat ilmu, pelbagai
dugaan akan menguji pendirian anak gadisnya yang masih mentah dan muda
untuk membuat pertimbangan yang rasional. Penyajak bimbang anak gadisnya
menjadi ego sehingga menolak ke tepi budi bahasa kerana berasa diri sudah
hebat kerana bergelar siswi
LELAKI KECIL berharap anak gadisnya mampu membawa diri dengan kehidupan
di kampus/di kota yang penuh dengan impian hidup yang indah-indah agar
anak gadisnya tidak pulang dengan kekecewaan kerana gagal melawan godaan
dan cabaran hidup di kampus.
7. TEMA
PESANAN DAN NASIHAT IBU BAPA KEPADA
ANAK GADIS YANG MERANTAU DI KOTA
LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya yang
tidak pernah hidup di kota /di kampus agar bijak
memilih antara baik dan buruk di dalam
menjalani kehidupan tanpa ayah dan ibu di
kampus
8. PERSOALAN 1
1. Nasihat hidup untuk anak lambang harapan
dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi
kepada anak
LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya
yang melanjutkan pelajaran ke institutsi
pengajian tinggi agar tekun menuntut ilmu
di menara gading itu
9. PERSOALAN 2
1. Kebimbangan seorang ayah akan
kehidupan baru anaknya di kampus
LELAKI KECIL meninggalkan pesanan
agar anak gadisnya menggunakan
kebebasan yang diberi dengan akal yang
waras semoga dapat menepis godaan hidup
di kampus.
10. PERSOALAN 3
1. Dunia kampus yang dipandang gah mampu
mengubah budi pekerti penghuninya
LELAKI KECIL mengingatkan anak gadisnya
agar tidak leka akan kampus yang gah
dengan ilmu tidak mengubah dirinya
menjadi sombong dan hilang budi pekerti
11. PERSOALAN 4
1. Kegagalan yang bakal menimpa jika gagal
mengawal nafsu
LELAKI KECIL berpesan agar anak
gadisnya bijak menggunakan kebebasan
yang diberi supaya tidak pulang dengan
kegagalan merealisasikan cita-cita kerana
gagal mengawal nafsu.
12. PERSOALAN 5
1. CABARAN HIDUP DI PERANTAUAN
LELAKI KECIL menyedarkan anak
gadisnya tentang cabaran yang bakal
ditempuhinya apabila hidup di tempat yang
sangat berbeza budayanya dengan tempat
asal mereka di desa
13. NILAI 1
KASIH SAYANG
LELAKI KECIL seorang ayah yang amat
menyayangi anak gadisnya yang menuntut
di institut pengajian tinggi memberikan
pesanan agar anak gadisnya bijak
membawa diri di tempat baru yang berlainan
dengankehidupannya di desa
14. NILAI 2
RASIONAL
LELAKI KECIL menasihati anaknya agar
menjadi seorang manusia yang rasional
membuat pertimbangan walaupun hidup
bebas di kampus
15. NILAI 3
BERHEMAH TINGGI
LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya
agar menjaga budi pekerti walaupun sudah
bergelar siswi
16. NILAI 4
KEBIJAKSANAAN
LELAKI KECIL menasihati anak gadisnya
supaya pandai membawa diri di perantauan
agar tidak menemui kekecewaan dan
kegagalan mengejar cita-cita .
17. PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH SENTIASA MENASIHATI
GOLONGAN MUDA AGAR MEREKA TIDAK
HILANG PEDOMAN APABILA HIDUP
SENDIRIAN
Lelaki kecil berpesan kepada anak
gadisnya dengan nasihat yang berguna agar
anak gadisnya bijak menggunakan akal
untuk mengawal diri dari godaan yang
menghancurkan masa depan
18. PENGAJARAN
2. SEBAGAI REMAJA, KITA HENDAKLAH
MENGGUNAKAN KEPERCAYAAN DAN
KEBEBASAN YANG DINIKMATI DENGAN BIJAK
AGAR TIDAK KECEWA PADA KEMUDIAN HARI
Lelaki kecil berpesan kepada anak
gadisnya supaya menggunakan kebebasan
dengan bijak supaya mengalami
kekecewaan dan kegagalan dalam hidup
kelak
19. PENGAJARAN
3. SEBAGAI REMAJA YANG HIDUP SENDIRIAN DI
PERANTAUAN , KITA MESTI RASIONAL
MELAWAN CABARAN AGAR HANYUT DALAM
KELALAIAN
Lelaki kecil berpesan kepada anak
gadisnya supaya menggunakan akal yang
waras untuk menilai buruk baik yang ada di
sekeliling demi menjaga maruah dirinya
20. PENGAJARAN
4. SEBAGAI PENUNTUT DI PUSAT PENGAJIAN
TINGGI, KITA JANGAN BERASA EGO DENGAN
STATUS DIRI AGAR TERPELIHARA BUDI PEKERTI
YANG DIJUNJUNG.
Lelaki kecil berpesan kepada anak
gadisnya supaya tidak menjadikan status
sebagai mahasiswi untuk menyombong dan
berbangga diri sehingga tidak lagi
mementingkan budi pekerti yang dijunjung
selama berada di desa.