SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Downloaden Sie, um offline zu lesen
)» $},j&--,iri(ki' P u s a t
Penerbitan Universiti (UPENA)
UNIVERSITI
TEKNOLOGI
MARA
A^#lm%#La
MalaysianJournal of
University Education
Faculty of Education
Volume 1 No. 1 June 2005 ISSN 1823-1772
Quality Assurance or Quality Enhancement: Lessons from
the UK
Frank Hardman
Quality Assurance in Higher Education in the 21s t
Vanaja Nethi
Century: Implications for Malaysia - A Regional Hub
for Excellence
A Qualitative Approach to Adult Learners' Understanding
of a Supportive Learning Environment: A Case Study
Hazadiah Mohd Dahan
Jamiah Baba
The ZZZ Adult Academic Reading Model Faizah Abd Majid
Zalizan M Jelas
Norzaini Azman
Introducing Problem-Based Learning in a Graduate
Business Educational Setting: Students' Perceptions and
Implementation Issues
Arfah Salleh
Syed K.Alsagoff
Soh Hwei Ling
Ng Chee Kean
Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru
An Introduction to ACRULeT
Research News
Abu Bakar Ibrahim
Zainab Mohd. Noor
Gurnam Kaur Sidhu
Richard Holmes
Richard Holmes
ffadiah
UiTM
(F.PENDIDIKAN)
Jaminan Kualiti dalam
Pendidikan Guru
Abu Bakar Ibrahim
Zainab Mohd Noor
ABSTRACT
In recent years educational institutions at all levels have placed a
great deal of emphasis on issues of quality assessment and assurance.
MARA University of Technology (UiTM) is no exception to this global
trend. In 2001 UiTM began a process of restructuring to ensure
that its physical and human resources will enable the university to
realise its vision. This restructuring is based on ten key elements
which are described in the paper. The characteristics of the ideal
UiTM graduate are outlined and suggestions are made for improving
the quality of teacher education and implementing best practices.
ABSTRAK
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, institusi-institusi pendidikan
telah memberikan penekanan terhadap isu-isu kualiti dan Universiti
Teknologi MARA (UiTM) juga tidak ketinggalan dalam menekankan
isu tersebut. Pada tahun 2001, Universiti Teknologi MARA telah
memulakan proses penstrukturan semula bagi memastikan
keselarasan kualiti prasarana fizikal dan sumber manusia untuk
merealisasikan visi universiti. Penstrukturan semula itu adalah
berlandaskan sepuluh elemen utama. la juga telah menyatakan
dengan jelas ciri-ciri ideal graduan UiTM. Kertas ini membuat
kesimpulan dengan mencadangkan peningkatan kualiti pendidikan
guru dan mengaplikasikan amalan terbaik.
Pengenalan
Perbincangan mengenai kualiti dalam bidang pendidikan, khususnya
pendidikan guru, akan melibatkan tiga elemen kualiti iaitu pertama,
79
Malaysian Journal of University Education
kawalan kualiti atau quality control; kedua ialah jaminan kualiti atau
quality assurance dan yang ketiga peningkatan kualiti atau quality
enhancement.
Kawalan kualiti atau kawalan mutu bermaksud melakukan sesuatu
yang berkualiti atau bermutu; jaminan kualiti merujuk kepada aktiviti yang
dilakukan untuk mempastikan atau menjamin kualiti sentiasa terpelihara,
manakala peningkatan kualiti pula melibatkan aktiviti berterusan dalam
usaha meningkatkan kualiti.
Kertas kerja ini akan hanya memberi tumpuan kepada aspek jaminan
kualiti. Ini adalah berdasarkan kepada dua andaian mengenai kualiti.
Andaian pertama mengambil kira bahawa setiap institusi pendidikan tinggi
yang merancang program pendidikan guru telah mengambil kira langkah-
langkah dan tindakan-tindakan yang berpandukan kawalan mutu semasa
membentuk program masing-masing. Andaian kedua pula mengambil
kira bahawa sekiranya kawalan mutu telah dilaksanakan dan aktiviti
jaminan kualiti dipastikan maka secara automatis akan menghasilkan
peningkatan kualiti atau quality enhancement program-program yang
ditawarkan.
Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur menunjukkan bahawa institusi pendidikan di dalam dan
luar negara amat peka dan prihatin terhadap isu kualiti. Ini terbukti dengan
wujudnya Jabatan atau Unit Jaminan Kualiti di peringkat universiti dan
juga Fakulti. Di beberapa buah universiti di United Kingdom,
Jawatankuasa, Jabatan atau Unit Kualiti diwujudkan sebagai langkah
untuk menggalakkan budaya Total Quality Management (TQM)
berdasarkan Quality System bagi memenuhi syarat piawaian The British
Standard 5750/ISO9001. Sistem Kualiti atau Quality System ditadbirkan
oleh Unit Jaminan Kualiti yang bertanggungjawab terhadap tiga jenis
aktiviti Jaminan Kualiti iaitu:
• pengalaman pembelajaran akademik,
• khidmat sokongan yang berbagai jenis,
• audit kualiti (quality audit)
Oleh keranajaminan kualiti dianggap penting, sesetengah universiti
melantik Pro-Vice Chancellor (Quality Assurance) yang
bertanggungjawab kepada Naib Canselor bagi dua aspek berikut:
80
Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru
• Academic Standards
• Quality Assurance Unit
Tinjauan literatur mengenai amalan Jaminan Kualiti di United
Kingdom, Australia dan Belanda umpamanya menunjukkan bahawa satu
keperluan atau kekuatan rangka kerja jaminan kualiti atau quality
assurance framework ialah penggunaan secara rutin sistem maklumat
atau information system bagi menghasilkan data untuk tujuan pemantauan
prestasi melalui petunjuk prestasi atau performance indicators. Petunjuk
prestasi ini digunakan bagi mengukur kemajuan yang dicapai berdasarkan
matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebagai usaha penilaian
tahunan fakulti atau program.
Di peringkat fakulti, Lembaga Akademik bertanggungjawab untuk
menentukan tahap atau piawaian akademik yang tinggi dikekalkan.
Penilaian tahunan fakulti memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan
dan perundingan, perkembangan staf, kemudahan dan pentadbiran, dan
juga penilaian kualiti kursus dengan menggunakan data berkaitan prestasi
dalam berbagai-bagai bidang.
Usaha Jaminan Kualiti adalah berpandukan kepada dua sumber iaitu
Penilaian Luaran dan Penilaian Dalaman. Semua bentuk perkembangan
program atau perubahan kursus perlu melalui penilai luaran yang
melibatkan dua sumber berikut:
• khidmat panel penasihat akademik,
• khidmat pentaksir luar atau external assessor yang terdiri daripada
pakar dalam bidang berkenaan.
Di Amerika Syarikat pula, jaminan kualiti akademik dilaksanakan
oleh berbagai-bagai accreditation bodies atau badan-badan akreditasi.
Berdasarkan tinjauan Literatur juga secara keseluruhannya aktiviti
Jaminan dan Kualiti Akademik di sesetengah negara memberi tumpuan
kepada sebelas (11) aspek berikut:
• Aims and Curricula
• Curriculum Design and Review
• The Teaching and Learning Environment
• Staff Resources
• Learning Resources
• Course Organization
• Teaching and Learning Practice
• Student Support
• Assessment and Monitoring
81
Malaysian Journal of University Education
• Students' Work
• Output, Outcomes and Quality Control
Di Malaysia pula, Lembaga Akreditasi Negara dan Kod Amalan
Jaminan Kualiti IPTA (2000) diwujudkan sebagai usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam bidangjaminan kualiti.
Jaminan Kualiti di UiTM
Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) jabatan yang mengendalikan
kualiti akademik ialah Institute of Knowledge Advancement (InKA) dan
Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (ILQaM). Teras Kualiti di
UiTM dilaksanakan dalam Penstrukturan semula UiTM 2001 - 2010.
UiTM telah berjaya mendapat pengiktirafan ISO 9000:2001 dalam skop
Pengajaran dan Pembelajaran.
Penstrukturan Semula UiTM 2001 - 2010
Penstrukturan semula UiTM secara menyeluruh merangkumi Kampus
Induk dan Cawangan. Penstrukturan UiTM adalah untuk
memperkukuhkan teras kualiti berikut, iaitu:
• Falsafah Visi, Misi dan Matlamat Pendidikan Universiti;
• Kurikulum program pengajian, penilaian dan pengiktirafan;
• Pengajaran-pembelaj aran dan penilaian pelajar;
• Penyelidikan dan perundingan;
• Pemilihan pelajar;
• Pemilihan tenaga pengajar;
• Sumber-sumber pendidikan;
• Struktur dan matlmat governans;
• Kepimpinan dan etika keprofesionalan staf;
• Kepimpinan pelajar dan ciri-ciri keusahawanan.
Secara umumnya penstrukturan semula UiTM 2001-2010
memastikan aspek fizikal dan kemanusiaan sama-sama diperkukuhkan
bagi memastikan visi Universiti tercapai sepenuhnya.
Bagi memantapkan lagi kualiti akademik pelbagai institut penyelidikan
dan kecemerlangan ditubuhkan. Fakulti, pusat-pusat pengajian, institut
serta bahagian-bahagian yang berkaitan dengan akademik distrukturkan
semula untuk tujuan pengukuhan dan penjanaan perkembangan ilmu.
82
Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru
Latihan keprofesionalan merupakan proses penting dalam penyuburan
kemahiran pensyarah dari aspek pengajaran-pembelajaran, penyeliaan,
penyelidikan, pengurusan akademik serta kualiti kepimpinan. Institut
Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti telah ditubuhkan bagi membantu
meningkatkan kualiti dan keprofesionalan tersebut.
Institut Kepimpinan Pelajarjuga ditubuhkan bagi meningkatkan aspek
kepimpinan, jati diri, berdikari serta ciri-ciri keusahawanan yang mantap.
Pusat Pemanduan dan Sokongan Pelajar juga dibentuk untuk membantu
meningkatkan keperluan dan kefahaman pelajar terhadap budaya
kehidupan di universiti.
Teras Kualiti Akademik UiTM
Penstrukturan akademik UiTM memperkukuhkan 10 teras kualiti
akademik Universiti berlandaskan kriteria dan standard Jaminan Kualiti
IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) 2002 iaitu:
• Falsafah, Visi, Misi & Matlamat Pendidikan UiTM
• Reka bentuk program pengajian dan kaedah pengajaran
pembelajaran.
• Penilaian pelajar
• Pemilihan pelajar
• Tenagapengajar dan latihan
• Sumber-sumber pendidikan
• Kelulusan dan penilaian program
• Kepimpinan dan governans
• Kepimpinan pelajar dan keusahawanan
• Pembaikan berterusan
Model Graduan UiTM
Selaras dengan teras kualiti akademik yang telah digariskan, universiti
adalah hasrat untuk melahirkan graduan yang:
• Berpengetahuan dan berkemahiran;
• Kreatif, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan
analitikal;
• Rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, bebas dan
yakin;
• Berdikari dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan,
keusahawanan dan kemahiran pengurusan yang tinggi;
83
Malaysian Journal of University Education
• Mempunyai kecerdasan dan ketahanan mental serta fizikal yang
berpanjangan;
• Mempunyai sifat jati diri, patriotik, berterima kasih dan bersyukur;
• Beretika, bertakwa dan berakhlak mulia serta mempunyai ciri-ciri
personaliti yang seimbang, harmonis dan holistik.
Satu sistem kualiti yang menyeluruh seperti amalan UiTM,
melambangkan langkah-langkah proaktif dan dinamik bagi menangani
isu-isu semasa dalam pendidikan seperti globalisasi; kebolehgunaan
tenaga atau employability; memenuhi keperluan semasa industri dan
keperluan guna tenaga negara yang mempunyai ciri-ciri k-workers.
Amalan ini juga adalah memenuhi keperluan global knowledge workers
yang diusulkan oleh UNESO/EICD 1996 yang menggariskan ciri-ciri
berikut; flexible, creative, enthusiastic, intuitive, committed and
problem-solving.
Sistem kualiti menyeluruh yang diamalkanjuga mempastikan UiTM
bergerak sama dengan keperluan semasa di samping mengambil kira
cabaran-cabaran pendidikan masa hadapan.
Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru
UiTM, sama seperti Fakulti/Pusat Pendidikan 1PTA tempatan, juga
menawarkan program pendidikan guru dalam tujuh bidang berikut iaitu:
TESL, Pendidikan Seni, Multi-media Interaktif, Muzik, Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan, Matematik dan Sains. Fakulti Pendidikan UiTM
sentiasa melaksanakan aktivitijaminan kualiti bagi mempastikan kualiti
program yang ditawarkan dan kualiti produk yang dihasilkan adalah
bermutu tinggi.
Aktivitijaminan kualiti program pendidikan guru di UiTM dilaksanakan
melalui model berikut (Rajah 1) yang menggabungkan amalan sistem
pendidikan dengan berlandaskan kepada Kriteria dan Standard Jaminan
Kualiti IPTA, JPT (2002).
Berdasarkan model ini, Input merangkumi sumber dan strategi yang
disediakan dalam usaha mencapai matlamat dan objektif program
pendidikan guru. Proses melibatkan aktiviti yang dilaksanakan, termasuk
proses pengajaran dan pembelajaran manakala produk pula merujuk
kepada graduan atau lulusan yang dihasilkan.
84
Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru
«* INPUT • U* PROSES • h * PRODUK •
Pelajar
Staf
• Falsafah, Visi, Misi &
Matlamat Pendidikan UiTM
• Reka bentuk program
pengajian dan kaedah
pengajaran pembelajaran.
• Penilaian pelajar
• Pemilihan pelajar
• Tenaga pengajar dan latihan
• Sumber-sumber pendidikan
• Kelulusan dan penilaian
program
• Kepimpinan dan governans
• Kepimpinan pelajar dan
keusahawanan
• Pembaikan berterusan
t t T
Rajah 1: Model Jaminan Kualiti Pendidikan
Berdasarkan perkembangan semasa, bidang pendidikan dilihat
sebagai satu industri yang member! tumpuan kepada penghasilan produk
dan perkhidmatan. Dalamkonteks mi, institusi pendidikan tinggikhususnya
yang menawarkan program pendidikan guru, harus peka kepada kualiti
perkhidmatan yang diberikan dan juga produk yang dihasilkan agar
memenuhi kehendak dan keperluan semasa pasaran. Dengan demikian,
aspekjaminan kualiti pendidikan guru harusjuga memberi tumpuan kepada
produk yang dihasilkan, yang terdiri daripada guru-guru siswazah yang
akan mengajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan kerajaan dan
swasta. Jaminan kualiti produk yang dihasilkan boleh dilakukan melalui
kaedah berikut:
• Kajian Susulan
Kajian susulan atau follow-up studies boleh dilakukan bagi tujuan
mendapatkan maklum balas daripada lulusan terhadap mobiliti lulusan
Graduan / Lulusan
Aktiviti
dan
Interaksi
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Pelajar yang separa-layak
dan tidak layak
85
Malaysian Journal of University Education
selepas tamat pengajian, pandangan mengenai kurikulum program
yang ditawarkan danjuga mendapatkan pandangan majikan lulusan
berkenaan mengenai prestasi lulusan. Ini selaras dengan cadangan
Finch (1984) yang menyatakan penilaian produk atau product
evaluation, iaitu lulusan dapat menjawab soalan-soalan berikut:
1. What is the mobility of former students?
2. How adequately is the curriculum preparing graduates for job
entry?
3. How do employers view the performance of graduates?
Mengapakah pandangan dari lulusan atau produk penting?
Menurut Garrity (1984)... graduates are in the best position to provide
feedback on the strengths and weaknesses of the program they
experienced... (Garrity, 1984).
• Temu bual
Temu bual boleh dilakukan melalui telefon bagi mereka yang jauh
atau temu duga bagi mereka yang hampir, dengan tujuan mendapatkan
pandangan dan cadangan serta input lulusan kepada kurikulum
program yang ditawarkan. Ini menyerupai 'market survey' yang
diamalkan dalam bidang perniagaan.
• Kajian Terhadap Majikan
Kajian juga boleh dijalankan untuk mendapatkan maklum balas,
pandangan dan cadangan daripada majikan mengenai prestasi lulusan,
khususnya dari segi kekuatan dan kelemahan lulusan berdasarkan
prestasi kerja. Ini bertujuan mendapatkan input terperinci daripada
majikan mengenai 'work-place competency' atau kemahiran di
tempat kerja.
Produk Program Pendidikan Guru
Produk program pendidikan guru merupakan graduan atau lulusan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah, Visi, Misi Matlamat dan Objektif Institusi dan Fakulti
Pendidikan berkenaan.
Produk atau lulusan program pendidikan guru perlu merangkumi
pengetahuan akademik, profesional dan personal bagi persiapan sebagai
86
Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru
pendidik dan yang melihat pendidikan sebagai suatu usaha yang
berterusan dan sepanjang hayat.
Secara ringkasnya program pendidikan guru hendaklah meliputi dua
fungsi utama iaitu:
• Latihan guru atau teacher training, dan
• Perkembangan guru atau teacher advancement.
Cadangan bagi Jaminan Kualiti Pendidikan Guru
Berdasarkan kepada perbincangan yang telah diutarakan adalah
dicadangkan supaya langkah-langkah berikut dilaksanakan dan diamalkan
dalam usaha menjamin kualiti program pendidikan guru yang ditawarkan:
1. Setiap Fakulti Pendidikan perlu ada Unit atau Jawatankuasa Jaminan
Kualiti Program Akademik.
2. Jaminan Kualiti hendaklah dilihat sebagai seiring dengan kawalan
kualiti (quality control) dan peningkatan kualiti (quality enhancement)
3. Aktiviti jaminan kualiti hendaklah dilihat sebagai suatu usaha yang
berterusan dan menjadi amalan dalam program pendidikan guru.
4. Oleh kerana kurikulum merupakan nadi sesuatu program akademik,
maka aktiviti jaminan kualiti perlu meliputi 'benchmarking' dan
'forecasting' bagi mempastikan program pendidikan guru memenuhi
keperluan semasa dan akan datang.
5. Unit atau Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan semua tenaga pengajar
program pendidikan guru hendaklah sentiasa peka terhadap
perkembangan dan amalan-amalan terkini berhubung dengan best
practices berkaitan denganjaminan kualiti.
6. Semua Fakulti Pendidikan perlu bekerjasama dan mewujudkan
rangkaian atau networking dalam aspekjaminan kualiti agarjaminan
kualiti dapat dilihat sebagai suatu perkongsian ilmu yang
menguntungkan semua pihak di samping mewujudkan suasana 'win-
win situation'.
Penutup
Kertas kerja ini telah membincangkan aspek jaminan kualiti dalam
pendidikan guru. Walaupun tumpuan khusus telah diberikan kepada
jaminan kualiti dalam pendidikan guru, teori dan prinsip yang samajuga
87
Malaysian Journal of University Education
boleh diaplikasikan dalam menjamin kualiti bagi semua program
pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan maktab-maktab
perguruan.
Rujukan
Evans, James R. (1996). 'What Should Higher Education Be Teaching
About Quality?'Quality Progress.
Evans, Terry and Nation, Daryl (2000). Changing University Teaching.
London: Kogan Page.
Finch, Curtis R. and Cmnkiltion, John R. (1984). Curriculum Development
in Vocational and Technical Education. Massachusetts: Allyn and
Bacon.
Garrity, Raymond J. (1984) 'Curricular Excellence: The Role of the
Advisory Committee' AACJC Journal, Vol. 55. p. 40-41.
Weinstein, Larry B. et al (1998). 'What Higher Education Should Be
Teaching About Quality - But is Not'. Quality Progress, April 1998,
p. 91-95.
(2002). Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA di Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (JPT).
(2002). Matlamat dan Strategi Pengukuhan Akademik
UiTM (Universiti Teknologi MARA).
88

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (20)

Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Nota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DNota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3D
 
Definisi kaunseling
Definisi kaunselingDefinisi kaunseling
Definisi kaunseling
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Sistem nombor
Sistem nomborSistem nombor
Sistem nombor
 
Transformer
TransformerTransformer
Transformer
 
Perintang
PerintangPerintang
Perintang
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrik
 
Komponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalanKomponen dalam litar kawalan
Komponen dalam litar kawalan
 
Carta kawalan xbar r
Carta kawalan xbar rCarta kawalan xbar r
Carta kawalan xbar r
 
Definisi pengujian
Definisi pengujianDefinisi pengujian
Definisi pengujian
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 
8.1 multimeter
8.1 multimeter8.1 multimeter
8.1 multimeter
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposal
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraan
 
Perancah
PerancahPerancah
Perancah
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegas
 

Andere mochten auch

Kepentingan Kualiti dalam Pembuatan
Kepentingan Kualiti dalam PembuatanKepentingan Kualiti dalam Pembuatan
Kepentingan Kualiti dalam PembuatanTimothy Wooi
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhAmiey Rosmainie
 
Kawalan kualiti
Kawalan kualitiKawalan kualiti
Kawalan kualitiCg Zue
 
presentation TQM
presentation TQM presentation TQM
presentation TQM Cg Zue
 
Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)
Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)
Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)Perlis Fuat
 
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Allan Nacha
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Penetapan sasaran kerja tahunan
Penetapan sasaran kerja tahunanPenetapan sasaran kerja tahunan
Penetapan sasaran kerja tahunanarashidah74
 
Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)
Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)
Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)zariq haiqal
 
Roles and functions of educational technoloy in 21 st
Roles and functions of educational technoloy in 21 stRoles and functions of educational technoloy in 21 st
Roles and functions of educational technoloy in 21 stLyka Jade Amodia
 
Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)
Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)
Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)daffadaffa
 
Nota susun atur
Nota susun aturNota susun atur
Nota susun aturcikainn
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Azmi Yusoff
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidupBoss
 

Andere mochten auch (20)

Kepentingan Kualiti dalam Pembuatan
Kepentingan Kualiti dalam PembuatanKepentingan Kualiti dalam Pembuatan
Kepentingan Kualiti dalam Pembuatan
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruh
 
Kawalan kualiti
Kawalan kualitiKawalan kualiti
Kawalan kualiti
 
Kawalan kualiti
Kawalan kualitiKawalan kualiti
Kawalan kualiti
 
presentation TQM
presentation TQM presentation TQM
presentation TQM
 
Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)
Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)
Pengurusan Kualiti Menyeluruh(Tqm)
 
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Penetapan sasaran kerja tahunan
Penetapan sasaran kerja tahunanPenetapan sasaran kerja tahunan
Penetapan sasaran kerja tahunan
 
Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)
Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)
Elektrikdanelektronikasimenkhsr 130328032237-phpapp02 (1)
 
Roles and functions of educational technoloy in 21 st
Roles and functions of educational technoloy in 21 stRoles and functions of educational technoloy in 21 st
Roles and functions of educational technoloy in 21 st
 
Nota
NotaNota
Nota
 
budaya sistem kerja
budaya sistem kerjabudaya sistem kerja
budaya sistem kerja
 
machine breakdown analysis
machine breakdown analysismachine breakdown analysis
machine breakdown analysis
 
Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)
Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)
Perbedaan Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC)
 
Cutting tool
Cutting toolCutting tool
Cutting tool
 
Nota susun atur
Nota susun aturNota susun atur
Nota susun atur
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
 
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
1. kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup
 

Ähnlich wie Jaminan kualiti

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruuthm
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3yunging84
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMCONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMYati Yula
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolahJimmy Siow
 

Ähnlich wie Jaminan kualiti (20)

Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 
COPPA
COPPACOPPA
COPPA
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baruUnit 3.7   iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
Unit 3.7 iso 9000 , unit 3.8 kaizen dan jit( belum edit)1 baru
 
1911
19111911
1911
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Pentaksiran3
Pentaksiran3Pentaksiran3
Pentaksiran3
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3
 
8. assessment
8. assessment8. assessment
8. assessment
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
8. pentaksiran
8. pentaksiran8. pentaksiran
8. pentaksiran
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEMCONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
CONTOH PELAN STRATEGIK UNIT HEM
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolah
 

Jaminan kualiti

  • 1. )» $},j&--,iri(ki' P u s a t Penerbitan Universiti (UPENA) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA A^#lm%#La MalaysianJournal of University Education Faculty of Education Volume 1 No. 1 June 2005 ISSN 1823-1772 Quality Assurance or Quality Enhancement: Lessons from the UK Frank Hardman Quality Assurance in Higher Education in the 21s t Vanaja Nethi Century: Implications for Malaysia - A Regional Hub for Excellence A Qualitative Approach to Adult Learners' Understanding of a Supportive Learning Environment: A Case Study Hazadiah Mohd Dahan Jamiah Baba The ZZZ Adult Academic Reading Model Faizah Abd Majid Zalizan M Jelas Norzaini Azman Introducing Problem-Based Learning in a Graduate Business Educational Setting: Students' Perceptions and Implementation Issues Arfah Salleh Syed K.Alsagoff Soh Hwei Ling Ng Chee Kean Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru An Introduction to ACRULeT Research News Abu Bakar Ibrahim Zainab Mohd. Noor Gurnam Kaur Sidhu Richard Holmes Richard Holmes ffadiah UiTM (F.PENDIDIKAN)
  • 2. Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru Abu Bakar Ibrahim Zainab Mohd Noor ABSTRACT In recent years educational institutions at all levels have placed a great deal of emphasis on issues of quality assessment and assurance. MARA University of Technology (UiTM) is no exception to this global trend. In 2001 UiTM began a process of restructuring to ensure that its physical and human resources will enable the university to realise its vision. This restructuring is based on ten key elements which are described in the paper. The characteristics of the ideal UiTM graduate are outlined and suggestions are made for improving the quality of teacher education and implementing best practices. ABSTRAK Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, institusi-institusi pendidikan telah memberikan penekanan terhadap isu-isu kualiti dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga tidak ketinggalan dalam menekankan isu tersebut. Pada tahun 2001, Universiti Teknologi MARA telah memulakan proses penstrukturan semula bagi memastikan keselarasan kualiti prasarana fizikal dan sumber manusia untuk merealisasikan visi universiti. Penstrukturan semula itu adalah berlandaskan sepuluh elemen utama. la juga telah menyatakan dengan jelas ciri-ciri ideal graduan UiTM. Kertas ini membuat kesimpulan dengan mencadangkan peningkatan kualiti pendidikan guru dan mengaplikasikan amalan terbaik. Pengenalan Perbincangan mengenai kualiti dalam bidang pendidikan, khususnya pendidikan guru, akan melibatkan tiga elemen kualiti iaitu pertama, 79
  • 3. Malaysian Journal of University Education kawalan kualiti atau quality control; kedua ialah jaminan kualiti atau quality assurance dan yang ketiga peningkatan kualiti atau quality enhancement. Kawalan kualiti atau kawalan mutu bermaksud melakukan sesuatu yang berkualiti atau bermutu; jaminan kualiti merujuk kepada aktiviti yang dilakukan untuk mempastikan atau menjamin kualiti sentiasa terpelihara, manakala peningkatan kualiti pula melibatkan aktiviti berterusan dalam usaha meningkatkan kualiti. Kertas kerja ini akan hanya memberi tumpuan kepada aspek jaminan kualiti. Ini adalah berdasarkan kepada dua andaian mengenai kualiti. Andaian pertama mengambil kira bahawa setiap institusi pendidikan tinggi yang merancang program pendidikan guru telah mengambil kira langkah- langkah dan tindakan-tindakan yang berpandukan kawalan mutu semasa membentuk program masing-masing. Andaian kedua pula mengambil kira bahawa sekiranya kawalan mutu telah dilaksanakan dan aktiviti jaminan kualiti dipastikan maka secara automatis akan menghasilkan peningkatan kualiti atau quality enhancement program-program yang ditawarkan. Tinjauan Literatur Tinjauan literatur menunjukkan bahawa institusi pendidikan di dalam dan luar negara amat peka dan prihatin terhadap isu kualiti. Ini terbukti dengan wujudnya Jabatan atau Unit Jaminan Kualiti di peringkat universiti dan juga Fakulti. Di beberapa buah universiti di United Kingdom, Jawatankuasa, Jabatan atau Unit Kualiti diwujudkan sebagai langkah untuk menggalakkan budaya Total Quality Management (TQM) berdasarkan Quality System bagi memenuhi syarat piawaian The British Standard 5750/ISO9001. Sistem Kualiti atau Quality System ditadbirkan oleh Unit Jaminan Kualiti yang bertanggungjawab terhadap tiga jenis aktiviti Jaminan Kualiti iaitu: • pengalaman pembelajaran akademik, • khidmat sokongan yang berbagai jenis, • audit kualiti (quality audit) Oleh keranajaminan kualiti dianggap penting, sesetengah universiti melantik Pro-Vice Chancellor (Quality Assurance) yang bertanggungjawab kepada Naib Canselor bagi dua aspek berikut: 80
  • 4. Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru • Academic Standards • Quality Assurance Unit Tinjauan literatur mengenai amalan Jaminan Kualiti di United Kingdom, Australia dan Belanda umpamanya menunjukkan bahawa satu keperluan atau kekuatan rangka kerja jaminan kualiti atau quality assurance framework ialah penggunaan secara rutin sistem maklumat atau information system bagi menghasilkan data untuk tujuan pemantauan prestasi melalui petunjuk prestasi atau performance indicators. Petunjuk prestasi ini digunakan bagi mengukur kemajuan yang dicapai berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebagai usaha penilaian tahunan fakulti atau program. Di peringkat fakulti, Lembaga Akademik bertanggungjawab untuk menentukan tahap atau piawaian akademik yang tinggi dikekalkan. Penilaian tahunan fakulti memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan dan perundingan, perkembangan staf, kemudahan dan pentadbiran, dan juga penilaian kualiti kursus dengan menggunakan data berkaitan prestasi dalam berbagai-bagai bidang. Usaha Jaminan Kualiti adalah berpandukan kepada dua sumber iaitu Penilaian Luaran dan Penilaian Dalaman. Semua bentuk perkembangan program atau perubahan kursus perlu melalui penilai luaran yang melibatkan dua sumber berikut: • khidmat panel penasihat akademik, • khidmat pentaksir luar atau external assessor yang terdiri daripada pakar dalam bidang berkenaan. Di Amerika Syarikat pula, jaminan kualiti akademik dilaksanakan oleh berbagai-bagai accreditation bodies atau badan-badan akreditasi. Berdasarkan tinjauan Literatur juga secara keseluruhannya aktiviti Jaminan dan Kualiti Akademik di sesetengah negara memberi tumpuan kepada sebelas (11) aspek berikut: • Aims and Curricula • Curriculum Design and Review • The Teaching and Learning Environment • Staff Resources • Learning Resources • Course Organization • Teaching and Learning Practice • Student Support • Assessment and Monitoring 81
  • 5. Malaysian Journal of University Education • Students' Work • Output, Outcomes and Quality Control Di Malaysia pula, Lembaga Akreditasi Negara dan Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA (2000) diwujudkan sebagai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidangjaminan kualiti. Jaminan Kualiti di UiTM Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) jabatan yang mengendalikan kualiti akademik ialah Institute of Knowledge Advancement (InKA) dan Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (ILQaM). Teras Kualiti di UiTM dilaksanakan dalam Penstrukturan semula UiTM 2001 - 2010. UiTM telah berjaya mendapat pengiktirafan ISO 9000:2001 dalam skop Pengajaran dan Pembelajaran. Penstrukturan Semula UiTM 2001 - 2010 Penstrukturan semula UiTM secara menyeluruh merangkumi Kampus Induk dan Cawangan. Penstrukturan UiTM adalah untuk memperkukuhkan teras kualiti berikut, iaitu: • Falsafah Visi, Misi dan Matlamat Pendidikan Universiti; • Kurikulum program pengajian, penilaian dan pengiktirafan; • Pengajaran-pembelaj aran dan penilaian pelajar; • Penyelidikan dan perundingan; • Pemilihan pelajar; • Pemilihan tenaga pengajar; • Sumber-sumber pendidikan; • Struktur dan matlmat governans; • Kepimpinan dan etika keprofesionalan staf; • Kepimpinan pelajar dan ciri-ciri keusahawanan. Secara umumnya penstrukturan semula UiTM 2001-2010 memastikan aspek fizikal dan kemanusiaan sama-sama diperkukuhkan bagi memastikan visi Universiti tercapai sepenuhnya. Bagi memantapkan lagi kualiti akademik pelbagai institut penyelidikan dan kecemerlangan ditubuhkan. Fakulti, pusat-pusat pengajian, institut serta bahagian-bahagian yang berkaitan dengan akademik distrukturkan semula untuk tujuan pengukuhan dan penjanaan perkembangan ilmu. 82
  • 6. Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru Latihan keprofesionalan merupakan proses penting dalam penyuburan kemahiran pensyarah dari aspek pengajaran-pembelajaran, penyeliaan, penyelidikan, pengurusan akademik serta kualiti kepimpinan. Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti telah ditubuhkan bagi membantu meningkatkan kualiti dan keprofesionalan tersebut. Institut Kepimpinan Pelajarjuga ditubuhkan bagi meningkatkan aspek kepimpinan, jati diri, berdikari serta ciri-ciri keusahawanan yang mantap. Pusat Pemanduan dan Sokongan Pelajar juga dibentuk untuk membantu meningkatkan keperluan dan kefahaman pelajar terhadap budaya kehidupan di universiti. Teras Kualiti Akademik UiTM Penstrukturan akademik UiTM memperkukuhkan 10 teras kualiti akademik Universiti berlandaskan kriteria dan standard Jaminan Kualiti IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) 2002 iaitu: • Falsafah, Visi, Misi & Matlamat Pendidikan UiTM • Reka bentuk program pengajian dan kaedah pengajaran pembelajaran. • Penilaian pelajar • Pemilihan pelajar • Tenagapengajar dan latihan • Sumber-sumber pendidikan • Kelulusan dan penilaian program • Kepimpinan dan governans • Kepimpinan pelajar dan keusahawanan • Pembaikan berterusan Model Graduan UiTM Selaras dengan teras kualiti akademik yang telah digariskan, universiti adalah hasrat untuk melahirkan graduan yang: • Berpengetahuan dan berkemahiran; • Kreatif, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan analitikal; • Rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, bebas dan yakin; • Berdikari dan berdaya saing serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran pengurusan yang tinggi; 83
  • 7. Malaysian Journal of University Education • Mempunyai kecerdasan dan ketahanan mental serta fizikal yang berpanjangan; • Mempunyai sifat jati diri, patriotik, berterima kasih dan bersyukur; • Beretika, bertakwa dan berakhlak mulia serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang seimbang, harmonis dan holistik. Satu sistem kualiti yang menyeluruh seperti amalan UiTM, melambangkan langkah-langkah proaktif dan dinamik bagi menangani isu-isu semasa dalam pendidikan seperti globalisasi; kebolehgunaan tenaga atau employability; memenuhi keperluan semasa industri dan keperluan guna tenaga negara yang mempunyai ciri-ciri k-workers. Amalan ini juga adalah memenuhi keperluan global knowledge workers yang diusulkan oleh UNESO/EICD 1996 yang menggariskan ciri-ciri berikut; flexible, creative, enthusiastic, intuitive, committed and problem-solving. Sistem kualiti menyeluruh yang diamalkanjuga mempastikan UiTM bergerak sama dengan keperluan semasa di samping mengambil kira cabaran-cabaran pendidikan masa hadapan. Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru UiTM, sama seperti Fakulti/Pusat Pendidikan 1PTA tempatan, juga menawarkan program pendidikan guru dalam tujuh bidang berikut iaitu: TESL, Pendidikan Seni, Multi-media Interaktif, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Matematik dan Sains. Fakulti Pendidikan UiTM sentiasa melaksanakan aktivitijaminan kualiti bagi mempastikan kualiti program yang ditawarkan dan kualiti produk yang dihasilkan adalah bermutu tinggi. Aktivitijaminan kualiti program pendidikan guru di UiTM dilaksanakan melalui model berikut (Rajah 1) yang menggabungkan amalan sistem pendidikan dengan berlandaskan kepada Kriteria dan Standard Jaminan Kualiti IPTA, JPT (2002). Berdasarkan model ini, Input merangkumi sumber dan strategi yang disediakan dalam usaha mencapai matlamat dan objektif program pendidikan guru. Proses melibatkan aktiviti yang dilaksanakan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran manakala produk pula merujuk kepada graduan atau lulusan yang dihasilkan. 84
  • 8. Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru «* INPUT • U* PROSES • h * PRODUK • Pelajar Staf • Falsafah, Visi, Misi & Matlamat Pendidikan UiTM • Reka bentuk program pengajian dan kaedah pengajaran pembelajaran. • Penilaian pelajar • Pemilihan pelajar • Tenaga pengajar dan latihan • Sumber-sumber pendidikan • Kelulusan dan penilaian program • Kepimpinan dan governans • Kepimpinan pelajar dan keusahawanan • Pembaikan berterusan t t T Rajah 1: Model Jaminan Kualiti Pendidikan Berdasarkan perkembangan semasa, bidang pendidikan dilihat sebagai satu industri yang member! tumpuan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan. Dalamkonteks mi, institusi pendidikan tinggikhususnya yang menawarkan program pendidikan guru, harus peka kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan dan juga produk yang dihasilkan agar memenuhi kehendak dan keperluan semasa pasaran. Dengan demikian, aspekjaminan kualiti pendidikan guru harusjuga memberi tumpuan kepada produk yang dihasilkan, yang terdiri daripada guru-guru siswazah yang akan mengajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan kerajaan dan swasta. Jaminan kualiti produk yang dihasilkan boleh dilakukan melalui kaedah berikut: • Kajian Susulan Kajian susulan atau follow-up studies boleh dilakukan bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada lulusan terhadap mobiliti lulusan Graduan / Lulusan Aktiviti dan Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar yang separa-layak dan tidak layak 85
  • 9. Malaysian Journal of University Education selepas tamat pengajian, pandangan mengenai kurikulum program yang ditawarkan danjuga mendapatkan pandangan majikan lulusan berkenaan mengenai prestasi lulusan. Ini selaras dengan cadangan Finch (1984) yang menyatakan penilaian produk atau product evaluation, iaitu lulusan dapat menjawab soalan-soalan berikut: 1. What is the mobility of former students? 2. How adequately is the curriculum preparing graduates for job entry? 3. How do employers view the performance of graduates? Mengapakah pandangan dari lulusan atau produk penting? Menurut Garrity (1984)... graduates are in the best position to provide feedback on the strengths and weaknesses of the program they experienced... (Garrity, 1984). • Temu bual Temu bual boleh dilakukan melalui telefon bagi mereka yang jauh atau temu duga bagi mereka yang hampir, dengan tujuan mendapatkan pandangan dan cadangan serta input lulusan kepada kurikulum program yang ditawarkan. Ini menyerupai 'market survey' yang diamalkan dalam bidang perniagaan. • Kajian Terhadap Majikan Kajian juga boleh dijalankan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan daripada majikan mengenai prestasi lulusan, khususnya dari segi kekuatan dan kelemahan lulusan berdasarkan prestasi kerja. Ini bertujuan mendapatkan input terperinci daripada majikan mengenai 'work-place competency' atau kemahiran di tempat kerja. Produk Program Pendidikan Guru Produk program pendidikan guru merupakan graduan atau lulusan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang dinyatakan dalam Falsafah, Visi, Misi Matlamat dan Objektif Institusi dan Fakulti Pendidikan berkenaan. Produk atau lulusan program pendidikan guru perlu merangkumi pengetahuan akademik, profesional dan personal bagi persiapan sebagai 86
  • 10. Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Guru pendidik dan yang melihat pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan dan sepanjang hayat. Secara ringkasnya program pendidikan guru hendaklah meliputi dua fungsi utama iaitu: • Latihan guru atau teacher training, dan • Perkembangan guru atau teacher advancement. Cadangan bagi Jaminan Kualiti Pendidikan Guru Berdasarkan kepada perbincangan yang telah diutarakan adalah dicadangkan supaya langkah-langkah berikut dilaksanakan dan diamalkan dalam usaha menjamin kualiti program pendidikan guru yang ditawarkan: 1. Setiap Fakulti Pendidikan perlu ada Unit atau Jawatankuasa Jaminan Kualiti Program Akademik. 2. Jaminan Kualiti hendaklah dilihat sebagai seiring dengan kawalan kualiti (quality control) dan peningkatan kualiti (quality enhancement) 3. Aktiviti jaminan kualiti hendaklah dilihat sebagai suatu usaha yang berterusan dan menjadi amalan dalam program pendidikan guru. 4. Oleh kerana kurikulum merupakan nadi sesuatu program akademik, maka aktiviti jaminan kualiti perlu meliputi 'benchmarking' dan 'forecasting' bagi mempastikan program pendidikan guru memenuhi keperluan semasa dan akan datang. 5. Unit atau Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan semua tenaga pengajar program pendidikan guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan dan amalan-amalan terkini berhubung dengan best practices berkaitan denganjaminan kualiti. 6. Semua Fakulti Pendidikan perlu bekerjasama dan mewujudkan rangkaian atau networking dalam aspekjaminan kualiti agarjaminan kualiti dapat dilihat sebagai suatu perkongsian ilmu yang menguntungkan semua pihak di samping mewujudkan suasana 'win- win situation'. Penutup Kertas kerja ini telah membincangkan aspek jaminan kualiti dalam pendidikan guru. Walaupun tumpuan khusus telah diberikan kepada jaminan kualiti dalam pendidikan guru, teori dan prinsip yang samajuga 87
  • 11. Malaysian Journal of University Education boleh diaplikasikan dalam menjamin kualiti bagi semua program pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan maktab-maktab perguruan. Rujukan Evans, James R. (1996). 'What Should Higher Education Be Teaching About Quality?'Quality Progress. Evans, Terry and Nation, Daryl (2000). Changing University Teaching. London: Kogan Page. Finch, Curtis R. and Cmnkiltion, John R. (1984). Curriculum Development in Vocational and Technical Education. Massachusetts: Allyn and Bacon. Garrity, Raymond J. (1984) 'Curricular Excellence: The Role of the Advisory Committee' AACJC Journal, Vol. 55. p. 40-41. Weinstein, Larry B. et al (1998). 'What Higher Education Should Be Teaching About Quality - But is Not'. Quality Progress, April 1998, p. 91-95. (2002). Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA di Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (JPT). (2002). Matlamat dan Strategi Pengukuhan Akademik UiTM (Universiti Teknologi MARA). 88