SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALPENGENALAN
Perkara-perkara berkaitan isu bahasa, agama, kedudukan istimewa Bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujubkan hubungan etnik yang erat dan utuh dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi hak kepada kaum bukan Bumiputera. Perkara yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan diimbangi dengan peruntukkan kebebasan bagi rakyat bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama lain dalam suasana aman dan harmoni. Begitu juga perkara yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diimbangi dengan peruntukan bahawa tidak ada seorang pun boleh dilarang daripada menggunakan (melainkan bagi maksud rasmi) atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain. Di samping itu, kerajaan mempunyai hak untuk memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa sesuatu kaum di Persekutuan. Hal yang sama juga berlaku atas perkara yang menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak diimbangi dengan peruntukan bahawa kerajaan tidak boleh melucut, menarik balik atau menyebabkan hak kaum lain terhakis.KONSEP PERLEMBAGAAN
Umumnya, perlembagaan difahamkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Bagi sesebuah negara moden yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Perlembagaan juga berperanan sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan atau rakyat. Umumnya, perlembagaan dibahagikan kepada dua, iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis (seperti Perlembagaan Malaysia) ialah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan tidak bertulis ( seperti di Britian) pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.
Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap lagi adil. Keperluan sesuatu perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sesebuah negara yang berbilang etnik seperti Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujubkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan juga diperlukan bagi melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Parlimen (badan perundangan), badan eksekutif (termasuk Kabinet dan semua jentera Kerajaan yang lain) dan badan kehakiman memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkas, Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Oleh itu, perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam. ( Nazarruddin Mohd.Jali et al. 2001)
Di Malaysia, tidak terdapat institusi yang mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman dan eksekutif) mahupun Yang di-Pertuan Agong (Ketua Negara) tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Sebagai contoh, Parlimen tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Kuasa kehakiman mahkamah tertakluk kepada kehendak perlembagaan. Begitu juga kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Malahan undang-undang persekutuan atau negeru mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana undang-undang tersebut bercanggah. Hal ini kerana perlembagaan memperuntukan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan ini terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Hal ini yang dikatakan “keluhuran perlembagaan”.
DEFINISI KONTRAK SOSIAL
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes (1651) dan John Locke (1689) ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA
Kontrak sosial ialah persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu). Orang Melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu. Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pada 31 Ogos 1957, diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL
Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati.  Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara. Unsur-unsur dilindungi di bawah Akta Hasutan. Ia dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan awam.
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).
Manurut Shariff Ahmad (1991) yang pernah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:
“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.”
Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal menganggap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian Hashim (1987):
“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”
Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:
1 KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintah dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British.
Namun semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu dan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan
Setiap negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berpelembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain, iaitu menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya.
Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah peruntukan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu ( Mohd Salleh Abas, 1985).
Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), “Melayu” itu ditakrifkan sebagai:
,[object Object]
Menganuti agama Islam; dan
Mengamalkan adat istiadat Melayu.Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:
,[object Object]
Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seseorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.
Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam.
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang
Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).
4.  BAHASA MELAYU
Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksud-maksud lain). Namun begitu, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain.
CABARAN-CABARAN INTEGRASI NASIONAL
Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53. Pendek kata, hari kemerdekaan kali ini disambut dengan begitu meriah sekali di seluruh negara. Di mana-mana sahaja kibaran jalur gemilang jelas kelihatan. Suasana sebegini mengingatkan kita ketika negara baru sahaja membebaskan diri daripadacengkaman penjajah. Sesungguhnya, hari kebangsaan kali ini harus menjadi kebanggaan semua, kerana Malaysia kini sebuah negara makmur dari aspek ekonomi, aman damai dari aspek sosial dan mempunyai situasi politik yang stabil. Malaysia juga semakin terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadi teladan kepada negara dunia ketiga yang lain. Bagaimanapun, di saat kita gembira berpesta meraikan pencapaian cemerlang negara, kita harus berwaspada dengan ancaman keretakan integrasi nasional di Malaysia.                                           . Integrasi nasional bagi sebuah negara berbilang kaum dengan komposisi minoriti yang agak besar seperti Malaysia adalah pembolehubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep integasi nasional berbeza dengan konsep perpaduan kaum, tetapi kedua-duanya berteraskan kepada semangat nasionalisme yang tinggi dan saling menyokong satu sama lain. Meninjau kanvas politik dan sosial di Malaysia, terdapat segelintir pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal memulihara integrasi nasional menongkah arus pendekatan yang diambil oleh Barat. Walau bagaimanapun, Malaysia dalam banyak hal telah membuktikan bahawa pendekatannya dalam usaha membentuk integrasi nasional telah berjaya dalam gayanya yang tersendiri tanpa merujuk pada mazhab pendekatan Barat.Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori integrasi nasional yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana. Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘mangkuk pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk membina integrasi nasional antara pelbagai kaum minoriti dan kaum superior dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya kaum minoriti terlebur, tercerna dan teradun dalam budaya majoriti yang lebih besar. Pendekatan ini, terutamanya di Amerika Syarikat, tidak mengambilkira taraf pribumi sesuatu kaum. Contohnya, meskipun kaum ‘red Indian’ adalah kaum pribumi Amerika Syarikat, namun budaya mereka tidak mendapat tempat istimewa dalam proses integrasi nasional. Prinsip ini menyokong pendekatan integrasi nasional yang mereka amalkan apabila kaum pribumi itu hanyalah merupakan kaum minoriti berbanding dengan komposisi nasional yang majoritinya adalah pendatang Barat. Namun dalam konteks Britain ada juga nilai-nilai budaya minoriti yang positif daripada kacamata kepimpinan politik serta budayawan yang diambil, dikekalkan dan terus diamalkan sebagai budaya nasional meskipun berlaku improvisasi. Sama ada mereka setuju atau tidak, telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu. Namun di Malaysia kita lihat konsep mangkuk pelebur itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran yang sihat dan saling bertoleransi.Dasar integrasi nasional Kerajaan Malaysia amat mesra dengan bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dalam konteks media massa pula khalayak etnik minoriti juga diberikan hak untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri serta saluran radio yang seratus peratus menggunakan bahasa ibunda mereka. Mohd Noor Yazid (2000), calon kedoktoran dalam bidang politik antarabangsa di The University of Burmingham, England, berpendapat bahawa integrasi nasional di England tidak mendapat perhatian yang serius daripada pemerintah kerana golongan etnik minoriti amat kecil berbanding dengan Malaysia. Malah kedudukan komposisi kaum di Malaysia dilihat sebagai kritikal berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Di Thailand 86% komposisi rakyatnya terdiri daripada kaum majoriti Thai, komposisi kaum di Singapura pula terdiri daripada 95% Cina, 98% jumlah penduduk Indonesia pula adalah terdiri daripada kaum pribumi Indonesia manakala majoriti besar rakyat Filipina adalah terdiri daripada kaum Filipino sendiri. Majoriti besar etnik pribumi di negara-negara jiran (Singapura sahaja terdiri daripada majoriti kaum pendatang Cina), mewujudkan iklim dan persekitaran sosial dan politik yang selesa bagi mereka berbanding dengan Malaysia dengan komposisi Melayu (tidak termasuk kaum bumiputera Sabah dan Sarawak) yang hampir sama banyak dengan jumlah komposisi kaum Cina dan India. Dengan komposisi penduduk yang sedemikian Malaysia harus berhati-hati dan sensitif dengan polisi integrasi nasional yang diamalkannya..             Abdul Rashid Abdul Rahman (2007) , calon kedoktoran dalam bidang komunikasi massa di University of Loughborough pula melihat bahawa hubungan kaum di Malaysia amat sensitif dan masing-masing sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak melanggar batas-batas sensitiviti berkenaan. Kerajaan pula telah mengambil langkah-langkah yang bijak untuk mengelakkan ketegangan kaum, khususnya melalui Dasar Ekonomi Baru agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara pelbagai kaum. Banyak peristiwa hitam dalam konteks perpaduan nasional telah berlaku dalam sejarah Malaysia akibat daripada perlanggaran batas-batas sensitiviti tersebut. Dengan itu, baik individu, kelompok masyarakat, ahli politik mahupun media massa hendaklah berwaspada.

Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
ross

8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
Nur Az

Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
Karen Kayny

NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARANOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA

Russlan Ssvs

Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123

Brenda Rachel Marie

Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia

faizah12

Konsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayuKonsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayu
2011611966

Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik

Mahyuddin Khalid

5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
Nur Az

Was ist angesagt? (19)

Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia

Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan

8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia

SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUANSEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN
SEJARAH SEMESTER 4 - KERAJAAN PERSEKUTUAN

Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan

Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia

Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia
Hubungan Etnik melalui Perlembangan di Malaysia

Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan

NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARANOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA

Keluhuran perlembagaan
Keluhuran perlembagaanKeluhuran perlembagaan
Keluhuran perlembagaan

Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123

Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6

Kontrak sosial
Kontrak sosialKontrak sosial
Kontrak sosial

Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysiaAgama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia
Agama islam perlembagaaan_persekutuan_dan_negara_malaysia

Konsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayuKonsep ketuanan melayu
Konsep ketuanan melayu

Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik

Bab3 Perlembagaan
Bab3 PerlembagaanBab3 Perlembagaan
Bab3 Perlembagaan

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara

5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan

Ähnlich wie Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2

Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris

8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)

Kamisah Madhan

Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan

Rosli Dol Haji

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
Home

peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuan
DAYANGNORAYUNI1

Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
harizaish96

Ähnlich wie Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2 (20)

Topik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptxTopik 6 baru.pptx
Topik 6 baru.pptx

Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis

Isu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaIsu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysia

Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial
Isu perpaduan etnik malaysia dan Kontrak sosial

Rukunnegara
RukunnegaraRukunnegara
Rukunnegara

Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..

Ctu553
Ctu553Ctu553
Ctu553

Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan

8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)

Has asasi
Has asasiHas asasi
Has asasi

TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3

Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia

Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi

Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara

Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)
Pengajian malaysia (Perlembagaan Malaysia - peruntukan dalam perlembagaan)

Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014

Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia

peruntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuanperuntukan perlembangan persekutuan
peruntukan perlembangan persekutuan

Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia

Perlembagaan malaysia dalam konteks he di malaysia 2

• 1.
• 3.
• 4. Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seseorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI