SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Ruj    : KP (PP) SULIT 0070/5 (41)

                                             Tarikh :     14 Disember 2010


Semua Ketua Jabatan/ Bahagian

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru

Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

Semua Pengetua/ Guru Besar



Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,



 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                         BIL 2 TAHUN 2010

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 9 TAHUN
2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41
HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA


TUJUAN

1.      Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan terperinci
mengenai kaedah pelaksanaan memberi kebenaran kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi
Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengambil bahagian
secara aktif dalam aktiviti politik sama ada bertanding atau memegang jawatan atau
dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.



                                                                                   1
LATAR BELAKANG

2.     Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara
aktif dalam suatu parti politik dipanjangkan kepada PPPS Gred DG41 hingga DG48
yang bertugas di Institusi Pendidikan, KPM. Bagi tujuan berkenaan, Kerajaan telah
meminda Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993] melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) (Pindaan) [P.U.(A)250/2010].


3.    Susulan daripada pindaan Peraturan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 pada 30 Julai
2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010.



TAFSIRAN

4.    Bagi maksud Surat Pekeliling ini:

Institusi Pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru, English Language
Teaching Centre (ELTC), Kolej Matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki di bawah KPM.

Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai dan bertanggungjawab
ke atas sesuatu Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan di bawah KPM atau mana-
mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis.

Jawatankuasa Penilaian bermaksud jawatankuasa yang mengandungi ahli-ahli dan
tertakluk kepada terma rujukan seperti yang ditetapkan di perenggan 9.1 dan 9.2 Surat
Pekeliling ini.

Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik bermaksud bertanding atau memegang
jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik seperti yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993].

MEKANISME PELAKSANAAN

5.   Syarat-syarat permohonan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik
     adalah seperti berikut:




                                                                                   2
5.1   Pegawai adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
           Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48;

     5.2   Pegawai mesti bertugas di Institusi Pendidikan di bawah KPM iaitu
           sekolah, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, ELTC dan Kolej
           Matrikulasi;

     5.3   Pegawai tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran;

     5.4   Pegawai tidak menyandang jawatan latihan (bercuti belajar);

     5.5   Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang
           diakui sah melalui Ketua Jabatan masing-masing :

              a) Borang Permohonan JPA(T) 1/10 (3 salinan)
              b) Kad Pengenalan pegawai (2 salinan)
              c) Senarai Tugas yang terkini dan Jadual Waktu Mengajar
                 (1 salinan)
              d) Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini (1 salinan);

     5.6   Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib,
           Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan di
           Peringkat Bahagian KPM/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing
           selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam
           aktiviti politik;

     5.7   Keputusan Ketua Setiausaha KPM bagi permohonan                 mengambil
           bahagian dalam aktiviti politik adalah muktamad;

     5.8   Carta aliran tatacara permohonan seperti di Lampiran 1.


6.   Permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR) untuk aktiviti politik:

     6.1   Pegawai yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada
           Ketua Setiausaha KPM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik
           dibenarkan untuk memohon cuti tanpa rekod selaras dengan peraturan
           yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas dan hanya
           terhad kepada aktiviti berikut:

             (a) menghadiri mesyuarat parti politik di peringkat kebangsaan
                 sebagai perwakilan; atau
                                                                                    3
(b)   menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik yang
                membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan negara.

6.2     Walau apa pun yang dinyatakan di dalam Perkara 6.1 (a) dan (b) di atas,
        ia adalah tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara Ketua Jabatan
        masing-masing mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.


6.3     Cuti Tanpa Rekod boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus
        seperti Jadual 1 di bawah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
        Walau bagaimanapun, bagi aktiviti di luar negara, ianya akan
        dipertimbangkan oleh Ketua Setiausaha KPM.


        Jadual 1: Pihak Berkuasa Melulus Cuti Tanpa Rekod Mengikut Tempat
                  Bertugas Pegawai



          TEMPAT BERTUGAS PEGAWAI               PIHAK BERKUASA MELULUS

      Institusi Pendidikan (IAB /Institut Pengarah (IAB / IPG / ELTC/
      Pendidikan   Guru    /ELTC/  Kolej Kolej Matrikulasi)
      Matrikulasi)

      Sekolah Menengah /Sekolah Rendah Pengarah Jabatan Pelajaran
      Harian                           Negeri

      Jenis sekolah yang lain (selain sekolah Pengarah Bahagian berkaitan
      rendah/ menengah harian)


6.4     Bagi tujuan kemudahan Cuti Tanpa Rekod, pegawai perlu mengemukakan
        dokumen-dokumen seperti berikut untuk pertimbangan dan persetujuan
        Ketua Jabatan :

        (a)     borang permohonan Cuti Tanpa Rekod ;

        (b)     salinan surat kelulusan mengambil bahagian dalam aktiviti politik
                daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; dan

        (c)     salinan surat jemputan menghadiri         mesyuarat/persidangan
                berkaitan penglibatan dalam politik.

                                                                                4
7.   Peranan Ketua Jabatan

     7.1   Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada
           pegawai supaya penglibatan pegawai di dalam aktiviti politik tidak
           menjejaskan tugas- tugas hakiki sebagai pendidik;

     7.2   Ketua Jabatan juga dinasihati untuk meneliti permohonan dan memberi
           ulasan ke atas permohonan dengan mengambil kira perkara-perkara
           seperti berikut;

           (a)   Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan      Tatatertib)
                 1993 (P.U.A 395/1993);

           (b)   Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010; dan

           (c)   Perenggan 5, Surat Pekeliling ini.

     7.3    Ketua Jabatan perlu mengemukakan permohonan kebenaran berpolitik
           yang lengkap kepada Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber
           Manusia, KPM bagi urusan pertimbangan dan keputusan;

     7.4   Ketua Jabatan turut bertanggungjawab untuk memantau kegiatan
           pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti politik dan melaporkan
           prestasi pegawai melalui borang seperti di Lampiran 2 dan
           mengemukakannya kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/
           JPN masing masing setiap empat(4) bulan iaitu sebelum atau pada 15
           Mac, 15 Julai, dan 15 November setiap tahun;

     7.5   Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/JPN perlu memantau dan
           menyediakan laporan setiap empat(4) bulan mengikut format di
           Lampiran 2 dan mengemukakan kepada Unit Tatatertib Bahagian
           Pengurusan Sumber Manusia KPM sebelum atau pada 31 Mac, 31 Julai
           dan 30 November setiap tahun;

     7.6   Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan
           dengan serta merta mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam
           aktiviti politik tanpa kebenaran Ketua Setiausaha KPM dan melanggar
           syarat-syarat yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk
           tindakan selanjutnya;



                                                                              5
7.7    Tatacara penyediaan laporan pemantauan PPPS yang mengambil
            bahagian dalam aktiviti politik adalah seperti di Lampiran 3.


8.   Pembatalan dan Penarikan Balik Kelulusan


      8.1   Kelulusan boleh terbatal sekiranya:

            (a)      Pegawai berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral atau
                    dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di KPM atau
                    JPN atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau di Institusi
                    Pendidikan atau mana-mana agensi Kerajaan; atau

            (b)     Pegawai bersetuju menerima pemangkuan (KUP) atau kenaikan
                    pangkat ke Gred DG 52 dan ke atas; atau

            (c)     Pegawai tidak berjaya memegang jawatan yang ditandingi.


      8.2   Ketua Setiausaha KPM berhak menarik balik kelulusan yang diberi
            kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang
            dinyatakan dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah
            Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

9.     Bagi tujuan penilaian permohonan dan pemantauan kegiatan politik serta
prestasi pegawai yang mendapat kelulusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti politik,
Jawatankuasa Penilaian di KPM diwujudkan seperti berikut:

      9.1   Keanggotaan jawatankuasa

             Pengerusi     :      Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

             Ahli          :      Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pengurusan)
                                  Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
                                  (Operasi Pendidikan)
                                  Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
                                  (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
                                  Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber
                                  Manusia

                                                                                  6
Urusetia     :     Unit Tatatertib,   Bahagian   Pengurusan   Sumber
                               Manusia, KPM

      9.2    Terma Rujukan:

            a)    Menimbang dan memberi syor ke atas permohonan kebenaran
                  berpolitik berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan
                  mengambilkira kepentingan perkhidmatan;

            b)    Menimbang dan mengesyorkan cadangan penarikan balik
                  kebenaran berpolitik kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-
                  mana syarat yang dinyatakan;

            c)    Melaporkan kecuaian mana-mana Ketua Jabatan yang didapati
                  gagal memantau kegiatan politik pegawai di bawah seliaannya
                  atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan;

            d)    Melaporkan sebarang ketidakpatuhan pegawai terhadap syarat -
                  syarat yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
                  politik;

            e)    Menjalankan pemeriksaan ke atas pegawai yang diluluskan untuk
                  mengambil bahagian dalam aktiviti politik (sekiranya perlu); dan

            f)    Memantau dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada
                  Ketua Setiausaha KPM.


PEMAKAIAN

10.   Surat Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai bagi semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 hingga Gred DG 48 di Institusi Pendidikan di
bawah KPM.


11.   Surat Pekeliling Perkhidmatan ini perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 9 Tahun 2010.


TARIKH KUATKUASA

12.   Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.


                                                                                 7
PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS


13.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai
pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/
Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada:

                                    Setiausaha Bahagian
                          Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
                               Kementerian Pelajaran Malaysia
                       Aras 2, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
                         Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
                                      62604 Putrajaya.
                                    (u.p: Unit Tatatertib)

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’



(DATO’ Dr. ROSLI BIN MOHAMED)
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh:   14 Disember 2010


s.k
Menteri Pelajaran
Timbalan Menteri Pelajaran I
Timbalan Menteri Pelajaran II
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)


                                                                           8
LAMPIRAN 1

             CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN
                 DALAM AKTIVITI POLITIK BAGI PPPS GRED DG41 HINGGA DG 48


                                      Mula


                                                  Pegawai mendapatkan Borang Permohonan di laman web
                                                  Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).

                                                  Pegawai melengkapkan Borang Permohonan beserta
                                                  dokumen sokongan seperti di Perenggan 5.5 SPP KPM
                                                  2/2010.

                                                   Pegawai mengemukakan Borang Permohonan kepada
                                                   Ketua Jabatan masing-masing (Pengarah IPG/ELTC/Kolej
                                                   Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar)
                     Tidak memenuhi
   Maklumkan              syarat
                                                   Ketua Jabatan Semak Borang Permohonan berdasarkan
    kepada
                                                   syarat-syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
    pegawai
                        memenuhi syarat
                                                   Beri ulasan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan di
                                                   peringkat Bahagian KPM/ JPN masing-masing

                                             memenuhi syarat
                    Tidak memenuhi
                         syarat                     Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN
  Maklumkan
                                                    menyemak Borang Permohonan berdasarkan syarat-
kepada pegawai                                      syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
 melalui Ketua          memenuhi syarat
    Jabatan                                         Beri ulasan dan kemukakan kepada Jawatankuasa
                                                    Penilaian peringkat KPM (dalam tempoh dua (2) bulan
                                                    sebelum mengambil bahagian dalam politik)

   Maklumkan                              memenuhi syarat
                     Tidak memenuhi
     kepada               syarat                   Jawatankuasa    Penilaian KPM      semak    Borang
 pegawai melalui                                   Permohonan berdasarkan syarat-syarat di Perenggan
  Ketua Jabatan                                    7.2 SPP KPM 2/ 2010.
                    memenuhi syarat


                                                   Kemukakan kepada Ketua Setiausaha KPM untuk
                                                   pertimbangan dan keputusan.


                                                   Memaklumkan keputusan kepada pegawai melalui Ketua
                                                   Jabatan dan merekod dalam Buku Perkhidmatan
                                                   Kerajaan pegawai

                                     Tamat          .
                                                                                                        9
LAMPIRAN 2
          LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
                                         AKTIVITI POLITIK BIL _______ TAHUN _______

                                                                   JABATAN/ BAHAGIAN/ JPN : ___________________

        BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS PEGAWAI DAN PARTI POLITIK YANG DICEBURI

                                  MAKLUMAT ASAS PEGAWAI                                                                                    MAKLUMAT PARTI POLITIK



           NAMA                      GRED              NAMA DAN                 TEMPAT                JAWATAN                PERINGKAT                   NAMA              TEMPOH                  STATUS
       PEGAWAI & NO.                TERKINI               GRED                 BERTUGAS                POLITIK                                           PARTI            KELULUSAN
BIL.                                                                                                                        (CAWANGAN/                                                              (AKTIF/
            KAD                    PEGAWAI              JAWATAN                                         YANG                                            POLITIK
        PENGENALAN                                       TERKINI                                      DIPEGANG               BAHAGIAN                                      (Nyatakan                 TIDAK
                                                          YANG                                                                 DLL)                                          tahun)                 AKTIF)*
                                                       DISANDANG

       1
       Contoh 1:
       1
       Ahmad bin Abu              DG48                Guru Kanan              SMK XYZ                    Ketua             Cawangan EFG                  UMNO                2010-2012             Aktif
       Bakar (740101-             (KUP)               Mata                                              Pemuda
       05-0109)                                       Pelajaran
                                                      (Gred DG44)


       Contoh 2:
                                                      Pensyarah               Kolej                  Ketua                 Cawangan                       MCA                2010-2011             Tidak Aktif
       Chan Kim Lee     DG44
                                                      (DG44)                  Matrikulasi            Wanita/               LMN/ Bahagian                                                           (tidak
       (700101-01-5108)
                                                                              ABC                    Setiausaha            XYZ                                                                     berjaya
                                                                                                                                                                                                   menyanda
                                                                                                                                                                                                   ng jawatan
                                                                                                                                                                                                   yang
                                                                                                                                                                                                   ditandingi)

        * Status(Aktif/ Tidak aktif) merujuk kepada status sama ada pegawai masih memegang jawatan politik atau telah meletakkan jawatan yang diluluskan atau terbatal kelulusannya seperti yang
        ditetapkan di para 8.1 Surat Pekeliling ini




                                                                                                                                                                                                   10
LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
                                           AKTIVITI POLITIK BIL. _______ TAHUN _______

          BAHAGIAN B: MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI


                MAKLUMAT ASAS PEGAWAI

           (Maklumat Pegawai Di Bhg B = Bhg A)                                                    MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI



       NAMA PEGAWAI             GRED          TEMPAT             BIL. CUTI TANPA     JUM. WAKTU              MARKAH LNPT        ULASAN KETUA JABATAN
         & NO. KAD             TERKINI       BERTUGAS             REKOD YANG          MENGAJAR                 PEGAWAI
BIL.    PENGENALAN            PEGAWAI                             DILULUSKAN        PEGAWAI YANG                              (Nyatakan sebarang masalah/
                                                                  BAGI TUJUAN       DITINGGALKAN       2010     2011   2012   aduan/ perlanggaran terhadap
                                                                      POLITIK        BAGI TUJUAN                              syarat-syarat yang ditetapkan,
                                                                                       POLITIK*                                       sekiranya ada)

       Contoh 1:

       Ahmad bin Abu         DG48            SMK XYZ                  5 hari           15 waktu        85.1                   Pegawai     didapati     sering
       Bakar                 (KUP)                                                                                            meninggalkan kelas bagi urusan
                                                                                                                              politik
       (740101-05-0109)



       Contoh 2:
                                             Kolej                Tidak berkaitan   Tidak berkaitan      -        -                        Tiada
       Chan Kim Lee          DG44            Matrikulasi
       (700101-01-5108)                      ABC


          *Tidak termasuk Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan politik

          DISEDIAKAN OLEH :                                                                           DISAHKAN OLEH

          ……………………………………………………………                                                                 ……………………………………………………………
          (URUS SETIA BAHAGIAN/ JPN)                                                               (REKTOR IPGM/ PENGARAHBAHAGIAN/JPN)



                                                                                                                                                   11
LAMPIRAN 3


CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BORANG PEMANTAUAN PENGLIBATAN PPPS
                    DALAM AKTIVITI POLITIK


            Mula



                    Ketua Jabatan (Pengarah IPG/ELTC/Kolej Matrikulasi/
                    Pengetua/ Guru Besar) memantau PPPS yang mengambil
                    bahagian dalam politik dan menyediakan laporan pemantauan
                    setiap 4 bulan mengikut format di Lampiran 2.


                    Kemukakan kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian
                    KPM/ JPN masing-masing sebelum 15 Mac, 15 Julai dan 15
                    November setiap tahun

                    Ketua Jabatan di peringkat        Bahagian KPM/ JPN
                    menyelaras, mengesahkan dan       mengemukakan laporan
                    kepada Jawatankuasa Penilaian    peringkat KPM setiap 4
                    bulan iaitu sebelum 31 Mac, 31   Julai dan 30 November
                    setiap tahun.

                    Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM menyelaras laporan
                    yang diterima daripada Ketua Jabatan di peringkat
                    Bahagian KPM/ JPN.


                    Kemukakan Laporan Pemantauan PPPS kepada Ketua
                    Setiausaha KPM setiap 4 bulan.




           Tamat




                                                                                12

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Surat pekeliling perkhidmatan kementerian pelajaran malaysia bil 2 (8)

Spp062011
Spp062011Spp062011
Spp062011
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi minda
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)
 
Panduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan PejabatPanduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan Pejabat
 
Borang kebenaran
Borang kebenaranBorang kebenaran
Borang kebenaran
 
1317951503
13179515031317951503
1317951503
 
PTM (Program Transformasi Minda)
PTM (Program Transformasi Minda) PTM (Program Transformasi Minda)
PTM (Program Transformasi Minda)
 
Pekeliling bil.1 2013 v2
Pekeliling bil.1 2013 v2Pekeliling bil.1 2013 v2
Pekeliling bil.1 2013 v2
 

Mehr von Chon Seong Hoo

Mehr von Chon Seong Hoo (20)

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 

Surat pekeliling perkhidmatan kementerian pelajaran malaysia bil 2

  • 1. Ruj : KP (PP) SULIT 0070/5 (41) Tarikh : 14 Disember 2010 Semua Ketua Jabatan/ Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Semua Pengarah Kolej Matrikulasi Semua Pengetua/ Guru Besar Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL 2 TAHUN 2010 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 9 TAHUN 2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan terperinci mengenai kaedah pelaksanaan memberi kebenaran kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti politik sama ada bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik. 1
  • 2. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara aktif dalam suatu parti politik dipanjangkan kepada PPPS Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi Pendidikan, KPM. Bagi tujuan berkenaan, Kerajaan telah meminda Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) [P.U.(A)395/1993] melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) [P.U.(A)250/2010]. 3. Susulan daripada pindaan Peraturan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 pada 30 Julai 2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010. TAFSIRAN 4. Bagi maksud Surat Pekeliling ini: Institusi Pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru, English Language Teaching Centre (ELTC), Kolej Matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki di bawah KPM. Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai dan bertanggungjawab ke atas sesuatu Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan di bawah KPM atau mana- mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis. Jawatankuasa Penilaian bermaksud jawatankuasa yang mengandungi ahli-ahli dan tertakluk kepada terma rujukan seperti yang ditetapkan di perenggan 9.1 dan 9.2 Surat Pekeliling ini. Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik bermaksud bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) [P.U.(A)395/1993]. MEKANISME PELAKSANAAN 5. Syarat-syarat permohonan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik adalah seperti berikut: 2
  • 3. 5.1 Pegawai adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48; 5.2 Pegawai mesti bertugas di Institusi Pendidikan di bawah KPM iaitu sekolah, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, ELTC dan Kolej Matrikulasi; 5.3 Pegawai tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran; 5.4 Pegawai tidak menyandang jawatan latihan (bercuti belajar); 5.5 Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang diakui sah melalui Ketua Jabatan masing-masing : a) Borang Permohonan JPA(T) 1/10 (3 salinan) b) Kad Pengenalan pegawai (2 salinan) c) Senarai Tugas yang terkini dan Jadual Waktu Mengajar (1 salinan) d) Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini (1 salinan); 5.6 Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan di Peringkat Bahagian KPM/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti politik; 5.7 Keputusan Ketua Setiausaha KPM bagi permohonan mengambil bahagian dalam aktiviti politik adalah muktamad; 5.8 Carta aliran tatacara permohonan seperti di Lampiran 1. 6. Permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR) untuk aktiviti politik: 6.1 Pegawai yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha KPM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik dibenarkan untuk memohon cuti tanpa rekod selaras dengan peraturan yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas dan hanya terhad kepada aktiviti berikut: (a) menghadiri mesyuarat parti politik di peringkat kebangsaan sebagai perwakilan; atau 3
  • 4. (b) menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik yang membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan negara. 6.2 Walau apa pun yang dinyatakan di dalam Perkara 6.1 (a) dan (b) di atas, ia adalah tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. 6.3 Cuti Tanpa Rekod boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus seperti Jadual 1 di bawah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, bagi aktiviti di luar negara, ianya akan dipertimbangkan oleh Ketua Setiausaha KPM. Jadual 1: Pihak Berkuasa Melulus Cuti Tanpa Rekod Mengikut Tempat Bertugas Pegawai TEMPAT BERTUGAS PEGAWAI PIHAK BERKUASA MELULUS Institusi Pendidikan (IAB /Institut Pengarah (IAB / IPG / ELTC/ Pendidikan Guru /ELTC/ Kolej Kolej Matrikulasi) Matrikulasi) Sekolah Menengah /Sekolah Rendah Pengarah Jabatan Pelajaran Harian Negeri Jenis sekolah yang lain (selain sekolah Pengarah Bahagian berkaitan rendah/ menengah harian) 6.4 Bagi tujuan kemudahan Cuti Tanpa Rekod, pegawai perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk pertimbangan dan persetujuan Ketua Jabatan : (a) borang permohonan Cuti Tanpa Rekod ; (b) salinan surat kelulusan mengambil bahagian dalam aktiviti politik daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; dan (c) salinan surat jemputan menghadiri mesyuarat/persidangan berkaitan penglibatan dalam politik. 4
  • 5. 7. Peranan Ketua Jabatan 7.1 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada pegawai supaya penglibatan pegawai di dalam aktiviti politik tidak menjejaskan tugas- tugas hakiki sebagai pendidik; 7.2 Ketua Jabatan juga dinasihati untuk meneliti permohonan dan memberi ulasan ke atas permohonan dengan mengambil kira perkara-perkara seperti berikut; (a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U.A 395/1993); (b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010; dan (c) Perenggan 5, Surat Pekeliling ini. 7.3 Ketua Jabatan perlu mengemukakan permohonan kebenaran berpolitik yang lengkap kepada Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM bagi urusan pertimbangan dan keputusan; 7.4 Ketua Jabatan turut bertanggungjawab untuk memantau kegiatan pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti politik dan melaporkan prestasi pegawai melalui borang seperti di Lampiran 2 dan mengemukakannya kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN masing masing setiap empat(4) bulan iaitu sebelum atau pada 15 Mac, 15 Julai, dan 15 November setiap tahun; 7.5 Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/JPN perlu memantau dan menyediakan laporan setiap empat(4) bulan mengikut format di Lampiran 2 dan mengemukakan kepada Unit Tatatertib Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM sebelum atau pada 31 Mac, 31 Julai dan 30 November setiap tahun; 7.6 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan dengan serta merta mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam aktiviti politik tanpa kebenaran Ketua Setiausaha KPM dan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya; 5
  • 6. 7.7 Tatacara penyediaan laporan pemantauan PPPS yang mengambil bahagian dalam aktiviti politik adalah seperti di Lampiran 3. 8. Pembatalan dan Penarikan Balik Kelulusan 8.1 Kelulusan boleh terbatal sekiranya: (a) Pegawai berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral atau dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di KPM atau JPN atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau di Institusi Pendidikan atau mana-mana agensi Kerajaan; atau (b) Pegawai bersetuju menerima pemangkuan (KUP) atau kenaikan pangkat ke Gred DG 52 dan ke atas; atau (c) Pegawai tidak berjaya memegang jawatan yang ditandingi. 8.2 Ketua Setiausaha KPM berhak menarik balik kelulusan yang diberi kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 9. Bagi tujuan penilaian permohonan dan pemantauan kegiatan politik serta prestasi pegawai yang mendapat kelulusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti politik, Jawatankuasa Penilaian di KPM diwujudkan seperti berikut: 9.1 Keanggotaan jawatankuasa Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ahli : Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pengurusan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 6
  • 7. Urusetia : Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM 9.2 Terma Rujukan: a) Menimbang dan memberi syor ke atas permohonan kebenaran berpolitik berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan mengambilkira kepentingan perkhidmatan; b) Menimbang dan mengesyorkan cadangan penarikan balik kebenaran berpolitik kepada pegawai yang gagal mematuhi mana- mana syarat yang dinyatakan; c) Melaporkan kecuaian mana-mana Ketua Jabatan yang didapati gagal memantau kegiatan politik pegawai di bawah seliaannya atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan; d) Melaporkan sebarang ketidakpatuhan pegawai terhadap syarat - syarat yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik; e) Menjalankan pemeriksaan ke atas pegawai yang diluluskan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik (sekiranya perlu); dan f) Memantau dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Ketua Setiausaha KPM. PEMAKAIAN 10. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 hingga Gred DG 48 di Institusi Pendidikan di bawah KPM. 11. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 2010. TARIKH KUATKUASA 12. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010. 7
  • 8. PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS 13. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada: Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. (u.p: Unit Tatatertib) ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ (DATO’ Dr. ROSLI BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Tarikh: 14 Disember 2010 s.k Menteri Pelajaran Timbalan Menteri Pelajaran I Timbalan Menteri Pelajaran II Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) 8
  • 9. LAMPIRAN 1 CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK BAGI PPPS GRED DG41 HINGGA DG 48 Mula Pegawai mendapatkan Borang Permohonan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my). Pegawai melengkapkan Borang Permohonan beserta dokumen sokongan seperti di Perenggan 5.5 SPP KPM 2/2010. Pegawai mengemukakan Borang Permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing (Pengarah IPG/ELTC/Kolej Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar) Tidak memenuhi Maklumkan syarat Ketua Jabatan Semak Borang Permohonan berdasarkan kepada syarat-syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010. pegawai memenuhi syarat Beri ulasan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN masing-masing memenuhi syarat Tidak memenuhi syarat Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN Maklumkan menyemak Borang Permohonan berdasarkan syarat- kepada pegawai syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010. melalui Ketua memenuhi syarat Jabatan Beri ulasan dan kemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM (dalam tempoh dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam politik) Maklumkan memenuhi syarat Tidak memenuhi kepada syarat Jawatankuasa Penilaian KPM semak Borang pegawai melalui Permohonan berdasarkan syarat-syarat di Perenggan Ketua Jabatan 7.2 SPP KPM 2/ 2010. memenuhi syarat Kemukakan kepada Ketua Setiausaha KPM untuk pertimbangan dan keputusan. Memaklumkan keputusan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan dan merekod dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai Tamat . 9
  • 10. LAMPIRAN 2 LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM AKTIVITI POLITIK BIL _______ TAHUN _______ JABATAN/ BAHAGIAN/ JPN : ___________________ BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS PEGAWAI DAN PARTI POLITIK YANG DICEBURI MAKLUMAT ASAS PEGAWAI MAKLUMAT PARTI POLITIK NAMA GRED NAMA DAN TEMPAT JAWATAN PERINGKAT NAMA TEMPOH STATUS PEGAWAI & NO. TERKINI GRED BERTUGAS POLITIK PARTI KELULUSAN BIL. (CAWANGAN/ (AKTIF/ KAD PEGAWAI JAWATAN YANG POLITIK PENGENALAN TERKINI DIPEGANG BAHAGIAN (Nyatakan TIDAK YANG DLL) tahun) AKTIF)* DISANDANG 1 Contoh 1: 1 Ahmad bin Abu DG48 Guru Kanan SMK XYZ Ketua Cawangan EFG UMNO 2010-2012 Aktif Bakar (740101- (KUP) Mata Pemuda 05-0109) Pelajaran (Gred DG44) Contoh 2: Pensyarah Kolej Ketua Cawangan MCA 2010-2011 Tidak Aktif Chan Kim Lee DG44 (DG44) Matrikulasi Wanita/ LMN/ Bahagian (tidak (700101-01-5108) ABC Setiausaha XYZ berjaya menyanda ng jawatan yang ditandingi) * Status(Aktif/ Tidak aktif) merujuk kepada status sama ada pegawai masih memegang jawatan politik atau telah meletakkan jawatan yang diluluskan atau terbatal kelulusannya seperti yang ditetapkan di para 8.1 Surat Pekeliling ini 10
  • 11. LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM AKTIVITI POLITIK BIL. _______ TAHUN _______ BAHAGIAN B: MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI MAKLUMAT ASAS PEGAWAI (Maklumat Pegawai Di Bhg B = Bhg A) MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI NAMA PEGAWAI GRED TEMPAT BIL. CUTI TANPA JUM. WAKTU MARKAH LNPT ULASAN KETUA JABATAN & NO. KAD TERKINI BERTUGAS REKOD YANG MENGAJAR PEGAWAI BIL. PENGENALAN PEGAWAI DILULUSKAN PEGAWAI YANG (Nyatakan sebarang masalah/ BAGI TUJUAN DITINGGALKAN 2010 2011 2012 aduan/ perlanggaran terhadap POLITIK BAGI TUJUAN syarat-syarat yang ditetapkan, POLITIK* sekiranya ada) Contoh 1: Ahmad bin Abu DG48 SMK XYZ 5 hari 15 waktu 85.1 Pegawai didapati sering Bakar (KUP) meninggalkan kelas bagi urusan politik (740101-05-0109) Contoh 2: Kolej Tidak berkaitan Tidak berkaitan - - Tiada Chan Kim Lee DG44 Matrikulasi (700101-01-5108) ABC *Tidak termasuk Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan politik DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH …………………………………………………………… …………………………………………………………… (URUS SETIA BAHAGIAN/ JPN) (REKTOR IPGM/ PENGARAHBAHAGIAN/JPN) 11
  • 12. LAMPIRAN 3 CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BORANG PEMANTAUAN PENGLIBATAN PPPS DALAM AKTIVITI POLITIK Mula Ketua Jabatan (Pengarah IPG/ELTC/Kolej Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar) memantau PPPS yang mengambil bahagian dalam politik dan menyediakan laporan pemantauan setiap 4 bulan mengikut format di Lampiran 2. Kemukakan kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN masing-masing sebelum 15 Mac, 15 Julai dan 15 November setiap tahun Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN menyelaras, mengesahkan dan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM setiap 4 bulan iaitu sebelum 31 Mac, 31 Julai dan 30 November setiap tahun. Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM menyelaras laporan yang diterima daripada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN. Kemukakan Laporan Pemantauan PPPS kepada Ketua Setiausaha KPM setiap 4 bulan. Tamat 12