SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 63
SharifahafidahSESMA
                      1
RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
            FASA PERTAMA
 Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960 )


Rancangan Malaya Kedua ( 1961 – 1965 )


Rancangan Malaysia Pertama (1966–1970)


                   SharifahafidahSESMA
                                          2
FASA KEDUA

        Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 )
        Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 )
        Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
         Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
          Fasa Kedua ini diletakkan dibawah
          Rangka Rancangan Jangka Panjang 1
          dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun,
iaitu tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ).




                        SharifahafidahSESMA
                                                       3
Apakah MATLAMATnya?
1. Membangunkan kawasan luar bandar
2. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara bandar dan luar
bandar.
3. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar
Bandar.
4. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara
supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah




                         SharifahafidahSESMA
                                                                   4
• Apakah LANGKAH / STRATEGI
   Sektor ekonomi:
  1. Menekankan sector ekonomi dan perhatian serius
  dalam sector social dan awam
  2. Mempergiatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian
  3. Menggalakkan penanaman semula getah secara ladang
  4. Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
  5. Memperluaskan perusahaan bijih timah
  Sektor social:
  6. Mempelbagaikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan
  dan perhubungan
  Sektor awam
  7. Membangunkan infrastruktur seperti balai polis, kem
  tentera, pejabat pos, mahkamah dll

                          SharifahafidahSESMA
                                                       5
Nyatakan AGENSI yang wujud dlm R.Malaya 1?
1. Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA) bertujuan untuk meninggikan
taraf hidup orang Melayu , membangunkan dan memajukan masyarakat luar
bandar . memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil, membantu
pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam
sector perniagaan.
2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) bertujuan untuk
meninggikan taraf hidup masyarakat luar Bandar, meningkatkan hasil pertanian
negara membantu masyarakat Melayu dengan membuka tanah baru dan
petempatan baru lengkap dengan kemudahan asas.
3. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar diwujudkan untuk
menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar Bandar .
RIDA dan FELDA diletakkan di bawah kementerian ini.

PENCAPAIAN
Pencapaian RM 1 agak kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis
semasa Zaman Darurat yang menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara
dialihkan kepada keselamatan negara. Ia juga disebabkan kejatuhan harga
komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia.

                                           SharifahafidahSESMA
                                                                               6
Apakah matlamat RMalaya Kedua?
1. Masih menekankan pembangunan luar bandar .
2. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara kawasan
luar bandar dengan bandar.
3. Mengurangkan kadar kemiskinan.
4. Meninggikan taraf hidup rakyat.

Apakah Langkah/Strategi mencapainya?
1. Mempergiatkan pembukaan tanah di bawah FELDA.
2. Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian negara
3. Mengurangkan kebergantungan negara terhadap getah dan
bahan makanan import.

                                 SharifahafidahSESMA
                                                           7
APAKAH AGENSI / PERTUBUHAN
                YANG WUJUD DLM RANC MELAYA 2 ?
1. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ) ditubuhkan bagi
    membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan
             seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.


                   APAKAH PENCAPAIANNYA?
 1. RM 2 terus memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur social
               serta memperbanyakkan peluang pekerjaan.
2. Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur diwujudkan bagi menyelaraskan
          pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung.
  3. Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan, dan kaedah
               mengesan tahap pencapaian di perkenalkan

                                      SharifahafidahSESMA
                                                                          8
APAKAH MATLAMATNYA?
1. Memastikan semua program pembangunan
memfokuskan kesejahteraan rakyat dan integrasi
nasional sempena penubuhan Malaysia pada 1963.
2. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sector
pertanian dan perindustrian



                           SharifahafidahSESMA
                                                  9
APAKAH AGENSI / INSTITUSI YANG MUNCUL DLM R.MLAYSIA 1?
1. Mengadakan projek pembangunan seperti Tiga Segi Jengka, Johor
Tenggara dan Pahang Tenggara.
2. Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
( FELCRA ) untuk membantu FELDA membangunkan kawasan luar
Bandar.
3. RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) dan Bank
Bumiputera serta Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS ) ditubuhkan
bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan
perdagangan.
4. Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian ( MARDI )
untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi
meningkatkan hasil keluaran pertanian , kecuali getah.
5. Untuk memajukan industri, diwujudkan Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia ( MIDA ) dan Lembaga Penasihat Tarif. Akta
Pelaburan pula berfungsi untuk menggalakkan kemunculan industri baru.
                                   SharifahafidahSESMA
                                                                        10
PENCAPAIAN Rancangan Msia 1?
1. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang
memberangsangkan terbantut akibat Peristiwa 13 Mei
1969.
2. Masih terdapat jurang perbezaan pendapatan antara
kaum.
3. Untuk itu, Dasar Ekonomi Baru, DEB diperkenalkan
sebagai rancangan pembangunan negara jangka panjang
bagi mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.



                             SharifahafidahSESMA
                                                       11
FASA KEDUA

   Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 )
   Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 )
   Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
   Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
    Fasa Kedua ini diletakkan dibawah Rangka
    Rancangan Jangka Panjang 1 dilaksanakan dalam
    tempoh 20 tahun, iaitu tempoh pelaksanaan Dasar
    Ekonomi Baru ( DEB ).


                               SharifahafidahSESMA
                                                      12
• APAKAH MATLAMATNYA?
  1. Menyelesaikan masalah ekonomi dan social
  antara kaum, kawasan dan wilayah.
  2. Membasmi kemiskinan
  3. Menambah pendapatan
  4. Menambah peluang pekerjaan
  5. Merapatkan jurang ekonomi.
  6. Menghapuskan identity kaum mengikut
  fungsi ekonomi
                        SharifahafidahSESMA
                                                13
APAKAH AGENSI YANG MUNCUL DLM RANC MSIA 2?
1. Lembaga Beras dan Padi Negara ( LPM ) diwujudkan bagi menstabilkan harga
padi.
2. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) untuk membangunkan dan
memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan.
3. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA ) untuk
membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan tanaman semula
getah.
4. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bertujan bagi membantu petani dalam
berkoperasi
5. Petrolium Nasional Berhad ( Petronas ) untuk memajukan sector perindustrian
dan perniagaan
6. Perbadanan Pembangunan Bandar ( UDA ) bertujuan untuk membangunkan
Bandar.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berujuan untuk menggalakkan
perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian,
perumahan, ruang pejabat dan kedai.
                                        SharifahafidahSESMA
                                                                                 14
• MATLAMAT dan STRATEGI                              • AGENSI
• 1. Membasmi kemiskinan dan            •   1. Pembukaan tanah secara besar-
  menyusun semula masyarakat              besaran oleh Lembaga Kemajuan
  tanpa mengira kaum dengan               Johor Tenggara ( KEJORA) ;
  menambah pendapatan dan peluang         Lembaga Kemajuan Terengganu
  pekerjaan bagi merapatkan jurang        Tengah ( KETENGAH ) ;
  ekonomi.                                Lembaga Kemajuan Pahang
• 2. Meneruskan program                   Tenggara ( DARA ) dan Lembaga
  pembangunan luar bandar di              Kemajuan Kelantan Selatan
  samping pembangunan pertanian           ( KESEDAR )
  dan perindustrian untuk               • 2. Terdapat juga beberapa usaha
  meningkatkan produktiviti               untuk meningkatkan penanaman
• 3. Meningkatkan taraf hidup rakyat.     getah dan kelapa sawit bagi
                                          keperluan eksport. . Agensi
                                          pembangunan wilayah diluaskan
                                          peranannya dalam sector
                                          pembangunan industri dan
                                          pembangunan bandar baru.

                                        SharifahafidahSESMA
                                                                               15
APAKAH MATLAMAT dan STRATEGINYA?
1.Meneruskan     program pembangunan ekonomi dalam RM 3
dengan memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan
berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan
teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Untuk itu,
HICOM diwujudkan.
2. Menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan
modal asing dengan membuka kawasan perusahaan baru seperti
di Skudai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan), Bintulu
(Sarawak) serta di Menggatal dan Likas (Sabah).
3.Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan
Lepas(Pulau Pinang) , Sungai Way (Selangor).
                                 SharifahafidahSESMA
                                                                    16
APAKAH AGENSI / PROGRAM DALAM RM 4
1. Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) diwujudkan bagi
mengenalpasti dan mengurus projek industri berat dengan cekap seperti yang
dikendalikan oleh sector swasta.
2. Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia bagi mengenal
pasti kelemahan dalam struktur perindusrtian negara; dan Pelan Induk
Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi
perlaksanaannya.
3. Mengadakan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia
bertujuan untuk melibatkan sector swasta dalam pembangunan ekonomi negara
dengan harapan akan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
4. Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) bagi menyeimbangkan pemilikan harta dan saham
industri antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera.
5. Dasar Pertanian Negara( DPN ) diadakan bagi memodenkan dan
menggiatkan semula sector pertanian secara bersepadu dengan menyediakan
infrastuktur dan perkhidmatan sokongan.
                                     SharifahafidahSESMA
                                                                       17
PENCAPAIAN
  RM 4 mencatatkan perkembangan
Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK)
     pada kadar 5.8 % setahun.
Pendapatan per kapita meningkat pada
kadar 4.4. % setahun menjadi RM4000
        juta pada tahun 1985.


                  SharifahafidahSESMA
                                        18
MATLAMAT dan   STRATEGI
1. Meningkatkan sector perindustrian dengan melonggarkan peraturan hak milik
syarikat dan perlesenan dalam sector swasta. Syarat pelaburan modal asing juga
dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan sector perindustrian berorientasikan
eksport.
2. Meneruskan pembangunan luar bandar dengan penggunaan tanah secara
lebih cekap.
3. Menggalakkan industri desa seperti kraftangan dengan memberi kemudahan
kredit dan intensif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas
Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
4. Memajukan Sektor pelancongan. Peranannya dimainkan oleh Perbadanan
Pelancongan Malaysia .
5.Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan ( R & D )untuk
                                  SharifahafidahSESMA
meningkatkan kecekapan guna tenaga tempatan dan produktiviti negara.    19
APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG RANCANGAN
                       LIMA TAHUN INI?
Pada keseluruhannya Rancangan Lima Tahun telah memperlihatkan
kemajuan terutamanya dalam tiga rancangan yang pertama
walaupun wujud perasaan tidak puas hati antara kaum seperti
Peristiwa 13 Mei 1969. DEB pula berjaya merapatkan jurang antara
kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun. Peningkatan berlaku
dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik modal saham
bumiputera walaupun pemilikan saham ini tidak mencapai sasaran 30
%. Sebaliknya hak milik modal saham kaum bukan bumiputera
meningkat 2 % melebihi sasaran 40 % yang ditetepakan.Peningkatan
hak milik modal kedua-dua golongan ini berjaya mengurangkan hak
milik modal saham orang asing sebanyak 38.2 % DEB memberi
manfaat kepada semua kaum.

                               SharifahafidahSESMA
                                                                    20
• DASAR PERTANIAN NEGARA
    • DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
          • DASAR PENSWASTAAN
      • DASAR HALA TUJU CARA BARU
         • DASAR KEPENDUDUKAN
• DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN
              NEGARA ( DPDPN )

                SharifahafidahSESMA
                                       21
DASAR PERTANIAN NEGARA
Matlamat:
•   1.        Meningkatkan pendapatan sector pertanian ke tahap
     maksimum dengan pengurusan sumber ekonomi negara yang
     cekap dan berkesan.
• 2.            Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping
     memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk di eksport.
Strategi:
•    1.   Menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah rancangan
     FELDA
• 2.       Memperkenalkan pembangunan in situ untuk meingkatkan
     produltiviti kawasan pertanian sedia ada serta memulihkan
     kawasan yang berproduktiviti rendah
• 3.       Memperkenalkan penglibatan swasta dalam pertanian di
     bawah Kementerian Pertanian.
                                SharifahafidahSESMA
                                                                22
DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
• Konsep:
• Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara oleh
  kerajaan dan swasta.Mereka merupakan pemilik saham dan pekerja
  yang bertanggungjawab memajukan syarikat ini.
• Matlamat:
• 1.     Merangsang penglibatan swasta dalam pembangunan negara
• Strategi:
• 1. Pegawai kerajaan di tempatkan di syarikat swasta untuk menjalin
  hubungan dan berkongsi pengalaman.
• 2. Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan
  mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di
  samping memaksimumkan keuntungan.
• 3. Kerajaan pula bertindak memberi perkhidmatan sokongan kepada
  sector swasta
•
                                 SharifahafidahSESMA
                                                                    23
DASAR PENSWASTAAN
Matlamat:
• 1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
• 2. Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau
  barangan kerana sector swasta dianggap lebih cekap
• 3. Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui
  pelaburan modal swasta.
Strategi:
• 1. Kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan,
  kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada swasta.
• 2. unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai
  jawatankuasa penswastaan untuk memberi garis panduan
  membantu sector kerajaan.Dengan ini, penswastaan boleh
  dilaksanakan secara sepenuhnya atau sebahagian.
                             SharifahafidahSESMA
                                                              24
DASAR HALA TUJU CARA BARU
Matlamat:
• 1. Membangunkan kawasan luar bandar
• 2. Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa
   melalui penglibatan mereka dalam sector pelaburan.
Strategi:
• 1. Strategi pertama~mengelompokkan kampung-kampung
   menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan
   disediakan dengan lebih ekonomik.
• 2. Strategi kedua~meningkatkan pendapatan golongan petani
   dan pekerja desa melalui program usahawan desa dengan
   industri pembuatan barangan.
• 3. Strategi ketiga~pelaksanaan projek pembangunan oleh
   agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk
   desa.

                                SharifahafidahSESMA
                                                                 25
DASAR KEPENDUDUKAN
Matlamat:
• 1. Mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100. dasar ini
   penting untuk bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan
   perluasan pasaran, di samping kekuatan politik dan keselamatan
   negara.
• 2. Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk
   dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara seperti
   kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang
   pekerjaan
Strategi:
• Untuk itu, segala program pembangunan negara didasarkan pada
   unjuran jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah
   penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara




                                      SharifahafidahSESMA
                                                                      26
DASAR PENINGKATAN DAYA
     PENGELUARAN NEGARA ( DPDPN )
Matlamat:
• 1. Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan
   dalam menghadapi cabaran negara
• 2. Meningkatkan hasil pendapatan negara bagi meningkatkan
   kadar pertumbuhan ekonomi
• 3. Untuk memastikan penggunaan sumber negara pada tahap
   maksimum bagi mengelak pembaziran dan memastikan
   perindustrian dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Strategi:
• Membaiki sistem pengurusan operasi, sturktur organisasi,
   penggunaan teknologi terkini dan menerapan nilai dan etika
   kerja murni.

                                 SharifahafidahSESMA
                                                                27
A ) RUKUN NEGARA
     B ) DASAR PENDIDIKAN
    KEBANGSAAN DAN FALSAFAH
     PENDIDIKAN KEBANGSAAN
C ) AKTA BAHASA KEBANGSAAN
    D ) DASAR KEBUDAYAAN
            KEBANGSAAN
 E ) SUKAN UNTUK PERPADUAN
            SharifahafidahSESMA
                                  28
A ) RUKUN NEGARA
LATAR BELAKANG                                              • MATLAMAT
           Pembentukan Rukun Negara adalah
•
    hasil rentetan daripada peristiwa                        Mewujudkan
    rusuhan kaum 13 Mei 1969. Majlis                     perpaduan
    Gerakan Negara                               •        Memelihara corak
    ( MAGERAN ) yang                                     hidup demokratik
    dipertanggungjawabkan untuk mengambil        •        Mencipta sebuah
    alih pentadbiran negara telah                        masyarakat adil
    menubuhkan Majlis Perundingan Negara (
    MPN ) untuk membincangkan isu-isu            •        Menjamin sikap
    perpaduan negara.                                    liberal terhadap tradisi
•   MAGERAN yang berjalan selama 21 bulan                kebudayaan yang pelbagai
    juga berperanan untuk menjaga                •        Membina masyarakat
    keamanan, melicinkan pentadbiran dan                 progresif berteraskan sains
    mengembalikan keharmonian kaum.                      dan teknologi
•    Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos
    1970.




                                   SharifahafidahSESMA
                                                                                 29
PRINSIP KEDUA ~ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 Semua rakyat Malaysia dituntut supaya memberikan taat setia kepada raja dan
negara. Yang diPertuan Agong merupakan ketua negara dan raja Melayu
merupakan ketua negeri. Raja sebagai symbol penyatuan rakyat dan pelindung hak
istimewa pribumi. Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan
kepada negara.

      PRINSIP KETIGA ~ KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah
negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran
perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi,
menyanjungi dan mempertahankannya.
                                 SharifahafidahSESMA
                                                                           30
PRINSIP KEEMPAT~ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Prinsip ini menuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan
tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Kedaulatan undang-
undang yang terpelihara membolehkan rakyat hidup aman damai. Kita
bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan
dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.



  PRINSIP KELIMA ~ KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni
yang melambangkan keperibadian seorang individu.
Prinsip ini penting bagi menjamin kehidupan
masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling
menghormati.

                               SharifahafidahSESMA
                                                                        31
SharifahafidahSESMA
                      32
LAPORAN BARNES , 1950
1.Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi
apabila British memperkenalkan Sistem Ahli. Laporan Barnes
mencadangkan:
 semua sekolah vernacular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan
diganti dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan
 Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat
sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan
peringkat yang lebih tinggi.
2. Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa
ibunda mereka tergugat.
3. Masyarakat Cina melalui Laporan Fenn-Wu 1951 mencadangkan sekolah
vernacular Cina terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan
kebangsaan.

                                  SharifahafidahSESMA
                                                                   33
ORDINAN PELAJARAN 1952
1. Dengan mengambil kira hasil laporan Barnes dan Fenn-Wu,
terbentuklah Ordinan Pelajaran 1952 yang mencadangkan:
 dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa
pengantar , iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
 pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya
ada permintaan dari ibu bapa.
 Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
2. Ordinan Pelajaran 1952, tidak dapat dijalankan kerana tentangan
masyarakat Cina dan India, kekurangan wang dan ancaman
pengganas komunis ketika itu.



                               SharifahafidahSESMA
                                                                 34
SharifahafidahSESMA
                      35
LAPORAN RAHMAN TALIB 1960
1. Pada tahun 1960, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Encik Abd.
Rahman Talib, Menteri Pelajaran telah ditubuhkan bagi mengkaji Ordinan
Pelajaran 1960. Hasilnya, lahirlah Laporan Rahman Talib 1960. Antara syornya:
       untuk memupuk semangat perpaduan kaum, Sekolah Umum dijadikan
Sekolah Kebangsaan sementara Sekolah Jenis Umum dijadikan Sekolah Jenis
Kebangsaan
       pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah
kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.
       Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dengan dijadikan bahasa
pengantar di semua sekolah menengah
       Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar ditukar kepada bahasa Melayu
       Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar di semua sekolah bantuan penuh
kerajaan yang mempunyai tidak kurang daripada 15 pelajar Islam.
       Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya
terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar.
2. Syor-syor ini digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.


                                    SharifahafidahSESMA
                                                                                36
KAJIAN AMINUDDIN BAKI.
Hasil kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka
jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Ia bertujuan
untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki
sekolah menengah akademik. Matlamatnya untuk
menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah
sehingga berumur 15 tahun dengan memberikan pelbagai
kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan
sebagai persediaan untuk pasaran kerja. Kursus kemahiran
pilihan yang diajar ialah perdagangan, sains rumah tangga,
seni perusahaan, dan sains pertanian. Mata pelajaran wajib
sama seperti yang diaajar di sekolah menengah biasa.


                                   SharifahafidahSESMA
                                                             37
JAWATANKUASA KABINET 1974
Satu jawatankuasa yang dibentuk untuk mengkaji
semula pelaksanaan sistem pelajran kebangsaan.
Objektifnya:
menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran
kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber
tenaga manusia yang diperlukan oleh negara.
mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran
kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang
bersatu padu , berdisiplin dan terlatih.


                      SharifahafidahSESMA
                                                    38
Laporannya: Penekanan harus diberikan
  kepada penguasaan 3 M, kenaikan darjah
secara automatik, penekanan terhadap sekolah
vokasional, sukatan pelajaran sekolah swasta,
 bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
    dalam peperiksaan, serta penekanan
    kokurikulum dan disiplin sebagai asas
                 perpaduan.


                   SharifahafidahSESMA
                                                39
Hasilnya:
Kementerian melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) pada
tahun 1988. Kurikulum baru juga menekankan
perkembangan diri pelajar dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan sebagai:
6     pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan
6     menjelaskan hala tuju sistem pendidikan negara.
6     perpaduan dan integrasi nasional.

                          SharifahafidahSESMA
                                                        40
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
     Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
   ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
   menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang
  seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
                     jasmani berdasarkan
 kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
      bagimelahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
         pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
         kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara



                          SharifahafidahSESMA
                                                           41
SharifahafidahSESMA
                      42
Kedudukan Bahasa Melayu:
Satu lagi perkara penting dalam pembangunan dan
perpaduan ialah bahasa. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957. Ia bertujuan untuk:
1.     memartabatkan bahasa Melayu
2.     menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu.




                       SharifahafidahSESMA
                                                    43
Langkah Memajukan Bahasa Melayu:
1.    Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP )
     pada tahun 1957
2.   Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”
     bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
3.   Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada tahun
     1960
4.   Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan
     bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti
     Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah
     Sultan Abdul Halim.

                         SharifahafidahSESMA
                                                     44
Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh sebagai bahasa
kebangsaan apabila :
1.   Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.
2.   Semua bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris
      telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara
      berperingkat-peringkat.
3.   Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pula
      membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi
      bahasa ilmu.
4.   Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa
      pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa
      Inggeris.
5.   Pada tahun 1990, bahasa Melayu mula digunakan di
      mahkamah.

                         SharifahafidahSESMA
                                                          45
SharifahafidahSESMA
                      46
Latar belakang:
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
lahir daripada gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan yang
dianjurkan oleh Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan pada
tahun 1971 sebagai panduan dalam
membentuk dan mengekalkan
identiti negara Malaysia.
              SharifahafidahSESMA
                                    47
Objektifnya:
1. memperkukuh perpaduan melalui
kebudayaan .
2. memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan.
3. memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan dari aspek kemanusiaan dan
kerohanian seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.


                    SharifahafidahSESMA
                                             48
Tiga Prinsip Utama Dasar Kebudayaan
Kebangsaan:
1. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai
tunjang.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan
sesuai, diterima.
3. Islam sebagai unsur yang terpenting.


                        SharifahafidahSESMA
                                                  49
SharifahafidahSESMA
                      50
•Sukan dapat memainkan peranan sebagai alat perpaduan
kerana:
~mampu diadakan tanpa mengira ideologi
~dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan
rakyat
~aktiviti sukan juga tidak mengehadkan penyertaan
kepada sesuatu kaum sahaja
~sesiapa yang berminat boleh menyertainya.
Antara langkah memajukan sukan:
1. Menggalakkan sukan sebagai satu aktiviti kokurikulum di
sekolah-sekolah.
2. Mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah pada
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
3. Mengadakan temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) dua
tahun sekali bagi mengeratkan kaum dan hubungan antara
negeri.
Dll cara?????                 SharifahafidahSESMA
                                                             51
SharifahafidahSESMA
                      52
Satu gagasan negara untuk menjadi negara maju berdasarkan
          prinsip kemajuan yang bersepadu berteraskan:
                      ~     Perpaduan rakyat
                      ~ Kestabilan politik
                    ~    Ketinggian taraf hidup
               ~    Kekukuhan nilai moral dan etika
                 ~    Kekukuhan sistem kerajaan
                  ~    Ketinggian maruah bangsa
                 ~    Semangat yakin diri bangsa

  Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri
                setanding dengan negara maju di dunia.
 Idea Wawasan 2020 datangnya dari Perdana Menteri Malaysia keempat
  Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Terdapat 9
           cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 iaitu
                               SharifahafidahSESMA
                                                                     53
Cabaran Pertama
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
Pepaduan adalah asas kekuatan negara yang dapat
dicapai melalui Dasar Pembangunan Nasional , dasar
bahasa Kebangsaan , Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Dasar-sadar ini dapat mewujudkan hubungan social
yang sihat melalui perkongsian nilai dan persepsi serta
persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia .



                            SharifahafidahSESMA
                                                          54
Cabaran Kedua
   Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan
                    berkeyakinan
Masyarakat Malaysia juga perlu bersikap terbuka dan
berbangga dengan apa yang dicapai dan bersedia
menghadapi pelbagai masalah. Bangsa yang gagah
akan dapat memajukan negara, memartabatkan bangsa
dan negara di pesada dunia di samping menagkis
musuh negara.


                         SharifahafidahSESMA
                                                      55
SharifahafidahSESMA
                      56
Cabaran Keempat:
Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral
               dan beretika
Moral dan etika yang seimbang dengan kemajuan fizikal
perlu untuk membentuk masyarakat berbudaya unggul, jujur,
berdisiplin, adil dan etika kerja yang berdaya saing, berbudi
bahasa, bersikap produktif, penyayang dan
bertanggungjawab. Kepatuhan kepada agama, budaya dan
tradisi yang cemerlang , keberkesanan sistem pendidikan dan
keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber
pembinaan masyarakat bermoral dan beretika.


                               SharifahafidahSESMA
                                                                57
Cabaran Kelima
  Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
                          toleransi
Masyarakat Malaysia perlu rasional dan tidak bertindak
melulu, berfikiran terbuka tidak sempit , sedia menerima
perubahan dan pandangan orang lain serta bertolak ansur.
Langkah ini diwujudkan melalui perlembagaan negara,
pengamalan sistem demokrasi, kewujudan parti gabungan
pelbagai kaum seperti Barisan Nasional, Dasar Pendidikan
Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta
Bahasa Kebangsaan.

                           SharifahafidahSESMA
                                                           58
Cabaran Keenam
 Membina masyarakat maju dan saintifik (sistematik-
              berteraskan penyelidikan)
Masyarakat maju perlu progresif dan menyerap
perubahan persekitaran untuk membina
kecemerlangan. Masyarakat perlu menguasai ilmu
yang bertunjangkan sains dan teknologi ,
berbudaya ilmu yang menjana produktiviti dan
amalan kreatif serta inovatif.



                         SharifahafidahSESMA
                                                      59
SharifahafidahSESMA
                      60
Cabaran Kelapan
     Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan
                      saksama
Kemajuan perlu dikuasai semua kaum bagi mengelak
rusuhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969. Untuk
itu, kerajaan melaksanakan Rancangan Lima Tahun,
Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar
Ekonomi Baru, dan Dasar Pembangunan Nasional
bagi menjamin keadilan ekonomi dan peningkatan
taraf hidup.

                          SharifahafidahSESMA
                                                    61
Cabaran Kesembilan
          Membina masyarakat makmur
Masyarakat makmur dicirikan melalui kemewahan
dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Tiada
masyarakat yang hidup melarat dalam
kemiskinan.Pendapatan isi rumah dan negara
berada pada tahap yang tinggi.




                        SharifahafidahSESMA
                                                62
SharifahafidahSESMA
                      63

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaNo Name
 
Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)
Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)
Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)Fauzan Fozi
 
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanMPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanThomas Mon
 
Dasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanDasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanKEN KEN
 
Latihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanLatihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanrahimjabu
 
Hist note form 5 chap 8
Hist note form 5 chap 8Hist note form 5 chap 8
Hist note form 5 chap 8far84
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaMahyuddin Khalid
 
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAFaTin GhaZmi
 
Strategi membina kemajuan ekonomi negara
Strategi membina kemajuan ekonomi negaraStrategi membina kemajuan ekonomi negara
Strategi membina kemajuan ekonomi negarajambuz
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222DORAEMONLINA
 
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...Ali Abu
 

Was ist angesagt? (20)

Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)
Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)
Youblisher.com 881493-kertas 3-tingkatan_5 (1)
 
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanMPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
 
Dasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaanDasar dasar kerajaan
Dasar dasar kerajaan
 
Latihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanLatihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaan
 
BAB4: EKONOMI
BAB4: EKONOMIBAB4: EKONOMI
BAB4: EKONOMI
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Hist note form 5 chap 8
Hist note form 5 chap 8Hist note form 5 chap 8
Hist note form 5 chap 8
 
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMIPROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKAPERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA  SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
 
Bab 3 pembangunan ekonomi
Bab 3  pembangunan ekonomiBab 3  pembangunan ekonomi
Bab 3 pembangunan ekonomi
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
Strategi membina kemajuan ekonomi negara
Strategi membina kemajuan ekonomi negaraStrategi membina kemajuan ekonomi negara
Strategi membina kemajuan ekonomi negara
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
Nilaikan kepentingan rancangan 5 tahun terhadap sosio ekonomi masyarakat majm...
 

Ähnlich wie CH8F5F

Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1Brenda Rachel Marie
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_barufathizul93
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Dasar dasar ekonomi
Dasar dasar ekonomiDasar dasar ekonomi
Dasar dasar ekonomijambuz
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAFina Finaie
 
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptxDasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptxWilsonTio3
 
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970Izzat Najmi
 
Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia
Paper Penilaian Program Azam Tani Di MalaysiaPaper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia
Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysiadara aisyah
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaanfiro HAR
 
Ringkasan Dasar Dalam Negara.pdf
Ringkasan Dasar Dalam Negara.pdfRingkasan Dasar Dalam Negara.pdf
Ringkasan Dasar Dalam Negara.pdfMatZainiey
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.ppt
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.pptDASAR PEMBANGUNAN NEGARA.ppt
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.pptmohamadnorzamree1
 
Pembangunan ekonomi
Pembangunan ekonomiPembangunan ekonomi
Pembangunan ekonomiAkmal Hussin
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 

Ähnlich wie CH8F5F (19)

Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas LaluDasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
 
03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru03 dasar ekonomi_baru
03 dasar ekonomi_baru
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Dasar dasar ekonomi
Dasar dasar ekonomiDasar dasar ekonomi
Dasar dasar ekonomi
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
 
EKS
EKSEKS
EKS
 
Bab 3.
Bab 3.Bab 3.
Bab 3.
 
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptxDasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
Dasar Pembangunan Luar Bandar.pptx
 
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970
 
Halatujunegara
HalatujunegaraHalatujunegara
Halatujunegara
 
Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia
Paper Penilaian Program Azam Tani Di MalaysiaPaper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia
Paper Penilaian Program Azam Tani Di Malaysia
 
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaanIntegrasi  ekonomi dan perpaduan kebangsaan
Integrasi ekonomi dan perpaduan kebangsaan
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Ringkasan Dasar Dalam Negara.pdf
Ringkasan Dasar Dalam Negara.pdfRingkasan Dasar Dalam Negara.pdf
Ringkasan Dasar Dalam Negara.pdf
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.ppt
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.pptDASAR PEMBANGUNAN NEGARA.ppt
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.ppt
 
Pembangunan ekonomi
Pembangunan ekonomiPembangunan ekonomi
Pembangunan ekonomi
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 

Mehr von cgsha

CH9F5F
CH9F5FCH9F5F
CH9F5Fcgsha
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FIcgsha
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5fcgsha
 
CH5F5f
CH5F5fCH5F5f
CH5F5fcgsha
 
CH4F5f
CH4F5fCH4F5f
CH4F5fcgsha
 
CH3F5
CH3F5CH3F5
CH3F5cgsha
 
CH2F5f
CH2F5fCH2F5f
CH2F5fcgsha
 
CH1F5f
CH1F5fCH1F5f
CH1F5fcgsha
 
CH10F4
CH10F4CH10F4
CH10F4cgsha
 
CH9F4
CH9F4CH9F4
CH9F4cgsha
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4cgsha
 
CH7F4
CH7F4CH7F4
CH7F4cgsha
 
CH6F4
CH6F4CH6F4
CH6F4cgsha
 
CH5F4
CH5F4CH5F4
CH5F4cgsha
 
CH4F4
CH4F4CH4F4
CH4F4cgsha
 
CH3F4
CH3F4CH3F4
CH3F4cgsha
 
CH2F4
CH2F4CH2F4
CH2F4cgsha
 
CH1F4
CH1F4CH1F4
CH1F4cgsha
 
CH7F3
CH7F3CH7F3
CH7F3cgsha
 
CH6F3
CH6F3CH6F3
CH6F3cgsha
 

Mehr von cgsha (20)

CH9F5F
CH9F5FCH9F5F
CH9F5F
 
CH7F5FI
CH7F5FICH7F5FI
CH7F5FI
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5f
 
CH5F5f
CH5F5fCH5F5f
CH5F5f
 
CH4F5f
CH4F5fCH4F5f
CH4F5f
 
CH3F5
CH3F5CH3F5
CH3F5
 
CH2F5f
CH2F5fCH2F5f
CH2F5f
 
CH1F5f
CH1F5fCH1F5f
CH1F5f
 
CH10F4
CH10F4CH10F4
CH10F4
 
CH9F4
CH9F4CH9F4
CH9F4
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
CH7F4
CH7F4CH7F4
CH7F4
 
CH6F4
CH6F4CH6F4
CH6F4
 
CH5F4
CH5F4CH5F4
CH5F4
 
CH4F4
CH4F4CH4F4
CH4F4
 
CH3F4
CH3F4CH3F4
CH3F4
 
CH2F4
CH2F4CH2F4
CH2F4
 
CH1F4
CH1F4CH1F4
CH1F4
 
CH7F3
CH7F3CH7F3
CH7F3
 
CH6F3
CH6F3CH6F3
CH6F3
 

Kürzlich hochgeladen

Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 

Kürzlich hochgeladen (6)

Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

CH8F5F

  • 2. RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI FASA PERTAMA Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960 ) Rancangan Malaya Kedua ( 1961 – 1965 ) Rancangan Malaysia Pertama (1966–1970) SharifahafidahSESMA 2
  • 3. FASA KEDUA Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 ) Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 ) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)  Fasa Kedua ini diletakkan dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun, iaitu tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). SharifahafidahSESMA 3
  • 4. Apakah MATLAMATnya? 1. Membangunkan kawasan luar bandar 2. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara bandar dan luar bandar. 3. Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar Bandar. 4. Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah SharifahafidahSESMA 4
  • 5. • Apakah LANGKAH / STRATEGI Sektor ekonomi: 1. Menekankan sector ekonomi dan perhatian serius dalam sector social dan awam 2. Mempergiatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian 3. Menggalakkan penanaman semula getah secara ladang 4. Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian 5. Memperluaskan perusahaan bijih timah Sektor social: 6. Mempelbagaikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan Sektor awam 7. Membangunkan infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dll SharifahafidahSESMA 5
  • 6. Nyatakan AGENSI yang wujud dlm R.Malaya 1? 1. Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA) bertujuan untuk meninggikan taraf hidup orang Melayu , membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar . memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil, membantu pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sector perniagaan. 2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) bertujuan untuk meninggikan taraf hidup masyarakat luar Bandar, meningkatkan hasil pertanian negara membantu masyarakat Melayu dengan membuka tanah baru dan petempatan baru lengkap dengan kemudahan asas. 3. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar diwujudkan untuk menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar Bandar . RIDA dan FELDA diletakkan di bawah kementerian ini. PENCAPAIAN Pencapaian RM 1 agak kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat yang menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara. Ia juga disebabkan kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia. SharifahafidahSESMA 6
  • 7. Apakah matlamat RMalaya Kedua? 1. Masih menekankan pembangunan luar bandar . 2. Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara kawasan luar bandar dengan bandar. 3. Mengurangkan kadar kemiskinan. 4. Meninggikan taraf hidup rakyat. Apakah Langkah/Strategi mencapainya? 1. Mempergiatkan pembukaan tanah di bawah FELDA. 2. Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara 3. Mengurangkan kebergantungan negara terhadap getah dan bahan makanan import. SharifahafidahSESMA 7
  • 8. APAKAH AGENSI / PERTUBUHAN YANG WUJUD DLM RANC MELAYA 2 ? 1. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ) ditubuhkan bagi membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. APAKAH PENCAPAIANNYA? 1. RM 2 terus memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur social serta memperbanyakkan peluang pekerjaan. 2. Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur diwujudkan bagi menyelaraskan pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung. 3. Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan, dan kaedah mengesan tahap pencapaian di perkenalkan SharifahafidahSESMA 8
  • 9. APAKAH MATLAMATNYA? 1. Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat dan integrasi nasional sempena penubuhan Malaysia pada 1963. 2. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sector pertanian dan perindustrian SharifahafidahSESMA 9
  • 10. APAKAH AGENSI / INSTITUSI YANG MUNCUL DLM R.MLAYSIA 1? 1. Mengadakan projek pembangunan seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. 2. Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara ( FELCRA ) untuk membantu FELDA membangunkan kawasan luar Bandar. 3. RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) dan Bank Bumiputera serta Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS ) ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan. 4. Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian ( MARDI ) untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian , kecuali getah. 5. Untuk memajukan industri, diwujudkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia ( MIDA ) dan Lembaga Penasihat Tarif. Akta Pelaburan pula berfungsi untuk menggalakkan kemunculan industri baru. SharifahafidahSESMA 10
  • 11. PENCAPAIAN Rancangan Msia 1? 1. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan terbantut akibat Peristiwa 13 Mei 1969. 2. Masih terdapat jurang perbezaan pendapatan antara kaum. 3. Untuk itu, Dasar Ekonomi Baru, DEB diperkenalkan sebagai rancangan pembangunan negara jangka panjang bagi mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat. SharifahafidahSESMA 11
  • 12. FASA KEDUA  Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975 )  Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980 )  Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)  Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)   Fasa Kedua ini diletakkan dibawah Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun, iaitu tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ). SharifahafidahSESMA 12
  • 13. • APAKAH MATLAMATNYA? 1. Menyelesaikan masalah ekonomi dan social antara kaum, kawasan dan wilayah. 2. Membasmi kemiskinan 3. Menambah pendapatan 4. Menambah peluang pekerjaan 5. Merapatkan jurang ekonomi. 6. Menghapuskan identity kaum mengikut fungsi ekonomi SharifahafidahSESMA 13
  • 14. APAKAH AGENSI YANG MUNCUL DLM RANC MSIA 2? 1. Lembaga Beras dan Padi Negara ( LPM ) diwujudkan bagi menstabilkan harga padi. 2. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan. 3. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA ) untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan tanaman semula getah. 4. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bertujan bagi membantu petani dalam berkoperasi 5. Petrolium Nasional Berhad ( Petronas ) untuk memajukan sector perindustrian dan perniagaan 6. Perbadanan Pembangunan Bandar ( UDA ) bertujuan untuk membangunkan Bandar. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berujuan untuk menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai. SharifahafidahSESMA 14
  • 15. • MATLAMAT dan STRATEGI • AGENSI • 1. Membasmi kemiskinan dan • 1. Pembukaan tanah secara besar- menyusun semula masyarakat besaran oleh Lembaga Kemajuan tanpa mengira kaum dengan Johor Tenggara ( KEJORA) ; menambah pendapatan dan peluang Lembaga Kemajuan Terengganu pekerjaan bagi merapatkan jurang Tengah ( KETENGAH ) ; ekonomi. Lembaga Kemajuan Pahang • 2. Meneruskan program Tenggara ( DARA ) dan Lembaga pembangunan luar bandar di Kemajuan Kelantan Selatan samping pembangunan pertanian ( KESEDAR ) dan perindustrian untuk • 2. Terdapat juga beberapa usaha meningkatkan produktiviti untuk meningkatkan penanaman • 3. Meningkatkan taraf hidup rakyat. getah dan kelapa sawit bagi keperluan eksport. . Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sector pembangunan industri dan pembangunan bandar baru. SharifahafidahSESMA 15
  • 16. APAKAH MATLAMAT dan STRATEGINYA? 1.Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RM 3 dengan memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Untuk itu, HICOM diwujudkan. 2. Menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing dengan membuka kawasan perusahaan baru seperti di Skudai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan), Bintulu (Sarawak) serta di Menggatal dan Likas (Sabah). 3.Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan Lepas(Pulau Pinang) , Sungai Way (Selangor). SharifahafidahSESMA 16
  • 17. APAKAH AGENSI / PROGRAM DALAM RM 4 1. Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) diwujudkan bagi mengenalpasti dan mengurus projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sector swasta. 2. Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia bagi mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindusrtian negara; dan Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi perlaksanaannya. 3. Mengadakan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan untuk melibatkan sector swasta dalam pembangunan ekonomi negara dengan harapan akan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan. 4. Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi menyeimbangkan pemilikan harta dan saham industri antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. 5. Dasar Pertanian Negara( DPN ) diadakan bagi memodenkan dan menggiatkan semula sector pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastuktur dan perkhidmatan sokongan. SharifahafidahSESMA 17
  • 18. PENCAPAIAN RM 4 mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) pada kadar 5.8 % setahun. Pendapatan per kapita meningkat pada kadar 4.4. % setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985. SharifahafidahSESMA 18
  • 19. MATLAMAT dan STRATEGI 1. Meningkatkan sector perindustrian dengan melonggarkan peraturan hak milik syarikat dan perlesenan dalam sector swasta. Syarat pelaburan modal asing juga dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan sector perindustrian berorientasikan eksport. 2. Meneruskan pembangunan luar bandar dengan penggunaan tanah secara lebih cekap. 3. Menggalakkan industri desa seperti kraftangan dengan memberi kemudahan kredit dan intensif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. 4. Memajukan Sektor pelancongan. Peranannya dimainkan oleh Perbadanan Pelancongan Malaysia . 5.Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan ( R & D )untuk SharifahafidahSESMA meningkatkan kecekapan guna tenaga tempatan dan produktiviti negara. 19
  • 20. APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG RANCANGAN LIMA TAHUN INI? Pada keseluruhannya Rancangan Lima Tahun telah memperlihatkan kemajuan terutamanya dalam tiga rancangan yang pertama walaupun wujud perasaan tidak puas hati antara kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969. DEB pula berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun. Peningkatan berlaku dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik modal saham bumiputera walaupun pemilikan saham ini tidak mencapai sasaran 30 %. Sebaliknya hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat 2 % melebihi sasaran 40 % yang ditetepakan.Peningkatan hak milik modal kedua-dua golongan ini berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing sebanyak 38.2 % DEB memberi manfaat kepada semua kaum. SharifahafidahSESMA 20
  • 21. • DASAR PERTANIAN NEGARA • DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA • DASAR PENSWASTAAN • DASAR HALA TUJU CARA BARU • DASAR KEPENDUDUKAN • DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA ( DPDPN ) SharifahafidahSESMA 21
  • 22. DASAR PERTANIAN NEGARA Matlamat: • 1. Meningkatkan pendapatan sector pertanian ke tahap maksimum dengan pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan. • 2. Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk di eksport. Strategi: • 1. Menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah rancangan FELDA • 2. Memperkenalkan pembangunan in situ untuk meingkatkan produltiviti kawasan pertanian sedia ada serta memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah • 3. Memperkenalkan penglibatan swasta dalam pertanian di bawah Kementerian Pertanian. SharifahafidahSESMA 22
  • 23. DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA • Konsep: • Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara oleh kerajaan dan swasta.Mereka merupakan pemilik saham dan pekerja yang bertanggungjawab memajukan syarikat ini. • Matlamat: • 1. Merangsang penglibatan swasta dalam pembangunan negara • Strategi: • 1. Pegawai kerajaan di tempatkan di syarikat swasta untuk menjalin hubungan dan berkongsi pengalaman. • 2. Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping memaksimumkan keuntungan. • 3. Kerajaan pula bertindak memberi perkhidmatan sokongan kepada sector swasta • SharifahafidahSESMA 23
  • 24. DASAR PENSWASTAAN Matlamat: • 1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan • 2. Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sector swasta dianggap lebih cekap • 3. Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal swasta. Strategi: • 1. Kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada swasta. • 2. unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan untuk memberi garis panduan membantu sector kerajaan.Dengan ini, penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya atau sebahagian. SharifahafidahSESMA 24
  • 25. DASAR HALA TUJU CARA BARU Matlamat: • 1. Membangunkan kawasan luar bandar • 2. Meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam sector pelaburan. Strategi: • 1. Strategi pertama~mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan disediakan dengan lebih ekonomik. • 2. Strategi kedua~meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa dengan industri pembuatan barangan. • 3. Strategi ketiga~pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk desa. SharifahafidahSESMA 25
  • 26. DASAR KEPENDUDUKAN Matlamat: • 1. Mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100. dasar ini penting untuk bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran, di samping kekuatan politik dan keselamatan negara. • 2. Menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara seperti kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan Strategi: • Untuk itu, segala program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara SharifahafidahSESMA 26
  • 27. DASAR PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA ( DPDPN ) Matlamat: • 1. Mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang berterusan dalam menghadapi cabaran negara • 2. Meningkatkan hasil pendapatan negara bagi meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi • 3. Untuk memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelak pembaziran dan memastikan perindustrian dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Strategi: • Membaiki sistem pengurusan operasi, sturktur organisasi, penggunaan teknologi terkini dan menerapan nilai dan etika kerja murni. SharifahafidahSESMA 27
  • 28. A ) RUKUN NEGARA B ) DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN C ) AKTA BAHASA KEBANGSAAN D ) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN E ) SUKAN UNTUK PERPADUAN SharifahafidahSESMA 28
  • 29. A ) RUKUN NEGARA LATAR BELAKANG • MATLAMAT Pembentukan Rukun Negara adalah • hasil rentetan daripada peristiwa  Mewujudkan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Majlis perpaduan Gerakan Negara •  Memelihara corak ( MAGERAN ) yang hidup demokratik dipertanggungjawabkan untuk mengambil •  Mencipta sebuah alih pentadbiran negara telah masyarakat adil menubuhkan Majlis Perundingan Negara ( MPN ) untuk membincangkan isu-isu •  Menjamin sikap perpaduan negara. liberal terhadap tradisi • MAGERAN yang berjalan selama 21 bulan kebudayaan yang pelbagai juga berperanan untuk menjaga •  Membina masyarakat keamanan, melicinkan pentadbiran dan progresif berteraskan sains mengembalikan keharmonian kaum. dan teknologi • Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. SharifahafidahSESMA 29
  • 30. PRINSIP KEDUA ~ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Semua rakyat Malaysia dituntut supaya memberikan taat setia kepada raja dan negara. Yang diPertuan Agong merupakan ketua negara dan raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja sebagai symbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara. PRINSIP KETIGA ~ KELUHURAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjungi dan mempertahankannya. SharifahafidahSESMA 30
  • 31. PRINSIP KEEMPAT~ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Prinsip ini menuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Kedaulatan undang- undang yang terpelihara membolehkan rakyat hidup aman damai. Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. PRINSIP KELIMA ~ KESOPANAN DAN KESUSILAAN Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seorang individu. Prinsip ini penting bagi menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati. SharifahafidahSESMA 31
  • 33. LAPORAN BARNES , 1950 1.Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British memperkenalkan Sistem Ahli. Laporan Barnes mencadangkan:  semua sekolah vernacular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan diganti dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan  Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. 2. Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda mereka tergugat. 3. Masyarakat Cina melalui Laporan Fenn-Wu 1951 mencadangkan sekolah vernacular Cina terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. SharifahafidahSESMA 33
  • 34. ORDINAN PELAJARAN 1952 1. Dengan mengambil kira hasil laporan Barnes dan Fenn-Wu, terbentuklah Ordinan Pelajaran 1952 yang mencadangkan:  dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar , iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.  pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan dari ibu bapa.  Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu. 2. Ordinan Pelajaran 1952, tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan wang dan ancaman pengganas komunis ketika itu. SharifahafidahSESMA 34
  • 36. LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 1. Pada tahun 1960, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Encik Abd. Rahman Talib, Menteri Pelajaran telah ditubuhkan bagi mengkaji Ordinan Pelajaran 1960. Hasilnya, lahirlah Laporan Rahman Talib 1960. Antara syornya:  untuk memupuk semangat perpaduan kaum, Sekolah Umum dijadikan Sekolah Kebangsaan sementara Sekolah Jenis Umum dijadikan Sekolah Jenis Kebangsaan  pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.  Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dengan dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah  Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu  Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang daripada 15 pelajar Islam.  Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar. 2. Syor-syor ini digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. SharifahafidahSESMA 36
  • 37. KAJIAN AMINUDDIN BAKI. Hasil kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Ia bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik. Matlamatnya untuk menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun dengan memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja. Kursus kemahiran pilihan yang diajar ialah perdagangan, sains rumah tangga, seni perusahaan, dan sains pertanian. Mata pelajaran wajib sama seperti yang diaajar di sekolah menengah biasa. SharifahafidahSESMA 37
  • 38. JAWATANKUASA KABINET 1974 Satu jawatankuasa yang dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajran kebangsaan. Objektifnya: menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara. mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu , berdisiplin dan terlatih. SharifahafidahSESMA 38
  • 39. Laporannya: Penekanan harus diberikan kepada penguasaan 3 M, kenaikan darjah secara automatik, penekanan terhadap sekolah vokasional, sukatan pelajaran sekolah swasta, bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan, serta penekanan kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan. SharifahafidahSESMA 39
  • 40. Hasilnya: Kementerian melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) pada tahun 1988. Kurikulum baru juga menekankan perkembangan diri pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan sebagai: 6 pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan 6 menjelaskan hala tuju sistem pendidikan negara. 6 perpaduan dan integrasi nasional. SharifahafidahSESMA 40
  • 41. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagimelahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara SharifahafidahSESMA 41
  • 43. Kedudukan Bahasa Melayu: Satu lagi perkara penting dalam pembangunan dan perpaduan ialah bahasa. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ia bertujuan untuk: 1. memartabatkan bahasa Melayu 2. menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu. SharifahafidahSESMA 43
  • 44. Langkah Memajukan Bahasa Melayu: 1. Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) pada tahun 1957 2. Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. 3. Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada tahun 1960 4. Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim. SharifahafidahSESMA 44
  • 45. Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh sebagai bahasa kebangsaan apabila : 1. Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967. 2. Semua bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat. 3. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pula membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. 4. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris. 5. Pada tahun 1990, bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah. SharifahafidahSESMA 45
  • 47. Latar belakang: Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971 sebagai panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. SharifahafidahSESMA 47
  • 48. Objektifnya: 1. memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan . 2. memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. 3. memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. SharifahafidahSESMA 48
  • 49. Tiga Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan: 1. Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang. 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai, diterima. 3. Islam sebagai unsur yang terpenting. SharifahafidahSESMA 49
  • 51. •Sukan dapat memainkan peranan sebagai alat perpaduan kerana: ~mampu diadakan tanpa mengira ideologi ~dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat ~aktiviti sukan juga tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja ~sesiapa yang berminat boleh menyertainya. Antara langkah memajukan sukan: 1. Menggalakkan sukan sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah. 2. Mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan 3. Mengadakan temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) dua tahun sekali bagi mengeratkan kaum dan hubungan antara negeri. Dll cara????? SharifahafidahSESMA 51
  • 53. Satu gagasan negara untuk menjadi negara maju berdasarkan prinsip kemajuan yang bersepadu berteraskan: ~ Perpaduan rakyat ~ Kestabilan politik ~ Ketinggian taraf hidup ~ Kekukuhan nilai moral dan etika ~ Kekukuhan sistem kerajaan ~ Ketinggian maruah bangsa ~ Semangat yakin diri bangsa Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju di dunia. Idea Wawasan 2020 datangnya dari Perdana Menteri Malaysia keempat Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Terdapat 9 cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 iaitu SharifahafidahSESMA 53
  • 54. Cabaran Pertama Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu Pepaduan adalah asas kekuatan negara yang dapat dicapai melalui Dasar Pembangunan Nasional , dasar bahasa Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar-sadar ini dapat mewujudkan hubungan social yang sihat melalui perkongsian nilai dan persepsi serta persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia . SharifahafidahSESMA 54
  • 55. Cabaran Kedua Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan Masyarakat Malaysia juga perlu bersikap terbuka dan berbangga dengan apa yang dicapai dan bersedia menghadapi pelbagai masalah. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara, memartabatkan bangsa dan negara di pesada dunia di samping menagkis musuh negara. SharifahafidahSESMA 55
  • 57. Cabaran Keempat: Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika Moral dan etika yang seimbang dengan kemajuan fizikal perlu untuk membentuk masyarakat berbudaya unggul, jujur, berdisiplin, adil dan etika kerja yang berdaya saing, berbudi bahasa, bersikap produktif, penyayang dan bertanggungjawab. Kepatuhan kepada agama, budaya dan tradisi yang cemerlang , keberkesanan sistem pendidikan dan keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika. SharifahafidahSESMA 57
  • 58. Cabaran Kelima Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi Masyarakat Malaysia perlu rasional dan tidak bertindak melulu, berfikiran terbuka tidak sempit , sedia menerima perubahan dan pandangan orang lain serta bertolak ansur. Langkah ini diwujudkan melalui perlembagaan negara, pengamalan sistem demokrasi, kewujudan parti gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan , Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan. SharifahafidahSESMA 58
  • 59. Cabaran Keenam Membina masyarakat maju dan saintifik (sistematik- berteraskan penyelidikan) Masyarakat maju perlu progresif dan menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan. Masyarakat perlu menguasai ilmu yang bertunjangkan sains dan teknologi , berbudaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif. SharifahafidahSESMA 59
  • 61. Cabaran Kelapan Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama Kemajuan perlu dikuasai semua kaum bagi mengelak rusuhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969. Untuk itu, kerajaan melaksanakan Rancangan Lima Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pembangunan Nasional bagi menjamin keadilan ekonomi dan peningkatan taraf hidup. SharifahafidahSESMA 61
  • 62. Cabaran Kesembilan Membina masyarakat makmur Masyarakat makmur dicirikan melalui kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Tiada masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.Pendapatan isi rumah dan negara berada pada tahap yang tinggi. SharifahafidahSESMA 62