Biografi Muhammad Imarah, seorang intelektual Mesir yang lahir pada 1931. Ia mendapat pendidikan agama di kampung dan kolej, lalu mengajar di masjid dan menulis artikel. Ia terpengaruh gurunya yang mengajarkan membaca berbagai sumber. Ia membeli perpustakaan pribadi seorang alim untuk memperluas pemikirannya. Pandangannya tentang demokrasi adalah Islam tidak sepenuhnya menerima atau menolakny
Pandangan ulama (intelektual muslim) tentang demokrasi menurut muhammad imarah
1. Biografi Muhammad Imarah
Beliau dilahirkan di perkampungan Sarwah, daerah Qalin, Negeri Kafar Syeikh, Mesir pada 27 Rejab 1350H bersamaan 8 Disember
1931 dalam keluarga yang sederhana. Keluarganya bekerja sebagai petani dan kuat beragama. Bapaknya telah menghantar beliau
ke kuttab tetapi kerana pembelajaran di sana susah dan takutdipukul maka beliau menjadi petani.Namun bapa knya inginkan juga
beliau belajar dan bapaknyamenjadikan pekerjaan petani itu lebih susah dari belajar,lalu beliau kembali kekuttab dan menghafal
al-Quran dalamusia yangmasih muda.
Sebelum kelahirannya,bapaknya telah bernazar sekiranya anaknya lelaki akan diberi nama Muhammad dan akan diberi pelajaran
agama yaitu menuntut ilmu di al-Azhar.Beliau mendapat pendidikan rendah di kampungnya dan pada tahun 1945, beliau telah
memasuki Kolej Agama Dasuki dan memperolehi sijil pada tahun 1949. Belaiu mula berkhutbah di Masjid dan menulis artikel di
surat kabar dan majalah di Mesir.
Artikel yang pertama yang disiarkan dalam akhbar Misr al-Fata bertajuk “ Jihad” di Palestin pada april 1948. Apabila melihat
artikelnya,diterbitkan dalamakhbar beliau telah berazamdan berfikir untuk terus menulis.Di sampingitu, beliau berkhutbah di
Masjid mengenai isu Yahudi dan Israel.Sejak itu juga,beliau mula mengajar di masjid-masjid terutama dalambulan Ramadan.
Pada masa ini juga,beliau terkesan dengan Syeikh Muhammad Kamil al -Fiqi yangmenjadi gurunya di Kolej dan kemudiannya menjadi
Dekan di al-Azhar.Menjadi kebiasaan kepada gurunya ini yangmengajar kesusasteraan Arab yaitu menyuruh pelajar-pelajar
membaca akhbar harian dan buku-buku yang lain dari silibus.
Menurut Muhammad ‘Imarah lagi, ada satu peristiwa yang menyebabkan pembentukan pemikirannya yaitu ada seorangal-Azhari
yang alimdi kampungnya.Beliau memiliki perpustakaan peribadi yangmelebihi dari tiga ribu naskhah buku.Ditakdirkan Allah,
apabilabeliau tamatpengajian di peringkatkolej beliau telah meninggal dunia dan buku-bukunya ini tidak dapatdibaca oleh ahli
keluarganya.Lalu saya membeli kesemua buku-buku tersebut. Sejak itu, beliau mulai membaca syair-syairdan falsafah Barat.
Perkara ini yang menambahkan pemikirannya di samping pelajaran yang dipelajari di al-Azhar. (Muhammad Imarah,1998.
hal.31)
Mengenai aliran pemikiran, Muhammad 'Imarah menyebutkan bahawa aliran yang menghidupkan pembaharuan Islam, mereka ini
berada dalam madrasah Asolah al-Fikriyyah Fi Shari‘atina wa Tasri‘atina. (aliran pemikiran asli dalamsyariah dan perundangan).
Muhammad ‘Imarah juga melihat pemikiran Islam masa kini ada tajdid (pembaharuan) dan ada juga taghrib (pembaratan), ada
tanwir (penjernihan) dan ada juga tazwir (pemalsuan). Kata-kata yangmengindikasikan adanyakrisis pemikiran di kalangan umat
Islam.Krisispemikiran ini semakin parah dalampertengahan abad ke 18M apabilaseluruh duniaIslamtelah menjadi sasaran
terbuka bagi pemikiran Baratdengan tingkat yang berbeda-beda. Generasi Islamberhadapan dengan serangan pemikiran barat
dan pemikiran Islamsatu persatu lenyap dan mengalami kebekuan.
Pandangan Ulama (Intelektual Muslim) tentangDemokrasi Menurut Muhammad Imarah
Menurut beliau Islam tidak menerima demokrasi secara mutlak dan juga tidak menolaknya secara mutlak.
Dalam demokrasi, kekuasaan legislatif (membuat dan menetapkan hukum) secara mutlak berada di tangan rakyat,
sementara dalam sistem syura (Islam) Allah berperanan sebagai al-Syari' (legislator) sementara manusia berposisisebagai
faqîh (yang memahami dan menyebarkan) hukum-Nya.
Demokrasi Barat berpulang pada pandangan mereka tentang batas kewenangan tuhan. Menurut Aristoteles,setelah Tuhan
mnciptakan alam, Dia membiarkannya. Dalam filsafat Barat, manusia memiliki kewenangan legislatif dan eksekutif.
Sementara dalam pandangan Islam, Allah Swt. pemegang otoritas tersebut.Seperti dijelaskan dalam Q.S. Al-A’raf/7:54
bahwa Allah adalah Rabb yang telah menciptakan alam ini: langit, bumi dan juga seisinya dalam enam hari.
Sebagaimana hal itu telah dijelaskan oleh beberapa ayat di dalam al-Qur’an. Keenam hari itu adalah; hari Ahad,
Senin, Selasa, Rabu, Kamis dan Jum’at. Di dalamnya-lah seluruh penciptaan diselesaikan dan di dalamnya pula Adam
as. diciptakan.
Inilah batas yang membedakan antara sistem syariah Islam dan demokrasi Barat. Adapun hal lainnya seperti
membangun hukum atas persetujuan umat, pandangan mayoritas, s erta orientasi pandangan umum, dan sebagainya adalah
sejalan dengan Islam.
Kesimpulan dari penjelasan diatas yaitu konsep demokrasi sebenarnya tidak sepenuhnya bertentangan dan tidak
sepenuhnya sejalan dengan Islam. Prinsip dan konsep demokrasi yang sejalan dengan islam adalah keikutsertaan rakyat
dalam mengontrol, mengangkat, dan menurunkan pemerintah, serta dalam menentukan sejumlah kebijakan lewat wakilnya.
Adapun yang tidak sejalan adalah ketika suara rakyat diberikan kebebasan secara mutlak sehingga bisa mengarah kepada
sikap, tindakan, dan kebijakan yang keluar dari rambu-rambu ilahi.