SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
[1] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
1. KECEMERLANGAN DIRI
Tarikh PatutSiap:09.01.2012
Pengenalan
Setiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup.
Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran,
ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada
yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak
serta. keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah
yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri?
Kecemerlangan diri merupakan kejayaan indivldu
yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya
cemerlangdalam:
(a) pendidikan;
(b) perwatakan;
(c) komunikasi;
(d) refleksi.
Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan
dalam keempat-empat aspek ini, bermakna dia telah
mencapai kecemerlangandalamdiri.
Pendidikan
llmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup
seseorang, Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam
pendidikan,dianggapcemerlang.
Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam
pendidikanperlu mengamalkanciri-ciri yangberikut;-
(a) mempunyai matlamathidup.Contohnya:
- sudahtahu kerjayayangdiinginkan
- menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam
peperiksaanPMR
(b) rajindan gigihketikamenuntutilmu;
(c) mempunyai semangatyangkental;
(d) tekun,yakindiri;
(e) tidak mengenal erti putus asa dan cekal
menghadapi sebarangdugaan;
(f) mempunyai keazamanyangtinggi;
(g) senantiasaberusahamemperbaiki diri.
Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya
berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang
mulia,dihormati, dan disegani.
Perwatakan
1. Orang yang mempunyai perwatakan yang
terpuji jugaadalahorangyang cemerlang.
2. Ciri-ciri orangyangberperwatakan terpuji:
(a) taat kepadaibubapa;
(b) mempunyai perasaankasihsayang;
(c) berpegangteguhkepadaajaranagama;
(d) menjagakebersihan danpenampilandiri;
(e) berakhlakmuliadanberbudi pekerti tinggi;
- senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan,
dan
tindakanagar tidakmenyinggungperasaanorang
(f) jujur,amanah,dan ikhlasdalamtindakan.
Apabila kita memiliki kecemerlangan dalam
perwatakan, tentunya kita akan menjadi contoh
teladan kepada orang lain dan dihormati oleh
masyarakat.
Komunikasi
1. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk,
iaitu:
(a) lisanatau verbal;
(b) bahasabadanatau non-verbal;
(c) simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak,
iaitupemberi danpenerimamaklumattersebut.
2. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam
komunikasi.
3. Komunikasi yang cemerlang mempunyai ciri-
ciri komunikasi yangberkesan.
4. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila
orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat
menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas,
beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami
oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat
itu.
5. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut
etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi
supaya orang yang menerima maklumat, dapat
menerimanyadenganhati yangterbuka.
6. Contohnya ketika terdapat percanggahan
pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana
tindakantersebutakanmemburukkanlagi keadaan.
Refleksi
1. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu
mestilahselalumembuatrefleksidiri.
2. Refleksi diri adalah tindakan membuat
renunganatau menilai kembali tentangdiri sendiri.
3. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai
kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya
memperbaikikelemahantersebut.
4. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan
pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa
hadapan.
5. Segala kelebihan diri perlu ditingkatkan
supayakitamenjadi lebihhebatpadamasahadapan.
6. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan
untuktidakberusahadanberputusasa.
7. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan
dan kelebihan kita. Olehitu, kita boleh menilai diri kita
melalui rakanatauahli keluargakita.
8. Sebarang pandangan atau komen perlulah
diterima secara positif untuk kebaikan dan
kecemerlangandiri.
[2] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
2. PERPADUAN DALAM KELUARGA
Tarikh PatutSiap: 13.02.2012
Pengenalan
1. Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika
mendapatkerjasamaseluruhahli keluarga.
2. Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan
cara yangberikut,iaitu:
(a) penglibatan ahli keluarga dalam sambutan
hari khaskeluarga;
(b) berkongsi saatsukadan duka;
(c) senantiasa memberikan sokongan kepada
anggota keluarga;
(d) melibatkandiri dalamaktiviti keluarga.
Sambutan Hari Khas Keluarga
1. Hari khas keluarga adalah hari-hari istimewa
dalamkeluarga.
2. Contohnya hari jadi, hari ulang tahun
perkahwinan,hari ibu,hari bapa dan sebagainya.
3. Hari-hari khas ini perlu disambut untuk
mengeratkanhubungankekeluargaan.
4. Sambutan hari khas ini tidak semestinya
disambutsecarabesar-besaran.
5. Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa
diri dihargai dandiambil peduli.
6. Bagi merancang sambutan hari khas keluarga,
tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh ahli
keluarga. Sama ada dalam memberikan idea,
mengumpul sumber kewangan, dan tenaga untuk
menjayakansambutanhari khastersebut.
7. Perkara-perkara yang memerlukan kerjasama
ahli keluargaketikamenyambuthari lahirkeluarga:
(a) memberikansumbanganidea;
(b) membantu menghulurkan sumbangan
berbentukwangatautenaga;
(c) bersama-sama menghias rumah untuk
sambutantersebut;
(d) bersama-sama menyediakan makanan
dan minuman;
(e) berkemas selepas sesuatu majlis
diadakandansebagainya.
8. Kerjasama anggota keluarga dalam sambutan
hari khas keluarga ini dapat mewujudkan perpaduan
dalamkeluarga.
Berkongsi Suka Duka
1. Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah
mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong
mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa
hadapan.
Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan
salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan
mereka.
2. Manakala apabila ahli keluarga berada dalam
kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka
sokongan moral agar mereka tidak patah semangat
dengandugaandan tabah menghadapi kesusahan.
3. Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga.
Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga
amat pentingsupayamerekarasadihargai.
Aktiviti Keluarga
1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersama-
sama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap
anggota keluarga.
2. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan
bersama-sama:
(a) menontontelevisyen;
(b) beriadah;
(c) berkelah;
(d) melancong;
(e) mengadakankenduri dansebagainya.
3. Ketika melakukan aktiviti keluarga, setiap ahli
keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang
dijalankan dapat memberikan manfaat kepada seluruh
anggota keluarga.
4. Anak-anak yang mendapat sokongan daripada
ibu bapa lebih stabil emosinya dan keadaan ini dapat
menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti
negatif.
[3] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
3. HORMATI HAK ORANG LAIN
Menghormati PerbezaanOrang Lain
1. Setiap manusia mempunyai perbezaan.
Manusiaberbezadari segi:
(a) latar belakang;
(b) kebolehandanbakat;
(c) pendapat.
2. Perbezaan ini menyebabkan cara hidup,
budaya, pandangan, dan kepercayaan setiap orang itu
jugaberbeza.
3. Perbezaan latar belakang bermaksud
perbezaan agama, perbezaan taraf keluarga,
perbezaan jantina, sejarah keluarga, pekerjaan, dan
kelulusan.
4. Orang yang beragama Islam contohnya, tentu
mempunyai budaya dan kepercayaan yang berlainan
daripada orang yang beragama Hindu, Buddha, Sikh,
mahupunKristian.
5. Kita mesti menghormati perbezaan ini supaya
kitadapat hidupdalamsuasanayang harmoni.
6. Antara cara-cara kita menghormati perbezaan
orang lainadalahdengan:
(a) tidakmengejek-ejekbudayakaumlain;
(b) mendengar pendapat dan pandangan orang
dan tidak hanya menganggap pandangan kita sahaja
yang betul;
(c) bertolakansurdan sebagainya.
Tarikh PatutSiap:05.03.2012
Tarikh PatutSiap: 05.03.2012
Kepentingan Menghormati HakOrang
Lain
1. Dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran
dan situasi yangberbeza;
2. Boleh menerima pandangan dan pendapat
orang lain;
3. Lebih sabar menghadapi kerenah manusia
yang pelbagai;
4. Lebih bersimpati dan empati terhadap
kesusahanorang;
5. Bersikap terbuka terhadap keunikan budaya
kaum-kaumlain;
6. Dapat mengeratkan hubungan persahabatan
dan persaudaraan antaraindividudankaum;
7. Menambahkan perasaan kasih dan sayang
sesamamanusia;
8. Menjadikan kita lebih bertimbang rasa dan
perihatin;
9. Dapat mengelakkan perselisihan faham dan
perasaancemburuterhadaporanglain.
10. Hidupdalamsuasana aman danharmoni.
Berikan dorongan kepada rakan yang ingin mempamerkan bakatnya.Tindakan memperlekeh-lekehkan bakat dan kebolehan rakan adalah
sikap orang yang tidak menghormati hak orang lain.
[4] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
4. PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN
Tarikh PatutSiap:16.04.2012
Pengenalan
1. Semangat kekitaan adalah kemahuan dan
kesanggupan seseorang untuk membantu dan
bekerjasamadenganoranglain.
2. Sikap ini perlu diamalkan dalam masyarakat
agar hubunganantara ahii masyarakat akan lebiherat.
Pemupukan Semangat Kekitaan dan
Kepentingannya
1, Terdapat beberapa cara untuk memupuk
semangatkekitaan.Antaranya:
(a) suka bertegur sapa tanpa mengira
agama dan kaum;
(b) tidakbersikapsombong;
(c) menghormati jiran tetangga yang
pelbagai kaum;
(d) bersedia menghulurkan bantuan pada
bila-bilamasa;
(e) salingberkunjungke rumahjiran;
- contohnya ketika jiran mengadakan kenduri, rumah
terbuka atau majlis-majlis tertentu seperti sambutan
majlis hari lahir mengambil berat akan keperluan,
kebajikan,dankeseiamatanjiran;
mengamalkan sikap bertolak ansur dengan jiran;
menghormati perbezaan budaya, agama,dan adat
resamjirantetangga;
turut sama terlibat dalam pelbagai program dan
aktiviti kemasyarakatan.
2. Jiran yang mempunyai semangat kekitaan
akan senantiasa muafakat dalam menyelesaikan
semuamasalahsetempat.
3. Keadaan ini menyebabkan keseiamatan
masyarakat setempat lebih terjamin dan kebajikan
merekaterlebihterjaga.
4. Di samping itu juga perpaduan akan
terpelihara dan masyarakat hidup dalam
kesejahteraan.
5. Masyarakat setempat mestilah prihatin
dengansegalaaktiviti yangberlakudi tempatmereka.
6. Antara masalah setempat yang perlu diambil
berat oleh masyarakat di sesuatu tempat adalah
masalah sosial. Antara masalah sosial yang dihadapi
biasanyatermasuklah:-
(a) gengsterisme;
(b) vandalisme;
(c) pergaulanbebas;
(d) penagihandadah;
(e) budayalepakdansebagainya.
7. Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat
setempat berganding bahu untuk menyelesaikan
masalahdi atas.
Agensi-agensi yang Dapat Menjaga
KesejahteraanMasyarakat
1. Agensi-agensi tertentu sama ada daripada
badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan amat
diperlukan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan
masyarakat.
2. Antara agensi-agensi tersebuttermasuklah:
(a) RukunTetangga;
(b) Mercy;
(c) St, JohnAmbulans;
(d) KelabLion;
(e) RakanCop;
(f) SahabatAlamMalaysia;
(g) Yayasan Salamdan sebagainya.
[5] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
5. WARISAN KESENIAN PELBAGAIKAUM
Tarikh PatutSiap: 14.05.2012
Pengenalan
1. Malaysia kaya dengan pelbagai warisan kesenian
kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
2. Warisan kesenian pelbagai kaum ini menjadi
kebanggaan negara dan seluruh rakyat perlu bersama-
sama mengekalkan warisan kesenian ini.
3. Warisan kesenian ini dapat dibahagikan kepada
beberapajenis, iaitu,
(a) muzik; (e) Lukisan;
(b) alat muzik; (f) permainan;
(c) tarian; (g) kraftangan.
(d) seni bina;
Muzik, Alat Muzik, dan Tarian
1. Muzik, alat muzik, dan tarian mempunyai kaitan
yang rapat. Untuk menghasilkan sesuatu muzik,
memerlukan alat muzik, dan tanpa muzik, tarian sukar
untuk ditarikan.
2. Kepelbagaian kaum di negara kita menyebabkan
lahirnya pelbagai genre muzik yang mempunyai
identitinya tersendiri mengikut kaum.
3. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka,
kegunaan muzik adalah terhad. Muzik hanya dibahagikan
kepada dua, iaitu,
(a) muzik diraja, iaitu nobat
i. nobat ini dimainkan ketika upacara diraja seperti
upacara pertabalan, keputeraan, dan kemangkatan
ii. alat muzik nobat termasuklah gong, gendang,
serunai, dan nafiri.
(b) muzik rakyat adalah seperti ghazal di Johor,
hadrah dan gambus di Perak dan sebagainya.
muzik rakyat dimainkan untuk tujuan berhibur
bagi meraikan majlis perkahwinan, dan menyambut
tetamu.
4. Muzik-muzik Melayu yang lain termasuklah
endoi, ulik mayang, nazam, dikir barat, dan boria.
5. Tarian masyarakat Melayu juga pelbagai
antaranya tarian inang, zapin, dan asyik.
6. Tarian naga dan tarian singa pula adalah seni
tarian yang paling popular dalam kalangan masyarakat
Cina.
7. Gong, simbal, dan gendang akan mengiringi
tarian singa. Bunyi yang kuat daripada alat muzik ini akan
member! semangat kepada penari untuk menari dengan
lebih bertenaga.
8. Bagi masyarakat Iban, alat muzik yang menjadi
warisan mereka ialah gong, tetawak, bebendai, dan
enkeromong.
9. Sementara itu, tarian warisan masyarakat ini
ialah tarian ngajat. Tarian ini dipersembahkan untuk
menyambut kepulangan pahlawan.
10. Masyarakat India juga mempunyai warisan
muziknya. Alat muzik tradisional masyarakat ini ialah
trompet dan tavil. Alat muzik ini biasanya mengiringi
persembahan tarian Natheswaram.
Permainan dan Seni Lukisan
1. Permainan tradisonal masyarakat di Malaysia
juga perlu dikekaikan. Antara permainan tradisi
masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak,
gasing, wau, caturcina, silambam, dan sebagainya.
2. Permainan ini biasanya dimainkan secara
kumpulan dan memerlukan sikap bekerjasama dan saling
membantu.
3. Seni lukisan tanah air juga perlulah kita jaga
kerana hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup
rakyat yang berbilang bangsa, budaya, dan agama.
Seni Bina, Seni Ukir, dan Kraf Tangan
1. Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir
dan kraftangan, Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan
alam semula jadi.
2. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah
tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu, dan di
hulu keris.
3. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk
naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat
popular dengan seni kaligrafi.
4. Seni bina di negara kita perlu dipelihara. Contoh
seni bina negara yang perlu dipelihara termasuklah
rumah-rumah tradisional, istana lama, tempat-tempat
ibadat dan sebagainya.
5. Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia juga
perlu dikekaikan kerana keunikannya.
6. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah
tenunan, anyaman, barangan seramik, dan lukisan batik.
7. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh,
daun mengkuang, dan daun nipah. Antara hasil anyaman
termasuklah bakul, tikar, tudung saji, dan sebagainya.
8. Barang-barang seramik pula dibuat daripada
tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu
bunga, atau tempayan.
9. Hasil ukiran daripada tanah liat paling popular di
Sabah dan Sarawak. Ukiran berbentuk bunga, atau
burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada
tempayan.
10. Bagi masyarakat India, satu hasil seni yang paling
unik adalah seni menghasilkan ‘kolam’, Kolam ini dibuat
daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan
dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena
sambutan Deepavali.
[6] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
6. SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI
MALAYSIA
Tarikh PatutSiap: 02.07.2012
Sistem Demokrasi Berparlimendi
Malaysia
1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi
berparlimendenganrajaberperlembagaan.
2. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
adalahKetuaNegara.
3. Manakala Perdana Menteri ialah ketua
kerajaan.
4. Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud
permerin-tahanyangdijalankansecaraperwakilan.
5. Melalui amalan demokrasi, rakyat diberikan
kebebasan menuntut hak-hak sebagai rakyat negara
ini denganadil dansaksama.
6. Antaranya termasuklah hak untuk memilih
pentadbir negara yang dilaksanakan melalui proses
pilihanraya.
7. Rakyat berhak memberikan kuasa kepada
kerajaan dan mandat kepada wakil-wakil yang dipilih
dalamsetiappilihanrayauntukmentadbirkannegara.
PilihanRaya
1. Pilihan raya adalah suatu cara memilih wakil
ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
melalui undi.
2. Pada umumnya pilihan raya diadakan setiap
limatahunsekali.
3. Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi
amalan demokrasi, tetapi juga penting dalam
menentukankerajaanyangmemerintah.
4. Pelaksanaan pilihan raya melibatkan tiga
pihak,iaitu:-
(a) SuruhanjayaPilihanRaya;
(b) Pengundi;
(c) Calon.
5. Warganegara yang layak mengundi ialah yang
berumur21 tahunke atas.
6. Calon yang memenangi pilihan raya akan
mewakili ka-wasannya di Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri bagi suatu tempoh yang tidak
melebihi limatahun.
Parlimen
1. Parlimen adalah badan yang menggubal
undang-undangdi peringkatpersekutuan.
2. Parlimen terdiri daripada tiga komponen
utama,iaitu:-
(a) Yang di-PertuanAgong;
(b) DewanRakyat;
(c) DewanNegara.
3. PerananParlimentermasuklah:
(a) meluluskan undang-undang
persekutuan;
(b) membuat pindaan kepada undang-
undangpersekutuanyangada;
(c) memeriksadasar-dasarkerajaan;
(d) meluluskanperbelanjaankerajaan;
(e) meluluskan hasil-hasil cukai yang
baru.
Dewan Undangan Negeri
1. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih oleh
rakyat melalui pilihanraya.
2. Parti politik yang memperoleh jumlah majoriti
kerusi di Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya
akan diberi kuasamembentukkerajaannegeri.
3. Menteri Besar atau Ketua Menteri akan
dilantik daripada ketua parti yang memenangi pilihan
raya olehRajaatau Yang DipertuaNegeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh
penamaan calon dan tarikh mengundi 
Penamaan calon dijalankan 
Parti atau calon menyiapkan manifesto 
Kempen pilihan raya dijalankan 
Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu tempat
mengundi dan tempat pengiraan undi 
Pada hari mengundi...
• pengundi mengundi di tempat yang
ditetapkan;
• pengundi diberikertasundi;
• pengundi memilihcalonpadakertasundi;
• kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi. 
Kertas undi dikira di tempat pengiraan undi. 
Pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan
pilihanraya
[7] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
7. RAJA BERPERLEMBAGAAN
Tarikh PatutSiap: 06.08.2012
Sistem RajaBerperlembagaan
1. Di negara kita, sistem Raja berperlembagaan
bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
2. Sistem ini telah diamalkan sejak negara
mencapai kemerdekaanpadatahun1957.
3. Dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara
kita,raja menjadi pemerintahtertinggi negara.
4. Baginda disebut Yang di-Pertuan Agong,
manakala timbalannya disebut Timbalan Yang di-
PertuanAgong.
5. Kedua-dua jawatan ini disandang dalam
tempohlimatahun.
6. Kedua-dua jawatan ini diisi secara bergilir-gilir
melalui pemilihan daripada kalangan sembilan raja
Melayu yang memerintah sembilan buah negeri
Melayu.
7. Dalam melaksanakan pemerintahan negara,
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat
keputusan secara sendirian. Segala keputusan
berkaitan dengan urusan pemerintahan negara dibuat
berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat
PerdanaMenteri.
Majlis Raja-raja
1. Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua Sultan
Negeri-negeri Melayu, Yang Dipertua bagi Negeri
Melaka,PulauPinang,Sabah,danSarawak.
2. Majlis ini bebas daripada badan perundangan
persekutuandannegeri.
3. Kebiasaannya Majlis Raja-raja ini bersidang
tiga atau empatkali setahun.
4. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan
dengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong akan
diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja-raja
Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua
Menteri masing-masing.
5. Antara tugasMajlisRaja-rajatermasuklah:-
(a) memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong
serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong melalui
pengundian;
(b) menimbangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan dasar negara, contohnya perubahan
dalamdasar imigresen;
(c) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang
perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu
sertaagama Islam;
(d) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang
undang-undang yang menurut Perlembagaan
memerlukan persetujuannya. Misalnya yang berkaitan
denganpersempadanansemulanegeri.
6. Majlis Raja-raja mempunyai setiausaha yang
dikenal sebagai PenyimpanMohorBesarRaja-raja.
7. Perlantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis
Raja-raja.
8. Setiausaha Majlis Raja-raja merupakan
jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang
keputusanyangdiambil olehMajlisRaja-raja.
9. Antara tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-
raja adalah membuat pengumuman tarikh permulaan
puasa dantarikhhari raya.
Peranan dan Bidang Kuasa Yang di-
PertuanAgong
Peranan
 MelantikPerdanaMenteri
 Melantik dan melucutkan jawatan Menteri
dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana
Menteri
 Mengampunkan, meringankan, dan menang-
guhkan hukuman atas nasihat Jemaah
PengampunanNegara.
 Memelihara keistimewaan orang Melayu dan
kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak
seperti termaktubdalamperlembagaan
 Memanggil, menangguh-kan, dan
membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana
Menteri
 Melantik Ketua Hakim dan semua hakim
Memperkenankan undang-undang yang
diluluskanolehParlimen
 Menganugerahkan gelaran dan bintang
kebesaran
Bidang Kuasa
 KetuaNegara
 PanglimaTertinggi AngkatanTentera
 Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak
bersultanatauberaja
[8] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
WARGANEGARA DALAM KERAJAAN
DEMOKRASI
Tarikh PatutSiap: 24.08.2012
1. Kewarganegaraan ialah sesuatu yang amat
berharga. Tanpa kewarganegaraan, kita akan
kehilanganhakdanpelbagai keistimewaantertentu.
2. Sebagai warganegara, kedaulatan dan
keluhuran perlembagaan negara haruslah kita
pertahankan.
Mengundi
• Setiap warganegara bertanggungjawab
mengundi bagi memilih pemimpin untuk menentukan
corak pemerintahannegarapadamasahadapan
• Namun, warganegara yang bertanggungjawab
akan memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa
untukmemerintahnegara.
Melibatkan Diri dalam Rancangan
Kerajaan
• Kerjasama semua pihak amat diperlukan
untuk menjayakan segala rancangan yang diatur oleh
kerajaan.
• Antara kempen-kempen yang perlu kita
sokong termasuklah kempen antimerokok, kempen
membaca, kempen keseiamatan di jalan raya dan
sebagainya.
MemberikanPendapat melalui
Saluranyang Betul
• Dalam negara demokrasi, rakyat diberi
kebebasanmemberikanpendapat.
• Namun warganegara yang bertanggungjawab
tidak akan menyatakan apa-apa sahaja sesuka hati
yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang dapat
mengganggugugatketenteramanawam.
• Berikan pendapat anda melalui saluran yang
betul dan dengan cara yang betul demi kesejahteraan
rakyat dannegara.
MenjagaNama Baik Negara
• Sebagai warganegara kita perlulah mengawai
setiap tindakan, baik dari segi perkataan mahupun
perlakuan.
• Tingkah laku bersopan dan beradab
hendaklah kita amalkan kerana amalan yang buruk
akan memalukanbangsadannegara.
MenjagaKeamanan
• Menjaga keseiamatan dan keamanan negara
bukan hanya tanggungjawab anggota pasukan
keseiamatan, bahkan tanggungjawab semua rakyat
Malaysia.
• Janganlah kita melakukan rusuhan atau
membuat hasutan yang boleh mengganggu keamanan
negara.
Amalan BerterimaKasih
• Rakyat seharusnya berterima kasih kepada
kerajaan atas daya usaha membangunkan negara
denganpelbagai kemudahandanperkhidmatan.
• Oleh itu bersyukurlah dengan kemudahan
yang diberikandanjagalahkemudahandenganbaik
• Antara kemudahan yang disediakan kerajaan
termasuklah:-
- kemudahanpendidikan
- kemudahan kesihatan seperti hospital
dan sebagainya
[9] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
9. KESTABILAN DAN KEBERKESANAN
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA
Tarikh PatutSiap:04.10.2012
Peranan Jentera Pentadbiran
Kerajaan
1. Kestabilan dan keberkesanan jentera
pentadbiran negara memerlukan kepemimpinan yang
berwawasandankerajaanyangtelusdanamanah.
2. Jentera pentadbiran negara dipimpin oleh
Perdana Menteri. Beliau mentadbirkan negara dengan
bantuan Jemaah Menteri atau Kabinet yang terdiri
daripadabeberapaorangMenteri.
3. Jentera pentadbiran negara terlibat dalam
perancangan dan penetapan dasar kerajaan.
4. Kestabilan dan keberkesanan jentera
pentadbiran negara terletak pada kebijaksanaan
PerdanaMenteri sertaanggotaeksekutif yangterlibat.
5. Perdana Menteri dan jentera pentadbiran
yang lain perlu mempunyai wawasan dalam usaha
memperbaikimutuperkhidmatanawam.
6. Jentera pentadbiran negara perlu
berpandangan jauh. Sesuatu dasar dan rancangan
yang hendak dijalankan haruslah dikaji terlebih dahulu
dengan teliti supaya jentera pentadbiran negara lebih
bersedia dan berkemampuan untuk menangani
sebarang kemungkinan yang timbul pada masa akan
datang.
Wawasan 2020
1. Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Tun
Mahathir Mohamad pada tahun 1991 adalah saiah
satu usaha kerajaan yang berwawasan yang mahukan
kemajuankepadanegara.
2. Wawasan ini merupakan suatu pandangan
jauh yang mendalam untuk menjadikan Malaysia
negara industri yang serba maju dan seimbang dari
segi sosial, politik, dan ekonomi menjelang tahun
2020.
Struktur jentera pentadbiran negara
Kerajaanyang Telus dan Amanah
1. Kerajaan memegang amanah rakyat untuk
memerintah negara dengan baik.
2. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu
senantiasa berusaha memperbaiki kelemahan
pentadbiran, pengurusan kewangan, serta membanteras
rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa di
kalangan anggota pentadbiran kerajaan.
3. Maka, selaras dengan itu, kerajaan telah
menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam
usaha mencegah jenayah rasuah.
4. Kesan buruk rasuah bukan saja akan merosakkan
pelaku-pelakunya tetapi juga dapat meruntuhkan seluruh
sistem pentadbiran negara.
5. Untuk melancarkan jentera pentadbiran negara,
setiap kakitangan kerajaan tertakluk pada garis panduan
dan akujanji
6. Setiap kakitangan bertanggungjawab
memberikan perkhidmatan dengan komitmen yang tinggi
dan menghindarkan diri daripada penyelewengan.
7. Di samping itu, ketua-ketua jabatan diminta agar
mengenal pasti dan mengatasi isu serta masalah yang
dapat membantu meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatan.
PerdanaMenteri
TimbalanPerdanaMenteri
Menteri-menteri
Timbalan-
timbalanMenteri
Setiausaha-setiausaha
Parlimen
Setiausaha-setiausaha
Politik
KEMAJUANINDUSTRIDANKESEPADUANASPEK
KEHIDUPANDALAMWAWASAN2020
Perpaduankaum
Peningkatantaraf hidup
Kestabilanpolitik
Pengukuhansistempentadbiran
Peningkatanmaruahbangsadannegara
Penghayatandanpenerapansemangat
yakindiri
Pengukuhannilaimurni
[10] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com
10.
BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU
MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN
Tarikh PatutSiap:24.09.2012
Pengenalan
1. Selaras dengan usaha negara mencapai status
negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan
2020, maka Malaysia memainkan peranan proaktif
dalamkerjasamaserantaudanantarabangsa.
2. Malaysia turut berperanan dalam
memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
keamanandunia.
3. Faktor globalisasi dan pelbagai cabaran
pembangunan turut mempengaruhi hala tuju negara
kita.
4. Justeru hubungan dua hala yang erat dengan
negara maju dan negara membangun terus dijalin dan
dikekalkan.
5. Hubungan ini merangkumi kerjasama politik,
sosial, dan kebudayaan dengan hubungan ekonomi
sebagai terashubunganduahala berkenaan.
Malaysiadan ASEAN
1. Malaysia sudah lama menjalinkan hubungan
diplomatikdengannegara-negarajiran.
2. Tujuan utama hubungan tersebut adalah
untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan
bersama.
3. Menyedari akan kepentingan hubungan yang
rapat dengan negara-negara jiran, Malaysia
kemudiannyamenyertaiASEAN padatahun1967.
4. Tujuan utama penubuhan ASEAN adalah
untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam
bidangpolitik,ekonomi,sosial,dankebudayaan.
Malaysiadan KeamananDunia
1. Malaysia senantiasa menyokong usaha
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam
mengekalkankeamanandankeharmoniandunia.
2. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu
berbaik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
atau fahamanpolitik.
3. Hubungan baik yang dijalin dengan negara-
negara lain dapat menjamin keamanan sejagat dan
kesejahteraanbersama.
4. Antara sumbangan Malaysia dalam usaha
memeliharakeamananduniatermasuklah:
(a) menjadi anggota PBB dan berperanan
dalam PBB mengutuk pencerobohan kuasa
besarterhadapnegarakecil yangberdaulat;
(b) menyuarakan bantahan terhadap
perbuatan puak Serb terhadap rakyat Bosnia
dalamPerhimpunanAgungPBB;
(c) menghantar anggota tentera
membantu PBB dalam misi keamanan di
Congo, Kampuchea, Namibia, dan Bosnia-
Herzegovina;
(d) menyarankan agar segala konflik
diselesaikan di meja rundingan bukannya
melalui peperangan.
Bentuk Kerjasama di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN
mewujudkansuatukawasanyangaman,bebas,danberkecuali.
mengamalkandasarberkecualidanmewujudkanpersahabatandengansemuanegara
tanpa mengiraideologi.
menggalakkanpelancongdari seluruhduniamelawatke negara-negaraanggotamelalui
projekpelancongan
membenarkanwarganegaraASEAN melawatke negara-negaraASEAN tanpavisa.
menubuhkansebuahpusatserantauuntukilmusainsdanmatematik(RECSAM) di
Gelugur,PulauPinang.
melaksanakanprojekperindustriansecarausahasamaantaranegara anggotaASEAN.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013Azmi Muda
 
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...Alvin Hon
 
RPT Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah
RPT Persatuan Tunas Kadet Remaja SekolahRPT Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah
RPT Persatuan Tunas Kadet Remaja SekolahAidil Sahipaludin
 
2026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-2008
2026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-20082026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-2008
2026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-2008faleya
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Joyce Robert
 
Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012PRA-UNIVERSITY
 
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2Joyce Robert
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Rpt moral kssr tahun 6
Rpt moral kssr tahun 6Rpt moral kssr tahun 6
Rpt moral kssr tahun 6Ahmad Ikram
 
Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1 Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1 Ida Danial
 
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013MOE
 
Pelaksanaan program-guru-penyayang
Pelaksanaan program-guru-penyayangPelaksanaan program-guru-penyayang
Pelaksanaan program-guru-penyayangSLOOI
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1angora6750232
 
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018ammani jeya pirathaba
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2angora6750232
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisanMohd Amri
 

Was ist angesagt? (20)

Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013
 
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...
Pendidikan Moral Tingkatan 4 Bidang 3 Nilai Menyayangi dan Menghargai alam se...
 
RPT Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah
RPT Persatuan Tunas Kadet Remaja SekolahRPT Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah
RPT Persatuan Tunas Kadet Remaja Sekolah
 
2026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-2008
2026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-20082026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-2008
2026301 rancangan-tahunan-pendidikan-moral-tingkatan-1-2008
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012
 
Fail rph sarawak 2017
Fail rph sarawak 2017 Fail rph sarawak 2017
Fail rph sarawak 2017
 
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
Minit mesyuarat permuafakatan Prasekolah 2018 ke 2
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Rpt moral kssr tahun 6
Rpt moral kssr tahun 6Rpt moral kssr tahun 6
Rpt moral kssr tahun 6
 
Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1 Contoh folio sejarah tingkatan 1
Contoh folio sejarah tingkatan 1
 
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013
Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Jelutong Sesi 2012/2013
 
Pelaksanaan program-guru-penyayang
Pelaksanaan program-guru-penyayangPelaksanaan program-guru-penyayang
Pelaksanaan program-guru-penyayang
 
Belajar berkumpulan
Belajar berkumpulan Belajar berkumpulan
Belajar berkumpulan
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Tingkatan 1
 
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
BUKU PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI 2018
 
Ucapan pengetua agm pibg 2012
Ucapan pengetua agm pibg 2012Ucapan pengetua agm pibg 2012
Ucapan pengetua agm pibg 2012
 
Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2Tema 6 psk tingkatan 2
Tema 6 psk tingkatan 2
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisan
 

Ähnlich wie Nota psk t2

Unit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologiUnit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologinurshila ahmad
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmMalek Hassan
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahThavasri Chandiran
 
Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1Ahmad Kamil
 
MODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdfMODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdfssuser474756
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 
Soal Hati- Debat Islam Kristian
Soal Hati- Debat Islam KristianSoal Hati- Debat Islam Kristian
Soal Hati- Debat Islam Kristianmohdbadrun
 
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahRahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahIdea Bisnes Internet
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107baskin robbin
 
Hmef5063
Hmef5063Hmef5063
Hmef5063latiba
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiazoljoey
 

Ähnlich wie Nota psk t2 (20)

Nota sivik tingkatan 1
Nota sivik tingkatan 1Nota sivik tingkatan 1
Nota sivik tingkatan 1
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Unit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologiUnit 07pekembangan psikologi
Unit 07pekembangan psikologi
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksm
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1
 
MODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdfMODUL CELIK MORAL .pdf
MODUL CELIK MORAL .pdf
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
Fail meja ubk
Fail meja ubkFail meja ubk
Fail meja ubk
 
KOKO
KOKOKOKO
KOKO
 
Soal Hati- Debat Islam Kristian
Soal Hati- Debat Islam KristianSoal Hati- Debat Islam Kristian
Soal Hati- Debat Islam Kristian
 
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah KamsahRahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah
 
Psk
PskPsk
Psk
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107
 
Hmef5063
Hmef5063Hmef5063
Hmef5063
 
Moral ting 1 2013 akhir tahun
Moral ting 1 2013 akhir tahunMoral ting 1 2013 akhir tahun
Moral ting 1 2013 akhir tahun
 
Assyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysiaAssyment gagasan 1 mataysia
Assyment gagasan 1 mataysia
 

Kürzlich hochgeladen

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 

Kürzlich hochgeladen (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 

Nota psk t2

  • 1. [1] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 1. KECEMERLANGAN DIRI Tarikh PatutSiap:09.01.2012 Pengenalan Setiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran, ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak serta. keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri? Kecemerlangan diri merupakan kejayaan indivldu yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya cemerlangdalam: (a) pendidikan; (b) perwatakan; (c) komunikasi; (d) refleksi. Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan dalam keempat-empat aspek ini, bermakna dia telah mencapai kecemerlangandalamdiri. Pendidikan llmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup seseorang, Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam pendidikan,dianggapcemerlang. Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam pendidikanperlu mengamalkanciri-ciri yangberikut;- (a) mempunyai matlamathidup.Contohnya: - sudahtahu kerjayayangdiinginkan - menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam peperiksaanPMR (b) rajindan gigihketikamenuntutilmu; (c) mempunyai semangatyangkental; (d) tekun,yakindiri; (e) tidak mengenal erti putus asa dan cekal menghadapi sebarangdugaan; (f) mempunyai keazamanyangtinggi; (g) senantiasaberusahamemperbaiki diri. Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang mulia,dihormati, dan disegani. Perwatakan 1. Orang yang mempunyai perwatakan yang terpuji jugaadalahorangyang cemerlang. 2. Ciri-ciri orangyangberperwatakan terpuji: (a) taat kepadaibubapa; (b) mempunyai perasaankasihsayang; (c) berpegangteguhkepadaajaranagama; (d) menjagakebersihan danpenampilandiri; (e) berakhlakmuliadanberbudi pekerti tinggi; - senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan, dan tindakanagar tidakmenyinggungperasaanorang (f) jujur,amanah,dan ikhlasdalamtindakan. Apabila kita memiliki kecemerlangan dalam perwatakan, tentunya kita akan menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dihormati oleh masyarakat. Komunikasi 1. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu: (a) lisanatau verbal; (b) bahasabadanatau non-verbal; (c) simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak, iaitupemberi danpenerimamaklumattersebut. 2. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam komunikasi. 3. Komunikasi yang cemerlang mempunyai ciri- ciri komunikasi yangberkesan. 4. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas, beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat itu. 5. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi supaya orang yang menerima maklumat, dapat menerimanyadenganhati yangterbuka. 6. Contohnya ketika terdapat percanggahan pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana tindakantersebutakanmemburukkanlagi keadaan. Refleksi 1. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu mestilahselalumembuatrefleksidiri. 2. Refleksi diri adalah tindakan membuat renunganatau menilai kembali tentangdiri sendiri. 3. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya memperbaikikelemahantersebut. 4. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa hadapan. 5. Segala kelebihan diri perlu ditingkatkan supayakitamenjadi lebihhebatpadamasahadapan. 6. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuktidakberusahadanberputusasa. 7. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan dan kelebihan kita. Olehitu, kita boleh menilai diri kita melalui rakanatauahli keluargakita. 8. Sebarang pandangan atau komen perlulah diterima secara positif untuk kebaikan dan kecemerlangandiri.
  • 2. [2] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 2. PERPADUAN DALAM KELUARGA Tarikh PatutSiap: 13.02.2012 Pengenalan 1. Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika mendapatkerjasamaseluruhahli keluarga. 2. Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan cara yangberikut,iaitu: (a) penglibatan ahli keluarga dalam sambutan hari khaskeluarga; (b) berkongsi saatsukadan duka; (c) senantiasa memberikan sokongan kepada anggota keluarga; (d) melibatkandiri dalamaktiviti keluarga. Sambutan Hari Khas Keluarga 1. Hari khas keluarga adalah hari-hari istimewa dalamkeluarga. 2. Contohnya hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan,hari ibu,hari bapa dan sebagainya. 3. Hari-hari khas ini perlu disambut untuk mengeratkanhubungankekeluargaan. 4. Sambutan hari khas ini tidak semestinya disambutsecarabesar-besaran. 5. Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa diri dihargai dandiambil peduli. 6. Bagi merancang sambutan hari khas keluarga, tentunya memerlukan kerjasama daripada seluruh ahli keluarga. Sama ada dalam memberikan idea, mengumpul sumber kewangan, dan tenaga untuk menjayakansambutanhari khastersebut. 7. Perkara-perkara yang memerlukan kerjasama ahli keluargaketikamenyambuthari lahirkeluarga: (a) memberikansumbanganidea; (b) membantu menghulurkan sumbangan berbentukwangatautenaga; (c) bersama-sama menghias rumah untuk sambutantersebut; (d) bersama-sama menyediakan makanan dan minuman; (e) berkemas selepas sesuatu majlis diadakandansebagainya. 8. Kerjasama anggota keluarga dalam sambutan hari khas keluarga ini dapat mewujudkan perpaduan dalamkeluarga. Berkongsi Suka Duka 1. Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan mereka. 2. Manakala apabila ahli keluarga berada dalam kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka sokongan moral agar mereka tidak patah semangat dengandugaandan tabah menghadapi kesusahan. 3. Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga. Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga amat pentingsupayamerekarasadihargai. Aktiviti Keluarga 1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersama- sama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluarga. 2. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama: (a) menontontelevisyen; (b) beriadah; (c) berkelah; (d) melancong; (e) mengadakankenduri dansebagainya. 3. Ketika melakukan aktiviti keluarga, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manfaat kepada seluruh anggota keluarga. 4. Anak-anak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa lebih stabil emosinya dan keadaan ini dapat menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti negatif.
  • 3. [3] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 3. HORMATI HAK ORANG LAIN Menghormati PerbezaanOrang Lain 1. Setiap manusia mempunyai perbezaan. Manusiaberbezadari segi: (a) latar belakang; (b) kebolehandanbakat; (c) pendapat. 2. Perbezaan ini menyebabkan cara hidup, budaya, pandangan, dan kepercayaan setiap orang itu jugaberbeza. 3. Perbezaan latar belakang bermaksud perbezaan agama, perbezaan taraf keluarga, perbezaan jantina, sejarah keluarga, pekerjaan, dan kelulusan. 4. Orang yang beragama Islam contohnya, tentu mempunyai budaya dan kepercayaan yang berlainan daripada orang yang beragama Hindu, Buddha, Sikh, mahupunKristian. 5. Kita mesti menghormati perbezaan ini supaya kitadapat hidupdalamsuasanayang harmoni. 6. Antara cara-cara kita menghormati perbezaan orang lainadalahdengan: (a) tidakmengejek-ejekbudayakaumlain; (b) mendengar pendapat dan pandangan orang dan tidak hanya menganggap pandangan kita sahaja yang betul; (c) bertolakansurdan sebagainya. Tarikh PatutSiap:05.03.2012 Tarikh PatutSiap: 05.03.2012 Kepentingan Menghormati HakOrang Lain 1. Dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran dan situasi yangberbeza; 2. Boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain; 3. Lebih sabar menghadapi kerenah manusia yang pelbagai; 4. Lebih bersimpati dan empati terhadap kesusahanorang; 5. Bersikap terbuka terhadap keunikan budaya kaum-kaumlain; 6. Dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antaraindividudankaum; 7. Menambahkan perasaan kasih dan sayang sesamamanusia; 8. Menjadikan kita lebih bertimbang rasa dan perihatin; 9. Dapat mengelakkan perselisihan faham dan perasaancemburuterhadaporanglain. 10. Hidupdalamsuasana aman danharmoni. Berikan dorongan kepada rakan yang ingin mempamerkan bakatnya.Tindakan memperlekeh-lekehkan bakat dan kebolehan rakan adalah sikap orang yang tidak menghormati hak orang lain.
  • 4. [4] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 4. PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN Tarikh PatutSiap:16.04.2012 Pengenalan 1. Semangat kekitaan adalah kemahuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasamadenganoranglain. 2. Sikap ini perlu diamalkan dalam masyarakat agar hubunganantara ahii masyarakat akan lebiherat. Pemupukan Semangat Kekitaan dan Kepentingannya 1, Terdapat beberapa cara untuk memupuk semangatkekitaan.Antaranya: (a) suka bertegur sapa tanpa mengira agama dan kaum; (b) tidakbersikapsombong; (c) menghormati jiran tetangga yang pelbagai kaum; (d) bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bilamasa; (e) salingberkunjungke rumahjiran; - contohnya ketika jiran mengadakan kenduri, rumah terbuka atau majlis-majlis tertentu seperti sambutan majlis hari lahir mengambil berat akan keperluan, kebajikan,dankeseiamatanjiran; mengamalkan sikap bertolak ansur dengan jiran; menghormati perbezaan budaya, agama,dan adat resamjirantetangga; turut sama terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan. 2. Jiran yang mempunyai semangat kekitaan akan senantiasa muafakat dalam menyelesaikan semuamasalahsetempat. 3. Keadaan ini menyebabkan keseiamatan masyarakat setempat lebih terjamin dan kebajikan merekaterlebihterjaga. 4. Di samping itu juga perpaduan akan terpelihara dan masyarakat hidup dalam kesejahteraan. 5. Masyarakat setempat mestilah prihatin dengansegalaaktiviti yangberlakudi tempatmereka. 6. Antara masalah setempat yang perlu diambil berat oleh masyarakat di sesuatu tempat adalah masalah sosial. Antara masalah sosial yang dihadapi biasanyatermasuklah:- (a) gengsterisme; (b) vandalisme; (c) pergaulanbebas; (d) penagihandadah; (e) budayalepakdansebagainya. 7. Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat setempat berganding bahu untuk menyelesaikan masalahdi atas. Agensi-agensi yang Dapat Menjaga KesejahteraanMasyarakat 1. Agensi-agensi tertentu sama ada daripada badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan amat diperlukan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat. 2. Antara agensi-agensi tersebuttermasuklah: (a) RukunTetangga; (b) Mercy; (c) St, JohnAmbulans; (d) KelabLion; (e) RakanCop; (f) SahabatAlamMalaysia; (g) Yayasan Salamdan sebagainya.
  • 5. [5] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 5. WARISAN KESENIAN PELBAGAIKAUM Tarikh PatutSiap: 14.05.2012 Pengenalan 1. Malaysia kaya dengan pelbagai warisan kesenian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. 2. Warisan kesenian pelbagai kaum ini menjadi kebanggaan negara dan seluruh rakyat perlu bersama- sama mengekalkan warisan kesenian ini. 3. Warisan kesenian ini dapat dibahagikan kepada beberapajenis, iaitu, (a) muzik; (e) Lukisan; (b) alat muzik; (f) permainan; (c) tarian; (g) kraftangan. (d) seni bina; Muzik, Alat Muzik, dan Tarian 1. Muzik, alat muzik, dan tarian mempunyai kaitan yang rapat. Untuk menghasilkan sesuatu muzik, memerlukan alat muzik, dan tanpa muzik, tarian sukar untuk ditarikan. 2. Kepelbagaian kaum di negara kita menyebabkan lahirnya pelbagai genre muzik yang mempunyai identitinya tersendiri mengikut kaum. 3. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegunaan muzik adalah terhad. Muzik hanya dibahagikan kepada dua, iaitu, (a) muzik diraja, iaitu nobat i. nobat ini dimainkan ketika upacara diraja seperti upacara pertabalan, keputeraan, dan kemangkatan ii. alat muzik nobat termasuklah gong, gendang, serunai, dan nafiri. (b) muzik rakyat adalah seperti ghazal di Johor, hadrah dan gambus di Perak dan sebagainya. muzik rakyat dimainkan untuk tujuan berhibur bagi meraikan majlis perkahwinan, dan menyambut tetamu. 4. Muzik-muzik Melayu yang lain termasuklah endoi, ulik mayang, nazam, dikir barat, dan boria. 5. Tarian masyarakat Melayu juga pelbagai antaranya tarian inang, zapin, dan asyik. 6. Tarian naga dan tarian singa pula adalah seni tarian yang paling popular dalam kalangan masyarakat Cina. 7. Gong, simbal, dan gendang akan mengiringi tarian singa. Bunyi yang kuat daripada alat muzik ini akan member! semangat kepada penari untuk menari dengan lebih bertenaga. 8. Bagi masyarakat Iban, alat muzik yang menjadi warisan mereka ialah gong, tetawak, bebendai, dan enkeromong. 9. Sementara itu, tarian warisan masyarakat ini ialah tarian ngajat. Tarian ini dipersembahkan untuk menyambut kepulangan pahlawan. 10. Masyarakat India juga mempunyai warisan muziknya. Alat muzik tradisional masyarakat ini ialah trompet dan tavil. Alat muzik ini biasanya mengiringi persembahan tarian Natheswaram. Permainan dan Seni Lukisan 1. Permainan tradisonal masyarakat di Malaysia juga perlu dikekaikan. Antara permainan tradisi masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, gasing, wau, caturcina, silambam, dan sebagainya. 2. Permainan ini biasanya dimainkan secara kumpulan dan memerlukan sikap bekerjasama dan saling membantu. 3. Seni lukisan tanah air juga perlulah kita jaga kerana hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Seni Bina, Seni Ukir, dan Kraf Tangan 1. Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan, Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. 2. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu, dan di hulu keris. 3. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. 4. Seni bina di negara kita perlu dipelihara. Contoh seni bina negara yang perlu dipelihara termasuklah rumah-rumah tradisional, istana lama, tempat-tempat ibadat dan sebagainya. 5. Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia juga perlu dikekaikan kerana keunikannya. 6. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik, dan lukisan batik. 7. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang, dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji, dan sebagainya. 8. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga, atau tempayan. 9. Hasil ukiran daripada tanah liat paling popular di Sabah dan Sarawak. Ukiran berbentuk bunga, atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan. 10. Bagi masyarakat India, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasilkan ‘kolam’, Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali.
  • 6. [6] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 6. SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Tarikh PatutSiap: 02.07.2012 Sistem Demokrasi Berparlimendi Malaysia 1. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimendenganrajaberperlembagaan. 2. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalahKetuaNegara. 3. Manakala Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. 4. Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud permerin-tahanyangdijalankansecaraperwakilan. 5. Melalui amalan demokrasi, rakyat diberikan kebebasan menuntut hak-hak sebagai rakyat negara ini denganadil dansaksama. 6. Antaranya termasuklah hak untuk memilih pentadbir negara yang dilaksanakan melalui proses pilihanraya. 7. Rakyat berhak memberikan kuasa kepada kerajaan dan mandat kepada wakil-wakil yang dipilih dalamsetiappilihanrayauntukmentadbirkannegara. PilihanRaya 1. Pilihan raya adalah suatu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi. 2. Pada umumnya pilihan raya diadakan setiap limatahunsekali. 3. Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi, tetapi juga penting dalam menentukankerajaanyangmemerintah. 4. Pelaksanaan pilihan raya melibatkan tiga pihak,iaitu:- (a) SuruhanjayaPilihanRaya; (b) Pengundi; (c) Calon. 5. Warganegara yang layak mengundi ialah yang berumur21 tahunke atas. 6. Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili ka-wasannya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi limatahun. Parlimen 1. Parlimen adalah badan yang menggubal undang-undangdi peringkatpersekutuan. 2. Parlimen terdiri daripada tiga komponen utama,iaitu:- (a) Yang di-PertuanAgong; (b) DewanRakyat; (c) DewanNegara. 3. PerananParlimentermasuklah: (a) meluluskan undang-undang persekutuan; (b) membuat pindaan kepada undang- undangpersekutuanyangada; (c) memeriksadasar-dasarkerajaan; (d) meluluskanperbelanjaankerajaan; (e) meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Dewan Undangan Negeri 1. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. 2. Parti politik yang memperoleh jumlah majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya akan diberi kuasamembentukkerajaannegeri. 3. Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dilantik daripada ketua parti yang memenangi pilihan raya olehRajaatau Yang DipertuaNegeri. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi  Penamaan calon dijalankan  Parti atau calon menyiapkan manifesto  Kempen pilihan raya dijalankan  Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu tempat mengundi dan tempat pengiraan undi  Pada hari mengundi... • pengundi mengundi di tempat yang ditetapkan; • pengundi diberikertasundi; • pengundi memilihcalonpadakertasundi; • kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi.  Kertas undi dikira di tempat pengiraan undi.  Pegawai pilihan raya mengumumkan keputusan pilihanraya
  • 7. [7] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 7. RAJA BERPERLEMBAGAAN Tarikh PatutSiap: 06.08.2012 Sistem RajaBerperlembagaan 1. Di negara kita, sistem Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. Sistem ini telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaanpadatahun1957. 3. Dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara kita,raja menjadi pemerintahtertinggi negara. 4. Baginda disebut Yang di-Pertuan Agong, manakala timbalannya disebut Timbalan Yang di- PertuanAgong. 5. Kedua-dua jawatan ini disandang dalam tempohlimatahun. 6. Kedua-dua jawatan ini diisi secara bergilir-gilir melalui pemilihan daripada kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan buah negeri Melayu. 7. Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berkaitan dengan urusan pemerintahan negara dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat PerdanaMenteri. Majlis Raja-raja 1. Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri-negeri Melayu, Yang Dipertua bagi Negeri Melaka,PulauPinang,Sabah,danSarawak. 2. Majlis ini bebas daripada badan perundangan persekutuandannegeri. 3. Kebiasaannya Majlis Raja-raja ini bersidang tiga atau empatkali setahun. 4. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja-raja Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. 5. Antara tugasMajlisRaja-rajatermasuklah:- (a) memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian; (b) menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara, contohnya perubahan dalamdasar imigresen; (c) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu sertaagama Islam; (d) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuannya. Misalnya yang berkaitan denganpersempadanansemulanegeri. 6. Majlis Raja-raja mempunyai setiausaha yang dikenal sebagai PenyimpanMohorBesarRaja-raja. 7. Perlantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja-raja. 8. Setiausaha Majlis Raja-raja merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusanyangdiambil olehMajlisRaja-raja. 9. Antara tugas Penyimpan Mohor Besar Raja- raja adalah membuat pengumuman tarikh permulaan puasa dantarikhhari raya. Peranan dan Bidang Kuasa Yang di- PertuanAgong Peranan  MelantikPerdanaMenteri  Melantik dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri  Mengampunkan, meringankan, dan menang- guhkan hukuman atas nasihat Jemaah PengampunanNegara.  Memelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti termaktubdalamperlembagaan  Memanggil, menangguh-kan, dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri  Melantik Ketua Hakim dan semua hakim Memperkenankan undang-undang yang diluluskanolehParlimen  Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran Bidang Kuasa  KetuaNegara  PanglimaTertinggi AngkatanTentera  Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak bersultanatauberaja
  • 8. [8] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 8. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI Tarikh PatutSiap: 24.08.2012 1. Kewarganegaraan ialah sesuatu yang amat berharga. Tanpa kewarganegaraan, kita akan kehilanganhakdanpelbagai keistimewaantertentu. 2. Sebagai warganegara, kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara haruslah kita pertahankan. Mengundi • Setiap warganegara bertanggungjawab mengundi bagi memilih pemimpin untuk menentukan corak pemerintahannegarapadamasahadapan • Namun, warganegara yang bertanggungjawab akan memilih pemimpin yang betul-betul berwibawa untukmemerintahnegara. Melibatkan Diri dalam Rancangan Kerajaan • Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan segala rancangan yang diatur oleh kerajaan. • Antara kempen-kempen yang perlu kita sokong termasuklah kempen antimerokok, kempen membaca, kempen keseiamatan di jalan raya dan sebagainya. MemberikanPendapat melalui Saluranyang Betul • Dalam negara demokrasi, rakyat diberi kebebasanmemberikanpendapat. • Namun warganegara yang bertanggungjawab tidak akan menyatakan apa-apa sahaja sesuka hati yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang dapat mengganggugugatketenteramanawam. • Berikan pendapat anda melalui saluran yang betul dan dengan cara yang betul demi kesejahteraan rakyat dannegara. MenjagaNama Baik Negara • Sebagai warganegara kita perlulah mengawai setiap tindakan, baik dari segi perkataan mahupun perlakuan. • Tingkah laku bersopan dan beradab hendaklah kita amalkan kerana amalan yang buruk akan memalukanbangsadannegara. MenjagaKeamanan • Menjaga keseiamatan dan keamanan negara bukan hanya tanggungjawab anggota pasukan keseiamatan, bahkan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. • Janganlah kita melakukan rusuhan atau membuat hasutan yang boleh mengganggu keamanan negara. Amalan BerterimaKasih • Rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha membangunkan negara denganpelbagai kemudahandanperkhidmatan. • Oleh itu bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikandanjagalahkemudahandenganbaik • Antara kemudahan yang disediakan kerajaan termasuklah:- - kemudahanpendidikan - kemudahan kesihatan seperti hospital dan sebagainya
  • 9. [9] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 9. KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA Tarikh PatutSiap:04.10.2012 Peranan Jentera Pentadbiran Kerajaan 1. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara memerlukan kepemimpinan yang berwawasandankerajaanyangtelusdanamanah. 2. Jentera pentadbiran negara dipimpin oleh Perdana Menteri. Beliau mentadbirkan negara dengan bantuan Jemaah Menteri atau Kabinet yang terdiri daripadabeberapaorangMenteri. 3. Jentera pentadbiran negara terlibat dalam perancangan dan penetapan dasar kerajaan. 4. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara terletak pada kebijaksanaan PerdanaMenteri sertaanggotaeksekutif yangterlibat. 5. Perdana Menteri dan jentera pentadbiran yang lain perlu mempunyai wawasan dalam usaha memperbaikimutuperkhidmatanawam. 6. Jentera pentadbiran negara perlu berpandangan jauh. Sesuatu dasar dan rancangan yang hendak dijalankan haruslah dikaji terlebih dahulu dengan teliti supaya jentera pentadbiran negara lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani sebarang kemungkinan yang timbul pada masa akan datang. Wawasan 2020 1. Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991 adalah saiah satu usaha kerajaan yang berwawasan yang mahukan kemajuankepadanegara. 2. Wawasan ini merupakan suatu pandangan jauh yang mendalam untuk menjadikan Malaysia negara industri yang serba maju dan seimbang dari segi sosial, politik, dan ekonomi menjelang tahun 2020. Struktur jentera pentadbiran negara Kerajaanyang Telus dan Amanah 1. Kerajaan memegang amanah rakyat untuk memerintah negara dengan baik. 2. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu senantiasa berusaha memperbaiki kelemahan pentadbiran, pengurusan kewangan, serta membanteras rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. 3. Maka, selaras dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam usaha mencegah jenayah rasuah. 4. Kesan buruk rasuah bukan saja akan merosakkan pelaku-pelakunya tetapi juga dapat meruntuhkan seluruh sistem pentadbiran negara. 5. Untuk melancarkan jentera pentadbiran negara, setiap kakitangan kerajaan tertakluk pada garis panduan dan akujanji 6. Setiap kakitangan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dengan komitmen yang tinggi dan menghindarkan diri daripada penyelewengan. 7. Di samping itu, ketua-ketua jabatan diminta agar mengenal pasti dan mengatasi isu serta masalah yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. PerdanaMenteri TimbalanPerdanaMenteri Menteri-menteri Timbalan- timbalanMenteri Setiausaha-setiausaha Parlimen Setiausaha-setiausaha Politik KEMAJUANINDUSTRIDANKESEPADUANASPEK KEHIDUPANDALAMWAWASAN2020 Perpaduankaum Peningkatantaraf hidup Kestabilanpolitik Pengukuhansistempentadbiran Peningkatanmaruahbangsadannegara Penghayatandanpenerapansemangat yakindiri Pengukuhannilaimurni
  • 10. [10] Dari Sasbadi Booster A+ www.wargasivik.blogspot.com 10. BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN Tarikh PatutSiap:24.09.2012 Pengenalan 1. Selaras dengan usaha negara mencapai status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, maka Malaysia memainkan peranan proaktif dalamkerjasamaserantaudanantarabangsa. 2. Malaysia turut berperanan dalam memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanandunia. 3. Faktor globalisasi dan pelbagai cabaran pembangunan turut mempengaruhi hala tuju negara kita. 4. Justeru hubungan dua hala yang erat dengan negara maju dan negara membangun terus dijalin dan dikekalkan. 5. Hubungan ini merangkumi kerjasama politik, sosial, dan kebudayaan dengan hubungan ekonomi sebagai terashubunganduahala berkenaan. Malaysiadan ASEAN 1. Malaysia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatikdengannegara-negarajiran. 2. Tujuan utama hubungan tersebut adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama. 3. Menyedari akan kepentingan hubungan yang rapat dengan negara-negara jiran, Malaysia kemudiannyamenyertaiASEAN padatahun1967. 4. Tujuan utama penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam bidangpolitik,ekonomi,sosial,dankebudayaan. Malaysiadan KeamananDunia 1. Malaysia senantiasa menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkankeamanandankeharmoniandunia. 2. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu berbaik dengan semua negara tanpa mengira ideologi atau fahamanpolitik. 3. Hubungan baik yang dijalin dengan negara- negara lain dapat menjamin keamanan sejagat dan kesejahteraanbersama. 4. Antara sumbangan Malaysia dalam usaha memeliharakeamananduniatermasuklah: (a) menjadi anggota PBB dan berperanan dalam PBB mengutuk pencerobohan kuasa besarterhadapnegarakecil yangberdaulat; (b) menyuarakan bantahan terhadap perbuatan puak Serb terhadap rakyat Bosnia dalamPerhimpunanAgungPBB; (c) menghantar anggota tentera membantu PBB dalam misi keamanan di Congo, Kampuchea, Namibia, dan Bosnia- Herzegovina; (d) menyarankan agar segala konflik diselesaikan di meja rundingan bukannya melalui peperangan. Bentuk Kerjasama di kalangan Negara-negara Anggota ASEAN mewujudkansuatukawasanyangaman,bebas,danberkecuali. mengamalkandasarberkecualidanmewujudkanpersahabatandengansemuanegara tanpa mengiraideologi. menggalakkanpelancongdari seluruhduniamelawatke negara-negaraanggotamelalui projekpelancongan membenarkanwarganegaraASEAN melawatke negara-negaraASEAN tanpavisa. menubuhkansebuahpusatserantauuntukilmusainsdanmatematik(RECSAM) di Gelugur,PulauPinang. melaksanakanprojekperindustriansecarausahasamaantaranegara anggotaASEAN.