Business Communication: Course notes topic 1-210613 024331
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
1. MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA
Course Leader: Sharliana Che Ani
COURSE NOTES
MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik
Subtopik 7 : Peruntukan Utama Perlembagaan
1.1 Pengenalan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
1.1.1
Federalisme
K.C Wheare (1953), system federalisme merupakan satu kedah untuk membahagikan
kuasa antara dua peringkat kerajaan, dan di mana di dalam bidang kuasa tertentu,
kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi.
Jayum A. Jawan (2001) menjelaskan lanjutan daripada definisi yang dikemukakan
oleh Wheare di atas, pelbagai penghalusan telah diberikan mengenai ciri/sifat
federalisme seperti :
a) terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi
kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurangkurangnya satu bidang perkara.
b) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan
kepadanya.
c) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya.
d) Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat.
e) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini ( yang terkandung dalam
perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri
f) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.
Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa yang jelas dan bertulis di
antara tingkat-tingkat kerajaan.
Setiap tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang diperuntukkan
kepadanya.
Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.
Terdapat tiga senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang
mengagihkan kuasa ini iaitu:
a) Senarai Persekutuan
b) Senarai Negeri
c) Senarai Bersama
Perbezaan di antara bidang kuasa yang disenaraikan di dalam Senarai Persekutuan
dan Senarai Negeri adalah bergantung kepada sifat-sifat bidang kuasa berkenaan.
Biasanya bidang kuasa yang disenaraikan dalam senarai Persekutuan adalah bidang
kuasa yang menyeluruh dan mempunyai implikasi ke atas persekutuan
keseluruhannya.
Senarai Negeri pula mengandungi bidang kuasa yang bersifat kenegerian atau
wilayah.
1.1.2
Demokrasi Berparlimen
1
2. 1. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat
dan untuk rakyat.
2. Maka kerajaan yang telah terpilih perlu memikat hati rakyat yang telah memilihnya.
3. Kerajaan berkewajipan menjalankan segala tugasnya secara terbuka supaya diketahui,
difahami dan akhirnya mendapat sokongan rakyat.
4. Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan menitikberatkan kebajikan rakyat dan
bukannya membelakangkan mereka.
5. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dikatakan mampu mewujudkan
satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
1.1.3
Raja Berpelembagaan
1. Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan
iaitu Perlembagaan Malaysia.
2. Dalam sistem Raja Berpelembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang Dipertuan
Agong dan Majlis Raja-raja.
3. Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan
raja melayu.
4. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebutkan dalam
Perlembagaan Malaysia iaitu Ketua Utama Negara.
5. Sistem raja berpelembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab
antara raja yang menaungi dan rakyat yang dinaungi, demi kemakmuran dan
kemantapan masyarakat sendiri.
6. Bagi menjamin kemurnian sistem, institusi Majlis Raja-raja dan institusi Yang
dipertuan Agong, mempunyai struktur dan prosedur yang jelas seperti yang tersusun
dalam Perlembagaan Malaysia.
7. Antara susunan terpenting adalah:
a) soal keanggotaan Majlis
b) Sistem giliran
c) Sistem pemilihan Yang Dipertuan Agong
d) Peraturan persidangan
e) Bentuk dan perlaksanaan kuasa
f) Fungsi dalam proses undang-undang dan pemerintahan negara.
2.1 Aktiviti Tutorial
Bincangkan kepentingan konsep raja berpelembagaan di Malaysia.
2