SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 33
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Asas Fotografi Digital
                      versi 0.6

       Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008




        Nota disediakan oleh Adhadi Mohd.

        http://www.adhadimohd.com/training




                                                   Laman 1 
 
Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital.

Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan
nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar.
Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam
nota ini.

Sekiranya     terdapat sebarang    ralat   atau    perubahan,       sila   emailkan
kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula.

Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya.

Terima kasih.

Adhadi Mohd
Photographer
http://www.adhadimohd.com




                                                                             Laman 2 
 
isi kandungan
    1.    Pengenalan 
    2.    Peralatan Fotografi Digital 
    3.    Dedahan / Exposure 
    4.    Histogram 
    5.    White Balance 
    6.    Fokus 
    7.    Kualiti & Format Gambar 
    8.    Penggunaan Flash 
    9.    Teknik‐teknik Fotografi 
    10.   Asas Komposisi 
    11.   Warna 
    12.   Pencahayaan 




                                          Laman 3 
 
1.0 Pengenalan
Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

      Komposisi Asas

             Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti
             teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya
             kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep
             keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan
             penceritaan sesebuah gambar.

      Pemilihan lensa

             Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah
             gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang
             berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens
             telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.

      Penggunaan ISO

             ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir
             sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital
             mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh
             mencapai iso 6400 dan 25600.

             ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang
             terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di
             gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.

      Teknik Digital Darkroom

             Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian
             computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara
             proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging
             dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white
             balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.

      Retouching

             Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar                seperti
             menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.

      Gambar Hitam Putih / Monochrome

             Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan
             menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia
             digital.

                                                                                  Laman 4 
 
Filters

              Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling
              penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar
              dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga
              kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu
              boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan
              baying-bayang di dalam air.

              Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu
              kita mengambil gambar secara macro.



    Focal Length / Bukaan pandangan

              Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah
              lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di
              dalam millimeter atau mm.



    Perisian pengurusan Imej (workflow)

          Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne
    CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan
    sebagainya.




                                                                                         Laman 5 
 
2.0      Peralatan Fotografi Digital



Kategori Kamera Digital SLR

    1.   Pro
    2.   Semi pro
    3.   Prosumer
    4.   Hobyist


Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan
pelbagai factor lain.

Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan
sensitivity kepada cahaya.

Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.



Full frame

         Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem
         35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full
         frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila
         lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.

         Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:

            •   Nikon D3
            •   Canon 1Ds
            •   Canon 1Ds Mark II
            •   1Ds Mark III
            •   Canon EOS 5D
            •   Contax N Digital

                                                                                   Laman 6 
 
•   Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format

      Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera
      digital yang lebih kecil daripada full frame.

      APS-C

      Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format
      jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.

      Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari
      jenis:

      Canon EF, EFS

      Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N

      Sistem Four Third



Lensa
Jenis-jenis Lensa

      Terdapat 4 jenis lens.

      Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah
      50mm f1.8.

      Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
      up sesuatu gambar.

      Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di
      gunakan dalam architecture dan photojournalism.

      Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
      length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.

      Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

      Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
      Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm

      Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan
      saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.



                                                                                      Laman 7 
 
Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8



Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :


    Kategori              Lensa                            Contoh Gambar

Ultra wide     Nikkor 10.5mm f/2.8G ED 
–  fish eye    AF DX Fisheye 

               Selain ini: 

               Tokina 10‐17mm 

                

                
                                                                                 
                                                                     
                                          Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang 
                                                                 luas. 
                                                                     
                                           Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, 
                                           kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi, 
                                                            portrait kreatif. 

Ultra Wide     Nikkor AF‐S 14‐24mm 
               f/2.8G ED 
                
               Selain lens ini: 
               Nikkor AF‐S 12‐24mm f4 
               ED DX 
                
               Sigma 10‐20mm  
                                                                                         
               Tokina 12‐24mm                      Perspektif latang belakang yang luas.  


                                                                                              Laman 8 
 
 
                                        Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group 
                                             photo, perkahwinan dan photojournalism. 

Standard    Nikkor 18‐55mm f/3.5‐
Zoom        5.6G ED II AF‐S DX Zoom 
Kit lens     
            Selain lens ini, 
            Tamron 17‐50mm f2.8 
            Canon 17‐55 mm 

                                                                                      
                                          Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada 
                                                          standard zoom  
                                                                   
                                           Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi 

Standard    Noctilux 50mm f/1.0 
(tiada       
zoom)       Lain‐lain 
            Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 
            Nikkor 35mm  
             

                                                                                       
                                                 perspektif latarbelakang yang biasa. 
                                                                     
                                        Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama 
                                       yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif 
                                                              (distortion) 

Telefoto    Canon 85mm f1.2L 
(tiada 
zoom) 




                                                                                          
                                                 Perspektif latarbelakang yang kecil. 
                                                                    
                                                  Kesesuaian penggunaan : portrait 




                                                                                              Laman 9 
 
Telefoto     Nikkor 70‐200mm f/2.8G 
Zoom         ED‐IF AF‐S VR




                                                                                       
                                                                    
                                       Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, 
                                       portrait 
                                        



                             Sumber gambar :www.pbase.com



Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh

Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan
besar.




                                   30mm f2.8 80mm f2.8

Panjang Fokal




                                                                                         Laman 10 
 
Lanskap pada 18mm,  kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas 




Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang  seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas.

Panjang fokal dan perspektif.  

Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka 
gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length 
yang satu lagi.  

Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan 
wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke 
belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza. 




                                                                                            Laman 11 
 
Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk 
mendapatkan satu gambar yang serupa. 




                                                                                      Laman 12 
 
Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah
compact flash dan secure digital.

Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.

Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.

Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data.
Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan
memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar
dengan pantas terutamanya untuk mode burst.

Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi
sekitar RM200 sahaja.




                                                                                     Laman 13 
 
3.0    Dedahan / Exposure


       Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam
       kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal
       dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed,
       dan kawalan ISO.



Kelajuan Shutter
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali 
lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan 
shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang 
rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).  




                                        
         Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. 
         Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap. 




                                        
         Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. 
         Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran. 



       Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai
       1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan


                                                                                               Laman 14 
 
membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi
       gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.

       Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar
       kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100
       biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar
       menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan
       jurugambar.

       Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.




         Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.



    APERTURE

       Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor
       kamera digital.




       “Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu
       yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.

       Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama.
       Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan
       background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada
       kualiti kesamaran yang terhasil.

       Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan
       untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu


                                                                                    Laman 15 
 
cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture
      f11 untuk mengambil gambar portrait.

      Aperture dikenali sebagai f-number.

      Aperture mengikut julat bukaan 1-stop

      f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32




        f-32 . Bokeh kurang kemas                f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan
                                                                 kemas.


                            Kesan f-number pada kualiti bokeh.



Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum

      Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih
      bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.

      Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum
      adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:

      Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5
      atau f4.

      Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6.
      Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan
      f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada
      pelbagai bukaan aperture.

                                                                                    Laman 16 
 
ISO
       ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO
       rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan
       memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.

       ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi,
       bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan
       kehilangan details.

       Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang
       memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda
       perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka
       anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.

       Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang
       rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini
       kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata
       berbanding gambar yang terlalu blur.

       Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti
       noiseninja.

       ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark
       111, Nikon D3 atau hasselblad) :


            ISO           Kesesuaian                               Hasil

      100-200      Waktu tengah hari terik dan     Gambar pada iso ini akan menghasilkan
                   cukup kekuatan cahaya seperti   warna, contrast yang paling optimum.
                   di dalam studio.

      400          Waktu mendung, dibawah          Gambar masih lagi mempunyai warna
                   litupan.                        yang baik dan noise pada jumlah minima

      800          Waktu di dalam rumah            Gambar mempunyai warna sedikit pudar
                                                   dan noise banyak kelihatan.

      1600         Waktu malam dan kurang          Gambar mempunyai warna tetapi kurang
                   bercahaya                       menarik, noise lebih banyak kelihatan
                                                   dan contrast gambar mula pudar.

      3200-6400    Waktu yang gelap dan tidak      Gambar sesuai di ambil menggunakan
                   bercahaya.                      black & white mode.




                                                                                       Laman 17 
 
Depth Of Field
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat
focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.

DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa,
crop factor dan bukaan aperture.




Jenis Dedahan (Exposure Modes)
    1. Programmed AutoExposure
       Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan
       kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan
       turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.

       Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16)
       supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp.

       Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8)
       supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

    2. Semi Programmed AutoExposure
       Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan
       Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk
       menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure.

       Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF.
       Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur
       akibat pergerakan.

    3. Manual Exposure
       Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan
       cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang
       diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.



METERING

                                                                                 Laman 18 
 
Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau
     exposure value (ev) .

     Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum
     berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix
     metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga
     dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering..

     Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar
     dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.

     Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan
     di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.

     Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil
     didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering
     hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik
     focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain
     didalam viewfinder.

     Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh
     kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun
     dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

Panduan Sunny 16

     Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari,
     tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu
     yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu
     tengahhari tanpa menggunakan light meter.

     Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan
     kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.

     Sebagai contoh:

             Aperture                     ISO                    Kelajuan Shutter
      f-16                   100                             1/100 ~1/125

      f-16                   200                             1/200 ~1/250

      f-16                   400                             1/400 ~1/500

      f-16                   800                             1/800 ~1/1000




                                                                                  Laman 19 
 
Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain

       Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal
       dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan




                                                                               Bukaan
           Tahap Cahaya                    Cara mengetahui
                                                                               Aperture
        Sedikit mendung        Ada bayang-bayang dan bucunya lembut.              f11


        Mendung biasa          Masih ada bayang-bayang tetapi agak                 f8
                               samar-samar dan bucu hampir sangat
                               lembut.
        Sangat mendung         Tiada bayang-bayang                                F5.6




Tip-tip untuk mengawal Exposure

    1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure
       gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya
       latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.
    2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi
       overexpose.
    3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk
       mengelakkan silhouette.
    4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan
       shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan
       perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.
    5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik
       mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.




                                                                                          Laman 20 
 
4.0 Histogram
Di  dalam  sesebuah  gambar,  biasanya  jurugambar  digital  akan  mengecam  tone  sesebuah  gambar  pada 
tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight. 




                                                                                  

               Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman. 




                                                                                            

Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan 
shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones. 

                                 




                                                                                                Laman 21 
 
5.0 White Balance


Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi 
kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan. 

Di  dalam  gambar  yang  mempunyai  rujukan  warna  putih,  biasanya  white  balance  kurang  menjadi 
masalah.  Bagaimanapun,  sekiranya  tidak  sebarang  rujukan,  anda  boleh  menukar  white  balance  secara 
manual .  

                  Color Temperature          Light Source 
                  1000‐2000 K                Cahaya Lilin 
                  2500‐3500 K                Lampu Tungsten 
                  3000‐4000 K                Sunrise/Sunset  
                  4000‐5000 K                Lampu Fluorescent 
                  5000‐5500 K                Flash 
                  5000‐6500 K                Tengahhari  dengan  langit  tidak  berawan 
                                             (matahari tegak dikepala) 
                  6500‐8000 K                Sedikit mendung 
                  9000‐10000 K               Dibawah lindungan atau sangat mendung




                                                                                                 Laman 22 
 
6.0 Fokus
Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak
berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara
perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:

       1.   Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik.
       2.   tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan.
       3.   Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens.
       4.   Terlalu dekat. Gunakan close up filter.
       5.   Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus




                                                                                     Laman 23 
 
7.0    Kualiti & Format Gambar

Resolusi Gambar

Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu
menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan
resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.

Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan.
Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda
dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.

Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar
memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan
menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.

Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.

Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar.

Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan

Saiz cetakan                    Pixel*                          Megapixel
3R – 31/2 x 5 in                700x1000                        <1
4R – 4x6 in                     800x1200                        1
5R – 5x7                        1000x1400                       1.5
8R - 8x10                       1600x2000                       3.2
11R - 11x14                     2200x2800                       6
*jangkaan cetakan pada 200dpi

Compression

Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam
format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini
biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE,
NORMAL, BASIC.

Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar
berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.

Format Fail Gambar
kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail

JPEG.
Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG
adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh
kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar
kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.

                                                                                        Laman 24 
 
TIFF
Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan
publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya.
Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak

RAW
Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction.
Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang
vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.




                                                                                   Laman 25 
 
8.0     Penggunaan Flash


Antara teknik-teknik penggunaan flash

    •   Auto flash
    •   Fill flash
    •   Red Eye flash
    •   Slow-sync flash
    •   Rear curtain flash




                                         Laman 26 
 
9.0    Teknik-teknik Fotografi


Portrait

    Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu.


       ‐   Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang
           dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh
           jadi suatu snapshot.
       ‐   Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil
           snapshot dan casual portrait dengan baik.
       ‐   Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan
           karakter seseorang.
       ‐   Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk
           mengambil gambar portrait dengan baik.
       ‐   Model terbaik adalah diri sendiri.



    Kesesuaian Lensa

       ‐   Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm
           untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
       ‐   Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.
       ‐   Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
       ‐   Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari
           subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih
           asli dan selesa.
       ‐   Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait
           kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung
           akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
       ‐   Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya
           anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek
           pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan
           menyebabkan subjek amat distorted.



    Komposisi portrait

       ‐   Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan
           hidung tidak memotong facial line.




                                                                                    Laman 27 
 
‐    Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh
            lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat
            kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.

       ‐    Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai
            contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan
            rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.

       ‐    Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti
            pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment
            subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik.
            Avoid merging.



       Portrait Berkumpulan

       ‐    Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen
            dan di letakkan di titik rule of third.




    Macro
            Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh
            membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan
            adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.

    Landskap
          Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.

    Kanak-kanak
          Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan
          lens yang pantas.

    Sport
            Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak
            digunakan.

    Candid
          Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.




                                                                                      Laman 28 
 
10.0 A
     Asas Kom
            mposisi


       Titik punca tarikan


                                     Subjek u utama
                                     Hampir semua gamb memerlukan sekuran
                                                       bar                ng-
                                     kurangny satu subje utama sebagai sumber
                                              ya        ek
                                     cerita uta
                                              ama sesebua gambar.
                                                        ah

                                     Foregrouund / latarhadapan dan Background /
                                                                    n
                                     latarbela
                                             akang
                                     Latarhadaapan bermaaksud satu ka
                                                                    awasan didaalam
                                     gambar yyang berada di hadapan subject utama.

                                     Latar bela          berada dibelakang subje
                                              akang pula b                     ect
                                     utama.

                                     Gambar c contoh ini m
                                                         mempunyai la
                                                                    atarhadapan
                                                                              n,
                                     subject utama dan latar belakang
                                                                    g.


       Peletakan subjek
               n

       Rule of th
                hird

                             Di da
                                 alam panduan ini, cub bahagika gambar anda
                                                     ba       an
                             kepad 9 kotak dengan me
                                 da                embuat 4 ga
                                                             arisan sepe di
                                                                       erti
                             bawah Titik peng
                                 h.         glihatan (foc point) ya lebih din
                                                        cal       ang       namik
                             adalah di titik pert
                                                temuan anta setiap ga
                                                          ara       aris.

                                 gunaan rule of third di dalam portrait. Subjek uta
                             Pengg                                                ama
                             gambar ini adalah mata.
                                             h




                                                                             Laman 29 
 
Satu lagi co         gunaan rule of third
                                      ontoh pengg



    Golden Mean / Gold Ratio / D
           M         den       Divine Proportion




    Kekemas latarbelakang
          san

    Latarbela
            akang ringk
                      kas
    Latarbelakang yang baik tidak mengandu         ungi elemenn-
    elemen ya tidak pe
               ang        enting dan ti            kan. Seorang
                                       idak diperluk
    jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimanai
    mendapatkan           ut
                       sudu      terbaik
                                       k    bagi    memperoleh hi
    latarbelakkang yang b baik. Sebaga contoh da
                                        ai         alam gamba ar
    di sebela ah, dengan mengguna
                         n             akan sudut pandanga
                                                   t          an
    tinggi, lata
               arbelakang yang dipero  olehi adalah rumput hija
                                                              au
    yang kem dan men
             mas          narik.

                                                                        Laman 30 
 
dkan focus
           Menghad

                             ermakna hanya subjek y
           Menghadkan focus be                    yang penting dalam foto
                                                             g          ograf kelihata
                                                                                     an
           sharp didalam gamba dan eleme yang kura penting akan menja samar.
                             ar        en         ang                   adi
           Sebagai contoh:
                    c

                                                      Kaedah ini boleh dicapa dengan
                                                                              ai
                                                      mengawal a aperture, biaasanya yang g
                                                      paling luas seperti f2.8 atau f1.4.




        Keseimbang
        K        gan

        Kita
        K boleh meenjadikan ko
                             omposisi leb menarik
                                        bih
        dengan meencipta keseimbangan didalam
                                        n
        gambar.

        Sebagai
        S           contoh,    gambar    disebelah,
        dibahagikan oleh pem misah diagoonal pada
        bahagian tengah, mencip satu keseimbangan
                              pta
        untuk kedua subject.
                    s




Tips Pan
       ntas Untuk Mengawal k
                           komposisi

    •   Pastikan ada subjek uta
        P            a          ama yang mmampu men njadi stopping power uuntuk mata yang
        melihat.
        m
    •   Pastikan latarbelakang ya baik, tid serabut d melengk
        P                       ang       dak       dan         kapkan subject utama.
    •   Pastikan kom
        P           mposisi adala seringkas yang mun
                                ah                 ngkin. Elakka dari mem
                                                                an        masukkan se  emua
        elemen yang wujud didep anda.
                                pan
    •   Komposisi ya paling ku adalah y
        K           ang         uat       yang mampu menyampa
                                                   u           aikan mesej paling cepa dan
                                                                                      at
        je
         elas.
    •   Pelajari gamb orang la dan kenalpasti garis
        P            bar        ain                 san dan ben ntuk2 yang menjadi building
        block gambar tersebut.
                     r


                                                                                       Laman 31 
 
•   Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan,
        adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan
        komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas.
    •   Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut
        atau siku. Terutama pada subjek utama.
    •   Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat.
        Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat.
    •   Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain.
    •   Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di
        computer.




11.0 Warna


Mengawal warna

    1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan.
    2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna
       yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru,
       hijau dengan magenta, merah dengan biru muda.
    3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik.
    4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin.
    5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.




                                                                                    Laman 32 
 
12.0 P
     Pencahayaan
           a

Tip-tip m
        menggunaka cahaya persekitara
                 an                 an

       Ambil gamba pada wakt awal pagi dan petang kerana cahaya waktu it paling me
    1. A           ar           tu                                               tu         enarik
    2. G
       Gunakan ref  flector untu menambah kecerah
                                uk                      han pada w  wajah, elak  kkan guna flash
       se
        eberapa mungkin.
       Silhouttes adalah untuk m
    3. S                        menunjukkan bentuk ses
                                            n           suatu subjecct.
    4. K
       Kurangkan ke ekuatan flas apabila m
                                sh         mengambil gambar pada waktu teng
                                                                    a            gahhari. Fill flash
       adalah untuk menguran
                    k           ngkan shado tetapi b
                                            ow          bukan meng  ghilangkanny sama sekali.
                                                                                  ya
       Sesuatu bent akan keh
       S            tuk         hilangan benntuk sekirany tiada con
                                                         ya        ntrast.
    5. E
       Elakkan flaree/kilauan matahari atau lampu ya
                                            u           ang kuat un ntuk menge   elakkan mas  salah
       ku
        urang contra atau ma
                    ast,        asukkan flare untuk kesa artistic.
                                            e           an
    6. W
       Warna semul  lajadi adalah paling men
                                h           narik dan satturated pada waktu lang berawan.
                                                                    a            git
    7. A
       Apabila meng gambil gam mbar sewaktu berkabus, naikkan ex
                                            u                       xposure untuk mendapa     atkan
       ke
        ecerahan seemula.
       Pada waktu gelap, gunak night portrait mode a
    8. P            g           kan                     atau rear curtain flash.



                                             Gabungan fl
                                             G          lare/kilauan matahari, rear curtain
                                                                   n                      n
                                             flash dan ke
                                             f          elajuan shuttter yang pe
                                                                               erlahan bole
                                                                                          eh
                                             memberikan hasil yang m
                                             m                      menarik.


                                             Shooting mo : Manual
                                             S           ode
                                             Aperture : f/2
                                             A            25
                                             Shutter spee : 1/30
                                             S            ed
                                             Flash : TTL-Bl, -0.7EV, R
                                             F                       Rear Curtain Flash
                                                                                n




                                                                                           Laman 33 
 

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt? (18)

Langkah Editing & Manipulasi Gambar
Langkah Editing & Manipulasi GambarLangkah Editing & Manipulasi Gambar
Langkah Editing & Manipulasi Gambar
 
Principles Of Digital Photography
Principles Of Digital PhotographyPrinciples Of Digital Photography
Principles Of Digital Photography
 
Dasar fotografi
Dasar fotografiDasar fotografi
Dasar fotografi
 
Kelompok 4
Kelompok 4Kelompok 4
Kelompok 4
 
Presentasi dasar fotografi musyawarah akhir tahun kfp 2010 final
Presentasi dasar fotografi musyawarah akhir tahun kfp 2010 finalPresentasi dasar fotografi musyawarah akhir tahun kfp 2010 final
Presentasi dasar fotografi musyawarah akhir tahun kfp 2010 final
 
Asas Fotografi
Asas FotografiAsas Fotografi
Asas Fotografi
 
Fotografi
FotografiFotografi
Fotografi
 
Tata cahaya iii
Tata cahaya iiiTata cahaya iii
Tata cahaya iii
 
Penjelasan Kamera (Fisika)
Penjelasan Kamera (Fisika)Penjelasan Kamera (Fisika)
Penjelasan Kamera (Fisika)
 
Cermin & alat optik
Cermin & alat optikCermin & alat optik
Cermin & alat optik
 
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
 
Materi FISIKA Optik
Materi FISIKA OptikMateri FISIKA Optik
Materi FISIKA Optik
 
Anatomi DSLR Camera
Anatomi DSLR CameraAnatomi DSLR Camera
Anatomi DSLR Camera
 
Tata Cahaya dan Peralatan Fotografi Studio
Tata Cahaya dan Peralatan Fotografi StudioTata Cahaya dan Peralatan Fotografi Studio
Tata Cahaya dan Peralatan Fotografi Studio
 
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan PengertiannyaKomposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
 
Pemantulan cahaya
Pemantulan cahayaPemantulan cahaya
Pemantulan cahaya
 
Pembelajaran lensa
Pembelajaran lensaPembelajaran lensa
Pembelajaran lensa
 
Teknik Dasar Fotografi
Teknik Dasar FotografiTeknik Dasar Fotografi
Teknik Dasar Fotografi
 

Ähnlich wie Nota asas digital fotografi (free version)

Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Azman Hj. Ayup
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptwidyaduta
 
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaMenggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaSayugo
 
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 201920 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 2019markettitih
 
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAUNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAPere Sumbada
 
Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Arif Rahman
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxAnonymousenaVYvi
 
Tekhnik kameramen
Tekhnik kameramenTekhnik kameramen
Tekhnik kameramenAmat Moxer
 
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaAlih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaTyo SBS
 
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdfDKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdfZainul Arifin
 
anatomi+kamera_lensa+dan+film.pdf
anatomi+kamera_lensa+dan+film.pdfanatomi+kamera_lensa+dan+film.pdf
anatomi+kamera_lensa+dan+film.pdfYandiDominica
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digitalterrytirta
 

Ähnlich wie Nota asas digital fotografi (free version) (20)

Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital
 
Asas fotografi
Asas fotografiAsas fotografi
Asas fotografi
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.ppt
 
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaMenggabungkanfotografidengansajianmultimedia
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
 
MJR PDF SHARE
MJR PDF SHAREMJR PDF SHARE
MJR PDF SHARE
 
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 201920 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
 
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAUNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
 
DSLR
DSLRDSLR
DSLR
 
Fotografi
FotografiFotografi
Fotografi
 
Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
 
Tekhnik kameramen
Tekhnik kameramenTekhnik kameramen
Tekhnik kameramen
 
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaAlih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
 
Tp tajuk4
Tp tajuk4Tp tajuk4
Tp tajuk4
 
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdfDKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
 
anatomi+kamera_lensa+dan+film.pdf
anatomi+kamera_lensa+dan+film.pdfanatomi+kamera_lensa+dan+film.pdf
anatomi+kamera_lensa+dan+film.pdf
 
Fotografi Dasar
Fotografi DasarFotografi Dasar
Fotografi Dasar
 
Tugas fisika
Tugas fisikaTugas fisika
Tugas fisika
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digital
 
Presentasi Jenis jenis kamera
Presentasi Jenis jenis kameraPresentasi Jenis jenis kamera
Presentasi Jenis jenis kamera
 

Nota asas digital fotografi (free version)

  • 1. Asas Fotografi Digital versi 0.6 Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008 Nota disediakan oleh Adhadi Mohd. http://www.adhadimohd.com/training  Laman 1   
  • 2. Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital. Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam nota ini. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, sila emailkan kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula. Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya. Terima kasih. Adhadi Mohd Photographer http://www.adhadimohd.com  Laman 2   
  • 3. isi kandungan 1. Pengenalan  2. Peralatan Fotografi Digital  3. Dedahan / Exposure  4. Histogram  5. White Balance  6. Fokus  7. Kualiti & Format Gambar  8. Penggunaan Flash  9. Teknik‐teknik Fotografi  10. Asas Komposisi  11. Warna  12. Pencahayaan   Laman 3   
  • 4. 1.0 Pengenalan Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi: Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.  Laman 4   
  • 5. Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro. Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm. Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.  Laman 5   
  • 6. 2.0 Peralatan Fotografi Digital Kategori Kamera Digital SLR 1. Pro 2. Semi pro 3. Prosumer 4. Hobyist Format-format Sensor Kamera DSLR Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain. Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya. Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi. Full frame Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm. Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: • Nikon D3 • Canon 1Ds • Canon 1Ds Mark II • 1Ds Mark III • Canon EOS 5D • Contax N Digital  Laman 6   
  • 7. Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n Cropped format Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. APS-C Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N Sistem Four Third Lensa Jenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens. Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8. Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar. Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.  Laman 7   
  • 8. Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Lensa Contoh Gambar Ultra wide  Nikkor 10.5mm f/2.8G ED  –  fish eye  AF DX Fisheye  Selain ini:  Tokina 10‐17mm          Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang  luas.    Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi,  kanak‐kanak, perkahwinan, acara‐acara tidak rasmi,  portrait kreatif.  Ultra Wide  Nikkor AF‐S 14‐24mm  f/2.8G ED    Selain lens ini:  Nikkor AF‐S 12‐24mm f4  ED DX    Sigma 10‐20mm       Tokina 12‐24mm   Perspektif latang belakang yang luas.    Laman 8   
  • 9.   Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group  photo, perkahwinan dan photojournalism.  Standard  Nikkor 18‐55mm f/3.5‐ Zoom   5.6G ED II AF‐S DX Zoom  Kit lens    Selain lens ini,  Tamron 17‐50mm f2.8  Canon 17‐55 mm    Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada  standard zoom     Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi  Standard  Noctilux 50mm f/1.0  (tiada    zoom)  Lain‐lain  Nikkor 50mm 1.4 & 1.8  Nikkor 35mm       perspektif latarbelakang yang biasa.    Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama  yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif  (distortion)  Telefoto  Canon 85mm f1.2L  (tiada  zoom)    Perspektif latarbelakang yang kecil.    Kesesuaian penggunaan : portrait   Laman 9   
  • 10. Telefoto  Nikkor 70‐200mm f/2.8G  Zoom  ED‐IF AF‐S VR     Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh,  portrait    Sumber gambar :www.pbase.com Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar. 30mm f2.8 80mm f2.8 Panjang Fokal  Laman 10   
  • 13. Kad Memori Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital. Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza. Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro. Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst. Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.  Laman 13   
  • 14. 3.0 Dedahan / Exposure Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO. Kelajuan Shutter Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali  lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan  shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang  rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).     Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas.  Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.     Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut.  Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.  Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan  Laman 14   
  • 15. membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan. Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon. APERTURE Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. “Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu  Laman 15   
  • 16. cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32 f-32 . Bokeh kurang kemas f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas. Kesan f-number pada kualiti bokeh. Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.  Laman 16   
  • 17. ISO ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) : ISO Kesesuaian Hasil 100-200 Waktu tengah hari terik dan Gambar pada iso ini akan menghasilkan cukup kekuatan cahaya seperti warna, contrast yang paling optimum. di dalam studio. 400 Waktu mendung, dibawah Gambar masih lagi mempunyai warna litupan. yang baik dan noise pada jumlah minima 800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan. 1600 Waktu malam dan kurang Gambar mempunyai warna tetapi kurang bercahaya menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak Gambar sesuai di ambil menggunakan bercahaya. black & white mode.  Laman 17   
  • 18. Depth Of Field Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture. Jenis Dedahan (Exposure Modes) 1. Programmed AutoExposure Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. 2. Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan. 3. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan. METERING  Laman 18   
  • 19. Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja. Panduan Sunny 16 Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh: Aperture ISO Kelajuan Shutter f-16 100 1/100 ~1/125 f-16 200 1/200 ~1/250 f-16 400 1/400 ~1/500 f-16 800 1/800 ~1/1000  Laman 19   
  • 20. Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan Bukaan Tahap Cahaya Cara mengetahui Aperture Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. f11 Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak f8 samar-samar dan bucu hampir sangat lembut. Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6 Tip-tip untuk mengawal Exposure 1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose. 3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette. 4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. 5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.  Laman 20   
  • 21. 4.0 Histogram Di  dalam  sesebuah  gambar,  biasanya  jurugambar  digital  akan  mengecam  tone  sesebuah  gambar  pada  tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight.    Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman.    Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan  shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones.       Laman 21   
  • 22. 5.0 White Balance Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi  kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.  Di  dalam  gambar  yang  mempunyai  rujukan  warna  putih,  biasanya  white  balance  kurang  menjadi  masalah.  Bagaimanapun,  sekiranya  tidak  sebarang  rujukan,  anda  boleh  menukar  white  balance  secara  manual .   Color Temperature  Light Source  1000‐2000 K    Cahaya Lilin  2500‐3500 K    Lampu Tungsten  3000‐4000 K    Sunrise/Sunset   4000‐5000 K    Lampu Fluorescent  5000‐5500 K    Flash  5000‐6500 K    Tengahhari  dengan  langit  tidak  berawan  (matahari tegak dikepala)  6500‐8000 K    Sedikit mendung  9000‐10000 K    Dibawah lindungan atau sangat mendung  Laman 22   
  • 23. 6.0 Fokus Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah: 1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik. 2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan. 3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens. 4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter. 5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus  Laman 23   
  • 24. 7.0 Kualiti & Format Gambar Resolusi Gambar Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar. Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch. Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar. Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan Saiz cetakan Pixel* Megapixel 3R – 31/2 x 5 in 700x1000 <1 4R – 4x6 in 800x1200 1 5R – 5x7 1000x1400 1.5 8R - 8x10 1600x2000 3.2 11R - 11x14 2200x2800 6 *jangkaan cetakan pada 200dpi Compression Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC. Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’. Format Fail Gambar kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG. Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.  Laman 24   
  • 25. TIFF Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.  Laman 25   
  • 26. 8.0 Penggunaan Flash Antara teknik-teknik penggunaan flash • Auto flash • Fill flash • Red Eye flash • Slow-sync flash • Rear curtain flash  Laman 26   
  • 27. 9.0 Teknik-teknik Fotografi Portrait Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu. ‐ Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot. ‐ Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik. ‐ Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang. ‐ Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik. ‐ Model terbaik adalah diri sendiri. Kesesuaian Lensa ‐ Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof. ‐ Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai. ‐ Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. ‐ Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa. ‐ Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga. ‐ Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted. Komposisi portrait ‐ Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line.  Laman 27   
  • 28. Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest. ‐ Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame. ‐ Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging. Portrait Berkumpulan ‐ Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third. Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar. Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran. Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas. Sport Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan. Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.  Laman 28   
  • 29. 10.0 A Asas Kom mposisi Titik punca tarikan Subjek u utama Hampir semua gamb memerlukan sekuran bar ng- kurangny satu subje utama sebagai sumber ya ek cerita uta ama sesebua gambar. ah Foregrouund / latarhadapan dan Background / n latarbela akang Latarhadaapan bermaaksud satu ka awasan didaalam gambar yyang berada di hadapan subject utama. Latar bela berada dibelakang subje akang pula b ect utama. Gambar c contoh ini m mempunyai la atarhadapan n, subject utama dan latar belakang g. Peletakan subjek n Rule of th hird Di da alam panduan ini, cub bahagika gambar anda ba an kepad 9 kotak dengan me da embuat 4 ga arisan sepe di erti bawah Titik peng h. glihatan (foc point) ya lebih din cal ang namik adalah di titik pert temuan anta setiap ga ara aris. gunaan rule of third di dalam portrait. Subjek uta Pengg ama gambar ini adalah mata. h  Laman 29   
  • 30. Satu lagi co gunaan rule of third ontoh pengg Golden Mean / Gold Ratio / D M den Divine Proportion Kekemas latarbelakang san Latarbela akang ringk kas Latarbelakang yang baik tidak mengandu ungi elemenn- elemen ya tidak pe ang enting dan ti kan. Seorang idak diperluk jurugambar yang baik harus mengetahui bagaimanai mendapatkan ut sudu terbaik k bagi memperoleh hi latarbelakkang yang b baik. Sebaga contoh da ai alam gamba ar di sebela ah, dengan mengguna n akan sudut pandanga t an tinggi, lata arbelakang yang dipero olehi adalah rumput hija au yang kem dan men mas narik.  Laman 30   
  • 31. dkan focus Menghad ermakna hanya subjek y Menghadkan focus be yang penting dalam foto g ograf kelihata an sharp didalam gamba dan eleme yang kura penting akan menja samar. ar en ang adi Sebagai contoh: c Kaedah ini boleh dicapa dengan ai mengawal a aperture, biaasanya yang g paling luas seperti f2.8 atau f1.4. Keseimbang K gan Kita K boleh meenjadikan ko omposisi leb menarik bih dengan meencipta keseimbangan didalam n gambar. Sebagai S contoh, gambar disebelah, dibahagikan oleh pem misah diagoonal pada bahagian tengah, mencip satu keseimbangan pta untuk kedua subject. s Tips Pan ntas Untuk Mengawal k komposisi • Pastikan ada subjek uta P a ama yang mmampu men njadi stopping power uuntuk mata yang melihat. m • Pastikan latarbelakang ya baik, tid serabut d melengk P ang dak dan kapkan subject utama. • Pastikan kom P mposisi adala seringkas yang mun ah ngkin. Elakka dari mem an masukkan se emua elemen yang wujud didep anda. pan • Komposisi ya paling ku adalah y K ang uat yang mampu menyampa u aikan mesej paling cepa dan at je elas. • Pelajari gamb orang la dan kenalpasti garis P bar ain san dan ben ntuk2 yang menjadi building block gambar tersebut. r  Laman 31   
  • 32. Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas. • Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama. • Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat. • Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain. • Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer. 11.0 Warna Mengawal warna 1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan. 2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda. 3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik. 4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin. 5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.  Laman 32   
  • 33. 12.0 P Pencahayaan a Tip-tip m menggunaka cahaya persekitara an an Ambil gamba pada wakt awal pagi dan petang kerana cahaya waktu it paling me 1. A ar tu tu enarik 2. G Gunakan ref flector untu menambah kecerah uk han pada w wajah, elak kkan guna flash se eberapa mungkin. Silhouttes adalah untuk m 3. S menunjukkan bentuk ses n suatu subjecct. 4. K Kurangkan ke ekuatan flas apabila m sh mengambil gambar pada waktu teng a gahhari. Fill flash adalah untuk menguran k ngkan shado tetapi b ow bukan meng ghilangkanny sama sekali. ya Sesuatu bent akan keh S tuk hilangan benntuk sekirany tiada con ya ntrast. 5. E Elakkan flaree/kilauan matahari atau lampu ya u ang kuat un ntuk menge elakkan mas salah ku urang contra atau ma ast, asukkan flare untuk kesa artistic. e an 6. W Warna semul lajadi adalah paling men h narik dan satturated pada waktu lang berawan. a git 7. A Apabila meng gambil gam mbar sewaktu berkabus, naikkan ex u xposure untuk mendapa atkan ke ecerahan seemula. Pada waktu gelap, gunak night portrait mode a 8. P g kan atau rear curtain flash. Gabungan fl G lare/kilauan matahari, rear curtain n n flash dan ke f elajuan shuttter yang pe erlahan bole eh memberikan hasil yang m m menarik. Shooting mo : Manual S ode Aperture : f/2 A 25 Shutter spee : 1/30 S ed Flash : TTL-Bl, -0.7EV, R F Rear Curtain Flash n  Laman 33