SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 35
KECEMERLANGAN BERTERUSAN AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN GURU CEMERLANG GRED KHAS C
MELAKUKAN SESUATU PERKARA TANPA MATLAMAT ADALAH SEUMPAMA BELAYAR DI LAUTAN YANG LUAS TANPA DESTINASI (Hukama)
Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi rimba. “ Setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam masyarakat dan negara. ” (Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak)
17   LANGKAH MENUJU   KECEMERLANGAN
1 MERANGSANG MINDA Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai keinginan yang mendalam untuk berjaya. Keinginan merupakan motivasi bagi menggerakkan kita untuk menaruh harapan, merancang, dan merangsang minda untuk mengambil sesuatu tindakan bagi mencapai sesuatu tujuan.
Pengetahuan semata-mata tidak akan memberi sebarang kuasa.  Kuasa peribadi yang hebat hanya akan tercapai hasil daripada kerjasama yang harmoni antara individu yang mampu untuk menumpukan usaha mereka ke arah pencapaian sesuatu matlamat.
Seluruh dunia mengetahui bahawa dalam dua atau tiga tahun pertama perkahwinan, lazimnya terdapat banyak perselisihan faham antara pasangan yang berkahwin. Tahun-tahun ini dianggap sebagai “tahun penyesuaian”.
Guru Cemerlang yang akan Berjaya mestilah fleksibel dan berupaya menukarkan cara pemikirannya bersesuaian dengan situasi yang dihadapi serta berupaya untuk mengubah “moodnya” tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kemarahan atau hilang kawalan diri.
2 MATLAMAT YANG KHUSUS Untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi, kita mestilah mempunyai matlamat dan rancangan yang jelas dan khusus.  Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan yang khusus dan dijalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari.
3 KEYAKINAN DIRI Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah percaya kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri. Percayalah, individu yang sentiasa ragu-ragu tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dalam hidup mereka.
[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object]
4 PENGIKUT  ATAU PEMIMPIN? Secara amnya, manusia boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu pemimpin dan pengikut.  Pengikut selalunya tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan yang besar dalam kehidupan mereka dan tidak akan berjaya sehinggalah mereka Berjaya melepaskan diri daripada taraf “pengikut” dan mula menjadi “pemimpin”.
5 IMAGINASI Tidak akan wujud sebarang pencapaian, sebarang penciptaan, sebarang rancangan atau sebarang matlamat khusus tanpa menggunakan daya imaginasi manusia.  Setiap sesuatu yang pernah dicipta atau dibangunkan oleh manusia adalah berasal daripada bayangan dalam minda manusia menerusi daya imaginasinya.
Oleh itu, tidak kiralah siapa kita, apa yang kita lakukan, berapa banyak wang yang kita ada, sekiranya kita mempunyai minda yang sihat dan berupaya menggunakan daya imaginasi kita, lama-kelamaan, kita pasti akan memperoleh kedudukan, penghormatan dan segala kebaikan yang kita inginkan.
6 SEMANGAT  DAN KEGAIRAHAN Ingatlah bahawa untuk mendapatkan matlamat, semangat dan keghairahan hendaklah dikawal dan disalurkan ke arah sesuatu matlamat yang jelas.  Semangat dan keghairahan yang tidak terkawal, secara amnya, boleh mengundang padah.
7 KAWALAN PERASAAN Individu yang cemerlang adalah individu yang berjaya mengawal dan menyimbangkan emosinya.  Emosi yang tidak terkawal akan merosakkan sistem badan malah kadangkala boleh membawa maut.  Kegagalan dalam mengawal perasaan telah banyak membawa kekecewaan kepada manusia berbanding faktor-faktor lain.
8 BUATLAH LEBIH  DARIPADA  YANG SEPATUTNYA Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya, kita akan menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dengan sepenuhnya.
Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada apa yang dibayar, kita akan berada dalam kelompok istimewa.  Kita pasti akan menempa nama dalam bidang yang kita ceburi dan akan sentiasa ada pasaran bagi perkhidmatan yang kita tawarkan.
9 KEPERIBADIAN  YANG MENYENANGKAN Keperibadian yang menyenangkan adalah keperibadian yang tidak menunjukkan ciri-ciri yang menentang.
Memupuk keperibadian yang menyenangkan memerlukan tabiat pengawalan perasaan, kerana kita pasti akan menghadapi berbagai halangan dan dugaan.  Ramai orang yang akan mencabar kesabaran kita dan cuba menghancurkan niat baik kita untuk berubah ke arah kebaikan.
10 BERFIKIRAN TEPAT Keputusan mendadak dan anggapan melulu yang cuma bersandarkan pendapat yang tidak berasas fakta adalah tidak bernilai sama sekali.  Sesiapa sahaja mampu menjadi seorang pemikir yang berfikiran tepat jika kita sentiasa membuat keputusan atau memberi pendapat hanya setelah kita meniliti fakta-fakta berkaitan yang mampu  kita perolehi.
11 PENUMPUAN Individu yang mempu melakukan pelbagai pekerjaan tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam mana-mana bidang, selalunya tidak akan memperoleh kejayaan dalam erti kata sebenar.
Jika kita mengimpikan kejayaan, maka kita perlulah mampu menumpukan masa dan tenaga  kita ke arah mencapai matlamat dan tidak terbawa-bawa dengan perkara-perkara yang membazirkan.
12 KERJASAMA Tiada siapa yang ingin bekerjasama dengan seseorang yang berkeperbadian buruk, tidak bersemangat atau tidak dapat mengawal perasaan. Kejayaan akan kita kecapi hasil daripada usaha yang teratur dan kerjasama yang harmoni.
13 KEMENANGAN  DALAM KEGAGALAN Kegagalan adalah guru kehidupan yang terbaik.  Banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada kegagalan sebelum kita dapat menikmati kejayaan dalam hidup.  Kegagalan merupakan satu rahmat yang terselindung.
Namun, berjuta manusia membuat kesilapan dengan menganggap bahawa kegagalan adalah sesuatu yang muktamad sedangkan kegagalan hanyalah bersifat sementara.
14 TOLERANSI Sikap tidak bertoleransi datangnya daripada sifat kejahilan dan keangkuhan seseorang.  Individu yang berilmu pengetahuan selalunya akan sedar bahawa mereka tidak mungkin mengetahui segala ilmu pengetahuan di dunia dan ini akan menjadikan mereka lebih rendah diri dan tidak akan menilai seseorang mengikut nilai-nilai mereka sendiri.
15 BUAT BAIK DIBALAS BAIK Segala kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan pasti ada balasannya.  Jika kita pernah memfitnah, maka tiba masanya kita difitnah.  Jika kita memuji seseorang, kita pasti menerima pujian kembali. Jika kita menolong seseorang, sudah pasti kita akan ditolong bila kita memerlukan pertolongan. Yang pasti, kita tuai apa yang kita semai.
16 MEMELIHARA KESIHATAN ,[object Object],[object Object],[object Object],[object Object]
17 BERTAKWA  DAN BERTAWAKAL Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Jika hamba-hambaku bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa ketika berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)
BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG Ya Allah, Ya Tuhanku … Jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak muridku, jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, jadikan aku seorang yang jujur, baik hati, adil dan tegas.
Ya Allah, Ya Tuhanku … Jauhkan aku daripada bersifat zalim dan kejam ke atas anak-anak muridku, jauhkan aku daripada memalukan, membodoh-bodohkan dan menghina mereka, jauhkan aku daripada mencemarkan pertumbuhan mereka yang sihat.
Ya Allah, Ya Tuhanku … Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha, berikan aku kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat aku memberikan kepada anak-anak muridku, kasih saying dan kebahagian sejati, berikan aku taufik dan hidayah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah keimanan dan Ketuhanan dan disiplin yang tinggi.
Ya Allah, Ya Tuhanku.. Layakkan aku menjadi seorang guru yang berhemat dan berdisiplin tinggi,layakkan aku menjadi guru dan boleh dicontohi dan dihormati, Ya Allah, Ya Tuhanku … Perkenankanlah restuku ini. AMIN
SEKIAN ,  TERIMA KASIH

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolah
Kertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolahKertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolah
Kertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolahnizqazam
 
Minggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kataMinggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kataasyoe24 jaf
 
Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2Nas Naslina
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayangSLOOI
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docMuhammadIzuan6
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfNORIDAYUBTSHARIFFMoe
 
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasPeruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasAnnis Salwa Tajudin
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)
Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)
Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)sabariah ahamad
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahanLaila Wati Johari
 
Prinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakPrinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakjauhariah
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruIrene Linda Lawan
 
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklKertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklhadi_pronto
 
Borang penetapan target
Borang penetapan targetBorang penetapan target
Borang penetapan targetMaimunah Sibli
 
buku-aktiviti-tkrs-1.pdf
buku-aktiviti-tkrs-1.pdfbuku-aktiviti-tkrs-1.pdf
buku-aktiviti-tkrs-1.pdfssuser60d77c1
 
teka silangkata ihya ramadhan tahap 1
teka silangkata ihya ramadhan tahap 1teka silangkata ihya ramadhan tahap 1
teka silangkata ihya ramadhan tahap 1misyaain
 
Laporan program maulidur rasul 2014
Laporan program maulidur rasul 2014Laporan program maulidur rasul 2014
Laporan program maulidur rasul 2014samttar
 
Was ist angesagt? (20)

Kertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolah
Kertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolahKertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolah
Kertas kerja kem riadhul quran peringkat sekolah
 
Minggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kataMinggu anti dadah cari kata
Minggu anti dadah cari kata
 
Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2Jadual bertugas 1 p2
Jadual bertugas 1 p2
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
 
Motivasi keibubapaan
Motivasi keibubapaanMotivasi keibubapaan
Motivasi keibubapaan
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
 
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdfpanduan mengisi borang keberhasilan.pdf
panduan mengisi borang keberhasilan.pdf
 
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasPeruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)
Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)
Cari perkataan-yang-merdeka-tersembunyi (1)
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
 
Prinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakPrinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasak
 
Tadabbur Surah al-Asr
Tadabbur Surah al-AsrTadabbur Surah al-Asr
Tadabbur Surah al-Asr
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklKertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
 
Ceramah Motivasi Pelajar
Ceramah Motivasi PelajarCeramah Motivasi Pelajar
Ceramah Motivasi Pelajar
 
Borang penetapan target
Borang penetapan targetBorang penetapan target
Borang penetapan target
 
buku-aktiviti-tkrs-1.pdf
buku-aktiviti-tkrs-1.pdfbuku-aktiviti-tkrs-1.pdf
buku-aktiviti-tkrs-1.pdf
 
teka silangkata ihya ramadhan tahap 1
teka silangkata ihya ramadhan tahap 1teka silangkata ihya ramadhan tahap 1
teka silangkata ihya ramadhan tahap 1
 
Laporan program maulidur rasul 2014
Laporan program maulidur rasul 2014Laporan program maulidur rasul 2014
Laporan program maulidur rasul 2014
 
Andere mochten auch

Kuliah 2 sejarah kewirausahaan
Kuliah 2 sejarah kewirausahaanKuliah 2 sejarah kewirausahaan
Kuliah 2 sejarah kewirausahaanMohamad Noor Rizal
 
Ppt microtiching
Ppt microtichingPpt microtiching
Ppt microtichingRinatun4e
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanSaufi Suhaimi
 
Pengantar teori kepribadian
Pengantar teori kepribadianPengantar teori kepribadian
Pengantar teori kepribadianmasnasikin
 
Teori kepribadian pengantar
Teori kepribadian pengantarTeori kepribadian pengantar
Teori kepribadian pengantarmasnasikin
 
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawabankemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawabanjoejambu
 
Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...
Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...
Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...zaimatulnadia
 
Bengkel kssr tahun 2 pi
Bengkel kssr tahun 2 piBengkel kssr tahun 2 pi
Bengkel kssr tahun 2 piNorul Huda
 
Bmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
Bmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendahBmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
Bmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendahshare with me
 
Power point adab tahun 2
Power point adab tahun 2Power point adab tahun 2
Power point adab tahun 2Aini Razaman
 
Psikoanalisis (freud)
Psikoanalisis (freud)Psikoanalisis (freud)
Psikoanalisis (freud)masnasikin
 
Membangun keluarga islam
Membangun keluarga islamMembangun keluarga islam
Membangun keluarga islamCintia Clarissa
 
Andere mochten auch (20)

Gunakan BM dengan betul
Gunakan BM dengan betulGunakan BM dengan betul
Gunakan BM dengan betul
 
Kuliah 2 sejarah kewirausahaan
Kuliah 2 sejarah kewirausahaanKuliah 2 sejarah kewirausahaan
Kuliah 2 sejarah kewirausahaan
 
Kemahiran sosial
Kemahiran sosialKemahiran sosial
Kemahiran sosial
 
Ppt microtiching
Ppt microtichingPpt microtiching
Ppt microtiching
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
 
Pengantar teori kepribadian
Pengantar teori kepribadianPengantar teori kepribadian
Pengantar teori kepribadian
 
Teori kepribadian pengantar
Teori kepribadian pengantarTeori kepribadian pengantar
Teori kepribadian pengantar
 
KEMAHIRAN SOSIAL
KEMAHIRAN SOSIALKEMAHIRAN SOSIAL
KEMAHIRAN SOSIAL
 
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawabankemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
 
Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...
Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...
Perancangan Projek - Kumpulan Golden Age (HHHC 9101 Kemahiran Sosial dan Kebe...
 
Adab tidur
Adab tidurAdab tidur
Adab tidur
 
Bengkel kssr tahun 2 pi
Bengkel kssr tahun 2 piBengkel kssr tahun 2 pi
Bengkel kssr tahun 2 pi
 
Rph solat tiang agama
Rph solat tiang agamaRph solat tiang agama
Rph solat tiang agama
 
Bmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
Bmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendahBmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
Bmm 3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Power point adab tahun 2
Power point adab tahun 2Power point adab tahun 2
Power point adab tahun 2
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
[==
[==[==
[==
 
Psikoanalisis (freud)
Psikoanalisis (freud)Psikoanalisis (freud)
Psikoanalisis (freud)
 
Membangun keluarga islam
Membangun keluarga islamMembangun keluarga islam
Membangun keluarga islam
 
Ähnlich wie Langkah Menuju Kecemerlangan

Pengembangan Potensi Diri
Pengembangan Potensi DiriPengembangan Potensi Diri
Pengembangan Potensi DiriLucas Saptoto
 
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juaraSinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juaraEsa Karima
 
Modal persentation etik umb
Modal persentation etik umbModal persentation etik umb
Modal persentation etik umbWirodat Az
 
Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Abdullah Mat
 
Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Abdullah Mat
 
Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)
Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)
Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)Johan Setiawan
 
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan SejatiBusiness Opportunity
 
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses AkheratPresentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses AkheratYodhia Antariksa
 
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiStrategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiZuzax Gates
 
Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2SITI21
 
Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2SITI21
 
3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...
3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...
3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...asri lestari
 
Personality development
Personality developmentPersonality development
Personality developmentthofagunners
 
Ähnlich wie Langkah Menuju Kecemerlangan (20)

Pengembangan Potensi Diri
Pengembangan Potensi DiriPengembangan Potensi Diri
Pengembangan Potensi Diri
 
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juaraSinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
 
Modal persentation etik umb
Modal persentation etik umbModal persentation etik umb
Modal persentation etik umb
 
Memahami jiwa dan kecerdasan eq
Memahami jiwa dan kecerdasan eqMemahami jiwa dan kecerdasan eq
Memahami jiwa dan kecerdasan eq
 
Motivation okt2014
Motivation okt2014Motivation okt2014
Motivation okt2014
 
Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05
 
Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05
 
Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)
Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)
Penatalayanan atas Talenta (Strength Finder)
 
motivasi wirausaha
  motivasi wirausaha  motivasi wirausaha
motivasi wirausaha
 
Entrepreneur & leadership
Entrepreneur & leadershipEntrepreneur & leadership
Entrepreneur & leadership
 
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
 
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses AkheratPresentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
 
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiStrategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
 
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiStrategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
 
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiStrategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
 
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapiStrategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
Strategi dan sikap dalam menghadapi hambatan yang dihadapi
 
Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2
 
Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2Pengembangan diri 2
Pengembangan diri 2
 
3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...
3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...
3 kewirausahaan, asri lestari, hapzi ali, pola pikir dan motivasi berprestasi...
 
Personality development
Personality developmentPersonality development
Personality development
 
Langkah Menuju Kecemerlangan

  • 1. KECEMERLANGAN BERTERUSAN AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN GURU CEMERLANG GRED KHAS C
  • 2. MELAKUKAN SESUATU PERKARA TANPA MATLAMAT ADALAH SEUMPAMA BELAYAR DI LAUTAN YANG LUAS TANPA DESTINASI (Hukama)
  • 3. Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi rimba. “ Setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam masyarakat dan negara. ” (Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak)
  • 4. 17 LANGKAH MENUJU KECEMERLANGAN
  • 5. 1 MERANGSANG MINDA Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai keinginan yang mendalam untuk berjaya. Keinginan merupakan motivasi bagi menggerakkan kita untuk menaruh harapan, merancang, dan merangsang minda untuk mengambil sesuatu tindakan bagi mencapai sesuatu tujuan.
  • 6. Pengetahuan semata-mata tidak akan memberi sebarang kuasa. Kuasa peribadi yang hebat hanya akan tercapai hasil daripada kerjasama yang harmoni antara individu yang mampu untuk menumpukan usaha mereka ke arah pencapaian sesuatu matlamat.
  • 7. Seluruh dunia mengetahui bahawa dalam dua atau tiga tahun pertama perkahwinan, lazimnya terdapat banyak perselisihan faham antara pasangan yang berkahwin. Tahun-tahun ini dianggap sebagai “tahun penyesuaian”.
  • 8. Guru Cemerlang yang akan Berjaya mestilah fleksibel dan berupaya menukarkan cara pemikirannya bersesuaian dengan situasi yang dihadapi serta berupaya untuk mengubah “moodnya” tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kemarahan atau hilang kawalan diri.
  • 9. 2 MATLAMAT YANG KHUSUS Untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi, kita mestilah mempunyai matlamat dan rancangan yang jelas dan khusus. Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan yang khusus dan dijalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari.
  • 10. 3 KEYAKINAN DIRI Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah percaya kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri. Percayalah, individu yang sentiasa ragu-ragu tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dalam hidup mereka.
  • 11.
  • 12. 4 PENGIKUT ATAU PEMIMPIN? Secara amnya, manusia boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu pemimpin dan pengikut. Pengikut selalunya tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan yang besar dalam kehidupan mereka dan tidak akan berjaya sehinggalah mereka Berjaya melepaskan diri daripada taraf “pengikut” dan mula menjadi “pemimpin”.
  • 13. 5 IMAGINASI Tidak akan wujud sebarang pencapaian, sebarang penciptaan, sebarang rancangan atau sebarang matlamat khusus tanpa menggunakan daya imaginasi manusia. Setiap sesuatu yang pernah dicipta atau dibangunkan oleh manusia adalah berasal daripada bayangan dalam minda manusia menerusi daya imaginasinya.
  • 14. Oleh itu, tidak kiralah siapa kita, apa yang kita lakukan, berapa banyak wang yang kita ada, sekiranya kita mempunyai minda yang sihat dan berupaya menggunakan daya imaginasi kita, lama-kelamaan, kita pasti akan memperoleh kedudukan, penghormatan dan segala kebaikan yang kita inginkan.
  • 15. 6 SEMANGAT DAN KEGAIRAHAN Ingatlah bahawa untuk mendapatkan matlamat, semangat dan keghairahan hendaklah dikawal dan disalurkan ke arah sesuatu matlamat yang jelas. Semangat dan keghairahan yang tidak terkawal, secara amnya, boleh mengundang padah.
  • 16. 7 KAWALAN PERASAAN Individu yang cemerlang adalah individu yang berjaya mengawal dan menyimbangkan emosinya. Emosi yang tidak terkawal akan merosakkan sistem badan malah kadangkala boleh membawa maut. Kegagalan dalam mengawal perasaan telah banyak membawa kekecewaan kepada manusia berbanding faktor-faktor lain.
  • 17. 8 BUATLAH LEBIH DARIPADA YANG SEPATUTNYA Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya, kita akan menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dengan sepenuhnya.
  • 18. Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada apa yang dibayar, kita akan berada dalam kelompok istimewa. Kita pasti akan menempa nama dalam bidang yang kita ceburi dan akan sentiasa ada pasaran bagi perkhidmatan yang kita tawarkan.
  • 19. 9 KEPERIBADIAN YANG MENYENANGKAN Keperibadian yang menyenangkan adalah keperibadian yang tidak menunjukkan ciri-ciri yang menentang.
  • 20. Memupuk keperibadian yang menyenangkan memerlukan tabiat pengawalan perasaan, kerana kita pasti akan menghadapi berbagai halangan dan dugaan. Ramai orang yang akan mencabar kesabaran kita dan cuba menghancurkan niat baik kita untuk berubah ke arah kebaikan.
  • 21. 10 BERFIKIRAN TEPAT Keputusan mendadak dan anggapan melulu yang cuma bersandarkan pendapat yang tidak berasas fakta adalah tidak bernilai sama sekali. Sesiapa sahaja mampu menjadi seorang pemikir yang berfikiran tepat jika kita sentiasa membuat keputusan atau memberi pendapat hanya setelah kita meniliti fakta-fakta berkaitan yang mampu kita perolehi.
  • 22. 11 PENUMPUAN Individu yang mempu melakukan pelbagai pekerjaan tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam mana-mana bidang, selalunya tidak akan memperoleh kejayaan dalam erti kata sebenar.
  • 23. Jika kita mengimpikan kejayaan, maka kita perlulah mampu menumpukan masa dan tenaga kita ke arah mencapai matlamat dan tidak terbawa-bawa dengan perkara-perkara yang membazirkan.
  • 24. 12 KERJASAMA Tiada siapa yang ingin bekerjasama dengan seseorang yang berkeperbadian buruk, tidak bersemangat atau tidak dapat mengawal perasaan. Kejayaan akan kita kecapi hasil daripada usaha yang teratur dan kerjasama yang harmoni.
  • 25. 13 KEMENANGAN DALAM KEGAGALAN Kegagalan adalah guru kehidupan yang terbaik. Banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada kegagalan sebelum kita dapat menikmati kejayaan dalam hidup. Kegagalan merupakan satu rahmat yang terselindung.
  • 26. Namun, berjuta manusia membuat kesilapan dengan menganggap bahawa kegagalan adalah sesuatu yang muktamad sedangkan kegagalan hanyalah bersifat sementara.
  • 27. 14 TOLERANSI Sikap tidak bertoleransi datangnya daripada sifat kejahilan dan keangkuhan seseorang. Individu yang berilmu pengetahuan selalunya akan sedar bahawa mereka tidak mungkin mengetahui segala ilmu pengetahuan di dunia dan ini akan menjadikan mereka lebih rendah diri dan tidak akan menilai seseorang mengikut nilai-nilai mereka sendiri.
  • 28. 15 BUAT BAIK DIBALAS BAIK Segala kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan pasti ada balasannya. Jika kita pernah memfitnah, maka tiba masanya kita difitnah. Jika kita memuji seseorang, kita pasti menerima pujian kembali. Jika kita menolong seseorang, sudah pasti kita akan ditolong bila kita memerlukan pertolongan. Yang pasti, kita tuai apa yang kita semai.
  • 29.
  • 30. 17 BERTAKWA DAN BERTAWAKAL Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Jika hamba-hambaku bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa ketika berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)
  • 31. BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG Ya Allah, Ya Tuhanku … Jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak muridku, jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, jadikan aku seorang yang jujur, baik hati, adil dan tegas.
  • 32. Ya Allah, Ya Tuhanku … Jauhkan aku daripada bersifat zalim dan kejam ke atas anak-anak muridku, jauhkan aku daripada memalukan, membodoh-bodohkan dan menghina mereka, jauhkan aku daripada mencemarkan pertumbuhan mereka yang sihat.
  • 33. Ya Allah, Ya Tuhanku … Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha, berikan aku kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat aku memberikan kepada anak-anak muridku, kasih saying dan kebahagian sejati, berikan aku taufik dan hidayah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah keimanan dan Ketuhanan dan disiplin yang tinggi.
  • 34. Ya Allah, Ya Tuhanku.. Layakkan aku menjadi seorang guru yang berhemat dan berdisiplin tinggi,layakkan aku menjadi guru dan boleh dicontohi dan dihormati, Ya Allah, Ya Tuhanku … Perkenankanlah restuku ini. AMIN
  • 35. SEKIAN , TERIMA KASIH