SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
2015
Biani bt. Mawal
ESEI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia.
Perkhidmatan pengangkutan awam merupakan sebahagian daripada prasarana asas
dan penting dalam pembangunan sesebuah negara (Mageean & Nelson,
2003).Perkhidmatan pengangkutan merupakan satu sistem perkhidmatan pengendalian
pengangkutan untuk orang awam bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang
lain termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua jenis barangan dan
perkhidmatan. Sistem ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api,
laluan udara dan laut yang di wujudkan bagi memudahkan orang ramai berhubung
dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar.
Berdasarkan Wikipedia, Pengangkutan awam merangkumi segala sistem
pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Manakala, menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat pula, pengangkutan
awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan
kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar
tambang yang telah ditetapkan. Berdasarkan blog http://farahsocialwork.blogspot.com,
pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam
yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam
biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk
menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan. Kebanyakan
penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara rumah mereka dan
tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan.
Perkhdmatan pengangkutan udara ialah satu pesawat yang bertujuan mengangkut
barangan dan bilangan penumpang yang ramai dalam perkhidmatan komersil melalui
lalulintas udara dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Pengangkutan udara di
sokong oleh sistem rangkaian pengangkutan awam udara yang meliputi 20 buah
lapangan terbang dan 18 buah padang terbang dan dikendalikan oleh Malaysia Airports
Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Di bawah seliaan
mod pengangkutan udara terdapat dua perkhidmatan yang di sediakan untuk
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
keselesaan penumpang iaitu 'Full Service Carrier' yang bermaksud syarikat
penerbangan yang menyediakan makanan secara percuma kepada penumpang,
hiburan penerbangan (flight entertainment) dan pelbagai kemudahan lain di dalam
kabin. Berikutan itu, kadar tambangnya mahal. Syarikat penerbangan ini biasanya
mengaplikasikan hub and spoke network atau beberapa hub utama untuk operasi
mereka. Mod penerbangan ini menggunakan jenis pesawat udara yang banyak untuk
operasi mereka yang pelbagai antaranya seperti penerbangan kelas pertama (F),
perniagaan (C) dan ekonomi (Y). Manakala, 'Low Cost Carrier' bermaksud syarikat
penerbangan pada kadar tambang yang lebih murah dan hanya ada satu jenis kelas
tiket penerbangan. Mereka menyediakan perkhidmatan penerbangan pada kekerapan
tinggi untuk jarak dekat, point-to-point domestik dan laluan antarabangsa, kaedah
penjualan tiket yang murah (tempahan menggunakan internet) dan menggunakan
pesawat dari jenis yang sama.
Prasarana tersedia pada masa ini yang di sediakan oleh Kementerian Pengangkutan
Malaysia membolehkan para penumpang yang mahu pergi ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan laluian KLIA Ekspres dan juga KLIA
Transit sebagai pengangkutan alternatif yang terbaik. KLIA Ekspres menawarkan
perkhidmatan tren tanpa henti ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT)
berkod IATA XKL yang merupakan sebahagian daripada hab pengangkutan
utama Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di bandaraya Kuala Lumpur. Manakala, KLIA
Transit pula merupakan perkhidmatan tren komuter laju yang menghubungkan KL
Sentral dan Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hal ini
membolehkan para penumpang bergerak ke Lapangan Terbang dengan mudah dan
selesa.
Selain menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan juga KLIA Transit, para
penumpang juga di sediakan perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang oleh
Airport Limo dan boleh di dapati di setiap kaunter Teksi dan Limosin untuk kemudahan
penumpang. Tambang dibayar berdasarkan zon destinasi dan caj tambahan dikenakan
untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.Para penumpang
juga di sediakan jadual tambang untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
Selaras dengan pengukuhan sistem keselamatan penumpang dan kawasan lapangan
terbang, mesin x-ray yang lebih canggih dan sistem pemantauan yang lebih efisyen
telah diperketatkan untuk mengelak sebarang masalah timbul semasa operasi
penerbangan. Lapangan terbang ini direka untuk menampung sebanyak 100 juta
penumpang setahun selain dilengkapi dengan papan tanda dalam bahasa Melayu,
Inggeris, Cina, Jepun dan Arab untuk memudahkan penumpang dari dalam dan luar
negara menikmati masa-masa perjalanan mereka.
Stesen Kaji Cuaca Aeronotik (AMS) yang terletak berhampiran dengan Landasan 14R-
32L bertanggungjawab memberi maklumat cuaca kepada komuniti penerbangan dan
selaras dengan piawaian International Civil Aviation Organisation (ICAO). AMS
melakukan pemantauan cuaca secara berterusan dan memberi amaran kepada
lapangan terbang apabila mengesan keadaan cuaca yang buruk untuk menjaga
keselamatan fasiliti lapangan terbang yang akan berlepas dan pesawat yang mendarat.
Penyelenggaran kapal terbang juga akan di lakukan sebelum penerbangan di hanger-
hanger yang di pertanggungjawabkan. Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan
krew dan juga para penumpang yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang.
Setiap tahun, masyarakat sering diperdengarkan daripada pelbagai media tentang
risiko perkhidmatan menggunakan pengangkutan udara. Antaranya termasuklah risiko
rampasan kapal terbang daripada pengganas yang menyelinap masuk dan kapal
terbang berlanggar dan terhempas menyebapkan kematian yang ramai dan juga
kecederaan yang serius kepada penumpang. Sebagai contoh yang berlaku di Negara
terdekat di mana pendaratan kecemasan berlaku apabila kapal terbang mengalami
masalah teknikal seperti yang berlaku pada Penerbangan 2294 Southwest Airlines,
sebuah pesawat Boeing 737-300 yang terbang dari Nashville ke Baltimore yang
membuat pendaratan kecemasan di Charleston, WV selepas satu lubang 14 inci x 17
inci terbentuk pada permukaan fiuslajnya ketika setinggi 34,000 kaki dan
mengakibatkan kehilangan tekanan kabin.
Perkhidmatan pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam
seperti bas, teksi, lori, kereta api, LRT, monorel dan seumpamanya. Perkhidmatan ini
memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya, lebuh raya,
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik. Untuk mendapatkan satu sistem
pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang
berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan
pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi
negara seterusnya menjana pembangunan negara.
Bagi memenuhi keperluan umum, pelbagai dasar pengangkutan awam digubal bagi
memastikan sektor pengangkutan awam darat sentiasa selamat dan efisyen
berdasarkan kepada keperluan semasa. Merujuk kepada Akta Pengangkutan Jalan
(APJ) 1897 dan Akta Keretapi 1991, pelaksanaan penguatkuasaan dan tugas-tugas
pengawal seliaan adalah di bawah peranan dan tanggungjawab agensi seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Aset Keretapi (PAK), Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
Kesemua agensi ini dikawal selia oleh unit-unit yang ditubuhkan seperti Unit LRT, Unit
KTM, Unit Pengangkutan Jalan dan Unit NTTCC secara langsung.
Pada masa ini, Peningkatan bilangan pengangkutan persendirian sebanyak 300
peratus iaitu daripada 4.7 juta pada tahun 1990 kepada 18.6 juta pada tahun 2010
merupakan cabaran yang paling sengit dan paling mendesak kepada suruhanjaya
pengangkutan awam darat (SPAD) yang di pertanggungjawabkan untuk menerajui
transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia supaya menjadi mod
pengangkutan pilihan rakyat dari dalam mahupun luar bandar. Pelbagai alternatif di
lakukan dengan cara menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang dapat
menampung keperluan negara secara selamat, boleh diharap, responsif, mudah
diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan mapan untuk menyokong
pertumbuhan sosial dan ekonomi negara yang berterusan khususnya untuk golongan
marhaen dan golongan masyarakat pertengahan juga yang kurang berkemampuan.
Selain itu, Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang ketara semenjak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu membangun daripada sebuah ekonomi
yang berpendapatan rendah kepada ekonomi berpendapatan menengah atas dalam
tempoh lebih setengah abad. Penurunan dan peningkatan kadar ekonomi Negara
memberikan kesan kepada perkhidmatan pengangkutan awam di mana kos atau
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
tambang di naikan secara berperingkat. Pelaksanaan Government Service Tax (GST)
2015 merupakan contoh terdekat di mana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) mengumumkan kos tambang teksi meningkat 43% sementara tambang bas
ekspres naik sebanyak 23% daripada harga tambang asal menyebapkan pengguna
merasakan ketidakpuashatian dengan kadar terbaru yang membebankan pengguna
perkhidmatan pengangkutan awam. Kadar tambang ini di anggap mahal terutamanya
bagi mereka yang berpendapatan rendah. Peningkatan tambang penumpang juga turut
di rasai bagi pengguna bas apabila tibanya musim perayaan mahupun cuti sekolah. Hal
ini menyebapkan pengguna cenderung untuk memiliki kereta dan memandu sendiri.
Berikutan kenaikan tambang semasa perkhidmatan pengangkutan awam, ia haruslah
disusuli dengan satu kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan
yang sistematik. Kebiasaannya pengguna akan membayar lebih tetapi mutu dan kualiti
perkhidmatan tidak memuaskan, pengurusan yang kurang cekap dan kurang efisien
serta tatakelakuan kurang menyenangkan para penumpang. Nilai-nilai etika dan
kemahiran pemanduan yang kurang cekap diketepikan tanpa memikirkan kepentingan
pengguna pengangkutan awam. Pengguna seringkali mengandaikan sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diterimapakai dari segi
ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual
perjalanan yang telah ditetapkan. Keadaan ini menyukarkan para pengguna
pengangkutan awam untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal
mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat
kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas
awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan
kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja
kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah
pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan
awam turut dirasai. “Perkhidmatan pengangkutan awam yang cemerlang bukan dinilai
daripada rupa bentuk dan keadaan kenderaan yang cantik, tetapi juga sikap
pemandunya” merupakan kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib
Tun Razak yang bertepatan dengan suasana perkhidmatan pengangkutan awam pada
masa ini.
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
Pengendalian mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak
memuaskan menyebabkan wujudnya ketidakselesaan para pengguna yang
menggunakan perkhidmatan ini dimana keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam
khususnya bas dan teksi kurang sempurna. Selain itu, faktor keselamatan dan
kekurangan tempat duduk berbanding penumpang yang ramai seringkali menjadi bahan
bualan dan menjadi isu utama para penumpang selain daripada kes-kes jenayah
seperti kes ragut dan selak saku kerap kali berlaku. Kecanggihan pengangkutan awam
benar-benar teruji pada waktu puncak apabila bas padat dengan penumpang dan
menyebapkan sistem pengangkutan awam gagal menangani limpahan pengguna yang
semakin meningkat kebelakangan ini. Keadaan-keadaan seperti ini didapati telah
menimbulkan kerumitan yang serius kepada pengguna. Ada kalanya pengguna cuba
beralih kepada mod pengangkutan awam, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula
tidak memuaskan. Manakala untuk terus menggunakan kenderaan persendirian
ternyata akan lebih menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas
yang lama, keletihan, dan sebagainya.
Oleh itu, NKRA melalui inisiatif-inisiatif ‘Pengangkutan Awam Bandar’ akan terus
dipergiatkan. Inisiatif-inisiatif tersebut antaranya pembukaan lebih banyak kemudahan
‘Park ‘n Ride’ di stesen-stesen LRT/KTM Komuter dan ERL, penyediaan laluan pejalan
kaki berbumbung, memperluaskan jaringan perkhidmatan bas henti-henti, termasuklah
perkhidmatan bas ‘Go KL’ dan menambah bilangan gerabak dan trek laluan
perkhidmatan KTM Komuter. Selain itu, sebanyak 2,100 tempat meletak kenderaan
telah ditambah untuk kemudahan pengguna pengangkutan awam.
Pengangkutan laut di Malaysia terdapat di sepanjang perairan Selat Melaka dan Laut
China Selatan yang meliputi feri untuk membawa penumpang, kapal tangki, kapal
kargo serta kapal kontena untuk mengangkut barangan pukal. Pengangkutan laut
membolehkan perniagaan eksport dan import dilakukan melalui pelabuhan-pelabuhan
utama seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau
Pinang, Pelabuhan Miri dan Pelabuhan Kota Kinabalu. Selain itu, pengangkutan laut
juga digunakan untuk membawa hasil-hasil pertanian, barangan perniagaan dan
sebagai pengangkutan awam utama yang membawa penduduk dari satu tempat ke
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
satu tempat yang lain (Dato Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dan Mohd Yusof
Abdullah, 1985).
Pada masa kini, masyarakat yang berpendapatan rendah khususnya dan pelancong
dalam negeri akan menggunakan perkhidmatan feri sebagai pilihan pengangkutan. Hal
ini disebabkan tambang yang dikenakan adalah lebih murah, tiada kesesakan lalu
lintas, mempunyai kemudahan kontenarisasi, boleh membawa muatan yang banyak
serta sesuai untuk membawa barangan pukal. Selain itu, syarikat di bawah Jabatan
Laut akan diberikan jadual perjalanan dan kadar bayaran bagi setiap perkhidmatan
yang di berikan kepada para penumpang.
Bahagian Maritim bertanggungjawab dalam menetapkan akses perhubungan
pengangkutan air dalam perairan Malaysia serta laluan yang merentas sempadan
negara. Permohonan operasi ini adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya yang
melibatkan feri penumpang dan feri roll on roll off (RORO). Sebelum memulakan atau
menamatkan perjalanan, setiap syarikat yang mengendalikan perkhidmatan perkapalan
dan feri akan di kenakan syarat tertentu oleh Jabatan Laut Malaysia seperti
mendapatkan kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal secara bertulis
daripada pihak berkuasa negeri dan mendapatkan kelulusan berhubung slot pelayaran
dan frekuensi perkhidmatan feri daripada Jabatan Laut Malaysia dan pihak berkuasa
negeri. Hal ini bertujuan untuk menjaga kepentingan hak-hak pengguna supaya tidak di
abaikan dan setiap penumpang dapat menikmati perkhidmatan yang di sediakan
dengan selesa dan selamat.
Kebiasaannya, Jabatan Laut Malaysia akan memberi latihan dan kursus kepada
pengendali feri selama 6 bulan sebelum diberikan Sijil Kepatuhan Sistem Pengurusan
Keselamatan Kapal sebagai perintis pelaksanaannya untuk memastikan kapal dan feri
yang beroperasi mematuhi tahap sistem keselamatan mengikut Garis Panduan
Keselamatan Kapal (GPKP). Inisiatif yang lakukan oleh Jabatan Laut Malaysia ini bukan
sahaja menggalakan syarikat berdaftar mematuhi peraturan yang digariskan malah
untuk memastikan pengusaha, nakhoda dan anak-anak kapal bertanggungjawab dalam
aspek keselamatan seperti penyelenggaraan feri berjadual, latihan keselamatan feri,
senarai jadual pergi dan balik feri serta senarai penumpang berlepas.
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL
Selain itu, perkhidmatan bot dan feri yang merupakan pengangkutan utama rakyat di
beberapa kawasan di negara ini.dikecualikan daripada dikenakan ‘Cukai Barang dan
Perkhidmatan’ (Goods and Services Tax -GST) yang berkuatkuasa pada 1 April 2015.
Kerajaan juga masih mengekalkan subsidi diesel sebanyak 50 sen kepada pengusaha
bot dan feri penumpang di Pulau Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau
Ketam, Pulau Tioman dan Pulau Redang. Program penyelenggaraan jeti dan 13
penyediaan kemudahan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di jeti-jeti
Persekutuan seluruh negara dilakukan bertujuan memberi lebih keselesaan dan
keselamatan kepada para pengguna jeti penumpang di bawah kendalian Jabatan Laut
Malaysia (JLM).
Secara umumnya, penggunaan pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat
kepada masyarakat dan pembangunan Negara. Lantaran itu, pihak kerajaan juga
haruslah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan
pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang
lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang
demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi
serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh
rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring
dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
Ninie Aziz
 

Was ist angesagt? (19)

Projek akhir asas asas pengangkutan bandar (a170465)
Projek akhir asas asas pengangkutan bandar (a170465)Projek akhir asas asas pengangkutan bandar (a170465)
Projek akhir asas asas pengangkutan bandar (a170465)
 
A160118 projek akhir asas pengangkutan bandar
A160118 projek akhir asas pengangkutan bandarA160118 projek akhir asas pengangkutan bandar
A160118 projek akhir asas pengangkutan bandar
 
Laporan akhir pengangkutan bandar (A170697)
Laporan akhir pengangkutan bandar (A170697)Laporan akhir pengangkutan bandar (A170697)
Laporan akhir pengangkutan bandar (A170697)
 
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
 
A177929 projek akhir
A177929 projek akhirA177929 projek akhir
A177929 projek akhir
 
A168908 Laporan Akhir Pengangkutan Bandar
A168908 Laporan Akhir Pengangkutan BandarA168908 Laporan Akhir Pengangkutan Bandar
A168908 Laporan Akhir Pengangkutan Bandar
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Perancangan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur : A168729
Perancangan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur : A168729Perancangan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur : A168729
Perancangan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur : A168729
 
Laporan bandar kajang, selangor
Laporan bandar kajang, selangorLaporan bandar kajang, selangor
Laporan bandar kajang, selangor
 
Laporan Akhir Pengangkutan Bandar (A170697)
Laporan Akhir Pengangkutan Bandar (A170697)Laporan Akhir Pengangkutan Bandar (A170697)
Laporan Akhir Pengangkutan Bandar (A170697)
 
PROJEK AKHIR | LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | A168575
PROJEK AKHIR | LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | A168575PROJEK AKHIR | LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | A168575
PROJEK AKHIR | LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | A168575
 
Mengkaji tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bas ekspress
Mengkaji tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bas ekspressMengkaji tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bas ekspress
Mengkaji tahap kepuasan terhadap perkhidmatan bas ekspress
 
LMCP2502 Projek Akhir A170138
LMCP2502 Projek Akhir A170138LMCP2502 Projek Akhir A170138
LMCP2502 Projek Akhir A170138
 
Projek akhir A171874
Projek akhir A171874Projek akhir A171874
Projek akhir A171874
 
Neevia Johnson a176531 laporan bandar saya lmcp2502 pengangkutan bandar
Neevia Johnson a176531 laporan bandar saya lmcp2502 pengangkutan bandarNeevia Johnson a176531 laporan bandar saya lmcp2502 pengangkutan bandar
Neevia Johnson a176531 laporan bandar saya lmcp2502 pengangkutan bandar
 
Laporan Akhir Pengangkutan Bandar A170697
Laporan Akhir Pengangkutan Bandar A170697Laporan Akhir Pengangkutan Bandar A170697
Laporan Akhir Pengangkutan Bandar A170697
 
Bandar mapan task 4
Bandar mapan task 4Bandar mapan task 4
Bandar mapan task 4
 
Assignment A170538 w2
Assignment  A170538 w2Assignment  A170538 w2
Assignment A170538 w2
 
Tugasan akhir pengangkutan bandar (A170697)
Tugasan akhir pengangkutan bandar (A170697)Tugasan akhir pengangkutan bandar (A170697)
Tugasan akhir pengangkutan bandar (A170697)
 

Andere mochten auch

Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)
Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)
Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)
Nur Syafika
 
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAMAL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
Biani Mawal
 
Inovasi pengangkutan awam
Inovasi pengangkutan awamInovasi pengangkutan awam
Inovasi pengangkutan awam
Dyela Hamid
 
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copykerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
Izzi Jusoh
 
laluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaran
laluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaranlaluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaran
laluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaran
Hazirah Achik
 
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat AwamNilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
Syed Faris Shah
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
Joan Ang
 

Andere mochten auch (13)

Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)
Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)
Perkembangan sistem pengangkutan (kerja kursus)
 
Kejadian Manusia
Kejadian ManusiaKejadian Manusia
Kejadian Manusia
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAMAL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM
 
Inovasi pengangkutan awam
Inovasi pengangkutan awamInovasi pengangkutan awam
Inovasi pengangkutan awam
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
 
Pengangkutan darat
Pengangkutan daratPengangkutan darat
Pengangkutan darat
 
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copykerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
kerja kursus geo 2013,,,,,,,,,,,don't copy
 
laluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaran
laluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaranlaluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaran
laluan pengangkutan pembuangan sisa pepejal perbandaran
 
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan...
 
Pengangkutan
PengangkutanPengangkutan
Pengangkutan
 
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat AwamNilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 

Ähnlich wie Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia.

SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Asmawi Abdullah
 
Geografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar ManusiaGeografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar Manusia
tyc5090
 
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarTugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
ImranFirdaus5
 
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Ne Qiela
 
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
UMMUHANIBINTIHARON
 

Ähnlich wie Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia. (20)

Anoboymedia.com definisi-pengangkutadefinisi-pengangkutan-awamn-
Anoboymedia.com definisi-pengangkutadefinisi-pengangkutan-awamn-Anoboymedia.com definisi-pengangkutadefinisi-pengangkutan-awamn-
Anoboymedia.com definisi-pengangkutadefinisi-pengangkutan-awamn-
 
PROJEK AKHIR PENGANGKUTAN.pdf
PROJEK AKHIR PENGANGKUTAN.pdfPROJEK AKHIR PENGANGKUTAN.pdf
PROJEK AKHIR PENGANGKUTAN.pdf
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
LMCP2502 Masalah dan Cadangan Pengangkutan Bandar
LMCP2502 Masalah dan Cadangan Pengangkutan BandarLMCP2502 Masalah dan Cadangan Pengangkutan Bandar
LMCP2502 Masalah dan Cadangan Pengangkutan Bandar
 
Geografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar ManusiaGeografi Alam Sekitar Manusia
Geografi Alam Sekitar Manusia
 
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarTugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
 
PROJEK AKHIR (A179819).pdf
PROJEK AKHIR (A179819).pdfPROJEK AKHIR (A179819).pdf
PROJEK AKHIR (A179819).pdf
 
A182838 Laporan Bandar Saya.pdf
A182838 Laporan Bandar Saya.pdfA182838 Laporan Bandar Saya.pdf
A182838 Laporan Bandar Saya.pdf
 
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
Bab13 sektor perkhidmatan( faktor2@kepentingan)
 
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDARLMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR
 
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
 
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDARLMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
 
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDARLMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
 
A157923 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar
A157923 - Projek Akhir Pengangkutan BandarA157923 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar
A157923 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar
 
Laporan Akhir Asas Pengangkutan Bandar Kota Bharu.pptx
Laporan Akhir Asas Pengangkutan Bandar Kota Bharu.pptxLaporan Akhir Asas Pengangkutan Bandar Kota Bharu.pptx
Laporan Akhir Asas Pengangkutan Bandar Kota Bharu.pptx
 
A176119_Projek Akhir.pdf
A176119_Projek Akhir.pdfA176119_Projek Akhir.pdf
A176119_Projek Akhir.pdf
 
Tugas akhir bandar
Tugas akhir bandarTugas akhir bandar
Tugas akhir bandar
 
A170001 projek akhir pengangkutan bandar
A170001 projek akhir pengangkutan bandarA170001 projek akhir pengangkutan bandar
A170001 projek akhir pengangkutan bandar
 
Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapanAmalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
 
Projek Akhir LMCP2502
Projek Akhir LMCP2502Projek Akhir LMCP2502
Projek Akhir LMCP2502
 

Kürzlich hochgeladen (7)

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 

Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia.

  • 1. 2015 Biani bt. Mawal ESEI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA
  • 2. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL Pendapat Para Pengguna Terhadap Perkhidmatan Pengangkutan Awam Malaysia. Perkhidmatan pengangkutan awam merupakan sebahagian daripada prasarana asas dan penting dalam pembangunan sesebuah negara (Mageean & Nelson, 2003).Perkhidmatan pengangkutan merupakan satu sistem perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang awam bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua jenis barangan dan perkhidmatan. Sistem ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut yang di wujudkan bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan dan masyarakat di dunia luar. Berdasarkan Wikipedia, Pengangkutan awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Manakala, menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat pula, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Berdasarkan blog http://farahsocialwork.blogspot.com, pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan. Perkhdmatan pengangkutan udara ialah satu pesawat yang bertujuan mengangkut barangan dan bilangan penumpang yang ramai dalam perkhidmatan komersil melalui lalulintas udara dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Pengangkutan udara di sokong oleh sistem rangkaian pengangkutan awam udara yang meliputi 20 buah lapangan terbang dan 18 buah padang terbang dan dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Di bawah seliaan mod pengangkutan udara terdapat dua perkhidmatan yang di sediakan untuk
  • 3. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL keselesaan penumpang iaitu 'Full Service Carrier' yang bermaksud syarikat penerbangan yang menyediakan makanan secara percuma kepada penumpang, hiburan penerbangan (flight entertainment) dan pelbagai kemudahan lain di dalam kabin. Berikutan itu, kadar tambangnya mahal. Syarikat penerbangan ini biasanya mengaplikasikan hub and spoke network atau beberapa hub utama untuk operasi mereka. Mod penerbangan ini menggunakan jenis pesawat udara yang banyak untuk operasi mereka yang pelbagai antaranya seperti penerbangan kelas pertama (F), perniagaan (C) dan ekonomi (Y). Manakala, 'Low Cost Carrier' bermaksud syarikat penerbangan pada kadar tambang yang lebih murah dan hanya ada satu jenis kelas tiket penerbangan. Mereka menyediakan perkhidmatan penerbangan pada kekerapan tinggi untuk jarak dekat, point-to-point domestik dan laluan antarabangsa, kaedah penjualan tiket yang murah (tempahan menggunakan internet) dan menggunakan pesawat dari jenis yang sama. Prasarana tersedia pada masa ini yang di sediakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia membolehkan para penumpang yang mahu pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan laluian KLIA Ekspres dan juga KLIA Transit sebagai pengangkutan alternatif yang terbaik. KLIA Ekspres menawarkan perkhidmatan tren tanpa henti ke Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) berkod IATA XKL yang merupakan sebahagian daripada hab pengangkutan utama Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di bandaraya Kuala Lumpur. Manakala, KLIA Transit pula merupakan perkhidmatan tren komuter laju yang menghubungkan KL Sentral dan Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hal ini membolehkan para penumpang bergerak ke Lapangan Terbang dengan mudah dan selesa. Selain menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan juga KLIA Transit, para penumpang juga di sediakan perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang oleh Airport Limo dan boleh di dapati di setiap kaunter Teksi dan Limosin untuk kemudahan penumpang. Tambang dibayar berdasarkan zon destinasi dan caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.Para penumpang juga di sediakan jadual tambang untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.
  • 4. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL Selaras dengan pengukuhan sistem keselamatan penumpang dan kawasan lapangan terbang, mesin x-ray yang lebih canggih dan sistem pemantauan yang lebih efisyen telah diperketatkan untuk mengelak sebarang masalah timbul semasa operasi penerbangan. Lapangan terbang ini direka untuk menampung sebanyak 100 juta penumpang setahun selain dilengkapi dengan papan tanda dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Jepun dan Arab untuk memudahkan penumpang dari dalam dan luar negara menikmati masa-masa perjalanan mereka. Stesen Kaji Cuaca Aeronotik (AMS) yang terletak berhampiran dengan Landasan 14R- 32L bertanggungjawab memberi maklumat cuaca kepada komuniti penerbangan dan selaras dengan piawaian International Civil Aviation Organisation (ICAO). AMS melakukan pemantauan cuaca secara berterusan dan memberi amaran kepada lapangan terbang apabila mengesan keadaan cuaca yang buruk untuk menjaga keselamatan fasiliti lapangan terbang yang akan berlepas dan pesawat yang mendarat. Penyelenggaran kapal terbang juga akan di lakukan sebelum penerbangan di hanger- hanger yang di pertanggungjawabkan. Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan krew dan juga para penumpang yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang. Setiap tahun, masyarakat sering diperdengarkan daripada pelbagai media tentang risiko perkhidmatan menggunakan pengangkutan udara. Antaranya termasuklah risiko rampasan kapal terbang daripada pengganas yang menyelinap masuk dan kapal terbang berlanggar dan terhempas menyebapkan kematian yang ramai dan juga kecederaan yang serius kepada penumpang. Sebagai contoh yang berlaku di Negara terdekat di mana pendaratan kecemasan berlaku apabila kapal terbang mengalami masalah teknikal seperti yang berlaku pada Penerbangan 2294 Southwest Airlines, sebuah pesawat Boeing 737-300 yang terbang dari Nashville ke Baltimore yang membuat pendaratan kecemasan di Charleston, WV selepas satu lubang 14 inci x 17 inci terbentuk pada permukaan fiuslajnya ketika setinggi 34,000 kaki dan mengakibatkan kehilangan tekanan kabin. Perkhidmatan pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas, teksi, lori, kereta api, LRT, monorel dan seumpamanya. Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya, lebuh raya,
  • 5. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik. Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara. Bagi memenuhi keperluan umum, pelbagai dasar pengangkutan awam digubal bagi memastikan sektor pengangkutan awam darat sentiasa selamat dan efisyen berdasarkan kepada keperluan semasa. Merujuk kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1897 dan Akta Keretapi 1991, pelaksanaan penguatkuasaan dan tugas-tugas pengawal seliaan adalah di bawah peranan dan tanggungjawab agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Aset Keretapi (PAK), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). Kesemua agensi ini dikawal selia oleh unit-unit yang ditubuhkan seperti Unit LRT, Unit KTM, Unit Pengangkutan Jalan dan Unit NTTCC secara langsung. Pada masa ini, Peningkatan bilangan pengangkutan persendirian sebanyak 300 peratus iaitu daripada 4.7 juta pada tahun 1990 kepada 18.6 juta pada tahun 2010 merupakan cabaran yang paling sengit dan paling mendesak kepada suruhanjaya pengangkutan awam darat (SPAD) yang di pertanggungjawabkan untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia supaya menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat dari dalam mahupun luar bandar. Pelbagai alternatif di lakukan dengan cara menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang dapat menampung keperluan negara secara selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan mapan untuk menyokong pertumbuhan sosial dan ekonomi negara yang berterusan khususnya untuk golongan marhaen dan golongan masyarakat pertengahan juga yang kurang berkemampuan. Selain itu, Malaysia berdepan dengan keadaan ekonomi yang ketara semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu membangun daripada sebuah ekonomi yang berpendapatan rendah kepada ekonomi berpendapatan menengah atas dalam tempoh lebih setengah abad. Penurunan dan peningkatan kadar ekonomi Negara memberikan kesan kepada perkhidmatan pengangkutan awam di mana kos atau
  • 6. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL tambang di naikan secara berperingkat. Pelaksanaan Government Service Tax (GST) 2015 merupakan contoh terdekat di mana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kos tambang teksi meningkat 43% sementara tambang bas ekspres naik sebanyak 23% daripada harga tambang asal menyebapkan pengguna merasakan ketidakpuashatian dengan kadar terbaru yang membebankan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Kadar tambang ini di anggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Peningkatan tambang penumpang juga turut di rasai bagi pengguna bas apabila tibanya musim perayaan mahupun cuti sekolah. Hal ini menyebapkan pengguna cenderung untuk memiliki kereta dan memandu sendiri. Berikutan kenaikan tambang semasa perkhidmatan pengangkutan awam, ia haruslah disusuli dengan satu kesedaran untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang sistematik. Kebiasaannya pengguna akan membayar lebih tetapi mutu dan kualiti perkhidmatan tidak memuaskan, pengurusan yang kurang cekap dan kurang efisien serta tatakelakuan kurang menyenangkan para penumpang. Nilai-nilai etika dan kemahiran pemanduan yang kurang cekap diketepikan tanpa memikirkan kepentingan pengguna pengangkutan awam. Pengguna seringkali mengandaikan sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diterimapakai dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Keadaan ini menyukarkan para pengguna pengangkutan awam untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai. “Perkhidmatan pengangkutan awam yang cemerlang bukan dinilai daripada rupa bentuk dan keadaan kenderaan yang cantik, tetapi juga sikap pemandunya” merupakan kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang bertepatan dengan suasana perkhidmatan pengangkutan awam pada masa ini.
  • 7. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL Pengendalian mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak memuaskan menyebabkan wujudnya ketidakselesaan para pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini dimana keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam khususnya bas dan teksi kurang sempurna. Selain itu, faktor keselamatan dan kekurangan tempat duduk berbanding penumpang yang ramai seringkali menjadi bahan bualan dan menjadi isu utama para penumpang selain daripada kes-kes jenayah seperti kes ragut dan selak saku kerap kali berlaku. Kecanggihan pengangkutan awam benar-benar teruji pada waktu puncak apabila bas padat dengan penumpang dan menyebapkan sistem pengangkutan awam gagal menangani limpahan pengguna yang semakin meningkat kebelakangan ini. Keadaan-keadaan seperti ini didapati telah menimbulkan kerumitan yang serius kepada pengguna. Ada kalanya pengguna cuba beralih kepada mod pengangkutan awam, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula tidak memuaskan. Manakala untuk terus menggunakan kenderaan persendirian ternyata akan lebih menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang lama, keletihan, dan sebagainya. Oleh itu, NKRA melalui inisiatif-inisiatif ‘Pengangkutan Awam Bandar’ akan terus dipergiatkan. Inisiatif-inisiatif tersebut antaranya pembukaan lebih banyak kemudahan ‘Park ‘n Ride’ di stesen-stesen LRT/KTM Komuter dan ERL, penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung, memperluaskan jaringan perkhidmatan bas henti-henti, termasuklah perkhidmatan bas ‘Go KL’ dan menambah bilangan gerabak dan trek laluan perkhidmatan KTM Komuter. Selain itu, sebanyak 2,100 tempat meletak kenderaan telah ditambah untuk kemudahan pengguna pengangkutan awam. Pengangkutan laut di Malaysia terdapat di sepanjang perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan yang meliputi feri untuk membawa penumpang, kapal tangki, kapal kargo serta kapal kontena untuk mengangkut barangan pukal. Pengangkutan laut membolehkan perniagaan eksport dan import dilakukan melalui pelabuhan-pelabuhan utama seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Miri dan Pelabuhan Kota Kinabalu. Selain itu, pengangkutan laut juga digunakan untuk membawa hasil-hasil pertanian, barangan perniagaan dan sebagai pengangkutan awam utama yang membawa penduduk dari satu tempat ke
  • 8. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL satu tempat yang lain (Dato Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dan Mohd Yusof Abdullah, 1985). Pada masa kini, masyarakat yang berpendapatan rendah khususnya dan pelancong dalam negeri akan menggunakan perkhidmatan feri sebagai pilihan pengangkutan. Hal ini disebabkan tambang yang dikenakan adalah lebih murah, tiada kesesakan lalu lintas, mempunyai kemudahan kontenarisasi, boleh membawa muatan yang banyak serta sesuai untuk membawa barangan pukal. Selain itu, syarikat di bawah Jabatan Laut akan diberikan jadual perjalanan dan kadar bayaran bagi setiap perkhidmatan yang di berikan kepada para penumpang. Bahagian Maritim bertanggungjawab dalam menetapkan akses perhubungan pengangkutan air dalam perairan Malaysia serta laluan yang merentas sempadan negara. Permohonan operasi ini adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya yang melibatkan feri penumpang dan feri roll on roll off (RORO). Sebelum memulakan atau menamatkan perjalanan, setiap syarikat yang mengendalikan perkhidmatan perkapalan dan feri akan di kenakan syarat tertentu oleh Jabatan Laut Malaysia seperti mendapatkan kebenaran dan hak berlabuh (berthing right) di terminal secara bertulis daripada pihak berkuasa negeri dan mendapatkan kelulusan berhubung slot pelayaran dan frekuensi perkhidmatan feri daripada Jabatan Laut Malaysia dan pihak berkuasa negeri. Hal ini bertujuan untuk menjaga kepentingan hak-hak pengguna supaya tidak di abaikan dan setiap penumpang dapat menikmati perkhidmatan yang di sediakan dengan selesa dan selamat. Kebiasaannya, Jabatan Laut Malaysia akan memberi latihan dan kursus kepada pengendali feri selama 6 bulan sebelum diberikan Sijil Kepatuhan Sistem Pengurusan Keselamatan Kapal sebagai perintis pelaksanaannya untuk memastikan kapal dan feri yang beroperasi mematuhi tahap sistem keselamatan mengikut Garis Panduan Keselamatan Kapal (GPKP). Inisiatif yang lakukan oleh Jabatan Laut Malaysia ini bukan sahaja menggalakan syarikat berdaftar mematuhi peraturan yang digariskan malah untuk memastikan pengusaha, nakhoda dan anak-anak kapal bertanggungjawab dalam aspek keselamatan seperti penyelenggaraan feri berjadual, latihan keselamatan feri, senarai jadual pergi dan balik feri serta senarai penumpang berlepas.
  • 9. PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIMALAYSIA DISEDIAKAN OLEH BIANI BTE MAWAL Selain itu, perkhidmatan bot dan feri yang merupakan pengangkutan utama rakyat di beberapa kawasan di negara ini.dikecualikan daripada dikenakan ‘Cukai Barang dan Perkhidmatan’ (Goods and Services Tax -GST) yang berkuatkuasa pada 1 April 2015. Kerajaan juga masih mengekalkan subsidi diesel sebanyak 50 sen kepada pengusaha bot dan feri penumpang di Pulau Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Tioman dan Pulau Redang. Program penyelenggaraan jeti dan 13 penyediaan kemudahan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di jeti-jeti Persekutuan seluruh negara dilakukan bertujuan memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada para pengguna jeti penumpang di bawah kendalian Jabatan Laut Malaysia (JLM). Secara umumnya, penggunaan pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan pembangunan Negara. Lantaran itu, pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.