SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah
Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak : Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama
ada sekolah menengah atau pun rendah. Namun, sering dikatakan bahawa kebanyakan pelajar
kurang meminati matapelajaran matematik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
mengenalpasti tahap minat terhadap matematik di kalangan pelajar, faktor-faktor yang
menggalakkan minat pelajar terhadap matematik, dan masalah-masalah yang menyebabkan
pelajar tidak berminat terhadap matematik. Seramai 200 orang pelajar tingkatan empat, lelaki
dan perempuan dari dua buah sekolah di daerah Kulai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Satu
set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 44 item menggunakan
pengukuran berskala Likert. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.85. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
15.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa tahap minat terhadap matematik
berada di tahap tinggi. Faktor luaran seperti faktor guru dan rakan, serta faktor dalaman iaitu
faktor diri sendiri dan psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap matematik.
Walaubagaimanapun, faktor ibubapa dan persekitaran berada di tahap sederhana. Manakala,
masalah yang paling ketara yang menyebabkan matematik tidak diminati adalah masalah diri
sendiri, diikuti dengan guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran.
Katakunci : faktor, minat, matematik
Pengenalan
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik
dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Secara tabiinya,
matematik bersifat menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam memantapkan
pembangunan negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
yang dicapai oleh kebanyakan negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan
lain-lain lagi. Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak dapat dicapai tanpa kesedaran
tentang pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita.
Di Malaysia, matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang
diajar di sekolah sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Matematik yang
dahulunya dikenali sebagai Ilmu Hisab mula diajar di beberapa buah sekolah menengah rendah
sejak tahun 1970 dan matapelajaran ini diajar di semua sekolah menengah di tingkatan satu pada
tahun 1975. Menjelang tahun 1978, semua pelajar di peringkat menengah rendah mempelajari
matapelajaran ini (Laporan Kabinet 1979). Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti
dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan
di semua sekolah menengah pada tahun 1989.
Keadaan ini mungkin disebabkan terdapatnya faktor-faktor yang mempengaruhi minat
mereka terhadap matematik. Adalah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik serta masalah-masalah yang
boleh menyebabkan para pelajar tidak berminat terhadap matapelajaran matematik.
Pernyataan Masalah
KBSM yang digubal adalah berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas daripada
KBSR, kesepaduan unsur-unsur intelek, jasmani, rohani dan sosial, pendidikan umum dan
pendidikan seumur hidup. Pendidikan matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara, menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep,
penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan matematik di dalam penyelesaian masalah
(Mok Soon Sang 1996 ).
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), iaitu satu kajian kes untuk
meninjau persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mutu pencapaian
matapelajaran matematik moden pilihan C di sekolah menengah vokasional, Alor Setar didapati
bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran matematik
adalah di kalangan mereka yang menganggap matapelajaran matematik adalah suatu
matapelajaran yang sukar dan membosankan. Anggapan tersebut sebenarnya telah menyebabkan
mereka tidak berminat lagi untuk mempelajari matematik dan seterusnya menyebabkan
pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut adalah rendah.
Selain itu, faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga
mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Oleh itu, suatu kajian perlu dilakukan untuk
mengenalpasti tahap pelajar yang meminati matematik, faktor-faktor yang boleh menggalakkan
minat terhadap matematik dan masalah yang boleh menyebabkan matematik tidak diminati.
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut :
i.
Mengenal pasti tahap minat terhadap matematik di kalangan pelajar
ii.
Mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik
iii.
Mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan matematik tidak diminati
Kepentingan Kajian
Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung, kepada semua pelajar amnya dan pelajar sekolah
menengah khususnya. Para pelajar diharapkan dapat mengubah tanggapan mereka terhadap
matematik yang mengatakan matematik adalah suatu matapelajaran yang susah dan
membosankan. Sebaliknya, mereka sepatutnya menyedari bahawa matematik merupakan
matapelajaran yang penting dan bermakna dalam kehidupan seharian kita.
Selain itu, dapatan kajian ini juga diharapkan agar dapat membantu para pendidik untuk
merancang strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif demi
meningkatkan lagi prestasi matapelajaran matematik di kalangan pelajar. Strategi pengajaran
yang mampu menarik minat pelajar terhadap matematik patut diteruskan, manakala strategi
pengajaran yang boleh membunuh minat pelajar terhadap matematik harus dihentikan. Ini adalah
bagi memastikan supaya tiada lagi pelajar yang membenci matapelajaran matematik seterusnya
meningkatkan prestasi matapelajaran matematik.
Dapatan kajian ini juga diharapkan agar dapat memberi panduan kepada ibu bapa untuk
membimbing anak-anak mereka demi mencapai kejayaan khususnya dalam matapelajaran
matematik.
Seterusnya, dapatan kajian ini juga diharapkan agar dapat memberikan banyak manfaat
kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran untuk merancang strategi dan programprogram pendidikan matematik yang lebih baik untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di
negara kita.
Reka Bentuk Kajian
Kaedah kajian yang dipilih adalah kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik dalam
mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap matematik di kalangan
pelajar sekolah menengah. Tinjauan merupakan pendekatan deskriptif yang digunakan dengan
meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul data dan maklumat (Azizi Yahaya et al.,
2007). Menurut Mohd Najib (2003), kaedah tinjauan dilakukan secara lintas lalu melalui sekali
kutipan data, biasanya melalui kaedah soal selidik. Tinjauan menjadi suatu kaedah yang mudah,
iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan dengan maklumat, kemudian maklumat tersebut
diproses mengikut kaedah yang telah dirancang oleh penyelidik.
Pemilihan Sampel Kajian
Populasi bagi kajian ini adalah merupakan pelajar sekolah menengah khususnya pelajar
tingkatan empat di daerah Kulai, Johor. Dalam pemilihan sampel kajian, kaedah rawak berstrata
bertujuan telah digunakan. Melalui kaedah ini, dua jenis sekolah telah ditentukan untuk dijadikan
sampel kajian iaitu Sekolah Premier dan Sekolah Harian Biasa. Untuk mewakili Sekolah Premier
di Daerah Kulai, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra (Sekolah A) telah dipilih,
manakala untuk mewakili Sekolah Harian Biasa di Daerah Kulai, Sekolah Menengah
Kebangsaan Kulai Besar (Sekolah B) pula dipilih. Setelah sekolah dipilih sebagai lokasi kajian,
pemilihan sampel secara rawak dilakukan bagi setiap sekolah.
Didapati bahawa jumlah pelajar tingkatan empat di Sekolah A adalah seramai 210 orang
dan jumlah pelajar tingkatan empat di Sekolah B adalah seramai 250 orang. Berdasarkan Jadual
Krejcie, jumlah sampel yang sepatutnya dipilih adalah sebanyak 136 orang di Sekolah A dan 152
orang di Sekolah B. Walau bagaimanapun, sampel yang diambil dalam kajian ini hanyalah
sebanyak 100 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah A dan 100 orang pelajar tingkatan
empat dari Sekolah B. Ini adalah disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi untuk
menjalankan kajian. Oleh itu, dalam kajian ini, 100 orang pelajar dari Sekolah A yang dipilih
sebagai sampel kajian akan mewakili keseluruhan populasi bagi sekolah premier di daerah Kulai
dan 100 orang pelajar dari Sekolah B yang dipilih sebagai sampel kajian akan mewakili
keseluruhan populasi bagi sekolah harian biasa di daerah Kulai.
Rasional pemilihan sampel kajian di kalangan pelajar tingkatan empat adalah kerana
tahap tersebut merupakan tahap permulaan bagi pelajar mencorakkan hala tuju masa depan
mereka. Pada tahap ini, mereka telah dipecahkan kepada aliran-aliran tertentu mengikut
kebolehan serta pencapaian masing-masing. Walau bagaimanapun, matapelajaran matematik
adalah merupakan matapelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar tidak kira apa jua
aliran. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui tahap minat terhadap matematik, faktorfaktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik dan masalah yang boleh
menyebabkan matematik tidak diminati pada peringkat tingkatan empat ini.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah jenis soal selidik. Kaedah ini adalah sesuai
dan mudah untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden yang ramai. Tuckman (1994),
menyatakan soal selidik digunakan oleh para penyelidik untuk menukarkan maklumat yang
diperolehi daripada subjek kepada bentuk data.
Soalan soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A mengandungi 8 item yang mengandungi maklumat latar belakang responden iaitu
jantina, pekerjaan bapa atau penjaga, jumlah pendapatan keluarga, taraf pendidikan tertinggi
bapa, taraf pendidikan tertinggi ibu, bilangan adik-beradik atau tanggungan, tempat tinggal, dan
gred Matematik PMR yang diperolehi. Manakala Bahagian B pula mengandungi 45 item yang
mencakupi aspek yang hendak dikaji berdasarkan persoalan kajian.
Jadual 1 : Pecahan Item Mengikut Bahagian

Kajian Rintis
Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu untuk
mengetahui kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang dibina. Kajian rintis tersebut telah
dilakukan ke atas 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Universiti. Menurut Azizi Yahya et. al (2007), bagi setiap
instrumen soal selidik yang dibentuk, penyelidik perlulah menjalankan kajian rintis. Ia bertujuan
mengukur kesahan soalan soal selidik dan juga melatih penyelidik mentadbir instrumen yang
dibentuk itu.
Data yang diperoleh daripada kajian rintis itu dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistic Package For The Social Science ( SPSS ). Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan
itu, didapati nilai Alpha yang diperolehi adalah 0.85. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001),
nilai pekali Alpha yang melebihi 0.6 menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk kajian sebenar. Oleh itu, soalan soal
selidik tersebut digunakan untuk kajian sebenar.
Analisis Data
Jadual 2 : Analisis Item Berkenaan Tahap Minat Responden Terhadap Matematik bagi Sekolah
A

Jadual 2 menunjukkan data analisis kekerapan, peratusan dan min responden berkenaan
tahap minat responden terhadap matematik bagi responden dari Sekolah A. Berdasarkan jadual
tersebut, didapati bahawa purata min bagi persoalan kajian ini berada pada tahap tinggi iaitu 3.70.
Nilai min tertinggi dicatatkan oleh item 6 iaitu ”Saya tidak suka ponteng kelas Matematik”.
Walau bagaimanapun, purata peratusan responden yang bersetuju dengan persoalan kajian ini
berada pada tahap sederhana iaitu 59.3 %.
Item 1 mendapati bahawa sebanyak 82 % responden yang suka menghadiri kelas
matematik dan 6 % yang tidak suka menghadiri kelas matematik. Min yang diperolehi adalah
4.14. Item 2 pula mendapati bahawa sebanyak 80 % responden yang seronok mempelajari
matematik dan hanya 3 % yang tidak seronok mempelajari matematik. Min yang diperolehi
adalah 4.13.
Bagi item 3 pula, iaitu ”Setiap hari saya mesti membuat latihan Matematik”, didapati
bahawa peratusan responden yang bersetuju dan tidak bersetuju adalah sama iaitu masing-
masing sebanyak 25 %. Min yang diperolehi bagi item ini adalah 3.02. Sebanyak 70 %
responden yang bersetuju bahawa membuat latihan matematik memberikan suatu kepuasan
berbanding terdapat 13 % yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Min yang diperolehi
adalah 3.78.
Item 5 pula mendapati bahawa sebanyak 65 % responden yang bersetuju bahawa mereka
sentiasa menyiapkan kerja sekolah matematik berbanding 10 % responden yang tidak bersetuju.
Min yang diperolehi adalah 3.73. Bagi item ”Saya tidak suka ponteng kelas Matematik” iaitu
item 6, didapati bahawa sebanyak 80 % responden yang bersetuju dan 3 % yang tidak bersetuju.
Min yang diperolehi adalah 4.15 yang merupakan nilai min tertinggi yang diperolehi bagi
persoalan kajian ini.
Sebanyak 58 % responden yang bersetuju bahawa mereka sentiasa bersemangat di dalam
kelas matematik berbanding 6 % yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.65.
Terdapat 55 % responden yang bersetuju bahawa mereka menyukai semua perkara yang
berkaitan dengan matematik dan terdapat 8 % yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi bagi
item 8 ini adalah 3.66.
Bagi item 9 pula, terdapat 33 % responden yang bersetuju bahawa mereka banyak
menghabiskan masa untuk membuat latihan matematik dan terdapat juga 19 % responden yang
tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.17. Selain itu, terdapat 45 % responden yang
bersetuju bahawa mereka tidak jemu membuat latihan matematik dan terdapat 9 % responden
yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.52.
Perbincangan
Secara keseluruhannya, daripada hasil analisis tahap minat terhadap matematik di kalangan
responden, didapati nilai purata min bagi kedua-dua sekolah berada pada tahap yang tinggi iaitu
3.70 dan 3.76. Ini menunjukkan bahawa pelajar dari Sekolah A dan B sangat berminat
mempelajari matapelajaran matematik. Peratusan responden yang bersetuju dengan item suka
menghadiri kelas matematik, seronok mempelajari matematik dan tidak suka ponteng kelas
matematik berada pada tahap yang tertinggi di kedua-dua buah sekolah. Ini menunjukkan
bahawa tahap minat terhadap matematik di kalangan responden di Sekolah A dan B adalah tinggi.
Sikap responden yang suka menghadiri kelas matematik, seronok mempelajari matematik dan
tidak suka ponteng kelas matematik ini mampu meningkatkan tahap minat responden terhadap
matematik.
Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002)
menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik itu berpunca
daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsi
negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itu
sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi negatif terhadap
matapelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa tidak seronok menghadiri
kelas matematik, mempelajari matematik dan berkemungkinan mereka lebih cenderung untuk
ponteng kelas matematik. Dengan ini, tahap minat mereka terhadap matematik semakin lama
semakin berkurang.
Faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik ini boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran yang
dikaji adalah faktor guru, ibu bapa, rakan, dan persekitaran. Manakala faktor dalaman yang
dikaji pula adalah faktor diri sendiri dan psikologi.
Rujukan
Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon (2000). Sumbangan sikap terhadap
matapelajaran matematik : sejauhmanakah hubungan ini relevan? . Fakulti Pendidikan,
UTM.
Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor
Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik: Satu
Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Cheah, Tat Huat (1985). Aspek-Aspek Penting Dalam Pengajaran Matematik Pada Peringkat
Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah. 24(66).1-11.
Datuk Dr. Ismail Ibrahim (1994). Tumpuan Matematik. Berita Harian 25 hb Nov 1994.
George Will (1990). Dlm Mohammad Zahir bin Khasim, Tinjauan Terhadap Minat, Pengajaran
Guru, Pengaruh Keluarga dan Tahap Pembelajaran Pelajar Terhadap Matapelajaran
Matematik Di Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Universiti Teknologi Malaysia :
Tesis Sarjana Muda
Hassan Mohd Ali ( 1996 ). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication
and Distributors.
John B. Watson ( 1913 ). Teori Pelaziman. Dlm Ee Ah Meng. Psikologi Pendidikan III. Penerbit
Fajar Bakti : 14.
Kamus Dewan (1998). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1979 ). Lapuran Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liong, Kon Thai (1997). Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Matematik Soalan-Soalan
Penyelesaian Masalah Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Tahun 5. Universiti
Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana.
Mat Seni ( 1986 ). Pencapaian Matematik Di kalangan Pelajar Tingkatan Empat Aliran Sastera
di Sekolah Menengah Taiping. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Nurul Fiza Selamat (2007). Matematik Membongkar Jenayah. Dewan Kosmik, Ogos 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka : 10.
Pahrol Radzi Mad Ali ( 1996 ). Kesan Faktor Pekerjaan, Pendidikan dan Persekitaran Keluarga
Terhadap Pencapaian Pelajar dalam PMR. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Sarjana Muda.
Tuckman (1994). Dalam Wan Norain Binti Wan Mamat @ Wan Ali (2007). Pandangan Guru
Terhadap Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.
Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Widad Othman ( 1998 ). “Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan” Nota Kuliah. Tidak
Diterbitkan

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianzuridah wahab
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi DigitalSCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digitalrosedainty
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PAUpper6
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 

Was ist angesagt? (20)

Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajian
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi DigitalSCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 

Andere mochten auch

Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Cth abstrak kajian tindakan
Cth abstrak kajian tindakanCth abstrak kajian tindakan
Cth abstrak kajian tindakanMuhammad Atan
 
Pengembangan Modul
Pengembangan ModulPengembangan Modul
Pengembangan ModulGuru Online
 
Modul 7 kaunseling dan stress
Modul 7   kaunseling dan stressModul 7   kaunseling dan stress
Modul 7 kaunseling dan stressMis Faralia
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Nur Dalila Zamri
 
Abstrak proposal skripsi
Abstrak proposal skripsiAbstrak proposal skripsi
Abstrak proposal skripsiYudha Haqqi
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATummu_aiman95
 
Sample Acknowledgement of Project Report
Sample Acknowledgement of Project ReportSample Acknowledgement of Project Report
Sample Acknowledgement of Project ReportMBAnetbook.co.in
 
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapTesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapAbdul Waqash Marzuki
 

Andere mochten auch (17)

Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
 
Cth abstrak kajian tindakan
Cth abstrak kajian tindakanCth abstrak kajian tindakan
Cth abstrak kajian tindakan
 
Pengembangan Modul
Pengembangan ModulPengembangan Modul
Pengembangan Modul
 
Modul 7 kaunseling dan stress
Modul 7   kaunseling dan stressModul 7   kaunseling dan stress
Modul 7 kaunseling dan stress
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)Business research (Last Semester Project)
Business research (Last Semester Project)
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
Skripsi - Abstrak
Skripsi - AbstrakSkripsi - Abstrak
Skripsi - Abstrak
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
Abstrak proposal skripsi
Abstrak proposal skripsiAbstrak proposal skripsi
Abstrak proposal skripsi
 
Abstrak proposal
Abstrak proposalAbstrak proposal
Abstrak proposal
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
Sample Acknowledgement of Project Report
Sample Acknowledgement of Project ReportSample Acknowledgement of Project Report
Sample Acknowledgement of Project Report
 
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapTesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
 
Example of acknowledgment
Example of acknowledgmentExample of acknowledgment
Example of acknowledgment
 

Ähnlich wie Contoh abstrak

Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxPuspavaliNagan
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalAzyzah Tahrim
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...combi07
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK dolldhana13
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Li Fang Li
 
Combined
CombinedCombined
Combined098zxc
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalAhmad Syakir
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalnorm80
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimediamalikkiomar
 

Ähnlich wie Contoh abstrak (20)

Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
 
Power point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnalPower point ulasan jurnal
Power point ulasan jurnal
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1Kpt6044 tugasan 1
Kpt6044 tugasan 1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Combined
CombinedCombined
Combined
 
Pembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan JurnalPembentangan Ulasan Jurnal
Pembentangan Ulasan Jurnal
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Tugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnalTugasan 1 ulasan jurnal
Tugasan 1 ulasan jurnal
 
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnalKpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
 
Ppt web 27032015
Ppt web  27032015Ppt web  27032015
Ppt web 27032015
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimedia
 

Kürzlich hochgeladen

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 

Kürzlich hochgeladen (14)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 

Contoh abstrak

  • 1. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johari Bin Hassan & Norsuriani Binti Ab Aziz Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada sekolah menengah atau pun rendah. Namun, sering dikatakan bahawa kebanyakan pelajar kurang meminati matapelajaran matematik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat terhadap matematik di kalangan pelajar, faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik, dan masalah-masalah yang menyebabkan pelajar tidak berminat terhadap matematik. Seramai 200 orang pelajar tingkatan empat, lelaki dan perempuan dari dua buah sekolah di daerah Kulai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 44 item menggunakan pengukuran berskala Likert. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.85. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa tahap minat terhadap matematik berada di tahap tinggi. Faktor luaran seperti faktor guru dan rakan, serta faktor dalaman iaitu faktor diri sendiri dan psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap matematik. Walaubagaimanapun, faktor ibubapa dan persekitaran berada di tahap sederhana. Manakala, masalah yang paling ketara yang menyebabkan matematik tidak diminati adalah masalah diri sendiri, diikuti dengan guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran. Katakunci : faktor, minat, matematik Pengenalan Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan. Secara tabiinya, matematik bersifat menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam memantapkan pembangunan negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi yang dicapai oleh kebanyakan negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Kemajuan dalam bidang tersebut mungkin tidak dapat dicapai tanpa kesedaran tentang pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita. Di Malaysia, matapelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Matematik yang dahulunya dikenali sebagai Ilmu Hisab mula diajar di beberapa buah sekolah menengah rendah sejak tahun 1970 dan matapelajaran ini diajar di semua sekolah menengah di tingkatan satu pada tahun 1975. Menjelang tahun 1978, semua pelajar di peringkat menengah rendah mempelajari matapelajaran ini (Laporan Kabinet 1979). Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Keadaan ini mungkin disebabkan terdapatnya faktor-faktor yang mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Adalah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk mengenalpasti
  • 2. faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik serta masalah-masalah yang boleh menyebabkan para pelajar tidak berminat terhadap matapelajaran matematik. Pernyataan Masalah KBSM yang digubal adalah berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan pendidikan asas daripada KBSR, kesepaduan unsur-unsur intelek, jasmani, rohani dan sosial, pendidikan umum dan pendidikan seumur hidup. Pendidikan matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan matematik di dalam penyelesaian masalah (Mok Soon Sang 1996 ). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), iaitu satu kajian kes untuk meninjau persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi mutu pencapaian matapelajaran matematik moden pilihan C di sekolah menengah vokasional, Alor Setar didapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran matematik adalah di kalangan mereka yang menganggap matapelajaran matematik adalah suatu matapelajaran yang sukar dan membosankan. Anggapan tersebut sebenarnya telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mempelajari matematik dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut adalah rendah. Selain itu, faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Oleh itu, suatu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti tahap pelajar yang meminati matematik, faktor-faktor yang boleh menggalakkan minat terhadap matematik dan masalah yang boleh menyebabkan matematik tidak diminati. Objektif Kajian Objektif kajian adalah seperti berikut : i. Mengenal pasti tahap minat terhadap matematik di kalangan pelajar ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik iii. Mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan matematik tidak diminati Kepentingan Kajian Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan banyak manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kepada semua pelajar amnya dan pelajar sekolah menengah khususnya. Para pelajar diharapkan dapat mengubah tanggapan mereka terhadap matematik yang mengatakan matematik adalah suatu matapelajaran yang susah dan membosankan. Sebaliknya, mereka sepatutnya menyedari bahawa matematik merupakan matapelajaran yang penting dan bermakna dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, dapatan kajian ini juga diharapkan agar dapat membantu para pendidik untuk merancang strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif demi meningkatkan lagi prestasi matapelajaran matematik di kalangan pelajar. Strategi pengajaran yang mampu menarik minat pelajar terhadap matematik patut diteruskan, manakala strategi pengajaran yang boleh membunuh minat pelajar terhadap matematik harus dihentikan. Ini adalah bagi memastikan supaya tiada lagi pelajar yang membenci matapelajaran matematik seterusnya meningkatkan prestasi matapelajaran matematik. Dapatan kajian ini juga diharapkan agar dapat memberi panduan kepada ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka demi mencapai kejayaan khususnya dalam matapelajaran matematik.
  • 3. Seterusnya, dapatan kajian ini juga diharapkan agar dapat memberikan banyak manfaat kepada pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran untuk merancang strategi dan programprogram pendidikan matematik yang lebih baik untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita. Reka Bentuk Kajian Kaedah kajian yang dipilih adalah kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik dalam mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Tinjauan merupakan pendekatan deskriptif yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul data dan maklumat (Azizi Yahaya et al., 2007). Menurut Mohd Najib (2003), kaedah tinjauan dilakukan secara lintas lalu melalui sekali kutipan data, biasanya melalui kaedah soal selidik. Tinjauan menjadi suatu kaedah yang mudah, iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan dengan maklumat, kemudian maklumat tersebut diproses mengikut kaedah yang telah dirancang oleh penyelidik. Pemilihan Sampel Kajian Populasi bagi kajian ini adalah merupakan pelajar sekolah menengah khususnya pelajar tingkatan empat di daerah Kulai, Johor. Dalam pemilihan sampel kajian, kaedah rawak berstrata bertujuan telah digunakan. Melalui kaedah ini, dua jenis sekolah telah ditentukan untuk dijadikan sampel kajian iaitu Sekolah Premier dan Sekolah Harian Biasa. Untuk mewakili Sekolah Premier di Daerah Kulai, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra (Sekolah A) telah dipilih, manakala untuk mewakili Sekolah Harian Biasa di Daerah Kulai, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar (Sekolah B) pula dipilih. Setelah sekolah dipilih sebagai lokasi kajian, pemilihan sampel secara rawak dilakukan bagi setiap sekolah. Didapati bahawa jumlah pelajar tingkatan empat di Sekolah A adalah seramai 210 orang dan jumlah pelajar tingkatan empat di Sekolah B adalah seramai 250 orang. Berdasarkan Jadual Krejcie, jumlah sampel yang sepatutnya dipilih adalah sebanyak 136 orang di Sekolah A dan 152 orang di Sekolah B. Walau bagaimanapun, sampel yang diambil dalam kajian ini hanyalah sebanyak 100 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah A dan 100 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah B. Ini adalah disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi untuk menjalankan kajian. Oleh itu, dalam kajian ini, 100 orang pelajar dari Sekolah A yang dipilih sebagai sampel kajian akan mewakili keseluruhan populasi bagi sekolah premier di daerah Kulai dan 100 orang pelajar dari Sekolah B yang dipilih sebagai sampel kajian akan mewakili keseluruhan populasi bagi sekolah harian biasa di daerah Kulai. Rasional pemilihan sampel kajian di kalangan pelajar tingkatan empat adalah kerana tahap tersebut merupakan tahap permulaan bagi pelajar mencorakkan hala tuju masa depan mereka. Pada tahap ini, mereka telah dipecahkan kepada aliran-aliran tertentu mengikut kebolehan serta pencapaian masing-masing. Walau bagaimanapun, matapelajaran matematik adalah merupakan matapelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar tidak kira apa jua aliran. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui tahap minat terhadap matematik, faktorfaktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik dan masalah yang boleh menyebabkan matematik tidak diminati pada peringkat tingkatan empat ini. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah jenis soal selidik. Kaedah ini adalah sesuai dan mudah untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden yang ramai. Tuckman (1994),
  • 4. menyatakan soal selidik digunakan oleh para penyelidik untuk menukarkan maklumat yang diperolehi daripada subjek kepada bentuk data. Soalan soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi 8 item yang mengandungi maklumat latar belakang responden iaitu jantina, pekerjaan bapa atau penjaga, jumlah pendapatan keluarga, taraf pendidikan tertinggi bapa, taraf pendidikan tertinggi ibu, bilangan adik-beradik atau tanggungan, tempat tinggal, dan gred Matematik PMR yang diperolehi. Manakala Bahagian B pula mengandungi 45 item yang mencakupi aspek yang hendak dikaji berdasarkan persoalan kajian. Jadual 1 : Pecahan Item Mengikut Bahagian Kajian Rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang dibina. Kajian rintis tersebut telah dilakukan ke atas 20 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti. Menurut Azizi Yahya et. al (2007), bagi setiap instrumen soal selidik yang dibentuk, penyelidik perlulah menjalankan kajian rintis. Ia bertujuan mengukur kesahan soalan soal selidik dan juga melatih penyelidik mentadbir instrumen yang dibentuk itu. Data yang diperoleh daripada kajian rintis itu dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package For The Social Science ( SPSS ). Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan itu, didapati nilai Alpha yang diperolehi adalah 0.85. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), nilai pekali Alpha yang melebihi 0.6 menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk kajian sebenar. Oleh itu, soalan soal selidik tersebut digunakan untuk kajian sebenar.
  • 5. Analisis Data Jadual 2 : Analisis Item Berkenaan Tahap Minat Responden Terhadap Matematik bagi Sekolah A Jadual 2 menunjukkan data analisis kekerapan, peratusan dan min responden berkenaan tahap minat responden terhadap matematik bagi responden dari Sekolah A. Berdasarkan jadual tersebut, didapati bahawa purata min bagi persoalan kajian ini berada pada tahap tinggi iaitu 3.70. Nilai min tertinggi dicatatkan oleh item 6 iaitu ”Saya tidak suka ponteng kelas Matematik”. Walau bagaimanapun, purata peratusan responden yang bersetuju dengan persoalan kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu 59.3 %. Item 1 mendapati bahawa sebanyak 82 % responden yang suka menghadiri kelas matematik dan 6 % yang tidak suka menghadiri kelas matematik. Min yang diperolehi adalah 4.14. Item 2 pula mendapati bahawa sebanyak 80 % responden yang seronok mempelajari matematik dan hanya 3 % yang tidak seronok mempelajari matematik. Min yang diperolehi adalah 4.13. Bagi item 3 pula, iaitu ”Setiap hari saya mesti membuat latihan Matematik”, didapati bahawa peratusan responden yang bersetuju dan tidak bersetuju adalah sama iaitu masing-
  • 6. masing sebanyak 25 %. Min yang diperolehi bagi item ini adalah 3.02. Sebanyak 70 % responden yang bersetuju bahawa membuat latihan matematik memberikan suatu kepuasan berbanding terdapat 13 % yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Min yang diperolehi adalah 3.78. Item 5 pula mendapati bahawa sebanyak 65 % responden yang bersetuju bahawa mereka sentiasa menyiapkan kerja sekolah matematik berbanding 10 % responden yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.73. Bagi item ”Saya tidak suka ponteng kelas Matematik” iaitu item 6, didapati bahawa sebanyak 80 % responden yang bersetuju dan 3 % yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 4.15 yang merupakan nilai min tertinggi yang diperolehi bagi persoalan kajian ini. Sebanyak 58 % responden yang bersetuju bahawa mereka sentiasa bersemangat di dalam kelas matematik berbanding 6 % yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.65. Terdapat 55 % responden yang bersetuju bahawa mereka menyukai semua perkara yang berkaitan dengan matematik dan terdapat 8 % yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi bagi item 8 ini adalah 3.66. Bagi item 9 pula, terdapat 33 % responden yang bersetuju bahawa mereka banyak menghabiskan masa untuk membuat latihan matematik dan terdapat juga 19 % responden yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.17. Selain itu, terdapat 45 % responden yang bersetuju bahawa mereka tidak jemu membuat latihan matematik dan terdapat 9 % responden yang tidak bersetuju. Min yang diperolehi adalah 3.52. Perbincangan Secara keseluruhannya, daripada hasil analisis tahap minat terhadap matematik di kalangan responden, didapati nilai purata min bagi kedua-dua sekolah berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.70 dan 3.76. Ini menunjukkan bahawa pelajar dari Sekolah A dan B sangat berminat mempelajari matapelajaran matematik. Peratusan responden yang bersetuju dengan item suka menghadiri kelas matematik, seronok mempelajari matematik dan tidak suka ponteng kelas matematik berada pada tahap yang tertinggi di kedua-dua buah sekolah. Ini menunjukkan bahawa tahap minat terhadap matematik di kalangan responden di Sekolah A dan B adalah tinggi. Sikap responden yang suka menghadiri kelas matematik, seronok mempelajari matematik dan tidak suka ponteng kelas matematik ini mampu meningkatkan tahap minat responden terhadap matematik. Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi negatif terhadap matapelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa tidak seronok menghadiri kelas matematik, mempelajari matematik dan berkemungkinan mereka lebih cenderung untuk ponteng kelas matematik. Dengan ini, tahap minat mereka terhadap matematik semakin lama semakin berkurang. Faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran yang dikaji adalah faktor guru, ibu bapa, rakan, dan persekitaran. Manakala faktor dalaman yang dikaji pula adalah faktor diri sendiri dan psikologi.
  • 7. Rujukan Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon (2000). Sumbangan sikap terhadap matapelajaran matematik : sejauhmanakah hubungan ini relevan? . Fakulti Pendidikan, UTM. Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik: Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Cheah, Tat Huat (1985). Aspek-Aspek Penting Dalam Pengajaran Matematik Pada Peringkat Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Jemaah Nazir Sekolah. 24(66).1-11. Datuk Dr. Ismail Ibrahim (1994). Tumpuan Matematik. Berita Harian 25 hb Nov 1994. George Will (1990). Dlm Mohammad Zahir bin Khasim, Tinjauan Terhadap Minat, Pengajaran Guru, Pengaruh Keluarga dan Tahap Pembelajaran Pelajar Terhadap Matapelajaran Matematik Di Sekolah Menengah Teknik Butterworth. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda Hassan Mohd Ali ( 1996 ). Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors. John B. Watson ( 1913 ). Teori Pelaziman. Dlm Ee Ah Meng. Psikologi Pendidikan III. Penerbit Fajar Bakti : 14. Kamus Dewan (1998). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1979 ). Lapuran Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Liong, Kon Thai (1997). Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Matematik Soalan-Soalan Penyelesaian Masalah Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Tahun 5. Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana. Mat Seni ( 1986 ). Pencapaian Matematik Di kalangan Pelajar Tingkatan Empat Aliran Sastera di Sekolah Menengah Taiping. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Nurul Fiza Selamat (2007). Matematik Membongkar Jenayah. Dewan Kosmik, Ogos 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka : 10. Pahrol Radzi Mad Ali ( 1996 ). Kesan Faktor Pekerjaan, Pendidikan dan Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Pelajar dalam PMR. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Tuckman (1994). Dalam Wan Norain Binti Wan Mamat @ Wan Ali (2007). Pandangan Guru Terhadap Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Widad Othman ( 1998 ). “Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan” Nota Kuliah. Tidak Diterbitkan