SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
e-ISSN : 2289-6171 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 33-42
Corresponding Author : Nabiroh Kassim – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,
Malaysia. nabirohk@yahoo.com
Kepercayaan Guru Pemangkin Amalan Penerapan Nilai Murni dalam
Pengajaran Tilawah Al-Quran
NABIROH KASSIM
NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOF
AB. HALIM TAMURI
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kepercayaan guru merupakan asas yang penting dalam menggerakkan usaha penerapan nilai di sekolah khususnya
dalam pembelajaran Tilawah al-Quran (TQ) sekolah rendah. Kepercayaan guru dalam kajian ini merujuk kepada
pemikiran dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al-
Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian kualitatif ini
bertujuan meninjau kepercayaan Guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pelaksanaan penerapan nilai di
sekolah dalam pembelajaran tilawah al-Quran sekolah rendah melalui Model Khatam al-Quran j-QAF. Kaedah temu
bual secara mendalam dengan 5 orang guru serta pemerhatian di bilik darjah berserta dokumen berkaitan
memperlihatkan perkaitan jelas antara kepercayaan dan amalan guru dalam pelaksanaan penerapan nilai di bilik
darjah. Kaedah analisis kes bersilang berdasarkan temu bual guru-guru telah dilaksanakan menggunakan perisian
Nvivo 8. Hasil analisis temu bual dapat dikelaskan kepercayaan guru dalam penerapan nilai kepada tiga aspek utama
iaitu a) kedudukan dan fungsi al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan di sekolah rendah; c) kesan
terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran.
Kata Kunci: Kepercayaan Guru, Penerapan Nilai, Tilawah Al-Quran.
PENDAHULUAN
Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan salah satu komponen penting dalam Pendidikan Islam di mana
Tilawah al-Quran diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan tujuan agar para pelajar dapat
menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Mulai tahun 2005, pelajar berpeluang untuk mempelajari al-
Quran sehingga khatam di sekolah rendah melalui program j-QAF. Dalam tempoh enam tahun
mempelajari al-Quran, pelajar akan membaca keseluruhan ayat al-Quran iaitu sebanyak 6666 (al-Sayuti
2004) yang mengandungi pelbagai panduan Ilahi kepada umat manusia. Namun disebabkan kekangan
kurikulum sekolah rendah yang tidak mengaitkan isi kandungan al-Quran dengan aktiviti Tilawah al-
Quran, maka pelajar-pelajar tidak dapat mengambil manfaat daripada pembacaan mereka. Sejak sekian
lama penekanan utama dalam pengajaran Tilawah al-Quran hanya berfokus kepada aspek bacaan sehingga
khatam. Tambahan pula penerapan nilai bukanlah objektif yang digariskan dalam kurikulum pengajaran
tilawah berbanding aspek Tajwid dan Fasahah. Kajian yang berterusan terhadap Tilawah al-Quran telah
banyak dilakukan oleh pelbagai pihak namun kebanyakan kajian memfokuskan kepada pencapaian pelajar
atau tahap bacaan al-Quran pelajar. Kebanyakan kajian berhubung tahap penguasaan al-Quran pelajar
melaporkan kelemahan penguasaan TQ dalam kalangan murid tanpa mengaitkan dengan aspek penerapan
nilai dalam pengajaran TQ (Raihan 2000; Ramlan 2000). Manakala kajian Mohd. Aderi (2008) pula lebih
memfokus kepada amalan pengajaran GPI dan kesannya terhadap pencapaian pelajar sementara Misnan
(2008) yang turut mengkaji tentang TQ tetapi lebih menumpukan kepada amalan pedagogi GPI dalam
pengajaran TQ. Selain itu, aspek penerapan nilai berteraskan al-Quran juga kurang dititikberatkan dalam
kurikulum Tahfiz al-Quran sebagaimana kajian Azmil (2010) yang mendapati kaedah menerangkan makna
kalimah, menghuraikan maksud ayat, menerangkan asbab nuzul dan menghuraikan kefahaman ayat amat
kurang diberi perhatian oleh pensyarah.
Usaha penerapan nilai murni berasaskan al-Quran merupakan suatu peluang keemasan yang wajar
dimanfaatkan oleh guru-guru Tilawah al-Quran untuk membentuk akhlak mulia pelajar dengan cara
menyemai nilai-nilai mulia yang diajarkan oleh al-Quran. Usaha ini mampu membina asas untuk
melahirkan generasi ulil albab yang merupakan generasi umat Islam yang berpengetahuan luas, bersifat
34
Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42
profesional dalam bidang masing-masing dan sentiasa berfikiran Qurani iaitu “yang menjadikan sumber-
sumber al-Quran pedoman berfikir tentang sesuatu” (Sidek 2006). Ia juga selari dengan saranan Ibn
Khaldun (2000) yang menyatakan adalah amat penting bagi murid-murid ditanamkan minat untuk
memahami, mengamal dan menghayati bacaan al-Quran dalam kehidupan harian sehingga menjadi sebati
sebagai darah daging. Bagi melaksanakan peranan tersebut, aspek kepercayaan guru khususnya berhubung
aspek spiritual wajar diberikan perhatian. Dalam kajian ini kepercayaan guru merujuk kepada pemikiran
dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al-
Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian ini
merupakan sebahagian daripada kajian meneroka amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran TQ
sekolah rendah dalam Modul Khatam Quran j-QAF. Kajian ini bertujuan meneroka amalan Guru
Pendidikan Islam dalam membina modal insan cemerlang berteraskan al-Quran bermula di peringkat
sekolah rendah melalui pelaksanaan amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Artikel ini
memfokuskan kepada objektif kajian yang pertama iaitu untuk meneroka kepercayaan GPI (teacher‟s belief)
terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran Modul Khatam al-Quran j-QAF.
KAJIAN LITERATUR
Pengajaran yang berkesan adalah satu proses yang menggabungkan aspek kepercayaan dan pemikiran,
pengetahuan dan pengamalan guru di bilik darjah. Bagi memahami bagaimana seseorang guru itu
mengendalikan pengajarannya, maka penelitian kepada kepercayaan dan proses pemikiran guru itu adalah
perlu kerana hal tersebut memberi kesan terhadap tindakan guru dalam bilik darjah. Kepercayaan
bermaksud nilai, sikap, sistem konsep, teori peribadi dan juga perspektif tentang sesuatu (Gardner, 2006).
Cunningham et.al (2005) telah memperincikan kepercayaan sebagai struktur asas yang dibina secara sedar
atau pun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi,
pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu perkara. Menurut Nik Azis (1997) kepercayaan, nilai dan sikap
memberi kesan yang besar kepada P & P. Hal ini adalah kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan, nilai
dan sikap yang dimiliki oleh seseorang guru banyak mempengaruhi amalan dan tingkah laku mereka dalam
bilik darjah.
Kepercayaan dikatakan mempengaruhi dan memberi panduan kepada guru dalam membuat
keputusan dan melaksanakan strategi pengajaran (Fang 1996). Menurut Fang (1996), Kepercayaan ini bukan
hanya mempengaruhi cara dan tindakan guru semasa mengajar tetapi juga bagaimana mereka mentafsirkan
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berkesan boleh diterokai daripada kepercayaan guru tentang
pengajaran yang baik (Fullan,2001; Gardner 2006) serta pengetahuan kraf pengajaran mereka (Shulman,
1987; Kroener-Ekstrad, 2001; Habsah et al 2006). Meskipun kepercayaan tidak semestinya diterjemahkan
dan dizahirkan kepada amalan, namun kepercayaan guru tentang pendidikan memberi persepsi tentang world
view dan pegangan guru tentang bagaimana pendidikan perlu dilestarikan (Schwarz 2001; Gardner 2006).
Dalam Pendidikan Islam, aspek kepercayaan bukan sahaja melibatkan dimensi kognitif seseorang
sebagaimana pandangan McLeod (1992) dan Schoenfed (1998), sebaliknya turut melibatkan aspek spiritual
guru tersebut. Apakah perkaitan amalan dengan kepercayaan dijelaskan oleh al-Zindani, (2010) bahawa
amalan adalah lahir daripada keimanan insan di mana keimanan ialah pemangkin yang membangkitkan
motivasi insan untuk melakukan amalan dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amalan tersebut. Al-
Quran sering menggandingkan aspek iman dan amal salih bagi menggambarkan kepentingan keduanya dalam
kehidupan Muslim (al-Quran 103:1-3; 2:3,25,62,82,177 218). Iman yang berkisar sekitar kepercayaan tetapi
tidak disertakan dengan amal tidak diiktiraf oleh Islam. A.N Oppenheim (1992) menyatakan di dalam
“Questionaire Design And Attitude Measurement” bahawa nilai terbina daripada kepercayaan dan sikap
seseorang. Ringkasnya, untuk membina personaliti seseorang ia bermula daripada apa yang dipercayai
olehnya. Daripada kepercayaan ini sikap mula terbentuk. Apabila sikap diamalkan dan telah mantap pada diri
individu ia menjadi nilai dan asas kepada pembentukan sahsiah seseorang (Abu Bakar, 1997).
Dalam konteks Pendidikan Islam, aspek keimanan guru akan membentuk sikapnya terhadap pelajar
dan proses pendidikan. Keimanan yang teguh kepada Allah akan membentuk suatu sudut pandangan
semesta (worlview) yang menyeluruh dan bersepadu di mana seluruh aktiviti kehidupan akan diarahkan bagi
melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah dan mencari keredaan Ilahi. Selain itu, keimanan yang teguh
juga akan membantu dan mendorong pengajar al-Quran untuk menghayati lima peranan pendidik muslim
iaitu Muallim, Mudarris, Murshid, Muaddib, dan Murabbi (Mohd Aderi dan Ab.Halim, 2009). Pelajar-pelajar
adalah mad‟u (sasaran dakwah) yang diamanahkan Allah kepada beliau untuk ditarbiyyah (didik) menurut
35
sibghah (acuan) Ilahi, lantas melalui pengajaran al-Quran, seorang Murabbi akan mendidik pelajarnya dengan
penuh iltizam agar mereka akan menjadi generasi al-Quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang meneroka amalan penerapan nilai murni Guru Pendidikan Islam
dalam pengajaran TQ sekolah rendah dalam Modul Khatam Quran j-QAF. Pendekatan kualitatif melalui
beberapa teknik pengumpulan data dijalankan untuk melihat fenomena tersebut. Menurut Merriam (1997),
kajian kualitatif adalah untuk mengkaji fenomena yang kompleks seperti individu, organisasi, hubungan
dan lain-lain. Data dikumpulkan menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen seperti yang lazim digunakan oleh penyelidik kualitatif. Ketiga-tiga teknik ini mampu
menghuraikan ketidakjelasan atau menampung sebarang kekurangan serta saling lengkap-melengkapi
(Izham & Sufean 2009) untuk mendapatkan huraian yang jelas dan terperinci di samping tujuan
pengesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan.
Reka bentuk ini juga membolehkan pengkaji mengumpul data secara induktif yang bermula
dengan temu bual seramai 5 orang Guru Pendidikan Islam. Temu bual secara mendalam dijalankan
berpandu kepada protokol separa struktur yang disediakan berdasarkan kajian literatur. Setelah data di
transkripsi ia dihantar semula kepada peserta kajian untuk mendapatkan persetujuan mereka terhadap
ketepatan kandungan temubual. Pengkaji menggunakan perisian NVivo 8 sebagai alat untuk menguruskan
data yang telah di transkrip. Pembentukan tema dan sub tema adalah berasaskan pembacaan perpustakaan
dan membaca transkripsi berulang kali. Data dianalisis menggunakan kaedah perbandingan berterusan
(constant comparative method). Pengkaji mengumpulkan jawapan kepada persoalan berkaitan kepercayaan guru
dan menganalisis dari perspektif yang berbeza. Keesahan dan keboleh percayaan data dilakukan melalui
pengesahan inventori soalan separuh berstruktur oleh penyelia dan pakar bidang, kajian rintis, triangulasi
dari pelbagai sumber data, kesahan ahli (member validation) dan pengesahan dan persetujuan pakar terhadap
tema yang dibina. Nilai Indeks Cohen Kappa (K) yang didapati untuk kajian ini adalah 0.85 dan nilai ini
merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik kerana unit analisis yang dibuat oleh pengkaji
adalah selari dengan tema yangdikemukakan.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini memberi fokus untuk menjawab persoalan yang ditentukan berdasarkan objektif kajian
yang telah ditetapkan iaitu meneroka kepercayaan GPI (teacher‟s belief) terhadap amalan penerapan nilai
dalam pengajaran Modul Khatam al-Quran j-QAF. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga tema utama
berhubung kepercayaan guru dalam penerapan nilai iaitu kepercayaan terhadap ; a) kedudukan dan fungsi
al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan penerapan nilai dalam TQ di sekolah rendah , dan
c) kesan penerapan nilai terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran sebagaimana ditunjukkan dalam
Jadual 1.0 di bawah .
Jadual 1: Kepercayaan Guru Terhadap Amalan Penerapan Nilai Dalam Pengajaran TQ
Tema Penjelasan
1. Kedudukan al-Quran dan Fungsi
al-Quran dalam kehidupan
Muslim
Penekanan terhadap ketinggian dan kemuliaan al-Quran dalam
akidah umat Islam dan fungsi nya sebagai rujukan dan panduan
yang perlu dibaca, difahami dan dihayati dalam kehidupan
Muslim.
2. Kesesuaian pelaksanaan di
sekolah rendah;
Penekanan terhadap kesesuaian pelaksanaan penerapan nilai al-
Quran dalam pengajaran TQ ditinjau dari aspek kepentingannya,
peluang pelaksanaan dan kemampuan pelajar
3. Kesan penerapan nilai Penekanan terhadap kesan positif penerapan nilai terhadap guru-
guru, para pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran .
Dalam kajian ini, amalan penerapan nilai yang dilaksanakan oleh peserta kajian berkait rapat
dengan kepercayaan yang mereka miliki terhadap kedudukan al-Quran dalam Islam dan fungsi al-Quran
dalam pendidikan. Pola dapatan menunjukkan peserta kajian meyakini bahawa al-Quran merupakan
Kalam Allah iaitu kitab yang datangnya dari sisi Allah selain merupakan mukjizat agong berbanding
mukjizat nabi-nabi yang lain. Peserta kajian juga menyatakan al-Quran juga merupakan kitab hidayah yang
36
Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42
mana panduannya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Selain itu, peserta kajian juga mensifatkan al-
Quran merupakan silibus terbaik dalam mendidik manusia.
“Bila kita cerita tentang Quran, makna nya bukan daripada kita punya pemikiran sendiri. Ini Allah
yang bagi tahu ni. Pencipta kita bagi tahu”. (PK1)
“...Quran tu kalam Allah,”. (PK4)
Penegasan tentang al-Quran sebagai Kalam Allah amat banyak ditemukan di dalam al-Quran
sebagai contoh dalam surah Hud 11:1; al-Naml 27: 6, al-Isra‟ 17 :105, al-Fussilat 41:1-2 dan 41-42, al-
Furqān 25:1, al-Hijr 15: 9, al-Dukhān 44:1-2, Sād 38: 29, al-Nisa 4:174 dan al-Māidah 5:15. Hal ini bagi
menolak tuduhan pihak musuh Islam yang menyatakan bahawa al-Quran merupakan rekaan Nabi
Muhammad. Dapatan ini juga selari dengan penjelasan al-Qaradhawi (2000) berhubung dengan kedudukan
al-Quran sebagai Kalam Allah yang menjelaskan bahawa al-Quran merupakan Kitabullah yang 100%
bersumber dari Allah swt ( Ilahiyyu al-Masdar) dari sudut lafaz dan makna. Dalam kata lain, al-Quran adalah
kitab Rabbani (bersumber dari Allah) diturunkan melalui perantaraan Jibril yang merupakan utusan dari
kalangan malaikat (ar rasul al malaki) kepada Nabi Muhammad, seorang rasul dari kalangan manusia (ar
rasul al-Basyari). Manakala tugas Nabi Muhammad terhadap Kitabullah adalah penerima wahyu yang
bertanggung jawab untuk membacanya (Tilawah ), menyampaikannya (tabligh), menunjukkan cara
pengamalan isi kandungannya (tabyin) sebagaimana dikehendaki Allah. Sebagai Kitabullah yang terakhir,
maka al-Quran telah dijamin pemeliharaannya oleh Allah sendiri dari terseleweng atau dicerobohi oleh
tangan manusia sebagaimana berlaku kepada kitab-kitab terdahulu seperti Kitab Taurat dan Injil (al-
Qaradhawi 2000).
Berikutnya semua peserta kajian didapati bersetuju bahawa Al-Quran perlu dirujuk dalam
kehidupan kerana dapat memberikan panduan untuk memilih antara yang baik dan buruk, antara benar
dan salah. Selanjutnya bagi membolehkan hidayah tersebut difahami, dapatan kajian juga mendapati semua
peserta kajian meyakini bahawa al-Quran tidak seharusnya dibaca sahaja tanpa menitikberatkan kefahaman
terhadap isi al-Quran. Mereka sebaliknya menyatakan al-Quran perlu difahami, disebarkan kefahamannya
serta digunakan secara meluas di dalam pendidikan insan khususnya dalam membangunkan modal insan
yang berkualiti dalam masyarakat.
“Al-Quran kan panduan, jadinya contoh, kalau kita tak terapkan baca saja, mana penekanan kita.
Apa kita nak contoh? Kita baca saja ke?”. (PK5)
“Saya nak budak-budak ni tahu sedikit sebanyak apa yang surah tu nak sampai atau cerita kan”. (PK1)
Sehubungan dengan keyakinan tersebut semua peserta kajian didapati telah mengorak langkah
untuk melakukan amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ walaupun kurikulum TQ sekolah rendah
tidak menjadikan aspek penerapan nilai berdasarkan ayat al-Quran itu sebagai suatu keperluan asas dalam
pengajaran TQ. Sebagai contoh peserta kajian didapati telah memilih sekurang-kurangnya satu ayat yang
bersesuaian untuk diterapkan nilai yang sesuai terhadap murid-murid di dalam pengajaran mereka, di
samping membuat perancangan awal dengan cara mendapatkan maklumat tentang ayat berkenaan melalui
rujukan terhadap Tafsir. Hal ini menggambarkan bahawa kepercayaan terhadap kedudukan dan fungsi al-
Quran telah mencorakkan pengajaran peserta kajian di mana mereka didapati berusaha menerapkan nilai di
dalam pengajaran TQ selaras dengan kepercayaan tersebut. Dapatan ini turut menyokong saranan Ibn
Khaldun (2000) yang menyatakan pada peringkat rendah lagi kanak-kanak itu perlu didedahkan dengan
pengertian ringkas ayat-ayat hafazan atau bacaaan serta diceritakan pula kisah-kisah dan fadilat-fadilat yang
terkandung di dalamnya. Kefahaman ini selaras gesaan al-Quran seawal penurunan wahyu (al-„Alaq 87:1-5)
agar manusia sentiasa menghubungkan diri kepada Pencipta di dalam proses pencarian ilmu melalui
adunan ilmu wahyu.
Seterusnya dari sudut kesesuaian, peserta kajian mempunyai kepercayaan bahawa penerapan nilai
sesuai dilaksanakan di sekolah rendah. Kesesuaian dalam konteks kajian ini merujuk kepada 3 aspek iaitu
wujudnya peluang, kemampuan pelajar dan kepentingan pelaksanaannya di sekolah rendah. Kajian ini
mendapati penerapan nilai sesuai untuk dilaksanakan dalam Pengajaran TQ di sekolah rendah disebabkan
wujudnya peluang yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk merealisasikannya. Peserta kajian mengaitkan
peluang yang dimaksudkan adalah melalui penggunaan Model Khatam Al-Quran di mana kandungan
37
model ini mengandungi keseluruhan surah-surah al-Quran yang dibahagikan mengikut tahun satu sehingga
tahun enam (JAPIM 2004). Dengan keluasan ilmu al-Quran yang tidak terbatas hanya kepada ilmu syariat
atau ilmu agama (Muhammad Shadid 1997) peserta kajian menyatakan mereka berpeluang untuk memilih
pelbagai nilai yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, sirah mahupun nilai berkaitan aspek ekonomi,
kesihatan, perundangan, kepimpinan dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan tahap murid-murid.
“..dalam Model Khatam Al-Quran ni kita membaca Al-Quran dari juzuk pertama hingga juzuk tiga
puluh maksudnya kita dapat banyak isi penting dalam ayat yang dibaca kita dapat ketengahkan kepada
murid-murid. Jadi sekaligus kita dapat aa…dalam tu kita dapat tahu hukum-hukum Islam..tulah sifat-
sifat mahmudah yang boleh kita keluarkanlah daripada ayat yang dibaca”. (PK3)
Berikutnya dapatan kajian juga mendapati peluang penerapan nilai juga berikutan adanya kemudahan al-
Quran terjemahan yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada guru-guru TQ telah
memudahkan proses penerapan nilai dilaksanakan. Menurut sebahagian peserta kajian, al-Quran
terjemahan tersebut sangat membantu mereka dalam penerapan nilai disebabkan bukan semua guru-guru
TQ memahami bahasa Arab dengan sempurna.
“..sebab setiap guru ada dibekalkan Quran terjemahan”. (PK2)
“Mudah sangat la untuk kita , sebab dah adakan terjemahan , kalau kita tak faham pun , memang
saya akui saya bukan lah fasih Bahasa Arab, tak ada memang benda ni dah ada , boleh bantu
kita”.(PK5)
Sehubungan itu peserta kajian didapati telah memanfaatkan kemudahan tersebut untuk membuat
persediaan pengajaran di samping merujuk bacaan tambahan. Dapatan ini menyokong dapatan kajian
Azhar dan Zulkifli (2009) berhubung penerimaan masyarakat Melayu terhadap terjemahan Kitab Tafsir Fi
Zilal al-Quran oleh Yusof Zaky Yaacob mendapati bahawa terjemahan tafsir ini telah membantu pembaca
memahami teks tafsir al-Quran dengan mudah dan bersahaja. Selain itu terjemahan tafsir ini juga telah
memberi jalan keluar kepada pencinta ilmu-ilmu Islam untuk mengambil manfaat dari al-Quran di saat
masyarakat ketandusan bahan tafsiran al-Quran yang sesuai (Azhar dan Zulkifli 2009).
Selanjutnya kajian ini juga mendapati semua peserta kajian percaya bahawa penerapan nilai al-
Quran mustahak ditanam seawal sekolah rendah kerana murid-murid ibarat rebung yang masih boleh
dibentuk dan dilentur mengikut arah yang guru kehendaki. Pendidikan nilai-nilai al-Quran di peringkat
awal akan dapat memastikan kelangsungan ajaran Islam diperturunkan kepada generasi berikutnya
sebagaimana saranan Hasan Langgulung (1987) yang menjelaskan fungsi utama pendidikan adalah
pemindahan nilai-nilai dari generasi tua kepada generasi muda agar identiti masarakat terpelihara. Apabila
generasi muda didedahkan dengan pengamalan nilai Islam dari kecil maka proses pewarisan tersebut akan
berlaku secara harmoni. Ia sekali gus dapat menyediakan benteng diri kepada murid-murid terhadap
gejala-gejala negatif yang terdapat di persekitaran. Menurut Mohd. Athiyah Al-Abrasyi (1974) hal ini
berbeza dengan pendidikan moden yang bersifat liberal yang tidak memberi perhatian yang sewajarnya
kepada aspek- aspek akhlak dan rohani yang sihat.
“Bagi saya sangat penting, kerana aa…sangat pentinglah penerapan nilai dalam pengajaran tilawah.
Maksudnya selain daripada murid tu dapat membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid, murid tu
dapat isi apa yang nak disampaikan. Isi-isi ayat Al-Quran yang dibaca itu”. (PK3)
Selain itu kepentingan lain penerapan nilai ialah dapat mendedahkan murid-murid dengan isi
kandungan al-Quran walaupun tidak secara terperinci. Apabila guru mendedahkan murid-murid dengan
nilai al-Quran sedari awal secara berulang-ulang, maka murid-murid akan dapat mengetahui isi kandungan
al-Quran yang mengandungi peraturan dan panduan kehidupan untuk semua manusia. Hal ini selari
dengan saranan Ibn Khaldun (2000) di mana beliau menegaskan bahawa pada peringkat rendah lagi kanak-
kanak itu perlu didedahkan dengan pengertian ringkas ayat-ayat hafazan atau bacaan, diceritakan kisah-
kisah dan fadilat-fadilat yang terkandung di dalam al-Quran. Kelak pengajaran tersebut akan menjadi
bahan pemikiran kanak-kanak lantas menggerakkan mereka untuk menghayatinya.
38
Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42
“Ya..Pelajar boleh faham, boleh ikut. Kita tak guna yang macam apa kata benda-benda yang susah.
Haaa kita ambil yang mudah-mudah”. (PK1)
Selanjutnya kajian mendapati semua peserta kajian percaya bahawa penerapan nilai sesuai
dilaksanakan dalam pengajaran TQ kerana murid-murid mampu untuk memahami nilai-nilai al-Quran
yang mereka terapkan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah rendah mampu memahami
penerapan nilai berteraskan al-Quran apabila guru dapat menyampaikan nilai yang sesuai dengan tahap
pemikiran dan latar belakang murid. Kefahaman ini mendorong guru untuk mengolah isi kandungan al-
Quran dan nilai kepada bentuk yang mudah difahami dan diterima oleh murid-murid termasuklah
mengaitkannya dengan aktiviti harian murid-murid.
Keperluan untuk mengambil kira tahap pemikiran dan latar belakang murid bukan sahaja
diperlukan di peringkat sekolah rendah, malah juga di peringkat sekolah menengah sebagaimana dapatan
Ahmad Yunus (2011) yang mendapati Guru-Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang mengajar
akidah telah berusaha mengolah pengetahuan isi kandungan akidah yang berbentuk abstrak, konseptual
dan cenderung kepada perbincangan akidah kepada bentuk yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar.
Hal ini menjelaskan bahawa pertimbangan terhadap tahap pemikiran dan latar belakang murid perlu
diutamakan dalam penyampaian guru.
“Kita ikut tahap murid bukan nak kaitkan yang besar-besar kaitkan dengan amalan harian di sekolah,
kelebihan orang berilmu, benda tu ada semua dalam al-Quran benda tu ada kaitan lah”. (PK5)
Berikutnya semua peserta kajian juga percaya bahawa murid-murid akan dapat memahami
penjelasan tentang nilai al-Quran apabila guru menggunakan laras bahasa yang mudah. Dalam erti kata
lain, bahasa yang digunakan perlulah senang difahami serta dekat dengan kehidupan murid-murid. Hal ini
bertepatan dengan metodologi al-Quran yang amat menekankan penggunaan bahasa yang sama antara
para nabi dan kaumnya dalam menyampaikan risalah kepada umatnya agar mudah difahami (Ibrahim 14:
4).
Dan kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan
(hukum-hukum Allah) kepada mereka.
Bahagian terakhir perbincangan berhubung kepercayaan guru ialah kesan penerapan nilai terhadap
guru, pelajar dan proses pembelajaran. Data kajian ini mendapati peserta kajian mengakui mereka
mengambil masa yang agak lama untuk melihat kesan penerapan nilai terhadap pelajar,diri mereka sendiri
dan proses pembelajaran sehingga membentuk suatu kepercayaan dalam diri mereka bahawa
sememangnya penerapan nilai memberi kesan yang positif terhadap ke tiga-tiga aspek yang dinyatakan. Hal
ini selari dengan dapatan kajian Ahmad Yunus (2010) yang mendapati bahawa keputusan yang diambil
guru ketika menyampaikan pengajaran sesuatu topik adalah dibimbing oleh tasawwur dan kefahaman hasil
dari pengalaman setiap guru mengendalikan pengetahuan isi kandungan subjek tersebut. Dalam masa yang
sama dapatan ini turut menyokong pandangan Nik Zaharah (2008) yang menyatakan sesuatu perubahan
yang melibatkan sikap dan nilai memerlukan masa yang lebih panjang.
Dapatan kajian ini menunjukkan antara kesan penerapan nilai dapat meningkatkan perkembangan
diri dengan membuat pembacaan awal terhadap surah-surah yang diajar. Semua peserta kajian mengakui
amalan penerapan nilai menggalakkan mereka untuk meneliti rujukan berkaitan ayat yang dibaca sebagai
persediaan agar mereka dapat menyampaikan penerangan kepada murid-murid dengan lebih yakin. Selain
itu bagi peserta kajian yang mengajar di kelas yang berprestasi baik, guru sering kali disoal oleh pelajar
dengan soalan yang mencabar minda. Oleh itu guru sentiasa perlu bersedia dengan jawapan yang
memuaskan hati pelajar. Antara sumber termasuk rujukan yang dirujuk termasuklah Tafsir Ibnu Katsir,
kitab Asbab Nuzul, buku-buku dalam bidang Fekah, sirah, Tajwid. Peserta kajian turut meneroka pelbagai
sumber ilmu dan maklumat termasuk internet, blog para ilmuan tempatan rancangan serta memanfaatkan
rancangan tafsir di radio. Dapatan ini sekali gus menggambarkan peserta kajian telah melakukan proses
pencarian ilmu agar dapat menyampaikan semula kepada pelajar dengan secara berkesan. Proses pencarian
ilmu adalah amat penting bagi seorang guru sebagaimana ditekankan melalui penurunan wahyu pertama
surah al-A‟laq ( 96:1-5) yang menyarankan amalan membaca sekali gus memberikan gambaran yang amat
jelas tentang kedudukan ilmu di dalam Islam (Ghazali 2001).
39
“Saya tengok kebaikan penerapan nilai tu mendorong kita untuk menambahkan ilmu nak bagi pada pelajar kan,
kerana kalau kita tak bersedia, kita pun susah juga kan”. (PK4)
“Saya buka tafsir dulu lah tengok. Tafsir Quran. Saya memang bawa tafsir Quran selalu”. (PK1)
Selain itu, sebahagian kecil peserta kajian menyatakan kesan lain penerapan nilai dapat
menyuburkan budaya perbincangan yang sihat dalam kalangan guru. Dalam perbincangan tersebut guru
akan bertanya kemusykilan yang ditimbulkan oleh pelajar atau bertukar-tukar pandangan dan maklumat
sesama rakan sejawat sebagai persediaan sebelum pelaksanaannya di bilik darjah atau sesudah
pengajaran.Perbincangan yang sihat dalam kalangan guru menunjukkan bahawa amalan penerapan nilai
memberi kesan yang baik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru khususnya dalam
penambahan ilmu baru.
Berikutnya kajian menunjukkan kesan positif penerapan nilai juga ialah dapat memotivasikan pelajar
untuk memberikan tumpuan terhadap pelajaran sedangkan mereka sebelumnya sukar berbuat demikian.
Berdasarkan penjelsan PK1 dan Pk4, selain memberikan tumpuan pelajar turut bertanya pelbagai soalan
sebagai respon terhadap penjelasan guru berhubung penjelasan guru terhadap nilai yang diterapkan lebih-
lebih lagi di kelas berpencapaian tinggi. Tumpuan terhadap pelajaran merupakan ciri-ciri utama mengarah
murid-murid kepada kejayan dalam pelajaran. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Nik Zaharah (2008)
yang mendapati penerapan nilai dalam pengajaran bukan sahaja dapat membantu peningkatan akhlak
bahkan ia juga boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar disebabkan peningkatan domain
afektif turut merangsang peningkatan domain kognitif murid. Dalam erti kata lain apabila nilai-nilai murni
diterapkan dalam pengajaran, minda pelajar akan turut terangsang untuk lebih memahami ilmu yang
disampaikan.
“Kadang-kadang dia orang tak tanya on direct masa kelas, kadang-kadang dia orang tanya ustaz tadi dia
cerita tentang apa ustaz ayat tu”. (PK1)
Akhir sekali iaitu kepercayaan terhadap kesan penerapan nilai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini mendapati amalan penerapan nilai dapat mengurangkan rasa
mengantuk sewaktu belajar al-Quran melalui perbincangan yang interaktif antara guru dan pelajar
menjadikan suasana kelas lebih hidup. Semua peserta kajian mengakui kesukaran untuk mendapatkan
tumpuan pelajar dalam pengajaran TQ khususnya pada waktu-waktu yang mencabar seperti waktu tengah
hari atau selepas waktu rehat.
“..satu lagi kadang-kadang, waktu saya mengajar Quran tu tengah hari. Waktu tu memang waktu
mengantuk. Bila kita selitkan cerita baru lah segar sikit. Bila dah masa ada yang mata dah kuyu-kuyu
sikit tu, kita buka cerita lain pulak”. (PK1)
Tanpa aktiviti dan komunikasi yang baik antara murid dan guru, pengajaran berkesan sukar
dihasilkan. Dapatan ini memperlihatkan bahawa faktor komunikasi dua hala antara guru dan pelajar amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini secara tidak langsung menyokong
pandangan Kenneth (2007) yang menyebut tanpa komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran tidak
akan berlaku. Kajian Norliza (2010) menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat
sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi
dengan berkesan dapat membantu guru mengenal pasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai-
nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar.
Menimbulkan minat serta mengekalkan minat murid-murid terhadap al-Quran amatlah kritikal
dalam pengajaran TQ kerana tanpa minat yang konsisten, murid-murid bukan sahaja tidak dapat
memperbaiki bacaan bahkan cenderung untuk bersikap acuh tak acuh dengan pembelajaran al-Quran.
Kajian yang dijalankan oleh Asmawati et.al (2012) mendapati antara faktor pelajar ponteng sekolah
berpunca dari faktor guru dikaitkan dengan faktor guru gagal menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik .” Item “Teaching and learning is boring and not so effective” didapati mendapat mean tertinggi
( 3.31, SP = 1.24). Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Nurizam Mat Saad (2002) yang mengaitkan
kegagalan guru membuat persediaaan mengajar menjadikan pengajaran mereka membosankan pelajar.
Kajian Asmawati et.al (2012) turut mendapati bahawa faktor utama pelajar ponteng sekolah dikaitkan
dengan pengaruh media yang menyediakan hiburan yang menarik sepanjang waktu. Hal ini memberikan
40
Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42
suatu cabaran yang besar terhadap guru-guru khususnya GPI bagi mewujudkan pembelajaran al-Quran
yang menyeronokkan berteraskan media interaktif agar dapat menarik tumpuan pelajar.
Secara ringkasnya kajian ini mendapati terdapat tiga tema utama kepercayaan guru yang mendasari
amalan penerapan nilai, iaitu 1) Kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran; 2)
Kepercayaan guru terhadap kesesuaian pelaksanaannya di sekolah rendah; dan 3) Kepercayaan terhadap
kesan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Rajah 1 di bawah menunjukkan dapatan
keseluruhan berhubung kepercayaan guru terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ,
manakala Rajah 2 pula menunjukkan secara ringkas dapatan utama berhubung amalan penerapan nilai
dalam pengajaran TQ.
Rajah 1: Kepercayaan Guru terhadap Amalan Penerapan Nilai dalam Pengajaran TQ
Rajah 2: Kepercayaan Guru Mempengaruhi Amalan Penerapan Nilai dalam Pengajaran TQ
RUMUSAN
Sebagai rumusan, kajian ini mendapati terdapat tiga tema utama yang saling berkaitan berhubung
kepercayaan guru. Walaubagaimanapun, tema kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran
menjadi asas utama menggerakkan amalan penerapan nilai dalam kalangan peserta kajian kerana ia bukan
hanya berkaitan dengan aspek kognitif malah merangkumi aspek kognitif (pengetahuan), spiritual
(keimanan), emosi (kemahuan) dan fizikal (tindakan) peserta kajian. Kesan terhadap kepercayaan tersebut
Penerapan nilai
dalam
pengajaran TQKepercayaan
Guru
Kesan terhadap P&P
Kesesuaiannya di
sekolah rendah
Kedudukan dan
fungsi Al-Quran
dalam pendidikan
41
telah mendorong peserta kajian melaksanakan tuntutan tersebut dalam bentuk perlakuan melalui usaha
berterusan menanamkan nilai-nilai al-Quran dalam pengajaran TQ. Kajian ini menyarankan agar amalan
penerapan nilai ini diperluaskan kepada seramai mungkin guru-guru agar manfaatnya akan menyeluruh ke
seluruh negara, sekali gus hasrat membentuk generasi celik al-Quran akan dapat direalisasikan dalam
sistem pendidikan negara.
RUJUKAN
Abu Bakar Hashim. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan moral dan nilai dalam
pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara. Bangi: Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 158-174.
Al-Quran. (2002). Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran, terjemahan dan penjelasan
Sheikh Abdullah Basmeh. Cetakan ke 13. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu
Sdn Bhd.
Al-Ghazali, Abu Hamid. (1939). Ihya‟ „Ulum al-Din. Juzuk 1. Mesir: Mutbacah Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Qaradhawi, Yussof. 2000. Al-Tarbiyyah cinda al-Imam al-Syātibi. Beirut: Mua‟ssah al-Risālah li-Taba‟ah al-
Nasyr wa al-Tauzi‟.
Al-Zindānī, Abdul Majid. (2010) Kitab Tauhid. Pustaka Salam.
AN Oppenheim. (1992). Questionnaire design, interviewing and attitude measurement. London: Heinemann.
Al-Sayuti. (2004). Al Itqān Fi Ulum Al-Quran. Beirut: Dar Kutub Al-Ilmiyah.
Asmawati Suhid, Abdul Rahman Md. Aroff, Norliana Kamal. (2012). Factors causing student absenteeism
according to peers. International Journal of Arts and Commerce. Vol. 1 No. 4 September 2012.
Ahmad Yunus Kasim. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Satu
Kajian Kes. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Azmil Hashim. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Al Quran di Darul Quran JAKIM dan
Maahad Tahfiz Al –Quran Negeri. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azhar Muhammad & Zulfikri Hassan. (2009). Metode Terjemahan Tafsir Arab-Melayu: Satu Kajian
Terhadap Tafsir Fi Zilalil Qur‟an – Di Bawah Bayangan Al-Qur‟an Oleh Yusoff Zaky Yacob.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Donald J. Cunningham, James B. Schreiber and Connie M. Moss. (2005). Belief, Doubt and Reason:
Educational Philosophy and Theory. Volume 37, Issue 2, 177–189.
Fang, Z. (1996). A review of research on teacher beliefs and practices. Educational Research. 38(1): 47-65.
Fullan M. (2001). The New Meaning of Educational Change. Columbia University : Teachers College Press.
Gardner, H.( 2006). Changing Minds. Boston: Harvard Bussiness School.
Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md Yunus, Rosini Abu & Hapsah
NAwawi. (2006). Teachers belief towards the principles underlying the National Philisophy of
education in Malaysia. International Journal of learning, 13. 91-104.
Hasan Langgulung. (1987). Penghayatan nilai-nilai Islam ditinjau dari proses pembelajaran dalam konteks
pendidikan masa kini. Jurnal Pendidikan Islam, 5:13-30.
Ibn Khaldun. (2000). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Misnan Jemali. (2008). Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran
Sekolah Menengah. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Mohd Aderi dan Ab.Halim. (2009). Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam Siri 7, Bangi : UKM.
Al-„Abrashi, Muhammad cAthiyyah. (1974). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Terj. Al-„Abrāsyī.
Muhammad cAthiyyah (1969). al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa falsafātuhā.
Mohd Izham Mohd Hamzah dan Sufean Hussin, (2009). Pengurusan Perubahan Terancang dalam Pembestarian
Sekolah: Proses Pelaksanaan Polisi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Shadid. (1994). Metodologi al-Quran dalam Pendidikan. Terj. Osman Khalid. Kuala Lumpur:
Jabatan Perdana Menteri.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). (2004). Kertas Dasar dan Status Pelaksanaan program j-QAF.
Kroener-Ekstrand, M. (2001). The Construction of Practical Knowledge. Madission: University of Wisconsin.
Merriam, S.B. (1997). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass.
42
Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42
Nik Azis Nik Pa. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan moral dan nilai dalam
pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara. Bangi: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Zaharah Nik Yaacob. (2007). Kajian penerapan nilai murni menerusi pengajaran bermodul. Tesis
Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Norliza Abd. Majid. (2011). Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan guru cemerlang.
Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Nurizam Mat Saad. (2002). Kesan dan pengaruh iklim sekolah terhadap masalah disiplin pelajar. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Raihan Mohd Nordin. (2000). Penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar sekolah
menengah kebangsaan Gurun, Kedah Darul Aman. Latihan ilmiah, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ramlan Ahmad. (2000). Kelemahan membaca al-Quran di kalangan pelajar berasrama penuh. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sidek Baba, (2006). Pendidikan Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd.
Shulman, LS. (1987). Knowledge and Teaching : Foundation of new reform. Harvard Educational Review.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1dhiafaradila
 
Makalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islam
Makalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islamMakalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islam
Makalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islamShinta Ari Herdiana
 
Upaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournament
Upaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournamentUpaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournament
Upaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournamentSyafa'ah Saja
 
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranKPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranNurelida
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Muridshockgadof
 
Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]Derye Prayoga
 
KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)
KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)
KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)Logesshri Sivam
 
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)Aamir Din
 
Tugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran paiTugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran paiancciran
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaranwidawidianingsih
 

Was ist angesagt? (14)

Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1Mengurus pembelajaran(update) grop1
Mengurus pembelajaran(update) grop1
 
Makalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islam
Makalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islamMakalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islam
Makalah pendekatan dan metode dalam pendidikan islam
 
CIRI-CIRI GURU IMPIAN
CIRI-CIRI GURU IMPIAN CIRI-CIRI GURU IMPIAN
CIRI-CIRI GURU IMPIAN
 
Upaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournament
Upaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournamentUpaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournament
Upaya peningkatan pemahaman belajar akhlak melalui model teams games tournament
 
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranKPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Murid
 
Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]
 
KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)
KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)
KPS3014 - Pengurusan Pembelajaran (Motivasi Murid)
 
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
pengurusan dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga)
 
Tugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran paiTugas metode pembelajaran pai
Tugas metode pembelajaran pai
 
Pengurusan murid
Pengurusan murid Pengurusan murid
Pengurusan murid
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaran
 
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moralEem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
 
Puyun ppt
Puyun pptPuyun ppt
Puyun ppt
 

Andere mochten auch

Barcelona paula mur final
Barcelona paula mur finalBarcelona paula mur final
Barcelona paula mur finalpaulamur
 
Toi Article On Rockfon
Toi Article On RockfonToi Article On Rockfon
Toi Article On Rockfonguestbaa07c
 
Online news sites and their video usage
Online news sites and their video usageOnline news sites and their video usage
Online news sites and their video usageWerner Ramaekers
 
Reform of the Fire inspection. Deregulation and Anticorruption
Reform of the Fire inspection. Deregulation and AnticorruptionReform of the Fire inspection. Deregulation and Anticorruption
Reform of the Fire inspection. Deregulation and AnticorruptionAnastasia Deeva
 
Technological innovation and legionella. Visophylabs
Technological innovation and legionella. VisophylabsTechnological innovation and legionella. Visophylabs
Technological innovation and legionella. VisophylabsVisophy Labs
 
مواد آلرژی زا در کازمتیک
مواد آلرژی زا در کازمتیکمواد آلرژی زا در کازمتیک
مواد آلرژی زا در کازمتیکMohammad Baghaei
 
Gaudi para niños
Gaudi para niñosGaudi para niños
Gaudi para niñosurir9
 
O que é FOLCLORE? - Janaina Spolidorio
O que é FOLCLORE? - Janaina SpolidorioO que é FOLCLORE? - Janaina Spolidorio
O que é FOLCLORE? - Janaina SpolidorioJanaina Spolidorio
 
Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...
Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...
Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...MIA_Ukraine
 
Реформа ДСНС: Децентралізація
Реформа ДСНС: ДецентралізаціяРеформа ДСНС: Децентралізація
Реформа ДСНС: ДецентралізаціяMIA_Ukraine
 

Andere mochten auch (13)

Shark Week Signage
Shark Week SignageShark Week Signage
Shark Week Signage
 
Barcelona paula mur final
Barcelona paula mur finalBarcelona paula mur final
Barcelona paula mur final
 
Toi Article On Rockfon
Toi Article On RockfonToi Article On Rockfon
Toi Article On Rockfon
 
Online news sites and their video usage
Online news sites and their video usageOnline news sites and their video usage
Online news sites and their video usage
 
Oración
OraciónOración
Oración
 
Reform of the Fire inspection. Deregulation and Anticorruption
Reform of the Fire inspection. Deregulation and AnticorruptionReform of the Fire inspection. Deregulation and Anticorruption
Reform of the Fire inspection. Deregulation and Anticorruption
 
Opportunities in Commerece
Opportunities in CommereceOpportunities in Commerece
Opportunities in Commerece
 
Technological innovation and legionella. Visophylabs
Technological innovation and legionella. VisophylabsTechnological innovation and legionella. Visophylabs
Technological innovation and legionella. Visophylabs
 
مواد آلرژی زا در کازمتیک
مواد آلرژی زا در کازمتیکمواد آلرژی زا در کازمتیک
مواد آلرژی زا در کازمتیک
 
Gaudi para niños
Gaudi para niñosGaudi para niños
Gaudi para niños
 
O que é FOLCLORE? - Janaina Spolidorio
O que é FOLCLORE? - Janaina SpolidorioO que é FOLCLORE? - Janaina Spolidorio
O que é FOLCLORE? - Janaina Spolidorio
 
Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...
Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...
Поліцейські знешкодили злочинну групу, що під керівництвом «злодія у законі» ...
 
Реформа ДСНС: Децентралізація
Реформа ДСНС: ДецентралізаціяРеформа ДСНС: Децентралізація
Реформа ДСНС: Децентралізація
 

Ähnlich wie Quran 2

Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...MuhammadZulaziziMohd
 
Hakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptx
Hakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptxHakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptx
Hakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptxUWAISSHARE
 
paper filsafat Pendidikan Islam.docx
paper filsafat Pendidikan Islam.docxpaper filsafat Pendidikan Islam.docx
paper filsafat Pendidikan Islam.docxMuzizahFitri
 
Paper Filsafat Pendidikan Islam.
Paper Filsafat Pendidikan Islam.Paper Filsafat Pendidikan Islam.
Paper Filsafat Pendidikan Islam.BossKill
 
Hakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docx
Hakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docxHakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docx
Hakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docxAuliaAnnisa45
 
TUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docx
TUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docxTUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docx
TUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docxRamliAhong
 
tugas filsafat (1).docx
tugas filsafat (1).docxtugas filsafat (1).docx
tugas filsafat (1).docxRaihanFahira2
 
tugas filsafat hakikat kurikulum pendidikan islam
tugas filsafat  hakikat kurikulum pendidikan islamtugas filsafat  hakikat kurikulum pendidikan islam
tugas filsafat hakikat kurikulum pendidikan islamShafaraFaiza
 
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...MuhammadZulaziziMohd
 
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptxPPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptxCARyuuFarid
 
Makalah Klp 13 Akidah Akhlak.docx
Makalah Klp 13 Akidah Akhlak.docxMakalah Klp 13 Akidah Akhlak.docx
Makalah Klp 13 Akidah Akhlak.docxluthfiahkhairani
 

Ähnlich wie Quran 2 (20)

Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Berkesan Dalam PengajaranTajwid al-Quran dalam ...
 
38 332-1-pb (1)
38 332-1-pb (1)38 332-1-pb (1)
38 332-1-pb (1)
 
Pembelajaran PAI
Pembelajaran PAIPembelajaran PAI
Pembelajaran PAI
 
Pbm
PbmPbm
Pbm
 
Hakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptx
Hakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptxHakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptx
Hakekat Evaluasi dan Kurikulum Pendidikan Islam.pptx
 
Gru proposal (2)
Gru  proposal (2)Gru  proposal (2)
Gru proposal (2)
 
Pembelajaran problem based learning
Pembelajaran problem based learningPembelajaran problem based learning
Pembelajaran problem based learning
 
Penilaian Kurikulum
Penilaian KurikulumPenilaian Kurikulum
Penilaian Kurikulum
 
paper filsafat Pendidikan Islam.docx
paper filsafat Pendidikan Islam.docxpaper filsafat Pendidikan Islam.docx
paper filsafat Pendidikan Islam.docx
 
Paper Filsafat Pendidikan Islam.
Paper Filsafat Pendidikan Islam.Paper Filsafat Pendidikan Islam.
Paper Filsafat Pendidikan Islam.
 
Hakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docx
Hakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docxHakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docx
Hakikat Metode Pendidikan Dalam Islam.docx
 
setrategi pendidikan
setrategi pendidikansetrategi pendidikan
setrategi pendidikan
 
TUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docx
TUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docxTUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docx
TUGAS MENEJEMEN PENGELOLAAN KELASS.docx
 
tugas filsafat (1).docx
tugas filsafat (1).docxtugas filsafat (1).docx
tugas filsafat (1).docx
 
tugas filsafat hakikat kurikulum pendidikan islam
tugas filsafat  hakikat kurikulum pendidikan islamtugas filsafat  hakikat kurikulum pendidikan islam
tugas filsafat hakikat kurikulum pendidikan islam
 
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam...
 
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptxPPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
 
Sekripsi
SekripsiSekripsi
Sekripsi
 
PERAN GURU.pdf
PERAN GURU.pdfPERAN GURU.pdf
PERAN GURU.pdf
 
Makalah Klp 13 Akidah Akhlak.docx
Makalah Klp 13 Akidah Akhlak.docxMakalah Klp 13 Akidah Akhlak.docx
Makalah Klp 13 Akidah Akhlak.docx
 

Mehr von Azran Jaafar

Mehr von Azran Jaafar (11)

Http quran
Http quranHttp quran
Http quran
 
Bab 3 terkini
Bab 3 terkiniBab 3 terkini
Bab 3 terkini
 
Http quran
Http quranHttp quran
Http quran
 
Http quran
Http quranHttp quran
Http quran
 
Peta lokasi kd 2014
Peta lokasi kd 2014Peta lokasi kd 2014
Peta lokasi kd 2014
 
Ajk penarafan kendiri skpm
Ajk penarafan kendiri skpmAjk penarafan kendiri skpm
Ajk penarafan kendiri skpm
 
Pengenalan catur
Pengenalan caturPengenalan catur
Pengenalan catur
 
Pendahuluan majlis sambutan maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan...
Pendahuluan majlis sambutan maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan...Pendahuluan majlis sambutan maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan...
Pendahuluan majlis sambutan maulidurrasul merupakan natijah daripada perasaan...
 
6
66
6
 
6
66
6
 
6
66
6
 

Kürzlich hochgeladen

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 

Kürzlich hochgeladen (20)

RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 

Quran 2

  • 1. e-ISSN : 2289-6171 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 33-42 Corresponding Author : Nabiroh Kassim – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. nabirohk@yahoo.com Kepercayaan Guru Pemangkin Amalan Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran NABIROH KASSIM NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOF AB. HALIM TAMURI Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kepercayaan guru merupakan asas yang penting dalam menggerakkan usaha penerapan nilai di sekolah khususnya dalam pembelajaran Tilawah al-Quran (TQ) sekolah rendah. Kepercayaan guru dalam kajian ini merujuk kepada pemikiran dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al- Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian kualitatif ini bertujuan meninjau kepercayaan Guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pelaksanaan penerapan nilai di sekolah dalam pembelajaran tilawah al-Quran sekolah rendah melalui Model Khatam al-Quran j-QAF. Kaedah temu bual secara mendalam dengan 5 orang guru serta pemerhatian di bilik darjah berserta dokumen berkaitan memperlihatkan perkaitan jelas antara kepercayaan dan amalan guru dalam pelaksanaan penerapan nilai di bilik darjah. Kaedah analisis kes bersilang berdasarkan temu bual guru-guru telah dilaksanakan menggunakan perisian Nvivo 8. Hasil analisis temu bual dapat dikelaskan kepercayaan guru dalam penerapan nilai kepada tiga aspek utama iaitu a) kedudukan dan fungsi al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan di sekolah rendah; c) kesan terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran. Kata Kunci: Kepercayaan Guru, Penerapan Nilai, Tilawah Al-Quran. PENDAHULUAN Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan salah satu komponen penting dalam Pendidikan Islam di mana Tilawah al-Quran diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan tujuan agar para pelajar dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Mulai tahun 2005, pelajar berpeluang untuk mempelajari al- Quran sehingga khatam di sekolah rendah melalui program j-QAF. Dalam tempoh enam tahun mempelajari al-Quran, pelajar akan membaca keseluruhan ayat al-Quran iaitu sebanyak 6666 (al-Sayuti 2004) yang mengandungi pelbagai panduan Ilahi kepada umat manusia. Namun disebabkan kekangan kurikulum sekolah rendah yang tidak mengaitkan isi kandungan al-Quran dengan aktiviti Tilawah al- Quran, maka pelajar-pelajar tidak dapat mengambil manfaat daripada pembacaan mereka. Sejak sekian lama penekanan utama dalam pengajaran Tilawah al-Quran hanya berfokus kepada aspek bacaan sehingga khatam. Tambahan pula penerapan nilai bukanlah objektif yang digariskan dalam kurikulum pengajaran tilawah berbanding aspek Tajwid dan Fasahah. Kajian yang berterusan terhadap Tilawah al-Quran telah banyak dilakukan oleh pelbagai pihak namun kebanyakan kajian memfokuskan kepada pencapaian pelajar atau tahap bacaan al-Quran pelajar. Kebanyakan kajian berhubung tahap penguasaan al-Quran pelajar melaporkan kelemahan penguasaan TQ dalam kalangan murid tanpa mengaitkan dengan aspek penerapan nilai dalam pengajaran TQ (Raihan 2000; Ramlan 2000). Manakala kajian Mohd. Aderi (2008) pula lebih memfokus kepada amalan pengajaran GPI dan kesannya terhadap pencapaian pelajar sementara Misnan (2008) yang turut mengkaji tentang TQ tetapi lebih menumpukan kepada amalan pedagogi GPI dalam pengajaran TQ. Selain itu, aspek penerapan nilai berteraskan al-Quran juga kurang dititikberatkan dalam kurikulum Tahfiz al-Quran sebagaimana kajian Azmil (2010) yang mendapati kaedah menerangkan makna kalimah, menghuraikan maksud ayat, menerangkan asbab nuzul dan menghuraikan kefahaman ayat amat kurang diberi perhatian oleh pensyarah. Usaha penerapan nilai murni berasaskan al-Quran merupakan suatu peluang keemasan yang wajar dimanfaatkan oleh guru-guru Tilawah al-Quran untuk membentuk akhlak mulia pelajar dengan cara menyemai nilai-nilai mulia yang diajarkan oleh al-Quran. Usaha ini mampu membina asas untuk melahirkan generasi ulil albab yang merupakan generasi umat Islam yang berpengetahuan luas, bersifat
  • 2. 34 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42 profesional dalam bidang masing-masing dan sentiasa berfikiran Qurani iaitu “yang menjadikan sumber- sumber al-Quran pedoman berfikir tentang sesuatu” (Sidek 2006). Ia juga selari dengan saranan Ibn Khaldun (2000) yang menyatakan adalah amat penting bagi murid-murid ditanamkan minat untuk memahami, mengamal dan menghayati bacaan al-Quran dalam kehidupan harian sehingga menjadi sebati sebagai darah daging. Bagi melaksanakan peranan tersebut, aspek kepercayaan guru khususnya berhubung aspek spiritual wajar diberikan perhatian. Dalam kajian ini kepercayaan guru merujuk kepada pemikiran dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al- Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian meneroka amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran TQ sekolah rendah dalam Modul Khatam Quran j-QAF. Kajian ini bertujuan meneroka amalan Guru Pendidikan Islam dalam membina modal insan cemerlang berteraskan al-Quran bermula di peringkat sekolah rendah melalui pelaksanaan amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Artikel ini memfokuskan kepada objektif kajian yang pertama iaitu untuk meneroka kepercayaan GPI (teacher‟s belief) terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran Modul Khatam al-Quran j-QAF. KAJIAN LITERATUR Pengajaran yang berkesan adalah satu proses yang menggabungkan aspek kepercayaan dan pemikiran, pengetahuan dan pengamalan guru di bilik darjah. Bagi memahami bagaimana seseorang guru itu mengendalikan pengajarannya, maka penelitian kepada kepercayaan dan proses pemikiran guru itu adalah perlu kerana hal tersebut memberi kesan terhadap tindakan guru dalam bilik darjah. Kepercayaan bermaksud nilai, sikap, sistem konsep, teori peribadi dan juga perspektif tentang sesuatu (Gardner, 2006). Cunningham et.al (2005) telah memperincikan kepercayaan sebagai struktur asas yang dibina secara sedar atau pun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu perkara. Menurut Nik Azis (1997) kepercayaan, nilai dan sikap memberi kesan yang besar kepada P & P. Hal ini adalah kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan, nilai dan sikap yang dimiliki oleh seseorang guru banyak mempengaruhi amalan dan tingkah laku mereka dalam bilik darjah. Kepercayaan dikatakan mempengaruhi dan memberi panduan kepada guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan strategi pengajaran (Fang 1996). Menurut Fang (1996), Kepercayaan ini bukan hanya mempengaruhi cara dan tindakan guru semasa mengajar tetapi juga bagaimana mereka mentafsirkan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berkesan boleh diterokai daripada kepercayaan guru tentang pengajaran yang baik (Fullan,2001; Gardner 2006) serta pengetahuan kraf pengajaran mereka (Shulman, 1987; Kroener-Ekstrad, 2001; Habsah et al 2006). Meskipun kepercayaan tidak semestinya diterjemahkan dan dizahirkan kepada amalan, namun kepercayaan guru tentang pendidikan memberi persepsi tentang world view dan pegangan guru tentang bagaimana pendidikan perlu dilestarikan (Schwarz 2001; Gardner 2006). Dalam Pendidikan Islam, aspek kepercayaan bukan sahaja melibatkan dimensi kognitif seseorang sebagaimana pandangan McLeod (1992) dan Schoenfed (1998), sebaliknya turut melibatkan aspek spiritual guru tersebut. Apakah perkaitan amalan dengan kepercayaan dijelaskan oleh al-Zindani, (2010) bahawa amalan adalah lahir daripada keimanan insan di mana keimanan ialah pemangkin yang membangkitkan motivasi insan untuk melakukan amalan dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amalan tersebut. Al- Quran sering menggandingkan aspek iman dan amal salih bagi menggambarkan kepentingan keduanya dalam kehidupan Muslim (al-Quran 103:1-3; 2:3,25,62,82,177 218). Iman yang berkisar sekitar kepercayaan tetapi tidak disertakan dengan amal tidak diiktiraf oleh Islam. A.N Oppenheim (1992) menyatakan di dalam “Questionaire Design And Attitude Measurement” bahawa nilai terbina daripada kepercayaan dan sikap seseorang. Ringkasnya, untuk membina personaliti seseorang ia bermula daripada apa yang dipercayai olehnya. Daripada kepercayaan ini sikap mula terbentuk. Apabila sikap diamalkan dan telah mantap pada diri individu ia menjadi nilai dan asas kepada pembentukan sahsiah seseorang (Abu Bakar, 1997). Dalam konteks Pendidikan Islam, aspek keimanan guru akan membentuk sikapnya terhadap pelajar dan proses pendidikan. Keimanan yang teguh kepada Allah akan membentuk suatu sudut pandangan semesta (worlview) yang menyeluruh dan bersepadu di mana seluruh aktiviti kehidupan akan diarahkan bagi melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah dan mencari keredaan Ilahi. Selain itu, keimanan yang teguh juga akan membantu dan mendorong pengajar al-Quran untuk menghayati lima peranan pendidik muslim iaitu Muallim, Mudarris, Murshid, Muaddib, dan Murabbi (Mohd Aderi dan Ab.Halim, 2009). Pelajar-pelajar adalah mad‟u (sasaran dakwah) yang diamanahkan Allah kepada beliau untuk ditarbiyyah (didik) menurut
  • 3. 35 sibghah (acuan) Ilahi, lantas melalui pengajaran al-Quran, seorang Murabbi akan mendidik pelajarnya dengan penuh iltizam agar mereka akan menjadi generasi al-Quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian kes yang meneroka amalan penerapan nilai murni Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran TQ sekolah rendah dalam Modul Khatam Quran j-QAF. Pendekatan kualitatif melalui beberapa teknik pengumpulan data dijalankan untuk melihat fenomena tersebut. Menurut Merriam (1997), kajian kualitatif adalah untuk mengkaji fenomena yang kompleks seperti individu, organisasi, hubungan dan lain-lain. Data dikumpulkan menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen seperti yang lazim digunakan oleh penyelidik kualitatif. Ketiga-tiga teknik ini mampu menghuraikan ketidakjelasan atau menampung sebarang kekurangan serta saling lengkap-melengkapi (Izham & Sufean 2009) untuk mendapatkan huraian yang jelas dan terperinci di samping tujuan pengesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan. Reka bentuk ini juga membolehkan pengkaji mengumpul data secara induktif yang bermula dengan temu bual seramai 5 orang Guru Pendidikan Islam. Temu bual secara mendalam dijalankan berpandu kepada protokol separa struktur yang disediakan berdasarkan kajian literatur. Setelah data di transkripsi ia dihantar semula kepada peserta kajian untuk mendapatkan persetujuan mereka terhadap ketepatan kandungan temubual. Pengkaji menggunakan perisian NVivo 8 sebagai alat untuk menguruskan data yang telah di transkrip. Pembentukan tema dan sub tema adalah berasaskan pembacaan perpustakaan dan membaca transkripsi berulang kali. Data dianalisis menggunakan kaedah perbandingan berterusan (constant comparative method). Pengkaji mengumpulkan jawapan kepada persoalan berkaitan kepercayaan guru dan menganalisis dari perspektif yang berbeza. Keesahan dan keboleh percayaan data dilakukan melalui pengesahan inventori soalan separuh berstruktur oleh penyelia dan pakar bidang, kajian rintis, triangulasi dari pelbagai sumber data, kesahan ahli (member validation) dan pengesahan dan persetujuan pakar terhadap tema yang dibina. Nilai Indeks Cohen Kappa (K) yang didapati untuk kajian ini adalah 0.85 dan nilai ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik kerana unit analisis yang dibuat oleh pengkaji adalah selari dengan tema yangdikemukakan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini memberi fokus untuk menjawab persoalan yang ditentukan berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu meneroka kepercayaan GPI (teacher‟s belief) terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran Modul Khatam al-Quran j-QAF. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga tema utama berhubung kepercayaan guru dalam penerapan nilai iaitu kepercayaan terhadap ; a) kedudukan dan fungsi al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan penerapan nilai dalam TQ di sekolah rendah , dan c) kesan penerapan nilai terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1.0 di bawah . Jadual 1: Kepercayaan Guru Terhadap Amalan Penerapan Nilai Dalam Pengajaran TQ Tema Penjelasan 1. Kedudukan al-Quran dan Fungsi al-Quran dalam kehidupan Muslim Penekanan terhadap ketinggian dan kemuliaan al-Quran dalam akidah umat Islam dan fungsi nya sebagai rujukan dan panduan yang perlu dibaca, difahami dan dihayati dalam kehidupan Muslim. 2. Kesesuaian pelaksanaan di sekolah rendah; Penekanan terhadap kesesuaian pelaksanaan penerapan nilai al- Quran dalam pengajaran TQ ditinjau dari aspek kepentingannya, peluang pelaksanaan dan kemampuan pelajar 3. Kesan penerapan nilai Penekanan terhadap kesan positif penerapan nilai terhadap guru- guru, para pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran . Dalam kajian ini, amalan penerapan nilai yang dilaksanakan oleh peserta kajian berkait rapat dengan kepercayaan yang mereka miliki terhadap kedudukan al-Quran dalam Islam dan fungsi al-Quran dalam pendidikan. Pola dapatan menunjukkan peserta kajian meyakini bahawa al-Quran merupakan Kalam Allah iaitu kitab yang datangnya dari sisi Allah selain merupakan mukjizat agong berbanding mukjizat nabi-nabi yang lain. Peserta kajian juga menyatakan al-Quran juga merupakan kitab hidayah yang
  • 4. 36 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42 mana panduannya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Selain itu, peserta kajian juga mensifatkan al- Quran merupakan silibus terbaik dalam mendidik manusia. “Bila kita cerita tentang Quran, makna nya bukan daripada kita punya pemikiran sendiri. Ini Allah yang bagi tahu ni. Pencipta kita bagi tahu”. (PK1) “...Quran tu kalam Allah,”. (PK4) Penegasan tentang al-Quran sebagai Kalam Allah amat banyak ditemukan di dalam al-Quran sebagai contoh dalam surah Hud 11:1; al-Naml 27: 6, al-Isra‟ 17 :105, al-Fussilat 41:1-2 dan 41-42, al- Furqān 25:1, al-Hijr 15: 9, al-Dukhān 44:1-2, Sād 38: 29, al-Nisa 4:174 dan al-Māidah 5:15. Hal ini bagi menolak tuduhan pihak musuh Islam yang menyatakan bahawa al-Quran merupakan rekaan Nabi Muhammad. Dapatan ini juga selari dengan penjelasan al-Qaradhawi (2000) berhubung dengan kedudukan al-Quran sebagai Kalam Allah yang menjelaskan bahawa al-Quran merupakan Kitabullah yang 100% bersumber dari Allah swt ( Ilahiyyu al-Masdar) dari sudut lafaz dan makna. Dalam kata lain, al-Quran adalah kitab Rabbani (bersumber dari Allah) diturunkan melalui perantaraan Jibril yang merupakan utusan dari kalangan malaikat (ar rasul al malaki) kepada Nabi Muhammad, seorang rasul dari kalangan manusia (ar rasul al-Basyari). Manakala tugas Nabi Muhammad terhadap Kitabullah adalah penerima wahyu yang bertanggung jawab untuk membacanya (Tilawah ), menyampaikannya (tabligh), menunjukkan cara pengamalan isi kandungannya (tabyin) sebagaimana dikehendaki Allah. Sebagai Kitabullah yang terakhir, maka al-Quran telah dijamin pemeliharaannya oleh Allah sendiri dari terseleweng atau dicerobohi oleh tangan manusia sebagaimana berlaku kepada kitab-kitab terdahulu seperti Kitab Taurat dan Injil (al- Qaradhawi 2000). Berikutnya semua peserta kajian didapati bersetuju bahawa Al-Quran perlu dirujuk dalam kehidupan kerana dapat memberikan panduan untuk memilih antara yang baik dan buruk, antara benar dan salah. Selanjutnya bagi membolehkan hidayah tersebut difahami, dapatan kajian juga mendapati semua peserta kajian meyakini bahawa al-Quran tidak seharusnya dibaca sahaja tanpa menitikberatkan kefahaman terhadap isi al-Quran. Mereka sebaliknya menyatakan al-Quran perlu difahami, disebarkan kefahamannya serta digunakan secara meluas di dalam pendidikan insan khususnya dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dalam masyarakat. “Al-Quran kan panduan, jadinya contoh, kalau kita tak terapkan baca saja, mana penekanan kita. Apa kita nak contoh? Kita baca saja ke?”. (PK5) “Saya nak budak-budak ni tahu sedikit sebanyak apa yang surah tu nak sampai atau cerita kan”. (PK1) Sehubungan dengan keyakinan tersebut semua peserta kajian didapati telah mengorak langkah untuk melakukan amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ walaupun kurikulum TQ sekolah rendah tidak menjadikan aspek penerapan nilai berdasarkan ayat al-Quran itu sebagai suatu keperluan asas dalam pengajaran TQ. Sebagai contoh peserta kajian didapati telah memilih sekurang-kurangnya satu ayat yang bersesuaian untuk diterapkan nilai yang sesuai terhadap murid-murid di dalam pengajaran mereka, di samping membuat perancangan awal dengan cara mendapatkan maklumat tentang ayat berkenaan melalui rujukan terhadap Tafsir. Hal ini menggambarkan bahawa kepercayaan terhadap kedudukan dan fungsi al- Quran telah mencorakkan pengajaran peserta kajian di mana mereka didapati berusaha menerapkan nilai di dalam pengajaran TQ selaras dengan kepercayaan tersebut. Dapatan ini turut menyokong saranan Ibn Khaldun (2000) yang menyatakan pada peringkat rendah lagi kanak-kanak itu perlu didedahkan dengan pengertian ringkas ayat-ayat hafazan atau bacaaan serta diceritakan pula kisah-kisah dan fadilat-fadilat yang terkandung di dalamnya. Kefahaman ini selaras gesaan al-Quran seawal penurunan wahyu (al-„Alaq 87:1-5) agar manusia sentiasa menghubungkan diri kepada Pencipta di dalam proses pencarian ilmu melalui adunan ilmu wahyu. Seterusnya dari sudut kesesuaian, peserta kajian mempunyai kepercayaan bahawa penerapan nilai sesuai dilaksanakan di sekolah rendah. Kesesuaian dalam konteks kajian ini merujuk kepada 3 aspek iaitu wujudnya peluang, kemampuan pelajar dan kepentingan pelaksanaannya di sekolah rendah. Kajian ini mendapati penerapan nilai sesuai untuk dilaksanakan dalam Pengajaran TQ di sekolah rendah disebabkan wujudnya peluang yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk merealisasikannya. Peserta kajian mengaitkan peluang yang dimaksudkan adalah melalui penggunaan Model Khatam Al-Quran di mana kandungan
  • 5. 37 model ini mengandungi keseluruhan surah-surah al-Quran yang dibahagikan mengikut tahun satu sehingga tahun enam (JAPIM 2004). Dengan keluasan ilmu al-Quran yang tidak terbatas hanya kepada ilmu syariat atau ilmu agama (Muhammad Shadid 1997) peserta kajian menyatakan mereka berpeluang untuk memilih pelbagai nilai yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, sirah mahupun nilai berkaitan aspek ekonomi, kesihatan, perundangan, kepimpinan dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan tahap murid-murid. “..dalam Model Khatam Al-Quran ni kita membaca Al-Quran dari juzuk pertama hingga juzuk tiga puluh maksudnya kita dapat banyak isi penting dalam ayat yang dibaca kita dapat ketengahkan kepada murid-murid. Jadi sekaligus kita dapat aa…dalam tu kita dapat tahu hukum-hukum Islam..tulah sifat- sifat mahmudah yang boleh kita keluarkanlah daripada ayat yang dibaca”. (PK3) Berikutnya dapatan kajian juga mendapati peluang penerapan nilai juga berikutan adanya kemudahan al- Quran terjemahan yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada guru-guru TQ telah memudahkan proses penerapan nilai dilaksanakan. Menurut sebahagian peserta kajian, al-Quran terjemahan tersebut sangat membantu mereka dalam penerapan nilai disebabkan bukan semua guru-guru TQ memahami bahasa Arab dengan sempurna. “..sebab setiap guru ada dibekalkan Quran terjemahan”. (PK2) “Mudah sangat la untuk kita , sebab dah adakan terjemahan , kalau kita tak faham pun , memang saya akui saya bukan lah fasih Bahasa Arab, tak ada memang benda ni dah ada , boleh bantu kita”.(PK5) Sehubungan itu peserta kajian didapati telah memanfaatkan kemudahan tersebut untuk membuat persediaan pengajaran di samping merujuk bacaan tambahan. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Azhar dan Zulkifli (2009) berhubung penerimaan masyarakat Melayu terhadap terjemahan Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Yusof Zaky Yaacob mendapati bahawa terjemahan tafsir ini telah membantu pembaca memahami teks tafsir al-Quran dengan mudah dan bersahaja. Selain itu terjemahan tafsir ini juga telah memberi jalan keluar kepada pencinta ilmu-ilmu Islam untuk mengambil manfaat dari al-Quran di saat masyarakat ketandusan bahan tafsiran al-Quran yang sesuai (Azhar dan Zulkifli 2009). Selanjutnya kajian ini juga mendapati semua peserta kajian percaya bahawa penerapan nilai al- Quran mustahak ditanam seawal sekolah rendah kerana murid-murid ibarat rebung yang masih boleh dibentuk dan dilentur mengikut arah yang guru kehendaki. Pendidikan nilai-nilai al-Quran di peringkat awal akan dapat memastikan kelangsungan ajaran Islam diperturunkan kepada generasi berikutnya sebagaimana saranan Hasan Langgulung (1987) yang menjelaskan fungsi utama pendidikan adalah pemindahan nilai-nilai dari generasi tua kepada generasi muda agar identiti masarakat terpelihara. Apabila generasi muda didedahkan dengan pengamalan nilai Islam dari kecil maka proses pewarisan tersebut akan berlaku secara harmoni. Ia sekali gus dapat menyediakan benteng diri kepada murid-murid terhadap gejala-gejala negatif yang terdapat di persekitaran. Menurut Mohd. Athiyah Al-Abrasyi (1974) hal ini berbeza dengan pendidikan moden yang bersifat liberal yang tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek- aspek akhlak dan rohani yang sihat. “Bagi saya sangat penting, kerana aa…sangat pentinglah penerapan nilai dalam pengajaran tilawah. Maksudnya selain daripada murid tu dapat membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid, murid tu dapat isi apa yang nak disampaikan. Isi-isi ayat Al-Quran yang dibaca itu”. (PK3) Selain itu kepentingan lain penerapan nilai ialah dapat mendedahkan murid-murid dengan isi kandungan al-Quran walaupun tidak secara terperinci. Apabila guru mendedahkan murid-murid dengan nilai al-Quran sedari awal secara berulang-ulang, maka murid-murid akan dapat mengetahui isi kandungan al-Quran yang mengandungi peraturan dan panduan kehidupan untuk semua manusia. Hal ini selari dengan saranan Ibn Khaldun (2000) di mana beliau menegaskan bahawa pada peringkat rendah lagi kanak- kanak itu perlu didedahkan dengan pengertian ringkas ayat-ayat hafazan atau bacaan, diceritakan kisah- kisah dan fadilat-fadilat yang terkandung di dalam al-Quran. Kelak pengajaran tersebut akan menjadi bahan pemikiran kanak-kanak lantas menggerakkan mereka untuk menghayatinya.
  • 6. 38 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42 “Ya..Pelajar boleh faham, boleh ikut. Kita tak guna yang macam apa kata benda-benda yang susah. Haaa kita ambil yang mudah-mudah”. (PK1) Selanjutnya kajian mendapati semua peserta kajian percaya bahawa penerapan nilai sesuai dilaksanakan dalam pengajaran TQ kerana murid-murid mampu untuk memahami nilai-nilai al-Quran yang mereka terapkan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah rendah mampu memahami penerapan nilai berteraskan al-Quran apabila guru dapat menyampaikan nilai yang sesuai dengan tahap pemikiran dan latar belakang murid. Kefahaman ini mendorong guru untuk mengolah isi kandungan al- Quran dan nilai kepada bentuk yang mudah difahami dan diterima oleh murid-murid termasuklah mengaitkannya dengan aktiviti harian murid-murid. Keperluan untuk mengambil kira tahap pemikiran dan latar belakang murid bukan sahaja diperlukan di peringkat sekolah rendah, malah juga di peringkat sekolah menengah sebagaimana dapatan Ahmad Yunus (2011) yang mendapati Guru-Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang mengajar akidah telah berusaha mengolah pengetahuan isi kandungan akidah yang berbentuk abstrak, konseptual dan cenderung kepada perbincangan akidah kepada bentuk yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar. Hal ini menjelaskan bahawa pertimbangan terhadap tahap pemikiran dan latar belakang murid perlu diutamakan dalam penyampaian guru. “Kita ikut tahap murid bukan nak kaitkan yang besar-besar kaitkan dengan amalan harian di sekolah, kelebihan orang berilmu, benda tu ada semua dalam al-Quran benda tu ada kaitan lah”. (PK5) Berikutnya semua peserta kajian juga percaya bahawa murid-murid akan dapat memahami penjelasan tentang nilai al-Quran apabila guru menggunakan laras bahasa yang mudah. Dalam erti kata lain, bahasa yang digunakan perlulah senang difahami serta dekat dengan kehidupan murid-murid. Hal ini bertepatan dengan metodologi al-Quran yang amat menekankan penggunaan bahasa yang sama antara para nabi dan kaumnya dalam menyampaikan risalah kepada umatnya agar mudah difahami (Ibrahim 14: 4). Dan kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Bahagian terakhir perbincangan berhubung kepercayaan guru ialah kesan penerapan nilai terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran. Data kajian ini mendapati peserta kajian mengakui mereka mengambil masa yang agak lama untuk melihat kesan penerapan nilai terhadap pelajar,diri mereka sendiri dan proses pembelajaran sehingga membentuk suatu kepercayaan dalam diri mereka bahawa sememangnya penerapan nilai memberi kesan yang positif terhadap ke tiga-tiga aspek yang dinyatakan. Hal ini selari dengan dapatan kajian Ahmad Yunus (2010) yang mendapati bahawa keputusan yang diambil guru ketika menyampaikan pengajaran sesuatu topik adalah dibimbing oleh tasawwur dan kefahaman hasil dari pengalaman setiap guru mengendalikan pengetahuan isi kandungan subjek tersebut. Dalam masa yang sama dapatan ini turut menyokong pandangan Nik Zaharah (2008) yang menyatakan sesuatu perubahan yang melibatkan sikap dan nilai memerlukan masa yang lebih panjang. Dapatan kajian ini menunjukkan antara kesan penerapan nilai dapat meningkatkan perkembangan diri dengan membuat pembacaan awal terhadap surah-surah yang diajar. Semua peserta kajian mengakui amalan penerapan nilai menggalakkan mereka untuk meneliti rujukan berkaitan ayat yang dibaca sebagai persediaan agar mereka dapat menyampaikan penerangan kepada murid-murid dengan lebih yakin. Selain itu bagi peserta kajian yang mengajar di kelas yang berprestasi baik, guru sering kali disoal oleh pelajar dengan soalan yang mencabar minda. Oleh itu guru sentiasa perlu bersedia dengan jawapan yang memuaskan hati pelajar. Antara sumber termasuk rujukan yang dirujuk termasuklah Tafsir Ibnu Katsir, kitab Asbab Nuzul, buku-buku dalam bidang Fekah, sirah, Tajwid. Peserta kajian turut meneroka pelbagai sumber ilmu dan maklumat termasuk internet, blog para ilmuan tempatan rancangan serta memanfaatkan rancangan tafsir di radio. Dapatan ini sekali gus menggambarkan peserta kajian telah melakukan proses pencarian ilmu agar dapat menyampaikan semula kepada pelajar dengan secara berkesan. Proses pencarian ilmu adalah amat penting bagi seorang guru sebagaimana ditekankan melalui penurunan wahyu pertama surah al-A‟laq ( 96:1-5) yang menyarankan amalan membaca sekali gus memberikan gambaran yang amat jelas tentang kedudukan ilmu di dalam Islam (Ghazali 2001).
  • 7. 39 “Saya tengok kebaikan penerapan nilai tu mendorong kita untuk menambahkan ilmu nak bagi pada pelajar kan, kerana kalau kita tak bersedia, kita pun susah juga kan”. (PK4) “Saya buka tafsir dulu lah tengok. Tafsir Quran. Saya memang bawa tafsir Quran selalu”. (PK1) Selain itu, sebahagian kecil peserta kajian menyatakan kesan lain penerapan nilai dapat menyuburkan budaya perbincangan yang sihat dalam kalangan guru. Dalam perbincangan tersebut guru akan bertanya kemusykilan yang ditimbulkan oleh pelajar atau bertukar-tukar pandangan dan maklumat sesama rakan sejawat sebagai persediaan sebelum pelaksanaannya di bilik darjah atau sesudah pengajaran.Perbincangan yang sihat dalam kalangan guru menunjukkan bahawa amalan penerapan nilai memberi kesan yang baik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru khususnya dalam penambahan ilmu baru. Berikutnya kajian menunjukkan kesan positif penerapan nilai juga ialah dapat memotivasikan pelajar untuk memberikan tumpuan terhadap pelajaran sedangkan mereka sebelumnya sukar berbuat demikian. Berdasarkan penjelsan PK1 dan Pk4, selain memberikan tumpuan pelajar turut bertanya pelbagai soalan sebagai respon terhadap penjelasan guru berhubung penjelasan guru terhadap nilai yang diterapkan lebih- lebih lagi di kelas berpencapaian tinggi. Tumpuan terhadap pelajaran merupakan ciri-ciri utama mengarah murid-murid kepada kejayan dalam pelajaran. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Nik Zaharah (2008) yang mendapati penerapan nilai dalam pengajaran bukan sahaja dapat membantu peningkatan akhlak bahkan ia juga boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar disebabkan peningkatan domain afektif turut merangsang peningkatan domain kognitif murid. Dalam erti kata lain apabila nilai-nilai murni diterapkan dalam pengajaran, minda pelajar akan turut terangsang untuk lebih memahami ilmu yang disampaikan. “Kadang-kadang dia orang tak tanya on direct masa kelas, kadang-kadang dia orang tanya ustaz tadi dia cerita tentang apa ustaz ayat tu”. (PK1) Akhir sekali iaitu kepercayaan terhadap kesan penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini mendapati amalan penerapan nilai dapat mengurangkan rasa mengantuk sewaktu belajar al-Quran melalui perbincangan yang interaktif antara guru dan pelajar menjadikan suasana kelas lebih hidup. Semua peserta kajian mengakui kesukaran untuk mendapatkan tumpuan pelajar dalam pengajaran TQ khususnya pada waktu-waktu yang mencabar seperti waktu tengah hari atau selepas waktu rehat. “..satu lagi kadang-kadang, waktu saya mengajar Quran tu tengah hari. Waktu tu memang waktu mengantuk. Bila kita selitkan cerita baru lah segar sikit. Bila dah masa ada yang mata dah kuyu-kuyu sikit tu, kita buka cerita lain pulak”. (PK1) Tanpa aktiviti dan komunikasi yang baik antara murid dan guru, pengajaran berkesan sukar dihasilkan. Dapatan ini memperlihatkan bahawa faktor komunikasi dua hala antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini secara tidak langsung menyokong pandangan Kenneth (2007) yang menyebut tanpa komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. Kajian Norliza (2010) menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenal pasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai- nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar. Menimbulkan minat serta mengekalkan minat murid-murid terhadap al-Quran amatlah kritikal dalam pengajaran TQ kerana tanpa minat yang konsisten, murid-murid bukan sahaja tidak dapat memperbaiki bacaan bahkan cenderung untuk bersikap acuh tak acuh dengan pembelajaran al-Quran. Kajian yang dijalankan oleh Asmawati et.al (2012) mendapati antara faktor pelajar ponteng sekolah berpunca dari faktor guru dikaitkan dengan faktor guru gagal menyediakan suasana pembelajaran yang menarik .” Item “Teaching and learning is boring and not so effective” didapati mendapat mean tertinggi ( 3.31, SP = 1.24). Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Nurizam Mat Saad (2002) yang mengaitkan kegagalan guru membuat persediaaan mengajar menjadikan pengajaran mereka membosankan pelajar. Kajian Asmawati et.al (2012) turut mendapati bahawa faktor utama pelajar ponteng sekolah dikaitkan dengan pengaruh media yang menyediakan hiburan yang menarik sepanjang waktu. Hal ini memberikan
  • 8. 40 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42 suatu cabaran yang besar terhadap guru-guru khususnya GPI bagi mewujudkan pembelajaran al-Quran yang menyeronokkan berteraskan media interaktif agar dapat menarik tumpuan pelajar. Secara ringkasnya kajian ini mendapati terdapat tiga tema utama kepercayaan guru yang mendasari amalan penerapan nilai, iaitu 1) Kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran; 2) Kepercayaan guru terhadap kesesuaian pelaksanaannya di sekolah rendah; dan 3) Kepercayaan terhadap kesan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Rajah 1 di bawah menunjukkan dapatan keseluruhan berhubung kepercayaan guru terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ, manakala Rajah 2 pula menunjukkan secara ringkas dapatan utama berhubung amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Rajah 1: Kepercayaan Guru terhadap Amalan Penerapan Nilai dalam Pengajaran TQ Rajah 2: Kepercayaan Guru Mempengaruhi Amalan Penerapan Nilai dalam Pengajaran TQ RUMUSAN Sebagai rumusan, kajian ini mendapati terdapat tiga tema utama yang saling berkaitan berhubung kepercayaan guru. Walaubagaimanapun, tema kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran menjadi asas utama menggerakkan amalan penerapan nilai dalam kalangan peserta kajian kerana ia bukan hanya berkaitan dengan aspek kognitif malah merangkumi aspek kognitif (pengetahuan), spiritual (keimanan), emosi (kemahuan) dan fizikal (tindakan) peserta kajian. Kesan terhadap kepercayaan tersebut Penerapan nilai dalam pengajaran TQKepercayaan Guru Kesan terhadap P&P Kesesuaiannya di sekolah rendah Kedudukan dan fungsi Al-Quran dalam pendidikan
  • 9. 41 telah mendorong peserta kajian melaksanakan tuntutan tersebut dalam bentuk perlakuan melalui usaha berterusan menanamkan nilai-nilai al-Quran dalam pengajaran TQ. Kajian ini menyarankan agar amalan penerapan nilai ini diperluaskan kepada seramai mungkin guru-guru agar manfaatnya akan menyeluruh ke seluruh negara, sekali gus hasrat membentuk generasi celik al-Quran akan dapat direalisasikan dalam sistem pendidikan negara. RUJUKAN Abu Bakar Hashim. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan moral dan nilai dalam pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara. Bangi: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 158-174. Al-Quran. (2002). Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran, terjemahan dan penjelasan Sheikh Abdullah Basmeh. Cetakan ke 13. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd. Al-Ghazali, Abu Hamid. (1939). Ihya‟ „Ulum al-Din. Juzuk 1. Mesir: Mutbacah Mustafa al-Babi al-Halabi. Al-Qaradhawi, Yussof. 2000. Al-Tarbiyyah cinda al-Imam al-Syātibi. Beirut: Mua‟ssah al-Risālah li-Taba‟ah al- Nasyr wa al-Tauzi‟. Al-Zindānī, Abdul Majid. (2010) Kitab Tauhid. Pustaka Salam. AN Oppenheim. (1992). Questionnaire design, interviewing and attitude measurement. London: Heinemann. Al-Sayuti. (2004). Al Itqān Fi Ulum Al-Quran. Beirut: Dar Kutub Al-Ilmiyah. Asmawati Suhid, Abdul Rahman Md. Aroff, Norliana Kamal. (2012). Factors causing student absenteeism according to peers. International Journal of Arts and Commerce. Vol. 1 No. 4 September 2012. Ahmad Yunus Kasim. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Satu Kajian Kes. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Azmil Hashim. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Al Quran di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz Al –Quran Negeri. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Azhar Muhammad & Zulfikri Hassan. (2009). Metode Terjemahan Tafsir Arab-Melayu: Satu Kajian Terhadap Tafsir Fi Zilalil Qur‟an – Di Bawah Bayangan Al-Qur‟an Oleh Yusoff Zaky Yacob. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Donald J. Cunningham, James B. Schreiber and Connie M. Moss. (2005). Belief, Doubt and Reason: Educational Philosophy and Theory. Volume 37, Issue 2, 177–189. Fang, Z. (1996). A review of research on teacher beliefs and practices. Educational Research. 38(1): 47-65. Fullan M. (2001). The New Meaning of Educational Change. Columbia University : Teachers College Press. Gardner, H.( 2006). Changing Minds. Boston: Harvard Bussiness School. Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md Yunus, Rosini Abu & Hapsah NAwawi. (2006). Teachers belief towards the principles underlying the National Philisophy of education in Malaysia. International Journal of learning, 13. 91-104. Hasan Langgulung. (1987). Penghayatan nilai-nilai Islam ditinjau dari proses pembelajaran dalam konteks pendidikan masa kini. Jurnal Pendidikan Islam, 5:13-30. Ibn Khaldun. (2000). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Misnan Jemali. (2008). Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Mohd Aderi dan Ab.Halim. (2009). Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 7, Bangi : UKM. Al-„Abrashi, Muhammad cAthiyyah. (1974). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Terj. Al-„Abrāsyī. Muhammad cAthiyyah (1969). al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa falsafātuhā. Mohd Izham Mohd Hamzah dan Sufean Hussin, (2009). Pengurusan Perubahan Terancang dalam Pembestarian Sekolah: Proses Pelaksanaan Polisi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Shadid. (1994). Metodologi al-Quran dalam Pendidikan. Terj. Osman Khalid. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). (2004). Kertas Dasar dan Status Pelaksanaan program j-QAF. Kroener-Ekstrand, M. (2001). The Construction of Practical Knowledge. Madission: University of Wisconsin. Merriam, S.B. (1997). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass.
  • 10. 42 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42 Nik Azis Nik Pa. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan moral dan nilai dalam pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Zaharah Nik Yaacob. (2007). Kajian penerapan nilai murni menerusi pengajaran bermodul. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Norliza Abd. Majid. (2011). Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan guru cemerlang. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Nurizam Mat Saad. (2002). Kesan dan pengaruh iklim sekolah terhadap masalah disiplin pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Raihan Mohd Nordin. (2000). Penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun, Kedah Darul Aman. Latihan ilmiah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlan Ahmad. (2000). Kelemahan membaca al-Quran di kalangan pelajar berasrama penuh. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Sidek Baba, (2006). Pendidikan Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd. Shulman, LS. (1987). Knowledge and Teaching : Foundation of new reform. Harvard Educational Review.