Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Persediaan diri dalam menempuh kehidupan berumah tangga
1. PERSEDIAAN DIRI DALAM
MENEMPUH KEHIDUPAN
BERUMAH TANGGA
USTAZ TARMIZI BIN KASIM
DISEDIAKAN OLEH:
WAN MARIA BINTI WAN AB RAZAK
FATIN NUR SYUHADA BINTI
MOHAMAD SAZALI
2. Persiapan haruslah dilakukan lebih awal. Ini kerana
perkahwinan adalah satu masa di mana, seorang
lelaki bertambah tanggungjawab dan amanahnya
manakala seorang perempuan pula merelakan
dirinya untuk dipimpin oleh seorang lelaki.
Oleh itu setiap orang yang akan berkahwin perlu
mempunyai persiapan dari segi moral dan spiritual,
konsepsional, fizikal dan sosial.
3. PERSIAPAN MORAL DAN SPIRITUAL
Lelaki- bersedia untuk berperanan sebagai ketua
keluarga dan menjadi bapa.
Perempuan- bersedia membuka ruang baru bagi
seorang suami ‘intervene’ hidupnya, bersedia untuk
mengurangkan ‘authority’ atas diri sendiri antara
kepatuhan kepada suami, bersedia untuk hamil dan
melahirkan, serta menjadi ibu.
4. PERSIAPAN FIKIRAN
Setiap pasangan haruslah memahami konsep
pernikahan dan hukum-hukum dalam pernikahan,
contohnya bagaimana mandi hadas besar dan doa
hubungan suami isteri.
Menguasai ilmu, hukum hakam, etika dan
peraturan berkaitan pernikahan dan rumah tangga,
serta memahami peranan dan posisi masing-
masing.
5. Lelaki- persiapan mesti sampai anda boleh
dihormati, dan diletakkan sebagai pemimpin.
Bangunkanlah wibawa dengan ilmu, kelembutan
dan kebijaksanaan, bukan kekasaran.
Wanita- harus banyak belajar, supaya layak
mengajar anak, menjawab soalan-soalan dari anak
dan dapat membetulkan suami andai tersilap.
6. PERSIAPAN FIZIKAL
Kesihatan tubuh badan dan sistem reproduktif.
Digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan
kesihatan sebelum menikah menjaga kesihatan
dan banyakkan beriadah.
7. PERSIAPAN MATERIAL
Persiapan sebelum berkahwin lebih kepada
kesediaan lelaki menafkahi keluarganya, malah
sebelum berkahwin sepatutnya mestilah sudah
tahu pintu-pintu rezeki dan peluang yang harus
diteroka. mesti ada perancangan.
Islam mewajibkan tanggungjawab ekonomi di
letakkan di bawah suami tetapi tidak bermakna
isteri tidak boleh bekerja. Tetapi isteri hanyalah
sebagai pengelola kewangan tetapi bukan pencari
nafkah untuk keluaga.
8. PERSIAPAN SOSIAL
Sebelum menikah, seharusnya pasangan tidak
boleh terlalu akrap bersama. Seperti yang kita
sedia maklum,
Jika sebelum menikah tidak terbiasa melakukan
aktiviti sosial, biasanya akan muncul kejanggalan
untuk menzirahi orang meninggal, menghadiri
majlis aqiqah, qurban dan sebagainya apabila
berumahtangga.