1. Dokumen tersebut memberikan penjelasan tentang litar elektrik dasar yang digunakan pada sistem elektrikal kendaraan termasuk jenis-jenis litar, simbol komponen elektrik, dan perbezaan antara litar siri dan litar selari.
1. 1
Institut Kemahiran MARA
Jasin, Melaka
INFORMATION SHEET
PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
SESSION : SEMESTER : 2
CODE/COURSE :
TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE
ELECTRICAL AND ELECTRONIC
SHEET NO : A14/M02/IS01
LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 8
TOPIC : M02 ELECTRIC CIRCUIT AND TEST INSTRUMENT
SUB-TOPIC : 02.01 ELECTRIC CIRCIUT
02.02 TEST INSTRUMENT
LEARNING
OUTCOME :
Pelajar-pelajar mesti boleh :
1. Terangkan jenis-jenis litar elektrik.
2. Nyatakan perbezaan antara litar selari dengan litar siri.
3. Terangkan simbol-simbol elektrik dalam litar skematik.
TAJUK : LITAR ELEKTRIK ASAS
TUJUAN :
Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen
elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Simbol-simbol diwujudkan untuk menggantikan
komponen-komponen elektrik semasa membuat lukisan skematik. Kertas penerangan ini akan
menerangkan maksud tersebut.
2. 2
PENERANGAN
Litar bermaksud satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan
menggunakan pengalir (wayar). Litar elektrik asas biasanya mempunyai pengalir dan alat kawalan
seperti suis. Litar ini kemudian disambungkan kepada sesuatu sumber tenaga luar. Beban seperti
perintang, lampu dan lain-lain alat elektrik akan melengkapkan litar.
JENIS-JENIS LITAR
1. Litar Mudah
2. Litar Tidak Lengkap
3. Litar Terbuka
4. Litar Pintas
5. Litar Siri
6. Litar Selari
7. Litar selari-siri
1. LITAR MUDAH
Litar yang mengandungi beberapa rintangan dalam siri, selari dan gabungan siri-selari dan
boleh dianalisakan dengan menggunakan hukum ohm. Komponen-komponen litar iaitu :
i. Sumber menggerakkan elektron – sel bateri dan penjana
ii. Beban – lampu, perintang
iii. Wayar penyambung
iv. Peranti kawalan – suis
Perintang
suis
Sumber
Beban
3. 3
2. LITAR TIDAK LENGKAP
Apabila terdapat mana-mana bahagian dalam litar yang tidak bersambung atau terputus (tiada
pengaliran arus) maka litar itu di namakan litar tidak lengkap.
3. LITAR TERBUKA
Sekiranya tiada sambungan dilakukan di antara dua titik (terminal) voltan akan terhasil (arus
ialah kosong) maka litar itu dinamakan litar terbuka.
4. LITAR PINTAS
Apabila terdapat sentuhan di antara mana-mana bahagian pengalir-pengalir (tanpa salut)
dalam litar, maka litar itu dinamakan litar pintas. Litar pintas boleh terjadi di antara wayar hidup
dengan wayar bumi. Bagi tujuan keselamatan fius berkadar tertentu digunakan bagi
memutuskan litar apabila berlaku litar pintas.
Perintang
Sumber
suis
Sumber
Fius
Beban
Litar Pintas
Perintang
suis
Sumber
Beban
4. 4
5. LITAR SIRI
Litar yang terdiri daripada komponen yang disambungkan dari hujung ke hujung secara sesiri
atau sebaris. Pengaliran arus dari punca positif ke punca negatif adalah sama walaupun nilai
rintangan yang digunakan berbeza-beza. Arus dalam litar adalah bergantung kepada
penggunaan d.g.e daripada bateri dan jumlah rintangan iaitu dengan mencampurkan semua
rintangan dalam litar. Kejatuhan voltan yang merintangi perintang adalah berlainan iaitu
bergantung kepada nilai rintangan. Jumlah kejatuhan voltan adalah sama dengan voltan
bekalan yang dibekalkan.
6. LITAR SELARI
Terdiri daripada komponen yang disambungkan kepada dua punca titik yang sama secara
selari di antara satu sama lain. Voltan yang merintangi semua perintang adalah sama. Arus di
dalam setiap perintang adalah berlainan.
I
E
R
E – sumber bekalan
R – rintangan
I – Arus
5. 5
7. LITAR SIRI-SELARI
Merupakan gabungan kedua-dua litar siri dan selari
PERBEZAAN ANTARA LITAR SIRI DAN SELARI
Litar Siri Litar Selari
Voltan
Voltannya adalah semakin kurang apabila
beban bertambah (bergantung kepada nilai
rintangan
Vj=V1+V2+V3.....
Voltan
Voltannya sama disemua tempat
Vj=V1=V2=V3.....
Arus
Nilai arus yang mengalir melalui setiap
mentol adalah sama (Arusnya sama
disemua tempat)
Arus
Niali Arus yang mengalir adalah berlainan
(bergantung kepada nilai rintangan)
Rintangan
Semakin ditambah beban semakin banyak
jumlah rintangan
Rintangan
Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada
nilai perintang yang paling kecil
Apabila satu mentol terbakar, mentol yang
lain tidak akan menyala
Apabila satu mentol terbakar , mentol yang
lain akan terus menyala
Jika ditambah satu mentol, mentol yang
lain akan menjadi malap kerana bebanan
bertambah
Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol
yang lain tidak akan berubah
6. 6
Kuasa Elektrik
1. Maksud Kuasa Elektrik
i. Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik
ii. Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)
2. Formula Mencari Kuasa Elektrik
i. Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )
3. Kuasa elektrik alatan elektrik
i. Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan
dalam plat perincian
ii. Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik
berbanding yang mengeluarkan cahaya
iii. Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor
berkuasa 40W
7. 7
SIMBOL
Berbagai jenis simbol elektrik digunakan untuk menunjukkan komponen elektrik. Ia bergabung dengan
simbol lojik (logic symbol) yang menerangkan operasi litar elektronik, kod warna sesuatu pendawaian
yang mana membentuk carta pendawaian lengkap.
11. 11
KESIMPULAN
Setiap unit kerja yang dipasangkan pada kenderaan mempunyai litar sendiri untuk beroperasi. Antara
litar yang biasa digunakan adalah litar selari dan litar siri. Litar selari digunakan apabila terdapat lebih
daripada satu komponen yang dipasang pada satu-satu litar. Manakala litar siri lebih kepada
pemasangan tunggal unit kerja.
EXERCISE
1. Apakah yang dimaksudkan dengan litar selari?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan litar siri?
3. Berikan 3 perbezaan diantara litar siri dengan litar selari.
REFERENCE
1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric
5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.
6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd.
System
7. Automotif Electrical/electronic System
8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
Company, Inc.