SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
1.0 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan edisi 1998 , strategi membawa maksud rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Ia merupakan satu perancangan yang melibatkan suatu
operasi atau aktiviti yang berkesan dan bersesuaian untuk mencapai matlamat yang tertentu. Dari
segi pengajaran dan pembelajaran, strategi yang berkesan amat penting untuk memastikan
objektif yang diharapkan tercapai.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, strategi adalah merujuk kepada cara- cara guru
mengendalikan aktiviti pembelajaran secara sistematik dan tersusun. Strategi merupakan
tindakan yang khusus dan dirancang oleh setiap guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan
pembelajaran tercapai.
Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah yang akan
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini adalah amat
penting kerana tanpa perancangan yang tersusun mungkin proses pengajaran dan pembelajaran
akan terbantut dan akan menyebabkan sesuatu matlamat tidak berjaya dicapai.
Dalam merancang strategi pembelajaran ini, guru haruslah menitikberatkan beberapa
aspek seperti objektif pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kebolehan guru, persekitaran bilik
darjah , tahap pencapaian murid dan gaya pengajaran. Dengan kata lain, dalam bidang
pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, strategi pengajaran dan
pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penetapan pendekatan adalah
berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar hendaklah berdasarkan
pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan
mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti
pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar juga hendaklah dirancang secara optimum.
Manakala penggunaan bahan bantu belajar pula mestilah mengikut keperluan untuk setiap
kaedah dan teknik mengajar serta pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang telah
dipilih.
2.0 Soalan 1 :
Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi adalah kepandaian guru dalam meracang dan melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini termasuklah pemilihan dan perlaksanaan kaedah, teknik, aktiviti, bahan,
dan masa yang digunakan. Jadi setiap strategi mestilah berjaya dilaksanakan bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ini kerana dengan perancangan yang
tersusun dan sisitematik sahaja akan memastikan matlamat yang dikehendaki tercapai. Apabila
strategi disusun dan dirancang dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan
seperti yang diharapkan tanpa sebarang gangguan.
Penyertaan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga amat
dititikberatkan. Oleh sebab itu, strategi adalah amat penting bagi memastikan semua pelajar
terlibat secara langsung dan menyeronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan ini maka akan lahirlah murid yang mempunyai kecergasan fizikal dan juga kecerdasan
mental. Apabila strategi disusun dengan rapi, murid akan seronok menyertai bersama-sama guru
dan rakan- rakan yang lain semasa belajar.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada perancangan yang
disusun terlebih dahulu. Setelah perancangan disusun dengan teratur dan rapi, proses pengajaran
dan pembelajaran akan dapat disampaikan dengan lebih lancar dan tidak akan ada maklumat
yang tertinggal untuk disampaikan. Dengan perangacangan yang sisitematik inilah, maka setiap
ilmu yang dipelajari akan mudah difahami kerana proses pengajaran dan pembelajaran ini telah
disusun dengan rapi.
Setiap strategi yang dirancang adalah bermotifkan pencapaian objektif jangka panjang
amnya. Melalui perancangan inilah matlamat sesuatu pelajaran dapat dicapai dengan sebaik
mungkin. Objektif bagi setiap matapelajaran sememangnya ditentukan adalah bagi memastikan
murid- murid dapat belajar dengan sistematik dan teratur untuk memahami, menghayati dan
mengamalkan ilmu yang diperolehi dalam diri mereka. Tanpa strategi yang disusun rapi, objektif
sesuatu matapelajaran mungkin tidak akan tercapai.
Selain daripada itu, strategi amat penting bagi memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Dengan ini penyebaran ilmu pengetahuan akan
dapat disebarkan dengan lancar dan murid akan mendapat manfaat daripada proses pengajaran
dan pembelajaran yang dihadiri. Ilmu yang diperolehi oleh murid akan digunakan terutamanya
dalam ujian atau peperiksaan yang mereka tempuhi. Penyusunan strategi ini amat bermakna bagi
murid kerana penyampaian ilmu pengetahuan di kalangan murid akan lebih mudah dan murid
mejadi seronok belajar.
Melalui strategi juga, para guru dapat memastikan pendekatan , kaedah dan teknik yang
bakal digunakan untuk menyampaikan sesuatu tajuk bagi sesuatu matapelajaran akan menjadi
lebih mudah. Dengan ini setiap yang dirancang akan menjadi lebih mudah kepada guru tersebut
untuk mengajar para pelajarnya.
Strategi ini juga akan memastikan pencapaian yang optimum di kalangan murid akan
tercapai. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku telah dirancang dan
disusun dengan rapi supaya objektif yang dirancang tercapai terutamanya kepada murid dan guru
itu sendiri.
Selain daripada itu juga, melalui strategi yang dirancang , guru dapat mengatur isi
kandungan pelajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
sesuatu pelajaran supaya isi kandungan yang diajar mempunyai kaitan dengan ilmu- ilmu yang
lain. Ini kerana semua ilmu adalah berkaitan dan bagi memastikan murid lebih mudah untuk
memahami sesuatu topik kerana semuanya berkaitan antara satu sama lain. Perkara ini akan
memberikan murid suatu perasaan yang seronok untuk menimba ilmu kerana terdapat sesetengah
daripada asas- asas ilmu mereka telah mengetahuinya dan mungkin pernah mengalaminya.
Dari segi pendekatan pula, merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya
objektif jangka panjang dapat dicapai oleh murid. Dalam pemilihan pendekatan yang akan
digunakan, guru adalah terlebih dahulu perlu mengenalpasti isi pelajaran yang hendak
disampaikan, murid yang akan belajar ilmu itu dan juga persekitaan murid ketika itu. Perkara-
perkara ini amat penting diamati terlebih dahulu oleh guru dalam pemilihan kaedah yang akan
digunakan.
Dengan pemilihan kaedah yang bersesuaian, penyampaian sesuatu ilmu akan menjadi
lebih mudah. Ini kerana kaedah yang dipilih oleh seseorang guru biasanya akan memastikan
murid dapat melakukan dan memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Ini kerana
guru terlebih dahulu mengkaji tahap kemampuan murid untuk mendapatkan ilmu tersebut dan
pelbagai aspek yang lain. Ilmu yang diperolehi oleh murid- murid juga akan bermakna dan dapat
digunakan oleh mereka samada dalam peperiksaan atau pun dalam kehidupan seharian mereka.
Apabila murid mendapat ilmu yang bermanafaat khasnya kepada mereka sendiri, akan
timbullah satu nilai yang baik di dalam diri mereka. Melalui kaedah yang bersesuaian inilah akan
membentuk dan mengembangkan potensi murid yang seimbang dan menyeluruh selaras dengan
salah satu daripada matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Perkara ini amat penting kerana suatu
hari nanti, murid- murid inilah yang akan memandu negara kita dengan kata lain menjadi
pemimpin di masa hadapan.
Menggunakan kaedah yang bersesuaian juga dapat menambahkan lagi pemahaman murid
terhadap isi pelajaran yang dipelajari mereka. Murid akan beraktiviti dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih gembira dan dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan. Di
samping itu juga murid dapat belajar dan berpeluang mendapat bimbingan yang sepenuhnya
daripada guru. Bukan sahaja ilmu yang akan diperolehi oleh murid malah kemahiran juga boleh
dikuasai dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh para guru.
Pendekatan yang sesuai juga dapat melatih murid secara aktif dari aspek lisan. Ini kerana
kemahiran berkomunikasi juga penting kepada setiap murid untuk menimbulkan keyakinan
memberikan hujah dan pendapat terhadap sesuatu perkara. Kemahiran berkomunikasi ini bukan
sahaja berlaku di antara guru dan murid tetapi murid dengan murid juga. Dengan melibatkan diri
secara aktif berkomunikasi, kefahaman murid terhadap sesuatu matapelajaran akan lebih kekal
dan akan digunakan dalam kehidupan mereka seharian.
Terdapat pendekatan yang dipilih oleh guru yang mementingkan sesuatu ilmu yang
dipelajari oleh murid itu akan menjadi kebiasaan dalam diri mereka sendiri. Dengan kata lain
murid akan mempelajari sesuatu matapelajaran itu dengan lebih mendalam dan dapat dihayati
untuk diamalkan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pendekatan
yang dipilih adalah bukan hanya semata- mata untuk menyampaikan ilmu sahaja, tetapi biarlah
ilmu yang dipelajari itu akan menjadi amalan mereka. Dengan amalan yang berterusan, maka
ilmu yang dipelajari itu akan semakin kukuh dalam diri murid- murid.
Pembelajaran yang berkesan juga adalah berpunca pendekatan yang dijalankan oleh para
guru yang menitikberatkan kesepaduan antara ilmu- ilmu. Ini kerana semua unsure yang terdapat
dalam kurikulum adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Melalui penggabungjalinan ini
dapat lagi menambah keberkesanan dan keseronokan murid- murid belajar. Apabila murid
seronok belajar, semestinya mereka akan memahami isi pelajaran yang telah disampaikan dan
objektif pelajaran juga akan tercapai.
3.0 Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut.
Pendekatan berpusatkan murid adalah satu daripada pendekatan yang biasa dipilih oleh
guru untuk menyampaikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran supaya proses tersebut berkesan
dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Dalam pendekatan ini, murid memainkan peranan yang
penting dan utama manakala guru pula menjadi pembimbing kepada murid. Guru akan menolong
dan menyoal murid tentang sesuatu pelajaran di dalam bilik darjah.
Pendekatan ini melibatkan proses komunikasi dua hala , iaitu antara guru dan murid.
Kepimpinan guru juga adalah bersifat demokratik dan meninjau serta membimbing murid dalam
beraktiviti. Selain daripada itu juga, melalui pendekatan pemusatan murid ini juga, dapat
membantu perkembangan murid secara menyeluruh dari sei emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Ini selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara.
Di dalam pendekatan ini, murid dapat berinteraksi secara positif dengan rakan- rakan
mereka di dalam kelas. Mereka bebas mengeluarkan pendapat berkaitan dengan tajuk yang
diberikan oleh guru. Melalui penghujahan pendapat di kalangan murid- murid maka murid-
murid akan menjadi lebih kreatif dalam mengeluarkan sesuatu pendapat. Pendapat mereka juga
adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran kawan- kawan mereka. Jadi apa yang dikeluarkan
menjadi lebih mudah untuk difahami di kalangan murid- murid itu sendiri.
Objektif pelajaran di kalangan murid- murid juga amat dititik beratkan dalam pendekatan
ini. Ini kerana murid yang memainkan peranan yang utama dalam pendekatan ini. Sudah pasti
objektif yang dirancang akan tercapai apabila murid itu sendiri yang memainkan peranan yang
utama.
Menerusi pendekatan ini juga, dapat memupuk minat di kalangan murid- murid tanpa
perasaan rendah diri. Ini kerana semua murid diberi hak yang sama rata untuk memberikan
pendapat atau hujah mereka. Mereka akan lebih berminat dan berkeyakinan untuk melakukan
sesuatu perkara di samping bimbingan daripada guru.
Terdapat banyak kekuatan atau kelebihan daripada pendekatan pemusatan murid yang
dijalankan. Contohnya, melalui pendekatan ini, murid- murid diajar dan didorong untuk berfikir
secara kritis. Berfikir secara kritis boleh dimaksudkan dengan kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Melalui pendekatan ini murid- murid
boleh membanding beza, membuat perbezaan dan sebagainya. Murid berfikir dengan
menggunakan minda dan diberi masa untuk berfikir. Hasilnya murid akan dapat mengeluarkan
sesuatu pandangan yang bernas berdasarkan bimbingan daripada guru.
Seterusnya, pendekatan pemusatan murid juga dapat mendorong mereka meluahkan
pendapat dengan bebas tetapi masih dalam lingkungan tajuk pelajaran yang dipelajari. Pendapat
yang diluahkan oleh mereka adalah bersesuaian dengan tahap dan pencapaian mereka sendiri.
Maka pendapat yang dikeluarkan oleh mereka akan mudah difahami oleh kawan- kawan mereka.
Jadi isi pembelajaran hari itu juga akan menjadi lebih senang untuk difahami di kalangan mereka
di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru.
Biasanya murid akan diberi peluang terlebih dahulu untuk menyumbangkan buah fikiran
mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan bersam- sama. Melalui pendapat ini,
murid- murid akan belajar sedikit sebanyak tentang untuk menyelesaikan masalah.
Di samping itu juga , mereka akan berfikir, berbincang dan mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah yang diberikan oleh guru. Dengan ini mereka akan mengambil satu alternatif
jawapan atau beberapa alternatif jawapan untuk memcahkan masalah berdasarkan pertimbangan
yang saksama. Mereka akan berasa seronok kerana dapat mengeluarkan pendapat. Pendapat
mereka juga akan diterima oleh guru dan sentiasa dibimbing oleh guru. Murid- murid akan
bersam- sama mencari jalan penyelesaian dan mereka akan mendapat jalan keluar daripada
masalah itu.
Bukan sahaja murid dapat menyelesaikan masalah di dalam pelajaran yang diajar sahaja,
bahkan pendekatan ini juga dapat membimbing dan melatih murid untuk menyelesaikan
masalah- masalah yang lain dan mungkin masalah yang akan dialami oleh mereka sendiri.
Bertitik tolak daripada pendekatan inilah murid dapat belajar untuk mengatasi dan menangani
masalah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Bukan sahaja masalah yang dihadapinya tetapi
masalah yang dihadapi oleh rakan- rakan mereka juga turut boleh diselesaikan, kerana asasnya
adalah daripada pendekatan pemusatan murid. Di dalam pendekatan ini, murid diberi
keistimewaan untuk mengeluarkan buah fikiran masing- masing untuk menyelesaikan masalah.
Apabila murid- murid mengeluarkan pendapat mereka, maka rakan- rakan yang lain akan
membincangkan tentang pendapat tersebut secara konstruktif sehingga mencapai keputusan yang
lebih baik. Apabila murid- murid dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan hasil
usaha sendiri , justeru timbullah motivasi yang tinggi di dalam diri mereka. Perkara ini boleh
menimbulkan perasaan yang bersemangat untuk mengeluarkan lagi pendapat dan seterusnya
menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berkesan.
Akhirnya, pendekatan pemusatan murid adalah amat baik untuk diamalkan kerana dapat
melatih murid untuk mendengar pendapat daripada orang lain walaupun dia tidak bersetuju
dengan pendapatnya. Walaupun berbeza pendapat , tetapi dalam pendekatan pemusatan murid
ini, murid- murid dapat dilatih untuk belajar mendengar dan menerima pendapat daripada
kawan- kawan serta mengamalkan sikap toleransi.
Walaubagaimanapun, setiap apa yang direka dan dicipta oleh manusia, sememangnya ada
kesan positif dan ada kesan negatif. Sama juga dengan pendekatan pemusatan murid ini.
Terdapat juga kelemahan dalam pendekatan ini, tetapi jumlahnya tidaklah banyak.
Sebagai contoh, kelemahan daripada pendekatan ini ialah tentang kesesuaian untuk
dijalankan pada kumpulan yang lebih besar akan menimbulkan masalah. Apabila murid yang
ramai, jadi penumpuan dan bimbingan daripada guru agak berkurangan kerana jumlah murid
yang ramai. Di dalam kumpulan yang besar, terdapat juga murid yang akan mengeluarkan
pendapat beliau, tetapi mereka tidak berpeluang disebabkan kumpulan yang besar.
Selain daripada itu juga, melalui pendekatan ini, murid- murid hanya akan mendapat
maklumat yang terbatas, iaitu hanya berpeluang mendapat maklumat daripada kawan- kawan
yang sama dengan pendapatnya sahaja. Dengan kata lain, pengembangan ilmu tersekat kerana
hanya melibatkan pendapat daripada murid- murid sahaja.
Akhirnya, pendekatan pemusatan murid ini akan dimonopoli oleh murid yang suka
berbicara sahaja. Apabila murid yang suka bercakap, sememangnya dia akan bercakap apa sahaja
tanpa menghiraukan kawan- kawan yang lain. Biasanya berlaku di sekolah rendah kerana mereka
belum dapat menyemai sikap toleransi dalam diri mereka. Murid yang pasif atau pemalu tidak
akan berpeluang untuk menyatakan pendapat atau idea mereka. Seterusnya mereka akan berasa
tidak dihargai dan semakin bermotivasi yang rendah.
4.0 Penutup
Sebagai seorang guru kita mestilah pandai memilih dan menyusun strategi sebelum
meneruskan tugas di bilik darjah. Ini kerana banyak kepentingan yang boleh dicapai dengan
penyusunan strategi yang sistematik. Dengan pemilihan strategi yang sistematik , maka proses
penyampaian maklumat di bilik darjah akan lebih bermakna dan berjalan dengan lancar. Objektif
yang dirancang juga turut tercapai dengan adanya penyusunan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik.
Begitu juga dengan pendekatan, tidak kurang pentingnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan yang diambil haruslah bersesuaian dengan tahap dan keadaan murid
itu sendiri. Guru perlulah bijak merencanakan pendekatan yang akan digunakan dalam sesuatu
proses penyampaian ilmu di bilik darjah. Ini bagi memastikan suasana pengajaran dan
pembelajaran akan lebih seronok dan menjadi satu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Apabila suasana pengajaran dan pembelajaran berkesan, maka ilmu yang dipelajari akan
kukuh di ingatan murid dan seterusnya objektif yang dirancang akan tercapai.
Pendekatan juga amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
dengan adanya pendekatan yang sesuai, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi
menyeronokkan di kalangan pelajar. Objetif pelajaran yang dirancang juga akan tercapai dengan
mudah jika semuanya berjalan dengan lancar.
Pendekatan pemusatan murid amat sesuai dijalankan kerana pendekatan ini
mendatangkan kesan yang positif di kalangan murid terutamanya ketika belajar di kelas.
Refleksi
Selepas pengajaran dan pembelajaran, semua murid dapat menyebut maksud Allah
bersifat wujud dengan baik dan betul. Manakala terdapat seorang murid yang berusia empat
tahun belum dapat membezakan antara benda- benda ciptaan Allah dan ciptaan manusia. Murid
ini akan dibimbing di luar waktu pengajaran dan pembelajaran nanti. Didapati juga murid cukup
seronok bernasyid walaupun tidak dapat menyebut perkataan- perkataan yang terdapat dalam
nasyid tersebut. Perkara ini berlaku kerana persekitaran murid yang beragama Islam di sini
adalah dikelilingi oleh golongan bukan Islam, jadi mereka kurang mendapat pendedahan tentang
agama islam kecuali di sekolah sahaja. Tambahan pula, seruan azan juga tidak dapat didengari di
sini. Secara kesimpulannya saya akan cuba membimbing mereka sedaya upaya bagi
mendekatkan mereka ke dalam biah islam.
Rujukan
Eh Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Penerbitan
Fajar Bakti.
Kamus Dewan (1998). Kuala Lumpur: Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
www.rujuknota.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-strategipemusatanmurid.html
www.jongbatu.wordpress.com/2011/03/10/strategik-pemusatan-murid/
www.slideshare.net/profmadyadrhjsuaidi/potensi-strategipendekatan-mengoptimumkan-pp-
287675

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Novi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi-Umi-Bimawati
 
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Muhamad Yusup
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn20080210965
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUMuhammad Affrini Azim Zahari
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolahPelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolahSyuhaibah Sue
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Desmon Muroh
 
Makalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajar
Makalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajarMakalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajar
Makalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajarUkhty Nicken
 
Strategi-Strategi Pembelajaran
Strategi-Strategi PembelajaranStrategi-Strategi Pembelajaran
Strategi-Strategi PembelajaranNini Ibrahim01
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 
Pp pengurusan bilik darjah
Pp pengurusan bilik darjahPp pengurusan bilik darjah
Pp pengurusan bilik darjahYayasan Negeri
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaTugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaSusanti Susanti
 
Laporan ptk upaya peningkatan kompetensi guru
Laporan ptk upaya peningkatan kompetensi guruLaporan ptk upaya peningkatan kompetensi guru
Laporan ptk upaya peningkatan kompetensi guruAnwar Sari
 

Was ist angesagt? (20)

Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moralEem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
 
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsiNovi umi bimawati 10410205 pbsi
Novi umi bimawati 10410205 pbsi
 
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Artikel karya-ilmiah
Artikel karya-ilmiahArtikel karya-ilmiah
Artikel karya-ilmiah
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolahPelaksanaan pendidikan moral di sekolah
Pelaksanaan pendidikan moral di sekolah
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
 
Makalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajar
Makalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajarMakalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajar
Makalah konsep dasar strategi pembelajaran dan teori belajar
 
Strategi-Strategi Pembelajaran
Strategi-Strategi PembelajaranStrategi-Strategi Pembelajaran
Strategi-Strategi Pembelajaran
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Pp pengurusan bilik darjah
Pp pengurusan bilik darjahPp pengurusan bilik darjah
Pp pengurusan bilik darjah
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 
makalah PAIKEM
makalah PAIKEMmakalah PAIKEM
makalah PAIKEM
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iiaTugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
Tugas kurikulum dan pembelajaran susanti iia
 
Laporan ptk upaya peningkatan kompetensi guru
Laporan ptk upaya peningkatan kompetensi guruLaporan ptk upaya peningkatan kompetensi guru
Laporan ptk upaya peningkatan kompetensi guru
 

Ähnlich wie Strategi Penting dalam Pendidikan

Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj fitri norlida
 
Fadhlina+Harisnur.docx
Fadhlina+Harisnur.docxFadhlina+Harisnur.docx
Fadhlina+Harisnur.docxekopujianto21
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docx
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docxStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docx
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docxZukét Printing
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdfStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdfZukét Printing
 
Pengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkapPengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkapAjrina Pia
 
Kaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizaKaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizacikgunis
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikadea nindria imansari
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajarbaharnizam
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarcikgufoo
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Alfonsus Sam
 
Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarRizal M Suhardi
 
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptxPower Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptxIndahWahyuni85
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Cyn Deb
 
Dasar dan proses pembelajaran biologi 1
Dasar dan proses pembelajaran biologi 1Dasar dan proses pembelajaran biologi 1
Dasar dan proses pembelajaran biologi 1Heri Cahyono
 
Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)Fadhli Khan
 
Ppt Strategi Belajar Kel.1.pptx
Ppt Strategi Belajar Kel.1.pptxPpt Strategi Belajar Kel.1.pptx
Ppt Strategi Belajar Kel.1.pptxHerdiNanda
 

Ähnlich wie Strategi Penting dalam Pendidikan (20)

Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj
 
Fadhlina+Harisnur.docx
Fadhlina+Harisnur.docxFadhlina+Harisnur.docx
Fadhlina+Harisnur.docx
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docx
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docxStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.docx
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.docx
 
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdfStrategi  Make A Macth  Pada  Pembelajaran Matematika.pdf
Strategi Make A Macth Pada Pembelajaran Matematika.pdf
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkapPengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkap
 
Kaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizaKaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismaliza
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
 
Teknik2 mengajar
Teknik2 mengajarTeknik2 mengajar
Teknik2 mengajar
 
Teknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajarTeknik-teknik mengajar
Teknik-teknik mengajar
 
Teaching (instruction)
Teaching (instruction)Teaching (instruction)
Teaching (instruction)
 
234799245.docx
234799245.docx234799245.docx
234799245.docx
 
Strategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar MengajarStrategi Belajar Mengajar
Strategi Belajar Mengajar
 
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptxPower Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
Power Point Kel. 4 - Strategi dalam Pembelajaran.pptx
 
Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)Tugasan hbml (repaired)
Tugasan hbml (repaired)
 
Dasar dan proses pembelajaran biologi 1
Dasar dan proses pembelajaran biologi 1Dasar dan proses pembelajaran biologi 1
Dasar dan proses pembelajaran biologi 1
 
Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Ppt Strategi Belajar Kel.1.pptx
Ppt Strategi Belajar Kel.1.pptxPpt Strategi Belajar Kel.1.pptx
Ppt Strategi Belajar Kel.1.pptx
 

Mehr von Ateh Zue

Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3Ateh Zue
 
Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3Ateh Zue
 
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan Ateh Zue
 
lembaran kerja huruf jawi tunggal
lembaran kerja huruf jawi tunggallembaran kerja huruf jawi tunggal
lembaran kerja huruf jawi tunggalAteh Zue
 
Rph huruf jawi tunggal
Rph huruf jawi tunggalRph huruf jawi tunggal
Rph huruf jawi tunggalAteh Zue
 

Mehr von Ateh Zue (6)

Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3
 
Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3Latihan Jawi Tahun 3
Latihan Jawi Tahun 3
 
Bentang
BentangBentang
Bentang
 
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
 
lembaran kerja huruf jawi tunggal
lembaran kerja huruf jawi tunggallembaran kerja huruf jawi tunggal
lembaran kerja huruf jawi tunggal
 
Rph huruf jawi tunggal
Rph huruf jawi tunggalRph huruf jawi tunggal
Rph huruf jawi tunggal
 

Strategi Penting dalam Pendidikan

  • 1. 1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dewan edisi 1998 , strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Ia merupakan satu perancangan yang melibatkan suatu operasi atau aktiviti yang berkesan dan bersesuaian untuk mencapai matlamat yang tertentu. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, strategi yang berkesan amat penting untuk memastikan objektif yang diharapkan tercapai. Dalam pengajaran dan pembelajaran, strategi adalah merujuk kepada cara- cara guru mengendalikan aktiviti pembelajaran secara sistematik dan tersusun. Strategi merupakan tindakan yang khusus dan dirancang oleh setiap guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perkara ini adalah amat penting kerana tanpa perancangan yang tersusun mungkin proses pengajaran dan pembelajaran akan terbantut dan akan menyebabkan sesuatu matlamat tidak berjaya dicapai. Dalam merancang strategi pembelajaran ini, guru haruslah menitikberatkan beberapa aspek seperti objektif pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kebolehan guru, persekitaran bilik darjah , tahap pencapaian murid dan gaya pengajaran. Dengan kata lain, dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penetapan pendekatan adalah berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar hendaklah berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar juga hendaklah dirancang secara optimum. Manakala penggunaan bahan bantu belajar pula mestilah mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar serta pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang telah dipilih.
  • 2. 2.0 Soalan 1 : Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Strategi adalah kepandaian guru dalam meracang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah pemilihan dan perlaksanaan kaedah, teknik, aktiviti, bahan, dan masa yang digunakan. Jadi setiap strategi mestilah berjaya dilaksanakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ini kerana dengan perancangan yang tersusun dan sisitematik sahaja akan memastikan matlamat yang dikehendaki tercapai. Apabila strategi disusun dan dirancang dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti yang diharapkan tanpa sebarang gangguan. Penyertaan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga amat dititikberatkan. Oleh sebab itu, strategi adalah amat penting bagi memastikan semua pelajar terlibat secara langsung dan menyeronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini maka akan lahirlah murid yang mempunyai kecergasan fizikal dan juga kecerdasan mental. Apabila strategi disusun dengan rapi, murid akan seronok menyertai bersama-sama guru dan rakan- rakan yang lain semasa belajar. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada perancangan yang disusun terlebih dahulu. Setelah perancangan disusun dengan teratur dan rapi, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat disampaikan dengan lebih lancar dan tidak akan ada maklumat yang tertinggal untuk disampaikan. Dengan perangacangan yang sisitematik inilah, maka setiap ilmu yang dipelajari akan mudah difahami kerana proses pengajaran dan pembelajaran ini telah disusun dengan rapi. Setiap strategi yang dirancang adalah bermotifkan pencapaian objektif jangka panjang amnya. Melalui perancangan inilah matlamat sesuatu pelajaran dapat dicapai dengan sebaik mungkin. Objektif bagi setiap matapelajaran sememangnya ditentukan adalah bagi memastikan murid- murid dapat belajar dengan sistematik dan teratur untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ilmu yang diperolehi dalam diri mereka. Tanpa strategi yang disusun rapi, objektif sesuatu matapelajaran mungkin tidak akan tercapai.
  • 3. Selain daripada itu, strategi amat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Dengan ini penyebaran ilmu pengetahuan akan dapat disebarkan dengan lancar dan murid akan mendapat manfaat daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dihadiri. Ilmu yang diperolehi oleh murid akan digunakan terutamanya dalam ujian atau peperiksaan yang mereka tempuhi. Penyusunan strategi ini amat bermakna bagi murid kerana penyampaian ilmu pengetahuan di kalangan murid akan lebih mudah dan murid mejadi seronok belajar. Melalui strategi juga, para guru dapat memastikan pendekatan , kaedah dan teknik yang bakal digunakan untuk menyampaikan sesuatu tajuk bagi sesuatu matapelajaran akan menjadi lebih mudah. Dengan ini setiap yang dirancang akan menjadi lebih mudah kepada guru tersebut untuk mengajar para pelajarnya. Strategi ini juga akan memastikan pencapaian yang optimum di kalangan murid akan tercapai. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku telah dirancang dan disusun dengan rapi supaya objektif yang dirancang tercapai terutamanya kepada murid dan guru itu sendiri. Selain daripada itu juga, melalui strategi yang dirancang , guru dapat mengatur isi kandungan pelajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu pelajaran supaya isi kandungan yang diajar mempunyai kaitan dengan ilmu- ilmu yang lain. Ini kerana semua ilmu adalah berkaitan dan bagi memastikan murid lebih mudah untuk memahami sesuatu topik kerana semuanya berkaitan antara satu sama lain. Perkara ini akan memberikan murid suatu perasaan yang seronok untuk menimba ilmu kerana terdapat sesetengah daripada asas- asas ilmu mereka telah mengetahuinya dan mungkin pernah mengalaminya. Dari segi pendekatan pula, merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai oleh murid. Dalam pemilihan pendekatan yang akan digunakan, guru adalah terlebih dahulu perlu mengenalpasti isi pelajaran yang hendak disampaikan, murid yang akan belajar ilmu itu dan juga persekitaan murid ketika itu. Perkara- perkara ini amat penting diamati terlebih dahulu oleh guru dalam pemilihan kaedah yang akan digunakan.
  • 4. Dengan pemilihan kaedah yang bersesuaian, penyampaian sesuatu ilmu akan menjadi lebih mudah. Ini kerana kaedah yang dipilih oleh seseorang guru biasanya akan memastikan murid dapat melakukan dan memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Ini kerana guru terlebih dahulu mengkaji tahap kemampuan murid untuk mendapatkan ilmu tersebut dan pelbagai aspek yang lain. Ilmu yang diperolehi oleh murid- murid juga akan bermakna dan dapat digunakan oleh mereka samada dalam peperiksaan atau pun dalam kehidupan seharian mereka. Apabila murid mendapat ilmu yang bermanafaat khasnya kepada mereka sendiri, akan timbullah satu nilai yang baik di dalam diri mereka. Melalui kaedah yang bersesuaian inilah akan membentuk dan mengembangkan potensi murid yang seimbang dan menyeluruh selaras dengan salah satu daripada matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Perkara ini amat penting kerana suatu hari nanti, murid- murid inilah yang akan memandu negara kita dengan kata lain menjadi pemimpin di masa hadapan. Menggunakan kaedah yang bersesuaian juga dapat menambahkan lagi pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang dipelajari mereka. Murid akan beraktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih gembira dan dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan. Di samping itu juga murid dapat belajar dan berpeluang mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru. Bukan sahaja ilmu yang akan diperolehi oleh murid malah kemahiran juga boleh dikuasai dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh para guru. Pendekatan yang sesuai juga dapat melatih murid secara aktif dari aspek lisan. Ini kerana kemahiran berkomunikasi juga penting kepada setiap murid untuk menimbulkan keyakinan memberikan hujah dan pendapat terhadap sesuatu perkara. Kemahiran berkomunikasi ini bukan sahaja berlaku di antara guru dan murid tetapi murid dengan murid juga. Dengan melibatkan diri secara aktif berkomunikasi, kefahaman murid terhadap sesuatu matapelajaran akan lebih kekal dan akan digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Terdapat pendekatan yang dipilih oleh guru yang mementingkan sesuatu ilmu yang dipelajari oleh murid itu akan menjadi kebiasaan dalam diri mereka sendiri. Dengan kata lain murid akan mempelajari sesuatu matapelajaran itu dengan lebih mendalam dan dapat dihayati untuk diamalkan terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pendekatan yang dipilih adalah bukan hanya semata- mata untuk menyampaikan ilmu sahaja, tetapi biarlah
  • 5. ilmu yang dipelajari itu akan menjadi amalan mereka. Dengan amalan yang berterusan, maka ilmu yang dipelajari itu akan semakin kukuh dalam diri murid- murid. Pembelajaran yang berkesan juga adalah berpunca pendekatan yang dijalankan oleh para guru yang menitikberatkan kesepaduan antara ilmu- ilmu. Ini kerana semua unsure yang terdapat dalam kurikulum adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Melalui penggabungjalinan ini dapat lagi menambah keberkesanan dan keseronokan murid- murid belajar. Apabila murid seronok belajar, semestinya mereka akan memahami isi pelajaran yang telah disampaikan dan objektif pelajaran juga akan tercapai. 3.0 Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut. Pendekatan berpusatkan murid adalah satu daripada pendekatan yang biasa dipilih oleh guru untuk menyampaikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran supaya proses tersebut berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Dalam pendekatan ini, murid memainkan peranan yang penting dan utama manakala guru pula menjadi pembimbing kepada murid. Guru akan menolong dan menyoal murid tentang sesuatu pelajaran di dalam bilik darjah. Pendekatan ini melibatkan proses komunikasi dua hala , iaitu antara guru dan murid. Kepimpinan guru juga adalah bersifat demokratik dan meninjau serta membimbing murid dalam beraktiviti. Selain daripada itu juga, melalui pendekatan pemusatan murid ini juga, dapat membantu perkembangan murid secara menyeluruh dari sei emosi, rohani, intelek dan jasmani. Ini selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam pendekatan ini, murid dapat berinteraksi secara positif dengan rakan- rakan mereka di dalam kelas. Mereka bebas mengeluarkan pendapat berkaitan dengan tajuk yang diberikan oleh guru. Melalui penghujahan pendapat di kalangan murid- murid maka murid- murid akan menjadi lebih kreatif dalam mengeluarkan sesuatu pendapat. Pendapat mereka juga adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran kawan- kawan mereka. Jadi apa yang dikeluarkan menjadi lebih mudah untuk difahami di kalangan murid- murid itu sendiri.
  • 6. Objektif pelajaran di kalangan murid- murid juga amat dititik beratkan dalam pendekatan ini. Ini kerana murid yang memainkan peranan yang utama dalam pendekatan ini. Sudah pasti objektif yang dirancang akan tercapai apabila murid itu sendiri yang memainkan peranan yang utama. Menerusi pendekatan ini juga, dapat memupuk minat di kalangan murid- murid tanpa perasaan rendah diri. Ini kerana semua murid diberi hak yang sama rata untuk memberikan pendapat atau hujah mereka. Mereka akan lebih berminat dan berkeyakinan untuk melakukan sesuatu perkara di samping bimbingan daripada guru. Terdapat banyak kekuatan atau kelebihan daripada pendekatan pemusatan murid yang dijalankan. Contohnya, melalui pendekatan ini, murid- murid diajar dan didorong untuk berfikir secara kritis. Berfikir secara kritis boleh dimaksudkan dengan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Melalui pendekatan ini murid- murid boleh membanding beza, membuat perbezaan dan sebagainya. Murid berfikir dengan menggunakan minda dan diberi masa untuk berfikir. Hasilnya murid akan dapat mengeluarkan sesuatu pandangan yang bernas berdasarkan bimbingan daripada guru. Seterusnya, pendekatan pemusatan murid juga dapat mendorong mereka meluahkan pendapat dengan bebas tetapi masih dalam lingkungan tajuk pelajaran yang dipelajari. Pendapat yang diluahkan oleh mereka adalah bersesuaian dengan tahap dan pencapaian mereka sendiri. Maka pendapat yang dikeluarkan oleh mereka akan mudah difahami oleh kawan- kawan mereka. Jadi isi pembelajaran hari itu juga akan menjadi lebih senang untuk difahami di kalangan mereka di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru. Biasanya murid akan diberi peluang terlebih dahulu untuk menyumbangkan buah fikiran mereka untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan bersam- sama. Melalui pendapat ini, murid- murid akan belajar sedikit sebanyak tentang untuk menyelesaikan masalah. Di samping itu juga , mereka akan berfikir, berbincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang diberikan oleh guru. Dengan ini mereka akan mengambil satu alternatif jawapan atau beberapa alternatif jawapan untuk memcahkan masalah berdasarkan pertimbangan
  • 7. yang saksama. Mereka akan berasa seronok kerana dapat mengeluarkan pendapat. Pendapat mereka juga akan diterima oleh guru dan sentiasa dibimbing oleh guru. Murid- murid akan bersam- sama mencari jalan penyelesaian dan mereka akan mendapat jalan keluar daripada masalah itu. Bukan sahaja murid dapat menyelesaikan masalah di dalam pelajaran yang diajar sahaja, bahkan pendekatan ini juga dapat membimbing dan melatih murid untuk menyelesaikan masalah- masalah yang lain dan mungkin masalah yang akan dialami oleh mereka sendiri. Bertitik tolak daripada pendekatan inilah murid dapat belajar untuk mengatasi dan menangani masalah yang bakal ditempuhi oleh mereka. Bukan sahaja masalah yang dihadapinya tetapi masalah yang dihadapi oleh rakan- rakan mereka juga turut boleh diselesaikan, kerana asasnya adalah daripada pendekatan pemusatan murid. Di dalam pendekatan ini, murid diberi keistimewaan untuk mengeluarkan buah fikiran masing- masing untuk menyelesaikan masalah. Apabila murid- murid mengeluarkan pendapat mereka, maka rakan- rakan yang lain akan membincangkan tentang pendapat tersebut secara konstruktif sehingga mencapai keputusan yang lebih baik. Apabila murid- murid dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan hasil usaha sendiri , justeru timbullah motivasi yang tinggi di dalam diri mereka. Perkara ini boleh menimbulkan perasaan yang bersemangat untuk mengeluarkan lagi pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berkesan. Akhirnya, pendekatan pemusatan murid adalah amat baik untuk diamalkan kerana dapat melatih murid untuk mendengar pendapat daripada orang lain walaupun dia tidak bersetuju dengan pendapatnya. Walaupun berbeza pendapat , tetapi dalam pendekatan pemusatan murid ini, murid- murid dapat dilatih untuk belajar mendengar dan menerima pendapat daripada kawan- kawan serta mengamalkan sikap toleransi. Walaubagaimanapun, setiap apa yang direka dan dicipta oleh manusia, sememangnya ada kesan positif dan ada kesan negatif. Sama juga dengan pendekatan pemusatan murid ini. Terdapat juga kelemahan dalam pendekatan ini, tetapi jumlahnya tidaklah banyak. Sebagai contoh, kelemahan daripada pendekatan ini ialah tentang kesesuaian untuk dijalankan pada kumpulan yang lebih besar akan menimbulkan masalah. Apabila murid yang ramai, jadi penumpuan dan bimbingan daripada guru agak berkurangan kerana jumlah murid
  • 8. yang ramai. Di dalam kumpulan yang besar, terdapat juga murid yang akan mengeluarkan pendapat beliau, tetapi mereka tidak berpeluang disebabkan kumpulan yang besar. Selain daripada itu juga, melalui pendekatan ini, murid- murid hanya akan mendapat maklumat yang terbatas, iaitu hanya berpeluang mendapat maklumat daripada kawan- kawan yang sama dengan pendapatnya sahaja. Dengan kata lain, pengembangan ilmu tersekat kerana hanya melibatkan pendapat daripada murid- murid sahaja. Akhirnya, pendekatan pemusatan murid ini akan dimonopoli oleh murid yang suka berbicara sahaja. Apabila murid yang suka bercakap, sememangnya dia akan bercakap apa sahaja tanpa menghiraukan kawan- kawan yang lain. Biasanya berlaku di sekolah rendah kerana mereka belum dapat menyemai sikap toleransi dalam diri mereka. Murid yang pasif atau pemalu tidak akan berpeluang untuk menyatakan pendapat atau idea mereka. Seterusnya mereka akan berasa tidak dihargai dan semakin bermotivasi yang rendah. 4.0 Penutup Sebagai seorang guru kita mestilah pandai memilih dan menyusun strategi sebelum meneruskan tugas di bilik darjah. Ini kerana banyak kepentingan yang boleh dicapai dengan penyusunan strategi yang sistematik. Dengan pemilihan strategi yang sistematik , maka proses penyampaian maklumat di bilik darjah akan lebih bermakna dan berjalan dengan lancar. Objektif yang dirancang juga turut tercapai dengan adanya penyusunan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. Begitu juga dengan pendekatan, tidak kurang pentingnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang diambil haruslah bersesuaian dengan tahap dan keadaan murid itu sendiri. Guru perlulah bijak merencanakan pendekatan yang akan digunakan dalam sesuatu proses penyampaian ilmu di bilik darjah. Ini bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran akan lebih seronok dan menjadi satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Apabila suasana pengajaran dan pembelajaran berkesan, maka ilmu yang dipelajari akan kukuh di ingatan murid dan seterusnya objektif yang dirancang akan tercapai.
  • 9. Pendekatan juga amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana dengan adanya pendekatan yang sesuai, proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi menyeronokkan di kalangan pelajar. Objetif pelajaran yang dirancang juga akan tercapai dengan mudah jika semuanya berjalan dengan lancar. Pendekatan pemusatan murid amat sesuai dijalankan kerana pendekatan ini mendatangkan kesan yang positif di kalangan murid terutamanya ketika belajar di kelas. Refleksi Selepas pengajaran dan pembelajaran, semua murid dapat menyebut maksud Allah bersifat wujud dengan baik dan betul. Manakala terdapat seorang murid yang berusia empat tahun belum dapat membezakan antara benda- benda ciptaan Allah dan ciptaan manusia. Murid ini akan dibimbing di luar waktu pengajaran dan pembelajaran nanti. Didapati juga murid cukup seronok bernasyid walaupun tidak dapat menyebut perkataan- perkataan yang terdapat dalam nasyid tersebut. Perkara ini berlaku kerana persekitaran murid yang beragama Islam di sini adalah dikelilingi oleh golongan bukan Islam, jadi mereka kurang mendapat pendedahan tentang agama islam kecuali di sekolah sahaja. Tambahan pula, seruan azan juga tidak dapat didengari di sini. Secara kesimpulannya saya akan cuba membimbing mereka sedaya upaya bagi mendekatkan mereka ke dalam biah islam.
  • 10. Rujukan Eh Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Kamus Dewan (1998). Kuala Lumpur: Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. www.rujuknota.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-strategipemusatanmurid.html www.jongbatu.wordpress.com/2011/03/10/strategik-pemusatan-murid/ www.slideshare.net/profmadyadrhjsuaidi/potensi-strategipendekatan-mengoptimumkan-pp- 287675