Panduan umum memberikan garis panduan berkaitan waktu persekolahan, pakaian seragam, kebersihan rambut dan kesihatan murid bagi tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. Waktu persekolahan adalah antara pukul 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari untuk hari Isnin hingga Rabu, dan lebih awal pada hari Khamis dan Jumaat. Pakaian seragam terdiri daripada baju dan sel
1. SK SERI BIDOR,
JALAN PERSATUAN,
35500 BIDOR, PERAK
PANDUAN UMUM BAGI MURID TAHUN SATU 2013
1.0 WAKTU PERSEKOLAHAN.
1.1 Loceng pertama dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Semua murid diminta beratur di tapak
perhimpunan.
1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
HARI WAKTU P & P WAKTU REHAT CATATAN
ISNIN , SELASA
DAN RABU
7.30 PAGI – 12.50
PETANG
10.00 – 10.20 PAGI
KHAMIS
7.30 PAGI – 12.20
PETANG
10.00 – 10.20 PAGI
JUMAAT
7.30 PAGI – 11.50
TENGAH HARI
9.30 – 9.50 PAGI
1.3 Ibu bapa atau Penjaga dibenarkan menghantar anak-anak hingga ke kelas pada minggu
pertama dan kedua sahaja. Selepas tempoh itu, ibu bapa dan penjaga hanya boleh
menghantar dan menunggu anak-anak di hadapan pintu pagar sekolah.
1.4 Ibu bapa dan penjaga boleh berjumpa dengan anak-anak pada waktu rehat hanya di kawasan
kantin sekolah setelah mendapat kad kebenaran daripada pondok pengawal keselamatan.
2.0 PAKAIAN MURID LELAKI
2.1 Baju kemeja berwarna putih lengan pendek atau panjang.
2.2 Seluar panjang berwarna biru tua.
2.3 Tali pinggang berwarna hitam sahaja (kepala kecil- tidak melebihi 3 cm)
2.4 Stoking putih atau putih bertapak hitam.
2.5 Kasut kanvas putih ( bertali atau ‘zap on’)
2.6 Tanda nama (bahagian atas poket) dan lencana sekolah (pada poket)
3.0 PAKAIAN MURID PEREMPUAN
3.1 Baju kurung berwarna putih dan berkain warna biru tua (murid Islam)
3.2 Tudung berwarna putih, anak tudung berwarna hitam atau putih.
3.3 Skaf tidak dibenarkan.
3.4 Lencana dan tanda nama dijahit pada sebelah kiri tudung (tanda nama di atas, lencana di
bawah)
3.5 Baju gaun ‘pinafore’ berwarna biru tua, kemeja putih lengan pendek atau panjang (murid
bukan Islam)
3.6 Lencana dan tanda nama dijahit di sebelah kiri gaun ‘pinafore’.( tanda nama di atas, lencana di
bawah)
3.7 stoking putih atau bertapak hitam.
3.8 Kasut kanvas putih ( bertali atau ‘zap on’)
** Murid bukan Islam juga boleh memakai baju kurung putih dan berkain biru tua tanpa tudung
kepala. Lencana dijahit di sebelah kiri baju kurung. (tanda nama di atas, lencana di bawah)
2. 4.0 PAKAIAN WAKTU PJK DAN AKTIVITI SUKAN
4.1 T-shirt sekolah lengan pendek atau panjang.
4.2 Seluar track hitam atau biru tua.
4.3 Kaki baju di dalam seluar.
4.4 Stoking putih.
4.5 Kasut putih.
5.0 RAMBUT MURID LELAKI
5.1 Murid lelaki mesti berambut pendek, kemas dan disikat rapi.
5.2 Kepala tidak boleh dibotakkan.
5.3 Rambut berwarna, berjambul dan berfesyen tidak dibenarkan.
5.4 Murid boleh memakai songkok hitam sahaj semasa berada di dalam kawasan sekolah.
6.0 RAMBUT MURID PEREMPUAN (TIDAK BERTUDUNG)
6.1 Rambut tidak boleh menutup mata.
6.2 Rambut panjang mesti diikat/ didandan dengan getah/reben hitam.
6.3 Rambut berwarna tidak dibenarkan.
7.0 KESIHATAN MURID
7.1 Ibu bapa dan Penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas sekiranya anak mereka
menghidapi penyakit kronik atau kecacatan dengan mengemukakan surat pengesahan doktor.
7.2 Murid yang tidak sihat dinasihatkan berehat di rumah terutamanya penyakit yang mudah
berjangkit.
7.3 Pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang sakit untuk dibawa ke
klinik atau hospital. Sila dapatkan surat rawatan di pejabat sekolah.
8.0 PERKARA-PERKARA LAIN
8.1 Murid dilarang membawa telefon bimbit atau alat-alat elektronik .
8.2 Murid dilarang memakai barang kemas dan seumpamanya.
8.3 Murid perlu menggunakan pintu pagar kecil di bahagian belakang dan pintu utama ketika hadir
ke sekolah.
8.4 Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berada di tepi kelas semasa proses P & P berlangsung.
Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada pihak sekolah melalui telefon 05-4341568.