SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 33
Downloaden Sie, um offline zu lesen
ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA
KERUNTUHAN AKHLAK
CIK ASNUURIEN NAJMA BT AHMAD
Gejala Dekadensi* Moral
• Pelbagai isu berkaitan masalah keruntuhan
moral dikalangan remaja telah muncul. Setelah
dikejutkan dengan isu keganasan para pelajar
sekolah yang bertindak membakar sekolah isu
ini semakin hangat diperkatakan. Masalah ini
muncul disebabkan oleh pelbagai punca yang
akan dibincangkan serta cadangan yang boleh
dilaksanakan ke arah mengatasinya.
* kemerosotan (nilai, mutu dsb) atau kemunduran berbanding dgn
keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb).
Akhlak
• Akhlak merupakan perkataan Arab yang bererti
sifat, perangai atau kelakuan seseorang.
• Akhlak menceritakan mengenai sikap atau
kelakuan seseorang berkaitan hubungannya
dengan Tuhan, hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan alam sekitar dan binatang.
• Akhlak muslim yang baik haruslah baik
hubungannya dengan Allah bahkan juga dengan
manusia, binatang dan alam sekitar.
Perkara-perkara Yang Wajib dijaga
Dalam Islam

 Islam telah menetapkan supaya kita menjaga
kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang
kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun
spiritual. Antara perkara yang wajib dijaga ialah :
i. Memelihara agama : Ini bermaksud menjaga
diri daripada melakukan sesuatu yang boleh
merosakkan imannya. Seorang muslim haruslah
mempertahankan Islam dan syiar-syiarnya.
ii. Menjaga nyawa : Ini perlu dipelihara dengan
memelihara diri daripada perkara yang boleh
menyebabkan kematian seperti memakan sesuatu
yang boleh membunuh atau membahayakan diri
sendiri atau yang boleh mendatangkan penyakit.
Samb…
iii. Memelihara keselamatan badan : Tubuh
badan manusia perlu dipelihara dari melakukan
perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan
akal sama ada diri sendiri atau diri orang lain.
iv. Memelihara keturunan/maruah : Individu
muslim perlulah memastikan keturunannya atau
maruah dirinya dipelihara dari perkara yang boleh
membinasakan atau menjatuhkan maruahnya.
Perkara-perkara seperti zina, khalwat,
berkesedudukan antara contohnya seorang Muslim
yang tidak memelihara maruah.
Samb…
v.Memelihara harta : Dalam pemeliharaan
harta, Islam menggariskan pemeliharaan
harta ke atas harta muslim atau bukan Islam.
Justeru, mencuri, merompak perlu
dijauhkan.
Perilaku Keruntuhan Akhlak
 Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam
perilaku keruntuhan akhlak yang hebat diperkatakan
oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya :
i) Kerenggangan Dalam Keluarga
Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku
perpecahan dalam keluarga. Sebagai contohnya ibu
dan bapa selalu bergaduh, isteri tidak lagi mentaati
dan menghormati suami, anak-anak tidak
mendengar nasihat dan melawan cakap ibu bapa dan
sebagainya. Semua ini boleh mengundang kepada
keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan hidayat
Allah SWT. Perkara-perkara sedemikian sepatutnya
tidak berlaku terutama kepada umat Islam yang
sepatutnya mencontohi tauladan Rasulullah SAW
yang sangat mulia.
Samb…
ii) Penyalahgunaan Dadah
Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelbagai
masyarakat amat membimbangkan khususnya umat Islam.
Perkara ini telah menjadi satu masalah besar kepada negara.
Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang
masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak
kerajaan telah berusaha keras untuk menanggani masalah ini
yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk
membasminya. Berhubungan dengan itu kita juga telah
dikejutkan dengan kesan buruk pengambilan dadah iaitu HIV.
Kita tahu bahawa musuh-musuh Islam tidak suka melihat
perkembangan Islam yang telah maju kehadapan dalam banyak
segi. Mereka sentiasa mencari pelbagai cara bagi menjatuhkan
Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan
kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah
diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang di bawa oleh
musuh-musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar
kemewahan, kadangkala kita terlupa tentang jerat yang menanti
kita.
Samb…
iii) Seks Bebas
 Seks bebas yang dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan mereka
terlalu bebas melihat perlakuan itu di majalah, menonton video
lucah dan internet. Masalah seks bebas yang bukan saja berlaku
terhadap individu daripada keluarga berpendapatan rendah, malah
sebahagiannya berlaku di kalangan orang berada dan keluarga yang
mempunyai latar belakang baik. Selain itu perlakuan ini bukan
sahaja berlaku kepada keluarga miskin tetapi zaman `dunia tanpa
sempadan' tidak mengira miskin atau kaya, remaja perempuan
berumur 9 tahun pun sudah ada perasaan terhadap seks.
 Dalam pada itu, mengikut kajian Pensyarah Psikologi, universiti
tempatan, R Ismail, pengaruh sosial seperti masyarakat sekeliling
dan media merupakan punca yang menyebabkan remaja mudah
terjerumus dalam seks bebas. Kajian beliau menjelaskan, apabila
golongan remaja berkawan dengan orang yang tidak mempunyai
akhlak dan tingkah laku yang baik, sudah pasti mereka akan terikut
perbuatan orang itu.
• Kawan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat
dan boleh merubah corak kehidupan seorang remaja
yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa.
Masyarakat yang celik terhadap teknologi maklumat
memang bagus tetapi konsep itu telah disalahgunakan
oleh para remaja. Oleh itu peranan Islam adalah satu
cara untuk menghalang dari perbuatan terkutuk itu.
iv) Sumbang Mahram
 Sejak sedekad ini, isu sumbang mahram merupakan isu yang
telah banyak diperbincangkan dalam pelbagai peringkat seperti
seminar, forum, simposium bahkan sehingga ke kabinet.
Perbagai langkah juga mula dilaksanakan dengan begitu drastik
sehingga Kabinet telah meluluskan hukuman maksimum 20
tahun penjara ke 30 tahun penjara bagi penjenayah rogol
sumbang Mahram ini di samping hukuman sebatan sekalipun
berumur atas 50 tahun (Berita Harian, 28 Jun 2003).
 Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks yang
melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada yang
berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan seperti
perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial sumbang
mahram ini merupakan salah satu daripada berjenis-jenis gejala
sosial yang selari dengan yang lainnya.Bezanya gejala ini
dianggap besar kerana melampaui batas-batas kemanusiaan dan
keinsanan sama ada daripada kacamata manusia mahupun
agama.
Antara faktor-faktor Sumbang Mahram ialah :
a) Tahap Iman Yang Lemah
 Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang
mahram mengetahui dosa perlakuan tersebut.
Disebabkan oleh kelemahan iman menyebabkannya
dalam keadaan-keaadaan tertentu nafsunya mengatasi
kewarasan.
 Godaan nafsu seperti ini sentiasa berlaku dan
dorongan faktor-faktor luaran yang mengarahkan
kepada dosa tersebut menggalakkan lagi dorongan
tersebut.
 Hal godaan nafsu ini pernah diperingatkan oleh Allah
S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud:
"sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh
melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang
telah diberi rahmat oleh Tuhan”.
b) Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan
Suami
 Sewaktu awal perkahwinan, isteri mesti menunaikan
kewajipan melayan suaminya ini dengan sempurna.
Apabila telah sampai peringkat 40-an apatah lagi jika
isteri berkahwin semula dengan lelaki yang lebih
muda, tahap layanan ini berkurangan atas sebabsebab biologi mereka.
 Ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan
antara keperluan suami dan kegagalan isteri. Sebagai
contoh, seorang suami mempunyai keinginan
terhadap isterinya tetapi isteri tidak mampu melayan
kerana penat dan sakit-sakit.
 Kelemahan iman dan kurangnya pengetahuan agama
menyebabkan suami bertindak memuaskan nafsu
terhadap anaknya.
c) Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam
Keluarga
 Islam telah mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak
boleh masuk ke bilik ibu bapa mereka sesuka hati apabila
telah mumayyiz apatahlagi setelah baligh. Larangan ini
berkait rapat dengan penjagaan aurat dan penjagaan
rahsia sulit perkahwinan di antara ibu bapa dan anakanak.
 Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah
S.W.T. yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang
belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada
kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga
masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika
kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari,
dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi
kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).
v) Individualistik
 Masyarakat yang mementingkan sikap individualistik turut
dilihat sebagai punca golongan belia luntur pegangan nilai-nilai
murni mereka.
 Ini kerana dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai yang
murni dalam kehidupan secara berkelompok seperti tolongmenolong, hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan
sebagainya tidak ditonjol atau didedahkan kepada golongan
belia. Mereka lebih gemar melakukan kerja-kerja secara
bersendirian atau menghabiskan sedikit wang ringgit untuk
menyelesaikan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh dilakukan
bersama-sama dalam masyarakat.
 contohnya aktiviti gotong royong membersihkan masjid, surau,
balairaya dan sebagainya. Akibatnya belia jarang duduk bersama
dan berbincang mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Sikap ramah mesra, muhibah dan kasih sayang tidak wujud
dalam diri individu tersebut, sedangkan dalam Islam
menggalakkan hubungan silaturrahim.
vi) Materialistik
 Apabila sebut perkataan materialisme, maka apa yang
difahamkan oleh masyarakat ialah sifat kebendaan dari
segi mengutamakan soal-soal kekayaan harta benda.
Justeru, sifat materialistik merujuk pada soal-soal
kewangan.
 Maknanya pertimbangan yang diutamakan dalam
kehidupan ialah wang dan harta benda. Tetapi hakikatnya
ialah ada satu lagi makna materialisme iaitu yang
berkaitan dengan falsafah pemikiran moden.
 Materialisme yang dimaksudkan ialah fahaman bahawa
kewujudan hanyalah dalam bentuk benda. Menurut
fahaman ini, tidak ada kewujudan lain daripada benda.
Justeru, tidak ada roh atau perkara-perkara ghaib seperti
dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, syaitan, iblis, jin
dan seumpamanya.
 Pemikiran moden Barat berasaskan pada
materialisme baik yang lahir dalam bentuk sains
fizikal atau sains sosial.
 Muncul konsep materialisme dialektik yang menjadi
asas pemikiran sosial sains kiri. Kedua-dua konsep
materialisme ini dapat dilihat bertentangan dengan
pemikiran Islam.
 Dalam Islam, seseorang tidak boleh bersifat
materialistik. Konsep-konsep seperti zakat, sedekah,
korban, akikah, haji, rezeki, halal dan haram
menunjukkan bahawa keutamaan dalam kehidupan
Islam bukannya harta benda tetapi adalah jiwa.
 Maknanya dengan memperoleh harta, seseorang
mesti melepaskannya dalam bentuk zakat, sedekah,
korban, akikah dan haji. Rezeki pula hendaklah bersih
dan halal. Maknanya, sifat materialistik harus
ditundukkan kepada tuntutan Islam dalam bentuk
fiqh dan tasawuf.
v) Rasuah
 Rasuah memang satu penyakit dalam masyarakat
seumpama bahayanya barah dalam tubuh manusia.
Penyakit barah sebenar yang memenuhi ciri-cirinya adalah
suatu keadaan perubatan yang menggerunkan serta
penanda noktah kepada hayat pengidapnya kecuali
beberapa jenis sekiranya dikesan awal. Begitu juga dengan
pengamalan rasuah. Ia pasti akan memusnahkan ekonomi
sesebuah Negara. Amalan keji itu melibatkan dua golongan
satunya adalah penerima manakala yang satu lagi adalah
penyuapnya.
 Biasanya ia melibatkan perlanggaran atau demi mengelak
dari diambil hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.
Dalam kebanyakan kes, negara secara amnya mengalami
kerugian besar perolehan hasil ekoran daripada perlakuan
yang sering dimulakan oleh pihak penguasa sendiri.
Pesalah hanya akan menawar ia sebagai jalan keluar
sekiranya tiada peluang budi bicara digunakan.
 Semakin banyak undang-undang yang dicipta serta
Akta yang dipinda, semakin luas dan mewah pula
perlakuan rasuah. Sedarkah kita bagaimana jenayah
yang dilakukan kaum bukan Islam kerap kali berakhir
di balai polis sahaja tanpa perlu dihadapkan ke
mahkamah untuk menegakkan keadilan. Tentu sahaja
wang sehingga ribuan ringgit berpindah tangan
mengikut kadar jenayah yang dilakukan.
 Allah swt telah berfirman:
 "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah,
dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
 Pelbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu
melakukan perbuatan jenayah rasuah. Antaranya
disebabkan oleh:
i. Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin
cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan
tanpa mengira halal haram.
 Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai
material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya
sebagai yang diamanahkan dengan kuasa dan
pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu
mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan
perbuatan rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah
melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan
hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu
bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak
itu.
ii.sikap hidup yang suka bermegah-megah
dan bermewah-mewah menjadi amalan.
Perbelanjaan hidup pula melebihi pendapatan
hinggakan terpaksa berhutang di sana sini.
Malah ada yang sanggup berhutang dengan
chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat
bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
iii.Kurang penghayatan ilmu agama.
 Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan,
kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan
hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi
antara faktor yang menyebabkan seseorang itu
bergelumang dalam jenayah rasuah.
 Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang
tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai
yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilainilai suci dalam agama mendorong seseorang itu
melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah.
Justeru itu, individu seperti ini akan
memperhambakan dirinya kepada nafsu yang
mengongkong kehidupannya.
iv. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan
 Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya
penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan
mana-mana individu yang didorong oleh unsurunsur yang tidak sihat akan mengambil
kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan
penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
 Kurangnya komitmen kepimpinan untuk
mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan
ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut
untuk menjadi tidak popular, menyebabkan
keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak
penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak
oleh pegawai atasannya akan juga membuka
banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
v. Kelemahan Peraturan atau Sistem
Pelaksanaan Kerja.
 Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan
kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan
kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah
Jabatan /
 Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan
kakitangannya.
 Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan
sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua
kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara
kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat
penting.
Faktor Keruntuhan Akhlak
• Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam
masyarakat hari ini berpunca daripada pelbagai
faktor. Faktor ini bolehlah dihuraikan seperti berikut :
1. Iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam
permasalahan ini adalah kelemahan iman dan
kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya
kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang
syiar Islam menyumbang kepada masalah moral.
2. Nilai dan budaya kuning dan Barat. Budaya dan
pengaruh yang tidak bersesuaian dengan Islam
seperti sekularisme, liberalisme dan lain-lain
pengaruh telah berjaya mempengaruhi umat Islam.
• Budaya hedonisma dan materialisme.
Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok
mengikut hawa nafsu dan inginkan kemewahan
dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah
ini. Remaja khususnya hanya akan memikirkan
keseronokan tanpa mempedulikan ajaran agama
yang sebenar.
• Sikap ibu bapa yang kurang prihatin.
Kesibukan ibubapa dengan tugasan harian
terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan
ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa
kawalan. Bahkan ada ibubapa yang tidak
mempedulikan tingkah laku anak-anak dengan
melimpahkan kemewahan kepada mereka.
5. Pergaulan bebas. Percampuran bebas antara
lelaki dan perempuan juga membawa kepada
masalah sosial yang teruk. Tiada batasan dalam
hubungan boleh mengakibatkan terjadinya
masalah akhlak yang teruk.
Langkah Ke Arah Mengatasi
• Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah
saw telah bersabda yang bermaksud “ Bagi setiap penyakit
ada ubatnya ”. justeru bagi mengatasi masalah gejala
keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam kita perlulah
memberi perhatian kepada perkara berikut :
1.Memberi didikan Islam yang sebenar. Pendidikan
agama merupakan asas yang paling penting bagi
membentuk jatidiri muslim yang sebenar. Kefahaman
agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah akan
menanamkan dalam diri insan sifat taqwa kepada Allah.
Dan taqwalah yang akan membezakan antara setiap
muslim.
2.Tanggungjawab ibubapa. Ibubapa perlulah memberikan
perhatian yang sewajarnya kepada anak mereka. Walau sibuk
dengan tugasan harian tanggungjawab mendidik anak tidak
boleh diabaikan sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh
Islam.

3.Sikap Prihatin masyarakat. Masyarakat Islam yang baik
adalah masyarakat yang akan memastikan setiap anggota
masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan
moral. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang
bermaksud “Barangsiapa antara kamu yang melihat
kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya,
sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan
sekiranya masih tidak mampu maka cegahlah di dalam
hatinya ..dan itu adalah selemah-lemah iman ”.
4. Mengawal media massa. Pelbagai alat sebaran yang
muncul hari ini seperti televisyen, suratkhabar, majalah
boleh menjadi agen yang paling berpengaruh ke arah
keruntuhan akhlak. Namun ia juga boleh menjadi agen
dakwah yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan
yang sewajarnya perlulah ke arah memastikan akhlak
remaja dapat dikawal.
• Masalah keruntuhan akhlak remaja tidak akan dapat
diatasi tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
Setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan
masing-masing. Ianya dapat diatasi dengan penuh
hikmah .
Implikasi Keruntuhan Akhlak
• Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh
membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah
lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS
masih belum ditemui dengan jayanya.
• Demikian juga dengan penagihan dadah, ia merupakan
satu malapetaka besar yang menimpa masyarakat Islam
yang mana ia telah melumpuhkan sama sekali remaja yang
sangat diperlukan oleh negara. Begitu juga dengan
vandalisme yang melibatkan harta benda awam yang besar
nilainya.
• Sumbang mahram pula, selain dari mengancam
keselamatan keturunan ia juga menyebabkan kehancuran
rumahtangga. Rumahtangga menjadi tidak selamat untuk
didiami. Dengan berlakunya sumbang mahram,
kerukunan, kebahagiaan dan kedamaian rumahtangga
terjejas dengan teruknya dan institusi keluarga berada di
dalam keruntuhan.
• Demikian juga dengan bersekududukan, ini juga
mengancam keselamatan keturunan. Contohnya orang
yang bersekedudukan hingga melahirkan anak dan anakanak ini tidak sah hubungan dengan bapanya. Sekiranya
orang yang bersekedudukan itu tidak mahukan anak
sedangkan dia telah mengandung maka akan timbul pula
masalah lain, antaranya pengguguran.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...
ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...
ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...Kelvin WC
 
Teori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosialTeori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosialElyana Aziz
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaNilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaZarina Zam
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratDaniel Hoo Ting Chiang
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovwan nurul uliana
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Was ist angesagt? (20)

ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...
ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...
ELMK3033 Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ...
 
Teori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosialTeori kemoralan sosial
Teori kemoralan sosial
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaNilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan baratPerbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
Perbandingan falsafah pendidikan timur dan barat
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Bab 3
Bab 3 Bab 3
Bab 3
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Andere mochten auch

02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporari02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporarivia_86
 
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradabanKuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradabanJaxy Peilun
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanRaja Rosenani
 
Bab 1 hegemoni barat
Bab 1 hegemoni baratBab 1 hegemoni barat
Bab 1 hegemoni baratChuah Lim
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newKero Nuex
 
Ceramah Keruntuhan Akhlak
Ceramah Keruntuhan AkhlakCeramah Keruntuhan Akhlak
Ceramah Keruntuhan Akhlak9w2vsi
 
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)iezaku
 
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasiFatin Nur Athirah
 
CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6hakimizaki
 
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaBab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaMohd Nizam Mohd Zan
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariAminah Rahmat
 
Hrm.part.2
Hrm.part.2Hrm.part.2
Hrm.part.2Nns Teo
 
Isu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikanIsu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikanNIENAAINIE
 
Pel 28 akal cahaya hidup
Pel 28 akal cahaya hidupPel 28 akal cahaya hidup
Pel 28 akal cahaya hidupShaheed Azhar
 
Andere mochten auch (20)

02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporari02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporari
 
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradabanKuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Titas ppg
Titas ppgTitas ppg
Titas ppg
 
Bab 1 hegemoni barat
Bab 1 hegemoni baratBab 1 hegemoni barat
Bab 1 hegemoni barat
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
 
Ceramah Keruntuhan Akhlak
Ceramah Keruntuhan AkhlakCeramah Keruntuhan Akhlak
Ceramah Keruntuhan Akhlak
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
Slide powerpoint (isu keselamatan pelajar)
 
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
 
Hegemoni barat
Hegemoni baratHegemoni barat
Hegemoni barat
 
CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6
 
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaBab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporari
 
Kuliah 6
Kuliah 6Kuliah 6
Kuliah 6
 
Hrm.part.2
Hrm.part.2Hrm.part.2
Hrm.part.2
 
Isu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikanIsu isu moral dalam pendidikan
Isu isu moral dalam pendidikan
 
Pel 28 akal cahaya hidup
Pel 28 akal cahaya hidupPel 28 akal cahaya hidup
Pel 28 akal cahaya hidup
 
Pluralisme
PluralismePluralisme
Pluralisme
 
Ähnlich wie ISU AKHLAK

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamnurhidayahsham
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasFreddy Then
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasPryses Jaklyn
 
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangGerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangKetut Darmanto Saputro
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMChittana Som Sak
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
Penyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosialPenyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosialKhairun Najmi
 
Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Dhaus Pidot
 
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikanMakalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikanAnas Wibowo
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanNaveen Segaran
 
Kelompok 5.pptx
Kelompok 5.pptxKelompok 5.pptx
Kelompok 5.pptxhariacobra
 
aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI
aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI
aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI Ella BeSister
 
Ähnlich wie ISU AKHLAK (20)

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebas
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
 
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilangGerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
Gerakan kepanduan hizbul wathan menemukan karakter bangsa yang hilang
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Aisy makalah
Aisy makalahAisy makalah
Aisy makalah
 
Penyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosialPenyimpangan dan pengendalian sosial
Penyimpangan dan pengendalian sosial
 
Pi assignment 100%
Pi assignment 100%Pi assignment 100%
Pi assignment 100%
 
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikanMakalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
Makalah syariat islam dalam kebijakan pendidikan
 
titas
titastitas
titas
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
Kelompok 5.pptx
Kelompok 5.pptxKelompok 5.pptx
Kelompok 5.pptx
 
Sosial Budaya
Sosial BudayaSosial Budaya
Sosial Budaya
 
Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2
 
Seks bebas
Seks bebasSeks bebas
Seks bebas
 
aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI
aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI
aqidah akhlak - akhlak tercela kelas XI
 
Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2
 
Mehr von As Nuurien Najma

Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badanCeramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badanAs Nuurien Najma
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alAs Nuurien Najma
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
Mehr von As Nuurien Najma (20)

Proses kemerdekaan
Proses kemerdekaanProses kemerdekaan
Proses kemerdekaan
 
Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badanCeramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
Ceramah komunikasi bukan lisan dan sopan santun bahasa badan
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Mercy malaysia
Mercy malaysiaMercy malaysia
Mercy malaysia
 
Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut al
 
KURIKULUM AL FARABI
KURIKULUM AL FARABIKURIKULUM AL FARABI
KURIKULUM AL FARABI
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Kürzlich hochgeladen

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Kürzlich hochgeladen (20)

LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
ISU AKHLAK

  • 1. ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA KERUNTUHAN AKHLAK CIK ASNUURIEN NAJMA BT AHMAD
  • 2. Gejala Dekadensi* Moral • Pelbagai isu berkaitan masalah keruntuhan moral dikalangan remaja telah muncul. Setelah dikejutkan dengan isu keganasan para pelajar sekolah yang bertindak membakar sekolah isu ini semakin hangat diperkatakan. Masalah ini muncul disebabkan oleh pelbagai punca yang akan dibincangkan serta cadangan yang boleh dilaksanakan ke arah mengatasinya. * kemerosotan (nilai, mutu dsb) atau kemunduran berbanding dgn keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb).
  • 3. Akhlak • Akhlak merupakan perkataan Arab yang bererti sifat, perangai atau kelakuan seseorang. • Akhlak menceritakan mengenai sikap atau kelakuan seseorang berkaitan hubungannya dengan Tuhan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam sekitar dan binatang. • Akhlak muslim yang baik haruslah baik hubungannya dengan Allah bahkan juga dengan manusia, binatang dan alam sekitar.
  • 4. Perkara-perkara Yang Wajib dijaga Dalam Islam  Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang wajib dijaga ialah : i. Memelihara agama : Ini bermaksud menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imannya. Seorang muslim haruslah mempertahankan Islam dan syiar-syiarnya. ii. Menjaga nyawa : Ini perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara yang boleh menyebabkan kematian seperti memakan sesuatu yang boleh membunuh atau membahayakan diri sendiri atau yang boleh mendatangkan penyakit.
  • 5. Samb… iii. Memelihara keselamatan badan : Tubuh badan manusia perlu dipelihara dari melakukan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal sama ada diri sendiri atau diri orang lain. iv. Memelihara keturunan/maruah : Individu muslim perlulah memastikan keturunannya atau maruah dirinya dipelihara dari perkara yang boleh membinasakan atau menjatuhkan maruahnya. Perkara-perkara seperti zina, khalwat, berkesedudukan antara contohnya seorang Muslim yang tidak memelihara maruah.
  • 6. Samb… v.Memelihara harta : Dalam pemeliharaan harta, Islam menggariskan pemeliharaan harta ke atas harta muslim atau bukan Islam. Justeru, mencuri, merompak perlu dijauhkan.
  • 7. Perilaku Keruntuhan Akhlak  Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku keruntuhan akhlak yang hebat diperkatakan oleh masyarakat akhir-akhir ini antaranya : i) Kerenggangan Dalam Keluarga Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku perpecahan dalam keluarga. Sebagai contohnya ibu dan bapa selalu bergaduh, isteri tidak lagi mentaati dan menghormati suami, anak-anak tidak mendengar nasihat dan melawan cakap ibu bapa dan sebagainya. Semua ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh dari rahmat dan hidayat Allah SWT. Perkara-perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku terutama kepada umat Islam yang sepatutnya mencontohi tauladan Rasulullah SAW yang sangat mulia.
  • 8. Samb… ii) Penyalahgunaan Dadah Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelbagai masyarakat amat membimbangkan khususnya umat Islam. Perkara ini telah menjadi satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menanggani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk pengambilan dadah iaitu HIV. Kita tahu bahawa musuh-musuh Islam tidak suka melihat perkembangan Islam yang telah maju kehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari pelbagai cara bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang di bawa oleh musuh-musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kemewahan, kadangkala kita terlupa tentang jerat yang menanti kita.
  • 9. Samb… iii) Seks Bebas  Seks bebas yang dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan mereka terlalu bebas melihat perlakuan itu di majalah, menonton video lucah dan internet. Masalah seks bebas yang bukan saja berlaku terhadap individu daripada keluarga berpendapatan rendah, malah sebahagiannya berlaku di kalangan orang berada dan keluarga yang mempunyai latar belakang baik. Selain itu perlakuan ini bukan sahaja berlaku kepada keluarga miskin tetapi zaman `dunia tanpa sempadan' tidak mengira miskin atau kaya, remaja perempuan berumur 9 tahun pun sudah ada perasaan terhadap seks.  Dalam pada itu, mengikut kajian Pensyarah Psikologi, universiti tempatan, R Ismail, pengaruh sosial seperti masyarakat sekeliling dan media merupakan punca yang menyebabkan remaja mudah terjerumus dalam seks bebas. Kajian beliau menjelaskan, apabila golongan remaja berkawan dengan orang yang tidak mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik, sudah pasti mereka akan terikut perbuatan orang itu.
  • 10. • Kawan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan boleh merubah corak kehidupan seorang remaja yang boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Masyarakat yang celik terhadap teknologi maklumat memang bagus tetapi konsep itu telah disalahgunakan oleh para remaja. Oleh itu peranan Islam adalah satu cara untuk menghalang dari perbuatan terkutuk itu.
  • 11. iv) Sumbang Mahram  Sejak sedekad ini, isu sumbang mahram merupakan isu yang telah banyak diperbincangkan dalam pelbagai peringkat seperti seminar, forum, simposium bahkan sehingga ke kabinet. Perbagai langkah juga mula dilaksanakan dengan begitu drastik sehingga Kabinet telah meluluskan hukuman maksimum 20 tahun penjara ke 30 tahun penjara bagi penjenayah rogol sumbang Mahram ini di samping hukuman sebatan sekalipun berumur atas 50 tahun (Berita Harian, 28 Jun 2003).  Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks yang melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada yang berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan seperti perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial sumbang mahram ini merupakan salah satu daripada berjenis-jenis gejala sosial yang selari dengan yang lainnya.Bezanya gejala ini dianggap besar kerana melampaui batas-batas kemanusiaan dan keinsanan sama ada daripada kacamata manusia mahupun agama.
  • 12. Antara faktor-faktor Sumbang Mahram ialah : a) Tahap Iman Yang Lemah  Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa perlakuan tersebut. Disebabkan oleh kelemahan iman menyebabkannya dalam keadaan-keaadaan tertentu nafsunya mengatasi kewarasan.  Godaan nafsu seperti ini sentiasa berlaku dan dorongan faktor-faktor luaran yang mengarahkan kepada dosa tersebut menggalakkan lagi dorongan tersebut.  Hal godaan nafsu ini pernah diperingatkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud: "sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhan”.
  • 13. b) Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami  Sewaktu awal perkahwinan, isteri mesti menunaikan kewajipan melayan suaminya ini dengan sempurna. Apabila telah sampai peringkat 40-an apatah lagi jika isteri berkahwin semula dengan lelaki yang lebih muda, tahap layanan ini berkurangan atas sebabsebab biologi mereka.  Ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara keperluan suami dan kegagalan isteri. Sebagai contoh, seorang suami mempunyai keinginan terhadap isterinya tetapi isteri tidak mampu melayan kerana penat dan sakit-sakit.  Kelemahan iman dan kurangnya pengetahuan agama menyebabkan suami bertindak memuaskan nafsu terhadap anaknya.
  • 14. c) Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga  Islam telah mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak boleh masuk ke bilik ibu bapa mereka sesuka hati apabila telah mumayyiz apatahlagi setelah baligh. Larangan ini berkait rapat dengan penjagaan aurat dan penjagaan rahsia sulit perkahwinan di antara ibu bapa dan anakanak.  Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).
  • 15. v) Individualistik  Masyarakat yang mementingkan sikap individualistik turut dilihat sebagai punca golongan belia luntur pegangan nilai-nilai murni mereka.  Ini kerana dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai yang murni dalam kehidupan secara berkelompok seperti tolongmenolong, hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan sebagainya tidak ditonjol atau didedahkan kepada golongan belia. Mereka lebih gemar melakukan kerja-kerja secara bersendirian atau menghabiskan sedikit wang ringgit untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh dilakukan bersama-sama dalam masyarakat.  contohnya aktiviti gotong royong membersihkan masjid, surau, balairaya dan sebagainya. Akibatnya belia jarang duduk bersama dan berbincang mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Sikap ramah mesra, muhibah dan kasih sayang tidak wujud dalam diri individu tersebut, sedangkan dalam Islam menggalakkan hubungan silaturrahim.
  • 16. vi) Materialistik  Apabila sebut perkataan materialisme, maka apa yang difahamkan oleh masyarakat ialah sifat kebendaan dari segi mengutamakan soal-soal kekayaan harta benda. Justeru, sifat materialistik merujuk pada soal-soal kewangan.  Maknanya pertimbangan yang diutamakan dalam kehidupan ialah wang dan harta benda. Tetapi hakikatnya ialah ada satu lagi makna materialisme iaitu yang berkaitan dengan falsafah pemikiran moden.  Materialisme yang dimaksudkan ialah fahaman bahawa kewujudan hanyalah dalam bentuk benda. Menurut fahaman ini, tidak ada kewujudan lain daripada benda. Justeru, tidak ada roh atau perkara-perkara ghaib seperti dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, syaitan, iblis, jin dan seumpamanya.
  • 17.  Pemikiran moden Barat berasaskan pada materialisme baik yang lahir dalam bentuk sains fizikal atau sains sosial.  Muncul konsep materialisme dialektik yang menjadi asas pemikiran sosial sains kiri. Kedua-dua konsep materialisme ini dapat dilihat bertentangan dengan pemikiran Islam.  Dalam Islam, seseorang tidak boleh bersifat materialistik. Konsep-konsep seperti zakat, sedekah, korban, akikah, haji, rezeki, halal dan haram menunjukkan bahawa keutamaan dalam kehidupan Islam bukannya harta benda tetapi adalah jiwa.  Maknanya dengan memperoleh harta, seseorang mesti melepaskannya dalam bentuk zakat, sedekah, korban, akikah dan haji. Rezeki pula hendaklah bersih dan halal. Maknanya, sifat materialistik harus ditundukkan kepada tuntutan Islam dalam bentuk fiqh dan tasawuf.
  • 18. v) Rasuah  Rasuah memang satu penyakit dalam masyarakat seumpama bahayanya barah dalam tubuh manusia. Penyakit barah sebenar yang memenuhi ciri-cirinya adalah suatu keadaan perubatan yang menggerunkan serta penanda noktah kepada hayat pengidapnya kecuali beberapa jenis sekiranya dikesan awal. Begitu juga dengan pengamalan rasuah. Ia pasti akan memusnahkan ekonomi sesebuah Negara. Amalan keji itu melibatkan dua golongan satunya adalah penerima manakala yang satu lagi adalah penyuapnya.  Biasanya ia melibatkan perlanggaran atau demi mengelak dari diambil hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan. Dalam kebanyakan kes, negara secara amnya mengalami kerugian besar perolehan hasil ekoran daripada perlakuan yang sering dimulakan oleh pihak penguasa sendiri. Pesalah hanya akan menawar ia sebagai jalan keluar sekiranya tiada peluang budi bicara digunakan.
  • 19.  Semakin banyak undang-undang yang dicipta serta Akta yang dipinda, semakin luas dan mewah pula perlakuan rasuah. Sedarkah kita bagaimana jenayah yang dilakukan kaum bukan Islam kerap kali berakhir di balai polis sahaja tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menegakkan keadilan. Tentu sahaja wang sehingga ribuan ringgit berpindah tangan mengikut kadar jenayah yang dilakukan.  Allah swt telah berfirman:  "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
  • 20.  Pelbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Antaranya disebabkan oleh: i. Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram.  Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.
  • 21. ii.sikap hidup yang suka bermegah-megah dan bermewah-mewah menjadi amalan. Perbelanjaan hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
  • 22. iii.Kurang penghayatan ilmu agama.  Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.  Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilainilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.
  • 23. iv. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan  Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsurunsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
  • 24. v. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja.  Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan /  Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya.  Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.
  • 25. Faktor Keruntuhan Akhlak • Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor ini bolehlah dihuraikan seperti berikut : 1. Iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam permasalahan ini adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar Islam menyumbang kepada masalah moral. 2. Nilai dan budaya kuning dan Barat. Budaya dan pengaruh yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti sekularisme, liberalisme dan lain-lain pengaruh telah berjaya mempengaruhi umat Islam.
  • 26. • Budaya hedonisma dan materialisme. Kemunculan pelbagai pengaruh berseronok mengikut hawa nafsu dan inginkan kemewahan dunia semata-mata menggalakkan lagi masalah ini. Remaja khususnya hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan ajaran agama yang sebenar. • Sikap ibu bapa yang kurang prihatin. Kesibukan ibubapa dengan tugasan harian terutamanya yang bekerja telah mengakibatkan ramai anak-anak yang terkontang-kanting tanpa kawalan. Bahkan ada ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak dengan melimpahkan kemewahan kepada mereka.
  • 27. 5. Pergaulan bebas. Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan juga membawa kepada masalah sosial yang teruk. Tiada batasan dalam hubungan boleh mengakibatkan terjadinya masalah akhlak yang teruk.
  • 28. Langkah Ke Arah Mengatasi • Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud “ Bagi setiap penyakit ada ubatnya ”. justeru bagi mengatasi masalah gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam kita perlulah memberi perhatian kepada perkara berikut : 1.Memberi didikan Islam yang sebenar. Pendidikan agama merupakan asas yang paling penting bagi membentuk jatidiri muslim yang sebenar. Kefahaman agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah akan menanamkan dalam diri insan sifat taqwa kepada Allah. Dan taqwalah yang akan membezakan antara setiap muslim.
  • 29. 2.Tanggungjawab ibubapa. Ibubapa perlulah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak mereka. Walau sibuk dengan tugasan harian tanggungjawab mendidik anak tidak boleh diabaikan sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. 3.Sikap Prihatin masyarakat. Masyarakat Islam yang baik adalah masyarakat yang akan memastikan setiap anggota masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan moral. Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud “Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan sekiranya masih tidak mampu maka cegahlah di dalam hatinya ..dan itu adalah selemah-lemah iman ”.
  • 30. 4. Mengawal media massa. Pelbagai alat sebaran yang muncul hari ini seperti televisyen, suratkhabar, majalah boleh menjadi agen yang paling berpengaruh ke arah keruntuhan akhlak. Namun ia juga boleh menjadi agen dakwah yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan yang sewajarnya perlulah ke arah memastikan akhlak remaja dapat dikawal. • Masalah keruntuhan akhlak remaja tidak akan dapat diatasi tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Ianya dapat diatasi dengan penuh hikmah .
  • 31. Implikasi Keruntuhan Akhlak • Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih belum ditemui dengan jayanya. • Demikian juga dengan penagihan dadah, ia merupakan satu malapetaka besar yang menimpa masyarakat Islam yang mana ia telah melumpuhkan sama sekali remaja yang sangat diperlukan oleh negara. Begitu juga dengan vandalisme yang melibatkan harta benda awam yang besar nilainya.
  • 32. • Sumbang mahram pula, selain dari mengancam keselamatan keturunan ia juga menyebabkan kehancuran rumahtangga. Rumahtangga menjadi tidak selamat untuk didiami. Dengan berlakunya sumbang mahram, kerukunan, kebahagiaan dan kedamaian rumahtangga terjejas dengan teruknya dan institusi keluarga berada di dalam keruntuhan. • Demikian juga dengan bersekududukan, ini juga mengancam keselamatan keturunan. Contohnya orang yang bersekedudukan hingga melahirkan anak dan anakanak ini tidak sah hubungan dengan bapanya. Sekiranya orang yang bersekedudukan itu tidak mahukan anak sedangkan dia telah mengandung maka akan timbul pula masalah lain, antaranya pengguguran.