Minit mesyuarat skim pinjaman buku teks kali pertama 2012
1. MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS KALI PERTAMA 2012
Tarikh : 17 Januari 2012
Masa : 1.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBE
Kehadiran :
1. En. Mohamad Nasir bin Rejab (PK HEM)
2. Pn. Asmah Hanim binti Che Ani (Setiausaha SPBT)
3. Pn. Nizam Bee bt Abdul Majed (Penolong Setiausaha SPBT)
4. En. Abd Jamil b. Mohamad
5. Pn. Fatimah Zahrah bt Md Noor
6. Pn. Maisarah bt Ismail
7. Pn. Mazleen bt Mahdzan
8. Pn. Naimah bt Mohd Isa
9. Pn. Rozita bt Morat
10. Pn. Siti Mariam bt Abdul Razak
Tidak hadir bersebab:
1. Pn. Noriyah bt Abdul Rahman (Mesyuarat)
2. Pn. Rohazemah bt Lateh (Cuti Rehat)
3. Pn. Normala bt Abu Seman (Mesyuarat di JPN)
4. Pn. Rosnita bt Khamis (Mesyuarat di JPN)
Agenda 1: Ucapan Pengerusi
1.1 En. Mohamad Nasir b. Rejab memaklumkan beliau mewakili Pn. Noriyah bt Abdul
Rahman selaku pengerusi pada mesyuarat kali ini. Pengerusi mengalu-alukan
kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih.
1.2 Pengerusia memaklumkan terdapat beberapa program baru yang akan dibincangkan
bagi menambah aktiviti Unit SPBT.
1.3 Pengerusi juga melahirkan hasrat untuk bertanding bagi anugerah BOSS tahun ini.
Harapan pengerusi agar semua AJK dapat memberikan kerjasama agar Unit SPBT dapat
beroperasi dengan lancar dan cemerlang.
1.4 Pengerusi memaklumkan bilangan pelajar SKBE semasa ialah 268. Bagi pertukaran
dalam negeri pelajar dibenarkan membawa bersama-sama buku teks.
Untuk makluman: Semua AJK
2. Agenda 2: Pelantikan AJK 2012
2.1 Pelantikan AJK Unit SPBT bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
Pengerusi
Puan Noriyah Abd. Rahman
Naib Pengerusi
Encik Mohamad Nasir Rejab
Setiausaha
Puan Asmah Hanim Che Ani
Penolong Setiausaha
Puan Nizam Bee Abdul Majid
Ahli Jawatankuasa
Puan Maisarah Ismail
Puan Siti Mariam Abdul Razak
Puan Rohazemah Lateh
Puan Mazleen Mahdzan
Puan Rozita Morat
Encik Abdul Jamil Mohamad
Puan Rosnita Kamis
Puan Normala Abu Seman
Puan Fatimah Zahrah Md Noor
Puan Naimah Mohd Isa
Untuk makluman: Semua AJK
3. Agenda 3: Takwim Unit SPBT 2012
3.1 Takwim Unit SPBT 2012 adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Tarikh Tindakan
1. Gotong-royong membersihkan dan 11 Januari 2012 Kelab SPBT
mengemaskini sudut di dalam bilik SPBT.
1. Serahan fail SPBT-G kepada guru kelas 17 Januari 2012 Guru Kelas
untuk dikemaskini
2. Mesyuarat Unit SPBT kali 1 17 Januari 2012 Setiausaha SPBT
3. Spot Check Buku Teks 30 Januari 2012 AJK SPBT
4. Pelupusan buku teks dan aktiviti 11 Februari 2012 Setiausaha SPBT
5. Kemaskini fail dan stok 16 Februari 2012 Setiausaha SPBT
6. Program “Cintailah Buku Teks Kita” 3 Mac 2012 Setiausaha SPBT
1. Bacaan Ikrar
2. Pertandingan poster
3. Kempen membalut buku teks
7. Spot Check Buku Teks 29 Mac 2012 AJK SPBT
8. Tempahan buku teks BTBTR190 2013 9 April 2012 Setiausaha SPBT
9. Spot Check Buku Teks 8 Mei 2012 AJK SPBT
10. Kemaskini fail dan stok 14 Jun 2012 Setiausaha SPBT
11. Spot Check Buku Teks 6 Julai 2012 AJK SPBT
12. Mesyuarat Unit SPBT kali 2 12 Julai 2012 Setiausaha SPBT
13. Cop dan kemaskini buku teks 2013 25 Julai 2012 Kelab SPBT
14. Mesyuarat Unit SPBT kali 3 18 Oktober 2012 Setiausaha SPBT
15. Memungut buku teks 2012 1 November 2012 Setiausaha SPBT
dan Guru Kelas
16. Penyediaan buku teks 2013 5 November 2012 Setiausaha SPBT
Untuk tindakan: Semua AJK
4. 3.2 Pengerusi mencadangkan “Kempen Membaca Buku Teks”. Kempen ini akan berjalan
selama seminggu dan murid-murid akan membawa dan membaca buku teks pada
waktu persekolahan termasuklah pada waktu rehat. Tarikh kempen akan
ditetapkan kemudian.
Untuk tindakan: Setiausaha SPBT
3.3 Pengerusi juga mengesyorkan untuk diadakan sudut aktiviti Unit SPBT di dalam
BOSS bagi mewarwarkan kepada warga sekolah tentang aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan. Laporan aktiviti bagi sudut ini hendaklah dibuat secara laporan
bergambar.
Untuk tindakan: Setiausaha SPBT
3.4 Program “Cintailah Buku Teks Kita” yang dijadualkan pada 3 Mac 2012 akan
menjemput Penyelia SPBT untuk hadir bagi melancarkan minggu tersebut.
Untuk tindakan: Setiausaha SPBT
3.5 Setiausaha SPBT memaklumkan tentang Borang SPBT G yang telah diedarkan
kepada AJK haruslah dikemaskini dan dihantar selepas cuti Tahun Baru Cina.
Untuk tindakan: Semua AJK
3.6 Pemantauan atau ‘Spot Check’ akan dilaksanakan sebanyak 4 kali tahun ini.
Melibatkan semua kelas. Pengerusi telah membuat penetapan pada jadual
pemantauan. Pemantauan tahun satu dan dua ialah pada 30 Januari 2012, tahun tiga
dan empat pada 29 Mac 2012, tahun lima dan enam pada 8 Mei 2012. Pemantauan
yang keempat adalah melibatkan pesalahlaku yang diambil namanya pada
pemantauan kali pertama.
Untuk tindakan: Semua AJK
3.7 Setiausaha SPBT memaklumkan tentang kriteria yang akan diambil kira di dalam
pemantauan: Membalut buku teks, Tiada sebarang contengan, Menampal bahagian
koyak dan menulis nama dan kelas pada buku dan membawa buku mengikut jadual.
Untuk tindakan: Semua AJK
Agenda 4: Hal-hal Lain
4.1 Pn. Nizam Bee bt Abdul Majed bertanyakan tentang kewajaran membekalkan buku
teks Matematik dan Sains edisi Bahasa Inggeris kepada murid tahun empat.
Pengerusi memaklumkan tentang keputusan Guru Besar tentang penggunaan buku
teks edisi Bahasa Malaysia sahaja. Walaubagaimanapun, setiausaha SPBT diminta
menyemak stok buku teks edisi Bahasa Inggeris supaya cukup jika keadaan
memerlukan.
Untuk tindakan: Setiausaha SPBT
5. 4.2 En. Abdul Jamil b. Mohamad bertanyakan tentang bilangan buku teks tahun empat.
Setiausaha SPBT memaklumkan terdapat 13 buah kesemuanya.
4.3 Pn. Rozita bt Morad memaklumkan bahawa buku teks murid kelasnya banyak yang
terkoyak. Pengerusi memaklumkan agar beliau membuat senarai dan bilangan buku
teks yang diperlukan untuk tindakan sewajarnya.
4.4 Pengerusi membuat tinjauan adakan perlunya kepada pengawas SPBT. Pn. Rozita bt
Morad mengesahkan tentang perkara ini dan pengerusi bersetuju untuk
mewujudkan jawatan tersebut. Seramai 4 orang murid tahun enam dan 2 orang
murid tahun lima akan dilantik pada tahun ini.
Untuk tindakan: Unit HEM
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(ASMAH HANIM BT CHE ANI) (MOHD NASIR BIN REJAB)
Setiausaha SPBT Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,
Kangar Perlis. Kangar Perlis.