2. Pencemaran air adalah suatu keadaan
apabila terdapat kehadiran sebarang bahan
tidak diperlukan atau merbahaya di dalam
air. Pencemaran air boleh berlaku di sungai,
laut, tasik, kolam, parit dan sebagainya.
3. Bahan tidak diperlukan atau bahan
merbahaya ini dipanggil bahan cemar air.
Sumber utama bahan cemar air adalah
seperti:
Bahan buangan domestik
Bahan buangan industri
Bahan kimia berlebihan daripada
pertanian
Tumpahan minyak( kebocoran tangki)
Penebangan hutan dan projek
pembinaan (Hakisan tanah)
5. CARA MENGAWAL PENCEMARAN AIR
1)Menguatkuasakan undang-undang contohnya
berkaitan dengan cara mengendalikan bahan
buangan industri
2)Bahan buangan radioaktif dibuang mengikut
prosedur yang diluluskan oleh kerajaan
3)Mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun
perosak di kawasan pertanian
4) Mengitar & menggunakan semula bahan buangan
6. 5) Merawat kumbuhan dan bahan kimia bertoksik sebelum
melepaskannya ke dalam sungai atau laut
6)Kawasan perairan negara perlu dironda oleh pihak
berkuasa untuk mengawal masalah tumpahan minyak
7)Mengawal pembalakan dan menanam semula pokok
yang telah ditebang
8)Bakteria khas di gunakan untuk membersihkan laut yang
tercemar
8. a) Penurasan
Kaedah penurasan menggunakan
beberapa lapisan bahan (batuan, pasir)
sebagai penapis semulajadi kepada air
yang mahu dibersihkan tersebut.
9. b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara
memanaskan air sehingga mendidih, iaitu
sehingga mencapai takat didih, 100 C.
10. c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara
membersihkan air dengan cara
menambahkan klorin ke dalam air
tersebut bagi tujuan untuk membunuh
mikroorganisma
11. d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam
makmal dengan radas yang disediakan
seperti di bawah dan menggunakan konsep
kondensasi gas kepada cecair bagi
menulenkan air yang kotor.
12. TANGKI PENAPISAN
Penapis logam di dalam tangki menyingkirkan objek-objek bersaiz besar
TANGKI PENGUDARAN
Air dipam ke atas untuk melarutkan oksigen ke dalam air.Bau dan rasa air
dapat disingkirkan
TANGKI PENGGUMPULAN
Alum mengumpulkan zarah-zarah kecil bahan terampai menjadi gumpalan
besar yang mudah mendap
TANGKI PENGENAPAN
Bahan terampi bersaiz besar mendap di dasar tangki dan disingkirkan
TANGKI PENURUSAN
Bahan terampai yang tertinggal disingkirkan
TANGKI PENGKLORINAN DAN PEMFLUORIDAAN
Klorida membunuh mikroorganisma berbahaya dan menjernihkan
air.Sebatian florida menghalang kerosakan gigi
13. PENJIMATAN AIR
70% daripada bumi adalah air tetapi hanya 1% sahaja
air di bumi yang boleh digunakan untuk minum,
masak, membasuh dan menyiram tumbuhan.
Selebihnya adalah air masin yang terdapat di laut dan
ais yang terdapat di kutub utara dan kutub selatan.
Dengan pertambahan populasi manusia, semakin
ramai yang ingin menggunakan sumber yang terhad
ini.
14. • Oleh itu,langkah- langkah penjimatan air perlu
dilakukan untuk memastikan bekalan air bersih
sentiasa cukup untuk keperluan pada masa depan
• penjimatan penggunaan air adalah amat penting
untuk menjamin keseimbangan ekosistem dan
keselesaan hidup manusia.
• penjimatan penggunaan air dapat menggurangkan
kos pembersihan air yang dibayar setiap bulan
dalam bil air.
15. CARA
MENJIMATKAN AIR
Gunakan bekas
penyiram,elak
menggunakan
hos
Menggunakan air
tadahkan hujan untuk
menyiram pokok dan
membasuh kenderaan
Kumpulkan air hujan untuk
mencuci lantai di halaman
rumah atau longkang
Air yang digunakan untuk
mencuci sayur-sayuran & buah-
buahan boleh digunakan semula
untuk menyiram tanaman