SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
1.0 PENGENALAN
Perkahwinan merupakan sebuah institusi dan budaya yang terdapat di seluruh dunia
dan meliputi sesebuah masyarakat atau komuniti sesuatu tempat. Namun setiap masyarakat
mempunyai peraturan perkahwinan yang berbeza mengikut budaya masing-masing yang
menyelaraskan erti perkahwinan itu sesuatu yang bersesuaian dengan factor geografi dan
budaya setempat. Definisi umum bagi perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang
yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-
peserta. Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati hampir setiap masyarakat. Rekod-
rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu
adat resam yang mantap.Secara umumnya perkahwinan bermaksud membenarkan hubungan
seks antara lelaki dan perempuan serta menjalinkan suatu hubungan ekonomi antara mereka
yang diluluskan secara sosial.
DEFINISI PERKAHWINAN
Menurut George P. Murdock, perkahwinan hanya berlaku apabila ekonomi dan
seksual disatukan dalam sebuah perhubungan perkahwinan.Perkahwinan merujuk kepada
adat, peraturan, kewajipan yang mewujudkan hubungan yang disahkan secara sosial antara
kumpulan kaum kerabat pasangan suami isteri.Banyak ahli penyelidik menyatakan bahawa
institusi perkahwinan dapat menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakat seperti
pekerjaan dapat dilakukan secara bersama antara lelaki dan perempuan. Jelaslah perkahwinan
merupakan suatu institusi yang memberi faedah kepada anggota masyarakat.
Selain itu, perkahwinan bukanlah suatu konsep yang mudah didefinisikan.
Penggunaannya amat meluas di kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains sosial, tetapi
maknanya sering bergantung kepada konteks budaya. Ferraro (2006) mendefinisikan
perkahwinan sebagai sebagai rentetan upacara adat yang memberikan pengiktirafan rasmi
kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga. Ini
bermakna perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka
mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di antara
mereka. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua
belah pihak dan dijalin dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.
Perkahwinan juga dikatakan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua
pasangan (biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh masyarakat.
Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights). Kalau kita perhatikan, dalam
masyarakat terdapat hubungan sosial dan ekonomi antara lelaki dan perempuan yang tidak
semestinya melibatkan sebarang hubungan seks, contohnya hubungan antara abang dan adik
beradik perempuan, majikan dan orang gaji perempuannya serta majikan dan setiausahanya.
A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu hubungan yang
direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan jantina yang dijangka akan
berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan bayi dan selepas bayi itu dilahirkan.
Bagi A. R. Radcliffe-Brown, „Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan social yang
khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan kepada anak yang
dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut. Definisi lain menyatakan bahawa perkahwinan
adalah satu perlakuan budaya untuk mewujudkan sebuah keluarga, iaitu yang melibatkan
penyusunan semula sosial dari segi peranan masing-masing. Misalnya kalau sebelum
berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi (keluarga di mana seseorang itu
diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia menjadi ketua keluarga prokreasi (keluarga
di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan melahirkan anak sendiri).
Kebanyakan masyarakat menjadikan aspek ekonomi sebagai pendorong utama untuk
berkahwin. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan tenaga kerja.Ada juga pendapat yang
menyatakan bahawa perkahwinan dapat menguatkan hubungan ekonomi. Misalnya, di dalam
masyarakat Jerman ada ungkapan yang menyatakan bahawa orang lelaki bukan mengahwini
perempuan sebaliknya ladang mengahwini ladang atau lembu mengahwini lembu.Hal ini
memperlihatkan, bahawa kukuhnya ekonomi dalam sesebuah perkahwinan. Melalui
perkahwinan sesebuah masyarakat akan berlaku pertukaran ekonomi sama ada sebelum atau
sewaktu perkahwinan. Pertukaran ekonomi dalam perkahwinan mempunyai beberapa bentuk
yang mana mengikut budaya dan persekitaran masing-masing. Antara bentuk pertukaran
ekonomi dalam perkahwinan ialah mas kahwin atau pemberian sesuatu kepada bakal isteri
(bride price), pemberian khidmat kepada golongan keluarga sebelah isteri (bride service),
pertukaran kaum wanita (exchange of female), pertukaran hadiah (exchange gift) dan dowri.
2.0 BENTUK-BENTUK PERTUKARAN EKONOMI
BRIDE PRICE
Mas kahwin merupakan salah satu bentuk ekonomi yang berlaku dalam perkahwinan.
Mas kahwin merupakan sejenis hadiah atau barang yang diberikan oleh pihak lelaki kepada
PERTUKARAN
EKONOMI
DALAM
PERKAHWINAN
BRIDE PRICE
BRIDE SERVICE
EXCHANGE OF
FEMALE
GIFT
EXCHANGES
DOWRY
keluarga pihak perempuan. Hadiah atau barangan yang diberikan kepada pihak keluarga
wanita adalah mengikut adat sesuatu budaya dan keadaan persekitaran kawasan
tersebut.Sesetengah budaya ada memberi barang dan sesetengah juga memberi wang. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kajian yang dilaksanakan Murdock menyatakan bagi masyarakat
yang mengamalkan adat ini, sebanyak 60% kaum lelaki dan keluarganya diminta untuk
memberikan barang yang bernilai kepada keluarga sebelah perempuan. Manakala sebanyak
40% masyarakat lain, memberikan mas kahwin dalam bentuk wang.Pemberian ini merupakan
hadiah sebagai ganti rugi kerana ibu bapa akan kehilangan khidmat anak perempuan mereka.
Pemberian ini turut menandakan tanggungjawab pihak pengantin lelaki yang bersedia untuk
mengahwini wanita tersebut dan secara rasminya lelaki tersebut mempunyai hak ke atas
wanita yang dikahwininya.Jelaslah, pemberian berbentuk ini adalah untuk meninggikan
martabat wanita dan kaum keluarganya .Mas kahwin boleh disalurkan dengan pelbagai cara
seperti memberi binatang ternakan atau bahan makanan. Contohnya, masyarakat Swazi di
Afrika Selatan akan memberikan lembu sebagai bayaran mas kahwin kepada pihak
perempuan. Jenis dan kuantiti mas kahwin yang diberikan juga adalah bergantung kepada
kedudukan status sosial wanita tersebut. Kita dapat lihat dalam budaya masyarakat Swazi
selalunya mereka akan memberikan 12 ekor lembu kepada keluarga wanita yang berstatus
rakyat biasa manakala bagi keluarga pihak wanita yang berstatus tinggi seperti diraja kuantiti
lembu yang diberikan adalah 15 ekor dan ke atas. Kebiasaanya mengikut budaya ini bapa
daripada pihak lelaki yang akan memberikan binatang tersebut dan akan menentukan sama
ada wanita tersebut layak atau tidak untuk mejadi isteri kepada anaknya. Masyarakat Ifugao
di Filipina turut memberikan binatang ternakan iaitu babi kepada keluarga sebelah
perempuan yang mana melambangkan penerimaan anak perempuan tersebut sebagai
menantu.Manakala masyarakat Eskimo sedikit berbeza dan unik kerana bayaran yang
diberikan adalah berbentuk selimut tebal.Pemberian mas kahwin adalah berbeza kerana
bergantung kepada budaya dan faktor persekitaran. Misalnya, orang Eskimo memberi selimut
tebal berikutan keadaan cuaca yang sejuk dan selimut ini menjadi keperluan setiap orang
dalam kelompok tersebut. Mengikut kajian yang dilaksanakan kaum Subanun di Filipina
memberi bayaran mas kahwin yang tinggi kepada keluarga bakal isteri. Hal ini berikutan,
budaya masyarakat ini mengambil kira faktor pendapatan tahunan lelaki tersebut dan
mengira tenaga khidmat yang akan diberikan oleh isteri terhadap keluarga lelaki apabila
berkahwin kelak. Melalui bentuk pertukaran ekonomi ini, lazimnya pihak lelaki akan
mengumpul wang supaya tabungan ekonomi kukuh seterusnya memudahkan urusan
perkahwinan. Pemberian mas kahwin kepada bakal isteri boleh diselesaikan semasa hari
perkahwinan atau boleh diberikan selepas berkahwin.
BRIDE SERVICE
Seterusnya, bentuk pertukaran ekonomi dalam perkahwinan ialah memberi
perkhidmatan kepada bakal isteri atau golongan keluarga isteri. Pemberian khidmat kepada
pihak bakal isteri merupakan satu bentuk perkhidmatan yang memerlukan pengantin lelaki
untuk berkhidmat kepada keluarga wanita tersebut. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh
Murdock, sebanyak 13% daripada 565 masyarakat yang dikajinya memberikan khidmat
kepada keluarga pihak bakal isteinya. Perkhidmatan ini boleh dilakukan sebelum atau selepas
perkahwinan.Tempoh perlaksanaan sesuatu khidmat adalah ditentukan mengikut sesuatu
budaya masyarakat.Walau bagaimanapun, tempoh masa ini boleh ditentukan oleh keluarga
pihak wanita.Contohnya, orang lelaki Eskimo di Alaska perlu bekerja untuk bapa metuanya
selepas perkahwinan sebagai menyemurnakan tanggungjawabnya.Hal ini bagi membuktikan,
bahawa lelaki tersebut sanggup dan mampu menjaga anaknya nanti. Tugas yang selalu
dilaksanaka oleh kelompok ini ialah menangkap singa laut. Perkhidmatan ini dilaksanakan
bertujuan untuk menggantikan atau mengurangkan mas kahwin (bride price) .Sekiranya
perkhidmatan yang diberikan mencukupi, maka tidak perlu lagi pihak lelaki untuk memberi
mas kahwin.
EXCHANGE OF FEMALE
Pertukaran kaum wanita merupakan salah satu bentuk ekonomi yang berlaku dalam
perkahwinan sesebuah masyarakat.Bentuk pertukaran kaum wanita ini ditentukan dengan
pertukaran pasangan perempuan dimana pihak lelaki perlu menukarkan adik atau saudara
wanitanya dengan bakal isterinya yakni seorang lelaki dari pihak keluarga perempuan
tersebut.Contohnya, masyarakat Tiv di Afrika Barat mengamalkan budaya pertukaran ini di
mana wanita akan ditukarkan antara dua keluarga atau kelompok keluarga yang terlibat.
GIFT EXCHANGE
Berikutnya, jenis pertukaran ekonomi dalam perkahwinan yang sering dilakukan
dalam budaya sesetengah masyarakat ialah berbentuk pertukaran hadiah. Sekitar 3%
masyarakat yang melaksankan amalan pertukaran hadiah dalam institusi perkahwinan
berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Murdock.Menurut budaya ini jika pasangan
tersebut hendak berkahwin maka satu persetujuan antara dua pihak keluarga perlu
diadakan.Kedua-dua pihak keluarga akan menentukan nilai hadiah yang mereka mahukan
dan kebanyakan nilai pertukaran yang berlaku adalah hampir sama antara keduanya.
Contohnya kita dapat melihat masyarakat yang melakukan budaya ini seperti orang-orang di
Pulau Andamar sebaik sahaja seorang lelaki ingin mengahwini seorang wanita, kaum
keluarga kedua-dua belah pihak akan bertemu dan memulakan pertukaran hadiah yang terdiri
daripada makanan atau barang tertentu. Aturan seumpama ini berlaku sehingga
berlangsungnya perkahwinan tersebut. Pihak keluarga yang terlibat ini akan meminta bantuan
pihak ketiga bagi menghantar hadiah ini.
DOWRY
Dowri merupakan salah satu bentuk pertukaran ekonomi yang berlaku dalam
perkahwinan. Dowri merupakan hantaran yang diberikan oleh keluarga sebelah wanita
kepada keluarga lelaki yang mahu dikahwininya. Amalan dowry berasal daripada masyarakat
Hindu berkasta tinggi di India.Ia merupakan pemberian perkahwinan sama ada berupa wang
tunai atau barang berharga daripada keluarga pengantin perempuan kepada keluarga
pengantin lelaki. Nilai dowry akan ditetapkan mengikut status sosio-ekonomi pengantin
lelaki. Contohnya, dalam kalangan masyarakat Rajput di India mas kahwin atau dowri
dibayar oleh kaum perempuan dalam bentuk wang dengan kadar yang agak rendah sedikit
dibandingkan dengan keadaan di Eropah semasa zaman Renaissance. Contoh, barang yang
diberikan seperti emas, barang dapur, pakaian, tempat tidur.
Dowri merupakan perbelanjaan yang tinggi bagi keluarga sebelah wanita. Apabila
pihak wanita memberikan dowry yang tinggi dan ianya dipersetujui oleh pihak keluarga
lelaki, maka wanita tersebut akan dipandang tinggi oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan
masyarakat sekitarnya. Namun, jika yang berlaku adalah sebaliknya, berkemungkinan besar
wanita tersebut akan dianiaya oleh keluarga pengantin lelaki selepas berkahwin. Tambahan
pula, jika keluarga suami tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan, ia akan
mengundang pelbagai masalah lain hingga boleh membawa kepada pembunuhan.
Hal ini telah memberi bebanan yang besar terhadap wanita. Buktinya, kita dapat lihat
bagi kes-kes yang berlaku iaitu ramai wanita di India yang membunuh diri berikutan bayaran
yang membebankan ini. Fenomena ini dikenali sebagai ‘dowry-death’ tersebut berlaku akibat
daripada kegagalan wanita membayar dowry yang dipersetujui kepada pihak pengantin lelaki.
Wanita yang menjadi mangsa pembunuhan (dowry-death) selalunya dilaporkan sebagai
mangsa kemalangan atau dilaporkan sebagai kes membunuh diri.Pemberian dowry yang
kebiasaannya ditetapkan dengan nilai yang sangat tinggi dan didasarkan atas kepentingan
individu dan budaya semata-mata bukan sahaja mengakibatkan pelbagai mafsadah dalam
masyarakat, malah turut mengakibatkan ramai wanita di India tidak berkahwin kerana tidak
mampu untuk menyediakan dowry tersebut. Sistem kasta yang dilaksanakan di India
menyebabkan mereka tidak mampu mengubah budaya ekonomi perkahwinan ini. Secara
kebiasaannya, ibu bapa akan mengumpulkan barang atau wang ini sejak dari anak
perempuannya dilahirkan. Mas kahwin yang diberikan ini adalah untuk kepentingan kaum
saudara perempuan sebelah pengantin lelaki. Melalui sistem pertukaran ini memberi
pandangan bahawa kaum lelaki mempunyai darjat yang lebih tinggi berbanding kaum wanita
dan kita dapat lihat diskriminasi dan penindasan kepada kaum wanita.
3.0 KESIMPULAN
Konklusinya, kita dapat melihat perkahwinan ini diadakan demi kepentingan tertentu
iaitu dari aspek ekonomi. Pada dasarnya, sesuatu perkahwinan yang berlaku akan melibatkan
pertukaran ekonomi dan ini menjadikan sesuatu perkahwinan itu mempunyai fungsi yang
nyata. Perkahwinan menyediakan mekanisme sosial yang mengatur pembahagian tugas
mengikut jantina (division of labour). Dengan fungsi yang menyebabkan pembahagian tugas
ini menjadikan salah satu factor di mana perkahwinan itu wujud. Ini adalah kerana
perkahwinan menyediakan perkhidmatan ekonomi di antara suami dan isteri. Untuk sebab-
sebab yang tertentu (secara budaya dan biologikal), lelaki memikul tugas-tugas tertentu
manakala wanita menyandang peranan yang berbeza. Contohnya, tugasan wanita seperti
menjaga kebajikan suami dan anak-anak dan tugasan ini dianggap sebagai bayaran dan
hubungan timbal balas atas kesudian samada dari pihak wanita atau perempuan dalam
pertukaran ekonomi dalam perkahwinan yang dinyatakan di atas. Untuk memaksimakan
kelangsungan masyarakat, lelaki dan wanita harus bekerjasama dengan menawarkan
perkhidmatan antara satu sama lain. Perkahwinan memudahkan pertukaran berlaku antara
lelaki dan wanita.
Pemberian-pemberian tersebut juga dianggap sebagai bayaran perkahwinan,berbeza
dengan pensyariatan mahar yang bertujuan melindungi wanita dengan memberikan aset yang
berpotensi sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi kepada mereka. Secara tradisional,
lelaki diharapkan memikul beban sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah. Wanita pula
memegang peranan sebagai suri rumah yang menguruskan rumah dan menjaga anak-anak
yang masih kecil. Lelaki memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan fizikal,
ekonomi dan saraan hidup kepada golongan domestic.
Akhir sekali, kita harus ingat setiap pertukaran ekonomi yang terjadi di dalam
perkahwinan adalah berbeza mengikut budaya setiap tempat. Sesuatu pertukaran ekonomi
dalam setiap budaya adalah berbeza dan jika kita melihat pertukaran ekonomi yang berlaku
itu adalah tidak logic dan terdapat unsur diskriminasi kita seharusnya membuang sifat
etnosentrisme itu dalam diri kita. Ini adalah kerana, setiap bentuk pertukaran adalah
bersesuaian dengan factor demografi dan geografi dan sesuatu budaya yang berlaku itu
dipersetujui dalam kalangan komuniti mereka. Justeru itu, antropologi cuba menghuraikan
hubungkait dalam aspek kemasyarakatan yang menjadikan insan social.
4.0 RUJUKAN
1) Conrad Phillip Kottak (1986). Cultural Anthropology. Michigan: University of Ann
Arbor
2) Carol R. Ember, M. E., Peter N. Peregrine,. (2011). Anthropology (13 ed.). New
Jersey: Pearson.
3) Serena Nanda and Richard L. Warms, (2007). Cultural Antrophology (9th ed.), United
States of America: Thomson Wadsworth.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuIla Nazira Mustafar
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaCik Nurul Afiqah
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cinanur fara
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptxMDSAUFIABDULHAMID
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasiSITI HAJAR
 
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etikaMohd Khairom
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabVertigo Nopristine
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Ums
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYABiani Mawal
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 

Was ist angesagt? (20)

Perkahwinan campur
Perkahwinan  campur Perkahwinan  campur
Perkahwinan campur
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayu
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Etika dan rasuah
Etika dan rasuahEtika dan rasuah
Etika dan rasuah
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
02 Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia (1).pptx
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasi
 
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
20140410113444 topik 1 pertimbangan moral dan teori etika
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
 
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 

Andere mochten auch

Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Poligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agama
Poligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agamaPoligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agama
Poligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agamaRissa Vilia
 
Management publik
Management publikManagement publik
Management publikRissa Vilia
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 

Andere mochten auch (8)

Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Bab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politikBab5 permuafakatan politik
Bab5 permuafakatan politik
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Poligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agama
Poligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agamaPoligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agama
Poligami, perkawinan campuran dan perkawinan antar agama
 
Perkawinan campuran
Perkawinan campuranPerkawinan campuran
Perkawinan campuran
 
Management publik
Management publikManagement publik
Management publik
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 

Ähnlich wie Assignment Antropologi Perkahwinan

Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danTika Daud
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhIda Ayuni
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamKhairul Anwar
 

Ähnlich wie Assignment Antropologi Perkahwinan (7)

Rotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerjaRotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerja
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
5 keluarga
5 keluarga5 keluarga
5 keluarga
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam
 

Assignment Antropologi Perkahwinan

  • 1. 1.0 PENGENALAN Perkahwinan merupakan sebuah institusi dan budaya yang terdapat di seluruh dunia dan meliputi sesebuah masyarakat atau komuniti sesuatu tempat. Namun setiap masyarakat mempunyai peraturan perkahwinan yang berbeza mengikut budaya masing-masing yang menyelaraskan erti perkahwinan itu sesuatu yang bersesuaian dengan factor geografi dan budaya setempat. Definisi umum bagi perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta- peserta. Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati hampir setiap masyarakat. Rekod- rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap.Secara umumnya perkahwinan bermaksud membenarkan hubungan seks antara lelaki dan perempuan serta menjalinkan suatu hubungan ekonomi antara mereka yang diluluskan secara sosial. DEFINISI PERKAHWINAN Menurut George P. Murdock, perkahwinan hanya berlaku apabila ekonomi dan seksual disatukan dalam sebuah perhubungan perkahwinan.Perkahwinan merujuk kepada adat, peraturan, kewajipan yang mewujudkan hubungan yang disahkan secara sosial antara kumpulan kaum kerabat pasangan suami isteri.Banyak ahli penyelidik menyatakan bahawa institusi perkahwinan dapat menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakat seperti pekerjaan dapat dilakukan secara bersama antara lelaki dan perempuan. Jelaslah perkahwinan merupakan suatu institusi yang memberi faedah kepada anggota masyarakat. Selain itu, perkahwinan bukanlah suatu konsep yang mudah didefinisikan. Penggunaannya amat meluas di kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains sosial, tetapi maknanya sering bergantung kepada konteks budaya. Ferraro (2006) mendefinisikan perkahwinan sebagai sebagai rentetan upacara adat yang memberikan pengiktirafan rasmi
  • 2. kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga. Ini bermakna perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dan dijalin dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan. Perkahwinan juga dikatakan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan (biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh masyarakat. Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights). Kalau kita perhatikan, dalam masyarakat terdapat hubungan sosial dan ekonomi antara lelaki dan perempuan yang tidak semestinya melibatkan sebarang hubungan seks, contohnya hubungan antara abang dan adik beradik perempuan, majikan dan orang gaji perempuannya serta majikan dan setiausahanya. A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu hubungan yang direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan jantina yang dijangka akan berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan bayi dan selepas bayi itu dilahirkan. Bagi A. R. Radcliffe-Brown, „Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan social yang khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan kepada anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut. Definisi lain menyatakan bahawa perkahwinan adalah satu perlakuan budaya untuk mewujudkan sebuah keluarga, iaitu yang melibatkan penyusunan semula sosial dari segi peranan masing-masing. Misalnya kalau sebelum berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi (keluarga di mana seseorang itu diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia menjadi ketua keluarga prokreasi (keluarga di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan melahirkan anak sendiri). Kebanyakan masyarakat menjadikan aspek ekonomi sebagai pendorong utama untuk berkahwin. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan tenaga kerja.Ada juga pendapat yang
  • 3. menyatakan bahawa perkahwinan dapat menguatkan hubungan ekonomi. Misalnya, di dalam masyarakat Jerman ada ungkapan yang menyatakan bahawa orang lelaki bukan mengahwini perempuan sebaliknya ladang mengahwini ladang atau lembu mengahwini lembu.Hal ini memperlihatkan, bahawa kukuhnya ekonomi dalam sesebuah perkahwinan. Melalui perkahwinan sesebuah masyarakat akan berlaku pertukaran ekonomi sama ada sebelum atau sewaktu perkahwinan. Pertukaran ekonomi dalam perkahwinan mempunyai beberapa bentuk yang mana mengikut budaya dan persekitaran masing-masing. Antara bentuk pertukaran ekonomi dalam perkahwinan ialah mas kahwin atau pemberian sesuatu kepada bakal isteri (bride price), pemberian khidmat kepada golongan keluarga sebelah isteri (bride service), pertukaran kaum wanita (exchange of female), pertukaran hadiah (exchange gift) dan dowri. 2.0 BENTUK-BENTUK PERTUKARAN EKONOMI BRIDE PRICE Mas kahwin merupakan salah satu bentuk ekonomi yang berlaku dalam perkahwinan. Mas kahwin merupakan sejenis hadiah atau barang yang diberikan oleh pihak lelaki kepada PERTUKARAN EKONOMI DALAM PERKAHWINAN BRIDE PRICE BRIDE SERVICE EXCHANGE OF FEMALE GIFT EXCHANGES DOWRY
  • 4. keluarga pihak perempuan. Hadiah atau barangan yang diberikan kepada pihak keluarga wanita adalah mengikut adat sesuatu budaya dan keadaan persekitaran kawasan tersebut.Sesetengah budaya ada memberi barang dan sesetengah juga memberi wang. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilaksanakan Murdock menyatakan bagi masyarakat yang mengamalkan adat ini, sebanyak 60% kaum lelaki dan keluarganya diminta untuk memberikan barang yang bernilai kepada keluarga sebelah perempuan. Manakala sebanyak 40% masyarakat lain, memberikan mas kahwin dalam bentuk wang.Pemberian ini merupakan hadiah sebagai ganti rugi kerana ibu bapa akan kehilangan khidmat anak perempuan mereka. Pemberian ini turut menandakan tanggungjawab pihak pengantin lelaki yang bersedia untuk mengahwini wanita tersebut dan secara rasminya lelaki tersebut mempunyai hak ke atas wanita yang dikahwininya.Jelaslah, pemberian berbentuk ini adalah untuk meninggikan martabat wanita dan kaum keluarganya .Mas kahwin boleh disalurkan dengan pelbagai cara seperti memberi binatang ternakan atau bahan makanan. Contohnya, masyarakat Swazi di Afrika Selatan akan memberikan lembu sebagai bayaran mas kahwin kepada pihak perempuan. Jenis dan kuantiti mas kahwin yang diberikan juga adalah bergantung kepada kedudukan status sosial wanita tersebut. Kita dapat lihat dalam budaya masyarakat Swazi selalunya mereka akan memberikan 12 ekor lembu kepada keluarga wanita yang berstatus rakyat biasa manakala bagi keluarga pihak wanita yang berstatus tinggi seperti diraja kuantiti lembu yang diberikan adalah 15 ekor dan ke atas. Kebiasaanya mengikut budaya ini bapa daripada pihak lelaki yang akan memberikan binatang tersebut dan akan menentukan sama ada wanita tersebut layak atau tidak untuk mejadi isteri kepada anaknya. Masyarakat Ifugao di Filipina turut memberikan binatang ternakan iaitu babi kepada keluarga sebelah perempuan yang mana melambangkan penerimaan anak perempuan tersebut sebagai menantu.Manakala masyarakat Eskimo sedikit berbeza dan unik kerana bayaran yang diberikan adalah berbentuk selimut tebal.Pemberian mas kahwin adalah berbeza kerana
  • 5. bergantung kepada budaya dan faktor persekitaran. Misalnya, orang Eskimo memberi selimut tebal berikutan keadaan cuaca yang sejuk dan selimut ini menjadi keperluan setiap orang dalam kelompok tersebut. Mengikut kajian yang dilaksanakan kaum Subanun di Filipina memberi bayaran mas kahwin yang tinggi kepada keluarga bakal isteri. Hal ini berikutan, budaya masyarakat ini mengambil kira faktor pendapatan tahunan lelaki tersebut dan mengira tenaga khidmat yang akan diberikan oleh isteri terhadap keluarga lelaki apabila berkahwin kelak. Melalui bentuk pertukaran ekonomi ini, lazimnya pihak lelaki akan mengumpul wang supaya tabungan ekonomi kukuh seterusnya memudahkan urusan perkahwinan. Pemberian mas kahwin kepada bakal isteri boleh diselesaikan semasa hari perkahwinan atau boleh diberikan selepas berkahwin. BRIDE SERVICE Seterusnya, bentuk pertukaran ekonomi dalam perkahwinan ialah memberi perkhidmatan kepada bakal isteri atau golongan keluarga isteri. Pemberian khidmat kepada pihak bakal isteri merupakan satu bentuk perkhidmatan yang memerlukan pengantin lelaki untuk berkhidmat kepada keluarga wanita tersebut. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Murdock, sebanyak 13% daripada 565 masyarakat yang dikajinya memberikan khidmat kepada keluarga pihak bakal isteinya. Perkhidmatan ini boleh dilakukan sebelum atau selepas perkahwinan.Tempoh perlaksanaan sesuatu khidmat adalah ditentukan mengikut sesuatu budaya masyarakat.Walau bagaimanapun, tempoh masa ini boleh ditentukan oleh keluarga pihak wanita.Contohnya, orang lelaki Eskimo di Alaska perlu bekerja untuk bapa metuanya selepas perkahwinan sebagai menyemurnakan tanggungjawabnya.Hal ini bagi membuktikan, bahawa lelaki tersebut sanggup dan mampu menjaga anaknya nanti. Tugas yang selalu dilaksanaka oleh kelompok ini ialah menangkap singa laut. Perkhidmatan ini dilaksanakan bertujuan untuk menggantikan atau mengurangkan mas kahwin (bride price) .Sekiranya
  • 6. perkhidmatan yang diberikan mencukupi, maka tidak perlu lagi pihak lelaki untuk memberi mas kahwin. EXCHANGE OF FEMALE Pertukaran kaum wanita merupakan salah satu bentuk ekonomi yang berlaku dalam perkahwinan sesebuah masyarakat.Bentuk pertukaran kaum wanita ini ditentukan dengan pertukaran pasangan perempuan dimana pihak lelaki perlu menukarkan adik atau saudara wanitanya dengan bakal isterinya yakni seorang lelaki dari pihak keluarga perempuan tersebut.Contohnya, masyarakat Tiv di Afrika Barat mengamalkan budaya pertukaran ini di mana wanita akan ditukarkan antara dua keluarga atau kelompok keluarga yang terlibat. GIFT EXCHANGE Berikutnya, jenis pertukaran ekonomi dalam perkahwinan yang sering dilakukan dalam budaya sesetengah masyarakat ialah berbentuk pertukaran hadiah. Sekitar 3% masyarakat yang melaksankan amalan pertukaran hadiah dalam institusi perkahwinan berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Murdock.Menurut budaya ini jika pasangan tersebut hendak berkahwin maka satu persetujuan antara dua pihak keluarga perlu diadakan.Kedua-dua pihak keluarga akan menentukan nilai hadiah yang mereka mahukan dan kebanyakan nilai pertukaran yang berlaku adalah hampir sama antara keduanya. Contohnya kita dapat melihat masyarakat yang melakukan budaya ini seperti orang-orang di Pulau Andamar sebaik sahaja seorang lelaki ingin mengahwini seorang wanita, kaum keluarga kedua-dua belah pihak akan bertemu dan memulakan pertukaran hadiah yang terdiri daripada makanan atau barang tertentu. Aturan seumpama ini berlaku sehingga
  • 7. berlangsungnya perkahwinan tersebut. Pihak keluarga yang terlibat ini akan meminta bantuan pihak ketiga bagi menghantar hadiah ini. DOWRY Dowri merupakan salah satu bentuk pertukaran ekonomi yang berlaku dalam perkahwinan. Dowri merupakan hantaran yang diberikan oleh keluarga sebelah wanita kepada keluarga lelaki yang mahu dikahwininya. Amalan dowry berasal daripada masyarakat Hindu berkasta tinggi di India.Ia merupakan pemberian perkahwinan sama ada berupa wang tunai atau barang berharga daripada keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki. Nilai dowry akan ditetapkan mengikut status sosio-ekonomi pengantin lelaki. Contohnya, dalam kalangan masyarakat Rajput di India mas kahwin atau dowri dibayar oleh kaum perempuan dalam bentuk wang dengan kadar yang agak rendah sedikit dibandingkan dengan keadaan di Eropah semasa zaman Renaissance. Contoh, barang yang diberikan seperti emas, barang dapur, pakaian, tempat tidur. Dowri merupakan perbelanjaan yang tinggi bagi keluarga sebelah wanita. Apabila pihak wanita memberikan dowry yang tinggi dan ianya dipersetujui oleh pihak keluarga lelaki, maka wanita tersebut akan dipandang tinggi oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan masyarakat sekitarnya. Namun, jika yang berlaku adalah sebaliknya, berkemungkinan besar wanita tersebut akan dianiaya oleh keluarga pengantin lelaki selepas berkahwin. Tambahan pula, jika keluarga suami tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan, ia akan mengundang pelbagai masalah lain hingga boleh membawa kepada pembunuhan. Hal ini telah memberi bebanan yang besar terhadap wanita. Buktinya, kita dapat lihat bagi kes-kes yang berlaku iaitu ramai wanita di India yang membunuh diri berikutan bayaran
  • 8. yang membebankan ini. Fenomena ini dikenali sebagai ‘dowry-death’ tersebut berlaku akibat daripada kegagalan wanita membayar dowry yang dipersetujui kepada pihak pengantin lelaki. Wanita yang menjadi mangsa pembunuhan (dowry-death) selalunya dilaporkan sebagai mangsa kemalangan atau dilaporkan sebagai kes membunuh diri.Pemberian dowry yang kebiasaannya ditetapkan dengan nilai yang sangat tinggi dan didasarkan atas kepentingan individu dan budaya semata-mata bukan sahaja mengakibatkan pelbagai mafsadah dalam masyarakat, malah turut mengakibatkan ramai wanita di India tidak berkahwin kerana tidak mampu untuk menyediakan dowry tersebut. Sistem kasta yang dilaksanakan di India menyebabkan mereka tidak mampu mengubah budaya ekonomi perkahwinan ini. Secara kebiasaannya, ibu bapa akan mengumpulkan barang atau wang ini sejak dari anak perempuannya dilahirkan. Mas kahwin yang diberikan ini adalah untuk kepentingan kaum saudara perempuan sebelah pengantin lelaki. Melalui sistem pertukaran ini memberi pandangan bahawa kaum lelaki mempunyai darjat yang lebih tinggi berbanding kaum wanita dan kita dapat lihat diskriminasi dan penindasan kepada kaum wanita. 3.0 KESIMPULAN Konklusinya, kita dapat melihat perkahwinan ini diadakan demi kepentingan tertentu iaitu dari aspek ekonomi. Pada dasarnya, sesuatu perkahwinan yang berlaku akan melibatkan pertukaran ekonomi dan ini menjadikan sesuatu perkahwinan itu mempunyai fungsi yang nyata. Perkahwinan menyediakan mekanisme sosial yang mengatur pembahagian tugas mengikut jantina (division of labour). Dengan fungsi yang menyebabkan pembahagian tugas ini menjadikan salah satu factor di mana perkahwinan itu wujud. Ini adalah kerana perkahwinan menyediakan perkhidmatan ekonomi di antara suami dan isteri. Untuk sebab- sebab yang tertentu (secara budaya dan biologikal), lelaki memikul tugas-tugas tertentu manakala wanita menyandang peranan yang berbeza. Contohnya, tugasan wanita seperti menjaga kebajikan suami dan anak-anak dan tugasan ini dianggap sebagai bayaran dan
  • 9. hubungan timbal balas atas kesudian samada dari pihak wanita atau perempuan dalam pertukaran ekonomi dalam perkahwinan yang dinyatakan di atas. Untuk memaksimakan kelangsungan masyarakat, lelaki dan wanita harus bekerjasama dengan menawarkan perkhidmatan antara satu sama lain. Perkahwinan memudahkan pertukaran berlaku antara lelaki dan wanita. Pemberian-pemberian tersebut juga dianggap sebagai bayaran perkahwinan,berbeza dengan pensyariatan mahar yang bertujuan melindungi wanita dengan memberikan aset yang berpotensi sebagai satu bentuk jaminan sosio-ekonomi kepada mereka. Secara tradisional, lelaki diharapkan memikul beban sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah. Wanita pula memegang peranan sebagai suri rumah yang menguruskan rumah dan menjaga anak-anak yang masih kecil. Lelaki memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan fizikal, ekonomi dan saraan hidup kepada golongan domestic. Akhir sekali, kita harus ingat setiap pertukaran ekonomi yang terjadi di dalam perkahwinan adalah berbeza mengikut budaya setiap tempat. Sesuatu pertukaran ekonomi dalam setiap budaya adalah berbeza dan jika kita melihat pertukaran ekonomi yang berlaku itu adalah tidak logic dan terdapat unsur diskriminasi kita seharusnya membuang sifat etnosentrisme itu dalam diri kita. Ini adalah kerana, setiap bentuk pertukaran adalah bersesuaian dengan factor demografi dan geografi dan sesuatu budaya yang berlaku itu dipersetujui dalam kalangan komuniti mereka. Justeru itu, antropologi cuba menghuraikan hubungkait dalam aspek kemasyarakatan yang menjadikan insan social.
  • 10. 4.0 RUJUKAN 1) Conrad Phillip Kottak (1986). Cultural Anthropology. Michigan: University of Ann Arbor 2) Carol R. Ember, M. E., Peter N. Peregrine,. (2011). Anthropology (13 ed.). New Jersey: Pearson. 3) Serena Nanda and Richard L. Warms, (2007). Cultural Antrophology (9th ed.), United States of America: Thomson Wadsworth.