SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
1.0 PENDAHULUAN

Menurut Baron, Byrne & Suls (1989) dalam Nota Psikologi Sosial (TP 22053) menerangkan
bahawa psikologi sosial merupakan satu bidang saintifik yang bertujuan untuk memahami sifat
& asbab tingkah laku individu dalam situasi sosial. Definisi ini jelas mengklasifikasikan
psikologi sosial sebagai salah satu dari pelbagai bidang sains di bawah sains sosial.

Bidang sains ini cenderung meneliti bagaimana pemikiran, perasaan & tingkah laku
individu dipengaruhi oleh agen sosial mereka. Agen sosial ini terdiri daripada keluarga, rakan
sekerja/sekelas mahupun kelompok sesebuah organisasi. Hal ini kerana tumpuan psikologi sosial
adalah terhadap interaksi individu dalam sesebuah kumpulan terutama untuk perkembangan diri
sebagai elemen kewujudan sosial.

Sebagai salah satu ilmu disiplin sains, terdapat beberapa elemen dalam psikologi sosial
yang membentuk penyelidikan yang menepati piawai sebagaimana berikut:


Logik, sebab & akibat



Pembolehubah



Pertalian



Generalisasi

Terdapat juga beberapa disiplin lain yang menjadikan psikologi sosial sebagai satu
bidang sains yang merangkumi kaedah-kaedah saintifik dalam penyelidikan psikologi seperti
kaedah pemerhatian, tinjauan & eksperimen serta etika-etika dalam penyelidikan psikologi
seperti kesakitan & kegelisahan, penipuan & debriefing.

1
2.0 ELEMEN PENYELIDIKAN PSIKOLOGI SOSIAL
SEKILAS TENTANG VIDEO EKSPERIMEN “LITTLE
ALBERT”
Eksperimen “Little Albert” telah dipelopori ahli psikologi
tingkah laku (Behaviorisme), J.B Watson dan pelajar
lulusan Johns Hopkins University, Rosalie Raynor. Watson
berminat

dalam

memperkembang

lagi

eksperimen

pelaziman klasik yang dijalankan pakar fisiologi, Ivan
Pavlov terhadap anjing kepada reaksi emosi manusia.

Eksperimen kontroversi ini melibatkan seorang
kanak-kanak yang digelar “Albert B” oleh Watson &
Rayner, namun lebih dikenali kini dengan nama “Little Albert”. Sekitar usia sembilan bulan,
Watson & Rayner mendedahkan satu siri rangsangan terhadap Albert seperti tikus putih, arnab,
monyet, topeng & surat khabar yang dibakar lalu memerhatikan reaksi kanak-kanak tersebut.
Pada awal eksperimen, budak lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi takut terhadap
rangsangan-rangsangan yang didedahkan.

Prosedur eksperimen tersebut diteruskan dengan pendedahan tikus putih kepada Albert
yang disertai dengan pukulan tukul besi ke paip logam. Hasilnya Albert mula menangis setelah
mendengar bunyi yang kuat tersebut. Selepas beberapa kali didedahkan tikus dengan bunyi yang
kuat, Albert terus menangis hanya setelah melihat tikus.

2.1 LOGIK, SEBAB & AKIBAT

Dalam setiap bidang yang melibatkan penyelidikan, seharusnya hukum sebab-akibat menjadi
keutamaan dalam menentukan sebarang persoalan terhadap subjek kajian. Sebagaimana teori
graviti yang dikemukakan Isaac Newton yang timbul dari persoalan bagaimana sebiji epal jatuh
ke tanah, begitu juga dengan penyelidikan sains sosial yang melibatkan andaian asas bahawa
setiap peristiwa berlaku atas beberapa punca/asbab.
2
Misalnya persoalan tentang apakah yang menyebabkan seseorang menjauhkan diri dari
situasi keramaian. Persoalan asbab yang dapat dikupas menerusi persoalan ini adalah seperti,
“adakah kerana kurangnya keyakinan kendiri?” atau “adakah faktor genetik yang mempunyai
sifat inferioriti yang tinggi?”. Seterusnya persoalan asbab tersebut menimbulkan persoalan
tentang akibat seperti, “adakah sebab-sebab tersebut benar-benar mempengaruhi tingkah laku
seseorang?”.

Jadi, melalui eksperimen “Little Albert”, dapatlah dikenal pasti elemen sebab dan akibat
sepertimana rajah berikut:

EMOSI TAKUT = AKIBAT

TIKUS PUTIH + PUKULAN TUKUL KE PAIP
LOGAM = SEBAB

RAJAH 1.0
3
2.2 PEMBOLEHUBAH

Brown (1988) menyatakan pembolehubah sebagai sesuatu yang boleh diubah & berbeza.
Manakala Davis mendefinisikan ia sebagai simbol atau konsep yang diandaikan dalam bentuk
nilai & angka. Pembolehubah juga merupakan satu ciri yang mampu berubah-ubah seperti umur,
jantina & kelas sosial, pendapatan, pencurian, pembunuhan diri dan sebagainya.

Hubungan sebab & akibat berlaku apabila terdapat dua pembolehubah yang
mempengaruhi antara satu sama lain. Misalnya, kekecewaan individu mempengaruhi seseorang
untuk bertingkah laku langsang seperti pembunuhan atau tahap stress yang melampau
mendorong individu untuk terjerumus dalam gejala sosial.

Terdapat 2 pembolehubah yang sering digunakan dalam suatu penyelidikan sama ada
dalam bidang sains teras mahupun sains sosial seperti:
2.2.1

Pembolehubah Bebas
-

Pembolehubah yang menjadi asbab kepada suatu akibat.

-

Mengkaji keberkesanan pembolehubah bersandar.

-

Contoh:

1) Kekecewaan mempengaruhi tingkah laku langsang.
2)

Tahap stress yang melampau menyebabkan individu

terlibat dalam gejala sosial.
2.2.2

Pembolehubah Terikat/bersandar/tergantung
-

Pembolehubah yang dipengaruhi.

-

Akibat terhadap suatu asbab.

-

Contoh:

1) Tingkahlaku langsang
2) Penglibatan gejala sosial.

Dalam erti kata yang lebih mudah, sebagai contohnya, penyelidik yang ingin mengenal
pasti kesan suhu bilik darjah terhadap pencapaian pelajar ujian fizik. Bagi mengenal pasti kesan
suhu bilik darjah, penyelidik perlu mempelbagaikan paras suhu dan melihat kesannya pada
pencapaian pelajar. Penyelidikan ini dapat dikenal pasti melalui rajah berikut:

4
SUHU = PEMBOLEHUBAH BEBAS
PENCAPAIAN PELAJAR =
PEMBOLEHUBAH TERIKAT
RAJAH 2.0
Hal ini kerana, pencapaian pelajar tersebut mungkin dipengaruhi oleh pembolehubah
bebas iaitu suhu bilik. Jadi, menurut penerangan di atas, dapatlah ditentukan 2 pembolehubah
tersebut menerusi video eksperimen “Little Albert” sebagaimana berikut:

TIKUS PUTIH+PUKULAN KUAT =
PEMBOLEHUBAH BEBAS
EMOSI TAKUT = PEMBOLEHUBAH TERIKAT
RAJAH 3.0

2.3

PERTALIAN

Pertalian lebih dikenali dalam bidang penyelidikan sebagai korelasi. Pertalian yang dimaksudkan
adalah hubungan antara 2 atau lebih pembolehubah. Penyelidikan lazimnya melibatkan
pengumpulan data bagi menentukan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah secara
saintifik.

Kaedah yang digunakan bagi menentukan korelasi antara pembolehubah adalah dengan
membuat analisis secara statistik supaya dapat mengenal pasti wujud atau tidak pertalian antara
pembolehubah tersebut. Misalnya, perkaitan antara kecerdikan dengan pencapaian akademik.
Pelajar yang mendapat skor tinggi dalam ujian IQ cenderung mendapat markah yang tinggi
dalam ujian akademik. Begitu juga sebaliknya, pelajar yang mendapat skor rendah dalam ujian
IQ cenderung mendapat markah yang rendah dalam ujian akademik. Dengan ini, tujuan sebenar
pertalian ini dapat menentukan perkaitan antara pembolehubah lantas menggunakan pertalian
tersebut untuk membentuk ramalan awal pada keputusan penyelidikan yang dilakukan.
5
Merujuk kepada eksperimen “Little Albert”, amat mudah untuk dikenal pasti pemboleh
ubah yang terlibat sepertimana dijelaskan dalam halaman sebelumnya. Pada asasnya,
pembolehubah terdiri daripada suatu asbab & akibat dalam penyelidikan yang ingin dikaji.
Emosi takut yang dialami Albert merupakan pembolehubah terikat. Manakala pembolehubah
bebas dalam eksperimen ini adalah rangsangan-rangsangan seperti tikus putih yang disertai
dengan pukulan tukul ke paip logam yang dikenakan ke atas Albert.

Dalam bentuk yang lebih mudah difahami, kajian pertalian berdasarkan eksperimen ini
dapat dijelaskan melalui pernyataan: “Hubungan antara tikus putih + pukulan yang kuat & emosi
takut.”

2.4

GENERALISASI

Generalisasi dalam konteks psikologi sosial dianggap sebagai kesimpulan umum mengenai
perhubungan yang berulang-ulang antara pembolehubah yang berkaitan. Contoh yang boleh
diambil dari penyelidikan sains perubatan adalah tanggapan tentang penghidap simptom batuk
atau bersin terus-menerus, mual, tiada selera makan dan denyutan jantung yang deras & tidak
teratur disimpulkan sebagai penghidap sakit jantung.

Dalam penyelidikan psikologi sosial pula dapat dijelaskan melalui contoh kekecewaan
individu menyebabkan berlakunya tingkah laku langsang seseorang seperti membunuh,
perompakan dan lain-lain. Jelas di sini bahawa kesemua generalisasi dalam bidang sains adalah
pernyataan tentang kebarangkalian untuk setiap kategori pembolehubah yang diambil kira dalam
penyelidikan. Fungsi generalisasi ini dapat menganalisis perhubungan antara sebab & akibat
yang menerangkan asbab suatu peristiwa terjadi.

6
Berbalik kepada eksperimen “Little Albert”, rangsangan tikus putih yang disertai dengan
pukulan kuat menghasilkan emosi takut kepada Albert. Pembentukan tanggapan yang
disengajakan ini menjadi generalisasi bahawa setiap tikus putih seharusnya ditakuti Albert.

TIKUS PUTIH + PUKULAN KUAT

EMOSI TAKUT

RAJAH 4.0

Setelah digeneralisasi, setiap kali Albert didedahkan tikus putih akan menghasilkan
perasaan takut kepadanya malah kepada setiap objek berwarna putih & yang serupa sifat
dengannya.

7
3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK

3.1 KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah ini memerlukan penyelidik untuk memerhatikan tingkah laku subjek yang dikaji
dengan perancangan yang sistematik dan tersusun. Antara kaedah yang lazimnya
digunakan dalam penyelidikan adalah seperti berikut:
i)

Kajian Lapangan – hanya memerhati dan bukan mengubah tingkah laku subjek.

ii)

Pemerhatian turut serta – penyelidik melibatkan diri secara langsung dalam
penyelidikan.

iii)

Penyelidikan arkib – kajian berkaitan sejarah

iv)

Penyelidikan tinjauan – terbahagi kepada 2 iaitu temuramah & soal selidik.

v)

Penyelidikan pertalian – mengkaji hubungan antara 2 pembolehubah.

3.2

KAEDAH TINJAUAN

Kaedah yang amat sesuai bagi mendapatkan pendapat orang ramai tentang suatu isu yang
ingin dikaji. Lazimnya kaedah ini melibatkan instrumen seperti soal selidik atau dengan
cara temuduga secara langsung. Tinjauan yang ingin dijalankan haruslah menepati syaratsyarat berikut:
-

Menyiapkan soal selidik yang sesuai bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Begitu juga dengan kaedah tinjau temubual.

-

Penyelidik yang menggunakan medium temubual haruslah seorang
yang

berpengalaman

agar

tidak

dipersoal

kredibiliti

atau

kelayakannya.
-

Sampel kajian haruslah bersesuaian dengan populasi yang ingin dikaji.

-

Penyelidik menggunakan ujian-ujian statisik yang sesuai dalam
menganalisis data yang diperoleh.

8
3.3

KAEDAH EKSPERIMEN

Ahli psikologi sosial yang berminat dalam pengujian sesuatu hipotesis (andaian awal)
lebih cenderung menggunakan kaedah ini. Kaedah eksperimen terbahagi kepada 3
bentuk:
i)

Eksperimen Makmal

ii)

Eksperimen lapangan

iii)

Eksperimen semulajadi
-

Kajian berkaitan keadaan semulajadi.

-

Kajian yang dilakukan dalam makmal dalam keadaan terkawal kerana
penyelidik mengawal faktor yang dikaji.

Berdasarkan hasil kajian yang didapati, penyelidik mengumpul data-data untuk
melihat perhubungan antara faktor atau pembolehubah dalam kajian.

Lampiran yang dijadikan rujukan untuk subtopik ini adalah video yang telah
dipilih untuk elemen dalam penyelidikan sosial di halaman sebelum ini. Video
eksperimen “Little Albert” merupakan contoh yang amat berkait dengan eksperimen
makmal di mana pembolehubah-pembolehubah dikawal oleh penyelidik.

9
4.0 RUMUSAN

Penyelidikan psikologi sosial telah menjadi satu disiplin ilmu yang mengandungi panduan untuk
para penyelidik membuat suatu kajian tentang asbab individu bertingkah laku dalam situasi
sosial. Hal ini jelas berdasarkan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam halamanhalaman sebelumnya. Dalam mendisiplinkan penyelidikan psikologi sosial ini, penyelidik
haruslah faham dan mahir dalam ilmu asas ini.

Merujuk kepada lampiran video yang dibentangkan, dapatlah difahami bahawa setiap
penyelidikan yang terdapat di dalamnya menepati disiplin ilmu psikologi sosial sebagai satu
bidang sains. Piawaian ini telah diguna pakai bukan sahaja dalam bidang sains sosial, malah
bidang sains teras lain juga amat menitikberatkan kandungan yang sama. Video yang
dibentangkan adalah contoh mudah bagi menggambarkan penyelidikan yang sememangnya
pernah dijalankan ahli psikologi terdahulu, bukan sahaja dalam bidang psikologi sosial namun
terhadap pelbagai cabang lain dalam psikologi.

10
5.0 RUJUKAN

Yahya Don, Psikologi Sosial dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur, 2006.
Azizi Hj. Yahaya, Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: teori, analisis &
interpretasi data, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2006.

http://psychology.about.com/od/classicpsychologystudies/a/little-albert-experiment.htm
Nota Psikologi Sosial (TP 22053), Semester 6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_sosial

11

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialEric Adreec
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...FaFai S.
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovwan nurul uliana
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuranmadiah jaafar
 

Was ist angesagt? (20)

Topik 1 apa itu sosiologi
Topik 1 apa itu sosiologiTopik 1 apa itu sosiologi
Topik 1 apa itu sosiologi
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
ulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budayaulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budaya
 
3 taksonomi bloom
3 taksonomi bloom3 taksonomi bloom
3 taksonomi bloom
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosial
 
Eksperimental
EksperimentalEksperimental
Eksperimental
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
Ukuran kecenderungan memusat ; min, mod, median (EDUP3063 Pentaksiran dalam P...
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Teori kewujudan
Teori kewujudanTeori kewujudan
Teori kewujudan
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
 

Ähnlich wie PSIKOLOGI SOSIAL

01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains SosialWanBK Leo
 
Teori teori dasar dalam psikologi sosial
Teori teori dasar dalam psikologi sosialTeori teori dasar dalam psikologi sosial
Teori teori dasar dalam psikologi sosialelmakrufi
 
Perspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosialPerspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosialDian Bunga Lestari
 
Tugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tesTugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tesFiTraah ViyanTy II
 
Tugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tesTugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tesFiTraah ViyanTy II
 
Bab 1 animal behaviour
Bab 1 animal behaviourBab 1 animal behaviour
Bab 1 animal behaviourAchmad Rosadi
 
Makalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikap
Makalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikapMakalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikap
Makalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikapLingga - Universitas Riau
 
kd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptx
kd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptxkd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptx
kd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptxfirmansyah960116
 
Ilmu psikologi
Ilmu psikologiIlmu psikologi
Ilmu psikologiJay Mi
 
Konsep dasar psikologi
Konsep dasar psikologiKonsep dasar psikologi
Konsep dasar psikologiwarjoyo susilo
 
fungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologifungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologiabd_
 
Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...
Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...
Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...LeonartMaruli
 
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. PasuruanI. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. PasuruanHeru Paryono
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialSyahremie Teja
 

Ähnlich wie PSIKOLOGI SOSIAL (20)

01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
01 Mja1013 Pengenalan Sains Sosial
 
Pengantar sosiologi
Pengantar sosiologiPengantar sosiologi
Pengantar sosiologi
 
PSYCHOLINGUISTICS Psycholinguistics - Latah
PSYCHOLINGUISTICS Psycholinguistics - Latah PSYCHOLINGUISTICS Psycholinguistics - Latah
PSYCHOLINGUISTICS Psycholinguistics - Latah
 
Teori teori dasar dalam psikologi sosial
Teori teori dasar dalam psikologi sosialTeori teori dasar dalam psikologi sosial
Teori teori dasar dalam psikologi sosial
 
B.F. Skinner
B.F. SkinnerB.F. Skinner
B.F. Skinner
 
Perspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosialPerspektif dalam psikologi sosial
Perspektif dalam psikologi sosial
 
Tugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tesTugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tes
 
Tugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tesTugas psikodiagnostik sejarah tes
Tugas psikodiagnostik sejarah tes
 
Bab 1 animal behaviour
Bab 1 animal behaviourBab 1 animal behaviour
Bab 1 animal behaviour
 
Makalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikap
Makalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikapMakalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikap
Makalah Faktor personal dan situasional yang mempengaruhi sikap
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Psikologi umum 1
Psikologi umum 1Psikologi umum 1
Psikologi umum 1
 
kd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptx
kd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptxkd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptx
kd-3.1-kelas-x-peran-dan-fungsi-sosiologi-dalam-masyarakat-1.pptx
 
Ilmu psikologi
Ilmu psikologiIlmu psikologi
Ilmu psikologi
 
Konsep dasar psikologi
Konsep dasar psikologiKonsep dasar psikologi
Konsep dasar psikologi
 
fungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologifungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologi
 
Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...
Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...
Persentasi ppt psikologi purposive, refleksisme dan behaviorisme (Lasidaniati...
 
Psikologi Sosial
Psikologi SosialPsikologi Sosial
Psikologi Sosial
 
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. PasuruanI. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosial
 

Mehr von akmalmustafakamal

PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)akmalmustafakamal
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]akmalmustafakamal
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]akmalmustafakamal
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)akmalmustafakamal
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidekakmalmustafakamal
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiakmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanakmalmustafakamal
 

Mehr von akmalmustafakamal (13)

TERAPI REALITI
TERAPI REALITITERAPI REALITI
TERAPI REALITI
 
TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)
 
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
Ciri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologiCiri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologi
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologi
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
 

Kürzlich hochgeladen

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 

PSIKOLOGI SOSIAL

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN Menurut Baron, Byrne & Suls (1989) dalam Nota Psikologi Sosial (TP 22053) menerangkan bahawa psikologi sosial merupakan satu bidang saintifik yang bertujuan untuk memahami sifat & asbab tingkah laku individu dalam situasi sosial. Definisi ini jelas mengklasifikasikan psikologi sosial sebagai salah satu dari pelbagai bidang sains di bawah sains sosial. Bidang sains ini cenderung meneliti bagaimana pemikiran, perasaan & tingkah laku individu dipengaruhi oleh agen sosial mereka. Agen sosial ini terdiri daripada keluarga, rakan sekerja/sekelas mahupun kelompok sesebuah organisasi. Hal ini kerana tumpuan psikologi sosial adalah terhadap interaksi individu dalam sesebuah kumpulan terutama untuk perkembangan diri sebagai elemen kewujudan sosial. Sebagai salah satu ilmu disiplin sains, terdapat beberapa elemen dalam psikologi sosial yang membentuk penyelidikan yang menepati piawai sebagaimana berikut:  Logik, sebab & akibat  Pembolehubah  Pertalian  Generalisasi Terdapat juga beberapa disiplin lain yang menjadikan psikologi sosial sebagai satu bidang sains yang merangkumi kaedah-kaedah saintifik dalam penyelidikan psikologi seperti kaedah pemerhatian, tinjauan & eksperimen serta etika-etika dalam penyelidikan psikologi seperti kesakitan & kegelisahan, penipuan & debriefing. 1
  • 2. 2.0 ELEMEN PENYELIDIKAN PSIKOLOGI SOSIAL SEKILAS TENTANG VIDEO EKSPERIMEN “LITTLE ALBERT” Eksperimen “Little Albert” telah dipelopori ahli psikologi tingkah laku (Behaviorisme), J.B Watson dan pelajar lulusan Johns Hopkins University, Rosalie Raynor. Watson berminat dalam memperkembang lagi eksperimen pelaziman klasik yang dijalankan pakar fisiologi, Ivan Pavlov terhadap anjing kepada reaksi emosi manusia. Eksperimen kontroversi ini melibatkan seorang kanak-kanak yang digelar “Albert B” oleh Watson & Rayner, namun lebih dikenali kini dengan nama “Little Albert”. Sekitar usia sembilan bulan, Watson & Rayner mendedahkan satu siri rangsangan terhadap Albert seperti tikus putih, arnab, monyet, topeng & surat khabar yang dibakar lalu memerhatikan reaksi kanak-kanak tersebut. Pada awal eksperimen, budak lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi takut terhadap rangsangan-rangsangan yang didedahkan. Prosedur eksperimen tersebut diteruskan dengan pendedahan tikus putih kepada Albert yang disertai dengan pukulan tukul besi ke paip logam. Hasilnya Albert mula menangis setelah mendengar bunyi yang kuat tersebut. Selepas beberapa kali didedahkan tikus dengan bunyi yang kuat, Albert terus menangis hanya setelah melihat tikus. 2.1 LOGIK, SEBAB & AKIBAT Dalam setiap bidang yang melibatkan penyelidikan, seharusnya hukum sebab-akibat menjadi keutamaan dalam menentukan sebarang persoalan terhadap subjek kajian. Sebagaimana teori graviti yang dikemukakan Isaac Newton yang timbul dari persoalan bagaimana sebiji epal jatuh ke tanah, begitu juga dengan penyelidikan sains sosial yang melibatkan andaian asas bahawa setiap peristiwa berlaku atas beberapa punca/asbab. 2
  • 3. Misalnya persoalan tentang apakah yang menyebabkan seseorang menjauhkan diri dari situasi keramaian. Persoalan asbab yang dapat dikupas menerusi persoalan ini adalah seperti, “adakah kerana kurangnya keyakinan kendiri?” atau “adakah faktor genetik yang mempunyai sifat inferioriti yang tinggi?”. Seterusnya persoalan asbab tersebut menimbulkan persoalan tentang akibat seperti, “adakah sebab-sebab tersebut benar-benar mempengaruhi tingkah laku seseorang?”. Jadi, melalui eksperimen “Little Albert”, dapatlah dikenal pasti elemen sebab dan akibat sepertimana rajah berikut: EMOSI TAKUT = AKIBAT TIKUS PUTIH + PUKULAN TUKUL KE PAIP LOGAM = SEBAB RAJAH 1.0 3
  • 4. 2.2 PEMBOLEHUBAH Brown (1988) menyatakan pembolehubah sebagai sesuatu yang boleh diubah & berbeza. Manakala Davis mendefinisikan ia sebagai simbol atau konsep yang diandaikan dalam bentuk nilai & angka. Pembolehubah juga merupakan satu ciri yang mampu berubah-ubah seperti umur, jantina & kelas sosial, pendapatan, pencurian, pembunuhan diri dan sebagainya. Hubungan sebab & akibat berlaku apabila terdapat dua pembolehubah yang mempengaruhi antara satu sama lain. Misalnya, kekecewaan individu mempengaruhi seseorang untuk bertingkah laku langsang seperti pembunuhan atau tahap stress yang melampau mendorong individu untuk terjerumus dalam gejala sosial. Terdapat 2 pembolehubah yang sering digunakan dalam suatu penyelidikan sama ada dalam bidang sains teras mahupun sains sosial seperti: 2.2.1 Pembolehubah Bebas - Pembolehubah yang menjadi asbab kepada suatu akibat. - Mengkaji keberkesanan pembolehubah bersandar. - Contoh: 1) Kekecewaan mempengaruhi tingkah laku langsang. 2) Tahap stress yang melampau menyebabkan individu terlibat dalam gejala sosial. 2.2.2 Pembolehubah Terikat/bersandar/tergantung - Pembolehubah yang dipengaruhi. - Akibat terhadap suatu asbab. - Contoh: 1) Tingkahlaku langsang 2) Penglibatan gejala sosial. Dalam erti kata yang lebih mudah, sebagai contohnya, penyelidik yang ingin mengenal pasti kesan suhu bilik darjah terhadap pencapaian pelajar ujian fizik. Bagi mengenal pasti kesan suhu bilik darjah, penyelidik perlu mempelbagaikan paras suhu dan melihat kesannya pada pencapaian pelajar. Penyelidikan ini dapat dikenal pasti melalui rajah berikut: 4
  • 5. SUHU = PEMBOLEHUBAH BEBAS PENCAPAIAN PELAJAR = PEMBOLEHUBAH TERIKAT RAJAH 2.0 Hal ini kerana, pencapaian pelajar tersebut mungkin dipengaruhi oleh pembolehubah bebas iaitu suhu bilik. Jadi, menurut penerangan di atas, dapatlah ditentukan 2 pembolehubah tersebut menerusi video eksperimen “Little Albert” sebagaimana berikut: TIKUS PUTIH+PUKULAN KUAT = PEMBOLEHUBAH BEBAS EMOSI TAKUT = PEMBOLEHUBAH TERIKAT RAJAH 3.0 2.3 PERTALIAN Pertalian lebih dikenali dalam bidang penyelidikan sebagai korelasi. Pertalian yang dimaksudkan adalah hubungan antara 2 atau lebih pembolehubah. Penyelidikan lazimnya melibatkan pengumpulan data bagi menentukan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah secara saintifik. Kaedah yang digunakan bagi menentukan korelasi antara pembolehubah adalah dengan membuat analisis secara statistik supaya dapat mengenal pasti wujud atau tidak pertalian antara pembolehubah tersebut. Misalnya, perkaitan antara kecerdikan dengan pencapaian akademik. Pelajar yang mendapat skor tinggi dalam ujian IQ cenderung mendapat markah yang tinggi dalam ujian akademik. Begitu juga sebaliknya, pelajar yang mendapat skor rendah dalam ujian IQ cenderung mendapat markah yang rendah dalam ujian akademik. Dengan ini, tujuan sebenar pertalian ini dapat menentukan perkaitan antara pembolehubah lantas menggunakan pertalian tersebut untuk membentuk ramalan awal pada keputusan penyelidikan yang dilakukan. 5
  • 6. Merujuk kepada eksperimen “Little Albert”, amat mudah untuk dikenal pasti pemboleh ubah yang terlibat sepertimana dijelaskan dalam halaman sebelumnya. Pada asasnya, pembolehubah terdiri daripada suatu asbab & akibat dalam penyelidikan yang ingin dikaji. Emosi takut yang dialami Albert merupakan pembolehubah terikat. Manakala pembolehubah bebas dalam eksperimen ini adalah rangsangan-rangsangan seperti tikus putih yang disertai dengan pukulan tukul ke paip logam yang dikenakan ke atas Albert. Dalam bentuk yang lebih mudah difahami, kajian pertalian berdasarkan eksperimen ini dapat dijelaskan melalui pernyataan: “Hubungan antara tikus putih + pukulan yang kuat & emosi takut.” 2.4 GENERALISASI Generalisasi dalam konteks psikologi sosial dianggap sebagai kesimpulan umum mengenai perhubungan yang berulang-ulang antara pembolehubah yang berkaitan. Contoh yang boleh diambil dari penyelidikan sains perubatan adalah tanggapan tentang penghidap simptom batuk atau bersin terus-menerus, mual, tiada selera makan dan denyutan jantung yang deras & tidak teratur disimpulkan sebagai penghidap sakit jantung. Dalam penyelidikan psikologi sosial pula dapat dijelaskan melalui contoh kekecewaan individu menyebabkan berlakunya tingkah laku langsang seseorang seperti membunuh, perompakan dan lain-lain. Jelas di sini bahawa kesemua generalisasi dalam bidang sains adalah pernyataan tentang kebarangkalian untuk setiap kategori pembolehubah yang diambil kira dalam penyelidikan. Fungsi generalisasi ini dapat menganalisis perhubungan antara sebab & akibat yang menerangkan asbab suatu peristiwa terjadi. 6
  • 7. Berbalik kepada eksperimen “Little Albert”, rangsangan tikus putih yang disertai dengan pukulan kuat menghasilkan emosi takut kepada Albert. Pembentukan tanggapan yang disengajakan ini menjadi generalisasi bahawa setiap tikus putih seharusnya ditakuti Albert. TIKUS PUTIH + PUKULAN KUAT EMOSI TAKUT RAJAH 4.0 Setelah digeneralisasi, setiap kali Albert didedahkan tikus putih akan menghasilkan perasaan takut kepadanya malah kepada setiap objek berwarna putih & yang serupa sifat dengannya. 7
  • 8. 3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK 3.1 KAEDAH PEMERHATIAN Kaedah ini memerlukan penyelidik untuk memerhatikan tingkah laku subjek yang dikaji dengan perancangan yang sistematik dan tersusun. Antara kaedah yang lazimnya digunakan dalam penyelidikan adalah seperti berikut: i) Kajian Lapangan – hanya memerhati dan bukan mengubah tingkah laku subjek. ii) Pemerhatian turut serta – penyelidik melibatkan diri secara langsung dalam penyelidikan. iii) Penyelidikan arkib – kajian berkaitan sejarah iv) Penyelidikan tinjauan – terbahagi kepada 2 iaitu temuramah & soal selidik. v) Penyelidikan pertalian – mengkaji hubungan antara 2 pembolehubah. 3.2 KAEDAH TINJAUAN Kaedah yang amat sesuai bagi mendapatkan pendapat orang ramai tentang suatu isu yang ingin dikaji. Lazimnya kaedah ini melibatkan instrumen seperti soal selidik atau dengan cara temuduga secara langsung. Tinjauan yang ingin dijalankan haruslah menepati syaratsyarat berikut: - Menyiapkan soal selidik yang sesuai bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Begitu juga dengan kaedah tinjau temubual. - Penyelidik yang menggunakan medium temubual haruslah seorang yang berpengalaman agar tidak dipersoal kredibiliti atau kelayakannya. - Sampel kajian haruslah bersesuaian dengan populasi yang ingin dikaji. - Penyelidik menggunakan ujian-ujian statisik yang sesuai dalam menganalisis data yang diperoleh. 8
  • 9. 3.3 KAEDAH EKSPERIMEN Ahli psikologi sosial yang berminat dalam pengujian sesuatu hipotesis (andaian awal) lebih cenderung menggunakan kaedah ini. Kaedah eksperimen terbahagi kepada 3 bentuk: i) Eksperimen Makmal ii) Eksperimen lapangan iii) Eksperimen semulajadi - Kajian berkaitan keadaan semulajadi. - Kajian yang dilakukan dalam makmal dalam keadaan terkawal kerana penyelidik mengawal faktor yang dikaji. Berdasarkan hasil kajian yang didapati, penyelidik mengumpul data-data untuk melihat perhubungan antara faktor atau pembolehubah dalam kajian. Lampiran yang dijadikan rujukan untuk subtopik ini adalah video yang telah dipilih untuk elemen dalam penyelidikan sosial di halaman sebelum ini. Video eksperimen “Little Albert” merupakan contoh yang amat berkait dengan eksperimen makmal di mana pembolehubah-pembolehubah dikawal oleh penyelidik. 9
  • 10. 4.0 RUMUSAN Penyelidikan psikologi sosial telah menjadi satu disiplin ilmu yang mengandungi panduan untuk para penyelidik membuat suatu kajian tentang asbab individu bertingkah laku dalam situasi sosial. Hal ini jelas berdasarkan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam halamanhalaman sebelumnya. Dalam mendisiplinkan penyelidikan psikologi sosial ini, penyelidik haruslah faham dan mahir dalam ilmu asas ini. Merujuk kepada lampiran video yang dibentangkan, dapatlah difahami bahawa setiap penyelidikan yang terdapat di dalamnya menepati disiplin ilmu psikologi sosial sebagai satu bidang sains. Piawaian ini telah diguna pakai bukan sahaja dalam bidang sains sosial, malah bidang sains teras lain juga amat menitikberatkan kandungan yang sama. Video yang dibentangkan adalah contoh mudah bagi menggambarkan penyelidikan yang sememangnya pernah dijalankan ahli psikologi terdahulu, bukan sahaja dalam bidang psikologi sosial namun terhadap pelbagai cabang lain dalam psikologi. 10
  • 11. 5.0 RUJUKAN Yahya Don, Psikologi Sosial dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2006. Azizi Hj. Yahaya, Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: teori, analisis & interpretasi data, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2006. http://psychology.about.com/od/classicpsychologystudies/a/little-albert-experiment.htm Nota Psikologi Sosial (TP 22053), Semester 6 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_sosial 11