SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 19
PENGHARGAAN

Tiada selayaknya untuk saya panjatkan syukur atas segala ni‟mat yang dikurniakan Allah
berbentuk kemudahan dan ilmu kemahiran serta pengetahuan agama dalam menyiapkan tugasan
ini. Saya sebagai hamba Tuhan yang hanya mampu merancang & berusaha dalam perancangan
tersebut, akhirnya dengan usaha tersebutlah Allah menentukan penyelesaiannya. Benarlah Allah
sememangnya sebaik-baik perancang.

Tidak lengkap ungkapan penghargaan yang tidak disertai dedikasi kepada pembimbing
saya sendiri, Ustaz Mohamad Islah Soleh juga sebagai syeikh, mursyid, ustaz, murabbi dan juga
mu‟allim bagi pelajar-pelajar jurusan Psikologi ambilan September 2011. Di dalam pencarian
bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah menghimpunkan sekian banyak jenis
bahan bacaan tentang adab murid dengan syeikh dalam ruang lingkup tasawwuf. Hal ini
meningkatkan ilmu pengetahuan saya sendiri untuk menterjemahkannya dalam bentuk amalan
agar dikira Allah sebagai suatu bentuk ibadah lantas menggapai redha-Nya. Dengan peluang
membuat tugasan inilah menjadi suatu penghargaan bagi saya kepada ustaz. Moga Allah
membalasnya dengan syurga.
Segala permasalahan yang berlaku dapat saya atasi berkat bantuan do‟a dari ibubapa serta
rakan sekelas yang tidak putus mendo‟akan dan memberi bantuan dari segenap segi. Bimbingan
mereka dalam menyiapkan tugasan sama ada dalam bentuk teoritikal mahupun praktikal amat
saya hargai.

1
Saya menaruh keyakinan yang tinggi terhadap hasil kerja saya ini yang bernilai bukan
dari bilangan muka suratnya, namun ilmu yang disusun semula hasil dari bacaan saya dapat
dimanfaatkan bersama terutamanya pada diri saya sendiri untuk diamalkan. Saya berusaha
sedaya mungkin mempelajari ilmu-ilmu dari bahan bacaan tersebut dengan menyampaikannya
melalui penulisan tugasan ini.

Tidaklah saya mengharapkan perkara selain dari redha-Nya dalam menyiapkan tugasan
ini, moga dengan redha Allah terhadap ibadah ini mendapat ganjaran-ganjaran sampingan seperti
penilaian markah yang tinggi dari ustaz sendiri. Mudah-mudahan tugasan ini membawa manfaat
& faedah bersama. Moga dengan ilmu-ilmu yang terkandung membentuk amal saya terutamanya
dalam menjaga adab terhadap semua pendidik.

Sekian.

2
PENGENALAN

Konsep syeikh merupakan satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dalam ilmu tasawuf.
Bahkan lahirnya sesebuah tariqat dalam tasawuf adalah kerana ciri syeikh tersebut. Para tokoh
ahli tasawuf & ahli sufi terbesar yang telah mengasaskan tariqat yang hidup subur sehingga
sekarang adalah hasil dari pimpinan & didikan para syeikh. Mereka sejak dari zaman awal
hinggalah sekarang sering menasihatkan kepada orang yang mempunyai persediaan rohani
menuju jalan Allah s.w.t supaya mencari seorang syeikh yang mursyid yang dapat memimpin &
mendidiknya.

Abu Yazid Bustami telah menegaskan bahawa,
“Sesiapa yang tidak mempunyai guru, maka gurunya adalah syaitan”.

Manakala Ustaz Abu Ali al-Daqqaq, guru kepada Imam al-Qusyairi menjelaskan,
“Pohon yang tumbuh dengan sendiri tanpa ada yang menanamnya akan subur berdaun rendang
tetapi tidak berbuah. Demikianlah juga murid jika tidak berguru yang dapat memandu &
memimpin tariqatnya senafas demi senafas maka ia lebih mengabdi kepada hawa nafsunya
tanpa dapat melepaskan diri daripadanya”.1

Pendapat ini telah pun diakui oleh tokoh ahli sufi sezaman & zaman berikutnya. Maka
jelaslah di sini bahawa peranan syeikh dalam perkembangan ilmu tasawuf di dalam usaha
mencapai pendidikan yang sempurna lebih-lebih lagi bidang ilmu yang bersifat batin yang sulit
lagi tersembunyi. Tanpa syeikh yang memimpin, seseorang sudah pasti terdedah kepada bahaya
besar ibarat seorang pengembara merentas hutan belantara tanpa pemandu yang mahir &
berpengalaman.

1

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1992

3
Syeikh menurut Ibnu „Ata‟illah mungkin serba sedikit dapat menggambarkan peri
pentingnya peranan syeikh atau guru dalam sesuatu tariqat:

“Syeikh anda itu bukanlah orang yang anda dengar kata-kata darinya, tetapi syeikh anda ialah
orang yang anda mengambil daripadanya. Syeikh anda bukanlah orang yang anda hadapi
(terima) kata ibaratnya, tetapi syeikh anda ialah orang yang isyaratnya menyerap ke dalam diri
anda. Syeikh anda bukanlah orang yang anda hadapi perkataannya, tetapi syeikh anda ialah
orang yang halnya itu menyedarkan anda. Syeikh anda bukanlah orang yang mengeluarkan
anda dari penjara hawa dan membawa anda tetapi syeikh anda ialah yang dapat membersihkan
cermin hatimu sehingga tersinar padanya cahaya Tuhanmu. Dialah yang memimpin anda
kepada Allah lalu anda ikutinya. Dialah yang membawa anda berjalan menuju Allah sehingga
anda sampai kepadanya. Dia adalah orang yang sentiasa seiring dengan anda sehingga
ditolaknya anda di hadapan-Nya yang berada dalam cahaya Hadrat Ilahi lalu mengatakan pada
anda: Nah! Sekarang anda bersama Tuhanmu!”

Terdapat beberapa kisah yang direkodkan sejarawan tentang beberapa tokoh Islam seperti
Imam al-Muhasibi, Iman al-Sayadhli, Jalaluddin al-Rumi & Imam al-Ghazali dalam
pencariannya untuk menemui syeikh sufi untuk menyerahkan diri mereka supaya dipimpin &
dipandu dalam menjalani perjalanan tariqat. Pencarian mereka amat jelas mentafsirkan tentang
pentingnya syeikh dalam usaha mencari ilmu. Pertemuan tersebut menjadi satu nikmat sehingga
tidak jemu mereka abadikan dalam nyanyian serta syair. 2

2

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1992

4
Persoalan yang ingin diutarakan adalah mengenai adab seseorang murid atau penuntut
ilmu terhadap syeikh yang mengajarkkan ilmu. Bagi para ahli sufi, mereka meletakkan martabat
& kedudukan yang tinggi terhadap syeikh-syeikh mereka. Konsep syeikh dalam ilmu tasawuf
telah dinyatakan kepentingan serta peranannya sebagaimana petikan-petikan di atas. Hal ini
menjadi asbab seseorang guru atau syeikh sepatutnya dihormati baik dari sudut zahiriah
mahupun batiniah.

Imam Syafi‟e rahimahullah merupakan tokoh yang tidak asing untuk dicontohi menerusi
pelbagai kisah beliau dalam menghormati guru. Imam Syafi‟e sering menyanjungi keperibadian
& keilmuan Imam Malik yang pernah menjadi gurunya menerusi beberapa ungkapan yang
direkodkan para sarjana seperti, “Apabila sesuatu hadith yang diterima melampaui al-Haramain,
nescaya lemah pangkalnya. Apabila datang sesuatu hadith, Imam Malik adalah bintangnya.”.
Harmalah pula merekodkan Imam Syafi‟e tidak akan sekali-kali mendahului Imam Malik dalam
perihal hadith. Manakala Yunus bin Abdul al-A‟la pernah mendengar Imam Syafi‟e
menceritakan perihal Muhammad Bin Hasan yang mempertikaikan kemampuan Imam Malik
dalam isu ijtihad. Lalu Imam Syafi‟e bangun mempertahankan gurunya. 3

3

Dr. Ridzuan Ahmad, Fiqh Imam Syafie, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2012

5
ADAB MURID DENGAN SYEIKH

Terdapat beberapa adab-adab khusus seorang murid terhadap syeikhnya. Di sini
diutarakan beberapa pendapat dari pelbagai tokoh sama ada dari kalangan ahli sufi sendiri
mahupun dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan tabi‟in.

Menurut Muhammad Uthman el-Muhammadiy dalam karyanya Peradaban dalam Islam,
beberapa tatasusila yang digariskan ketika seseorang murid berada di dalam sesuatu majlis.
Seorang murid apabila tiba di majlis pembelajaran, hendaklah mereka memulakan salam. Di
hadapan guru tersebut, hendaklah mereka tidak bercakap banyak. Hal ini melanggar adab bahkan
membawa kepada taraf yang tidak sepatutnya dari sudut rohaniyyah. Selain itu, bilamana guru
tidak bertanyakan apa-apa, maka murid tersebut hendaklah tidak menyebut apa-apa kecuali
benar-benar murid tersebut menginginkan penerangan dari gurunya. Walaubagaimanapun, ketika
murid meminta penerangan dari gurunya, hendaklah dimulakan dengan meminta izin dan jangan
sekali-kali menyampuk gurunya.

Murid tidak sepatutnya menentang pandangan serta ajaran gurunya dengan menyebut
pandangan ulama‟ lain yang menentang pandangan guru tersebut. Kalaupun murid mempunyai
sebarang masalah yang mesti diselesaikan, maka mereka boleh meminta penjelasan dari gurunya.
Sehubungan dengan itu juga, murid tidak sepatutnya menunjukkan sebarang bentuk isyarat yang
bermaksud tidak bersetuju dengan ijtihad gurunya atau dalam erti kata lain, niat ingin
menunjukkan bahawa mereka lebih mengetahui dari gurunya. 4

4

Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982.

6
Sewaktu guru sedang mengajar, murid tidak harus bertanya-tanya kepada rakan mereka
di hadapan guru tersebut. Sebaliknya mereka perlu diam dan menberi perhatian kepada gurunya
tanpa berpaling ke kiri dan ke kanan. Dalam etika tasawuf juga ditekankan bahawa sekiranya
guru berdiri, murid hendaklah turut sama berdiri bagi menunjukkan penghormatan. 5

Murid sepatutnya tidak berprasangka buruk terhadap guru mereka tika mana perbuatan
zahir dari guru tersebut tampak berlawanan dengan zahirnya kehendak agama. Dalam keadaan
yang demikian, penuntut ilmu tersebut hendaklah mengingatkan kisah bagaimana Nabi Musa a.s.
menentang Nabi Khidr a.s. sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Nabi Musa a.s.
merupakan nabi Allah yang diturunkan untuk menyampaikan risalah Islam kepada kaum Yahudi.
Oleh kerana Musa a.s. seorang rasul yang dilantik Allah, maka beliau merasakan bahawa dirinya
mempunyai ilmu & hikmah yang tidak dimiliki orang lain dalam kalangan manusia

Lalu wahyu telah menyatakan bahawa terdapat seorang lagi hamba Allah yang
mempunyai ilmu yang lebih banyak terutama ilmu yang berkaitan dengan rahsia-rahsia
ketuhanan iaitu Nabi Allah Khidr a.s. Lantas Nabi Musa a.s. mahu mempelajari ilmu kerahsiaan
tersebut daripada Khidr a.s. dengan menyuarakan kehendaknya untuk menjadi muridnya.
Namun, Musa a.s. tidak dapat bersama dengan Nabi Allah Khidr a.s. dalam tempoh masa yang
lama. Nabi Allah Khidr a.s. telah pun menasihati Musa a.s. bahawa beliau tidak mampu menahan
kesabaran mempelajari ilmu dengannya.

Hal ini kerana pada pandangan Musa a.s., terdapat banyak perbuatan zahir Khidr a.s.
semasa perjalanan mereka bertentangan dengan ajaran-ajaran zahir agama atau kehendak hukum
syariat. Oleh itu Musa a.s. menyatakan rasa tidak setuju beliau terhadap semua perbuatan Khidr
a.s. tersebut. Maka setelah kali terakhir Musa a.s. tidak tertahan dengan tindakan Khidr a.s.
tersebut, Khidr a.s. memberi penerangan & pengajaran bagi setiap tindakan beliau yang tampak
zahirnya menentang hukum syariat.
5

Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982.

7
Dengan itu, Nabi Musa a.s. berpuas hati dengannya dan beredar dari situ. Pengajaran
yang perlu dititikberatkan melalui kisah Nabi Allah Khidr ini adalah penuntut ilmu perlu cuba
menjauhi dari sangkaan-sangkaan buruk terhadap gurunya. 6
Sehubungan dengan itu juga, syeikh tersebut perlu mengingatkan hadith Nabi s.a.w. yang
mafhumnya:

“Sesiapa yang meringan-ringankan gurunya, maka Allah akan membalasnya dengan 3 cara. Dia
akan menjadikan kehidupannya sempit (untuknya), dia akan lupa akan apa yang dipelajarinya.
& dia akan meninggal dunia tanpa iman”.

Tentang perhubungan umum murid-syeikh, perbuatan memberi salam seorang murid
kepada gurunya harus dipraktikkan dengan ucapan Assalaamu’alaikum yang membawa maksud
sejahtera Allah ke atas kamu. Amalan ini bukan sahaja dituntut dalam perhubungan murid-guru,
malah telah direkodkan menurut sabdaan Nabi s.a.w. dari Abu Hurairah bahawa Rasululllah
s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,

“Tidak akan masuk syurga kalian semua sehingga kalian beriman dan tidak dinamakan beriman
kalian semua sehingga engkau saling cinta-mencintai. Tidakkah engkau semua suka jika saya
tunjukkan kepadamu suatu jikalau engkau semua melakukannya, tentu kamu akan saling cintamencintai? Iaitu sebarkanlah salam antara sesamamu!” 7

Dalam berbicara bab mengutamakan syeikh untuk mengimamkan solat mahupun
sebarang jemaah, dapatlah disandarkan permasalahan tersebut bersandarkan hadith Nabi s.a.w.
sebagaimana berikut:

6

Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982.

7

Hadith Riwayat Muslim, Kitab Riyadhus Salihin.

8
Dari Abu Mas‟ud iaitu „Uqbah bin „Amr al-Badri al-Anshari r.a., katanya bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Yang berhak menjadi imamnya sesuatu kaum (waktu solat) ialah yang terbaik bacaannya
terhadap kitabullah al-Quran. Jikalau semua jamaah di situ sama baiknya dalam membaca
kitabullah, maka yang terpandai dalam Sunnah (al-Hadith). Jikalau semua sama pandainya
dalam as-Sunnah, maka yang terdahulu hijrahnya. Jikalau dalam hijrahnya sama dahulunya,
maka yang tertua usianya”. 8

Menurut Drs. Barmawie Umarie dalam bukunya, Sistematik Tasawwuf, beliau
menghuraikan tentang prinsip para ahli sufi tentang syeikh mereka. Ketaatan mereka terhadap
guru adalah berdasarkan kata-kata berikut:
“Ta’atilah guru, duduklah engkau di hujung kakinya, tidurlah engkau sesudah gurumu tidur”. 9

Sikap berlebih-berlebihan terhadap guru ini berasal dari ajaran tariqat. Terdapat murid
yang gemar memakan sisa makanan guru mereka. Hal ini selain dari menunjukkan tanda ta‟at
mereka terhadap guru, jua dapat membawa maksud tabarruk atau mengambil berkat.

Perkara seperti ini juga pernah berlaku dalam sirah Rasul s.a.w. pada peristiwa
Hudaibiyah, di mana ketika Rasul s.a.w. berwudhu‟, sisa airnya menjadi rebutan para sahabat
dalam maksud untuk mengambil berkat. Selain itu, pada waktu Khalid al-Walid menjadi
panglima perang dengan gelaran Saifullah (pedang Allah), beliau sering membawa rambut
Rasulullah s.a.w. di berbagai medan pertempuran yang dihadapi.

8

9

Hadith Riwayat Muslim, Kitab Riyadhus Salihin.
Drs. Barmawi Umari, Sistematik Tasawuf, Yogyakarta, 1961.

9
Pengajaran yang boleh diteladani menerusi kisah-kisah ini bukanlah tindakan mereka
tersebut terhadap guru, namun, ta‟at kepada guru selagi berlandaskan aturan Islam yang tidak
sampai tergelincir kepada syirik. 10

Terdapat beberapa adab khusus seorang murid yang digariskan Drs. Barmawi Umari
sepertimana berikut:
1. Baik sangka kepada guru & selalu mengingatinya.
2. Berbuat baik kepada keluarga guru.
3. Berdekatan dengan guru dalam hal menerima ajarannya dan beramal.
4. Bergaul dengan cara pergaulan yang disenangi guru.
5. Berterus terang kepada guru dalam segala hal.
6. Menghormati dan tidak boleh menentangnya, menurut perintah guru dengan patuh.
7. Tidak boleh banyak berbicara di hadapan guru.
8. Tidak menyiarkan rahsia-rahsia guru.
9. Pantas dalam menjalankan perintah guru.
Dalam masa yang sama, murid tersebut hendaklah menjaga dirinya agar:
1. Bergaul dengan sahabat yang baik.
2. Konsentrasi yang tinggi di kala berzikir.
3. Menjaga pancaindera sebaiknya & mengingati mati.
4. Menjauhi hal-hal yang menghambat jalan kebenaran.
5. Menjauhkan diri dari kawan yang buruk.
6. Mengambil keperluan hidup sekadar perlu dari yang halal.
7. Menggunakan sepenuh waktu dengan perkara manfaat.
8. Qana‟ah & muhasabah terhadap diri sendiri.
9. Selalu mengingat & memperingatkan orang kepada akhirat.
10. Tawadhu‟.
11. Tidur tidak begitu banyak dan sentiasa dalam keadaan berwudhu‟.

10

Drs. Barmawi Umari, Sistematik Tasawuf, Yogyakarta, 1961.

10
Manakala menurut kitab Haqaiq an Tasawuf telah membahagikan adab murid terhadap
syeikh kepada 2 bahagian:

1.

ADAB BATIN
i.

Menyerah diri kepada syeikh serta taat terhadap semua suruhannya dan
nasihatnya selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

ii.

Tidak membantah guru terhadap cara atau jalan yang digunakan untuk
mentarbiyah muridnya.

Ibnu Hajar al-Haithami pernah berkata yang bermaksud:
“Sesiapa yang membuka pintu membantah syeikh, mencari keaiban dalam tingkah laku &
perbuatan mereka, maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan petanda dia diharamkan
daripada kebaikan serta buruk kesudahannya. Sesungguhnya dia berkali-kali tidak mendapat
manfaat. Di samping itu mereka juga berkata: Sesiapa berkata kepada syeikhnya “kenapa”, dia
tidak akan berjaya selama-lamanya”. 11

Apa yang dimaksudkan dengan adab di sini ialah adab terhadap murid tarbiyyah yang
inginkan kesempurnaan serta sampai kepada Allah Taala. Bagi murid yang mengambil ilmu
daripada para ulama‟ mereka, digalakkan mereka berbincang & bertanya guru mereka sehingga
tercapai faedah ilmu. Dalam mempelajari ilmu fiqh, murid yang rajin bertanya “kenapa”, maka
dia akan mudah & cepat menguasai ilmu demikian. Namun dalam tarbiyyah, dia tidak akan
mendapat sebarang manfaat.

11

http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/adab-murid-dengan-syeikh.html

11
iii.

Tidak beri‟tiqad kepada gurunya seorang ma‟sum.

iv.

Yakin bahawa gurunya kamil dan mempunyai keahlian yang sempurna dalam
mentarbiyyah.

v.

Hendaklah bersifat jujur dan ikhlas dalam berhubungan dengan guru.

vi.

Menghormati serta menjaga kehormatan syeikh sama ada dengan kehadiran atau
tanpa kehadirannya.

vii.

Hendaklah murid mengasihi syeikhnya dengan kasih sayang sejati tanpa
memandang rendah kedudukan guru yang lain.

2.

ADAB ZAHIR
i.

Mentaati arahan syeikh sama ada berupa suruhan mahupun tegahan.

ii.

Menjaga tingkah laku ketika berada di dalam majlis syeikh.

iii.

Sedia berkhidmat kepada syeikh sekadar yang termampu.

iv.

Sentiasa menghadiri majlisnya. Hendaklah menziarahi syeikh setakat
termampu jika dipisah oleh jarak yang jauh.

v.

Sabar dengan pendirian gurunya dalam mentarbiyyah.

Ibnu Hajar al-Haithami berkata yang bermaksud:
“Banyak jiwa yang tidak mendapat taufiq & hidayah kerana apabila melihat gurunya tegas
dalam mentarbiyah, dia lari daripadanya. Selepas itu, dia melontar pelbagai keburukan &
kekurangan guru tersebut sedangkan guru tersebut tidak seperti yang dia katakan. Oleh hal yang
demikian, jauhkan diri dari terpedaya dengan tohmahan tersebut kerana nafsu sememangnya
ingin membinasakan tuannya. Janganlah mentaati nafsu untuk tidak mentaati guru”. 12

12

http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/adab-murid-dengan-syeikh.html

12
vi.

Tidak memindahkan kalam syeikh kepada orang lain kecuali mengikut kadar
kefahaman serta akal si pendengar. Hal ini bertujuan supaya diri murid &
syeikhnya tidak disalah anggap.

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah turut sama membicarakan tentang adab murid
dengan syeikh. Menurutnya, seorang murid yang menemukan kemusykilan atau kekurangan
pada gurunya, murid tersebut tidak seharusnya membantah mahupun menolaknya dengan
mengatakan, “Guru telah salah dalam masalah ini”.

Bahkan dia harus bersyukur kepada Allah s.w.t. atas apa yang diberikan kepadanya
berupa keutamaan, ilmu serta nur yang disembunyikan dalam dirinya. Namun sekiranya
kekurangan tersebut jelas bertentangan syariat, maka murid harus memberitahukan hal tersebut
sehingga gurunya memberikan arahan yang sesuai dengannya dan mendo‟akan agar guru
tersebut mendapat taufiq hidayah terhadap hal tersebut.

Selain itu, murid tidak sepatutnya banyak bergerak sewaktu mendengar pelajaran guru
kecuali mendapat isyarat darinya. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah menegaskan sekian lama
tentang sikap, perbuatan atau ucapan yang tidak baik bagi seorang murid. Namun kini, perkara
tersebut sering berlaku di madrasah atau pondok-pondok mereka.

Sungguh beruntung dan

tampak kesungguhan murid-murid sekiranya mereka dapat melakukan adab yang sedemikian
dengan sempurna. Natijah dari hal yang sedemikian, makna kepada sesuatu yang didengari
murid tersebut menyalakan cahaya kebenaran serta menguatkannya.

13

http://sufimuda.net/2008/10/05/adab-seorang-murid-kepada-guru-kedua/

13

13
Murid yang bersungguh-sungguh, api kerinduannya tidak akan padam dan pancarannya
tidak akan pernah redup. Kekasihnya tidak pernah ghaib dan penghiburnya tidak akan pernah
jauh. Tiada apa yang dapat merubah keadaannya tersebut walau ditimpa pelbagai ujian
kesenangan dunia yang menurut hawa nafsu. Hendaklah dia menyerahkan semua itu kepada para
syeikh yang ada kerana mereka dalam kekuasaan guru mereka.

Apabila murid belajar dengan seseorang guru, dia harus percaya bahawa di kampung itu
tiada orang yang lebih utama dari gurunya sehingga dia berhasil mendapatkan apa yang dicitacitakan. Dia haruslah menganggap bahawa apa yang dikatakan gurunya adalah sesuai dengan
keadaannya. “Sesungguhnya melawan guru adalah racun yang sangat berbahaya”.

Jadi, jangan sampai murid menentang guru baik secara terang-terangan mahupun yang
tersembunyi. Dia tidak boleh menyembunyikan sedikitpun keadaan dan rahsianya terhadap guru
serta tidak memperlihatkan kepada orang lain apa yang telah diperintahkan kepadanya.

Saiyidina Ali r.a. juga tidak ketinggalan menyentuh tentang soal adab murid dengan guru
dengan pesanan:
“Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah memberi salam kepada semua orang
yang berada dalam majlisnya dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah
duduk berhadapan dengannya, tidak menunjukkan jari di hadapannya, tidak memandang mata
orang lain di hadapannya, tidak mencaci orang di hadapannya dan sekiranya guru melakukan
kesilapan, hendaklah murid memaafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah s.w.t.dan
sekiranya memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan
memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika
dia keberatan, jangan merasa jemu dudukbersamanya. Andaikan guru tersebut laksana lebah
dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa saja”. 14

14

www.dakwahpdf.blogspot.com

14
Sehubungan dengan pesanan Saiyidina Ali r.a. tersebut, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah
membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya:

1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di hadapan guru, jangan keluar daripada
pendapat & arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan
ketinggian. Imam Ghazali telah menyatakan,
“Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya”.

2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa
gurunya memiliki darjat yang tinggi. Imam syafi‟e ada menyatakan,

“Pernah aku menyemak (membuka) lembaran kertas di hadapan Imam Malik dengan
lembut kerana kewibawaanya agar dia dapat mendapat bunyi bising darinya”.

Ar-Rabi‟ pula berkata,

“Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan as-Syafi’iemelihatku kerana rasa
hormat kepadanya”.

Pelajar hendaklah dilatih supaya tidak memanggil gurunya dengan kata-kata “kamu”,
tetapi dengan mengatakan “wahai guruku” atau “wahai ustazku”, kerana kata-kata
panggilan yang baik merupakan pengikat kasih sayang antara murid dan gurunya.

15
3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa
gurunya sehingga ke akhir hayat. Syu‟bah berkata,
“Apabila aku mendengar hadith Rasulullah s.a.w. daripada seseorang (guru), selama
itulah aku menghormatinya”.
Sebaiknya seorang pelajar mendo‟akan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru
sudah wafat atau meninggal dunia, hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan &
orang-orang yang mencintainya.

4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaknya pelajar
menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap
pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan
sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah
segala ilmunya bagi pelajar dalam urusan agama, dunia & akhirat. Sebahagian ahli salaf
telah berkata:
“Barangsiapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf selama hidupnya.
Dan barangsiapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat kemuliaan dunia akhirat”. 15

5. Hendaklah pelajar tersebut duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang,
merendahkan diri dan hormat sambil mendengar serta memberi sepenuh perhatian kepada
gurunya. Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan segala perbuatan yang tidak
sopan terhadap gurunya.

15

www.dakwahpdf.blogspot.com

16
6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum
mendapat izin daripadanya. Sebaiknya seorang pelajar menghadap gurunya dalam
keadaan sempurna, dengan badan dan pakaian yang bersih terutama jika dia hendak ke
majlis ilmu kerana majlis ilmu adalah majlis zikir, pertemuan & ibadah.

7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu tentang ilmu, hendaklah
dia mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengarnya
sama sekali.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah
wajib lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dari kalangan mereka yang bertaqwa & beriman
kepada Allah s.w.t. 16

Sebagai pengakhiran, terdapat beberapa adab khusus sekiranya murid datang ke rumah syeikh
yang diutarakan Imam al-Ghazali:
1. Ketika telah dekat dengan rumah syeikh, hendaknya meninggikan suara tahlil & zikirnya
hingga sampai di zawiah (sebuah tempat pembimbingan).
2. Bersabar menunggu hingga syeikh keluar tanpa memanggilnya, jangan sampai terburuburu dan langsung masuk rumah kerana hal itu tidak sopan.
3. Ketika syeikh telah keluar, segeralah mencium tangan dan kakinya jika itu telah menjadi
kebiasaan.
4. Duduk dengan penuh ketenangan, kesopanan dan ketundukan, merendahkan suara,
menundukkan kepala & memejamkan mata. Seorang murid tidak berbicara kecuali jika
diminta untuk berbicara. 17

16

17

www.dakwahpdf.blogspot.com
M. Abdul Mujieb, Syafi’ah, H. Ahmad Ismail M., Ensiklopedia Tasawuf Imam al-Ghazali, Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika),

Jakarta Selatan, 2009.

17
PENUTUP

Adab merupakan suatu yang amat dituntut Islam sama ada terhadap sesama manusia,
haiwan bahkan dengan Allah sendiri. Adab ini menjadi salah satu hak sesama makhluk yang
wajib ditunaikan. Dalam bab adab memuliakan guru atau syeikh, mungkin terdapat banyak
pertikaian dalam kalangan ulama‟ mengenai penghormatan yang ditekankan ahli sufi terhadap
syeikh mereka.

Namun yang ditekankan dalam tasawuf sudah pastinya tidak mengabaikan konsep
wasatiyyah dalam setiap amalan. Dalam kitab Riyadhus Salihin juga telah mencatatkan beberapa
hadith serta ayat al-Quran yang memuliakan syeikh & orang-orang tua. Di antaranya jelas
dinyatakan berdasarkan firman Allah Ta‟ala dan hadith Nabi s.a.w:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya yang mengingat ialah orang-orang yang
menggunakan fikirannya”. 18

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud):
“Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan tenang, sopan dan rendahkanlah dirimu terhadap
orang yang kamu ambil ilmu darinya”. 19

18

Al-Quran, Surah az-Zumar 39:9

19

Hadith Riwayat Thabrani.

18
RUJUKAN

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1992.

Drs. Barmawi Umari, Sistematik Tasawuf, Yogyakarta, 1961.

Dr. Ridzuan Ahmad, Fiqh Imam Syafie, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur, 2012.

Muhammad „Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn.
Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982.

M. Abdul Mujieb, Syafi‟ah, H. Ahmad Ismail M., Ensiklopedia Tasawuf Imam alGhazali, Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika), Jakarta Selatan, 2009.

www.dakwahpdf.blogspot.com

http://sufimuda.net/2008/10/05/adab-seorang-murid-kepada-guru-kedua/

http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/adab-murid-dengan-syeikh.html

19

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Yu Diey
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
ieda kahar
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
dr2200s
 

Was ist angesagt? (20)

Surah al kahfi 18 ppt
Surah al kahfi 18 pptSurah al kahfi 18 ppt
Surah al kahfi 18 ppt
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Mukasyafah dan musyahadah
Mukasyafah dan musyahadahMukasyafah dan musyahadah
Mukasyafah dan musyahadah
 
Pengertian sedekah
Pengertian sedekahPengertian sedekah
Pengertian sedekah
 
Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
 
Mulai akar-hingga-daun
Mulai akar-hingga-daunMulai akar-hingga-daun
Mulai akar-hingga-daun
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Konsep Syahadah
Konsep SyahadahKonsep Syahadah
Konsep Syahadah
 
BAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAMBAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAM
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
soal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysiasoal jawab isu syiah di malaysia
soal jawab isu syiah di malaysia
 
Sifat2 Zat Nya Allah
Sifat2 Zat Nya AllahSifat2 Zat Nya Allah
Sifat2 Zat Nya Allah
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
15. sistem pergaulan dalam islam ( Negara Khilafah )
15. sistem pergaulan dalam islam ( Negara Khilafah )15. sistem pergaulan dalam islam ( Negara Khilafah )
15. sistem pergaulan dalam islam ( Negara Khilafah )
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
JUMLAH ISMIYYAH
JUMLAH ISMIYYAHJUMLAH ISMIYYAH
JUMLAH ISMIYYAH
 

Ähnlich wie Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]

PEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docx
PEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docxPEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docx
PEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docx
IrdayantiIrda
 
Menjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakanMenjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakan
zainidahlan
 
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
KPM
 

Ähnlich wie Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)] (20)

PEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docx
PEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docxPEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docx
PEMIKIRAN IMAM NAWAWI TENTANG ETIKA PENDIDIK.docx
 
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
Projek Akhir Falsafah Pendidikan Islam A168613
 
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptxPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP 1112.pptx
 
Menjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakanMenjadi guru yang di idolakan
Menjadi guru yang di idolakan
 
Kajian Pendidikan Rasulullah SAW
Kajian Pendidikan Rasulullah SAWKajian Pendidikan Rasulullah SAW
Kajian Pendidikan Rasulullah SAW
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
 
PROJEK AKHIR: CIRI-CIRI GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR: CIRI-CIRI GURU IMPIANPROJEK AKHIR: CIRI-CIRI GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR: CIRI-CIRI GURU IMPIAN
 
UTS Filsafatt
UTS FilsafattUTS Filsafatt
UTS Filsafatt
 
Guru PAI
Guru PAIGuru PAI
Guru PAI
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
 
Akhlaq putaran 1 kel. 13 maju ke 7
Akhlaq putaran 1 kel. 13 maju ke 7 Akhlaq putaran 1 kel. 13 maju ke 7
Akhlaq putaran 1 kel. 13 maju ke 7
 
Etika guru
Etika guruEtika guru
Etika guru
 
PEMIKIRAN SYEKH AZ ZARNUZI.pdf
PEMIKIRAN SYEKH AZ ZARNUZI.pdfPEMIKIRAN SYEKH AZ ZARNUZI.pdf
PEMIKIRAN SYEKH AZ ZARNUZI.pdf
 
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkiniTeks khutbah khas hari guru 2013 terkini
Teks khutbah khas hari guru 2013 terkini
 
Konsep Pendidikan Islam Menurut Imam Al-Ghazali
Konsep Pendidikan Islam Menurut Imam Al-GhazaliKonsep Pendidikan Islam Menurut Imam Al-Ghazali
Konsep Pendidikan Islam Menurut Imam Al-Ghazali
 
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan IslamProjek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
Projek Akhir LMCP 1112 Falsafah Pendidikan Islam
 
Projek Akhir - LMCP1112
Projek Akhir - LMCP1112Projek Akhir - LMCP1112
Projek Akhir - LMCP1112
 
Falsafah Pendidikan Islam (Nurul Nadzirah Binti Mohd Nasir A176278)
Falsafah Pendidikan Islam (Nurul Nadzirah Binti Mohd Nasir A176278)Falsafah Pendidikan Islam (Nurul Nadzirah Binti Mohd Nasir A176278)
Falsafah Pendidikan Islam (Nurul Nadzirah Binti Mohd Nasir A176278)
 
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
Jika aku seorang guru, guru yang bagaimana aku impikan?
 

Mehr von akmalmustafakamal

PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
akmalmustafakamal
 
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
akmalmustafakamal
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
akmalmustafakamal
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
akmalmustafakamal
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
akmalmustafakamal
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologi
akmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
akmalmustafakamal
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
akmalmustafakamal
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
akmalmustafakamal
 

Mehr von akmalmustafakamal (13)

TERAPI REALITI
TERAPI REALITITERAPI REALITI
TERAPI REALITI
 
TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)TEORI REALITI (SLIDE)
TEORI REALITI (SLIDE)
 
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
PsikologiSosialSebagaiSains (SLIDE)
 
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
Psikologi sebagai Sains [Psikologi Sosial (TP 22053)]
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
Ciri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologiCiri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologi
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologi
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
 
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusiaKonsep fitrah dalam kehidupan manusia
Konsep fitrah dalam kehidupan manusia
 
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupanKesan & pengaruh iman dalam kehidupan
Kesan & pengaruh iman dalam kehidupan
 

Kürzlich hochgeladen

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Kürzlich hochgeladen (20)

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 

Adab Murid Dengan Syeikh [Pengantar Tawasuf (EP 20713)]

  • 1. PENGHARGAAN Tiada selayaknya untuk saya panjatkan syukur atas segala ni‟mat yang dikurniakan Allah berbentuk kemudahan dan ilmu kemahiran serta pengetahuan agama dalam menyiapkan tugasan ini. Saya sebagai hamba Tuhan yang hanya mampu merancang & berusaha dalam perancangan tersebut, akhirnya dengan usaha tersebutlah Allah menentukan penyelesaiannya. Benarlah Allah sememangnya sebaik-baik perancang. Tidak lengkap ungkapan penghargaan yang tidak disertai dedikasi kepada pembimbing saya sendiri, Ustaz Mohamad Islah Soleh juga sebagai syeikh, mursyid, ustaz, murabbi dan juga mu‟allim bagi pelajar-pelajar jurusan Psikologi ambilan September 2011. Di dalam pencarian bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah menghimpunkan sekian banyak jenis bahan bacaan tentang adab murid dengan syeikh dalam ruang lingkup tasawwuf. Hal ini meningkatkan ilmu pengetahuan saya sendiri untuk menterjemahkannya dalam bentuk amalan agar dikira Allah sebagai suatu bentuk ibadah lantas menggapai redha-Nya. Dengan peluang membuat tugasan inilah menjadi suatu penghargaan bagi saya kepada ustaz. Moga Allah membalasnya dengan syurga. Segala permasalahan yang berlaku dapat saya atasi berkat bantuan do‟a dari ibubapa serta rakan sekelas yang tidak putus mendo‟akan dan memberi bantuan dari segenap segi. Bimbingan mereka dalam menyiapkan tugasan sama ada dalam bentuk teoritikal mahupun praktikal amat saya hargai. 1
  • 2. Saya menaruh keyakinan yang tinggi terhadap hasil kerja saya ini yang bernilai bukan dari bilangan muka suratnya, namun ilmu yang disusun semula hasil dari bacaan saya dapat dimanfaatkan bersama terutamanya pada diri saya sendiri untuk diamalkan. Saya berusaha sedaya mungkin mempelajari ilmu-ilmu dari bahan bacaan tersebut dengan menyampaikannya melalui penulisan tugasan ini. Tidaklah saya mengharapkan perkara selain dari redha-Nya dalam menyiapkan tugasan ini, moga dengan redha Allah terhadap ibadah ini mendapat ganjaran-ganjaran sampingan seperti penilaian markah yang tinggi dari ustaz sendiri. Mudah-mudahan tugasan ini membawa manfaat & faedah bersama. Moga dengan ilmu-ilmu yang terkandung membentuk amal saya terutamanya dalam menjaga adab terhadap semua pendidik. Sekian. 2
  • 3. PENGENALAN Konsep syeikh merupakan satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dalam ilmu tasawuf. Bahkan lahirnya sesebuah tariqat dalam tasawuf adalah kerana ciri syeikh tersebut. Para tokoh ahli tasawuf & ahli sufi terbesar yang telah mengasaskan tariqat yang hidup subur sehingga sekarang adalah hasil dari pimpinan & didikan para syeikh. Mereka sejak dari zaman awal hinggalah sekarang sering menasihatkan kepada orang yang mempunyai persediaan rohani menuju jalan Allah s.w.t supaya mencari seorang syeikh yang mursyid yang dapat memimpin & mendidiknya. Abu Yazid Bustami telah menegaskan bahawa, “Sesiapa yang tidak mempunyai guru, maka gurunya adalah syaitan”. Manakala Ustaz Abu Ali al-Daqqaq, guru kepada Imam al-Qusyairi menjelaskan, “Pohon yang tumbuh dengan sendiri tanpa ada yang menanamnya akan subur berdaun rendang tetapi tidak berbuah. Demikianlah juga murid jika tidak berguru yang dapat memandu & memimpin tariqatnya senafas demi senafas maka ia lebih mengabdi kepada hawa nafsunya tanpa dapat melepaskan diri daripadanya”.1 Pendapat ini telah pun diakui oleh tokoh ahli sufi sezaman & zaman berikutnya. Maka jelaslah di sini bahawa peranan syeikh dalam perkembangan ilmu tasawuf di dalam usaha mencapai pendidikan yang sempurna lebih-lebih lagi bidang ilmu yang bersifat batin yang sulit lagi tersembunyi. Tanpa syeikh yang memimpin, seseorang sudah pasti terdedah kepada bahaya besar ibarat seorang pengembara merentas hutan belantara tanpa pemandu yang mahir & berpengalaman. 1 Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1992 3
  • 4. Syeikh menurut Ibnu „Ata‟illah mungkin serba sedikit dapat menggambarkan peri pentingnya peranan syeikh atau guru dalam sesuatu tariqat: “Syeikh anda itu bukanlah orang yang anda dengar kata-kata darinya, tetapi syeikh anda ialah orang yang anda mengambil daripadanya. Syeikh anda bukanlah orang yang anda hadapi (terima) kata ibaratnya, tetapi syeikh anda ialah orang yang isyaratnya menyerap ke dalam diri anda. Syeikh anda bukanlah orang yang anda hadapi perkataannya, tetapi syeikh anda ialah orang yang halnya itu menyedarkan anda. Syeikh anda bukanlah orang yang mengeluarkan anda dari penjara hawa dan membawa anda tetapi syeikh anda ialah yang dapat membersihkan cermin hatimu sehingga tersinar padanya cahaya Tuhanmu. Dialah yang memimpin anda kepada Allah lalu anda ikutinya. Dialah yang membawa anda berjalan menuju Allah sehingga anda sampai kepadanya. Dia adalah orang yang sentiasa seiring dengan anda sehingga ditolaknya anda di hadapan-Nya yang berada dalam cahaya Hadrat Ilahi lalu mengatakan pada anda: Nah! Sekarang anda bersama Tuhanmu!” Terdapat beberapa kisah yang direkodkan sejarawan tentang beberapa tokoh Islam seperti Imam al-Muhasibi, Iman al-Sayadhli, Jalaluddin al-Rumi & Imam al-Ghazali dalam pencariannya untuk menemui syeikh sufi untuk menyerahkan diri mereka supaya dipimpin & dipandu dalam menjalani perjalanan tariqat. Pencarian mereka amat jelas mentafsirkan tentang pentingnya syeikh dalam usaha mencari ilmu. Pertemuan tersebut menjadi satu nikmat sehingga tidak jemu mereka abadikan dalam nyanyian serta syair. 2 2 Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1992 4
  • 5. Persoalan yang ingin diutarakan adalah mengenai adab seseorang murid atau penuntut ilmu terhadap syeikh yang mengajarkkan ilmu. Bagi para ahli sufi, mereka meletakkan martabat & kedudukan yang tinggi terhadap syeikh-syeikh mereka. Konsep syeikh dalam ilmu tasawuf telah dinyatakan kepentingan serta peranannya sebagaimana petikan-petikan di atas. Hal ini menjadi asbab seseorang guru atau syeikh sepatutnya dihormati baik dari sudut zahiriah mahupun batiniah. Imam Syafi‟e rahimahullah merupakan tokoh yang tidak asing untuk dicontohi menerusi pelbagai kisah beliau dalam menghormati guru. Imam Syafi‟e sering menyanjungi keperibadian & keilmuan Imam Malik yang pernah menjadi gurunya menerusi beberapa ungkapan yang direkodkan para sarjana seperti, “Apabila sesuatu hadith yang diterima melampaui al-Haramain, nescaya lemah pangkalnya. Apabila datang sesuatu hadith, Imam Malik adalah bintangnya.”. Harmalah pula merekodkan Imam Syafi‟e tidak akan sekali-kali mendahului Imam Malik dalam perihal hadith. Manakala Yunus bin Abdul al-A‟la pernah mendengar Imam Syafi‟e menceritakan perihal Muhammad Bin Hasan yang mempertikaikan kemampuan Imam Malik dalam isu ijtihad. Lalu Imam Syafi‟e bangun mempertahankan gurunya. 3 3 Dr. Ridzuan Ahmad, Fiqh Imam Syafie, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2012 5
  • 6. ADAB MURID DENGAN SYEIKH Terdapat beberapa adab-adab khusus seorang murid terhadap syeikhnya. Di sini diutarakan beberapa pendapat dari pelbagai tokoh sama ada dari kalangan ahli sufi sendiri mahupun dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan tabi‟in. Menurut Muhammad Uthman el-Muhammadiy dalam karyanya Peradaban dalam Islam, beberapa tatasusila yang digariskan ketika seseorang murid berada di dalam sesuatu majlis. Seorang murid apabila tiba di majlis pembelajaran, hendaklah mereka memulakan salam. Di hadapan guru tersebut, hendaklah mereka tidak bercakap banyak. Hal ini melanggar adab bahkan membawa kepada taraf yang tidak sepatutnya dari sudut rohaniyyah. Selain itu, bilamana guru tidak bertanyakan apa-apa, maka murid tersebut hendaklah tidak menyebut apa-apa kecuali benar-benar murid tersebut menginginkan penerangan dari gurunya. Walaubagaimanapun, ketika murid meminta penerangan dari gurunya, hendaklah dimulakan dengan meminta izin dan jangan sekali-kali menyampuk gurunya. Murid tidak sepatutnya menentang pandangan serta ajaran gurunya dengan menyebut pandangan ulama‟ lain yang menentang pandangan guru tersebut. Kalaupun murid mempunyai sebarang masalah yang mesti diselesaikan, maka mereka boleh meminta penjelasan dari gurunya. Sehubungan dengan itu juga, murid tidak sepatutnya menunjukkan sebarang bentuk isyarat yang bermaksud tidak bersetuju dengan ijtihad gurunya atau dalam erti kata lain, niat ingin menunjukkan bahawa mereka lebih mengetahui dari gurunya. 4 4 Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982. 6
  • 7. Sewaktu guru sedang mengajar, murid tidak harus bertanya-tanya kepada rakan mereka di hadapan guru tersebut. Sebaliknya mereka perlu diam dan menberi perhatian kepada gurunya tanpa berpaling ke kiri dan ke kanan. Dalam etika tasawuf juga ditekankan bahawa sekiranya guru berdiri, murid hendaklah turut sama berdiri bagi menunjukkan penghormatan. 5 Murid sepatutnya tidak berprasangka buruk terhadap guru mereka tika mana perbuatan zahir dari guru tersebut tampak berlawanan dengan zahirnya kehendak agama. Dalam keadaan yang demikian, penuntut ilmu tersebut hendaklah mengingatkan kisah bagaimana Nabi Musa a.s. menentang Nabi Khidr a.s. sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Nabi Musa a.s. merupakan nabi Allah yang diturunkan untuk menyampaikan risalah Islam kepada kaum Yahudi. Oleh kerana Musa a.s. seorang rasul yang dilantik Allah, maka beliau merasakan bahawa dirinya mempunyai ilmu & hikmah yang tidak dimiliki orang lain dalam kalangan manusia Lalu wahyu telah menyatakan bahawa terdapat seorang lagi hamba Allah yang mempunyai ilmu yang lebih banyak terutama ilmu yang berkaitan dengan rahsia-rahsia ketuhanan iaitu Nabi Allah Khidr a.s. Lantas Nabi Musa a.s. mahu mempelajari ilmu kerahsiaan tersebut daripada Khidr a.s. dengan menyuarakan kehendaknya untuk menjadi muridnya. Namun, Musa a.s. tidak dapat bersama dengan Nabi Allah Khidr a.s. dalam tempoh masa yang lama. Nabi Allah Khidr a.s. telah pun menasihati Musa a.s. bahawa beliau tidak mampu menahan kesabaran mempelajari ilmu dengannya. Hal ini kerana pada pandangan Musa a.s., terdapat banyak perbuatan zahir Khidr a.s. semasa perjalanan mereka bertentangan dengan ajaran-ajaran zahir agama atau kehendak hukum syariat. Oleh itu Musa a.s. menyatakan rasa tidak setuju beliau terhadap semua perbuatan Khidr a.s. tersebut. Maka setelah kali terakhir Musa a.s. tidak tertahan dengan tindakan Khidr a.s. tersebut, Khidr a.s. memberi penerangan & pengajaran bagi setiap tindakan beliau yang tampak zahirnya menentang hukum syariat. 5 Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982. 7
  • 8. Dengan itu, Nabi Musa a.s. berpuas hati dengannya dan beredar dari situ. Pengajaran yang perlu dititikberatkan melalui kisah Nabi Allah Khidr ini adalah penuntut ilmu perlu cuba menjauhi dari sangkaan-sangkaan buruk terhadap gurunya. 6 Sehubungan dengan itu juga, syeikh tersebut perlu mengingatkan hadith Nabi s.a.w. yang mafhumnya: “Sesiapa yang meringan-ringankan gurunya, maka Allah akan membalasnya dengan 3 cara. Dia akan menjadikan kehidupannya sempit (untuknya), dia akan lupa akan apa yang dipelajarinya. & dia akan meninggal dunia tanpa iman”. Tentang perhubungan umum murid-syeikh, perbuatan memberi salam seorang murid kepada gurunya harus dipraktikkan dengan ucapan Assalaamu’alaikum yang membawa maksud sejahtera Allah ke atas kamu. Amalan ini bukan sahaja dituntut dalam perhubungan murid-guru, malah telah direkodkan menurut sabdaan Nabi s.a.w. dari Abu Hurairah bahawa Rasululllah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga kalian semua sehingga kalian beriman dan tidak dinamakan beriman kalian semua sehingga engkau saling cinta-mencintai. Tidakkah engkau semua suka jika saya tunjukkan kepadamu suatu jikalau engkau semua melakukannya, tentu kamu akan saling cintamencintai? Iaitu sebarkanlah salam antara sesamamu!” 7 Dalam berbicara bab mengutamakan syeikh untuk mengimamkan solat mahupun sebarang jemaah, dapatlah disandarkan permasalahan tersebut bersandarkan hadith Nabi s.a.w. sebagaimana berikut: 6 Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982. 7 Hadith Riwayat Muslim, Kitab Riyadhus Salihin. 8
  • 9. Dari Abu Mas‟ud iaitu „Uqbah bin „Amr al-Badri al-Anshari r.a., katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Yang berhak menjadi imamnya sesuatu kaum (waktu solat) ialah yang terbaik bacaannya terhadap kitabullah al-Quran. Jikalau semua jamaah di situ sama baiknya dalam membaca kitabullah, maka yang terpandai dalam Sunnah (al-Hadith). Jikalau semua sama pandainya dalam as-Sunnah, maka yang terdahulu hijrahnya. Jikalau dalam hijrahnya sama dahulunya, maka yang tertua usianya”. 8 Menurut Drs. Barmawie Umarie dalam bukunya, Sistematik Tasawwuf, beliau menghuraikan tentang prinsip para ahli sufi tentang syeikh mereka. Ketaatan mereka terhadap guru adalah berdasarkan kata-kata berikut: “Ta’atilah guru, duduklah engkau di hujung kakinya, tidurlah engkau sesudah gurumu tidur”. 9 Sikap berlebih-berlebihan terhadap guru ini berasal dari ajaran tariqat. Terdapat murid yang gemar memakan sisa makanan guru mereka. Hal ini selain dari menunjukkan tanda ta‟at mereka terhadap guru, jua dapat membawa maksud tabarruk atau mengambil berkat. Perkara seperti ini juga pernah berlaku dalam sirah Rasul s.a.w. pada peristiwa Hudaibiyah, di mana ketika Rasul s.a.w. berwudhu‟, sisa airnya menjadi rebutan para sahabat dalam maksud untuk mengambil berkat. Selain itu, pada waktu Khalid al-Walid menjadi panglima perang dengan gelaran Saifullah (pedang Allah), beliau sering membawa rambut Rasulullah s.a.w. di berbagai medan pertempuran yang dihadapi. 8 9 Hadith Riwayat Muslim, Kitab Riyadhus Salihin. Drs. Barmawi Umari, Sistematik Tasawuf, Yogyakarta, 1961. 9
  • 10. Pengajaran yang boleh diteladani menerusi kisah-kisah ini bukanlah tindakan mereka tersebut terhadap guru, namun, ta‟at kepada guru selagi berlandaskan aturan Islam yang tidak sampai tergelincir kepada syirik. 10 Terdapat beberapa adab khusus seorang murid yang digariskan Drs. Barmawi Umari sepertimana berikut: 1. Baik sangka kepada guru & selalu mengingatinya. 2. Berbuat baik kepada keluarga guru. 3. Berdekatan dengan guru dalam hal menerima ajarannya dan beramal. 4. Bergaul dengan cara pergaulan yang disenangi guru. 5. Berterus terang kepada guru dalam segala hal. 6. Menghormati dan tidak boleh menentangnya, menurut perintah guru dengan patuh. 7. Tidak boleh banyak berbicara di hadapan guru. 8. Tidak menyiarkan rahsia-rahsia guru. 9. Pantas dalam menjalankan perintah guru. Dalam masa yang sama, murid tersebut hendaklah menjaga dirinya agar: 1. Bergaul dengan sahabat yang baik. 2. Konsentrasi yang tinggi di kala berzikir. 3. Menjaga pancaindera sebaiknya & mengingati mati. 4. Menjauhi hal-hal yang menghambat jalan kebenaran. 5. Menjauhkan diri dari kawan yang buruk. 6. Mengambil keperluan hidup sekadar perlu dari yang halal. 7. Menggunakan sepenuh waktu dengan perkara manfaat. 8. Qana‟ah & muhasabah terhadap diri sendiri. 9. Selalu mengingat & memperingatkan orang kepada akhirat. 10. Tawadhu‟. 11. Tidur tidak begitu banyak dan sentiasa dalam keadaan berwudhu‟. 10 Drs. Barmawi Umari, Sistematik Tasawuf, Yogyakarta, 1961. 10
  • 11. Manakala menurut kitab Haqaiq an Tasawuf telah membahagikan adab murid terhadap syeikh kepada 2 bahagian: 1. ADAB BATIN i. Menyerah diri kepada syeikh serta taat terhadap semua suruhannya dan nasihatnya selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. ii. Tidak membantah guru terhadap cara atau jalan yang digunakan untuk mentarbiyah muridnya. Ibnu Hajar al-Haithami pernah berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang membuka pintu membantah syeikh, mencari keaiban dalam tingkah laku & perbuatan mereka, maka sesungguhnya yang demikian itu merupakan petanda dia diharamkan daripada kebaikan serta buruk kesudahannya. Sesungguhnya dia berkali-kali tidak mendapat manfaat. Di samping itu mereka juga berkata: Sesiapa berkata kepada syeikhnya “kenapa”, dia tidak akan berjaya selama-lamanya”. 11 Apa yang dimaksudkan dengan adab di sini ialah adab terhadap murid tarbiyyah yang inginkan kesempurnaan serta sampai kepada Allah Taala. Bagi murid yang mengambil ilmu daripada para ulama‟ mereka, digalakkan mereka berbincang & bertanya guru mereka sehingga tercapai faedah ilmu. Dalam mempelajari ilmu fiqh, murid yang rajin bertanya “kenapa”, maka dia akan mudah & cepat menguasai ilmu demikian. Namun dalam tarbiyyah, dia tidak akan mendapat sebarang manfaat. 11 http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/adab-murid-dengan-syeikh.html 11
  • 12. iii. Tidak beri‟tiqad kepada gurunya seorang ma‟sum. iv. Yakin bahawa gurunya kamil dan mempunyai keahlian yang sempurna dalam mentarbiyyah. v. Hendaklah bersifat jujur dan ikhlas dalam berhubungan dengan guru. vi. Menghormati serta menjaga kehormatan syeikh sama ada dengan kehadiran atau tanpa kehadirannya. vii. Hendaklah murid mengasihi syeikhnya dengan kasih sayang sejati tanpa memandang rendah kedudukan guru yang lain. 2. ADAB ZAHIR i. Mentaati arahan syeikh sama ada berupa suruhan mahupun tegahan. ii. Menjaga tingkah laku ketika berada di dalam majlis syeikh. iii. Sedia berkhidmat kepada syeikh sekadar yang termampu. iv. Sentiasa menghadiri majlisnya. Hendaklah menziarahi syeikh setakat termampu jika dipisah oleh jarak yang jauh. v. Sabar dengan pendirian gurunya dalam mentarbiyyah. Ibnu Hajar al-Haithami berkata yang bermaksud: “Banyak jiwa yang tidak mendapat taufiq & hidayah kerana apabila melihat gurunya tegas dalam mentarbiyah, dia lari daripadanya. Selepas itu, dia melontar pelbagai keburukan & kekurangan guru tersebut sedangkan guru tersebut tidak seperti yang dia katakan. Oleh hal yang demikian, jauhkan diri dari terpedaya dengan tohmahan tersebut kerana nafsu sememangnya ingin membinasakan tuannya. Janganlah mentaati nafsu untuk tidak mentaati guru”. 12 12 http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/adab-murid-dengan-syeikh.html 12
  • 13. vi. Tidak memindahkan kalam syeikh kepada orang lain kecuali mengikut kadar kefahaman serta akal si pendengar. Hal ini bertujuan supaya diri murid & syeikhnya tidak disalah anggap. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah turut sama membicarakan tentang adab murid dengan syeikh. Menurutnya, seorang murid yang menemukan kemusykilan atau kekurangan pada gurunya, murid tersebut tidak seharusnya membantah mahupun menolaknya dengan mengatakan, “Guru telah salah dalam masalah ini”. Bahkan dia harus bersyukur kepada Allah s.w.t. atas apa yang diberikan kepadanya berupa keutamaan, ilmu serta nur yang disembunyikan dalam dirinya. Namun sekiranya kekurangan tersebut jelas bertentangan syariat, maka murid harus memberitahukan hal tersebut sehingga gurunya memberikan arahan yang sesuai dengannya dan mendo‟akan agar guru tersebut mendapat taufiq hidayah terhadap hal tersebut. Selain itu, murid tidak sepatutnya banyak bergerak sewaktu mendengar pelajaran guru kecuali mendapat isyarat darinya. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani telah menegaskan sekian lama tentang sikap, perbuatan atau ucapan yang tidak baik bagi seorang murid. Namun kini, perkara tersebut sering berlaku di madrasah atau pondok-pondok mereka. Sungguh beruntung dan tampak kesungguhan murid-murid sekiranya mereka dapat melakukan adab yang sedemikian dengan sempurna. Natijah dari hal yang sedemikian, makna kepada sesuatu yang didengari murid tersebut menyalakan cahaya kebenaran serta menguatkannya. 13 http://sufimuda.net/2008/10/05/adab-seorang-murid-kepada-guru-kedua/ 13 13
  • 14. Murid yang bersungguh-sungguh, api kerinduannya tidak akan padam dan pancarannya tidak akan pernah redup. Kekasihnya tidak pernah ghaib dan penghiburnya tidak akan pernah jauh. Tiada apa yang dapat merubah keadaannya tersebut walau ditimpa pelbagai ujian kesenangan dunia yang menurut hawa nafsu. Hendaklah dia menyerahkan semua itu kepada para syeikh yang ada kerana mereka dalam kekuasaan guru mereka. Apabila murid belajar dengan seseorang guru, dia harus percaya bahawa di kampung itu tiada orang yang lebih utama dari gurunya sehingga dia berhasil mendapatkan apa yang dicitacitakan. Dia haruslah menganggap bahawa apa yang dikatakan gurunya adalah sesuai dengan keadaannya. “Sesungguhnya melawan guru adalah racun yang sangat berbahaya”. Jadi, jangan sampai murid menentang guru baik secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi. Dia tidak boleh menyembunyikan sedikitpun keadaan dan rahsianya terhadap guru serta tidak memperlihatkan kepada orang lain apa yang telah diperintahkan kepadanya. Saiyidina Ali r.a. juga tidak ketinggalan menyentuh tentang soal adab murid dengan guru dengan pesanan: “Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak menunjukkan jari di hadapannya, tidak memandang mata orang lain di hadapannya, tidak mencaci orang di hadapannya dan sekiranya guru melakukan kesilapan, hendaklah murid memaafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah s.w.t.dan sekiranya memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu dudukbersamanya. Andaikan guru tersebut laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa saja”. 14 14 www.dakwahpdf.blogspot.com 14
  • 15. Sehubungan dengan pesanan Saiyidina Ali r.a. tersebut, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah membuat beberapa kesimpulan akan adab-adab pelajar terhadap gurunya: 1. Seorang pelajar hendaklah merendahkan dirinya di hadapan guru, jangan keluar daripada pendapat & arahannya. Merendahkan diri terhadap guru adalah satu kemuliaan dan ketinggian. Imam Ghazali telah menyatakan, “Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya”. 2. Seorang pelajar hendaklah memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini bahawa gurunya memiliki darjat yang tinggi. Imam syafi‟e ada menyatakan, “Pernah aku menyemak (membuka) lembaran kertas di hadapan Imam Malik dengan lembut kerana kewibawaanya agar dia dapat mendapat bunyi bising darinya”. Ar-Rabi‟ pula berkata, “Demi Allah, aku tidak berani meminum air sedangkan as-Syafi’iemelihatku kerana rasa hormat kepadanya”. Pelajar hendaklah dilatih supaya tidak memanggil gurunya dengan kata-kata “kamu”, tetapi dengan mengatakan “wahai guruku” atau “wahai ustazku”, kerana kata-kata panggilan yang baik merupakan pengikat kasih sayang antara murid dan gurunya. 15
  • 16. 3. Hendaklah pelajar mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan tidak melupakan jasa gurunya sehingga ke akhir hayat. Syu‟bah berkata, “Apabila aku mendengar hadith Rasulullah s.a.w. daripada seseorang (guru), selama itulah aku menghormatinya”. Sebaiknya seorang pelajar mendo‟akan kesejahteraan gurunya sepanjang hayat. Jika guru sudah wafat atau meninggal dunia, hendaklah diambil berat hal ehwal keturunan & orang-orang yang mencintainya. 4. Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah murid bersikap sabar. Hendaknya pelajar menganggap bahawa kemarahan guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru terhadap pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya bagi pelajar dalam urusan agama, dunia & akhirat. Sebahagian ahli salaf telah berkata: “Barangsiapa tidak sabar dalam belajar, maka dia akan buta huruf selama hidupnya. Dan barangsiapa bersabar di dalamnya, dia akan mendapat kemuliaan dunia akhirat”. 15 5. Hendaklah pelajar tersebut duduk di hadapan gurunya dengan sopan, tenang, merendahkan diri dan hormat sambil mendengar serta memberi sepenuh perhatian kepada gurunya. Seorang pelajar juga haruslah menghindarkan segala perbuatan yang tidak sopan terhadap gurunya. 15 www.dakwahpdf.blogspot.com 16
  • 17. 6. Janganlah pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah atau tempat khusus sebelum mendapat izin daripadanya. Sebaiknya seorang pelajar menghadap gurunya dalam keadaan sempurna, dengan badan dan pakaian yang bersih terutama jika dia hendak ke majlis ilmu kerana majlis ilmu adalah majlis zikir, pertemuan & ibadah. 7. Apabila seorang pelajar mendengar gurunya menyebut sesuatu tentang ilmu, hendaklah dia mendengar dengan penuh perhatian seakan-akan dia belum pernah mendengarnya sama sekali. Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada mengatakan bahawasanya memenuhi hak terhadap guru adalah wajib lebih-lebih lagi jika guru tersebut adalah dari kalangan mereka yang bertaqwa & beriman kepada Allah s.w.t. 16 Sebagai pengakhiran, terdapat beberapa adab khusus sekiranya murid datang ke rumah syeikh yang diutarakan Imam al-Ghazali: 1. Ketika telah dekat dengan rumah syeikh, hendaknya meninggikan suara tahlil & zikirnya hingga sampai di zawiah (sebuah tempat pembimbingan). 2. Bersabar menunggu hingga syeikh keluar tanpa memanggilnya, jangan sampai terburuburu dan langsung masuk rumah kerana hal itu tidak sopan. 3. Ketika syeikh telah keluar, segeralah mencium tangan dan kakinya jika itu telah menjadi kebiasaan. 4. Duduk dengan penuh ketenangan, kesopanan dan ketundukan, merendahkan suara, menundukkan kepala & memejamkan mata. Seorang murid tidak berbicara kecuali jika diminta untuk berbicara. 17 16 17 www.dakwahpdf.blogspot.com M. Abdul Mujieb, Syafi’ah, H. Ahmad Ismail M., Ensiklopedia Tasawuf Imam al-Ghazali, Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika), Jakarta Selatan, 2009. 17
  • 18. PENUTUP Adab merupakan suatu yang amat dituntut Islam sama ada terhadap sesama manusia, haiwan bahkan dengan Allah sendiri. Adab ini menjadi salah satu hak sesama makhluk yang wajib ditunaikan. Dalam bab adab memuliakan guru atau syeikh, mungkin terdapat banyak pertikaian dalam kalangan ulama‟ mengenai penghormatan yang ditekankan ahli sufi terhadap syeikh mereka. Namun yang ditekankan dalam tasawuf sudah pastinya tidak mengabaikan konsep wasatiyyah dalam setiap amalan. Dalam kitab Riyadhus Salihin juga telah mencatatkan beberapa hadith serta ayat al-Quran yang memuliakan syeikh & orang-orang tua. Di antaranya jelas dinyatakan berdasarkan firman Allah Ta‟ala dan hadith Nabi s.a.w: Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya yang mengingat ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya”. 18 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan tenang, sopan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmu darinya”. 19 18 Al-Quran, Surah az-Zumar 39:9 19 Hadith Riwayat Thabrani. 18
  • 19. RUJUKAN Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, Mengenal Ilmu Tasawuf 2, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1992. Drs. Barmawi Umari, Sistematik Tasawuf, Yogyakarta, 1961. Dr. Ridzuan Ahmad, Fiqh Imam Syafie, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2012. Muhammad „Uthman el-Muhammady, Peradaban dalam Islam, Pustaka Aman Sdn. Bhd.., Kota Bharu, Kelantan, 1982. M. Abdul Mujieb, Syafi‟ah, H. Ahmad Ismail M., Ensiklopedia Tasawuf Imam alGhazali, Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika), Jakarta Selatan, 2009. www.dakwahpdf.blogspot.com http://sufimuda.net/2008/10/05/adab-seorang-murid-kepada-guru-kedua/ http://angahtokku.blogspot.com/2010/12/adab-murid-dengan-syeikh.html 19