SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 84
Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan
nasionalisme Melayu dan bumiputera serta
penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama
mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British.
Perlembagaan Malaya dan Malaysia
memperuntukkan kedudukan anak watan dalam
kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan
juga etnik-etnik lain.
Perlembagaannya bersifat mengurus
etnonasionalisme anak watan dan keperluan
masyarakat pelbagai etnik yang sivil.
Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri
Sembilan dijadikan asas untuk membina negara
moden Malaya dan Malaysia.
 Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan
minoriti diambil kira dan dilindungi oleh
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
tubuh setiap negeri.
Perlembagaan : dokumen yang mengandungi semua
undang-undang tertinggi yang mustahak bagi
penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan
sistem politiknya.
Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-
undang dalam negara berkenaan
Semua undang undang lain tidak boleh bertentangan
dengan undang-undang dan prinsip-prinsip
perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang
undang perlembagaan yang lebih unggul diterima
pakai sebagai undang undang yang lebih utama
Hashim (1983) pula berpendapat perlembagaan lebih
daripada apa-apa perkara yang hanya berkenaan
dengan urusan kerajaan, rangka-rangka demokrasi
dan perlindungan hak-hak rakyatnya.
Perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang
mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu
yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan
suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan
kesefahaman antara rakyatnya.
Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-
undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah
daripada sejarah, perkembangandan tradisi sesuatu
negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik
beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan
iaitu:
i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan
pemerintahan negara.
ii. Kerangka asas yang membentuk dan memandu
sistem pemerintahan sesebuah negara.
iii.Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua
undang-undang lain di dalam negara.
iv.Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
v. Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam
mempertahankan kewujudan dan kesinambungan
negara.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengamalkan
perlembagaan bertulis.
Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa daripada perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15
Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan
menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif,
kehakiman, kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan
istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan
Sarawak dan lain-lain.
Perlembagaan Persekutuan adalah unik kerana
mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti :
1. Agama Islam
2. Bahasa Melayu
3. Kedudukan istimewa orang Melayu
4. Pemerintahan beraja.
Manakala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan
boleh dilakukan melalui:
Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara
boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3
setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti
sumpah dan ikrar taat setia,pemilihan dan persaraan ahli-
ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang
tidak disebut dalam perkara lain.
ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara
boleh dipinda iaitu perlu mendapat sokongan 2/3
setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua
Negeri Sabah dan Sarawak bagi yang melibatkan
kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang
kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa
bumiputera.
iii. Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu
mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan
Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara
seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa
orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak,
bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.
Tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian
Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga
badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman dan
eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk
kepada PerlembagaanPersekutuan (Mohamed Suffian
1987).
perlembagaan memperuntukkan dengan nyata
Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah
undang-undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka
danyang berlawanan dengan perlembagaan ini
hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
Perundangan Islam paling awal telah diamalkan melalui
Prasasti Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan
22 Februari 1303 (Syed Naquib 1970).
Prasasti Terengganu memperuntukkan beberapa peraturan
berhubung dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran.
Seterusnya kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada
masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) oleh
Hang Sidi Ahmad dan Undang-Undang Laut Melaka(bukti jelas
yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem
perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di Tanah Melayu)
Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di
Tanah Melayu adalah pada tahun 1895, iaitu Perlembagaan
Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan Terengganu
1911.
Dalam perlembagaan tersebut, diperuntukkan
bahawa seorang raja hendaklah berbangsa Melayu,
berdarah raja, seorang keturunan raja-raja Johor,
lelaki dan menganut agama Islam.
Malah menteri-menteri juga mesti Melayu, rakyat
sultan dan menganuti agama Islam.
Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan
dengan prinsip-prinsip perlembagaan moden
disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa
itu berbeza dengan situasi masa kini.
Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan
diperintah oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar
dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei,
Sabah dan Sarawak.
Sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis
yang membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai
oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya.
Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak
kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip
jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah
Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima
kerakyatan dengan mudah.
Dari segi pentadbiran, Gabenor memerintah bersama-sama
dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis
Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat
ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).
kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis
1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah
mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946
Dibubarkan pada Februari 1948 kerana mendapat tentangan
daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut:
i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran
negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat
istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain
melalui prinsip jus soli.
Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira
bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa
keistimewaan.
 Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja
Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti
Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani
persetujuanMalayan Union atau dilucutkan daripada takhta
pemerintahan.
Malayan Union diganti dengan sebuah persekutuan, iaitu
Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat berkuasa
dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh
tetapi mengekalkan autonomi negeri-negeri serta
menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja-
raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1
Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah
Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua
daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan
Melaka.
Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota
di luar Persekutuan kerana orang Melayu merasakan
mereka mungkin dikuasai oleh orang Cina sekiranya
Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dari segi
bilangan penduduk.
Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak
pihak yang terbabit dalam pertikaian tentang idea
penubuhan Malayan Union.
Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan,
begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu
serta prinsip jus soli telah digugurkan.
Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan
kepada orang Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan
dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah
dihapuskan dalam Malayan Union.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah
menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957
Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu,
kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu
mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan
Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 yang
terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha
menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan
yang berlainan daripada pelbagai etnik
pada Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah
bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan
calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara
sebanyak 33 kerusi dan PAS sebanyak 11 kerusi.
PARTI PERUNTUKAN
KERUSI
PERATUSAN
KERUSI
PERATUSAN
PENGUNDI
UMNO 35 69 84.2 (Melayu)
MCA 15 28 11.2 (Cina)
MIC 2 3 3.9 (India)
Satu perkara yang menarik semasa Pilihan Raya Umum
1955 ialah penolakan sikap perkauman dalam kalangan
orang Melayu
Pada Julai 1954, Perikatan dan pihak British telah
bersetuju untuk mengadakan sebuah Majlis Perundangan
Persekutuan yang mempunyai 98 orang ahli, 52
daripadanya adalah dipilih dan 46 orang lagi dilantik.
Daripada 46 ahli yang dilantik ini, lima orang daripadanya
dicalonkan oleh parti politik yang mendapat majoriti
dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya ini, pengundi
Melayu adalah majoriti dalam 50 daripada 52 kawasan
pilihan raya kerana 84 peratus daripada pengundi adalah
daripada pengundi seluruh negara.
Selain itu, daripada 46 orang ahli yang dilantik terdiri
daripada orangMelayu iaitu sembilan orang Menteri Besar
isu mengenai kemerdekaan melewati batas
perkauman dan mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu. Mereka mengetepikan pandangan
sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut
kemerdekaan daripada penjajah.
Setelah berunding dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir
Donald MacGillivray, Tunku membentuk Kabinet yang
terdiri daripada komposisi berbilang kaum, iaitu enam
orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.
Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama
yang baik dengan pelantikan tiga orang Cina dan
seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik
yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal
oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun
1956.
Keahliannya terdiri daripada :
i. Lord Reid dari Britain (Lord of Appeal in the Ordinary)
ii. Sir Ivor Jennings juga dariBritain (Master of Trinity Hall,
Cambridge),
iii.Sir William Mckell dari Australia(bekas Gabenor Jeneral
Australia),
iv.B. Malik dari India (bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Allahabad)
 Hakim Abdul Hamid dari Pakistan(Hakim Mahkamah
Tinggi Pakistan Barat).
mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan
bersetuju dengan anggota-anggota Suruhanjaya yang
akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan
rakyat Tanah Melayu bagi menentukan dan
bertanggungjawab merangka perlembagaan.
Hal ini disebabkan perundingan yang dijalankan di
London dianggotai oleh pegawai-pegawai British yang
ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan wakil
Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.
Perjanjian London juga telah menetapkan agar
perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil
kira perkara-perkara berikut:
i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan
pusat yang kuat.
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
dan hak Raja raja Melayu.
iii.Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar
Yang di-Pertuan Agong.
iv.Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta
hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang
seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam
menyediakan rangka perlembagaan yang baharu,
iaitu:
i. Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk
pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu,
bebas dan demokratik.
ii. Mestilah ada kemudahan lengkap untuk
membangunkan sumber negara dan mengekalkan
serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Suruhanjaya ini juga meneliti kedudukan
perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat
negeri negeri Melayu dan Negeri Selat, berjumpa
Raja-raja, Menteri-menteriBesar, Penasihat-penasihat
British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen serta
pegawai-pegawai negeri dan Negeri Selat.
 Suruhanjaya ini juga telah membuat pertemuan
secara terbuka dan sering mengadakan mesyuarat
tidak rasmi.
Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta
dihormati kerana Suruhanjaya telah meminta
cadangan dan pandangandaripada bukan sahaja parti
politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja
Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah
mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat
Malaysia.
Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial (kontrak
sosial),iaitu orang Melayu dan bukan Melayu
bersetuju atas beberapa perkarayang sangat penting
kepada kestabilan negara.
Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja
merupakan dokumen perundangan bahkan
merupakan kontrak sosial dan perjanjian
perdamaian.
Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan
Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam
perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan
agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan,
Raja-raja Melayu dan kolonial British untuk mengkaji
semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi
menyediakan Kertas Putih.
Laporan tersebut mengumpulkan hasil semakan dan
penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan
yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang
diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja
Melayu pada Februari 1957.
Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas
Penyata Reid dan rangka perlembagaan yang disusun
oleh jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai
1957.
Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray
dan termasuk empat wakil dari Perikatan dan empat
wakil dari Raja-raja Melayu. Wakil Perikatan ialah
i. Tunku Abdul Rahman (UMNO)
ii. Datuk Abdul Razak (UMNO)
iii.Ong Yoke Lin (MCA)
V.T Sambathan (MIC),
• manakala wakil Raja-raja Melayu ialah :
i. Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)
ii. Shamsudin Nain
iii. Tunku Ismail
iv.Tunku Yahya
v. Neil Lawson.
• Ahli lain ialah:
i. Ketua Setiausaha Kerajaan,Sir David Watherston,
ii. Peguam Negara, T.V.A Brodie dan
iii.E.O Laird yang bertindak sebagai Setiausaha.
Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan
diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui
apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung
dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia
pada 16 September 1963.
Amnya, tradisi bermakna pemindahan dan
kesinambungan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain.
Perkara ini menggambarkan bahawa tradisi
mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu
bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002).
Dalam konteks politik dan perlembagaan, yang
dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada
sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman
moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya
bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya.
Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud
ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan
1957.
Unsur-unsur berkenaan berperanan menstabilkan
sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya
perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah,
tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum
tahun 1957 (Mohd Salleh 1984).
Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-
unsur tradisi sehingga ia dilindungi di bawah Akta
Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif
yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan
awam.
Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat
dan permuafakatan yang diterima oleh etnik Melayu
dan bukan Melayu iaitu:
i. Hak istimewa orang Melayu
ii. Islam sebagai agama persekutuan
iii.bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan
sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan
oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan.
Wujud sejak berabad-abad lamanya.
Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak
dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri
dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang
dilantik khususnyasebelum penjajahan British.
Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan
merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki
kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun
berada dalam penjajahan British.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan padatahun 1957, institusi pemerintahan
beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya
disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen
dan raja berperlembagaan.
Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka
dikehendaki menerima nasihat daripada menteri dan
bertindak menurut nasihat itu.
Sebagai contoh, di peringkat pusat, Yang di-Pertuan
Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat
Kabinet.
Manakala di peringkat negeri pula, raja hendaklah
bertindak atas nasihat Majlis MesyuaratKerajaan.
Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
mestilah dilantik, iaitu seorang sultan yang dipilih
daripada Raja-raja dari sembilan buah negeri Melayu.
Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, peranan
Yang di-Pertuan Agong ialah
i. diberi kuasa memerintah persekutuan dan baginda
dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet
ii. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
iii.mempunyai kuasa untuk mengampun dan
menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan
oleh mahkamah tentera dan bagi kesalahan
Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini
dilindungi olehperlembagaan melalui Perkara 38(4)
iaitu tiada pindaan boleh dibuatterhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan
sebagai raja negeri masingmasing tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja.
Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang
perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik. Etnik Melayu,Cina, India, bumiputra
Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain
menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan
dan harapan setiap etnik di Malaysia.
sifat berkecuali Yang di-Pertuan Agong perlu ada bagi
mengelakkan baginda daripada dipandang sebagai
alat pemerintah .
Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan
agama kerana mereka ialah ketua agama di negeri
masing-masing.
Mereka bertanggungjawab menjaga agama Islam serta
sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama
Islam perlu mendapat perkenan raja-raja terlebih
dahulu.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang
keadilan dan kesaksamaan kerana baginda yang
melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Begitu juga perlu dirundingi mengenai pelantikan
juruaudit negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya
Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran.
Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah
unsur tradisi yang amat penting di Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi
perlembagaan yang bersifat Melayu dan Islam serta
amat penting kerana Perdana Menteri, Kabinet dan
Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu.
Secara simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak
sebagai pemegang autoriti dan kuasa yang diserahkan
oleh negeri-negeri Melayu kepada pihak berkuasa
pusat.
Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya
terkandung dalamPerkara 3, tetapi juga harus dibaca
bersama-sama dengan Perkara 8, 11,12, 121, 150 dan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal
agama Islam.
Walaupun perkara ini menunjukkan bahawa Islam
dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan
namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan.
Islam.
Berlaku konflik dalam kes Natrah pada tahun 1950
dan Nur Aisyah pada tahun 1998.
Islam tidak termasuk dalam rangka perjanjian antara
Raja-raja Melayu dengan pihak British yang bermula
dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang
memberi kuasa kepada British dalam sistem
pemerintahan di TanahMelayu ketika itu.
Namun, ini memang tujuan British untuk
mengecilkan peranan Islam dalam sistem pentadbiran
negara yang menyebabkankedudukan Islam itu dalam
bidang tertentu sahaja iaitu tidak bersifat
menyeluruh.
beberapa perkara boleh dirumuskanberkenaan
dengan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
seperti mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara
Islam, agama Islam berada di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri, kebebasan beragama dan undang-
undang yang menghalang penyebaran mana-mana
kepercayaan dalam kalangan orang Islam.
 Kewujudan peruntukan Islam dalam perlembagaan
telah memberi keistimewaan kepada agama Islam.
beberapa keistimewaan Islam yang menonjol dalam
perkara berikut:
1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang
beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan
menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu
dan Islam ialah unsur yang saling berkaitan dan tidak
boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undangdan
perlembagaan.
2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan
raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap
perlembagaan negerimensyaratkan seorang raja
mestilah berbangsa Melayu, beragamaIslam dan
keturunan raja.
3) Dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan
Agong, baginda mengangkat sumpah dengan
didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi,Watallahi
yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki
dalamagama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan
janji baginda untuk memelihara tentang kesucian
dan kemuliaan agama Islam.
4) Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan
Perkara 3 (3) ialah ketua agama Islam di negeri-
negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak dan
juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai
raja.
5) Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah
ketua agama Islambagi negeri masing-masing.
Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama
Islam, mereka mempunyai budi bicara dan tidak
terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri
(EXCO).
6) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong
untuk melindungi hak istimewa orang Melayu
seperti yang termaktub di dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab Melayu dan
Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan,
maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang
Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi
agama Islam.
7) Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan
agama Islam tidak boleh dipinda dan perkara ini
kekal terjamin.
8) Sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau
negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi
pembangunan Islam diMalaysia.
9) Peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana
sekalipun kerana untuk memindanya memerlukan
sokongan majoriti lebih 2/3 parlimen dan perkenan
Yang di-Pertuan Agong.
10) Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa-
apa juga keadaan dalam mana-mana undang-
undang dan pelantikan pihak berkuasa awam,
namun terdapat pengecualian terhadap pelantikan
bagi sesuatu institusi agama Islam.
11) Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa
penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai
agama selain daripada Islam.
12) Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada
Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan
kepada Mahkamah Syariah.
Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan
melalui Perkara 152, iaitu memperuntukkan bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu.
 Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa
lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain
kecuali bagi maksud rasmi.
Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang
menyatakan bahawa hal-hal yang berhubung dengan
bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat
adalah dilindungi oleh perlembagaan
Kedudukan bahasa Melayu semakin jelas dalam
perlembagaan melaluiPerkara 10 (4) yang menjadikan
bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang
dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas
tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana tidak dapat
dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan
2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui
Perkara 159 (5).
kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan
baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri
dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa
awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu
kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh
undang-undang seperti yang termaktub dalam
Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan.
Antara pengecualian tersebut adalah bagi tujuan
hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan
oleh pakar-pakar asing
peruntukan di bawah Perkara 160(B) yang
menjelaskan bahawa jika perlembagaan
diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika
terdapatpercanggahan teks terjemahan dengan teks
dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu
hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.
Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan
kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,
Jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan
urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri
daripada pelbagai kaum
Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus
jawatan Kumpulan I perlu mempelajari bahasa
Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan
dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan
diPersekutuan Tanah Melayu pada ketika itu
(Mohamed Suffian 1987).
Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah
diterima sebagai bahasaperantaraan rasmi walaupun
pada zaman penjajahan British.
Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan,
10 Julai 1957 yang mengatakan bahawa pemimpin
Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan
luas bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan alat
perpaduan.
Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan
sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum
dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadual 13
seperti yang terkandung di dalam
PerlembagaanPersekutuan.
Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika
diambil dalam pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu
itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu.
Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan
loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya menganggap
mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan
Melayu .
merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang
Melayuditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai
seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya
bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu, dan:
a. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di
Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari
Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau
di Singapura atau
b. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan
dalam peruntukan tersebut:
i. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud
perlembagaan tidaklah semestinya seseorang itu
berketurunan Melayu. Umpamanya, seorang India
boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya ia
menganut agama Islam, menjadi kelazimannya
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang
Melayu jati daripada keturunan Melayu sekalipun,
bagi maksud perlembagaan ia bukan Melayu jika
bukan beragama Islam
ii. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud
perlembagaan, seseorang mestilah mempunyai
sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan
Tanah Melayu atau Singapura. Oleh itu, seorang
Indonesia yang menganut Islam, kebiasaannya
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
adat Melayu, bukanlah seorang Melayu bagi
maksud perlembagaan jika dia dilahirkan sebelum
Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau
dia keturunan seseorang yang tersebut.
Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuandisentuh dalam perkara berikut:
Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa
adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang
Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh
memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa
bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara
berikut:
i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam
perkhidmatan awam.
ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi
menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan.
iii.Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa,
bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau
kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh
kerajaan.
Kedua, Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah
rizab Melayuseperti berikut:
i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu
selepas merdeka.
ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu
boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu
mengikut undang-undang.
iii.Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk
menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu.
iv.Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan
Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh
diisytiharkan.
Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai
pengecualian undang-undang yang ada berkenaan
tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta
undang-undang yang ada di Terengganu mengenai
tanah pegangan orang Melayu.
Keempat, Perkara 8 (5)(f) pula menjelaskan bahawa
kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar
Melayu di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang
Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang
lain adalah terbuka kepada semua etnik di Malaysia
dan tiada sekatan dikenakan.
Kelima, Jadual 13 dalam perlembagaan pula
menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang
perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan
semula sempadan pilihan raya dibuat. Keempat-
empat prinsip tersebut ialah:
i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi
sempadan negeri dan mempertimbangkan kesukaran
yang akan timbul jika kawasan dewan undangan
negeri meliputi Dewan Rakyat.
ii. Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang
ada dalam kawasan berkenaan bagi pendaftaran
pengundi.
iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-
tiap kawasan pilihan raya hendaklah sama. Namun,
perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan
luar bandar hanya separuh daripada jumlah
pengundi bagi sesebuah kawasan pilihan raya di
bandar diperlukan.
iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala
kesukaran apabila suatu kawasan ditukar dan
mustahaknya dikekalkan perhubungan seseorang
dengan kawasannya.
Permasalahan Kebebasan Beragama
Permasalahan kebebasan beragama di Malaysia banyak
disentuh khususnya daripada perspektif hak asasi dalam
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan
seorang Islam mengamalkan agamanya, isu murtad dan
penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang
Islam.
Selain Perkara 11, kebebasan beragama juga boleh dirujuk
dalam Perkara 3(1), Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan beragama
diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama
adalah tidakmutlak.
Sebagai contoh, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri meluluskan
undang-undang pengawalan agama bukan Islam
dalam kalangan orang Islam. Maksudnya, orang
bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka
dalam kalangan orang Islam dan orang Islam
dibenarkan berbuat demikian.
Perkara ini seperti berlaku ketidakadilan dalam
kebebasan beragama. Namun menurut Harding
(2002), peruntukan ini dimasukkan demi memelihara
kestabilan masyarakat.
Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa
kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang
diluluskan bagi mengawal atau menyekat
pengembangan agama yang lain daripada Islam dalam
kalangan umat Islam.
Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan secara
aman jika tidak mengganggu ketenteraman awam dan
tidak menyakitkan hati penganut agama lain.
Selain itu, kebebasan beragama ini tertakluk kepada
undang-undang awam seperti Akta Keselamatan
Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta
Polis 1967.
menyebut soal kebebasan beragama, dalam konteks
penganutan dan pengamalannya oleh seseorang,
perlembagaan juga dengan jelas melindungi seseorang itu
daripada dipaksa membayar sebarang cukai sekiranya cukai
tersebut digunakan untuk maksud-maksud agama yang lain
daripada agama anutannya.
Perlembagaan juga melindungi kumpulan-kumpulan
agama yang dengan jelas menyebut bahawa mereka berhak
menubuhkan atau menguruskan yayasan bagi tujuan agama
atau kebajikan mereka serta hak memperoleh atau
memegang harta.
 Dengan ini boleh dikatakan bahawa hak kebebasan agama
ini mencakupi hak perseorangan dan juga hak kumpulan.
Ternyata hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak.
Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua
orang adalah sama di sisi undang-undang dan juga
berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi
undang-undang.
Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi yang
memihak kepada mana-mana orang atas alasan ia
merupakan salah seorang rakyat raja mana-mana
negeri, kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh
diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana
undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa
jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa
awam atau dalam mana-mana pentadbiran undang-
undang yang berhubung dengan perolehan,
pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung
dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa
perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan.
Pada tahun 1865, pindaan ke-13 Perlembagaan
Amerika Syarikat telah dibuat bagi menghapuskan
perhambaan. Implikasinya, keistimewaan yang
didapati daripada orang kulit hitam yang sebelum
pindaan dibuat ialah hamba abdi, hanyalah
kebebasan diri dan seterusnya hak mengundi. Tidak
terdapat rancangan perlembagaan yang positif untuk
meninggikan taraf hidup orang kulit hitam di
Amerika Syarikat.
Melalui sistem laissez faire ia telah mendedahkan
orang kulit hitam dalam keadaan yang jauh
ketinggalan daripada etnik lain.
Begitu juga satu sistem persamaan dan peluang yang sama
yang tidak ada batas akan mengakibatkan penghapusan
masyarakat Melayu sedikit demi sedikit.
Menurut Hashim (1983), satu masyarakat yang mempunyai
sistem feudal agrarian tidak boleh diubah dalam sekelip
mata kepada satu sistem moden. Tanpa perlindungan,
golongan Melayu ketinggalan dari segi ekonomi
berbanding dengan golongan lain yang lebih aktif di negeri
ini.
Hak sama rata tidak lagi menjadi hak mutlak. Kehadiran
doktrin ini menyebabkan hak asasi ini terpaksa
dilonggarkan dan diberikan hak bersyarat.
Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan di
negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan
kedudukan sosial yang tidak seimbang
Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik
adalah sesuatu yang biasa apabila perlembagaan
negara tersebut memperuntukkan konsep
diskriminasi perlindungan sebagai salah satu
peruntukan yang penting dan diiktiraf.
Negara India menjadi contoh yang jelas iaitu
diskriminasi perlindungan diamalkan kerana India
mempunyai penduduk yang bersifat pelbagai etnik
sehingga menimbulkan masalahtukan yang penting
dan diiktiraf.
Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa
perkara di bawah peruntukan perlembagaan seperti
dalam peruntukan Perkara 153 yang memberi
perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
 Perkara 153 merujuk kepada kedaulatan Raja-raja
Melayu tidak pernah dipertikaikan seperti yang
dibuktikan dalam beberapa perjanjian antara Raja-
raja negeri dengan British sebelum wujudnya
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat
secara umum agar orang Melayu dibantu.
Dalam perdebatan Dewan Perundangan,
mesyuarat ke-13 dan ke-14 sesi kedua Dewan
Perundangan Kedua Persekutuan Tanah Melayu
1956 telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan
bahawa orang Melayu perlu dibantu disebabkan
ketinggalan dari sudut ekonomi.
Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan
tujuan berikut:
i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah
negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai
kemerdekaan. Keutamaan memasuki perkhidmatan awam
diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh
menguasai keadaan politik negara kerana pegawai kerajaan
memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan
dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera
dan polis yang dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk
tujuan yang sama.
ii. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti
supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada
ditenggelami golongan majoriti. Sebagai contoh, dalam
Perlembagaan India, hak golongan minoritiseperti bahasa,
kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.
iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan
yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu
sebelumnya. Tujuannya adalah supaya sebarang
perubahan secara radikal tidak berlaku.
iv. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk
memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial
dan kebudayaan masyarakat mundur.
v. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan
oleh kompromi antara etnik atau kumpulan tertentu
semasa perlembagaan digubal. Sesuatu yang diberi
kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu
berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain.
Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu
dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi
Manakala persoalan tentang pencapaian dalam
perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana
dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan
etnik Melayu yang menjawat jawatan tinggi dalam
perkhidmatan awam adalah semakin ramai
berbanding sebelum tahun 1970.
Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah
membantu Ke arah mengeluarkan etnik Melayu
daripada kemiskinan dan meningkatkan pencapaian
mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan
Walau bagaimanapun, penyertaan dalam bidang
profesional dan teknikal masih lagi ketinggalan.
Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak
banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan etnik
Melayu dan mencapai matlamat DEB untuk memastikan
penguasaan 30 peratus pengagihan ekuiti negara.
Hal ini disebabkan sebanyak 75 peratus etnik Melayu
bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan,
sedangkan sumbangan pendapatan daripada kedua-dua
sektor tersebut adalah kecil.
Walaupun etnik Melayu diberi perlindungan dan hak
istimewa dalam bidang ekonomi, keadaan etnik Melayu
tidak banyak berubah
kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan
Matrikulasi yang dikhususkan kepada etnik Melayu,
bagi bukan Melayu : kuota 10 peratus
Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga
telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu
pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik tanpa
mengira etnik
melalui DEB ditetapkan kadar pemilikan ekuiti
negara bagi etnik Melayu sebanyak 30 peratus, tetapi
sasaran itu masih lagi belum tercapai.
Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963
merupakan satupersetujuan yang telah disepakati antara
pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali
sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18
Perkara bagi Sarawak.
Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa,
kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan
Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan
Senarai III.
Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan
dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan
pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya
memberikan persetujuan
Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia
memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara perkara
tersebut adalah:
i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak
memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi
negeri.
ii. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi/kebangsaan, tetapi memohon supaya bahasa
Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.
iii.Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi
penggubalannya patut melibatkan semua negeri
iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah
kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau
masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.
v. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya
sendiri.
vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti
orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu), tetapi
formula berkenaan harus disesuaikan dengan
keadaan (sifat demografi) Sabah.
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil
kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. Walaupun perkara
yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi
kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat
perimbangan bagi setiap perkara tersebut.
Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal
perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh
semua etnik pada ketika itu.
Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
etnik.
Perkara ini sepertimana yang pernah dinyatakan oleh
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215,iaitu Islam dan orang
Melayu merupakan asas utama pembentukan negara
Malaysia.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]Qaseh Amani
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaKonsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaNasir Hassan
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiSharifahNurAbu
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaanross
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanKhai Khairy
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negerimus_bmi
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimannasywah79
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 

Was ist angesagt? (20)

undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian MalaysiaKonsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
Konsep Negara & Pembentukan Negara Malaysia : Pengajian Malaysia
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasiTopik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
Topik 6 perlembagaan sbg tapak integrasi
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negeri
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Bab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakimanBab 4 badan kehakiman
Bab 4 badan kehakiman
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 

Ähnlich wie Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaAsraf Rahmat
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisipeningla
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxHidayahMdZin
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Fatin Asyiqin
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1Russlan Ssvs
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Jivendra Pandian
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaMiss Q
 
MPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptMPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptIzzat2603991
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuanMahadhir Akmal
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaErwina Masir
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikKhairiyah Sulaiman
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaharizaish96
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 

Ähnlich wie Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik (20)

Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
 
Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
BAB 4.pptx
BAB 4.pptxBAB 4.pptx
BAB 4.pptx
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10Hubungan etnik di malaysia 10
Hubungan etnik di malaysia 10
 
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan MalaysiaPeruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
Peruntukan Asas Dalam Perlembagaan Malaysia
 
MPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.pptMPU 3113 BAB 4.ppt
MPU 3113 BAB 4.ppt
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan
 
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
TOPIK 3
TOPIK 3 TOPIK 3
TOPIK 3
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 

Mehr von Maizatul Akmal

Bab 9 pengalaman harian
Bab 9   pengalaman harianBab 9   pengalaman harian
Bab 9 pengalaman harianMaizatul Akmal
 
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialBab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialMaizatul Akmal
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiMaizatul Akmal
 
Bab 6 kepelbagaian agama
Bab 6   kepelbagaian agamaBab 6   kepelbagaian agama
Bab 6 kepelbagaian agamaMaizatul Akmal
 
Bab 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Bab 3   limpahan kemakmuran merentasi etnikBab 3   limpahan kemakmuran merentasi etnik
Bab 3 limpahan kemakmuran merentasi etnikMaizatul Akmal
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikMaizatul Akmal
 
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1  malaysia dalam kepelbagaian editBab 1  malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian editMaizatul Akmal
 
Presentation buku Hijau
Presentation buku HijauPresentation buku Hijau
Presentation buku HijauMaizatul Akmal
 

Mehr von Maizatul Akmal (11)

Modul siri 2
Modul siri 2Modul siri 2
Modul siri 2
 
Modul siri 6
Modul siri 6Modul siri 6
Modul siri 6
 
Modul siri 1
Modul siri 1Modul siri 1
Modul siri 1
 
Bab 9 pengalaman harian
Bab 9   pengalaman harianBab 9   pengalaman harian
Bab 9 pengalaman harian
 
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosialBab 8   pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
Bab 8 pemerkasaan pendidkan ke arah kesepaduan sosial
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Bab 6 kepelbagaian agama
Bab 6   kepelbagaian agamaBab 6   kepelbagaian agama
Bab 6 kepelbagaian agama
 
Bab 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
Bab 3   limpahan kemakmuran merentasi etnikBab 3   limpahan kemakmuran merentasi etnik
Bab 3 limpahan kemakmuran merentasi etnik
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2   potret hubungan etnikBab 2   potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1  malaysia dalam kepelbagaian editBab 1  malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
 
Presentation buku Hijau
Presentation buku HijauPresentation buku Hijau
Presentation buku Hijau
 

Kürzlich hochgeladen

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 

Kürzlich hochgeladen (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 

Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

  • 1.
  • 2. Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British. Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.
  • 3. Perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat pelbagai etnik yang sivil. Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaya dan Malaysia.  Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.
  • 4. Perlembagaan : dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan menjadi sumber kepada undang- undang dalam negara berkenaan Semua undang undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang undang yang lebih utama
  • 5. Hashim (1983) pula berpendapat perlembagaan lebih daripada apa-apa perkara yang hanya berkenaan dengan urusan kerajaan, rangka-rangka demokrasi dan perlindungan hak-hak rakyatnya. Perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya. Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang- undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangandan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik
  • 6. beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu: i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara. ii. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara. iii.Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara. iv.Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara. v. Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.
  • 7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis. Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.
  • 8. Perlembagaan Persekutuan adalah unik kerana mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti : 1. Agama Islam 2. Bahasa Melayu 3. Kedudukan istimewa orang Melayu 4. Pemerintahan beraja. Manakala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan melalui: Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia,pemilihan dan persaraan ahli- ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.
  • 9. ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda iaitu perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera. iii. Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.
  • 10. Tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada PerlembagaanPersekutuan (Mohamed Suffian 1987). perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka danyang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
  • 11. Perundangan Islam paling awal telah diamalkan melalui Prasasti Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303 (Syed Naquib 1970). Prasasti Terengganu memperuntukkan beberapa peraturan berhubung dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran. Seterusnya kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) oleh Hang Sidi Ahmad dan Undang-Undang Laut Melaka(bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di Tanah Melayu) Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun 1895, iaitu Perlembagaan Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan Terengganu 1911.
  • 12. Dalam perlembagaan tersebut, diperuntukkan bahawa seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang keturunan raja-raja Johor, lelaki dan menganut agama Islam. Malah menteri-menteri juga mesti Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam. Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip-prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini.
  • 13. Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan diperintah oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya. Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah. Dari segi pentadbiran, Gabenor memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).
  • 14. kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946 Dibubarkan pada Februari 1948 kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut: i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.  Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuanMalayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.
  • 15. Malayan Union diganti dengan sebuah persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 . Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi mengekalkan autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja- raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan kerana orang Melayu merasakan mereka mungkin dikuasai oleh orang Cina sekiranya Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dari segi bilangan penduduk.
  • 16. Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak pihak yang terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union. Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan. Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • 17. Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik pada Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi dan PAS sebanyak 11 kerusi.
  • 18. PARTI PERUNTUKAN KERUSI PERATUSAN KERUSI PERATUSAN PENGUNDI UMNO 35 69 84.2 (Melayu) MCA 15 28 11.2 (Cina) MIC 2 3 3.9 (India)
  • 19. Satu perkara yang menarik semasa Pilihan Raya Umum 1955 ialah penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu Pada Julai 1954, Perikatan dan pihak British telah bersetuju untuk mengadakan sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai 98 orang ahli, 52 daripadanya adalah dipilih dan 46 orang lagi dilantik. Daripada 46 ahli yang dilantik ini, lima orang daripadanya dicalonkan oleh parti politik yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya ini, pengundi Melayu adalah majoriti dalam 50 daripada 52 kawasan pilihan raya kerana 84 peratus daripada pengundi adalah daripada pengundi seluruh negara. Selain itu, daripada 46 orang ahli yang dilantik terdiri daripada orangMelayu iaitu sembilan orang Menteri Besar
  • 20. isu mengenai kemerdekaan melewati batas perkauman dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Mereka mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Setelah berunding dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray, Tunku membentuk Kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum, iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India. Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan pelantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.
  • 21. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Keahliannya terdiri daripada : i. Lord Reid dari Britain (Lord of Appeal in the Ordinary) ii. Sir Ivor Jennings juga dariBritain (Master of Trinity Hall, Cambridge), iii.Sir William Mckell dari Australia(bekas Gabenor Jeneral Australia), iv.B. Malik dari India (bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Allahabad)  Hakim Abdul Hamid dari Pakistan(Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat).
  • 22. mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota Suruhanjaya yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu bagi menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan. Hal ini disebabkan perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.
  • 23. Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja raja Melayu. iii.Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. iv.Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
  • 24. Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan rangka perlembagaan yang baharu, iaitu: i. Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik. ii. Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
  • 25. Suruhanjaya ini juga meneliti kedudukan perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat negeri negeri Melayu dan Negeri Selat, berjumpa Raja-raja, Menteri-menteriBesar, Penasihat-penasihat British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen serta pegawai-pegawai negeri dan Negeri Selat.  Suruhanjaya ini juga telah membuat pertemuan secara terbuka dan sering mengadakan mesyuarat tidak rasmi. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya telah meminta cadangan dan pandangandaripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu.
  • 26. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial (kontrak sosial),iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkarayang sangat penting kepada kestabilan negara. Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
  • 27. Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
  • 28. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu dan kolonial British untuk mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi menyediakan Kertas Putih. Laporan tersebut mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu pada Februari 1957.
  • 29. Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid dan rangka perlembagaan yang disusun oleh jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai 1957. Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray dan termasuk empat wakil dari Perikatan dan empat wakil dari Raja-raja Melayu. Wakil Perikatan ialah i. Tunku Abdul Rahman (UMNO) ii. Datuk Abdul Razak (UMNO) iii.Ong Yoke Lin (MCA) V.T Sambathan (MIC),
  • 30. • manakala wakil Raja-raja Melayu ialah : i. Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja) ii. Shamsudin Nain iii. Tunku Ismail iv.Tunku Yahya v. Neil Lawson. • Ahli lain ialah: i. Ketua Setiausaha Kerajaan,Sir David Watherston, ii. Peguam Negara, T.V.A Brodie dan iii.E.O Laird yang bertindak sebagai Setiausaha.
  • 31. Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.
  • 32. Amnya, tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Perkara ini menggambarkan bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002). Dalam konteks politik dan perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya.
  • 33. Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957. Unsur-unsur berkenaan berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984). Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya unsur- unsur tradisi sehingga ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.
  • 34. Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh etnik Melayu dan bukan Melayu iaitu: i. Hak istimewa orang Melayu ii. Islam sebagai agama persekutuan iii.bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan.
  • 35. Wujud sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnyasebelum penjajahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun berada dalam penjajahan British.
  • 36. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan padatahun 1957, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki menerima nasihat daripada menteri dan bertindak menurut nasihat itu. Sebagai contoh, di peringkat pusat, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet. Manakala di peringkat negeri pula, raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis MesyuaratKerajaan.
  • 37. Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik, iaitu seorang sultan yang dipilih daripada Raja-raja dari sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong ialah i. diberi kuasa memerintah persekutuan dan baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet ii. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan iii.mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan bagi kesalahan
  • 38. Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi olehperlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan boleh dibuatterhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masingmasing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu,Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia.
  • 39. sifat berkecuali Yang di-Pertuan Agong perlu ada bagi mengelakkan baginda daripada dipandang sebagai alat pemerintah . Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana mereka ialah ketua agama di negeri masing-masing. Mereka bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja terlebih dahulu.
  • 40. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang keadilan dan kesaksamaan kerana baginda yang melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Begitu juga perlu dirundingi mengenai pelantikan juruaudit negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
  • 41. Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi yang amat penting di Malaysia. Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi perlembagaan yang bersifat Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu. Secara simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemegang autoriti dan kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada pihak berkuasa pusat.
  • 42. Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalamPerkara 3, tetapi juga harus dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11,12, 121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Walaupun perkara ini menunjukkan bahawa Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan. Islam. Berlaku konflik dalam kes Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998.
  • 43. Islam tidak termasuk dalam rangka perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan pihak British yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang memberi kuasa kepada British dalam sistem pemerintahan di TanahMelayu ketika itu. Namun, ini memang tujuan British untuk mengecilkan peranan Islam dalam sistem pentadbiran negara yang menyebabkankedudukan Islam itu dalam bidang tertentu sahaja iaitu tidak bersifat menyeluruh.
  • 44. beberapa perkara boleh dirumuskanberkenaan dengan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, agama Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kebebasan beragama dan undang- undang yang menghalang penyebaran mana-mana kepercayaan dalam kalangan orang Islam.  Kewujudan peruntukan Islam dalam perlembagaan telah memberi keistimewaan kepada agama Islam.
  • 45. beberapa keistimewaan Islam yang menonjol dalam perkara berikut: 1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam ialah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undangdan perlembagaan. 2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negerimensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragamaIslam dan keturunan raja.
  • 46. 3) Dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi,Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalamagama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam. 4) Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) ialah ketua agama Islam di negeri- negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.
  • 47. 5) Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islambagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam, mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO). 6) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Islam.
  • 48. 7) Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan perkara ini kekal terjamin. 8) Sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam diMalaysia. 9) Peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya memerlukan sokongan majoriti lebih 2/3 parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
  • 49. 10) Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa- apa juga keadaan dalam mana-mana undang- undang dan pelantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap pelantikan bagi sesuatu institusi agama Islam. 11) Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain daripada Islam. 12) Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.
  • 50. Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152, iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.  Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
  • 51. Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan Kedudukan bahasa Melayu semakin jelas dalam perlembagaan melaluiPerkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan ketenteraman awam. Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5).
  • 52. kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan. Antara pengecualian tersebut adalah bagi tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar asing
  • 53. peruntukan di bawah Perkara 160(B) yang menjelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapatpercanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris. Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum
  • 54. Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan Kumpulan I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan diPersekutuan Tanah Melayu pada ketika itu (Mohamed Suffian 1987). Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasaperantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan British. Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957 yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan.
  • 55. Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam PerlembagaanPersekutuan. Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika diambil dalam pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu .
  • 56. merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayuditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan: a. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau b. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
  • 57. Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam peruntukan tersebut: i. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Umpamanya, seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya ia menganut agama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang Melayu jati daripada keturunan Melayu sekalipun, bagi maksud perlembagaan ia bukan Melayu jika bukan beragama Islam
  • 58. ii. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan, seseorang mestilah mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Oleh itu, seorang Indonesia yang menganut Islam, kebiasaannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, bukanlah seorang Melayu bagi maksud perlembagaan jika dia dilahirkan sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau dia keturunan seseorang yang tersebut.
  • 59. Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuandisentuh dalam perkara berikut: Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.
  • 60. Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara berikut: i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam. ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan. iii.Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan.
  • 61. Kedua, Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah rizab Melayuseperti berikut: i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas merdeka. ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang. iii.Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu. iv.Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan.
  • 62. Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu. Keempat, Perkara 8 (5)(f) pula menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.
  • 63. Kelima, Jadual 13 dalam perlembagaan pula menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan semula sempadan pilihan raya dibuat. Keempat- empat prinsip tersebut ialah: i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi sempadan negeri dan mempertimbangkan kesukaran yang akan timbul jika kawasan dewan undangan negeri meliputi Dewan Rakyat. ii. Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang ada dalam kawasan berkenaan bagi pendaftaran pengundi.
  • 64. iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap- tiap kawasan pilihan raya hendaklah sama. Namun, perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya separuh daripada jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihan raya di bandar diperlukan. iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala kesukaran apabila suatu kawasan ditukar dan mustahaknya dikekalkan perhubungan seseorang dengan kawasannya.
  • 65. Permasalahan Kebebasan Beragama Permasalahan kebebasan beragama di Malaysia banyak disentuh khususnya daripada perspektif hak asasi dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan seorang Islam mengamalkan agamanya, isu murtad dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Selain Perkara 11, kebebasan beragama juga boleh dirujuk dalam Perkara 3(1), Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam. Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama adalah tidakmutlak.
  • 66. Sebagai contoh, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Maksudnya, orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam kalangan orang Islam dan orang Islam dibenarkan berbuat demikian. Perkara ini seperti berlaku ketidakadilan dalam kebebasan beragama. Namun menurut Harding (2002), peruntukan ini dimasukkan demi memelihara kestabilan masyarakat.
  • 67. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam dalam kalangan umat Islam. Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan secara aman jika tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati penganut agama lain. Selain itu, kebebasan beragama ini tertakluk kepada undang-undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.
  • 68. menyebut soal kebebasan beragama, dalam konteks penganutan dan pengamalannya oleh seseorang, perlembagaan juga dengan jelas melindungi seseorang itu daripada dipaksa membayar sebarang cukai sekiranya cukai tersebut digunakan untuk maksud-maksud agama yang lain daripada agama anutannya. Perlembagaan juga melindungi kumpulan-kumpulan agama yang dengan jelas menyebut bahawa mereka berhak menubuhkan atau menguruskan yayasan bagi tujuan agama atau kebajikan mereka serta hak memperoleh atau memegang harta.  Dengan ini boleh dikatakan bahawa hak kebebasan agama ini mencakupi hak perseorangan dan juga hak kumpulan. Ternyata hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak.
  • 69. Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan ia merupakan salah seorang rakyat raja mana-mana negeri, kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan.
  • 70. Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam mana-mana pentadbiran undang- undang yang berhubung dengan perolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan.
  • 71. Pada tahun 1865, pindaan ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat telah dibuat bagi menghapuskan perhambaan. Implikasinya, keistimewaan yang didapati daripada orang kulit hitam yang sebelum pindaan dibuat ialah hamba abdi, hanyalah kebebasan diri dan seterusnya hak mengundi. Tidak terdapat rancangan perlembagaan yang positif untuk meninggikan taraf hidup orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Melalui sistem laissez faire ia telah mendedahkan orang kulit hitam dalam keadaan yang jauh ketinggalan daripada etnik lain.
  • 72. Begitu juga satu sistem persamaan dan peluang yang sama yang tidak ada batas akan mengakibatkan penghapusan masyarakat Melayu sedikit demi sedikit. Menurut Hashim (1983), satu masyarakat yang mempunyai sistem feudal agrarian tidak boleh diubah dalam sekelip mata kepada satu sistem moden. Tanpa perlindungan, golongan Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan golongan lain yang lebih aktif di negeri ini. Hak sama rata tidak lagi menjadi hak mutlak. Kehadiran doktrin ini menyebabkan hak asasi ini terpaksa dilonggarkan dan diberikan hak bersyarat. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan di negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan kedudukan sosial yang tidak seimbang
  • 73. Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik adalah sesuatu yang biasa apabila perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting dan diiktiraf. Negara India menjadi contoh yang jelas iaitu diskriminasi perlindungan diamalkan kerana India mempunyai penduduk yang bersifat pelbagai etnik sehingga menimbulkan masalahtukan yang penting dan diiktiraf.
  • 74. Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah peruntukan perlembagaan seperti dalam peruntukan Perkara 153 yang memberi perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.  Perkara 153 merujuk kepada kedaulatan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan seperti yang dibuktikan dalam beberapa perjanjian antara Raja- raja negeri dengan British sebelum wujudnya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • 75. Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat secara umum agar orang Melayu dibantu. Dalam perdebatan Dewan Perundangan, mesyuarat ke-13 dan ke-14 sesi kedua Dewan Perundangan Kedua Persekutuan Tanah Melayu 1956 telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan bahawa orang Melayu perlu dibantu disebabkan ketinggalan dari sudut ekonomi.
  • 76. Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan berikut: i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan. Keutamaan memasuki perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama. ii. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami golongan majoriti. Sebagai contoh, dalam Perlembagaan India, hak golongan minoritiseperti bahasa, kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.
  • 77. iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. Tujuannya adalah supaya sebarang perubahan secara radikal tidak berlaku. iv. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat mundur. v. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi antara etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain.
  • 78. Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi Manakala persoalan tentang pencapaian dalam perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan etnik Melayu yang menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam adalah semakin ramai berbanding sebelum tahun 1970. Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu Ke arah mengeluarkan etnik Melayu daripada kemiskinan dan meningkatkan pencapaian mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan
  • 79. Walau bagaimanapun, penyertaan dalam bidang profesional dan teknikal masih lagi ketinggalan. Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan etnik Melayu dan mencapai matlamat DEB untuk memastikan penguasaan 30 peratus pengagihan ekuiti negara. Hal ini disebabkan sebanyak 75 peratus etnik Melayu bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan daripada kedua-dua sektor tersebut adalah kecil. Walaupun etnik Melayu diberi perlindungan dan hak istimewa dalam bidang ekonomi, keadaan etnik Melayu tidak banyak berubah
  • 80. kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Matrikulasi yang dikhususkan kepada etnik Melayu, bagi bukan Melayu : kuota 10 peratus Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik tanpa mengira etnik melalui DEB ditetapkan kadar pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu sebanyak 30 peratus, tetapi sasaran itu masih lagi belum tercapai.
  • 81. Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963 merupakan satupersetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan
  • 82. Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara perkara tersebut adalah: i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri. ii. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan, tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa. iii.Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri
  • 83. iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri. v. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri. vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.
  • 84. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu. Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik. Perkara ini sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215,iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia.