SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
(copyright) Profesor Isahak Haron 2006


Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata
   (KGBK): Latar belakang dan Prinsip
Objektif:


    •     supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata
          (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh
          Perkataan.
    •     Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 – 8.


Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatan
besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan
pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak
huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh
perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar ‘perkataan’ kemudian ‘analisis perkataan’
supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awal
membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik.
Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik,
dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui ‘pandang dan
sebut’.


Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza
dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK
berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak
terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina.


a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan


fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di


mana terdapat dua bunyi.
Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d


bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua


bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet


seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.


Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk,


Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa


Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se
ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’
dan sebagainya.


c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris
dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender
(laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural),untuk menyatakan perbezaan
waktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.


Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau
kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan
menggabungkan


a) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua
huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’, dan


b) terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti ‘bubu
baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.


Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung ‘bunyi’


dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah
mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK),


Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam


satu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus


digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca.


Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk


a) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya,
jika ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan
mereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata
‘ba bi bu‘ dan ‘ca ci cu’ dan boleh membaca perkataan ‘cucu, baca, cuci’ mereka sendiri
akan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’.


b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini mereka
mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian kami
menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka
mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.


Dalam KGBK


   1. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara
       berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil
       masa panjang (2, 3 bulan di setengah sekolah). Murid juga tidak perlu diajar semua
       suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dsb’ yang mengambil
       masa sebulan lagi, sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat.
   2. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut
       perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk mengenal
       huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak-
       kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang
       mereka belajar dalam satu pelajaran itu.


3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara
sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang


lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru.


Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya,


setelah murid belajar membaca ‘b dan ba bi bu’ dan perkataan-perkataan


daripada suku kata ini seperti ‘ibu baba, ubi abu’, murid boleh disambung


berikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula; membentuk dan


membunyikan suku kata ‘ka ki ku’ dan terus membaca perkataan atau


frasa ‘kuku kaki aki’. Jika dicantum pula dengan suku kata ‘ba bi bu’


yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca


perkataan dan ayat seperti ‘buku abu; abu buka buku’.


Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan


suku kata terbuka; fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup


(kv +kvk seperti ‘ka sut’, ‘bu kit’ atau kvk+kv) seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dan


sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku


katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, mem


seperti ‘berjalan’, ‘memberi’, melawan’ dan sebagainya.


4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.


Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK.


1. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya
2. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya


3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya.


4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti ‘baba bibi bubu babu, ibu’


5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti ‘ibu abu, babu baba’


6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf, suku kata dan perkataan.


Pelajaran berikutnya


    1. Ulang pelajaran unit yang lalu
    2. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya ‘c’
    3. Bina suku kata ca ci cu
    4. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca cucu cuci aci acu’
    5. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti
        baca bucu cuba
    6. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci ubi, dsb
    7. Murid salin apa yang dibaca.


Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata, kerana dalam satu set pengajaran-
pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca.


Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya, diberi dalam Modul
4, 5, 6 dan 7.


Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Ini bererti unsur
‘membunyikan’ huruf dengan membina dan ‘membaca perkataan’
bolehdigabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiap
pelajaran kanak-kanak ‘boleh’ membaca ‘perkataan’, frasa atau ayat bermakna. Ini didapati
lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis, iaitu murid menulis apa
yang dibaca. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar
membaca.
Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan
peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang
(developmental). Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca, Utusan
Publications, 1982, dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1990; dan
buku Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra
sekolah, dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti.


Dari kajian kami, susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan (sequential)
dan ‘developmental’, kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan
memudah murid belajar 2M bahasa Melayu. Dari pemerhatian dan laporan guru, murid boleh
membaca dengan lancar ‘cerita mudah’ dalam tempoh kurang dari tiga bulan, jika diajar
sejam sehari, lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu.


Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak
mungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’, ‘pendekatan seluruh perkataan’, atau
‘pendekatan eklektik’ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris.


Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal
‘bunyi-huruf’ dengan membina-dan-membaca ‘perkataan’. Pendekatan KGBK ini juga tidak
memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan ‘perkataan’ (whole word)
dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’ menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf. Ini
menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd /
fonik, murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c…sampai …x y z
sebelum mereka diajar membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan
menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir.


Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid ‘tidak kenal huruf abjad, murid itu tidak
boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris.
Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di
zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c ..x, y, z dahulu sebelum
membaca.


Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar
membaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak-
kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa
masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. sampai.....x y z mengikut susunan
dalam abjad.


Nota


Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain, iaitu mendengar
dan bertutur. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini.


Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajar
bahasa, ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca dan
menulis’ pada peringkat permulaan. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara
sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M, supaya mereka mudah membaca. Kemahiran
murid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid, murid dan
murid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut
sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti
pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid, atau
menyanyi semasa mengajar 2M, supaya murid seronok belajar.


Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006
atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka, dan menokok tambah aktiviti untuk
memperkayakan pembelajaran. Ini amat digalakkan. Sejak kebelakangan ini, ada pengarang
yang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini, dengan memberi
berbagai nama untuknya.


Ringkasnya


Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita
bolehmenggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan-
membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca
perkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan
Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan
tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa
yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris.
Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan
muridmula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan
murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnyaialah
murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi,
dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan
minat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan
sepanjang hayat’.


Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal?


Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi
Kata ini, dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini,
saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya
tentang kaedah ini.


Setelah membaca laporan dalam akhbar, dalam tahun 1979, bahawa 30 - 40% murid di
sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca, saya pun
berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi, kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat
mudah untuk diajar membaca dan menulisnya, terutama huruf tulisan rumi. Dari tijauan saya
saya dapati kebanyakan guru mengguna ‘kaedah abjad’. Sebahagian kecil mengguna
kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say), iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di
kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal.


Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca
ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan, dan kurang latihan. Maka
dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya
ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan ‘fonik’ (berasaskan
bunyi) dan pendekatan ‘seluruh perkataan’.


Pada 8 – 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran
Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-
Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal,” . Dalam kertas ini saya meninjau
beberapa kaedah mengajar membaca BM di peringkat awal, dan memperkenalkan Kaedah
Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah
rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, yang tidak boleh membaca.
• Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. 7, Julai 1980.


( lihat Lampiran 1).


• Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di
Kuala Terengganu, untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini,
untuk dicuba di sekolah kebangsaan. Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah ini
berkesan. Guru mendapati ia mudah diguna, dan murid mudah belajar 2M.


• Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), di Jalan
Duta. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4)
dalam Buku Panduan Am, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) terbitan Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1981, ms. 63 – 69.


* Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia
KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil.


• Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah


Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kaedah
yang menjadi pegangan ialah ‘ Kaedah Cerakin’ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) dan
Kaedah Abjad, sebagai panduan guru mengajar.


• 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedah
KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan
Tamil.


* 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika.
Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar.


• 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti, sebagai
lanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas, untuk murid Tahun 1.
(Lihat contoh Lampiran 3).


* 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar
Bakti, dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2.
* 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990, juga
diterbitkan oleh Fajar Bakti


* 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh
Fajar Bakti, untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4)

* 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun
1,menggunakan kaedah ini.




KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATADEFINISI
Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) ialah kaedah yang menggabungkan proses
mengajar mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat
membaca frasaatau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah
abjad atau fonik dankaedah seluruh perkataan. Kaedah ini merupakan kaedah yang
mudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca.
TUJUAN
Kaedah ini dibuat untuk mengajar kanak-kanak 2M iaitu membaca dan menulis
berkenaanaktiviti mengenal bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. Selain itu, kaedah
ini bertujuanuntuk membolehkan kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya
membina dan membaca perkataan, frasa atau ayat.
PRINSIP
KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris,B
ahasa Arab atau Bahasa Cina. Kaedah ini mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu
yangsistematik dan fonemik. Contohnya, setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali huruf
e, yangmempunyai dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’,
c bunyinya‘ch’, d bunyinya ‘dh’ dan sebagainya. Hanya huruf e yang ‘mempunyai dua
bunyi iaitu etaling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam
perkataan ‘ekor’ dan‘elok’. Selain itu, dalam prinsip KGBK digunakan kerana suku kata
Bahasa                                                                            Melayu
jelas,misalnya ‘batu’, ‘kaki, kaki, ‘makan’ dan sebagainya. Tatabahasa melayu lebih mud
ah berbanding dengan tatabahasa inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya, dalam Bahasa
Melayutidak ada perbezaan bentuk bagi gender seperti lelaki atau perempuan bagi menya
takan banyak serta menyatakan perbezaan waktu seperti yang terdapat dalam Bahasa
Inggeris.Oleh itu, pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-
kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi asas iaitu fonem beberapa
huruf vokal‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’ untuk
membentuk bunyi

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kaedah pandang & sebut
Kaedah pandang & sebutKaedah pandang & sebut
Kaedah pandang & sebutsamjs
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danharzilia
 
Soal ujian praktek mapel umum
Soal ujian praktek mapel umumSoal ujian praktek mapel umum
Soal ujian praktek mapel umumalmoon2
 
Pemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas iiPemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas iiAcci Sanaky
 
RPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti NamaRPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti Namaechizen mike
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2
Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2 Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2
Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2 Ahmad Sodiq
 
Kaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebutKaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebutfiro HAR
 
108713014 program-semester-bahasa-inggris
108713014 program-semester-bahasa-inggris108713014 program-semester-bahasa-inggris
108713014 program-semester-bahasa-inggrisabay22
 
[2] pemetaan sk & kd inggris
[2] pemetaan sk & kd inggris[2] pemetaan sk & kd inggris
[2] pemetaan sk & kd inggrisdikz86
 
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miBahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miAmsori Saari
 
Rpp bhs-arab-x-ganjil
Rpp bhs-arab-x-ganjilRpp bhs-arab-x-ganjil
Rpp bhs-arab-x-ganjilelmuchtar68
 
Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1
Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1
Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1asrulajah
 
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 20133. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013Mar'atus Sholihah
 
Menceritakan Pengalaman Mengesankan
Menceritakan Pengalaman MengesankanMenceritakan Pengalaman Mengesankan
Menceritakan Pengalaman Mengesankanlaylialbahirah
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralfardzli71
 

Was ist angesagt? (19)

Rph kata nama
Rph kata namaRph kata nama
Rph kata nama
 
Kaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebutKaedah pandang sebut
Kaedah pandang sebut
 
Kaedah pandang & sebut
Kaedah pandang & sebutKaedah pandang & sebut
Kaedah pandang & sebut
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
 
Soal ujian praktek mapel umum
Soal ujian praktek mapel umumSoal ujian praktek mapel umum
Soal ujian praktek mapel umum
 
Pemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas iiPemetaan bahasa inggris kelas ii
Pemetaan bahasa inggris kelas ii
 
RPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti NamaRPMH Kata Ganti Nama
RPMH Kata Ganti Nama
 
SK-KD bhs Inggris SD-MI
SK-KD bhs Inggris SD-MISK-KD bhs Inggris SD-MI
SK-KD bhs Inggris SD-MI
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2
Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2 Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2
Rencana pelaksanaan pembelajaran smt 2
 
Kaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebutKaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebut
 
108713014 program-semester-bahasa-inggris
108713014 program-semester-bahasa-inggris108713014 program-semester-bahasa-inggris
108713014 program-semester-bahasa-inggris
 
[2] pemetaan sk & kd inggris
[2] pemetaan sk & kd inggris[2] pemetaan sk & kd inggris
[2] pemetaan sk & kd inggris
 
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miBahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
 
Rpp bhs-arab-x-ganjil
Rpp bhs-arab-x-ganjilRpp bhs-arab-x-ganjil
Rpp bhs-arab-x-ganjil
 
Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1
Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1
Rpp 1 lembar kelas 2 semester 1
 
SK-KD bhs Indonesia SD-MI
SK-KD bhs Indonesia SD-MISK-KD bhs Indonesia SD-MI
SK-KD bhs Indonesia SD-MI
 
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 20133. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
3. kisi2 ujian praktek b. indonesia 2012 2013
 
Menceritakan Pengalaman Mengesankan
Menceritakan Pengalaman MengesankanMenceritakan Pengalaman Mengesankan
Menceritakan Pengalaman Mengesankan
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
 

Andere mochten auch

2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bmAryanna Soleha
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaStrategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaCikgu Isnani Ali
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahJospher Joanes
 

Andere mochten auch (7)

2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membacaStrategi penyoalan dalam kefahaman membaca
Strategi penyoalan dalam kefahaman membaca
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendah
 

Ähnlich wie Kgbk

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasPentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasAdila Dila
 
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdfCalistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdfAtikah Atikah
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’ermahfir
 
1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx
1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx
1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docxGaptekAndroid
 
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docxBAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docxyudikaper5
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miBahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miAmsori Saari
 
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariTugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariaizam277
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksipjj_kemenkes
 
Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1Zashila Aziz
 
RPP kelas 1 smt 2 2017
RPP kelas 1 smt 2 2017 RPP kelas 1 smt 2 2017
RPP kelas 1 smt 2 2017 miftah1984
 
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2Vince Here
 

Ähnlich wie Kgbk (20)

Kab awal membaca
Kab awal membacaKab awal membaca
Kab awal membaca
 
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasPentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
 
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdfCalistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
 
Lngkran soaln
Lngkran soalnLngkran soaln
Lngkran soaln
 
11 meimon
11 meimon11 meimon
11 meimon
 
membaca permulaan
membaca permulaanmembaca permulaan
membaca permulaan
 
1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx
1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx
1. Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 1 BAB 1 Bunyi Apa.docx
 
Uka
UkaUka
Uka
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docxBAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
BAB 1 - MA B Indo Kls 1 Tahun pelajaran 2023/2024.docx
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
KAEDAH-PANDANG-SEBUT.ppt
KAEDAH-PANDANG-SEBUT.pptKAEDAH-PANDANG-SEBUT.ppt
KAEDAH-PANDANG-SEBUT.ppt
 
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di miBahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
Bahan ajar pendidikan bahasa arab di mi
 
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariTugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksi
 
Kb 2
Kb 2Kb 2
Kb 2
 
Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1
 
RPP kelas 1 smt 2 2017
RPP kelas 1 smt 2 2017 RPP kelas 1 smt 2 2017
RPP kelas 1 smt 2 2017
 
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
 

Kgbk

  • 1. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) (copyright) Profesor Isahak Haron 2006 Modul 1: Pengenalan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK): Latar belakang dan Prinsip Objektif: • supaya guru mengetahui latar belakang dan prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai alternatif kepada kaedah abjad/fonik dan kaedah Seluruh Perkataan. • Guru dapat menggunanya dalam modul-modul 6 – 8. Seperti yang dihuraikan dalam Modul 2, 3 dan 4, terdapat dua mazhab dan pendekatan besar dalam pengajaran awal membaca bahasa Inggeris, iaitu pendekatan fonik dan pendekatan seluruh perkataan. Pendekatan fonik bermula dengan mengajar kanak-kanak huruf abjad dan bunyinya, kemudian baru membaca perkataan. Pendekatan seluruh perkataan pula terbalik: ia bermula dari mengajar ‘perkataan’ kemudian ‘analisis perkataan’ supaya murid tahu suku kata, huruf dan bunyinya. Salah satu sebab pengajaran awal membaca dan menulis tidak mudah ialah kerana sistem ejaannya celaru dan tidak fonemik. Jadi sebenarnya terdapat sekumpulan perkataan yang mudah diajar dalam kaedah fonik, dan sekumpulan lagi lebih berkesan diajar secara seluruh perkataan melalui ‘pandang dan sebut’. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau Bahasa Cina. a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi.
  • 2. Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’. Untuk mengetahui lebih lanjut sistem ejaan Bahasa Melayu (Rumi) rujuk, Dewan Bahasa dan Pustaka (1991), Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’ dan sebagainya. c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural),untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris. Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan a) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’, dan b) terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti ‘bubu baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja. Bila kita gabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung ‘bunyi’ dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah
  • 3. mengguna apa yang dipanggil kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK), kerana dalam satu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca. Dalam kaedah ini murid diberi asas kemahiran untuk a) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya, jika ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka membaca sendiri perkataan baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ‘ba bi bu‘ dan ‘ca ci cu’ dan boleh membaca perkataan ‘cucu, baca, cuci’ mereka sendiri akan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’. b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian kami menunjukkan kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini. Dalam KGBK 1. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa panjang (2, 3 bulan di setengah sekolah). Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata terbua seperti ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dsb’ yang mengambil masa sebulan lagi, sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat. 2. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak- kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu. 3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara
  • 4. sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit sebelumnya. Misalnya, setelah murid belajar membaca ‘b dan ba bi bu’ dan perkataan-perkataan daripada suku kata ini seperti ‘ibu baba, ubi abu’, murid boleh disambung berikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula; membentuk dan membunyikan suku kata ‘ka ki ku’ dan terus membaca perkataan atau frasa ‘kuku kaki aki’. Jika dicantum pula dengan suku kata ‘ba bi bu’ yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan membaca perkataan dan ayat seperti ‘buku abu; abu buka buku’. Fasa pertama kanak-kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka; fasa kedua membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ‘ka sut’, ‘bu kit’ atau kvk+kv) seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis perkataan suku katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me, mem seperti ‘berjalan’, ‘memberi’, melawan’ dan sebagainya. 4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK. 1. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya
  • 5. 2. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya 3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. 4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti ‘baba bibi bubu babu, ibu’ 5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti ‘ibu abu, babu baba’ 6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf, suku kata dan perkataan. Pelajaran berikutnya 1. Ulang pelajaran unit yang lalu 2. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya ‘c’ 3. Bina suku kata ca ci cu 4. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca cucu cuci aci acu’ 5. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu cuba 6. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci ubi, dsb 7. Murid salin apa yang dibaca. Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata, kerana dalam satu set pengajaran- pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan dibaca. Contoh langkah-langkah pengajaran KGBK secara terperinci seterusnya, diberi dalam Modul 4, 5, 6 dan 7. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Ini bererti unsur ‘membunyikan’ huruf dengan membina dan ‘membaca perkataan’ bolehdigabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiap pelajaran kanak-kanak ‘boleh’ membaca ‘perkataan’, frasa atau ayat bermakna. Ini didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis, iaitu murid menulis apa yang dibaca. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf sebelum belajar membaca.
  • 6. Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan (sequential) dan berkembang (developmental). Contohnya adalah seperti dalam buku saya Mari Membaca, Utusan Publications, 1982, dan Mudah Membaca Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1990; dan buku Bahasa Malaysia, siri Genius, beserta Panduan Guru, Fajar Bakti, 2003, untuk pra sekolah, dan buku Ceria 2M terbitan Ilmu Bakti. Dari kajian kami, susunan bahan pengajaran-pembelajaran secara berturutan (sequential) dan ‘developmental’, kumulatif dan sistematik ini memudahkan guru mengajar 2M dan memudah murid belajar 2M bahasa Melayu. Dari pemerhatian dan laporan guru, murid boleh membaca dengan lancar ‘cerita mudah’ dalam tempoh kurang dari tiga bulan, jika diajar sejam sehari, lima hari seminggu mengikut susunan KGBK dalam buku itu. Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak mungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’, ‘pendekatan seluruh perkataan’, atau ‘pendekatan eklektik’ yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris. Pendekatan KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal ‘bunyi-huruf’ dengan membina-dan-membaca ‘perkataan’. Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan pengajaran membaca dengan memperkenalkan ‘perkataan’ (whole word) dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’ menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd / fonik, murid perlu belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b c…sampai …x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan mereka akan tercicir. Ramai guru masih percaya kuat bahawa kalau murid ‘tidak kenal huruf abjad, murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa Inggeris. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c ..x, y, z dahulu sebelum membaca. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu sebelum boleh diajar membaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang mengajar kanak- kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa
  • 7. masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c. sampai.....x y z mengikut susunan dalam abjad. Nota Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain, iaitu mendengar dan bertutur. Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. Walau pun terdapat pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajar bahasa, ada kaedah dan teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca dan menulis’ pada peringkat permulaan. Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak 2M, supaya mereka mudah membaca. Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid, murid dan murid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid, atau menyanyi semasa mengajar 2M, supaya murid seronok belajar. Nota: Ada guru mengguna kaedah dan buku Awal Membaca Siri Genius Fajar Bakti 2006 atau buku yang umpama dalam pengajaran mereka, dan menokok tambah aktiviti untuk memperkayakan pembelajaran. Ini amat digalakkan. Sejak kebelakangan ini, ada pengarang yang mengarang dan menerbitkan buku berdasarkan pendekatan ini, dengan memberi berbagai nama untuknya. Ringkasnya Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita bolehmenggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’ dengan ‘membina-dan- membaca perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa Inggeris.
  • 8. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan muridmula belajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnyaialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan sepanjang hayat’. Sedikit tentang latar belakang dan sejarah KGBK: Bila dan bagaimanakah KGBK digubal? Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang sejarah dan asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini, dan dakwaan orang lain yang mereka mencipta atau menggubah kaedah KGBK ini, saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku saya tentang kaedah ini. Setelah membaca laporan dalam akhbar, dalam tahun 1979, bahawa 30 - 40% murid di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan yang tidak boleh membaca, saya pun berfikir bagaimanakah ini boleh terjadi, kerana pada pendapat saya bahasa Melayu sangat mudah untuk diajar membaca dan menulisnya, terutama huruf tulisan rumi. Dari tijauan saya saya dapati kebanyakan guru mengguna ‘kaedah abjad’. Sebahagian kecil mengguna kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say), iaitu kaedah seluruh perkataan yang popular di kalangan guru yang mengajar bahasa Inggeris di peringkat awal. Saya berpendapat mungkin salah satu sebeb kenapa ramai murid tidak boleh membaca ialah kerana kaedah pengajaran 2M yang kurang berkesan, dan kurang latihan. Maka dengan mengguna pengetahuan teori dan amalan pengajaran Bahasa Melayu yang saya ada untuk menggubal satu kaedah yang boleh menggabung pendekatan ‘fonik’ (berasaskan bunyi) dan pendekatan ‘seluruh perkataan’. Pada 8 – 10 Disember 1979 saya membentang satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid- Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal,” . Dalam kertas ini saya meninjau beberapa kaedah mengajar membaca BM di peringkat awal, dan memperkenalkan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) sebagai cadangan untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, yang tidak boleh membaca.
  • 9. • Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. 7, Julai 1980. ( lihat Lampiran 1). • Pada Februari 1980 satu bengkel diadakan bersama guru-guru sekolah kebangsaan di Kuala Terengganu, untuk membina bahan pengajaran/pembelajaran mengguna kaedah ini, untuk dicuba di sekolah kebangsaan. Pemerhatian rambang guru mendapati kaedah ini berkesan. Guru mendapati ia mudah diguna, dan murid mudah belajar 2M. • Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), di Jalan Duta. Kaedah ini dianggap berguna dan dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam Buku Panduan Am, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981, ms. 63 – 69. * Kaedah Gabungan Bunyi-Kata dijadikan asas untuk Panduan Guru Bahasa Malaysia KBSR Tahun I (Jun 1981) untuk SRJK Cina dan SRJK Tamil. • Tetapi Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun 1 (1981) bagi Sekolah Kebangsaan tidak mengguna KGBK untuk mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1. Kaedah yang menjadi pegangan ialah ‘ Kaedah Cerakin’ (yang dianggap sebagai kaedah PPK) dan Kaedah Abjad, sebagai panduan guru mengajar. • 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedah KGBK ini (lihat contoh Lampiran 2). Buku ini digunakan di setengah Sekolah SRJK Cina dan Tamil. * 1986 Fajar Bakti menerbitkan buku saya Kegiatan Tadika 2: Mari Membaca untuk tadika. Buku ini banyak diguna di tadika swasta di bandar-bandar. • 1990 buku Mudah Membaca Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Fajar Bakti, sebagai lanjutan kepada buku Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia di atas, untuk murid Tahun 1. (Lihat contoh Lampiran 3). * 2001 buku di atas telah diedit semula dan diterbit oleh Fajar Bakti dalam siri Tadika Fajar Bakti, dengan jodol Mudah Membaca dan Menulis 1 & 2.
  • 10. * 2001 buku Ujian Membaca dan Menulis 1 & 2 yang diedit dari buku asal pada 1990, juga diterbitkan oleh Fajar Bakti * 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti, untuk prasekolah (Lihat Lampiran 4) * 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun 1,menggunakan kaedah ini. KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATADEFINISI Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasaatau ayat. Selain itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik dankaedah seluruh perkataan. Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca. TUJUAN Kaedah ini dibuat untuk mengajar kanak-kanak 2M iaitu membaca dan menulis berkenaanaktiviti mengenal bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. Selain itu, kaedah ini bertujuanuntuk membolehkan kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau ayat. PRINSIP KGBK berasaskan kepada ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat dalam Bahasa Inggeris,B ahasa Arab atau Bahasa Cina. Kaedah ini mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yangsistematik dan fonemik. Contohnya, setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali huruf e, yangmempunyai dua bunyi. Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya‘ch’, d bunyinya ‘dh’ dan sebagainya. Hanya huruf e yang ‘mempunyai dua bunyi iaitu etaling seperti dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam perkataan ‘ekor’ dan‘elok’. Selain itu, dalam prinsip KGBK digunakan kerana suku kata Bahasa Melayu jelas,misalnya ‘batu’, ‘kaki, kaki, ‘makan’ dan sebagainya. Tatabahasa melayu lebih mud ah berbanding dengan tatabahasa inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya, dalam Bahasa
  • 11. Melayutidak ada perbezaan bentuk bagi gender seperti lelaki atau perempuan bagi menya takan banyak serta menyatakan perbezaan waktu seperti yang terdapat dalam Bahasa Inggeris.Oleh itu, pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak- kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi asas iaitu fonem beberapa huruf vokal‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’ untuk membentuk bunyi