SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 27
KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

MIKRO-PENGAJARAN DAN REFLEKSI
MIKRO-PENGAJARAN
KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO MATRIK

NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI

D20112052413

0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING :
EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN
TARIKH SERAH : 3I MEI 2013
PENILAIAN RAKAMAN VIDEO (Norkhamidah Sulam )
Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar
yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran
berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas
yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran
asas ini, guru-guru lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai
setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut. Kemahiran mikropengajaran tersebut ialah :1. Memulakan pengajaran atau set induksi ( termasuk mencungkil idea)
2. Menyoal
3. Menerang
4. Memperkukuh
5. Mengilustrasi dengan contoh
6. Membuat demonstrasi
7. Mengendali perbincangan
8. Mengendali kerja amali
9. Menutup pengajaran
10. Membuat refleksi
Setelah meneliti kiriman video pengajaran seorang guru yang dikirimkan , beliau telah
menggunakan sebahagian kemahiran-kemahiran

mikropengajaran di atas. Satu daripada

kemahiran yang beliau gunakan ialah kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh seseorang guru
untuk mendapatkan tindak balas daripada murid sama ada mereka memahami atau tidak tajuk
yang disampaikan. Selain itu soalan juga dapat membantu murid secara langsung dalam
meningkatkan prestasi pelajaran mereka.Teknik menyoal adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan oleh beliau untuk mendapatkan maklumat atau
jawapan daripada murid. Khususnya guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama
ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu , menyoal juga mempunyai nilai sosial
kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu murid mengukuhkan hubungan dan
menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Kemahiran menyoal yang digunakan bukan
sahaja untuk mendapatkan sesuatu maklumat tetapi membantu kita membina iklim komunikasi
yang positif dan dapat memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Dalam pengajaran tersebut guru itu telah mengamalkan 5 langkah kemahiran menyoal.
Pertama ialah mengajukan soalan kepada seluruh kelas. Beliau memulakan kemahiran menyoal
dengan memberikan soalan dengan syarat atau pemberitahuan peraturan menjawab jika perlu.
Beliau menujukan soalan kepada keseluruhan murid sama ada murid ingin menjawab secara
sukarela atau sebaliknya. Beliau menyatakan soalan dengan seberapa ringkas tetapi tepat dengan
apa yang ingin dibincangkan. Soalan-soalan yang diutarakan juga bersesuaian dengan
kemampuan murid berdasarkan aras soalan yang sederhana sesuai untuk murid yang cerdas dan
kurang cerdas. Beliau juga mengajukan soalan-soalan yang tidak mengancam atau mengugut
mahupun memaksa murid untuk menjawabnya dengan tepat.
Kedua ialah guru tersebut memberi masa berfikir yang sesuai untuk menjawab soalansoalan yang dikemukakan. Masa berfikir bermaksud masa yang diberi kepada murid untuk
berfikir selepas mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid
atau jawapan yang sebenar. Masa yang diberikan kepada murid untuk berfikir iaitu selama 3
hingga 5 saat untuk soalan biasa adalah sesuai manakala masa yang lebih diberikan untuk murid
berfikir bagi soalan-soalan yang lebih panjang dan lebih sukar.
Langkah kemahiran menyoal yang ketiga yang telah digunakan oleh guru tersebut ialah
memilih pelajar untuk menjawab. Beliau telah memilih murid yang ingin menjawab secara
sukarela walaupun kebanyakkan murid menjawab secara rawak. Murid yang ingin menjawab
secara sukarela akan mengangkat tangan bagi memudahkan guru mengenalpasti murid yang
ingin menjawab soalan yang dikemukakan.Pemilihan murid secara rawak berupaya mendapatkan
perhatian ( fokus ) murid sepanjang proses pengajaran. Guru tersebut juga menyebut nama murid
yang ingin menjawab soalan yang dikemukakan secara sukarela. Dengan menyebut nama murid
tersebut akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.Selain itu murid juga akan
merasa lebih dihargai oleh guru.
Selain tiga langkah kemahiran menyoal yang digunakan oleh guru tersebut, beliau juga
mempraktikkan langkah kemahiran menyoal yang keempat iaitu memberi respon atau reaksi
kepada jawapan murid. Murid lain juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab
soalan yang dikemukakan. Beliau juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab
tanpa mengadili atau menghukum murid yang memberi

jawapan yang kurang tepat. Guru
tersebut juga memberi peneguhan positif seperti memuji murid yang menjawab dengan tepat
dengan perkataan “ bagus”, “bijak” dan sebagainya. Guru tersebut juga akan mendapatkan
jawapan alternatif murid lain sekiranya jawapan diberikan tidak jelas.
Semasa guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal dalam pengajarannya, beliau
mengemukakan soalan mengikut aras sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid.
Guru tersebut telah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan aktiviti
pengajaran. Perkataan dan istilah yang digunakan oleh guru tersebut mudah difahami oleh murid.
Bentuk soalan juga diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat murid. Soalan yang
diberikan juga mendorong pelajar untuk berfikir untuk mendapatkan jawapan yang menepati isi
pelajaran. Bentuk soalan yang dikemukakan juga ringkas , tepat dan jelas. Guru tersebut juga
melengkapkan dan mengulang jawapan betul yang diberikan oleh murid dengan suara yang
lantang dan jelas agar semua murid dapat memahami jawapan sebenar yang tepat.
Dengan menggunakan kaedah kemahiran menyoal dalam pengajaran guru tersebut, jika
kita perhatikan kita akan dapat melihat kesan kemahiran menyoal

ke atas pengajaran dan

pembelajaran beliau. Melalui aktiviti soal jawab murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Minat murid terhadap pelajaran juga bertambah dan

mendorong murid memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya murid dapat
belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.Melalui kemahiran menyoal juga
menyebabkan daya pemikiran murid dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi.
Dengan soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh merancang aktiviti pengajaran
yang sesuai berdasarkan jawapan murid. Kesannya murid dapat mengikuti pelajaran dengan
lebih bermakna dan mudah difahami.
Kemahiran menyoal juga digunakan oleh guru tersebut dalam aktiviti penilaian. Namun
teknik penyoalan bertulis digunakan. Murid akan menulis jawapan pada kertas soalan yang
diberikan. Guru tersebut akan dapat menilai kefahaman murid apabila beliau menanda kertas
jawapan yang dihantar oleh murid kepadanya. Keadaan ini membolehkan guru merancang
aktiviti pengayaan, pemulihan dan aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.
Dalam sesi penutup pengajaran juga guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal. Guru ingin
mendapat kepastian dengan mengulangi persoalan awal untuk mendapatkan jawapan yang tepat
berkaitan isi pelajaran yang telah dipelajari. Kaedah ini adalah merupakan ulangkaji isi pelajaran
yang telah dipelajari pada hari tersebut. Kaedah ini akan dapat memperkukuhkan lagi
pengetahuan dan kefahaman murid berkaitan isi pelajaran yang dipelajari. Namun begitu ada
juga sebahagian murid tidak ambil peduli dengan penyoalan guru yang menyoal murid secara
kelas. Oleh yang demikian guru kena peka dan melihat keseluruhan murid yang ada di dalam
kelas yang diajar semasa aktiviti pengajaran.
KESIMPULAN
Kemahiran menyoal yang digunakan dalam pengajaran guru tersebut sepanjang tempoh
pengajaran merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi
guru dan murid secara berkesan.Di samping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan
konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya diri sendiri dikalangan murid.Kejayaan penggunaan kemahiran ini dalam pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal tersebut.
Kemahiran menyoal digunakan dalam set induksi adalah untuk menolong murid
mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Kemahiran menyoal digunakan dalam setiap langkah atau aktiviti adalah untuk
mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
Manakala kemahiran menyoal digunakan dalam aktiviti penutup adalah untuk menilai
pencapaian objektif pembelajaran yang hendak diajar pada sesi pengajaran dan pembelajaran
pada hari itu.
Akhirnya tahniah diucapkan kepada guru tersebut kerana berjaya menghasilkan
pengajaran yang bermutu. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam sesi tersebut
telah berjaya mencapai objektifnya. Kawalan murid

yang baik juga membantu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dari awal hingga akhir.
KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

MAKRO-PENGAJARAN RPH DAN REFLEKSI
MAKRO-PENGAJARAN
KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO MATRIK

NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI

D20112052413

0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING :
EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN
TARIKH SERAH : 3I MEI 2013
RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 2013
TARIKH : 22 Mei 2013 (Rabu)

MASA : 10.40-11.10 pagi

TEMA

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)

TAJUK

Kebolehlihatan Di Jalan Raya

FOKUS UTAMA

4.2 `Aras 1 (i) Membaca kuat ayat-ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul

FOKUS

8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau

SAMPINGAN

frasa

Pada akhir pengajaran murid dapat:
OBJEKTIF

1. Menamakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan.
2. Membina ayat tunggal berdasarkan frasa yang diberi.

PENGISIAN
KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup
Nilai : Bekerjasama, rasional
KBT :Menjana idea, mengembang idea

SISTEM

Tatabahasa : Kata majmuk, ayat tunggal

BAHASA

Kosakata

MEDIA

: peti surat, tong sampah, lampu jalan, pasu bunga

Kad imbasan gambar dan lembaran kerja
LANGKAH/

ISI

MASA

KANDUNGAN

SET INDUKSI

-mencungkil

AKTIVITI

1. Guru bersoal jawab dengan

pengetahuan sedia

murid “apa itu perabot

ada murid tentang

(2 MINIT)

CATATAN

-meneka apa itu

jalan?”

perabot jalan

perabot jalan.

2. Murid menjawab
berdasarkan pengetahuan
sedia ada mereka.
3. Guru menjelaskan maksud
perabot jalan kepada murid
berdasarkan contoh-contoh
yang telah diberikan oleh
murid-murid.

LANGKAH 1
( 6 MINIT)

- menamakan,

1. Guru menunjukkan 4

Bahan :

mencirikan

keping gambar perabot

Kad imbasan

berdasarkan gambar

jalan.

perabot jalan

serta membaca

2. Murid dan guru bersoal

-

jawab berkaitan tempat
yang biasa diletakkan

Tong
sampah

-

perabot jalan.

Pasu
bunga

3. Murid juga menjelaskan

-

Peti surat

tempat perabot jalan

-

Lampu

diletakkan.
4. Murid juga memberi
contoh perabot jalan yang
pernah dilihat di kawasan
sekitar.
5. Murid dan guru bersoal

jalan
jawab berkaitan
kepentingan perabot jalan
kepada orang awam atau
orang ramai.

LANGKAH 2

- kebaikan dan

1. Guru dan murid bersoal

Menjana dan

keburukan perabot

jawab berkaitan kebaikan

mengembang

jalan

( 7 MINIT)

perabot jalan dan

idea murid

keburukan atau kelemahan
perabot jalan.
2. Guru menerangkan tentang
kepentingan perabot jalan
di sesuatu tempat.
3. Murid memberikan
pandangan tentang
kebaikan dan keburukan
perabot jalan.
4. Guru menerangkan maksud
kebolehlihatan pejalan kaki
(murid tahun 2) kepada
pengguna jalan raya yang
lain.
5. Murid memberikan
pandangan atau contoh
tentang situasi
kebolehlihatan berkaitan
pejalan kaki.

LANGKAH 3
( 13 MINIT)

- menjawab

1. Murid mengagihkan buku

Bahan :

lembaran kerja

aktiviti bagi membuat

Buku aktiviti

dalam buku aktiviti

lembaran kerja berkaitan

PKJR tahun 2
perabot jalan.
2. Guru memberi penerangan
tentang soalan dalam buku
aktiviti.
3. Murid melengkapkan
perkataan.
4. Murid melengkapkan
pernyataan dan mencari
perkataan.
5. Murid membina ayat
berdasarkan rangkai kata.
6. Murid membuat latihan
dalam buku aktiviti dengan
bimbingan guru.
7. Guru menampal gambar
perabot jalan.
8. Murid memberi contoh
ayat bagi membina ayat
tunggal.
9. Guru dan murid berbincang
cara membina ayat tunggal
dengan baik.
10. Murid juga cuba membina
ayat tunggal sendiri.

PENUTUP

- kesimpulan

1. Guru mengulas tentang isi

( 2 MINIT)

tentang tajuk yang

pelajaran yang telah

dipelajari

dipelajari oleh murid.
2. Murid mengingat kembali
kebaikan dan kelemahan
perabot jalan.

Mengingat
kembali
REFLEKSI PENGAJARAN
Tugasan mengajar makropengajaran sambil berhadapan dengan kamera video merupakan
satu tugas yang agak mencabar bagi diri saya walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih
lebih kurang 8 tahun. Pada sesi makropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana
keberkesanan saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya
dalam kelas.Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila saya berasa agak
kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh dua orang rakan guru yang akan memberi
pandangan mereka selain seorang yang berperanan merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan
oleh saya. Walaupun masa yang digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi
pengajaran ini dapat dirasai. Pada masa yang sama, hampir sebulan mulut saya dijangkiti kuman
yang menyebabkan ulser yang teruk. Seminggu sebelum saya merakam video ini, saya
mengalami masalah lidah berdarah (luka) kerana bercakap terlalu kerap. Cabaran ini saya
harungi juga kerana tugasan PJJ.
Persoalan tentang kemampuan saya sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan
berkesan timbul dalam minda saya. Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama
ini saya sudah mengajar selama 8 tahun. Setelah

selesai sesi makropengajaran, saya

mengadakan perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi makropengajaran dan
menonton sesi pengajaran yang telah dirakam. Melalui perbincangan dan tontonan video tersebut
saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi makropengajaran tersebut.
Antara kekuatan pengajaran saya ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik.
Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan pengajaran ini bagi mengelakkan sebarang
masalah berlaku semasa sesi pengajaran ini. Persediaan awal adalah sangat penting

bagi

membantu menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah
ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan
kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam
keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kad gambar
yang menarik

dan berwarna warni dapat menarik minat murid dan membantu mereka

memahami dengan lebih jelas terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin saya sampaikan.
Walaupun saya mengalami masalah untuk menguatkan suara kerana masalah ulser namun muridmurid memberikan kerjasama yang baik semasa penyampaian isi mata pelajaran. Segala arahan
guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti
yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Penjelasan yang jelas dalam memberikan arahan
merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana
kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi murid agar lebih
berkeyakinan untuk menimba ilmu. Arahan yang diberikan dengan jelas memudahkan murid
faham dan seterusnya melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan dengan tepat.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian
guru berkenaan isi pelajaran.
Saya mempunyai pandangan yang mana ada setengah murid hanya berminat disebabkan
oleh cara bahan alat bantu mengajar digunakan dan tidak secara keseluruhan. Hal ini kerana
apabila bermulanya pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar murid mula berasa suka dan
teruja memulakan pembelajaran.Saya percaya bahawa keberanian murid dalam pembelajaran
dapat dinilai jika adanya perhubungan dua hala antara guru dan murid. Saya percaya bahawa
interaksi murid dan guru perlu selalu ada supaya murid merasakan diri mereka dekat dengan
guru. Murid akan merasa lebih yakin dalam memberitahu mengenai apa yang dirasakan tidak
faham dan jika ada persoalan dalam diri mereka. Saya sedar hubungan antara guru dan murid
bukanlah berasaskan sikap garang namun perlulah ada sikap hormat menghormati kerana setiap
pelajar akan lebih selesa jika guru sentiasa menjadi pendamping setiap masa. Saya juga belajar
untuk berinteraksi dengan murid supaya murid tidak berasa kekok dengan saya. Saya terpanggil
untuk mendekati murid saya pada masa akan datang dan menjadi kawan terbaik untuk mereka
serta pembimbing yang sentiasa member bimbingan untuk mereka menimba ilmu.
Berdasarkan maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah
mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid-murid saya pada hari tersebut agak pasif.
Ini adalah kerana apabila saya memberitahu mengenai rakaman yang ingin dilakukan ubtuk
pensyarah PJJ KPD saya, mereka terus terkejut, pasif. Sedangkan sebelum itu mereka aktif
seperti biasa dan saya juga telah berpesan agar mereka berkelakuan seperti tiada apa-apa
rakaman. Namun, mereka tetap pasif tetapi saya tetap berterima kasih kerana tugasan
makropengajaran saya ini siap juga akhirnya. Kelas tahun 2 Mutiara ini adalah kelas kesayangan
dan kegemaran saya kerana mereka sangat baik, mendengar arahan saya dan pada masa yang
sama saya adalah guru kelas mereka. Namun, ada juga murid yang tidak dapat menyelesaikan
tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan namun bantuan dari guru diperlukan kerana
untuk menjimatkan masa. Sepatutnya murid diberi peluang untuk menyelesaikannya sehingga
berjaya.
Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti, saya akan membuat
penambahbaikan dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakan
dan motivasi pada murid agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif secara terkawal dalam aktiviti
pembelajaran.Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Saya merasakan penambahbaikan perlu
dilakukan dari segi cara menguasai

murid dan kelas. Penggunaan masa juga perlu

dititikberatkan. Saya juga akan menyediakan lebih banyak alat bantu mengajar kepada murid
kerana ianya lebih menarik minat murid. Pembelajaran melalui kertas nota

isi pelajaran

dirasakan perlu bagi memastikan murid faham dengan lebih jelas isi pelajaran yang dipelajari
serta menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang hendak disampaikan.
Pada masa akan datang saya rasa perlu membuat sesi perkenalan terlebih dahulu bagi
membolehkan murid rasa lebih seronok dengan apa yang berlaku. Ganjaran seperti gula-gula dan
lain-lain juga boleh dijadikan sebagai satu cara bagi merangsang sikap pembelajaran mereka.
Saya juga perlu bersahaja dan bersikap mesra terhadap murid saya untuk mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang aktif, kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula
akan menjadi pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya. Kata-kata penghargaan kepada
murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya. Keupayaan mengawal
kelas juga perlu dikekalkan atau dibuat penambahbaikan.
Setelah memberi lembaran kerja, saya dapati murid-murid saya dapat menjawab semua
soalan dalam lembaran kerja. Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan
berkesan di bilik darjah supaya murid saya akan berasa seronok belajar dan pada masa yang
sama murid saya akan dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna. Oleh itu
saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi. Saya yakin harapan saya akan tercapai suatu
hari nanti. Akhir sekali

guru perlu melakukan refleksi

kendiri bagi menilai sejauh mana

keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.Ia dapat dinilai dari segi penguasaan para
pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut. Ia bukan dinilai dari segi sukatan mata
pelajaran yang dapat dihabiskan. Pemantauan dan penilaian perlu dilakukan agar rancangan
pengajaran yang ditetapkan. Selain itu ia dapat memastikan murid menguasai pengajaran dan
dinilai melalui ujian bertulis dan bersoal jawab dengan murid mengenai topik terbabit.
KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ

TAJUK

KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ )
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO MATRIK

NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI

D20112052413

0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING :
EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN
TARIKH SERAH : 3I MEI 2013
KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGENAL BENTUK HURUF KECIL
DALAM KALANGAN 5 ORANG MURID TAHUN 2 MUTIARA MELALUI LISAN ,
BACAAN DAN TULISAN.

1.0 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah mengenal huruf kecil dalam kalangan murid
Tahun 2 Mutiara. Seramai 5 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Perancangan tindakan difokuskan kepada meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil
yang mengelirukan murid iaitu b , d , e , p , q , m , n , u dan y. Tinjauan awal dilaksanakan
melalui aktiviti lisan , bacaan dan tulisan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dua
sesi pengajaran dan pembelajaran ( 30 minit setiap sesi dalam seminggu ) dilaksanakan
bagi mengatasi masalah murid-murid ini. Dalam tempoh ini , murid-murid belajar mengenal
bentuk huruf kecil melalui kaedah lisan , bacaan dan tulisan. Setelah dua minggu melalui
sesi pengajaran dan pembelajaran khusus tersebut , guru telah menjalankan ujian lisan ,
bacaan dan tulisan secara individu untuk murid-murid terlibat. Keputusan menunjukkan ada
peningkatan prestasi murid dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan pemerhatian saya, 5
orang murid lemah dalam kelas 2 Mutiara ini boleh dibentuk melalui satu kaedah
pengajaran yang mudah serta menyeronokkan. Kaedah tersebut dapat mengurangkan
kesilapan murid dalam mengecam dan membaca perkataan yang ditulis menggunakan
huruf-huruf kecil terutama yang melibatkan huruf-huruf mengikut konteks kajian.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Masalah tidak tahu membaca dan menulis bagi seseorang murid akan menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Objektif
pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai kerana murid tersebut tidak menguasai isi
pelajaran yang diajar. Berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia
di kelas 2 Mutiara mulai awal tahun ini, saya dapati terdapat 5 orang murid yang sering
melakukan kesalahan menyebut huruf semasa mengeja sesuatu perkataan. Mereka juga
cenderung mengenal pasti bentuk huruf-huruf besar berbanding huruf-huruf kecil. Melalui
pemerhatian saya , murid-murid ini tidak dapat mengenalpasti huruf-huruf yang seakanakan
sama bentuk atau bunyinya seperti huruf “b” dan “d” , “n” dan “m” , “b” dan “p” dan
sebagainya. Dalam kajian ini, saya mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh 5 orang
murid tersebut. Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu
murid-murid tersebut membaca dan menulis dengan betul. Kaedah latih tubi lisan dan
bacaan merupakan kaedah yang biasa dijalankan untuk murid mengecam dan
mengenalpasti serta menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan. Manakala kaedah ansur maju
digunakan untuk murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang
bermula dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih
sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru
dengan betul.
Beberapa instrumen seperti soalan lisan , bacaan atau temu bual, borang soal selidik,
borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk
mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan.
Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah latih tubi mendatangkan kesan
yang memberangsangkan untuk mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dan
bacaan perkataan yang menggunakan huruf-huruf kecil. Manakala kaedah ansur maju yang
dipilih sesuai untuk menulis huruf-huruf kecil dengan betul.

3.0 FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, saya terus berfokus kepada masalah mengenal bentuk huruf-huruf
kecil. Mungkin bagi sesetengah pihak, masalah ini mustahil dalam dunia pendidikan yang
semakin maju pada hari ini atau masalah ini terlalu remeh untuk dijadikan bahan kajian.
Inilah asam garam kehidupan dunia keguruan. Namun tugas mendidik dan membimbing
tetap didukung. Daripada refleksi di atas , saya dapati 5 orang murid tahun 2 Mutiara
masih belum dapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil.
Berdasarkan latihan dan beberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan
kesilapan. Ini menyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan
sebutan dan cara yang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan. Keadaan
ini akan menyebabkan mereka akan kerap melakukan kesilapan tersebut dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Kesannya murid-murid ini akan ketinggalan dalam
menguasai kemahiran asas lisan , bacaan dan tulisan serta dibimbangi akan terus tercicir
dari kerancakkan pendidikan arus perdana. Saya berharap agar kaedah latih tubi dalam
lisan dan bacaan serta kaedah ansur maju akan dapat mengatasi masalah tersebut. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan dapat menarik minat
murid untuk mengenal huruf-huruf kecil dan membaca serta menulis perkataan dan
akhirnya menguasai isi pelajaran ,bukan sahaja untuk peperiksaan bahkan juga untuk
kemandirian mereka dalam kehidupan harian memandangkan mata pelajaran Bahasa
Malaysia merupakan suatu mata pelajaran teras yang amat penting.

4.0 TINJAUAN AWAL MASALAH

Saya telah merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk
mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil samada secara lisan atau semasa mereka
mengeja dan membaca serta menulis huruf-huruf kecil tanpa panduan atau bantuan. Saya
merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan pengalaman atau
pengetahuan sedia ada dan pembacaan saya mengenai cara menguasai pengecaman dan
menulis huruf-huruf dengan cepat dan berkesan. Matlamat utama saya ialah , di akhir tahun
murid-murid ini dapat mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dengan baik samada
secara lisan , bacaan atau tulisan.
Tinjauan awal saya mendapati 5 orang murid ini menyebut , mengecam dan membaca
huruf-huruf dengan mengikut sebutan rakan-rakan di dalam kelas apabila aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara umum. Apabila membaca secara individu dijalankan 5 orang
murid didapati mengeja huruf secara hafalan dan tidak sama dengan huruf-huruf yang
berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Murid-murid ini tidak dapat membezakan bunyi
huruf-huruf yang ditunjukkan secara rawak. Akibatnya mereka tidak dapat membunyikan
bunyi yang betul apabila membaca suku kata yang diberikan. Lebih-lebih lagi huruf-huruf
yang mempunyai hampir persamaan bentuk.
Oleh yang demikian saya akan cuba membantu 5 orang murid ini untuk mengenal
dengan lebih kukuh huruf-huruf kecil supaya mereka dapat membunyikan huruf-huruf
tersebut dengan betul. Akhirnya mereka akan dapat membunyikan suku kata yang terdapat
dalam sesuatu perkataan dengan betul. Sehinggalah mereka dapat membaca perkataan
dengan lancar dan dapat menulis perkataan tanpa panduan.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada akhir Kajian Tindakan ini , murid-murid dapat mencapai objektif-objektif berikut:

5.1 Objektif Am

Membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengenal bentuk hurufhuruf
kecil.

5.2 Objektif Khusus

5.2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan abjad huruf-huruf
kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu b , d , e , p , q , m , n , u , dan y.
5.2.2 Membantu murid-murid menulis dan membaca dengan ejaan yang betul.
5.2.3 Menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

6.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut:
- Bagaimanakah kaedah latih tubi membantu murid mengenal bentuk dan mengingat
bunyi huruf-huruf kecil.
- Bagaimanakah kaedah ansur maju membantu murid dapat membaca dan menulis suku
kata dalam perkataan dengan betul.
7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang murid kelas 2 Mutiara yang telah dikenal pasti mengalami
masalah mengenal , mengecam dan menulis huruf-huruf kecil.

Latar belakang murid:
- Murid luar Bandar
- Sering gagal dalam ujian bulanan dan gagal menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.
- Tergolong dalam kumpulan “ slow learner “.
- Tidak boleh menyebut huruf-huruf kecil yang ditunjukkan serta tidak dapat membaca
suku kata dan perkataan yang diberikan.
- Tidak dapat menulis huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul.
- Tidak dapat menunjukkan huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul.

8.0 PELAKSANAAN KAJIAN

8.1 Tinjauan Awal Masalah

Dalam kajian ini, saya telah menjalankan
a) Ujian Pra
b) Sesi tembual dan
c) Soal-selidik bagi mengetahui punca murid-murid ini menghadapi masalah mengenal
bentuk huruf kecil

8.1.1 Ujian Pra

Ujian pra telah dilaksanakan terhadap semua murid di dalam kelas. Ujian
ini terdiri daripada soalan-soalan berkaitan huruf kecil dan huruf besar
serta menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru.
8.1.2 Temubual

Temu bual dilakukan kepada murid-murid sasaran. Soalan-soalan
temubual seperti di bawah:

Soalan Temubual:
- Bolehkah kamu bertutur dalam Bahasa Malaysia?
- Adakah kamu suka akan mata pelajaran Bahasa Malaysia ? Mengapa?
- Adakah kamu berasa gembira ketika belajar mata pelajaran Bahasa
Malaysia?
- Siapakah yang membantu kamu menyiapkan kerja sekolah dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia di rumah?
- Adakah kamu suka dengan buku-buku?

8.1.3 Soal Selidik
Soal selidik diberikan kepada murid-murid sasaran. Soalan-soalan soal
selidik seperti di bawah:

8.2 Analisis Tinjauan Masalah
8.2.1 Analisis Ujian Pra

Ujian Pra dilakukan melalui
i) Ujian kad imbasan yang telah diberikan
kepada 5 orang murid 2 Mutiara. Saya menunjukkan kad imbasan
huruf-huruf kecil untuk dikenalpasti oleh murid-murid. Dalam tempoh ujian
tersebut saya mencatatkan huruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh
murid-murid saya. Antara huruf-huruf tersebut ialah b , d, e , p , q , m , n ,
dan y.
ii) Ujian bertulis juga menunjukkan bahawa murid-murid ini menulis
huruf-huruf kecil dalam skop kajian secara terbalik atau menulisnya
dalam huruf besar.

8.2.2 Analisis Temubual
Sesi temubual – Analisis temubual ( dijalankan dengan menggunakan
Bahasa Malaysia) didapati bahawa murid-murid ini minat dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat bimbingan dari pihak
keluarga. Kebanyakan dari mereka juga mempunyai masalah keluarga.
Selain itu tiada galakan dan tindakan susulan di rumah berkaitan
pembelajaran.

ARAHAN : TANDAKAN ( / ) PADA PETAK YANG SESUAI
YA

1. Suka belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia.
2. Mata Pelajaran Bahasa Malaysia penting bagi murid.
3. Suka membaca buku atau majalah dalam
bahasa Malaysia.
4. Bertutur dalam Bahasa Malaysia ketika di rumah.
5. Ibu bapa, abang atau kakak memberi tunjuk ajar
ketika menyiapkan kerja sekolah.

8.2.3 Analisis Soal Selidik
Dapatan soal selidik, semua murid tidak suka membaca bahan bacaan
dalam Bahasa Malaysia kerana masalah penguasaan kosa kata yang
sangat terhad. Mereka juga tidak tahu untuk membunyikan sukukata
yang terdapat dalam perkataan dalam buku tersebut. Apabila melihat
buku, mereka hanya membaca dengan melihat gambar yang terdapat
dalam buku tersebut. Selain itu , murid-murid ini tidak mendapat tunjuk
ajar daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti abang atau

TIDAK
kakak semasa menyiapkan kerja sekolah Bahasa Malaysia kerana faktor
tiada masa dan tiada prihatin terhadap perkembangan pendidikan murid
berkaitan.

8.3 Tindakan Yang Dijalankan
8.3.1 Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi
mengatasi masalah mengenal bentuk huruf-huruf kecil iaitu:
- Latih tubi menyebut, membentuk dan menulis huruf-huruf kecil
melalui aktiviti melukis dan menyanyi.
8.3.2 Bahan-bahan yang digunakan:
- Kertas lukisan
- Pen magic / pensil warna
- Tanah liat
- Kad huruf

8.4 Pelaksanaan Tindakan

8.4.1 Aktiviti 1

1. Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b ,
d , e , p , q , m , n , u , dan y kepada murid-murid pada kertas lukisan.

2.Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada
murid-murid.
Marilah menyanyi…
b telinga kiri
d telinga kanan
u bentuk mukamu
e untuk mata
n pula hidungmu
m itu mulutmu
y itu rambutmu …. dan
q pula lehermu……

3.Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka
mengikut urutan abjad seperti yang ditunjukkan oleh guru pada kertas
lukisan.

4.Murid diberi lirik nyanyian dan mengikut arahan guru untuk membaca
bersama-sama sehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad.

5.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid
untuk melukis adalah seiring dengan lirik nyanyian.
6. Penilaian – Guru meminta murid membentuk huruf-huruf kecil tertentu
dengan menggunakan tanah liat.

7. Peneguhan - Guru memberi gula-gula dan pensel kepada murid yang
dapat membentuk huruf-huruf kecil tersebut.
8. Penutup – Guru dan murid melukis bentuk wajah dan menyanyi
bersama-sama.

Refleksi

Setelah dijalankan pengajaran dan pembelajaran lukisan wajah menggunakan
abjad kecil yang terpilih selama dua minggu, terdapat beberapa perubahan pada
5 orang subjek kajian saya iaitu:
Mereka dapat mengenal bentuk huruf kecil dan menyebutnya apabila
guru menayangkan kad imbasan huruf-huruf kecil terutama huruf-huruf
dalam skop kajian.
Murid juga didapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul
apabila diminta oleh guru.

8.4.2 Ujian Pos
Ujian pos dilaksanakan selepas satu bulan kaedah nyanyian dan lukisan
dipraktikkan dengan cara pengulangan. Ujian pos dijalankan dengan dua cara
iaitu:
i) Kad Imbasan
Melalui Kad Imbasan, guru menunjukkan kad huruf yang mengandungi
huruf-huruf kecil dalam skop kajian.
Murid akan mengecam dan menyebut huruf-huruf tersebut sambil
disemak oleh guru.
ii) Ujian Bertulis
Terdapat 3 komponen dalam ujian bertulis iaitu, murid menulis huruf kecil
secara individu dengan mendengar sebutan guru. Murid menyuaipadan
huruf besar dan huruf kecil dan murid mengimlak ( ejaan ) perkataan
yang disebut oleh guru.

Refleksi

i) Keputusan Ujian kad Imbasan menunjukkan murid-murid ini dapat
mengecam dan menyebut bentuk huruf kecil b , d , e , p , q, m , n , u ,dan
y dengan jelas dan lancar.

ii) Keputusan Ujian Bertulis juga mencatatkan murid dapat menulis hurufhuruf
kecil dalam skop kajian, dapat menyuai padan huruf besar dengan
hururf kecil dan dapat menulis perkataan yang disebut oleh guru.
8.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

i)

Refleksi Kajian Terhadap Murid

Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah latih tubi nyanyian dan lukisan
yang ringkas seperti ini dapat membantu murid mengecam, dan
mengenal bentuk huruf kecil tertentu yang sebelum ini menjadi masalah
besar bagi mereka. Melalui sesi temubual, kebanyakan murid-murid ini
minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat
bimbingan dari pihak keluarga. Kebanyakkan dari mereka juga
mempunyai masalah keluarga. Selain itu tiada galakan dan tindakan
susulan di rumah berkaitan pembelajaran. Semasa pengajaran mata
pelajaran Bahasa Malaysia murid-murid ini tidak memahami perkataan
yang diajar. Begitu juga dengan aras bahasa dalam Buku Teks Bahasa
Malaysia yang tinggi. Ketika dalam pengajaran dan pembelajaran
bersama rakan-rakan yang lain, murid-murid ini kurang berkeyakinan dan
bersikap pasif serta bimbang jika disoal oleh guru. Sebaliknya melalui
nyanyian dan lukisan murid-murid lebih santai dan dapat mengurangkan
tekanan murid serta membenarkan mereka berasa yakin pada diri sendiri.

ii)

Refleksi Kajian Terhadap Guru

Sepanjang menjalankan kajian ini, saya berasa teruja untuk melihat
hasilnya. Sebenarnya , proses perkembangan dalam tempoh kajian itu
sendiri yang membuatkan saya melalui emosi yang bervariasi; gembira ,
cemas , kadang-kadang tertekan juga, tidak yakin pada diri pun ada.
Saya dapati kajian ini mencapai objektifnya . Walaupun begitu mungkin
terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik.
iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah
Dijalankan Secara Keseluruhan

Melalui kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati sebagai guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia , saya perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran sesuai dengan kepelbagaian keperluan murid di
dalam kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu
dipermudahkan mengikut aras kognitif mereka dengan harapan subjek
Bahasa Malaysia ini dipandang penting , menarik dan bernilai. Saya juga
telah dapat membaiki mutu pengajaran saya. Saya berjaya membimbing
murid mengenal huruf-huruf keci yang selama ini membelenggu diri
mereka. Dari segi murid itu pula , mereka berasa gembira kerana
mereka tidak lagi ketinggalan jauh dari murid-murid lain semasa aktiviti
pengajaran kelas dilakukan oleh guru. Mereka juga lebih minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran berbanding dahulu.

9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil kajian ini, saya dan beberapa orang guru Bahasa Malaysia dapati terdapat
perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid.
Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sumber proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan di dalam kelas.sebagai seorang
guru kita haruslah lebih kreatif mempelbagaikan kaedah/teknik pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas melalui aktiviti yang dirancang. Cadangan kajian saya
seterusnya ialah meningkatkan kemahiran menguasai perkataan yang mengandungi
konsonan berganding “gh” “kh” “sy”.
RUJUKAN:

1. Atan Long, 1992. Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
2. Mok Soon Sang, 1997. Pedagogi 3,Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
3. Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
4. Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat turun
daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-tulisan.html
pada 19 Oktober 2009.
5. Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun daripada
http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/html pada 20 Oktober
2009.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajarqunaz91
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...
Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...
Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...Sherly Jewinly
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Amir Net
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains Siva Sundrarajoo
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr matehuda hamdan
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkrela eryd
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Ulasan jurnal baru
Ulasan jurnal baruUlasan jurnal baru
Ulasan jurnal barusalmaazizi
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507Khairiah Abdul Kadir
 

Was ist angesagt? (20)

Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
Proposal skripsi
Proposal skripsiProposal skripsi
Proposal skripsi
 
Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...
Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...
Penulisan Ilmiah Pengurusan Penggunaan Media Grafik dalam PdP Berasaskan Mode...
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
 
Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Ulasan jurnal baru
Ulasan jurnal baruUlasan jurnal baru
Ulasan jurnal baru
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Refleksi makro 1
Refleksi makro 1Refleksi makro 1
Refleksi makro 1
 
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507Refleksi mikro dan makro  kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
Refleksi mikro dan makro kdp 3026 khairiah binti abdul kadir d20121061507
 

Andere mochten auch (11)

Refleksi kpd3026
Refleksi kpd3026Refleksi kpd3026
Refleksi kpd3026
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 
Hsp pkjr
Hsp pkjrHsp pkjr
Hsp pkjr
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Refleksi pengajaran
Refleksi pengajaranRefleksi pengajaran
Refleksi pengajaran
 
Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
Kpd 3026   unit pengajaran dan rphKpd 3026   unit pengajaran dan rph
Kpd 3026 unit pengajaran dan rph
 
Kerjakursus
KerjakursusKerjakursus
Kerjakursus
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
Mpat tahap 3
Mpat tahap 3Mpat tahap 3
Mpat tahap 3
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 

Ähnlich wie Kpd 3026 rosliza razali

8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajarJeny Hardiah
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceNasrudinPGMI10
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeMuhammad_Fajar21
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceParno_M
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceAbdul_Hakim21
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
Merencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode PembelajaranMerencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode PembelajaranNini Ibrahim01
 
Metode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik PembelajaranMetode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik PembelajaranNini Ibrahim01
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfHarlimanDs
 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halajoe zulkefli
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranSha Amran
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
 

Ähnlich wie Kpd 3026 rosliza razali (20)

8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar8 keterampilan dasar mengajar
8 keterampilan dasar mengajar
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Merencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode PembelajaranMerencanakan Metode Pembelajaran
Merencanakan Metode Pembelajaran
 
Direct instruction
Direct instructionDirect instruction
Direct instruction
 
Metode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik PembelajaranMetode dan Teknik Pembelajaran
Metode dan Teknik Pembelajaran
 
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdfArtikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
Artikel-Pembelajaran-Berdiferensiasi-T-Husni-BPMP-Aceh.pdf
 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua hala
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Kompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guruKompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guru
 
Kompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guruKompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guru
 
Kompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guruKompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guru
 
Kompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guruKompetensi mengajar guru
Kompetensi mengajar guru
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Bab 1 modul kb 3 bertanya(1)
Bab 1 modul kb 3 bertanya(1)Bab 1 modul kb 3 bertanya(1)
Bab 1 modul kb 3 bertanya(1)
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 

Kürzlich hochgeladen

Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

Kpd 3026 rosliza razali

  • 1. KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK MIKRO-PENGAJARAN DAN REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN TARIKH SERAH : 3I MEI 2013
  • 2. PENILAIAN RAKAMAN VIDEO (Norkhamidah Sulam ) Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru-guru lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut. Kemahiran mikropengajaran tersebut ialah :1. Memulakan pengajaran atau set induksi ( termasuk mencungkil idea) 2. Menyoal 3. Menerang 4. Memperkukuh 5. Mengilustrasi dengan contoh 6. Membuat demonstrasi 7. Mengendali perbincangan 8. Mengendali kerja amali 9. Menutup pengajaran 10. Membuat refleksi Setelah meneliti kiriman video pengajaran seorang guru yang dikirimkan , beliau telah menggunakan sebahagian kemahiran-kemahiran mikropengajaran di atas. Satu daripada kemahiran yang beliau gunakan ialah kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh seseorang guru untuk mendapatkan tindak balas daripada murid sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu soalan juga dapat membantu murid secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan oleh beliau untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada murid. Khususnya guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu , menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu murid mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Kemahiran menyoal yang digunakan bukan
  • 3. sahaja untuk mendapatkan sesuatu maklumat tetapi membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan dapat memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam pengajaran tersebut guru itu telah mengamalkan 5 langkah kemahiran menyoal. Pertama ialah mengajukan soalan kepada seluruh kelas. Beliau memulakan kemahiran menyoal dengan memberikan soalan dengan syarat atau pemberitahuan peraturan menjawab jika perlu. Beliau menujukan soalan kepada keseluruhan murid sama ada murid ingin menjawab secara sukarela atau sebaliknya. Beliau menyatakan soalan dengan seberapa ringkas tetapi tepat dengan apa yang ingin dibincangkan. Soalan-soalan yang diutarakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid berdasarkan aras soalan yang sederhana sesuai untuk murid yang cerdas dan kurang cerdas. Beliau juga mengajukan soalan-soalan yang tidak mengancam atau mengugut mahupun memaksa murid untuk menjawabnya dengan tepat. Kedua ialah guru tersebut memberi masa berfikir yang sesuai untuk menjawab soalansoalan yang dikemukakan. Masa berfikir bermaksud masa yang diberi kepada murid untuk berfikir selepas mengajukan soalan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid atau jawapan yang sebenar. Masa yang diberikan kepada murid untuk berfikir iaitu selama 3 hingga 5 saat untuk soalan biasa adalah sesuai manakala masa yang lebih diberikan untuk murid berfikir bagi soalan-soalan yang lebih panjang dan lebih sukar. Langkah kemahiran menyoal yang ketiga yang telah digunakan oleh guru tersebut ialah memilih pelajar untuk menjawab. Beliau telah memilih murid yang ingin menjawab secara sukarela walaupun kebanyakkan murid menjawab secara rawak. Murid yang ingin menjawab secara sukarela akan mengangkat tangan bagi memudahkan guru mengenalpasti murid yang ingin menjawab soalan yang dikemukakan.Pemilihan murid secara rawak berupaya mendapatkan perhatian ( fokus ) murid sepanjang proses pengajaran. Guru tersebut juga menyebut nama murid yang ingin menjawab soalan yang dikemukakan secara sukarela. Dengan menyebut nama murid tersebut akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.Selain itu murid juga akan merasa lebih dihargai oleh guru. Selain tiga langkah kemahiran menyoal yang digunakan oleh guru tersebut, beliau juga mempraktikkan langkah kemahiran menyoal yang keempat iaitu memberi respon atau reaksi kepada jawapan murid. Murid lain juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab soalan yang dikemukakan. Beliau juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab tanpa mengadili atau menghukum murid yang memberi jawapan yang kurang tepat. Guru
  • 4. tersebut juga memberi peneguhan positif seperti memuji murid yang menjawab dengan tepat dengan perkataan “ bagus”, “bijak” dan sebagainya. Guru tersebut juga akan mendapatkan jawapan alternatif murid lain sekiranya jawapan diberikan tidak jelas. Semasa guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal dalam pengajarannya, beliau mengemukakan soalan mengikut aras sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid. Guru tersebut telah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan aktiviti pengajaran. Perkataan dan istilah yang digunakan oleh guru tersebut mudah difahami oleh murid. Bentuk soalan juga diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat murid. Soalan yang diberikan juga mendorong pelajar untuk berfikir untuk mendapatkan jawapan yang menepati isi pelajaran. Bentuk soalan yang dikemukakan juga ringkas , tepat dan jelas. Guru tersebut juga melengkapkan dan mengulang jawapan betul yang diberikan oleh murid dengan suara yang lantang dan jelas agar semua murid dapat memahami jawapan sebenar yang tepat. Dengan menggunakan kaedah kemahiran menyoal dalam pengajaran guru tersebut, jika kita perhatikan kita akan dapat melihat kesan kemahiran menyoal ke atas pengajaran dan pembelajaran beliau. Melalui aktiviti soal jawab murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Minat murid terhadap pelajaran juga bertambah dan mendorong murid memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya murid dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.Melalui kemahiran menyoal juga menyebabkan daya pemikiran murid dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan murid. Kesannya murid dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami. Kemahiran menyoal juga digunakan oleh guru tersebut dalam aktiviti penilaian. Namun teknik penyoalan bertulis digunakan. Murid akan menulis jawapan pada kertas soalan yang diberikan. Guru tersebut akan dapat menilai kefahaman murid apabila beliau menanda kertas jawapan yang dihantar oleh murid kepadanya. Keadaan ini membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan dan aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. Dalam sesi penutup pengajaran juga guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal. Guru ingin mendapat kepastian dengan mengulangi persoalan awal untuk mendapatkan jawapan yang tepat berkaitan isi pelajaran yang telah dipelajari. Kaedah ini adalah merupakan ulangkaji isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut. Kaedah ini akan dapat memperkukuhkan lagi
  • 5. pengetahuan dan kefahaman murid berkaitan isi pelajaran yang dipelajari. Namun begitu ada juga sebahagian murid tidak ambil peduli dengan penyoalan guru yang menyoal murid secara kelas. Oleh yang demikian guru kena peka dan melihat keseluruhan murid yang ada di dalam kelas yang diajar semasa aktiviti pengajaran. KESIMPULAN Kemahiran menyoal yang digunakan dalam pengajaran guru tersebut sepanjang tempoh pengajaran merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi guru dan murid secara berkesan.Di samping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri dikalangan murid.Kejayaan penggunaan kemahiran ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal tersebut. Kemahiran menyoal digunakan dalam set induksi adalah untuk menolong murid mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kemahiran menyoal digunakan dalam setiap langkah atau aktiviti adalah untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Manakala kemahiran menyoal digunakan dalam aktiviti penutup adalah untuk menilai pencapaian objektif pembelajaran yang hendak diajar pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Akhirnya tahniah diucapkan kepada guru tersebut kerana berjaya menghasilkan pengajaran yang bermutu. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam sesi tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Kawalan murid yang baik juga membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dari awal hingga akhir.
  • 6. KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK MAKRO-PENGAJARAN RPH DAN REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN TARIKH SERAH : 3I MEI 2013
  • 7. RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 2013 TARIKH : 22 Mei 2013 (Rabu) MASA : 10.40-11.10 pagi TEMA PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) TAJUK Kebolehlihatan Di Jalan Raya FOKUS UTAMA 4.2 `Aras 1 (i) Membaca kuat ayat-ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul FOKUS 8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau SAMPINGAN frasa Pada akhir pengajaran murid dapat: OBJEKTIF 1. Menamakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan. 2. Membina ayat tunggal berdasarkan frasa yang diberi. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup Nilai : Bekerjasama, rasional KBT :Menjana idea, mengembang idea SISTEM Tatabahasa : Kata majmuk, ayat tunggal BAHASA Kosakata MEDIA : peti surat, tong sampah, lampu jalan, pasu bunga Kad imbasan gambar dan lembaran kerja
  • 8. LANGKAH/ ISI MASA KANDUNGAN SET INDUKSI -mencungkil AKTIVITI 1. Guru bersoal jawab dengan pengetahuan sedia murid “apa itu perabot ada murid tentang (2 MINIT) CATATAN -meneka apa itu jalan?” perabot jalan perabot jalan. 2. Murid menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. 3. Guru menjelaskan maksud perabot jalan kepada murid berdasarkan contoh-contoh yang telah diberikan oleh murid-murid. LANGKAH 1 ( 6 MINIT) - menamakan, 1. Guru menunjukkan 4 Bahan : mencirikan keping gambar perabot Kad imbasan berdasarkan gambar jalan. perabot jalan serta membaca 2. Murid dan guru bersoal - jawab berkaitan tempat yang biasa diletakkan Tong sampah - perabot jalan. Pasu bunga 3. Murid juga menjelaskan - Peti surat tempat perabot jalan - Lampu diletakkan. 4. Murid juga memberi contoh perabot jalan yang pernah dilihat di kawasan sekitar. 5. Murid dan guru bersoal jalan
  • 9. jawab berkaitan kepentingan perabot jalan kepada orang awam atau orang ramai. LANGKAH 2 - kebaikan dan 1. Guru dan murid bersoal Menjana dan keburukan perabot jawab berkaitan kebaikan mengembang jalan ( 7 MINIT) perabot jalan dan idea murid keburukan atau kelemahan perabot jalan. 2. Guru menerangkan tentang kepentingan perabot jalan di sesuatu tempat. 3. Murid memberikan pandangan tentang kebaikan dan keburukan perabot jalan. 4. Guru menerangkan maksud kebolehlihatan pejalan kaki (murid tahun 2) kepada pengguna jalan raya yang lain. 5. Murid memberikan pandangan atau contoh tentang situasi kebolehlihatan berkaitan pejalan kaki. LANGKAH 3 ( 13 MINIT) - menjawab 1. Murid mengagihkan buku Bahan : lembaran kerja aktiviti bagi membuat Buku aktiviti dalam buku aktiviti lembaran kerja berkaitan PKJR tahun 2
  • 10. perabot jalan. 2. Guru memberi penerangan tentang soalan dalam buku aktiviti. 3. Murid melengkapkan perkataan. 4. Murid melengkapkan pernyataan dan mencari perkataan. 5. Murid membina ayat berdasarkan rangkai kata. 6. Murid membuat latihan dalam buku aktiviti dengan bimbingan guru. 7. Guru menampal gambar perabot jalan. 8. Murid memberi contoh ayat bagi membina ayat tunggal. 9. Guru dan murid berbincang cara membina ayat tunggal dengan baik. 10. Murid juga cuba membina ayat tunggal sendiri. PENUTUP - kesimpulan 1. Guru mengulas tentang isi ( 2 MINIT) tentang tajuk yang pelajaran yang telah dipelajari dipelajari oleh murid. 2. Murid mengingat kembali kebaikan dan kelemahan perabot jalan. Mengingat kembali
  • 11. REFLEKSI PENGAJARAN Tugasan mengajar makropengajaran sambil berhadapan dengan kamera video merupakan satu tugas yang agak mencabar bagi diri saya walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih lebih kurang 8 tahun. Pada sesi makropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana keberkesanan saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya dalam kelas.Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila saya berasa agak kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh dua orang rakan guru yang akan memberi pandangan mereka selain seorang yang berperanan merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh saya. Walaupun masa yang digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi pengajaran ini dapat dirasai. Pada masa yang sama, hampir sebulan mulut saya dijangkiti kuman yang menyebabkan ulser yang teruk. Seminggu sebelum saya merakam video ini, saya mengalami masalah lidah berdarah (luka) kerana bercakap terlalu kerap. Cabaran ini saya harungi juga kerana tugasan PJJ. Persoalan tentang kemampuan saya sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan timbul dalam minda saya. Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya sudah mengajar selama 8 tahun. Setelah selesai sesi makropengajaran, saya mengadakan perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi makropengajaran dan menonton sesi pengajaran yang telah dirakam. Melalui perbincangan dan tontonan video tersebut saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi makropengajaran tersebut. Antara kekuatan pengajaran saya ialah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan pengajaran ini bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kad gambar yang menarik dan berwarna warni dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan lebih jelas terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin saya sampaikan. Walaupun saya mengalami masalah untuk menguatkan suara kerana masalah ulser namun muridmurid memberikan kerjasama yang baik semasa penyampaian isi mata pelajaran. Segala arahan
  • 12. guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Penjelasan yang jelas dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi murid agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Arahan yang diberikan dengan jelas memudahkan murid faham dan seterusnya melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan dengan tepat. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Saya mempunyai pandangan yang mana ada setengah murid hanya berminat disebabkan oleh cara bahan alat bantu mengajar digunakan dan tidak secara keseluruhan. Hal ini kerana apabila bermulanya pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar murid mula berasa suka dan teruja memulakan pembelajaran.Saya percaya bahawa keberanian murid dalam pembelajaran dapat dinilai jika adanya perhubungan dua hala antara guru dan murid. Saya percaya bahawa interaksi murid dan guru perlu selalu ada supaya murid merasakan diri mereka dekat dengan guru. Murid akan merasa lebih yakin dalam memberitahu mengenai apa yang dirasakan tidak faham dan jika ada persoalan dalam diri mereka. Saya sedar hubungan antara guru dan murid bukanlah berasaskan sikap garang namun perlulah ada sikap hormat menghormati kerana setiap pelajar akan lebih selesa jika guru sentiasa menjadi pendamping setiap masa. Saya juga belajar untuk berinteraksi dengan murid supaya murid tidak berasa kekok dengan saya. Saya terpanggil untuk mendekati murid saya pada masa akan datang dan menjadi kawan terbaik untuk mereka serta pembimbing yang sentiasa member bimbingan untuk mereka menimba ilmu. Berdasarkan maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid-murid saya pada hari tersebut agak pasif. Ini adalah kerana apabila saya memberitahu mengenai rakaman yang ingin dilakukan ubtuk pensyarah PJJ KPD saya, mereka terus terkejut, pasif. Sedangkan sebelum itu mereka aktif seperti biasa dan saya juga telah berpesan agar mereka berkelakuan seperti tiada apa-apa rakaman. Namun, mereka tetap pasif tetapi saya tetap berterima kasih kerana tugasan makropengajaran saya ini siap juga akhirnya. Kelas tahun 2 Mutiara ini adalah kelas kesayangan dan kegemaran saya kerana mereka sangat baik, mendengar arahan saya dan pada masa yang sama saya adalah guru kelas mereka. Namun, ada juga murid yang tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan namun bantuan dari guru diperlukan kerana
  • 13. untuk menjimatkan masa. Sepatutnya murid diberi peluang untuk menyelesaikannya sehingga berjaya. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti, saya akan membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakan dan motivasi pada murid agar mereka lebih yakin dan bergiat aktif secara terkawal dalam aktiviti pembelajaran.Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Saya merasakan penambahbaikan perlu dilakukan dari segi cara menguasai murid dan kelas. Penggunaan masa juga perlu dititikberatkan. Saya juga akan menyediakan lebih banyak alat bantu mengajar kepada murid kerana ianya lebih menarik minat murid. Pembelajaran melalui kertas nota isi pelajaran dirasakan perlu bagi memastikan murid faham dengan lebih jelas isi pelajaran yang dipelajari serta menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang hendak disampaikan. Pada masa akan datang saya rasa perlu membuat sesi perkenalan terlebih dahulu bagi membolehkan murid rasa lebih seronok dengan apa yang berlaku. Ganjaran seperti gula-gula dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai satu cara bagi merangsang sikap pembelajaran mereka. Saya juga perlu bersahaja dan bersikap mesra terhadap murid saya untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif, kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula akan menjadi pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya. Kata-kata penghargaan kepada murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya. Keupayaan mengawal kelas juga perlu dikekalkan atau dibuat penambahbaikan. Setelah memberi lembaran kerja, saya dapati murid-murid saya dapat menjawab semua soalan dalam lembaran kerja. Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya murid saya akan berasa seronok belajar dan pada masa yang sama murid saya akan dapat memperolehi kemahiran dan pengetahuan yang berguna. Oleh itu saya haruslah bersikap tabah, sabar dan dedikasi. Saya yakin harapan saya akan tercapai suatu hari nanti. Akhir sekali guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.Ia dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut. Ia bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan. Pemantauan dan penilaian perlu dilakukan agar rancangan pengajaran yang ditetapkan. Selain itu ia dapat memastikan murid menguasai pengajaran dan dinilai melalui ujian bertulis dan bersoal jawab dengan murid mengenai topik terbabit.
  • 14. KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK KAJIAN TINDAKAN KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN TARIKH SERAH : 3I MEI 2013
  • 15. KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGENAL BENTUK HURUF KECIL DALAM KALANGAN 5 ORANG MURID TAHUN 2 MUTIARA MELALUI LISAN , BACAAN DAN TULISAN. 1.0 ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah mengenal huruf kecil dalam kalangan murid Tahun 2 Mutiara. Seramai 5 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil yang mengelirukan murid iaitu b , d , e , p , q , m , n , u dan y. Tinjauan awal dilaksanakan melalui aktiviti lisan , bacaan dan tulisan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran ( 30 minit setiap sesi dalam seminggu ) dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid-murid ini. Dalam tempoh ini , murid-murid belajar mengenal bentuk huruf kecil melalui kaedah lisan , bacaan dan tulisan. Setelah dua minggu melalui sesi pengajaran dan pembelajaran khusus tersebut , guru telah menjalankan ujian lisan , bacaan dan tulisan secara individu untuk murid-murid terlibat. Keputusan menunjukkan ada peningkatan prestasi murid dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan pemerhatian saya, 5 orang murid lemah dalam kelas 2 Mutiara ini boleh dibentuk melalui satu kaedah pengajaran yang mudah serta menyeronokkan. Kaedah tersebut dapat mengurangkan kesilapan murid dalam mengecam dan membaca perkataan yang ditulis menggunakan huruf-huruf kecil terutama yang melibatkan huruf-huruf mengikut konteks kajian. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Masalah tidak tahu membaca dan menulis bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai kerana murid tersebut tidak menguasai isi pelajaran yang diajar. Berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas 2 Mutiara mulai awal tahun ini, saya dapati terdapat 5 orang murid yang sering
  • 16. melakukan kesalahan menyebut huruf semasa mengeja sesuatu perkataan. Mereka juga cenderung mengenal pasti bentuk huruf-huruf besar berbanding huruf-huruf kecil. Melalui pemerhatian saya , murid-murid ini tidak dapat mengenalpasti huruf-huruf yang seakanakan sama bentuk atau bunyinya seperti huruf “b” dan “d” , “n” dan “m” , “b” dan “p” dan sebagainya. Dalam kajian ini, saya mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh 5 orang murid tersebut. Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid-murid tersebut membaca dan menulis dengan betul. Kaedah latih tubi lisan dan bacaan merupakan kaedah yang biasa dijalankan untuk murid mengecam dan mengenalpasti serta menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan. Manakala kaedah ansur maju digunakan untuk murid mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru dengan betul. Beberapa instrumen seperti soalan lisan , bacaan atau temu bual, borang soal selidik, borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah latih tubi mendatangkan kesan yang memberangsangkan untuk mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dan bacaan perkataan yang menggunakan huruf-huruf kecil. Manakala kaedah ansur maju yang dipilih sesuai untuk menulis huruf-huruf kecil dengan betul. 3.0 FOKUS KAJIAN Dalam kajian ini, saya terus berfokus kepada masalah mengenal bentuk huruf-huruf kecil. Mungkin bagi sesetengah pihak, masalah ini mustahil dalam dunia pendidikan yang semakin maju pada hari ini atau masalah ini terlalu remeh untuk dijadikan bahan kajian. Inilah asam garam kehidupan dunia keguruan. Namun tugas mendidik dan membimbing tetap didukung. Daripada refleksi di atas , saya dapati 5 orang murid tahun 2 Mutiara masih belum dapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil. Berdasarkan latihan dan beberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan kesilapan. Ini menyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan
  • 17. sebutan dan cara yang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan. Keadaan ini akan menyebabkan mereka akan kerap melakukan kesilapan tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesannya murid-murid ini akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran asas lisan , bacaan dan tulisan serta dibimbangi akan terus tercicir dari kerancakkan pendidikan arus perdana. Saya berharap agar kaedah latih tubi dalam lisan dan bacaan serta kaedah ansur maju akan dapat mengatasi masalah tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk mengenal huruf-huruf kecil dan membaca serta menulis perkataan dan akhirnya menguasai isi pelajaran ,bukan sahaja untuk peperiksaan bahkan juga untuk kemandirian mereka dalam kehidupan harian memandangkan mata pelajaran Bahasa Malaysia merupakan suatu mata pelajaran teras yang amat penting. 4.0 TINJAUAN AWAL MASALAH Saya telah merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil samada secara lisan atau semasa mereka mengeja dan membaca serta menulis huruf-huruf kecil tanpa panduan atau bantuan. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada dan pembacaan saya mengenai cara menguasai pengecaman dan menulis huruf-huruf dengan cepat dan berkesan. Matlamat utama saya ialah , di akhir tahun murid-murid ini dapat mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dengan baik samada secara lisan , bacaan atau tulisan. Tinjauan awal saya mendapati 5 orang murid ini menyebut , mengecam dan membaca huruf-huruf dengan mengikut sebutan rakan-rakan di dalam kelas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara umum. Apabila membaca secara individu dijalankan 5 orang murid didapati mengeja huruf secara hafalan dan tidak sama dengan huruf-huruf yang berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Murid-murid ini tidak dapat membezakan bunyi huruf-huruf yang ditunjukkan secara rawak. Akibatnya mereka tidak dapat membunyikan bunyi yang betul apabila membaca suku kata yang diberikan. Lebih-lebih lagi huruf-huruf yang mempunyai hampir persamaan bentuk. Oleh yang demikian saya akan cuba membantu 5 orang murid ini untuk mengenal
  • 18. dengan lebih kukuh huruf-huruf kecil supaya mereka dapat membunyikan huruf-huruf tersebut dengan betul. Akhirnya mereka akan dapat membunyikan suku kata yang terdapat dalam sesuatu perkataan dengan betul. Sehinggalah mereka dapat membaca perkataan dengan lancar dan dapat menulis perkataan tanpa panduan. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Pada akhir Kajian Tindakan ini , murid-murid dapat mencapai objektif-objektif berikut: 5.1 Objektif Am Membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengenal bentuk hurufhuruf kecil. 5.2 Objektif Khusus 5.2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan abjad huruf-huruf kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu b , d , e , p , q , m , n , u , dan y. 5.2.2 Membantu murid-murid menulis dan membaca dengan ejaan yang betul. 5.2.3 Menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. 6.0 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut: - Bagaimanakah kaedah latih tubi membantu murid mengenal bentuk dan mengingat bunyi huruf-huruf kecil. - Bagaimanakah kaedah ansur maju membantu murid dapat membaca dan menulis suku kata dalam perkataan dengan betul.
  • 19. 7.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 5 orang murid kelas 2 Mutiara yang telah dikenal pasti mengalami masalah mengenal , mengecam dan menulis huruf-huruf kecil. Latar belakang murid: - Murid luar Bandar - Sering gagal dalam ujian bulanan dan gagal menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. - Tergolong dalam kumpulan “ slow learner “. - Tidak boleh menyebut huruf-huruf kecil yang ditunjukkan serta tidak dapat membaca suku kata dan perkataan yang diberikan. - Tidak dapat menulis huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul. - Tidak dapat menunjukkan huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul. 8.0 PELAKSANAAN KAJIAN 8.1 Tinjauan Awal Masalah Dalam kajian ini, saya telah menjalankan a) Ujian Pra b) Sesi tembual dan c) Soal-selidik bagi mengetahui punca murid-murid ini menghadapi masalah mengenal bentuk huruf kecil 8.1.1 Ujian Pra Ujian pra telah dilaksanakan terhadap semua murid di dalam kelas. Ujian ini terdiri daripada soalan-soalan berkaitan huruf kecil dan huruf besar serta menulis huruf-huruf yang disebut oleh guru.
  • 20. 8.1.2 Temubual Temu bual dilakukan kepada murid-murid sasaran. Soalan-soalan temubual seperti di bawah: Soalan Temubual: - Bolehkah kamu bertutur dalam Bahasa Malaysia? - Adakah kamu suka akan mata pelajaran Bahasa Malaysia ? Mengapa? - Adakah kamu berasa gembira ketika belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia? - Siapakah yang membantu kamu menyiapkan kerja sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di rumah? - Adakah kamu suka dengan buku-buku? 8.1.3 Soal Selidik Soal selidik diberikan kepada murid-murid sasaran. Soalan-soalan soal selidik seperti di bawah: 8.2 Analisis Tinjauan Masalah 8.2.1 Analisis Ujian Pra Ujian Pra dilakukan melalui i) Ujian kad imbasan yang telah diberikan kepada 5 orang murid 2 Mutiara. Saya menunjukkan kad imbasan huruf-huruf kecil untuk dikenalpasti oleh murid-murid. Dalam tempoh ujian tersebut saya mencatatkan huruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh murid-murid saya. Antara huruf-huruf tersebut ialah b , d, e , p , q , m , n , dan y. ii) Ujian bertulis juga menunjukkan bahawa murid-murid ini menulis huruf-huruf kecil dalam skop kajian secara terbalik atau menulisnya
  • 21. dalam huruf besar. 8.2.2 Analisis Temubual Sesi temubual – Analisis temubual ( dijalankan dengan menggunakan Bahasa Malaysia) didapati bahawa murid-murid ini minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat bimbingan dari pihak keluarga. Kebanyakan dari mereka juga mempunyai masalah keluarga. Selain itu tiada galakan dan tindakan susulan di rumah berkaitan pembelajaran. ARAHAN : TANDAKAN ( / ) PADA PETAK YANG SESUAI YA 1. Suka belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. 2. Mata Pelajaran Bahasa Malaysia penting bagi murid. 3. Suka membaca buku atau majalah dalam bahasa Malaysia. 4. Bertutur dalam Bahasa Malaysia ketika di rumah. 5. Ibu bapa, abang atau kakak memberi tunjuk ajar ketika menyiapkan kerja sekolah. 8.2.3 Analisis Soal Selidik Dapatan soal selidik, semua murid tidak suka membaca bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia kerana masalah penguasaan kosa kata yang sangat terhad. Mereka juga tidak tahu untuk membunyikan sukukata yang terdapat dalam perkataan dalam buku tersebut. Apabila melihat buku, mereka hanya membaca dengan melihat gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Selain itu , murid-murid ini tidak mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti abang atau TIDAK
  • 22. kakak semasa menyiapkan kerja sekolah Bahasa Malaysia kerana faktor tiada masa dan tiada prihatin terhadap perkembangan pendidikan murid berkaitan. 8.3 Tindakan Yang Dijalankan 8.3.1 Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi mengatasi masalah mengenal bentuk huruf-huruf kecil iaitu: - Latih tubi menyebut, membentuk dan menulis huruf-huruf kecil melalui aktiviti melukis dan menyanyi. 8.3.2 Bahan-bahan yang digunakan: - Kertas lukisan - Pen magic / pensil warna - Tanah liat - Kad huruf 8.4 Pelaksanaan Tindakan 8.4.1 Aktiviti 1 1. Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b , d , e , p , q , m , n , u , dan y kepada murid-murid pada kertas lukisan. 2.Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada murid-murid. Marilah menyanyi… b telinga kiri d telinga kanan u bentuk mukamu e untuk mata n pula hidungmu
  • 23. m itu mulutmu y itu rambutmu …. dan q pula lehermu…… 3.Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka mengikut urutan abjad seperti yang ditunjukkan oleh guru pada kertas lukisan. 4.Murid diberi lirik nyanyian dan mengikut arahan guru untuk membaca bersama-sama sehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad. 5.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid untuk melukis adalah seiring dengan lirik nyanyian. 6. Penilaian – Guru meminta murid membentuk huruf-huruf kecil tertentu dengan menggunakan tanah liat. 7. Peneguhan - Guru memberi gula-gula dan pensel kepada murid yang dapat membentuk huruf-huruf kecil tersebut. 8. Penutup – Guru dan murid melukis bentuk wajah dan menyanyi bersama-sama. Refleksi Setelah dijalankan pengajaran dan pembelajaran lukisan wajah menggunakan abjad kecil yang terpilih selama dua minggu, terdapat beberapa perubahan pada 5 orang subjek kajian saya iaitu: Mereka dapat mengenal bentuk huruf kecil dan menyebutnya apabila guru menayangkan kad imbasan huruf-huruf kecil terutama huruf-huruf dalam skop kajian.
  • 24. Murid juga didapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul apabila diminta oleh guru. 8.4.2 Ujian Pos Ujian pos dilaksanakan selepas satu bulan kaedah nyanyian dan lukisan dipraktikkan dengan cara pengulangan. Ujian pos dijalankan dengan dua cara iaitu: i) Kad Imbasan Melalui Kad Imbasan, guru menunjukkan kad huruf yang mengandungi huruf-huruf kecil dalam skop kajian. Murid akan mengecam dan menyebut huruf-huruf tersebut sambil disemak oleh guru. ii) Ujian Bertulis Terdapat 3 komponen dalam ujian bertulis iaitu, murid menulis huruf kecil secara individu dengan mendengar sebutan guru. Murid menyuaipadan huruf besar dan huruf kecil dan murid mengimlak ( ejaan ) perkataan yang disebut oleh guru. Refleksi i) Keputusan Ujian kad Imbasan menunjukkan murid-murid ini dapat mengecam dan menyebut bentuk huruf kecil b , d , e , p , q, m , n , u ,dan y dengan jelas dan lancar. ii) Keputusan Ujian Bertulis juga mencatatkan murid dapat menulis hurufhuruf kecil dalam skop kajian, dapat menyuai padan huruf besar dengan hururf kecil dan dapat menulis perkataan yang disebut oleh guru.
  • 25. 8.5 Refleksi Keseluruhan Kajian i) Refleksi Kajian Terhadap Murid Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah latih tubi nyanyian dan lukisan yang ringkas seperti ini dapat membantu murid mengecam, dan mengenal bentuk huruf kecil tertentu yang sebelum ini menjadi masalah besar bagi mereka. Melalui sesi temubual, kebanyakan murid-murid ini minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat bimbingan dari pihak keluarga. Kebanyakkan dari mereka juga mempunyai masalah keluarga. Selain itu tiada galakan dan tindakan susulan di rumah berkaitan pembelajaran. Semasa pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia murid-murid ini tidak memahami perkataan yang diajar. Begitu juga dengan aras bahasa dalam Buku Teks Bahasa Malaysia yang tinggi. Ketika dalam pengajaran dan pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain, murid-murid ini kurang berkeyakinan dan bersikap pasif serta bimbang jika disoal oleh guru. Sebaliknya melalui nyanyian dan lukisan murid-murid lebih santai dan dapat mengurangkan tekanan murid serta membenarkan mereka berasa yakin pada diri sendiri. ii) Refleksi Kajian Terhadap Guru Sepanjang menjalankan kajian ini, saya berasa teruja untuk melihat hasilnya. Sebenarnya , proses perkembangan dalam tempoh kajian itu sendiri yang membuatkan saya melalui emosi yang bervariasi; gembira , cemas , kadang-kadang tertekan juga, tidak yakin pada diri pun ada. Saya dapati kajian ini mencapai objektifnya . Walaupun begitu mungkin terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik.
  • 26. iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan Secara Keseluruhan Melalui kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia , saya perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran sesuai dengan kepelbagaian keperluan murid di dalam kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipermudahkan mengikut aras kognitif mereka dengan harapan subjek Bahasa Malaysia ini dipandang penting , menarik dan bernilai. Saya juga telah dapat membaiki mutu pengajaran saya. Saya berjaya membimbing murid mengenal huruf-huruf keci yang selama ini membelenggu diri mereka. Dari segi murid itu pula , mereka berasa gembira kerana mereka tidak lagi ketinggalan jauh dari murid-murid lain semasa aktiviti pengajaran kelas dilakukan oleh guru. Mereka juga lebih minat terhadap pengajaran dan pembelajaran berbanding dahulu. 9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Hasil kajian ini, saya dan beberapa orang guru Bahasa Malaysia dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid. Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sumber proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan di dalam kelas.sebagai seorang guru kita haruslah lebih kreatif mempelbagaikan kaedah/teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas melalui aktiviti yang dirancang. Cadangan kajian saya seterusnya ialah meningkatkan kemahiran menguasai perkataan yang mengandungi konsonan berganding “gh” “kh” “sy”.
  • 27. RUJUKAN: 1. Atan Long, 1992. Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Petaling Jaya: Fajar Bakti. 2. Mok Soon Sang, 1997. Pedagogi 3,Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. 3. Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 4. Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat turun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009. 5. Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/html pada 20 Oktober 2009.