SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
ULBM – LP / 01
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYIA
UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
BAHASA MELAYU
TAHUN 2013
LAPORAN PENTAKSIR SEKOLAH
SEKOLAH : …………………………………………………………………………………………………………
NO. PUSAT BIL. CALON
1. KETUA PENTAKSIR SEKOLAH : …………………………………………………………………………….
2. PENTAKSIR SEKOLAH : …………………………………………………………………………….
ARAHAN AM
1. Laporan ini adalah untuk kegunaan Lembaga peperiksaan Malaysia.
2. Laporan hendaklah ringkas, padat dan tepat.
3. Laporan hendaklah berhubung dengan perkara yang perlu diambil
perhatian dan kesalahan yang dilakukan.
4. Jika ruang tulis tidak mencukupi, gunakan kertas tambahan.
5. Laporan hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui
Ketua Pentaksir Kawasan (U.P : Ketua Penolong Pengarah, Sektor
Penyelidikan dan Dasar).
2
1. LAPORAN TENTANG PRESTASI PELAJAR
( Butirkan Kekuatan, Kelemahan dan Kesilapan biasa yang dilakukan )
a. Keupayaan Berkomunikasi / Kefasihan
Kekuatan :
Pelajar dapat menyampaikan idea dengan fasih dan lancar tanpa tersekat-sekat serta
dapat mengemukakan idea dengan penuh keyakinan.
Kelemahan :
Pelajar tergagap-gagap dan penyampaian tersekat-sekat serta berfikir agak lama untuk
mengemukakan idea. Hal ini menunjukkan penguasaan bahasa calon lemah dan kurang
berpengetahuan luas terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Bagi kes ini juga didapati
pelajar berkenaan bersikap tidak acuh kerana tidak bersedia semasa pentaksiran lisan
dijalankan walaupun guru sudah memberitahu agar setiap pelajar bersiap sedia lebih awal.
Kesilapan :
Pelajar tidak faham soalan yang dikemukakan oleh guru dan memberi fakta yang kurang
tepat.
b. Penyampaian (Sebutan, Intonasi dan Nada) :
Kekuatan :
Pelajar mengemukakan lisan dengan sebutan baku serta mempunyai intonasi yang jelas
serta menarik. Ada kalangan pelajar yang berbicara seperti dalam satu suasana formal.
Mereka berlisan seolah-olah seperti seorang wartawan, pemidato dan penceramah.
Kelemahan :
Pelajar tidak dapat berlisan dengan sebutan baku dan intonasi yang kurang menarik. Ada
kalangan pelajar yang menggunakan sebutan bahasa slanga dan dialek bahasa pasar.
Contohnya ramai pelajar Melayu yang menggunakan dialek sebutan Johor dan Selatan
Semenanjung serta penggunaan dialek Utara Semenanjung.
Kesilapan :
Pelajar salah faham tentang aspek pentaksiran lisan dan menganggap seolah-olah
berlisan itu adalah suasana seperti bersembang-sembang dengan menggunakan bahasa
pasar dan dialek tempatan.
c. Tatabahasa dan Kosa Kata :
Kekuatan :
Pelajar berlisan dengan menggunakan stuktur ayat yang gramatis. Calon juga
menggunakan kosa kata yang tepat dan laras bahasa sesuai mengikut topik yang
dibincangkan.
Kelemahan :
Pelajar tidak dapat menggunakan struktur ayat yang gramatis, sebaliknya menggunakan
bahasa pasar dan kosa kata yang tidak tepat. Contohnya penggunaan perkataan ‘depa’,
‘dema’, ‘dia orang’, ‘takde’, kata partikel ‘la’ dan sebagainya.
3
Kesilapan :
Ada juga sesetengah pelajar yang mencampur aduk penggunaan bahasa Inggeris semasa
pentaksiran lisan dijalankan. Contohnya penggunaan perkataan ‘so’, ‘and then’, ‘because’
dan sebagainya.
d. Respon / maklum balas terhadap soalan serta kebolehan pelajar mengemukakan
pendapat sendiri :
Kekuatan :
Pelajar dapat mengemukakan pendapat dengan panjang lebar tanpa banyak soalan
rangsangan serta tambahan daripada guru. Calon juga tidak terlalu bergantung kepada
soalan cetusan idea serta soalan respon daripada guru, sebaliknya memberikan pendapat
dengan bernas sepanjang sesi ujian lisan tersebut dijalankan.
Kelemahan :
Pelajar terlalu bergantung kepada soalan yang akan dikemukakan oleh guru dan apabila
soalan tersebut diajukan, pelajar hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja serta
menunggu soalan lain yang akan dikemukakan.
Kesilapan :
Pelajar tidak memahami soalan yang dikemukakan oleh guru dan memberi pendapat yang
tidak tepat dengan kehendak soalan. Hal ini menunjukkan pelajar tidak mengambil berat
terhadap pentaksiran lisan kerana guru pentaksir telah memberi masa kepada pelajar
beberapa hari sebelum itu agar bersedia dengan tajuk-tajuk yang diberikan sebelum
pentaksiran dijalankan.
2. KOMEN AM DAN CADANGAN :
a. Model :
Model individu secara dua hala antara calon dan guru banyak membantu pelajar untuk
berlisan dan mengemukakan idea semasa ujian lisan. Model individu ini didapati amat
digemari oleh pelajar kerana mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin untuk berlisan.
Model kumpulan pula didapati didominasi oleh pelajar yang lebih matang dan mempunyai
banyak idea untuk berlisan. Selain itu, didapati modul kumpulan ini juga menunjukkan
pelajar yang pasif kurang memberi respon dan kurang bekerjasama semasa memberi
pendapat dalam sesi lisan berkumpulan. Untuk mengatasi masalah ini guru terpaksa
bertindak sebagai moderator dan memberikan soalan rangsangan agar semua pelajar
berpeluang untuk memberi pendapat masing-masing dalam aktiviti lisan secara
berkumpulan.
b. Pentaksiran Lisan Aktiviti Luar Kelas :
Bagi pelajar-pelajar yang berbakat dan mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas,
Pidato, Syarahan dan Forum sama ada peringkat zon atau daerah, adalah wajar diberi
markah pentaksiran lisan yang tinggi dan tidak perlu lagi ditaksir di peringkat sekolah.
4
3. LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN ULBS :
a. Kekangan :
Masa yang diperuntukkan pada tahun ini kepada Pentaksir Kawasan untuk membuat
pemantauan ke sekolah adalah terlalu pendek kerana pada bulan Jun banyak sekolah
yang sibuk untuk persiapan mengadakan sukan tahunan. Pentaksir Kawasan giat
menjalankan pemantauan pada bulan Julai kerana pada awal bulan Ogos sekolah mula
bercuti pertengahan semester serta cuti Hari Raya Aidil Fitri. Selepas sahaja cuti tersebut,
Penyelia Kawasan sibuk menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Ketua Penyelia
Negeri dan pada bulan Ogos juga adalah tarikh akhir bagi Setiausaha Peperiksaan
Sekolah untuk memasukkan markah dalam sistem ULBS Lembaga Peperiksaan.
b. Pengururusan Fail ULBS :
Kebanyakan sekolah yang dipantau, sistem pengurusan fail ULBS diuruskan dengan baik.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekolah persendirian sistem pengurusan fail
ULBS tidak lengkap atas alasan Ketua Pentaksir Sekolah baharu sahaja dilantik sebagai
Ketua Panitia BM. Pentaksir Kawasan telah meminta pihak sekolah juga turut memberi
kerjasama untuk membuat pemantauan dan melengkapkan mana-mana perkara yang
masih belum lengkap dalam fail tersebut.
c. Penyelarasan Markah untuk Tingkatan 4 :
Didapati kebanyakan sekolah yang dipantau, baru sekali membuat pentaksiran ULBS bagi
pelajar-pelajar Tingkatan 4 iaitu pada bulan Februari hingga April. Justeru, Pentaksir
Kawasan meminta pihak sekolah mengadakan pentaksiran kali kedua bagi pelajar-pelajar
Tingkatan 4 dengan segera agar guru-guru pentaksir tidak kelam-kabut dengan kesibukan
peperiksaan awam dan peperiksaan lain di sekolah pada bulan Ogos ini. Di samping itu
juga ia bertujuan bagi mengelakkan agar tiada pelajar Tingkatan 4 yang tercicir daripada
pentaksiran ULBS. Penskoran yang dibuat oleh pentaksir sekolah setakat ini
kebanyakannya diterima dengan sepenuhnya oleh Pentaksir Kawasan.
4. RUMUSAN DAN CADANGAN :
a. Pemantauan dan penyelarasan ULBS bagi Tingkatan 4 dan 5, sebaik-baiknya dijalankan
pada bulan April – Jun. Hal ini bertujuan agar Penyelia Kawasan sempat untuk
menyelesaikan masalah-masalah kes khas bersama dengan Ketua Pentaksir Sekolah dan
pihak pengurusan sekolah di sekolah-sekolah yang dipantau.
b. Semua guru Ketua Pentaksir ULBS sekolah-sekolah persendirian hendaklah diberikan
kursus pentaksiran ULBS kerana didapati mereka kurang cekap dalam memberikan
markah serta kurang faham akan aspek pengurusan ULBS.
5
5. ANALISIS RUMUSAN PENCAPAIAN PELAJAR SECARA KESELURUHAN :
PERINGKAT SKOR BIL. CALON PERATUS (%)
Sangat Baik 36 – 40 2,714 25.61
Baik 28 – 35 5,384 50.81
Memuaskan 20 – 27 2,011 18.98
Kurang Memuaskan 12 – 19 432 4.08
Pencapaian Minimum 4 – 11 55 0.52
JUMLAH BESAR 10,596 100
Disediakan oleh,
………………………………………………………………………………………….
( KHAIRUDDIN BIN SAERAN )
KETUA PENYELIA KAWASAN DAERAH KINTA UTARA
JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK.
TARIKH : 23 OGOS 2013

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1
Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1
Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1
Hidayah Salleh
 
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Noormazrita Azam
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
abdol rahim
 
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besar
Ab Hayati
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kpr5063
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
Shafie Athiah
 

Was ist angesagt? (19)

Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1
Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1
Panitia bahasa inggeris sklb pksr 1
 
Format instrumen-pp
Format  instrumen-ppFormat  instrumen-pp
Format instrumen-pp
 
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
 
Kajian tindakan murad
Kajian tindakan muradKajian tindakan murad
Kajian tindakan murad
 
Modul tahun 1
Modul tahun 1Modul tahun 1
Modul tahun 1
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Rpp bhs arab xi genap
Rpp bhs arab xi genapRpp bhs arab xi genap
Rpp bhs arab xi genap
 
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasusStrategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
Strategi belajar bahasa inggris berdasarkan studi kasus
 
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besar
 
Rpp bhs arab x genap
Rpp bhs arab x genapRpp bhs arab x genap
Rpp bhs arab x genap
 
Rpp bhs arab xii genap
Rpp bhs arab xii genapRpp bhs arab xii genap
Rpp bhs arab xii genap
 
Rpp kls 4
Rpp kls 4Rpp kls 4
Rpp kls 4
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
 
Contoh proposal
Contoh proposalContoh proposal
Contoh proposal
 
Jurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaruJurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaru
 
Teknik pn p bm
Teknik pn p bmTeknik pn p bm
Teknik pn p bm
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
 

Andere mochten auch (7)

Borang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanBorang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihan
 
Ulbs form 5 2012
Ulbs form 5 2012Ulbs form 5 2012
Ulbs form 5 2012
 
Borang Markah Ujian Lisan BM
Borang Markah Ujian Lisan BMBorang Markah Ujian Lisan BM
Borang Markah Ujian Lisan BM
 
Taklimat ulbs 2008
Taklimat ulbs 2008Taklimat ulbs 2008
Taklimat ulbs 2008
 
Borang pemarkahan (1)
Borang pemarkahan (1)Borang pemarkahan (1)
Borang pemarkahan (1)
 
Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur PT3
Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur PT3Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur PT3
Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur PT3
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 

Ähnlich wie Laporan ulbs 2013 8.13.08 pm

Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Noraida Ali
 
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Mashudi Misban
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
L Adul Lalut Adul
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
Junaidah Jusoh
 
Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2
nor azilah
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
KalpanaMoorthy3
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Zuraini Mat Zin
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
dharmaharun
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
dharmaharun
 

Ähnlich wie Laporan ulbs 2013 8.13.08 pm (20)

Meeting With Teachers
Meeting With TeachersMeeting With Teachers
Meeting With Teachers
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_BAHASA_MELAYU.doc
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_BAHASA_MELAYU.docPELAN_STRATEGIK_PANITIA_BAHASA_MELAYU.doc
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_BAHASA_MELAYU.doc
 
05 ptkku pdf
05 ptkku pdf 05 ptkku pdf
05 ptkku pdf
 
Minit bt 4 2013
Minit bt 4 2013Minit bt 4 2013
Minit bt 4 2013
 
pelan strategik PEM.docx
pelan strategik PEM.docxpelan strategik PEM.docx
pelan strategik PEM.docx
 
Tows matriks
Tows matriksTows matriks
Tows matriks
 
Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2Pelan strategik 2014 bahagian 2
Pelan strategik 2014 bahagian 2
 
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdfBEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
BEST PRACTICES_PEMBELAJARAN BAHASA INGGRIS_KUSUMA WINDIARTI.pdf
 
Peka bps03(2)
Peka bps03(2)Peka bps03(2)
Peka bps03(2)
 
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdfBEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
BEST PRACTISE UNDHA USUK BASA JAWA.pdf
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docxPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2019.docx
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 

Laporan ulbs 2013 8.13.08 pm

  • 1. ULBM – LP / 01 LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYIA UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA MELAYU TAHUN 2013 LAPORAN PENTAKSIR SEKOLAH SEKOLAH : ………………………………………………………………………………………………………… NO. PUSAT BIL. CALON 1. KETUA PENTAKSIR SEKOLAH : ……………………………………………………………………………. 2. PENTAKSIR SEKOLAH : ……………………………………………………………………………. ARAHAN AM 1. Laporan ini adalah untuk kegunaan Lembaga peperiksaan Malaysia. 2. Laporan hendaklah ringkas, padat dan tepat. 3. Laporan hendaklah berhubung dengan perkara yang perlu diambil perhatian dan kesalahan yang dilakukan. 4. Jika ruang tulis tidak mencukupi, gunakan kertas tambahan. 5. Laporan hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui Ketua Pentaksir Kawasan (U.P : Ketua Penolong Pengarah, Sektor Penyelidikan dan Dasar).
  • 2. 2 1. LAPORAN TENTANG PRESTASI PELAJAR ( Butirkan Kekuatan, Kelemahan dan Kesilapan biasa yang dilakukan ) a. Keupayaan Berkomunikasi / Kefasihan Kekuatan : Pelajar dapat menyampaikan idea dengan fasih dan lancar tanpa tersekat-sekat serta dapat mengemukakan idea dengan penuh keyakinan. Kelemahan : Pelajar tergagap-gagap dan penyampaian tersekat-sekat serta berfikir agak lama untuk mengemukakan idea. Hal ini menunjukkan penguasaan bahasa calon lemah dan kurang berpengetahuan luas terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Bagi kes ini juga didapati pelajar berkenaan bersikap tidak acuh kerana tidak bersedia semasa pentaksiran lisan dijalankan walaupun guru sudah memberitahu agar setiap pelajar bersiap sedia lebih awal. Kesilapan : Pelajar tidak faham soalan yang dikemukakan oleh guru dan memberi fakta yang kurang tepat. b. Penyampaian (Sebutan, Intonasi dan Nada) : Kekuatan : Pelajar mengemukakan lisan dengan sebutan baku serta mempunyai intonasi yang jelas serta menarik. Ada kalangan pelajar yang berbicara seperti dalam satu suasana formal. Mereka berlisan seolah-olah seperti seorang wartawan, pemidato dan penceramah. Kelemahan : Pelajar tidak dapat berlisan dengan sebutan baku dan intonasi yang kurang menarik. Ada kalangan pelajar yang menggunakan sebutan bahasa slanga dan dialek bahasa pasar. Contohnya ramai pelajar Melayu yang menggunakan dialek sebutan Johor dan Selatan Semenanjung serta penggunaan dialek Utara Semenanjung. Kesilapan : Pelajar salah faham tentang aspek pentaksiran lisan dan menganggap seolah-olah berlisan itu adalah suasana seperti bersembang-sembang dengan menggunakan bahasa pasar dan dialek tempatan. c. Tatabahasa dan Kosa Kata : Kekuatan : Pelajar berlisan dengan menggunakan stuktur ayat yang gramatis. Calon juga menggunakan kosa kata yang tepat dan laras bahasa sesuai mengikut topik yang dibincangkan. Kelemahan : Pelajar tidak dapat menggunakan struktur ayat yang gramatis, sebaliknya menggunakan bahasa pasar dan kosa kata yang tidak tepat. Contohnya penggunaan perkataan ‘depa’, ‘dema’, ‘dia orang’, ‘takde’, kata partikel ‘la’ dan sebagainya.
  • 3. 3 Kesilapan : Ada juga sesetengah pelajar yang mencampur aduk penggunaan bahasa Inggeris semasa pentaksiran lisan dijalankan. Contohnya penggunaan perkataan ‘so’, ‘and then’, ‘because’ dan sebagainya. d. Respon / maklum balas terhadap soalan serta kebolehan pelajar mengemukakan pendapat sendiri : Kekuatan : Pelajar dapat mengemukakan pendapat dengan panjang lebar tanpa banyak soalan rangsangan serta tambahan daripada guru. Calon juga tidak terlalu bergantung kepada soalan cetusan idea serta soalan respon daripada guru, sebaliknya memberikan pendapat dengan bernas sepanjang sesi ujian lisan tersebut dijalankan. Kelemahan : Pelajar terlalu bergantung kepada soalan yang akan dikemukakan oleh guru dan apabila soalan tersebut diajukan, pelajar hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja serta menunggu soalan lain yang akan dikemukakan. Kesilapan : Pelajar tidak memahami soalan yang dikemukakan oleh guru dan memberi pendapat yang tidak tepat dengan kehendak soalan. Hal ini menunjukkan pelajar tidak mengambil berat terhadap pentaksiran lisan kerana guru pentaksir telah memberi masa kepada pelajar beberapa hari sebelum itu agar bersedia dengan tajuk-tajuk yang diberikan sebelum pentaksiran dijalankan. 2. KOMEN AM DAN CADANGAN : a. Model : Model individu secara dua hala antara calon dan guru banyak membantu pelajar untuk berlisan dan mengemukakan idea semasa ujian lisan. Model individu ini didapati amat digemari oleh pelajar kerana mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin untuk berlisan. Model kumpulan pula didapati didominasi oleh pelajar yang lebih matang dan mempunyai banyak idea untuk berlisan. Selain itu, didapati modul kumpulan ini juga menunjukkan pelajar yang pasif kurang memberi respon dan kurang bekerjasama semasa memberi pendapat dalam sesi lisan berkumpulan. Untuk mengatasi masalah ini guru terpaksa bertindak sebagai moderator dan memberikan soalan rangsangan agar semua pelajar berpeluang untuk memberi pendapat masing-masing dalam aktiviti lisan secara berkumpulan. b. Pentaksiran Lisan Aktiviti Luar Kelas : Bagi pelajar-pelajar yang berbakat dan mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas, Pidato, Syarahan dan Forum sama ada peringkat zon atau daerah, adalah wajar diberi markah pentaksiran lisan yang tinggi dan tidak perlu lagi ditaksir di peringkat sekolah.
  • 4. 4 3. LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN ULBS : a. Kekangan : Masa yang diperuntukkan pada tahun ini kepada Pentaksir Kawasan untuk membuat pemantauan ke sekolah adalah terlalu pendek kerana pada bulan Jun banyak sekolah yang sibuk untuk persiapan mengadakan sukan tahunan. Pentaksir Kawasan giat menjalankan pemantauan pada bulan Julai kerana pada awal bulan Ogos sekolah mula bercuti pertengahan semester serta cuti Hari Raya Aidil Fitri. Selepas sahaja cuti tersebut, Penyelia Kawasan sibuk menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Ketua Penyelia Negeri dan pada bulan Ogos juga adalah tarikh akhir bagi Setiausaha Peperiksaan Sekolah untuk memasukkan markah dalam sistem ULBS Lembaga Peperiksaan. b. Pengururusan Fail ULBS : Kebanyakan sekolah yang dipantau, sistem pengurusan fail ULBS diuruskan dengan baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekolah persendirian sistem pengurusan fail ULBS tidak lengkap atas alasan Ketua Pentaksir Sekolah baharu sahaja dilantik sebagai Ketua Panitia BM. Pentaksir Kawasan telah meminta pihak sekolah juga turut memberi kerjasama untuk membuat pemantauan dan melengkapkan mana-mana perkara yang masih belum lengkap dalam fail tersebut. c. Penyelarasan Markah untuk Tingkatan 4 : Didapati kebanyakan sekolah yang dipantau, baru sekali membuat pentaksiran ULBS bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 iaitu pada bulan Februari hingga April. Justeru, Pentaksir Kawasan meminta pihak sekolah mengadakan pentaksiran kali kedua bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 dengan segera agar guru-guru pentaksir tidak kelam-kabut dengan kesibukan peperiksaan awam dan peperiksaan lain di sekolah pada bulan Ogos ini. Di samping itu juga ia bertujuan bagi mengelakkan agar tiada pelajar Tingkatan 4 yang tercicir daripada pentaksiran ULBS. Penskoran yang dibuat oleh pentaksir sekolah setakat ini kebanyakannya diterima dengan sepenuhnya oleh Pentaksir Kawasan. 4. RUMUSAN DAN CADANGAN : a. Pemantauan dan penyelarasan ULBS bagi Tingkatan 4 dan 5, sebaik-baiknya dijalankan pada bulan April – Jun. Hal ini bertujuan agar Penyelia Kawasan sempat untuk menyelesaikan masalah-masalah kes khas bersama dengan Ketua Pentaksir Sekolah dan pihak pengurusan sekolah di sekolah-sekolah yang dipantau. b. Semua guru Ketua Pentaksir ULBS sekolah-sekolah persendirian hendaklah diberikan kursus pentaksiran ULBS kerana didapati mereka kurang cekap dalam memberikan markah serta kurang faham akan aspek pengurusan ULBS.
  • 5. 5 5. ANALISIS RUMUSAN PENCAPAIAN PELAJAR SECARA KESELURUHAN : PERINGKAT SKOR BIL. CALON PERATUS (%) Sangat Baik 36 – 40 2,714 25.61 Baik 28 – 35 5,384 50.81 Memuaskan 20 – 27 2,011 18.98 Kurang Memuaskan 12 – 19 432 4.08 Pencapaian Minimum 4 – 11 55 0.52 JUMLAH BESAR 10,596 100 Disediakan oleh, …………………………………………………………………………………………. ( KHAIRUDDIN BIN SAERAN ) KETUA PENYELIA KAWASAN DAERAH KINTA UTARA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK. TARIKH : 23 OGOS 2013