SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
4/20/2011




Undang-undang Pembangunan
        Harta Tanah
           Disediakan oleh:
           Aizul Nahar Harun
           UTM International Campus




   INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




       Sijil Layak Menduduki
     (Certificate of Fitness for
          Occupation – CFO)




   INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                    1
4/20/2011




                                         SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)



•   Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang
    dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu
    bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut
    Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun
    boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian
    bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO)
    telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).
    Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang
    berkenaan didakwa.

•   Permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang
    mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam
    Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan
    berkenaan.

•   PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat
    yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut
    selamat didiami oleh pembeli.

              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                         SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)



•   CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-
    Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :
•   Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam
    borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi
    pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka
    bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima
    tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan
    dengan mereka.
•   Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan
•   Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi
    keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan
    elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain
    disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan
    seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan
    Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran
    (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran
    sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga
    perlu dipatuhi.

              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                               2
4/20/2011




                                      SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)



Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;

•   Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau
    pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan
    Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).

•   Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan
    masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan
    permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima.

•   Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah
    bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT.
    Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT
    terlebih dahulu.




             INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                      SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)




                                                                                       3
4/20/2011




SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)




SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO)




                                     4
4/20/2011




       Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan
         (Certificate of Completion and
                 Compliance– CCC)




             INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



LATAR BELAKANG

•   Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 9 Mac 2005 telah bersetuju supaya
    CCC dikeluarkan oleh para Profesional bagi menggantikan CFO yang
    dikeluarkan oleh PBT.

•   Seterusnya, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 21 Jun 2006 telah
    bersetuju dengan kaedah-kaedah yang digariskan dalam melaksanakan sistem
    CCC.

•   Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan
    dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh
    Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama
    dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai
    kepentingan dalam industri pembinaan.



             INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                        5
4/20/2011




                                      PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)




    Apa yang dimaksudkan `Perakuan Siap Dan Pematuhan’?

    •   Sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai perakuan yang
        mengesahkan ia selamat dan layak diduduki. Perakuan ini hanya dikeluarkan
        setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan
        yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
        Tempatan di peringkat kelulusan pelan. Adalah menjadi satu kesalahan bagi
        seseorang itu menduduki sesuatu bangunan, samada bangunan komersial atau
        bangunan kediaman, yang tidak memiliki perakuan.

    •   Konsep sistem CCC ini bukanlah satu konsep baru. Ianya telah dilaksanakan di
        mana CCC dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan
        selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP) bagi banglo yang dibina berasingan.




                   INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                      PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Apa yang dimaksudkan `Perakuan Siap Dan Pematuhan’?

•       Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 2007 (UKBS) pada tahun 1999
        telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada
        memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar
        mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan
        telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC
        pemakaiannya diperluaskan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih
        kompleks dan tidak terhad kepada banglo yang dibina berasingan.

•       Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek
        Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional
        yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan
        yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Para profesional dan Pelukis
        Pelan Bangunan ini dilantik oleh pihak pemaju sebagai perunding projek untuk
        mengawasi bangunan yang didirikan dari peringkat penyediaan pelan sehingga
        bangunan berkenaan siap dibina.


                   INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                                  6
4/20/2011




                                   PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)




Kenapa CCC diperkenalkan?

•   Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kearah
    pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat
    Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru
    Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara.

•   Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian
    perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah
    birokrasi. Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan sistem CCC, norma
    masa yang diambil dalam projek pemajuan bangunan akan dapat dikurangkan.

•   Penjimatan masa ini akan membantu mengurangkan kos menjalankan
    perniagaan oleh pihak pelabur dan pemaju. Ini pula akan seterusnya
    menyumbang kepada meningkatkan lagi daya saing negara.



              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                   PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Kategori Orang Yang Mengemukakan Pelan

•   Berbanding dalam sistem CFO di mana OMP mengemukakan pelan bangunan
    untuk kelulusan PBT dan juga mengemukakan permohonan untuk PBT
    keluarkan CFO, sistem baru ini menetapkan pelan bangunan masih perlu
    dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan tetapi CCC dikeluarkan oleh Orang
    Utama Yang Mengemukakan iaitu Principal Submitting Person (PSP) iaitu sama
    ada terdiri daripada Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis
    Pelan Bangunan.

•   Di dalam sistem CFO dan sistem CCC Akta Arkitek membenarkan Pelukis
    Pelan Bangunan hanya mengeluarkan CCC bagi banglo yang tidak melebihi
    ketinggian 2 tingkat dan keluasan yang tidak melebihi 300 meter persegi.
    Berpandukan kepada senarai bersama yang dikeluarkan oleh Lembaga-
    lembaga Profesional, Arkitek Profesional akan berperanan sebagai PSP bagi
    projek-projek yang berkehendakkan input senibina yang tinggi sementara
    Jurutera Profesional pula bagi projek-projek berbentuk kejuruteraan.

              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                               7
4/20/2011




                                       PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Tatacara Perlaksanaan CCC

•   Bagi memperkemaskan pelaksanaan sistem CCC, satu elemen penting diperkenalkan iaitu
    pendekatan perakuan secara berperingkat (stage certification).

•   Pendekatan ini yang berasaskan kepada prinsip tanggungjawab secara matriks (matrix of
    responsibility) mewajibkan pihak kontraktor atau kontraktor tred dan para profesional yang
    bertanggungjawab kepada sesuatu komponen pembinaan itu memperakukan penyiapan
    dan pematuhan komponen berkenaan.

•   Tanggungjawab secara matriks ini diterjemahkan melalui pengenalan Borang G1 hingga
    G21, di dalam UKBS 2007 yang mana melalui borang-borang ini komponen pembinaan
    disahkan penyiapan dan pematuhannya dengan ditandatangani oleh setiap profesional dan
    kontraktor atau kontraktor tred yang terlibat. Sebagai contoh bagi kerja-kerja pepaipan
    dalaman seperti dalam Borang G5, kontraktor tred (licensed plumber) dan Arkitek
    Profesional atau Jurutera Profesional (bergantung kepada pihak mana yang menyedia dan
    mengemukakan lukisan pepaipan dalaman) perlu sama-sama mengesahkan penyiapan dan
    pematuhan kerja-kerja pemasangan pepaipan dalaman.




                INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                       PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Tatacara Perlaksanaan CCC
• Bagi membantu PBT mengawal pembinaan dari aspek memastikan perkara-
   perkara ketidakpatuhan diperbetulkan serta merta tanpa menunggu sehingga
   pembinaan tamat, Kementerian mencadangkan agar PSP memaklumkan
   kepada PBT tentang penyiapan setiap peringkat pembinaan yang utama.
   Penyiapan setiap peringkat pembinaan adalah yang bersamaan dengan
   borang-borang G berikut disahkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, iaitu :
     –   peringkat penyiapan substruktur yang diterjemahkan melalui pengesahan Borang G1 –
         G3;
     –   peringkat penyiapan superstruktur yang diterjemahkan melalui pengesahan Borang G4
         – G12; dan
     –   peringkat penyiapan perkhidmatan luaran dan dalaman melalui pengesahan Borang
         G13 – G21.




                INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                                        8
4/20/2011




INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                 9
4/20/2011




                                 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Tatacara Perlaksanaan CCC
• Setelah menerima pemakluman daripada PSP tentang penyiapan sesuatu
   peringkat pembinaan, PBT adalah digalakkan melakukan pemeriksaan tapak
   agar sebarang ketidakpatuhan kepada pelan yang diluluskan dan Akta atau
   mana-mana undang-undang kecil dibawahnya dapat dikenalpasti dan
   diperbetulkan dengan sewajarnya sebelum peringkat pembinaan seterusnya
   dilaksanakan.

•   Berpandukan kepada laporan pegawai yang memeriksa tapak, Mesyuarat
    Jawatankuasa OSC akan menetapkan tahap ketidakpatuhan yang dilaporkan
    serta mencadangkan kaedah pembetulan. Seterusnya PBT akan mengeluarkan
    notis bertulis yang berkehendakkan pematuhan dalam tempoh yang dinyatakan
    dalam notis tanpa menjejaskan pelaksanaan projek di tapak. Sekiranya
    ketidakpatuhan masih tidak diperbetulkan dalam tempoh yang ditetapkan,
    Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan mengarahkan PBT untuk mengeluarkan
    arahan berhenti kerja atau arahan bertulis menahan pengeluaran CCC sehingga
    ketidakpatuhan itu diperbetulkan.


              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Tatacara Perlaksanaan CCC
• Berbanding dengan sistem CFO di mana PBT akan hanya melakukan
   pemeriksaan tapak selepas bangunan siap dan Borang E diterima, sistem CCC
   menetapkan pengesahan penyiapan komponen pembinaan dilakukan secara
   berperingkat dalam keseluruhan tempoh pembinaan. Seperkara lagi,
   pengesahan borang-borang G tidak akan melewatkan proses pengeluaran CCC
   memandangkan ianya terletak di bawah kawalan PSP sepenuhnya.




              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                        10
4/20/2011




                                       PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)



Sistem CCC memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan
dalam persijilan keselamatan dan keselesaan bangunan, iaitu:
   –   hanya pihak yang arif dan pakar tentang sesuatu projek diberi kepercayaan untuk
       memperakukan keselamatan dan keselesaan bangunan yang dikeluarkan CCC
       olehnya. Dalam hal ini PSP lebih memahami dan mendalami sesuatupemajuan projek
       kerana terlibat dalam keseluruhan fasa pembangunannya iaitu dari peringkat kerja-
       kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan
       penyiapan projek;
   –   melalui proses matrix of responsibility, kredibiliti, akauntabiliti dan serta tanggungjawab
       pihak yang mengesahkan kerja adalah jelas di mana pihak yang bertanggungjawab
       kepada setiap komponen pembinaan akan sama-sama mengesahkan penyiapan dan
       pematuhan komponen berkenaan di dalam borang-borang G. Sekiranya berlaku
       kegagalan pihak yang bertanggungjawab mudah dikesan dan diambil tindakan dan
       perkara ini dilihat dapat meghasilkan kualiti kerja yang terjamin; dan
   –   pengeluaran CCC, setelah mematuhi semua aspek perundangan dan syarat-syarat
       PBT, dapat di keluarkan serentak atau bersekali dengan pengeluaran Notis Milikan
       Kosong (Notice of Vacant Possession) yang juga terletak di bawah kawalan para
       profesional. Ini akan memberi manafaat secara langsung kepada pihak pembeli atau
       pemilik dari segi menyingkatkan masa menunggu untuk memasuki bangunan.



              INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS




                                                                                                           11

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Smm2 second edition
Smm2 second editionSmm2 second edition
Smm2 second edition
Bt Lee
 
M3 EG BQ steel struture
M3 EG BQ steel strutureM3 EG BQ steel struture
M3 EG BQ steel struture
Est
 
Rating 1 introduction
Rating 1  introductionRating 1  introduction
Rating 1 introduction
Rohayu Majid
 
Professional practice 2
Professional practice 2Professional practice 2
Professional practice 2
ahmong4
 
Contract payment and variation
Contract payment and variationContract payment and variation
Contract payment and variation
Vj NiroSh
 
Int walls finishes to list
Int walls finishes to list Int walls finishes to list
Int walls finishes to list
Jeanne Hoo
 

Was ist angesagt? (20)

A Case Study based on FIDIC and PAM Form 2006
A Case Study based on FIDIC and PAM Form 2006A Case Study based on FIDIC and PAM Form 2006
A Case Study based on FIDIC and PAM Form 2006
 
Refurbishment
RefurbishmentRefurbishment
Refurbishment
 
Smm2 second edition
Smm2 second editionSmm2 second edition
Smm2 second edition
 
Malaysian Property Development
Malaysian Property DevelopmentMalaysian Property Development
Malaysian Property Development
 
land acquisition
land acquisitionland acquisition
land acquisition
 
Professional practce assignment report
Professional practce assignment reportProfessional practce assignment report
Professional practce assignment report
 
Measurement 4 Tender Document
Measurement 4 Tender Document Measurement 4 Tender Document
Measurement 4 Tender Document
 
Payments in the construction industry
Payments in the construction industryPayments in the construction industry
Payments in the construction industry
 
Sectional completion and partial possession by employer PP2 Coursework 1
Sectional completion and partial possession by employer PP2 Coursework 1Sectional completion and partial possession by employer PP2 Coursework 1
Sectional completion and partial possession by employer PP2 Coursework 1
 
M3 EG BQ steel struture
M3 EG BQ steel strutureM3 EG BQ steel struture
M3 EG BQ steel struture
 
Land Acquisition in Malaysia: The Must Know & The Must Not
Land Acquisition in Malaysia: The Must Know & The Must NotLand Acquisition in Malaysia: The Must Know & The Must Not
Land Acquisition in Malaysia: The Must Know & The Must Not
 
ECA Workshop - Brief
ECA Workshop - BriefECA Workshop - Brief
ECA Workshop - Brief
 
Assignment - Tender Documentation (Presentation Slide)
Assignment - Tender Documentation (Presentation Slide)Assignment - Tender Documentation (Presentation Slide)
Assignment - Tender Documentation (Presentation Slide)
 
Rating 1 introduction
Rating 1  introductionRating 1  introduction
Rating 1 introduction
 
Progress and delay_
Progress and delay_Progress and delay_
Progress and delay_
 
Professional practice 2
Professional practice 2Professional practice 2
Professional practice 2
 
Formation
FormationFormation
Formation
 
Contract payment and variation
Contract payment and variationContract payment and variation
Contract payment and variation
 
Tee bee case presentation
Tee bee case presentationTee bee case presentation
Tee bee case presentation
 
Int walls finishes to list
Int walls finishes to list Int walls finishes to list
Int walls finishes to list
 

Andere mochten auch

Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...
Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...
Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...
cgrohanasmksm
 
Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakPentadbiran Kontrak
Pentadbiran Kontrak
Iszwan Shah
 
Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)
Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)
Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)
Hafiz Eswan
 

Andere mochten auch (12)

Form G1 G21(Bm)
Form G1 G21(Bm)Form G1 G21(Bm)
Form G1 G21(Bm)
 
Blue screen-land acquisition process flow [compatibility mode]
Blue screen-land acquisition process flow [compatibility mode]Blue screen-land acquisition process flow [compatibility mode]
Blue screen-land acquisition process flow [compatibility mode]
 
Pi tan
Pi tanPi tan
Pi tan
 
Defects liability
Defects liabilityDefects liability
Defects liability
 
Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...
Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...
Borang permohohan semak semula kes t spm dan peraturan pentadbiran permohonan...
 
IEM on PCE Slideshow
IEM on PCE SlideshowIEM on PCE Slideshow
IEM on PCE Slideshow
 
Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakPentadbiran Kontrak
Pentadbiran Kontrak
 
Perintah am bab_c
Perintah am bab_cPerintah am bab_c
Perintah am bab_c
 
Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)
Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)
Mpk senarai semak permohonan pelan bangunan (kuatkuasa 010112)
 
Contoh surat rasmi.
Contoh surat rasmi.Contoh surat rasmi.
Contoh surat rasmi.
 
Contoh Resume Bahasa Melayu
Contoh Resume Bahasa MelayuContoh Resume Bahasa Melayu
Contoh Resume Bahasa Melayu
 
Tender Process | A Complete Procurement Guide
Tender Process | A Complete Procurement GuideTender Process | A Complete Procurement Guide
Tender Process | A Complete Procurement Guide
 

Ähnlich wie Utm slide cfo & ccc [compatibility mode]

Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041
Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041
Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041
Alif Mahardika
 
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121
dhoan Evridho
 
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012
dhoan Evridho
 
Diskriminasi pemajakan atas bujka
Diskriminasi pemajakan atas bujkaDiskriminasi pemajakan atas bujka
Diskriminasi pemajakan atas bujka
Citasco
 
01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...
01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...
01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...
CIPTAKARYAMETRO
 

Ähnlich wie Utm slide cfo & ccc [compatibility mode] (20)

Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041
Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041
Microsoft Word - DOK KUALIFIKASI SDN 041
 
Matrix perbedaan
Matrix perbedaanMatrix perbedaan
Matrix perbedaan
 
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20123
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20123Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20123
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20123
 
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-20121
 
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012
Matriks perbedaan-perpres-54-tahun-2010-dan-perpres-70-tahun-2012
 
Sosialisasi PBG.pptx
Sosialisasi PBG.pptxSosialisasi PBG.pptx
Sosialisasi PBG.pptx
 
Askum
AskumAskum
Askum
 
Slaid MPSAS 11.pptx
Slaid MPSAS 11.pptxSlaid MPSAS 11.pptx
Slaid MPSAS 11.pptx
 
Bahan Paparan Kebijakan Pengadaan 2017 KONSULTAN-4 April.pdf
Bahan Paparan Kebijakan Pengadaan 2017 KONSULTAN-4 April.pdfBahan Paparan Kebijakan Pengadaan 2017 KONSULTAN-4 April.pdf
Bahan Paparan Kebijakan Pengadaan 2017 KONSULTAN-4 April.pdf
 
JOGJA- Paparan Sosialisasi Permen PUPR No. 8 Tahun 2022 - Update 22Okt2022 #2...
JOGJA- Paparan Sosialisasi Permen PUPR No. 8 Tahun 2022 - Update 22Okt2022 #2...JOGJA- Paparan Sosialisasi Permen PUPR No. 8 Tahun 2022 - Update 22Okt2022 #2...
JOGJA- Paparan Sosialisasi Permen PUPR No. 8 Tahun 2022 - Update 22Okt2022 #2...
 
Pengelolaan Keuangan.ppt
Pengelolaan Keuangan.pptPengelolaan Keuangan.ppt
Pengelolaan Keuangan.ppt
 
Persetujuan Bangunan Gedung - Sertifikat Laik Fungsi
Persetujuan Bangunan Gedung  - Sertifikat Laik FungsiPersetujuan Bangunan Gedung  - Sertifikat Laik Fungsi
Persetujuan Bangunan Gedung - Sertifikat Laik Fungsi
 
Permen PU 04 2011
Permen PU 04 2011Permen PU 04 2011
Permen PU 04 2011
 
Diskriminasi pemajakan atas bujka
Diskriminasi pemajakan atas bujkaDiskriminasi pemajakan atas bujka
Diskriminasi pemajakan atas bujka
 
Pengantar Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah
Pengantar Pengadaan Barang/Jasa PemerintahPengantar Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah
Pengantar Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah
 
Tentang kpbu (indo)
Tentang kpbu (indo)Tentang kpbu (indo)
Tentang kpbu (indo)
 
01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...
01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...
01 - Dit. KSDK - Kebijakan Umum terkait Pembinaan Kelembagaan _ Sumber Daya K...
 
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
 
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
 
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
Proses iujk kualifikasi b1 (grade 7)
 

Kürzlich hochgeladen

mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Kürzlich hochgeladen (20)

mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 

Utm slide cfo & ccc [compatibility mode]

  • 1. 4/20/2011 Undang-undang Pembangunan Harta Tanah Disediakan oleh: Aizul Nahar Harun UTM International Campus INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation – CFO) INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 1
  • 2. 4/20/2011 SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) • Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa. • Permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan. • PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) • CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang- Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah : • Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka. • Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan • Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 2
  • 3. 4/20/2011 SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan; • Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance). • Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima. • Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) 3
  • 4. 4/20/2011 SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CFO) 4
  • 5. 4/20/2011 Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance– CCC) INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) LATAR BELAKANG • Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 9 Mac 2005 telah bersetuju supaya CCC dikeluarkan oleh para Profesional bagi menggantikan CFO yang dikeluarkan oleh PBT. • Seterusnya, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 21 Jun 2006 telah bersetuju dengan kaedah-kaedah yang digariskan dalam melaksanakan sistem CCC. • Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 5
  • 6. 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Apa yang dimaksudkan `Perakuan Siap Dan Pematuhan’? • Sesuatu bangunan yang didirikan perlu mempunyai perakuan yang mengesahkan ia selamat dan layak diduduki. Perakuan ini hanya dikeluarkan setelah pembinaannya mematuhi peruntukan undang-undang, pelan bangunan yang diluluskan dan juga syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di peringkat kelulusan pelan. Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang itu menduduki sesuatu bangunan, samada bangunan komersial atau bangunan kediaman, yang tidak memiliki perakuan. • Konsep sistem CCC ini bukanlah satu konsep baru. Ianya telah dilaksanakan di mana CCC dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP) bagi banglo yang dibina berasingan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Apa yang dimaksudkan `Perakuan Siap Dan Pematuhan’? • Pindaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 2007 (UKBS) pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada bangunan-bangunan kategori lain yang lebih kompleks dan tidak terhad kepada banglo yang dibina berasingan. • Perakuan ini dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia atau Pelukis Pelan Bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Para profesional dan Pelukis Pelan Bangunan ini dilantik oleh pihak pemaju sebagai perunding projek untuk mengawasi bangunan yang didirikan dari peringkat penyediaan pelan sehingga bangunan berkenaan siap dibina. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 6
  • 7. 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Kenapa CCC diperkenalkan? • Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kearah pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. • Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi. Secara keseluruhannya, menerusi pelaksanaan sistem CCC, norma masa yang diambil dalam projek pemajuan bangunan akan dapat dikurangkan. • Penjimatan masa ini akan membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan oleh pihak pelabur dan pemaju. Ini pula akan seterusnya menyumbang kepada meningkatkan lagi daya saing negara. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Kategori Orang Yang Mengemukakan Pelan • Berbanding dalam sistem CFO di mana OMP mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT dan juga mengemukakan permohonan untuk PBT keluarkan CFO, sistem baru ini menetapkan pelan bangunan masih perlu dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan tetapi CCC dikeluarkan oleh Orang Utama Yang Mengemukakan iaitu Principal Submitting Person (PSP) iaitu sama ada terdiri daripada Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan. • Di dalam sistem CFO dan sistem CCC Akta Arkitek membenarkan Pelukis Pelan Bangunan hanya mengeluarkan CCC bagi banglo yang tidak melebihi ketinggian 2 tingkat dan keluasan yang tidak melebihi 300 meter persegi. Berpandukan kepada senarai bersama yang dikeluarkan oleh Lembaga- lembaga Profesional, Arkitek Profesional akan berperanan sebagai PSP bagi projek-projek yang berkehendakkan input senibina yang tinggi sementara Jurutera Profesional pula bagi projek-projek berbentuk kejuruteraan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 7
  • 8. 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Tatacara Perlaksanaan CCC • Bagi memperkemaskan pelaksanaan sistem CCC, satu elemen penting diperkenalkan iaitu pendekatan perakuan secara berperingkat (stage certification). • Pendekatan ini yang berasaskan kepada prinsip tanggungjawab secara matriks (matrix of responsibility) mewajibkan pihak kontraktor atau kontraktor tred dan para profesional yang bertanggungjawab kepada sesuatu komponen pembinaan itu memperakukan penyiapan dan pematuhan komponen berkenaan. • Tanggungjawab secara matriks ini diterjemahkan melalui pengenalan Borang G1 hingga G21, di dalam UKBS 2007 yang mana melalui borang-borang ini komponen pembinaan disahkan penyiapan dan pematuhannya dengan ditandatangani oleh setiap profesional dan kontraktor atau kontraktor tred yang terlibat. Sebagai contoh bagi kerja-kerja pepaipan dalaman seperti dalam Borang G5, kontraktor tred (licensed plumber) dan Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional (bergantung kepada pihak mana yang menyedia dan mengemukakan lukisan pepaipan dalaman) perlu sama-sama mengesahkan penyiapan dan pematuhan kerja-kerja pemasangan pepaipan dalaman. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Tatacara Perlaksanaan CCC • Bagi membantu PBT mengawal pembinaan dari aspek memastikan perkara- perkara ketidakpatuhan diperbetulkan serta merta tanpa menunggu sehingga pembinaan tamat, Kementerian mencadangkan agar PSP memaklumkan kepada PBT tentang penyiapan setiap peringkat pembinaan yang utama. Penyiapan setiap peringkat pembinaan adalah yang bersamaan dengan borang-borang G berikut disahkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, iaitu : – peringkat penyiapan substruktur yang diterjemahkan melalui pengesahan Borang G1 – G3; – peringkat penyiapan superstruktur yang diterjemahkan melalui pengesahan Borang G4 – G12; dan – peringkat penyiapan perkhidmatan luaran dan dalaman melalui pengesahan Borang G13 – G21. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 8
  • 9. 4/20/2011 INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 9
  • 10. 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Tatacara Perlaksanaan CCC • Setelah menerima pemakluman daripada PSP tentang penyiapan sesuatu peringkat pembinaan, PBT adalah digalakkan melakukan pemeriksaan tapak agar sebarang ketidakpatuhan kepada pelan yang diluluskan dan Akta atau mana-mana undang-undang kecil dibawahnya dapat dikenalpasti dan diperbetulkan dengan sewajarnya sebelum peringkat pembinaan seterusnya dilaksanakan. • Berpandukan kepada laporan pegawai yang memeriksa tapak, Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan menetapkan tahap ketidakpatuhan yang dilaporkan serta mencadangkan kaedah pembetulan. Seterusnya PBT akan mengeluarkan notis bertulis yang berkehendakkan pematuhan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis tanpa menjejaskan pelaksanaan projek di tapak. Sekiranya ketidakpatuhan masih tidak diperbetulkan dalam tempoh yang ditetapkan, Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan mengarahkan PBT untuk mengeluarkan arahan berhenti kerja atau arahan bertulis menahan pengeluaran CCC sehingga ketidakpatuhan itu diperbetulkan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Tatacara Perlaksanaan CCC • Berbanding dengan sistem CFO di mana PBT akan hanya melakukan pemeriksaan tapak selepas bangunan siap dan Borang E diterima, sistem CCC menetapkan pengesahan penyiapan komponen pembinaan dilakukan secara berperingkat dalam keseluruhan tempoh pembinaan. Seperkara lagi, pengesahan borang-borang G tidak akan melewatkan proses pengeluaran CCC memandangkan ianya terletak di bawah kawalan PSP sepenuhnya. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 10
  • 11. 4/20/2011 PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) Sistem CCC memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam persijilan keselamatan dan keselesaan bangunan, iaitu: – hanya pihak yang arif dan pakar tentang sesuatu projek diberi kepercayaan untuk memperakukan keselamatan dan keselesaan bangunan yang dikeluarkan CCC olehnya. Dalam hal ini PSP lebih memahami dan mendalami sesuatupemajuan projek kerana terlibat dalam keseluruhan fasa pembangunannya iaitu dari peringkat kerja- kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek; – melalui proses matrix of responsibility, kredibiliti, akauntabiliti dan serta tanggungjawab pihak yang mengesahkan kerja adalah jelas di mana pihak yang bertanggungjawab kepada setiap komponen pembinaan akan sama-sama mengesahkan penyiapan dan pematuhan komponen berkenaan di dalam borang-borang G. Sekiranya berlaku kegagalan pihak yang bertanggungjawab mudah dikesan dan diambil tindakan dan perkara ini dilihat dapat meghasilkan kualiti kerja yang terjamin; dan – pengeluaran CCC, setelah mematuhi semua aspek perundangan dan syarat-syarat PBT, dapat di keluarkan serentak atau bersekali dengan pengeluaran Notis Milikan Kosong (Notice of Vacant Possession) yang juga terletak di bawah kawalan para profesional. Ini akan memberi manafaat secara langsung kepada pihak pembeli atau pemilik dari segi menyingkatkan masa menunggu untuk memasuki bangunan. INSPIRING CREATIVE AND INNOVATIVE MINDS 11