1. TASAWWUF PERBANDINGAN
IUS 4163
PEMBENTANGAN ISTILAH SUFI: AL-QABDHU DAN AL-
BASTHU
PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI
BIN SYED OMAR
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ADILAH BINTI MAT
038277
ISM USULUDDIN SEM 5
2. DEFINISI
Al-Qabdu:
Kesempitan. Qabdh adalah “kesempitan” spiritual
ketika hati digenggam dan disempitkan oleh Allah
melalui hukuman dan celaan. Ini adalah ketakutan yang
sangat dalam, serta pengalaman tentang waktu kini.
Setiap terjadi kesempitan (qabdh) selalu diikuti oleh
keluasan (basth).
3. Al-Basth:
Keadaan lapang atau lega yang muncul
dengan sendirinya dalam keadaan
penyingkapan (kasyf), yang meliputi hati
dengan kebahgiaan dan cinta tak
terlukiskan. Keadaan ini lahir dari
penyingkapan diri keindahan Allah (jamal).
4. DEFINISI MENURUT AHLI SUFI
• Kedua-dua istilah merupakan keadaan
hati yang diperolehi oleh seseorang
selepas melepasi peringkat khauf
(takut)dan raja’ (harap).
• Peringkat khauf bermaksud perasaan
takut kepada Allah kerana banyak buat
maksiat dan lalai mengingatiNya.
• Apabila peringkat ini menguasai diri maka
timbullah perasaan gerun atau sempit (al-
qabdhu).
5. • Peringkat al-bastu pula diperoleh selepas
melalui peringkat raja’ (harapan).
• Tingkatan raja’ ini diperoleh setelah
memahami dan menghayati sifat-sifat
jamal Allah.
• Kemudian, timbul rasa rindu (berharap)
untuk berjumpa dengan Allah.
• Apabila harapannya tercapai, seseorang
itu akan berasa lapang dan peringkat itu
dinamakan al-basthu.
6. • Al-qabdhu dan al-basthu adalah peringkat
orang yang sudah sampai ke peringkat ‘arif
billah (guru).
• Peringkat al-khauf dan al-raja’ adalah
peringkat orang yang baru menjalani
latihan kerohanian (al-musta’nif).
7. Contoh situasi Qabadh dan basath
Qabadh membuat seseorang
mengetahui betapa hebatnya
tuntutan Allah dan Maha
Adilnya Allah. Tidak ada dosa
yang terlepas daripada
perkiraan dan hukumanNya.
Manakala basath pula
memperlihatkan kemurahan
Allah s.w.t. Walaupun
hambaNya menghadapNya
dengan membawa dosa
sebanyak buih dilautan, namun
Allah bersedia
mengampunkannya..
8. PERBEZAAN AL-QABDHU DAN AL-KHAUF SERTA
AL-BASTHU DAN AL-RAJA’
’
AL-QABDHU DAN AL-
BASTHU
# perasaan ini muncul pada
waktu sekarang.
AL-KHAUF DAN AL-
RAJA’
# Perasaan ini hanya fokus
pada masa hadapan.
#contoh: seseorang akan
berasa takut jika ia akan
kehilangan sesuatu atau
harapan akan muncul
ketika memikirkan sesuatu
yang dihasratkan pada
masa hadapan.
9. • Dilapangkan kamu (diberi kegembiraan) supaya kamu tidak
ditinggalkan dalam ketakutan. Diberikan rasa takut dan
gerun supaya kamu tidak ditinggalakan dalam kesukaan.
Dibebaskan kamu dari kedua-duanya supaya kamu tidak
ditarik oleh sesuatu selain Dia (Allah)
HIKAM 90
• Orang Arif, apabila diberikan nikmat kelapangan atau
kegembiraan akan lebih berasa takut daripada apabila
diberi nikmat yang merupakan kesempitan dan ketakutan,
kerana tidak dapat tegak di atas batas-batas kesopanan
dalam keadaan kesenangan kecuali sedikit.
HIKAM 91
• Kelapangan dan ria hati mempunyai ruang untuk nafsu
mengambil kesempatan daripada kegembiraan itu dan
pada takut dan gerun tidak ada kesempatan untuk nafsu
mencelah.
HIKAM 92
3 kata-kata hikmah yang berkaitan dengan al-Qabdh & al-Basth
(menurut Syeikh Ibn ‘Atha ‘Illah Al-Sakandari dalam kitab hikam)
10. RUJUKAN
1. Amatullah Armstrong. (1997). Khazanah Istilah Sufi
Kunci Memasuki Dunia Tasawuf. Penerbit Mizan
khazanah ilmu-ilmu Islam.
1. Al-Sakandari, Ibn Atho’illah. (2011). Syarahan al-
Hikam. (Zulkifli Mohamed Teri). Kuala Lumpur : Telaga
Biru.