SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 21
Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam
Pengajaran di SK Telok Gong
Abstrak : Kajian ini di jalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Fokus kajian juga adalah
untuk mengenal pasti perbezaan pengaplikasian TMK mengikut jantina, bilangan kursus
TMK dan pengalaman mengajar serta hubungan antara tahap pengaplikasian dan amalan
profesional TMK. Populasi kajian seramai 77 orang guru dengan sampel kajian
melibatkan 66 orang guru. Kaedah kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk kajian
tinjauan. Data diperoleh daripada borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan
aplikasi SPSS dengan statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan tahap
pengaplikasian TMK. Manakala statistik inferensi adalah untuk menerangkan perbezaan
serta hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji melibatkan penggunaan ujian T, ujian
ANOVA sehala dan ujian Korelasi. Skor min pengaplikasian guru diperoleh adalah
dengan nilai min = 3.34, menunjukkan tahap pengaplikasian TMK berada pada tahap
yang sederhana. Kesimpulan kajian menunjukkan usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk meningkatkan tahap pengaplikasian TMK dengan memperkenalkan
pembelajaran e-learning seperti Frog VLE dan membekalkan peralatan serta perisian
pengajaran ke sekolah harus dipertingkatkan kerana tahap pengaplikasian adalah pada
tahap sederhana. Dapatan kajian adalah penting digunakan sebagai rujukan untuk
merangka perancangan strategik dan aspek latihan personal guru di peringkat sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan seterusnya
pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).
Kata kunci: pengaplikasian TMK, tahap pengaplikasian TMK, pengaplikasian TMK di
sekolah rendah
1.0 PENGENALAN
Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seiring dengan
kepesatan Malaysia dalam usaha mencapai taraf negara maju. Usaha menjadikan TMK
sebagai agenda utama Malaysia dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK10) di mana prasarana dan kemudahan mencapai serta menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) diperluas secara agresif dalam tempoh rancangan
tersebut. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan semua rakyat dapat merasai dan
menggunakan TMK dalam kehidupan untuk menyelesaikan dan memudahkan urusan
seharian. Penggunaan TMK bukan hanya penting di peringkat pengurusan. Dalam bidang
pendidikan TMK menjadi satu medium media yang sangat penting dan dapat memberi
impak positif sekiranya diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Menurut ( Salman, Saadah, Zuhaidah, Kamaliah 2014) impak positif dalam
perkembangan bidang pendidikan telah lama dikesan melalui penggunaan peralatan TMK
seperti komputer dan internet dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antaranya
adalah dengan memanfaatkan penggunaan aplikasi perisian multimedia melalui komputer
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu prasyarat penarafan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi
adalah dari segi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran dan pengajaran serta dalam pengurusan pentadbiran institusi pendidikan
(Pelan Strategik Interim KPM 2011). Menurut (Nor Bakar, Rashita 2011) Kementerian
Pendidikan Malaysia sangat menitik berat pembelajaran secara elektronik yang
merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu murid dalam menguasai konsep
dalam pembelajaran. Sehubungan dengan itu, melalui Pusat Perkembangan Kurikulum,
KPM semakan semula kurikulum sekolah dengan mengaplikasikan teknologi maklumat
dan komunikasi ke dalam kurikulum telah dijalankan bagi memastikan usaha penggunaan
secara maksimum elemen TMK dalam pembelajaran dan pengajaran.
Penggunaan TMK dalam pembelajaran adalah bergantung kepada pengetahuan
dan kecekapan guru dalam mengenal pasti media yang sesuai bagi mencapai objektif
pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, guru adalah pemangkin utama dalam usaha
menentukan kejayaan penerapan TMK kepada murid di sekolah. Guru seharusnya
mempunyai pengetahuan dan tahap pengaplikasian TMK yang baik bagi membolehkan
penggunaan TMK menjadi lebih telus dan berjaya. Pembelajaran secara konvensional
tanpa menggunakan alat bantu mengajar dan berpusatkan murid mampu diubah dengan
penggunaan TMK. Menurut (NoorAini, 2014) pembelajaran dan pengajaran
menggunakan TMK mengubah fungsi pendidik lebih sebagai pemudah cara atau
penggalak semasa proses pembelajaran. Pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid
atau berpusatkan bahan. Selain itu, salah satu kelebihan penggunaan TMK ialah bahan
tersebut boleh digunakan berulang kali dan mempunyai capaian yang meluas bukan
hanya di sekolah sahaja. Ini menunjukkan fungsi penggunaan TMK sebagai agen
pedagogi mampu menggantikan peranan guru dan murid lebih terarah melakukan
pembelajaran kendiri dengan hanya sedikit bimbingan dari guru (Vygotsky, 1962).
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Perubahan yang dibawa oleh bidang TMK tidak dapat ditolak dan terus meresap menjadi
fenomena yang perlu dihadapi dengan bijak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Salah satu cabaran adalah rentetan dari persetujuan dalam perbincangan persidangan
UNESCO pada tahun 2000, yang telah menggariskan panduan perubahan tangungjawa
boleh guru dan pentadbiran bidang pendidikan, melaksanakan TMK di peringkat sekolah
rendah(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).Menurut Nor Bakar dan Rashita
(2011) sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan yang sangat ketara dengan
impak yang nyata berikutan gelombang perubahan yang dicetuskan dalam bidang TMK.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggarap pelbagai strategi dan
rancangan dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara bagi memperkasa
pembelajaran secara elektronik ini sebagai satu kaedah yang dapat membantu murid
memahami konsep bagi subjek yang dipelajari.
Bagi menyahut cabaran menyedia pendidikan abad ke 21, transformasi kurikulum
sekolah rendah telah dibuat melibatkan perubahan secara keseluruhan, memastikan
keperluan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa
dibekalkan kepada murid. Transformasi ini telah menghasilkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Selain
mengambil kira kemahiran membaca menulis dan mengira penekanan terhadap
kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif, teknologi maklumat dan komunikasi(TMK),
serta elemen keusahawanan diberi penekanan (KPM,2010). Menurut Rosnaini, Arif dan
Jalalludin (2011), kemahiran bidang TMK perlu dikuasai oleh guru bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid. Kemahiran TMK guru ini bukan hanya digunakan ketika
proses pembelajaran tetapi mampu untuk menjadi pembimbing kepada murid bagi
melahirkan pengguna teknologi yang bijak serta mampu mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian.
Inisiatif mewujudkan Sekolah Bestari yang bermula pada tahun 1999 adalah salah
satu program transformasi dalam pendidikan bagi memperkasa pengaplikasian TMK di
sekolah seluruh negara. Kini program Sekolah Bestari telah melalui fasa yang keempat
iaitu untuk tempoh 2011 sehingga 2020 yang menekankan pelaksanaan kondolasi dan
kelestarian. Melalui Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
transformasi yang dijalankan adalah dari sudut pembangunan infrastruktur TMK,
penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran,
sokongan pedagogi dan teknikal, komunikasi korporat serta modal insan dan
pembangunan kapasiti (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Bagi strategi
pembangunan kapasiti melibatkan proses menjadikan guru-guru di sekolah sebagai tenaga
pakar, mengaplikasikan TMK dalam pengurusan dan pembelajaran dan pengajaran.
Namun begitu menurut Rosnain, Mohd dan Jalalludin (2011), kajian yang dilakukan di
sekolah bestari mendapati masih terdapat guru-guru yang masih tidak mahir
menggunakan aplikasi asas komputer. Hal ini mendatangkan kerugian kepada guru
seterusnya akan merugikan murid dan sekolah.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Keperluan guru menguasai pengetahuan asas dalam bidang TMK tidak boleh
diklasifikasikan sebagai persoalan yang remeh-temeh. Hal ini kerana pengaplikasian
pengetahuan dalam bidang TMK ini mempengaruhi sikap dan amalan guru untuk
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran. Di sekolah masih terdapat guru yang kurang
pengetahuan TMK menyebabkan keengganan mereka untuk mengaplikasikan TMK
dalam pengajaran. Hal ini turut mewujudkan perasaan takut kepada peralatan TMK dan
bahan-bahan pengajaran berasaskan TMK. Kegagalan mengaplikasikan TMK ini berlaku
apabila guru merancang pembelajaran yang membosankan untuk murid kerana cenderung
menggunakan media pengajaran yang konvensional dan tidak dapat menarik minat murid
(Awaatif, Norizan Esa, 2011,Hasan et al., 2005). Selain itu dapatan dari kajian Siti
Fatimah dan Ab Halim (2010) dan kajian daripada Awaatif dan Norizan Esa (2011)
mendapati faktor utama masalah guru dalam mengaplikasikan TMK adalah disebabkan
oleh guru sendiri yang kurang menguasai bidang tersebut. Selain itu, faktor penyumbang
yang lain ialah masalah prasarana dan kemudahan TMK yang tidak lengkap dan tidak di
selenggara dengan baik di sekolah.
Dalam usaha meningkatkan penggunaan dan penguasaan guru dalam TMK, antara
tahun 1999 sehingga tahun 2010 kerajaan telah membelanjakan kewangan berjumlah
RM6 bilion bagi menyediakan prasarana seperti makmal komputer dan kelengkapan serta
digunakan untuk menyokong program PPSMI. Namun begitu, daripada kajian didapati
80% guru hanya menggunakan TMK kurang dari satu jam seminggu untuk pembelajaran
dan hanya satu pertiga murid menyatakan kekerapan guru mengaplikasikan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran (Laporan Awal PPPM 2013-2025, 2012). Dapatan kajian
menunjukkan sikap guru yang memandang remeh kepada pengaplikasian TMK ini
perkara yang tidak banyak mendatangkan faedah bagi murid mencapai objektif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah guru yang bersikap tidak mengendahkan
penggunaan TMK ini beranggapan pengajaran secara konvensional dan berpusatkan guru
adalah kaedah yang terbaik dan diguna pakai walaupun kedudukan dan perkembangan
TMK yang telah mengubah penerimaan dan harapan murid kepada guru.
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengaplikasian TMK di sekolah iaitu
guru, teknologi dan sekolah, namun pelaksanaan perubahan inovasi dan pelaksanaan
terhadap asimilasi TMK dipengaruhi oleh faktor guru secara kritikal (Rosnaini,Mohd dan
Jalalludin, 2011). Walaupun pelbagai usaha dijalankan seperti melengkapkan prasarana,
mengadakan kursus TMK untuk guru bagi meningkatkan kemahiran TMK, namun proses
pengaplikasian guru mengaplikasikan TMK berada pada tahap yang rendah
(Sathiamoorthy, 2013). Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat melibatkan isu amalan
dan pengaplikasian TMK guru di sekolah. Antaranya ialah kajian berkenaan amalan
pengaplikasian TMK guru mengikut mata pelajaran seperti Sains dan Matematik.
Terdapat juga kajian pengaplikasian TMK mengikut lokasi sesuatu tempat dan organisasi
pendidikan. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK
di kalangan guru di SK Telok Gong dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Mengenal pasti perbezaan di antara jantina dengan tahap pengaplikasian TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenal pasti perbezaan di antara pengalaman mengajar dengan tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengenal pasti perbezaan di antara bilangan kursus dihadiri dengan tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengenal pasti hubungan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan
profesional guru.
5.1 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran?
2. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan tahap pengaplikasian TMK
dalam pengajaran dan pembelajaran?
3. Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman mengajar dengan tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?
4. Adakah terdapat perbezaan di antara bilangan kursus dihadiri dengan tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?
5. Adakah terdapat hubungan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan
profesional guru?
5.2 Hipotesis
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar
dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan kursus dihadiri
terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan TMK dengan
amalan profesional guru.
6.0 METODOLOGI
6.1 Kaedah dan Reka bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan bagi
mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sebuah
sekolah rendah di Daerah Pelabuhan Klang, Selangor. Satu set borang soal selidik
digunakan untuk kajian ini. Justeru data kajian diperoleh daripada hasil jawapan
responden dari borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian.
6.2 Lokasi Kajian
Kajian dijalankan di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Pemilihan lokasi kajian
ini kerana salah satu sekolah yang terawal menerima pelaksanaan VLE FROG Daerah
Klang.
6.3 Batasan Kajian
Batasan kajian menerangkan tentang skop kajian yang dijalankan. Batasan kajian bagi
kajian ini antaranya ialah skop kajian hanya tertumpu kepada populasi sebuah sekolah di
SK Telok Gong dengan jumlah sampel seramai 66 orang. Tahap pengaplikasian TMK
setiap sekolah mungkin menghasilkan min yang berbeza mengikut persekitaran, budaya,
prasarana dan sikap pentadbir terhadap TMK di sekolah. Konstruk kajian yang mengukur
tahap pengaplikasian TMK ialah pengetahuan guru, perancangan pengajaran, pengajaran
dan pembelajaran, penilaian dan amalan pengaplikasian TMK
6.4 Populasi dan Sampel
Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru di SK Telok Gong dengan jumlah 77
orang guru. Pengiraan sampel merujuk jadual kaedah Krejcie dan Morgan dengan
mengambil kira jumlah populasi. Krejcie dan Morgan menyarankan 75 populasi diambil
63 sebagai sampel dan sekiranya 80 populasi diambil 66 sebagai sampel. Oleh itu kajian
ini telah mengambil 66 sampel dari 77 populasi. Pemilihan sampel menggunakan rawak
mudah.
6.5 Instrumen
Instrumen kajian terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah soalan
mendapatkan maklumat demografi subjek. Maklumat demografi adalah seperti
jantina,umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, dan bilangan kursus TMK
yang pernah dihadiri. Manakala soalan bahagia B adalah instrumen soalan selidik yang
telah dibina oleh National Educational Technology Standard for Teacher (NETS-T) iaitu
Piawaian Teknologi dan Petunjuk Prestasi untuk Guru (Technology Standards and
Perfomance Indicator for Teacher-TSPIT) yang diadaptasi untuk digunakan dalam kajian
ini. Bahagian B ini soalan terarah untuk mengukur tahap pengaplikasian guru mengikut
konstruk. Terdapat 6 konstruk iaitu pengetahuan konsep, perancangan pengajaran,
melaksana pengajaran, penilaian dan amalan pengaplikasian TMK. Soalan bahagian B ini
menggunakan skala likert dengan pembahagian pilihan seperti berikut, pilihan 1
bersamaan tidak pernah, pilihan 2 bersamaan jarang sekali atau sekali dalam setahun,
pilihan 3 bersamaan sekali sekala atau 2-3 kali dalam satu tahun,pilihan 4 bersamaan
kerap kali atau 2-3 kali dalam satu penggal, dan pilihan 5 bersamaan dengan sentiasa atau
sekurang-kurangnya 4 kali dalam satu penggal.
6.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan keboleh percayaan.
Ujian rintis dilakukan terhadap instrumen di SK Kampung Pendamar, melibatkan 6 orang
guru menjawab soal selidik instrumen bagi mendapatkan nilai atau bacaan nilai alfa
cronbach. Justeru data soal selidik untuk ujian rintis dimasukkan dalam perisisan SPSS
dan disemak menggunakan fungsi kebolehpercayaan skala (Realibility Scale) untuk 33
soalan berbentuk skala. Nilai alfa cronbach yang diperolehi ialah 0.962. Menurut Ameer
(2013) nilai alpha cronbach melebihi 0.60 sering diguna pakai sebagai indeks
kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan. Nilai 0.6 sehingga 0.8 adalah nilai yang
diterima dalam penyelidikan. Manakala nilai 0.8 sehingga 1.0 adalah nilai yang baik
untuk kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam penyelidikan.
6.7 Analisis Data
Data dari borang soal selidik yang telah dijawab oleh subjek, dimasukkan ke dalam
perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis
menggunakan statistik deskriptif yang memerihalkan frekuensi, min, mod, median, varian
dan sisihan piawai dijan oleh perisian SPSS dan digunakan untuk meranngkan persoalan
kajian dan penyelidikan ini. Manakala statistik inferensi turut digunakan untuk
mendapatkan perbezaan antara 2 pemboleh ubah yang dikaji menggunakan ujian T dan
ujian ANOVA sehala. Keputusan statistik inferensi ini juga digunakan untuk
menerangkan perbezaan berpandukan hipotesis null yang telah dinyatakan dalam kajian.
Penetapan tahap julat min atau skala interpretasi bagi menentukan pengukuran nilai min
adalah seperti berikut:
Jadual 1 Skala Interpretasi Skor Min
Bil Julat Skor Min Tahap
1 1.00 – 2.34 Rendah
2 2.35 –3.67 Sederhana
3 3.68 – 5.00 Tinggi
Skala interpretasi min ini adalah berpandukan skala yang telah ditetapkan oleh
penyelidik-penyelidik terdahulu dalam kajian yang telah dijalankan. Skala seperti Jadual
1 telah digunakan oleh Ameer (2013) dan Siti Fatimah, Ab Halim (2010) dalam kajian
yang telah dijalankan.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan dapatan kajian daripada data yang telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS. Data dipaparkan dalam bentuk jadual dan penjelasan bagi
menerangkan tahap pengaplikasian TMK menggunakan statistik deskriptif dan statistik
inferensi bagi menerangkan persoalan kajian bagi mengenal pasti perbezaan antara
pemboleh ubah yang telah ditetapkan dalam kajian.
7.1 Analisis Deskriptif
Maklumat demografi subjek kajian dinyatakan dalam bahagian A instrumen soal selidik.
Maklumat ini adalah seperti jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar,
pengalaman menggunakan komputer dan bilangan kursus TMK yang dihadiri.
Jadual 2 Taburan Kekerapan Responden
Pernyataan Kekerapan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 21 32
Perempuan 45 68
Umur (tahun)
<30 6 9
31 – 35 28 42
36 – 40 15 23
41 – 45 8 12
>46 9 14
Akademik
Diploma 12 18
Sarjana Muda 49 74
Sarjana 5 8
PhD 0 0
Pengalaman Mengajar
1 – 5 13 20
6 – 10 22 33
11- 15 16 24
>15 15 23
Bilangan Kursus (kali)
1 – 2 50 76
3 – 4 12 18
>5 4 6
Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan data kekerapan taburan bagi maklumat demografi
responden. Guru perempuan adalah melebihi daripada guru lelaki ialah dengan bilangan
45 orang dan 21 orang guru lelaki. Bilangan ini adalah normal dalam persekitaran sekolah
di mana bilangan guru perempuan pada kebiasaannya lebih ramai daripada guru lelaki.
Bagi kekerapan umur, guru dalam lingkungan 31 tahun sehingga 35 tahun menunjukkan
bilangan tertinggi iaitu 28 orang, diikuti dengan lingkungan 36 tahun sehingga 40 tahun
dengan bilangan 15 orang guru dan yang ketiga dengan bilangan 9 orang iaitu dalam
lingkungan 46 tahun ke atas. Ini menggambarkan guru yang masih muda lebih ramai dari
golongan guru lama yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Manakala kekerapan
kelayakan akademik, guru yang memiliki ijazah sarjana muda dengan bilangan tertinggi
iaitu 49 orang, diikuti yang mempunyai kelayakan akademik diploma dengan bilangan 12
orang dan seterunya 5 orang guru mempunyai kelayakan sarjana. Ini menunjukkan
pelaksanaan dasar kerajaan menyeru supaya guru menyambung pelajaran ke peringkat
sarjana muda menunjukkan adalah salah satu faktor bilangan guru yang mempunyai
ijazah sarjana muda adalah tinggi.
Kekerapan pengalaman mengajar pula menunjukkan guru yang berpengalaman 6
tahun sehingga 10 tahun mempunyai bilangan tertinggi iaitu 22 orang, diikuti dengan
pengalaman mengajar 11 tahun sehingga 15 tahun dengan bilangan 16 orang. Seterusnya
diikuti dengan guru yang berpengalaman 15 tahun ke atas dengan bilangan 15 orang. Bagi
kekerapan bilangan menghadiri kursus TMK pula, guru yang menghadiri kursus 1 kali
sehingga 2 kali menunjukkan bilangan yang tertinggi iaitu 50 orang, diikuti dengan
bilangan kursus 3 kali sehingga 4 kali dengan bilangan 12 orang. Bilangan yang
menghadiri kursus lebih daripada 5 kali pula ialah 4 orang. Ini menunjukkan guru telah
terdedah dengan kursus penggunaan TMK paling kurang adalah 1 kali dalam tempoh
perkhidmatan sebagai guru di sekolah. Namun begitu taburan kekerapan bilangan kursus
TMK ini menunjukkan guru masih perlu menyertai banyak kursus yang melibatkan
pengaplikasian TMK bagi mengukuhkan pengetahuan dan menambah keyakinan guru
dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Persoalan Kajian 1
Apakah tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran?
Jadual 3 Tahap Pengaplikasian TMK dan Amalan Profesional TMK
Jadual 2 menunjukkan bacaan min bagi setiap elemen dalam setiap pengaplikasian TMK
guru. Elemen pengetahuan TMK menunjukkan min = 3.26 iaitu berada pada tahap
sederhana. Untuk elemen perancangan PdP pula min yang diterbitkan adalah dengan nilai
min = 3.11 turut berada pada tahap sederhana. Seterusnya elemen pelaksanaan PdP
memberi min = 3.27 berada pada tahap sederhana. Manakala untuk elemen penilaian PdP
pula menunjukkan min = 3.57 juga pada tahap sederhana. Namun elemen ini memberi
bacaan min kedua tertinggi daripada semua elemen pengaplikasian TMK. Elemen yang
terakhir ialah amalan TMK menunjukkan nilai min=3.61 turut berada pada tahap
sederhana. Walaupun begitu nilai min amalan TMK adalah nilai tertinggi di antara semua
elemen yang diukur. Daripada 5 nilai min elemen menghasilkan nilai min keseluruhan
pengaplikasian TMK guru dan pengajaran dan pembelajaran dengan nilai min = 3.34
menunjukkan tahap pengaplikasian di SK Telok Gong berada pada tahap sederhana. Hal
ini dipengaruhi oleh 5 elemen pengaplikasian TMK yang memberi bacaan sederhana
menyebabkan nilai min keseluruhan turut berada di tahap sederhana.
Elemen Min Interpretasi Sisihan Piawai
Pengetahuan TMK 3.26 Sederhana 0.70
Perancangan PdP 3.11 Sederhana 0.84
Perlaksanaan PdP 3.27 Sederhana 0.66
Penilaian PdP 3.57 Sederhana 0.79
Pengaplikasian
TMK
3.30
Sederhana
0.57
Amalan Profesional
TMK
3.61 Sederhana 0.71
7.2 Analisis Inferensi
Persoalan Kajian 2
Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan tahap pengaplikasian
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?
Hipotesis Ho1:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 4 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Jantina
Berdasarkan Jadual 3 yang ditunjukkan nilai-t yang menggambarkan perbandingan serta
perbezaan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru
lelaki dan guru perempuan ialah t=1.46. Manakala tahap signifikan p=0.15 adalah lebih
besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis diterima dan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina guru dengan tahap pengaplikasian
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Skor min tahap pengaplikasian TMK guru
lelaki ialah (min=3.45) adalah lebih besar sedikit nilainya berbanding daripada guru
perempuan (min=3.23). Ini bermakna tahap pengaplikasian TMK bagi guru lelaki dan
perempuan adalah sama dan tiada perbezaan.
Jantina Bil Min Sisihan
Piawai
Nilai-t Signifikan
p
Lelaki 21 3.45 0.70 1.46 0.15
Perempuan 45 3.23 0.50
Persoalan Kajian 3
Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman mengajar dengan tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?
Hipotesis Ho2:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar
dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Jadual 5 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Pengalaman Mengajar
*signifikan p<0.05
Statistik ANOVA sehala pada Jadual 3 menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan di mana F=1.02, dan nilai signifikan adalah p= 0.39, p>0.05
mengikut tahap pengaplikasian TMK berdasarkan faktor pengalaman mengajar. Daripada
dapatan data menunjukkan hipotesis nol diterima. Oleh itu tidak terdapat perbezaan
pengaplikasian TMK mengikut tempoh pengalaman guru mengajar.
Persoalan Kajian 4
Adakah terdapat perbezaan di antara bilangan kursus dihadiri dengan tahap
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran?
Hipotesis Ho3:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan kursus dihadiri
terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengaplikasian
TMK berdasarkan
pengalaman
mengajar
Jumlah
Kuasa
Dua
Darjah
Kebebasan
Min
Kuasa
Dua
Nilai
F
Signifikan
P
Antara kumpulan 1.00 3 0.33 1.02 0.39
Dalam kumpulan 20.28 62 0.32
Jumlah 21.28 65
Jadual 4 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Bilangan Kursus
*signifikan p<0.05
Statistik ANOVA sehala pada Jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan di mana F=1.32, dan nilai signifikan adalah p= 0.28, p>0.05
mengikut tahap pengaplikasian TMK berdasarkan faktor bilangan kursus TMK yang
dihadiri. Daripada dapatan data ini menunjukkan hipotesis nol diterima. Oleh itu tidak
terdapat perbezaan yang signifikan pengaplikasian TMK mengikut bilangan kursus TMK
yang dihadiri guru.
Persoalan Kajian 5
Adakah terdapat hubungan di antara pengetahuan TMK dengan amalan TMK
guru dalam pengajaran dan pembelajaran?
Hipotesis Ho4:
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan TMK dengan
amalan pengaplikasian guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Jadual 5 Hubungan Antara Pengetahuan TMK dan Amalan TMK Guru
Pengaplikasian TMK
Pengetahuan
Amalan TMK
Korelasi Pearson (r)
Sig.(2 arah)
N
0.541**
0.00
66
** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)
Pengaplikasian
TMK berdasarkan
bilangan kursus
Jumlah
Kuasa
Dua
Darjah
Kebebasan
Min
Kuasa
Dua
Nilai
F
Signifikan
p
Antara kumpulan 0.85 2 0.43 1.32 0.28
Dalam kumpulan 20.43 63 0.32
Jumlah 21.28 65
Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian korelasi Pearson yang dijalankan bagi
membuktikan hipotesis kajian. Ujian korelasi ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan TMK guru. Maka dapat
disimpulkan, hipotesis ditolak pada aras erti 0.01. Manakala pekali korelasi r = 0.541
menunjukkan terdapat hubungan yang di antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Namun
begitu hubungan tersebut adalah pada tahap yang sederhana.
8.0 PERBINCANGAN
Tahap pengaplikasian TMK guru di SK Telok Gong didapati berada pada tahap yang
sederhana. Tahap pengaplikasian TMK melibatkan semua elemen pengaplikasian yang
diukur turut berada pada tahap yang sederhana seperti pengetahuan pengaplikasian TMK,
pengaplikasian TMK dalam perancangan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam
perlaksanaan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam penilaian pengajaran. Namun
begitu kajian yang telah dijalankan oleh Simen et al. 2013 di 10 buah sekolah di Lembah
Klang mendapati kemahiran dan pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi.
Perbezaan lokasi kajian bagi kajian memberikan dapatan yang berbeza. Amalan
profesional juga berada pada tahap yang sederhana. Amalan profesional guru didapati
dengan nilai yang lebih dari tahap pengaplikasian TMK guru. Hal ini berikutan
perkembangan teknologi TMK dan perkembangan budaya maklumat di hujung jari
melalui penggunaan telefon pintar serta pemilikan komputer riba peningkatan kelajuan
dan capaian internet . Hal ini memudahkan guru berkomunikasi dan bertukar maklumat
dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat pada telefon pintar atau komputer
riba.
Nilai min pengaplikasian TMK dalam penilaian pula menunjukkan nilai tertinggi
dalam mengukur tahap pengaplikasian TMK guru. Hal ini berikutan penggunaan Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara atas talian yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan sistem yang sebelumnya.
Penggunaan sistem secara atas talian menyebabkan guru menjadi biasa menggunakan
internet. Perubahan ini membawa kepada penggunaan internet yang lebih meluas dari
pencarian maklumat sehinggalah membuat urusan rasmi dan keperluan harian contohnya
seperti penggunaan emel, menyimpan bahan pengajaran atau fail menggunakan storan
atas talian.
Analisis bagi mengenal pasti perbezaan menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan tahap pengaplikasian TMK di antara guru lelaki dan guru perempuan. Tahap
pengaplikasian mengikut jantina adalah sama dengan nilai berada pada tahap sederhana.
Begitu juga dengan analisis perbezaan yang melihat dari sudut pengalaman mengajar juga
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara guru yang baru dan guru yang
berpengalaman mengajar. Hal ini menunjukkan guru baru yang lebih terdedah kepada
pengaplikasian TMK semasa pembelajaran di peringkat ijazah sarjana muda
mengaplikasikan TMK secara sederhana. Dapatan ini bertentangan dengan kajian yang
dilakukan oleh Johari dan Zaliza (2010) menunjukkan guru dengan pengalaman mengajar
kurang dari 15 tahun mempunyai minat dan kemahiran dalam mengaplikasikan TMK
dalam pengajaran. Analisis perbezaan yang melihat dari sudut bilangan kursus TMK juga
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap pengaplikasian TMK guru di antara
guru yang bilangannya sikit menghadiri kursus TMK dengan guru yang telah kerap kali
menghadiri kursus TMK. Dapatan ini juga menunjukkan kehadiran bilangan kursus yang
kerap turut memberi nilai pengaplikasian TMK yang sederhana. Guru yang telah banyak
kali menghadiri kursus TMK berkemungkinan adalah guru lama, oleh itu walaupun kerap
menghadiri kursus TMK dari segi pengaplikasian TMK tetap pada tahap sederhana. Hal
ini yang berlaku kerana kurang inisiatif guru bagi meningkatkan tahap pengaplikasian
TMK dalam pengajaran.
Amalan profesional guru dalam mengaplikasikan TMK didapati mempunyai
hubungan dengan tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu sekiranya amalan profesional ini berada pada tahap yang tinggi, tahap
pengaplikasian TMK guru juga akan menunjukkan peningkatan dan begitu juga
sebaliknya walaupun kadar perubahan ini berada pada tahap sederhana. Faktor luaran
seperti kemudahan TMK yang tidak sempurna dan sambungan talian internet yang
bermasalah menjadi punca proses pengaplikasian dan integrasi TMK oleh guru
Matematik di sekolah (Md Nor & Rashita, 2011).
9.0 CADANGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira populasi untuk sebuah sekolah sahaja.
Kajian juga tidak merangkumi faktor halangan dari segi prasarana dan infrastruktur TMK
di sekolah. Oleh itu cadangan kajian seterusnya boleh dijalankan dengan memperluaskan
skop populasi kajian kepada peringkat zon daerah atau negeri. Penambahan juga untuk
faktor halangan terhadap pengaplikasian TMK di sekolah. Selain itu juga skop kajian
boleh menumpukan kepada pengaplikasian TMK mengikut mata pelajaran seperti mata
pelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan sebagainya di mana kajian hasil lebih jelas dan
fokus.
10.0 KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu fokus kajian yang juga turut mengenal pasti
perbezaan tahap pengaplikasian mengikut jantina, pengalaman mengajar dan bilangan
kursus TMK yang hadiri serta hubungan antara tahap pengaplikasian TMK guru dengan
amalan TMK. Walaupun usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan memperkenalkan pembelajaran kaedah e-learning dengan memperkenalkan Frog
VLE yang berasaskan portal halaman web ke sekolah. Begitu juga dengan usaha
membekalkan peralatan TMK dan bahan mengajar berasaskan TMK ke sekolah. Namun,
penyediaan bahan-bahan ini tidak boleh digunakan untuk mengukur dan menjangkakan
tahap pengaplikasian TMK guru berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu ini
tidak bermakna usaha tersebut telah gagal kerana dari semua tahap yang dikenal pasti
iaitu pengetahuan pengaplikasian, pengaplikasian dalam perancangan, pengaplikasian
dalam perlaksanaan, pengaplikasian dalam penilaian serta amalan profesional
menunjukkan kesemuanya berada pada tahap sederhana. Usaha bagi meningkatkan tahap
pengaplikasian boleh ditambah dengan memperbanyakkan kursus pada semua peringkat
sama ada di sekolah, di Pejabat Pendidikan Daerah, atau di Jabatan Pendidikan Negeri
dengan menambah penglibatan guru. Selain itu usaha meningkatkan amalan profesional
guru dapat meningkatkan tahap pengaplikasian TMK guru berikutan terdapat hubungan
yang positif antara amalan profesional dan tahap pengaplikasian guru dalam
pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor luar seperti
perkembangan teknologi yang berasaskan penggunaan telefon pintar serta pemilikan
komputer riba juga tidak boleh diketepikan. Faktor luaran ini turut mempengaruhi
penguasaan dan menambah amalan profesional guru.
11.0 RUJUKAN
Laporan awal pppm 2013-2015
Sathiamoorthy Kannan (PhD), Kepimpinan Teknologi Pengetua,Institut Kepimpinan
Pendidikan, Universiti Malaya, 2013
Buku Panduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Kurikulum, Bahagian
Pembanguna Kurikulum 2011
Siti Fatimah Ahmad, Abdul Halim Tamuri, Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran J-Qaf, 2010,
Journal Of Islamic and Arabic Education 2(2),2010 53-64
Awaatif Ahmad dan Norizan Esa, Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware)
Dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar, Asia Pacific Journal of Educators
and Education, Vol. 26, No. 1, 51–70, 2011
Zainudin Abu Bakar,Mohd Safarin Noordin,Aide Hatib, Fakulti Pendidikan,Universiti
Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia, Penguasaan Kemahiran Ict Dalam Kalangan
Guru: Suatu Analisis Kritikal Kepustakaan, 2010
Rosnaini Mahmud,Mohd Arif Hj. Ismail dan Jalalludin Ibrahim, Jurnal Teknologi
Pendidikan MalaysiaJilid 1, Nombor 1, Mac 2011, Tahap Kemahiran dan
Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari
Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi, Journal of Science and Mathematics Educational,
volume 2 Jun 2011, Pages 1 -17/ISSN:2231-7368, Pengintegrasian ICT Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah
Kota Tinggi
Cheah Chee Keong, Linda Liang, Salmiah Said, Siti Hajar Man, 2010. Amalan
Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang
Asli Di Hulu Perak, Grik:Satu Kajian Kes, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Abdul Halim
Norabeerah Saforrudin, Halimah Badioze Zaman & Azlina Ahmad, 2012, Penggunaan
Alat Pengarangan Multimedia dalam kalangan Pendidik Guru: Faktor Pemilihan
Bahagian Teknologi Pendidikan ,(2010) JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH
PEMBESTARIAN SEKOLAH
Ameer Hazim , (2013) Kepimpinan Teknologi Pentadbir Dan Hubungannya Dengan
Aplikasi ICT Guru
Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri, (2010), Persepsi Guru Terhadap Bahan
Bantuan Mengajar Berasakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF,
Journal od Islamic Education 2(2), 2010 53-64
Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan, Tahap Amalan dan
Perintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanNaim Manaf
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpkKuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpksiewlee0507
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaMahyuddin Khalid
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Denne Freddy
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025Raimi Syazwan Ruzaidi
 

Was ist angesagt? (20)

Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpkKuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Pendidikan masa kini
Pendidikan masa kiniPendidikan masa kini
Pendidikan masa kini
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSMTransformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 

Andere mochten auch

Belajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTAL
Belajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTALBelajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTAL
Belajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTALDannielz Scalperior
 
Hutang , insurans dan saham
Hutang , insurans dan sahamHutang , insurans dan saham
Hutang , insurans dan sahamMohd Tony Saidi
 
Analisis Fundamental, Teknikal, dan Program Metastock
Analisis Fundamental, Teknikal, dan Program MetastockAnalisis Fundamental, Teknikal, dan Program Metastock
Analisis Fundamental, Teknikal, dan Program MetastockJimmy L
 

Andere mochten auch (7)

Analisis Teknikal Saham 1
Analisis Teknikal Saham 1Analisis Teknikal Saham 1
Analisis Teknikal Saham 1
 
Belajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTAL
Belajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTALBelajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTAL
Belajar Trading menggunakan ANALISA FUNDAMENTAL
 
30 panduan saham
30 panduan saham30 panduan saham
30 panduan saham
 
Hutang , insurans dan saham
Hutang , insurans dan sahamHutang , insurans dan saham
Hutang , insurans dan saham
 
Belajar Saham lv 2
Belajar Saham lv 2Belajar Saham lv 2
Belajar Saham lv 2
 
Analisis Fundamental, Teknikal, dan Program Metastock
Analisis Fundamental, Teknikal, dan Program MetastockAnalisis Fundamental, Teknikal, dan Program Metastock
Analisis Fundamental, Teknikal, dan Program Metastock
 
Sekolah Pasar Modal Level 2
Sekolah Pasar Modal Level 2Sekolah Pasar Modal Level 2
Sekolah Pasar Modal Level 2
 

Ähnlich wie Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran di SK Telok Gong

Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranJerry Makawimbang
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoSumarso M.Pd.
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Manfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikanManfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikanarif08
 
Manfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikanManfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikanarif08
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Octaryo Susilo
 
Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiSakeena Nordin
 
Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiAdila Dila
 

Ähnlich wie Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran di SK Telok Gong (20)

Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Kerjakursus
KerjakursusKerjakursus
Kerjakursus
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Manfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikanManfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikan
 
Manfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikanManfaat tik dalam pendidikan
Manfaat tik dalam pendidikan
 
Ict islam
Ict islamIct islam
Ict islam
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
Peran teknologi pendidikan dalam meningkatkan mutu serta kualitas peserta did...
 
Laporan dapatan kajian
Laporan dapatan kajianLaporan dapatan kajian
Laporan dapatan kajian
 
Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi
 
Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi
 

Kürzlich hochgeladen

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 

Kürzlich hochgeladen (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran di SK Telok Gong

  • 1. Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pengajaran di SK Telok Gong Abstrak : Kajian ini di jalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Fokus kajian juga adalah untuk mengenal pasti perbezaan pengaplikasian TMK mengikut jantina, bilangan kursus TMK dan pengalaman mengajar serta hubungan antara tahap pengaplikasian dan amalan profesional TMK. Populasi kajian seramai 77 orang guru dengan sampel kajian melibatkan 66 orang guru. Kaedah kajian adalah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data diperoleh daripada borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan aplikasi SPSS dengan statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan tahap pengaplikasian TMK. Manakala statistik inferensi adalah untuk menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji melibatkan penggunaan ujian T, ujian ANOVA sehala dan ujian Korelasi. Skor min pengaplikasian guru diperoleh adalah dengan nilai min = 3.34, menunjukkan tahap pengaplikasian TMK berada pada tahap yang sederhana. Kesimpulan kajian menunjukkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan tahap pengaplikasian TMK dengan memperkenalkan pembelajaran e-learning seperti Frog VLE dan membekalkan peralatan serta perisian pengajaran ke sekolah harus dipertingkatkan kerana tahap pengaplikasian adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian adalah penting digunakan sebagai rujukan untuk merangka perancangan strategik dan aspek latihan personal guru di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan seterusnya pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Kata kunci: pengaplikasian TMK, tahap pengaplikasian TMK, pengaplikasian TMK di sekolah rendah 1.0 PENGENALAN Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seiring dengan kepesatan Malaysia dalam usaha mencapai taraf negara maju. Usaha menjadikan TMK sebagai agenda utama Malaysia dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) di mana prasarana dan kemudahan mencapai serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) diperluas secara agresif dalam tempoh rancangan tersebut. Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan semua rakyat dapat merasai dan menggunakan TMK dalam kehidupan untuk menyelesaikan dan memudahkan urusan seharian. Penggunaan TMK bukan hanya penting di peringkat pengurusan. Dalam bidang pendidikan TMK menjadi satu medium media yang sangat penting dan dapat memberi impak positif sekiranya diaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
  • 2. Menurut ( Salman, Saadah, Zuhaidah, Kamaliah 2014) impak positif dalam perkembangan bidang pendidikan telah lama dikesan melalui penggunaan peralatan TMK seperti komputer dan internet dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Antaranya adalah dengan memanfaatkan penggunaan aplikasi perisian multimedia melalui komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu prasyarat penarafan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi adalah dari segi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pengajaran serta dalam pengurusan pentadbiran institusi pendidikan (Pelan Strategik Interim KPM 2011). Menurut (Nor Bakar, Rashita 2011) Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menitik berat pembelajaran secara elektronik yang merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu murid dalam menguasai konsep dalam pembelajaran. Sehubungan dengan itu, melalui Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM semakan semula kurikulum sekolah dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi ke dalam kurikulum telah dijalankan bagi memastikan usaha penggunaan secara maksimum elemen TMK dalam pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan TMK dalam pembelajaran adalah bergantung kepada pengetahuan dan kecekapan guru dalam mengenal pasti media yang sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, guru adalah pemangkin utama dalam usaha menentukan kejayaan penerapan TMK kepada murid di sekolah. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan tahap pengaplikasian TMK yang baik bagi membolehkan penggunaan TMK menjadi lebih telus dan berjaya. Pembelajaran secara konvensional tanpa menggunakan alat bantu mengajar dan berpusatkan murid mampu diubah dengan penggunaan TMK. Menurut (NoorAini, 2014) pembelajaran dan pengajaran menggunakan TMK mengubah fungsi pendidik lebih sebagai pemudah cara atau penggalak semasa proses pembelajaran. Pembelajaran lebih kepada berpusatkan murid atau berpusatkan bahan. Selain itu, salah satu kelebihan penggunaan TMK ialah bahan tersebut boleh digunakan berulang kali dan mempunyai capaian yang meluas bukan hanya di sekolah sahaja. Ini menunjukkan fungsi penggunaan TMK sebagai agen pedagogi mampu menggantikan peranan guru dan murid lebih terarah melakukan pembelajaran kendiri dengan hanya sedikit bimbingan dari guru (Vygotsky, 1962).
  • 3. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Perubahan yang dibawa oleh bidang TMK tidak dapat ditolak dan terus meresap menjadi fenomena yang perlu dihadapi dengan bijak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satu cabaran adalah rentetan dari persetujuan dalam perbincangan persidangan UNESCO pada tahun 2000, yang telah menggariskan panduan perubahan tangungjawa boleh guru dan pentadbiran bidang pendidikan, melaksanakan TMK di peringkat sekolah rendah(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).Menurut Nor Bakar dan Rashita (2011) sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan yang sangat ketara dengan impak yang nyata berikutan gelombang perubahan yang dicetuskan dalam bidang TMK. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggarap pelbagai strategi dan rancangan dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara bagi memperkasa pembelajaran secara elektronik ini sebagai satu kaedah yang dapat membantu murid memahami konsep bagi subjek yang dipelajari. Bagi menyahut cabaran menyedia pendidikan abad ke 21, transformasi kurikulum sekolah rendah telah dibuat melibatkan perubahan secara keseluruhan, memastikan keperluan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa dibekalkan kepada murid. Transformasi ini telah menghasilkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Selain mengambil kira kemahiran membaca menulis dan mengira penekanan terhadap kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif, teknologi maklumat dan komunikasi(TMK), serta elemen keusahawanan diberi penekanan (KPM,2010). Menurut Rosnaini, Arif dan Jalalludin (2011), kemahiran bidang TMK perlu dikuasai oleh guru bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid. Kemahiran TMK guru ini bukan hanya digunakan ketika proses pembelajaran tetapi mampu untuk menjadi pembimbing kepada murid bagi melahirkan pengguna teknologi yang bijak serta mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Inisiatif mewujudkan Sekolah Bestari yang bermula pada tahun 1999 adalah salah satu program transformasi dalam pendidikan bagi memperkasa pengaplikasian TMK di sekolah seluruh negara. Kini program Sekolah Bestari telah melalui fasa yang keempat
  • 4. iaitu untuk tempoh 2011 sehingga 2020 yang menekankan pelaksanaan kondolasi dan kelestarian. Melalui Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, transformasi yang dijalankan adalah dari sudut pembangunan infrastruktur TMK, penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran, sokongan pedagogi dan teknikal, komunikasi korporat serta modal insan dan pembangunan kapasiti (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2010). Bagi strategi pembangunan kapasiti melibatkan proses menjadikan guru-guru di sekolah sebagai tenaga pakar, mengaplikasikan TMK dalam pengurusan dan pembelajaran dan pengajaran. Namun begitu menurut Rosnain, Mohd dan Jalalludin (2011), kajian yang dilakukan di sekolah bestari mendapati masih terdapat guru-guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi asas komputer. Hal ini mendatangkan kerugian kepada guru seterusnya akan merugikan murid dan sekolah. 3.0 PENYATAAN MASALAH Keperluan guru menguasai pengetahuan asas dalam bidang TMK tidak boleh diklasifikasikan sebagai persoalan yang remeh-temeh. Hal ini kerana pengaplikasian pengetahuan dalam bidang TMK ini mempengaruhi sikap dan amalan guru untuk mengaplikasikan TMK dalam pengajaran. Di sekolah masih terdapat guru yang kurang pengetahuan TMK menyebabkan keengganan mereka untuk mengaplikasikan TMK dalam pengajaran. Hal ini turut mewujudkan perasaan takut kepada peralatan TMK dan bahan-bahan pengajaran berasaskan TMK. Kegagalan mengaplikasikan TMK ini berlaku apabila guru merancang pembelajaran yang membosankan untuk murid kerana cenderung menggunakan media pengajaran yang konvensional dan tidak dapat menarik minat murid (Awaatif, Norizan Esa, 2011,Hasan et al., 2005). Selain itu dapatan dari kajian Siti Fatimah dan Ab Halim (2010) dan kajian daripada Awaatif dan Norizan Esa (2011) mendapati faktor utama masalah guru dalam mengaplikasikan TMK adalah disebabkan oleh guru sendiri yang kurang menguasai bidang tersebut. Selain itu, faktor penyumbang yang lain ialah masalah prasarana dan kemudahan TMK yang tidak lengkap dan tidak di selenggara dengan baik di sekolah.
  • 5. Dalam usaha meningkatkan penggunaan dan penguasaan guru dalam TMK, antara tahun 1999 sehingga tahun 2010 kerajaan telah membelanjakan kewangan berjumlah RM6 bilion bagi menyediakan prasarana seperti makmal komputer dan kelengkapan serta digunakan untuk menyokong program PPSMI. Namun begitu, daripada kajian didapati 80% guru hanya menggunakan TMK kurang dari satu jam seminggu untuk pembelajaran dan hanya satu pertiga murid menyatakan kekerapan guru mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (Laporan Awal PPPM 2013-2025, 2012). Dapatan kajian menunjukkan sikap guru yang memandang remeh kepada pengaplikasian TMK ini perkara yang tidak banyak mendatangkan faedah bagi murid mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah guru yang bersikap tidak mengendahkan penggunaan TMK ini beranggapan pengajaran secara konvensional dan berpusatkan guru adalah kaedah yang terbaik dan diguna pakai walaupun kedudukan dan perkembangan TMK yang telah mengubah penerimaan dan harapan murid kepada guru. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pengaplikasian TMK di sekolah iaitu guru, teknologi dan sekolah, namun pelaksanaan perubahan inovasi dan pelaksanaan terhadap asimilasi TMK dipengaruhi oleh faktor guru secara kritikal (Rosnaini,Mohd dan Jalalludin, 2011). Walaupun pelbagai usaha dijalankan seperti melengkapkan prasarana, mengadakan kursus TMK untuk guru bagi meningkatkan kemahiran TMK, namun proses pengaplikasian guru mengaplikasikan TMK berada pada tahap yang rendah (Sathiamoorthy, 2013). Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat melibatkan isu amalan dan pengaplikasian TMK guru di sekolah. Antaranya ialah kajian berkenaan amalan pengaplikasian TMK guru mengikut mata pelajaran seperti Sains dan Matematik. Terdapat juga kajian pengaplikasian TMK mengikut lokasi sesuatu tempat dan organisasi pendidikan. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK di kalangan guru di SK Telok Gong dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 6. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Mengenal pasti perbezaan di antara jantina dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengenal pasti perbezaan di antara pengalaman mengajar dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengenal pasti perbezaan di antara bilangan kursus dihadiri dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Mengenal pasti hubungan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan profesional guru. 5.1 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran? 2. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 3. Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman mengajar dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 4. Adakah terdapat perbezaan di antara bilangan kursus dihadiri dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 5. Adakah terdapat hubungan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan profesional guru? 5.2 Hipotesis Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 7. Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan kursus dihadiri terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan TMK dengan amalan profesional guru. 6.0 METODOLOGI 6.1 Kaedah dan Reka bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan bagi mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah rendah di Daerah Pelabuhan Klang, Selangor. Satu set borang soal selidik digunakan untuk kajian ini. Justeru data kajian diperoleh daripada hasil jawapan responden dari borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian. 6.2 Lokasi Kajian Kajian dijalankan di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Pemilihan lokasi kajian ini kerana salah satu sekolah yang terawal menerima pelaksanaan VLE FROG Daerah Klang. 6.3 Batasan Kajian Batasan kajian menerangkan tentang skop kajian yang dijalankan. Batasan kajian bagi kajian ini antaranya ialah skop kajian hanya tertumpu kepada populasi sebuah sekolah di SK Telok Gong dengan jumlah sampel seramai 66 orang. Tahap pengaplikasian TMK setiap sekolah mungkin menghasilkan min yang berbeza mengikut persekitaran, budaya, prasarana dan sikap pentadbir terhadap TMK di sekolah. Konstruk kajian yang mengukur
  • 8. tahap pengaplikasian TMK ialah pengetahuan guru, perancangan pengajaran, pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan amalan pengaplikasian TMK 6.4 Populasi dan Sampel Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru di SK Telok Gong dengan jumlah 77 orang guru. Pengiraan sampel merujuk jadual kaedah Krejcie dan Morgan dengan mengambil kira jumlah populasi. Krejcie dan Morgan menyarankan 75 populasi diambil 63 sebagai sampel dan sekiranya 80 populasi diambil 66 sebagai sampel. Oleh itu kajian ini telah mengambil 66 sampel dari 77 populasi. Pemilihan sampel menggunakan rawak mudah. 6.5 Instrumen Instrumen kajian terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah soalan mendapatkan maklumat demografi subjek. Maklumat demografi adalah seperti jantina,umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, dan bilangan kursus TMK yang pernah dihadiri. Manakala soalan bahagia B adalah instrumen soalan selidik yang telah dibina oleh National Educational Technology Standard for Teacher (NETS-T) iaitu Piawaian Teknologi dan Petunjuk Prestasi untuk Guru (Technology Standards and Perfomance Indicator for Teacher-TSPIT) yang diadaptasi untuk digunakan dalam kajian ini. Bahagian B ini soalan terarah untuk mengukur tahap pengaplikasian guru mengikut konstruk. Terdapat 6 konstruk iaitu pengetahuan konsep, perancangan pengajaran, melaksana pengajaran, penilaian dan amalan pengaplikasian TMK. Soalan bahagian B ini menggunakan skala likert dengan pembahagian pilihan seperti berikut, pilihan 1 bersamaan tidak pernah, pilihan 2 bersamaan jarang sekali atau sekali dalam setahun, pilihan 3 bersamaan sekali sekala atau 2-3 kali dalam satu tahun,pilihan 4 bersamaan kerap kali atau 2-3 kali dalam satu penggal, dan pilihan 5 bersamaan dengan sentiasa atau sekurang-kurangnya 4 kali dalam satu penggal.
  • 9. 6.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan keboleh percayaan. Ujian rintis dilakukan terhadap instrumen di SK Kampung Pendamar, melibatkan 6 orang guru menjawab soal selidik instrumen bagi mendapatkan nilai atau bacaan nilai alfa cronbach. Justeru data soal selidik untuk ujian rintis dimasukkan dalam perisisan SPSS dan disemak menggunakan fungsi kebolehpercayaan skala (Realibility Scale) untuk 33 soalan berbentuk skala. Nilai alfa cronbach yang diperolehi ialah 0.962. Menurut Ameer (2013) nilai alpha cronbach melebihi 0.60 sering diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan. Nilai 0.6 sehingga 0.8 adalah nilai yang diterima dalam penyelidikan. Manakala nilai 0.8 sehingga 1.0 adalah nilai yang baik untuk kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam penyelidikan. 6.7 Analisis Data Data dari borang soal selidik yang telah dijawab oleh subjek, dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang memerihalkan frekuensi, min, mod, median, varian dan sisihan piawai dijan oleh perisian SPSS dan digunakan untuk meranngkan persoalan kajian dan penyelidikan ini. Manakala statistik inferensi turut digunakan untuk mendapatkan perbezaan antara 2 pemboleh ubah yang dikaji menggunakan ujian T dan ujian ANOVA sehala. Keputusan statistik inferensi ini juga digunakan untuk menerangkan perbezaan berpandukan hipotesis null yang telah dinyatakan dalam kajian.
  • 10. Penetapan tahap julat min atau skala interpretasi bagi menentukan pengukuran nilai min adalah seperti berikut: Jadual 1 Skala Interpretasi Skor Min Bil Julat Skor Min Tahap 1 1.00 – 2.34 Rendah 2 2.35 –3.67 Sederhana 3 3.68 – 5.00 Tinggi Skala interpretasi min ini adalah berpandukan skala yang telah ditetapkan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu dalam kajian yang telah dijalankan. Skala seperti Jadual 1 telah digunakan oleh Ameer (2013) dan Siti Fatimah, Ab Halim (2010) dalam kajian yang telah dijalankan. 7.0 DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menerangkan dapatan kajian daripada data yang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Data dipaparkan dalam bentuk jadual dan penjelasan bagi menerangkan tahap pengaplikasian TMK menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi bagi menerangkan persoalan kajian bagi mengenal pasti perbezaan antara pemboleh ubah yang telah ditetapkan dalam kajian. 7.1 Analisis Deskriptif Maklumat demografi subjek kajian dinyatakan dalam bahagian A instrumen soal selidik. Maklumat ini adalah seperti jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan komputer dan bilangan kursus TMK yang dihadiri.
  • 11. Jadual 2 Taburan Kekerapan Responden Pernyataan Kekerapan Peratusan (%) Jantina Lelaki 21 32 Perempuan 45 68 Umur (tahun) <30 6 9 31 – 35 28 42 36 – 40 15 23 41 – 45 8 12 >46 9 14 Akademik Diploma 12 18 Sarjana Muda 49 74 Sarjana 5 8 PhD 0 0 Pengalaman Mengajar 1 – 5 13 20 6 – 10 22 33 11- 15 16 24 >15 15 23 Bilangan Kursus (kali) 1 – 2 50 76 3 – 4 12 18 >5 4 6 Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan data kekerapan taburan bagi maklumat demografi responden. Guru perempuan adalah melebihi daripada guru lelaki ialah dengan bilangan 45 orang dan 21 orang guru lelaki. Bilangan ini adalah normal dalam persekitaran sekolah di mana bilangan guru perempuan pada kebiasaannya lebih ramai daripada guru lelaki. Bagi kekerapan umur, guru dalam lingkungan 31 tahun sehingga 35 tahun menunjukkan bilangan tertinggi iaitu 28 orang, diikuti dengan lingkungan 36 tahun sehingga 40 tahun
  • 12. dengan bilangan 15 orang guru dan yang ketiga dengan bilangan 9 orang iaitu dalam lingkungan 46 tahun ke atas. Ini menggambarkan guru yang masih muda lebih ramai dari golongan guru lama yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Manakala kekerapan kelayakan akademik, guru yang memiliki ijazah sarjana muda dengan bilangan tertinggi iaitu 49 orang, diikuti yang mempunyai kelayakan akademik diploma dengan bilangan 12 orang dan seterunya 5 orang guru mempunyai kelayakan sarjana. Ini menunjukkan pelaksanaan dasar kerajaan menyeru supaya guru menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda menunjukkan adalah salah satu faktor bilangan guru yang mempunyai ijazah sarjana muda adalah tinggi. Kekerapan pengalaman mengajar pula menunjukkan guru yang berpengalaman 6 tahun sehingga 10 tahun mempunyai bilangan tertinggi iaitu 22 orang, diikuti dengan pengalaman mengajar 11 tahun sehingga 15 tahun dengan bilangan 16 orang. Seterusnya diikuti dengan guru yang berpengalaman 15 tahun ke atas dengan bilangan 15 orang. Bagi kekerapan bilangan menghadiri kursus TMK pula, guru yang menghadiri kursus 1 kali sehingga 2 kali menunjukkan bilangan yang tertinggi iaitu 50 orang, diikuti dengan bilangan kursus 3 kali sehingga 4 kali dengan bilangan 12 orang. Bilangan yang menghadiri kursus lebih daripada 5 kali pula ialah 4 orang. Ini menunjukkan guru telah terdedah dengan kursus penggunaan TMK paling kurang adalah 1 kali dalam tempoh perkhidmatan sebagai guru di sekolah. Namun begitu taburan kekerapan bilangan kursus TMK ini menunjukkan guru masih perlu menyertai banyak kursus yang melibatkan pengaplikasian TMK bagi mengukuhkan pengetahuan dan menambah keyakinan guru dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 13. Persoalan Kajian 1 Apakah tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran? Jadual 3 Tahap Pengaplikasian TMK dan Amalan Profesional TMK Jadual 2 menunjukkan bacaan min bagi setiap elemen dalam setiap pengaplikasian TMK guru. Elemen pengetahuan TMK menunjukkan min = 3.26 iaitu berada pada tahap sederhana. Untuk elemen perancangan PdP pula min yang diterbitkan adalah dengan nilai min = 3.11 turut berada pada tahap sederhana. Seterusnya elemen pelaksanaan PdP memberi min = 3.27 berada pada tahap sederhana. Manakala untuk elemen penilaian PdP pula menunjukkan min = 3.57 juga pada tahap sederhana. Namun elemen ini memberi bacaan min kedua tertinggi daripada semua elemen pengaplikasian TMK. Elemen yang terakhir ialah amalan TMK menunjukkan nilai min=3.61 turut berada pada tahap sederhana. Walaupun begitu nilai min amalan TMK adalah nilai tertinggi di antara semua elemen yang diukur. Daripada 5 nilai min elemen menghasilkan nilai min keseluruhan pengaplikasian TMK guru dan pengajaran dan pembelajaran dengan nilai min = 3.34 menunjukkan tahap pengaplikasian di SK Telok Gong berada pada tahap sederhana. Hal ini dipengaruhi oleh 5 elemen pengaplikasian TMK yang memberi bacaan sederhana menyebabkan nilai min keseluruhan turut berada di tahap sederhana. Elemen Min Interpretasi Sisihan Piawai Pengetahuan TMK 3.26 Sederhana 0.70 Perancangan PdP 3.11 Sederhana 0.84 Perlaksanaan PdP 3.27 Sederhana 0.66 Penilaian PdP 3.57 Sederhana 0.79 Pengaplikasian TMK 3.30 Sederhana 0.57 Amalan Profesional TMK 3.61 Sederhana 0.71
  • 14. 7.2 Analisis Inferensi Persoalan Kajian 2 Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? Hipotesis Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Jantina Berdasarkan Jadual 3 yang ditunjukkan nilai-t yang menggambarkan perbandingan serta perbezaan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bagi guru lelaki dan guru perempuan ialah t=1.46. Manakala tahap signifikan p=0.15 adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis diterima dan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina guru dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Skor min tahap pengaplikasian TMK guru lelaki ialah (min=3.45) adalah lebih besar sedikit nilainya berbanding daripada guru perempuan (min=3.23). Ini bermakna tahap pengaplikasian TMK bagi guru lelaki dan perempuan adalah sama dan tiada perbezaan. Jantina Bil Min Sisihan Piawai Nilai-t Signifikan p Lelaki 21 3.45 0.70 1.46 0.15 Perempuan 45 3.23 0.50
  • 15. Persoalan Kajian 3 Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman mengajar dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? Hipotesis Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman mengajar dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Jadual 5 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Pengalaman Mengajar *signifikan p<0.05 Statistik ANOVA sehala pada Jadual 3 menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di mana F=1.02, dan nilai signifikan adalah p= 0.39, p>0.05 mengikut tahap pengaplikasian TMK berdasarkan faktor pengalaman mengajar. Daripada dapatan data menunjukkan hipotesis nol diterima. Oleh itu tidak terdapat perbezaan pengaplikasian TMK mengikut tempoh pengalaman guru mengajar. Persoalan Kajian 4 Adakah terdapat perbezaan di antara bilangan kursus dihadiri dengan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? Hipotesis Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara bilangan kursus dihadiri terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pengaplikasian TMK berdasarkan pengalaman mengajar Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Kuasa Dua Nilai F Signifikan P Antara kumpulan 1.00 3 0.33 1.02 0.39 Dalam kumpulan 20.28 62 0.32 Jumlah 21.28 65
  • 16. Jadual 4 Perbezaan Pengaplikasian TMK Guru Mengikut Bilangan Kursus *signifikan p<0.05 Statistik ANOVA sehala pada Jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di mana F=1.32, dan nilai signifikan adalah p= 0.28, p>0.05 mengikut tahap pengaplikasian TMK berdasarkan faktor bilangan kursus TMK yang dihadiri. Daripada dapatan data ini menunjukkan hipotesis nol diterima. Oleh itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengaplikasian TMK mengikut bilangan kursus TMK yang dihadiri guru. Persoalan Kajian 5 Adakah terdapat hubungan di antara pengetahuan TMK dengan amalan TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran? Hipotesis Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan TMK dengan amalan pengaplikasian guru dalam pengajaran dan pembelajaran Jadual 5 Hubungan Antara Pengetahuan TMK dan Amalan TMK Guru Pengaplikasian TMK Pengetahuan Amalan TMK Korelasi Pearson (r) Sig.(2 arah) N 0.541** 0.00 66 ** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah) Pengaplikasian TMK berdasarkan bilangan kursus Jumlah Kuasa Dua Darjah Kebebasan Min Kuasa Dua Nilai F Signifikan p Antara kumpulan 0.85 2 0.43 1.32 0.28 Dalam kumpulan 20.43 63 0.32 Jumlah 21.28 65
  • 17. Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian korelasi Pearson yang dijalankan bagi membuktikan hipotesis kajian. Ujian korelasi ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengaplikasian TMK dengan amalan TMK guru. Maka dapat disimpulkan, hipotesis ditolak pada aras erti 0.01. Manakala pekali korelasi r = 0.541 menunjukkan terdapat hubungan yang di antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Namun begitu hubungan tersebut adalah pada tahap yang sederhana. 8.0 PERBINCANGAN Tahap pengaplikasian TMK guru di SK Telok Gong didapati berada pada tahap yang sederhana. Tahap pengaplikasian TMK melibatkan semua elemen pengaplikasian yang diukur turut berada pada tahap yang sederhana seperti pengetahuan pengaplikasian TMK, pengaplikasian TMK dalam perancangan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam perlaksanaan pengajaran, pengaplikasian TMK dalam penilaian pengajaran. Namun begitu kajian yang telah dijalankan oleh Simen et al. 2013 di 10 buah sekolah di Lembah Klang mendapati kemahiran dan pengetahuan guru berada pada tahap yang tinggi. Perbezaan lokasi kajian bagi kajian memberikan dapatan yang berbeza. Amalan profesional juga berada pada tahap yang sederhana. Amalan profesional guru didapati dengan nilai yang lebih dari tahap pengaplikasian TMK guru. Hal ini berikutan perkembangan teknologi TMK dan perkembangan budaya maklumat di hujung jari melalui penggunaan telefon pintar serta pemilikan komputer riba peningkatan kelajuan dan capaian internet . Hal ini memudahkan guru berkomunikasi dan bertukar maklumat dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat pada telefon pintar atau komputer riba. Nilai min pengaplikasian TMK dalam penilaian pula menunjukkan nilai tertinggi dalam mengukur tahap pengaplikasian TMK guru. Hal ini berikutan penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara atas talian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan sistem yang sebelumnya. Penggunaan sistem secara atas talian menyebabkan guru menjadi biasa menggunakan internet. Perubahan ini membawa kepada penggunaan internet yang lebih meluas dari
  • 18. pencarian maklumat sehinggalah membuat urusan rasmi dan keperluan harian contohnya seperti penggunaan emel, menyimpan bahan pengajaran atau fail menggunakan storan atas talian. Analisis bagi mengenal pasti perbezaan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap pengaplikasian TMK di antara guru lelaki dan guru perempuan. Tahap pengaplikasian mengikut jantina adalah sama dengan nilai berada pada tahap sederhana. Begitu juga dengan analisis perbezaan yang melihat dari sudut pengalaman mengajar juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara guru yang baru dan guru yang berpengalaman mengajar. Hal ini menunjukkan guru baru yang lebih terdedah kepada pengaplikasian TMK semasa pembelajaran di peringkat ijazah sarjana muda mengaplikasikan TMK secara sederhana. Dapatan ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Johari dan Zaliza (2010) menunjukkan guru dengan pengalaman mengajar kurang dari 15 tahun mempunyai minat dan kemahiran dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran. Analisis perbezaan yang melihat dari sudut bilangan kursus TMK juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap pengaplikasian TMK guru di antara guru yang bilangannya sikit menghadiri kursus TMK dengan guru yang telah kerap kali menghadiri kursus TMK. Dapatan ini juga menunjukkan kehadiran bilangan kursus yang kerap turut memberi nilai pengaplikasian TMK yang sederhana. Guru yang telah banyak kali menghadiri kursus TMK berkemungkinan adalah guru lama, oleh itu walaupun kerap menghadiri kursus TMK dari segi pengaplikasian TMK tetap pada tahap sederhana. Hal ini yang berlaku kerana kurang inisiatif guru bagi meningkatkan tahap pengaplikasian TMK dalam pengajaran. Amalan profesional guru dalam mengaplikasikan TMK didapati mempunyai hubungan dengan tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sekiranya amalan profesional ini berada pada tahap yang tinggi, tahap pengaplikasian TMK guru juga akan menunjukkan peningkatan dan begitu juga sebaliknya walaupun kadar perubahan ini berada pada tahap sederhana. Faktor luaran seperti kemudahan TMK yang tidak sempurna dan sambungan talian internet yang bermasalah menjadi punca proses pengaplikasian dan integrasi TMK oleh guru Matematik di sekolah (Md Nor & Rashita, 2011).
  • 19. 9.0 CADANGAN KAJIAN Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira populasi untuk sebuah sekolah sahaja. Kajian juga tidak merangkumi faktor halangan dari segi prasarana dan infrastruktur TMK di sekolah. Oleh itu cadangan kajian seterusnya boleh dijalankan dengan memperluaskan skop populasi kajian kepada peringkat zon daerah atau negeri. Penambahan juga untuk faktor halangan terhadap pengaplikasian TMK di sekolah. Selain itu juga skop kajian boleh menumpukan kepada pengaplikasian TMK mengikut mata pelajaran seperti mata pelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan sebagainya di mana kajian hasil lebih jelas dan fokus. 10.0 KESIMPULAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian TMK guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu fokus kajian yang juga turut mengenal pasti perbezaan tahap pengaplikasian mengikut jantina, pengalaman mengajar dan bilangan kursus TMK yang hadiri serta hubungan antara tahap pengaplikasian TMK guru dengan amalan TMK. Walaupun usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan pembelajaran kaedah e-learning dengan memperkenalkan Frog VLE yang berasaskan portal halaman web ke sekolah. Begitu juga dengan usaha membekalkan peralatan TMK dan bahan mengajar berasaskan TMK ke sekolah. Namun, penyediaan bahan-bahan ini tidak boleh digunakan untuk mengukur dan menjangkakan tahap pengaplikasian TMK guru berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu ini tidak bermakna usaha tersebut telah gagal kerana dari semua tahap yang dikenal pasti iaitu pengetahuan pengaplikasian, pengaplikasian dalam perancangan, pengaplikasian dalam perlaksanaan, pengaplikasian dalam penilaian serta amalan profesional menunjukkan kesemuanya berada pada tahap sederhana. Usaha bagi meningkatkan tahap pengaplikasian boleh ditambah dengan memperbanyakkan kursus pada semua peringkat sama ada di sekolah, di Pejabat Pendidikan Daerah, atau di Jabatan Pendidikan Negeri dengan menambah penglibatan guru. Selain itu usaha meningkatkan amalan profesional guru dapat meningkatkan tahap pengaplikasian TMK guru berikutan terdapat hubungan
  • 20. yang positif antara amalan profesional dan tahap pengaplikasian guru dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor luar seperti perkembangan teknologi yang berasaskan penggunaan telefon pintar serta pemilikan komputer riba juga tidak boleh diketepikan. Faktor luaran ini turut mempengaruhi penguasaan dan menambah amalan profesional guru. 11.0 RUJUKAN Laporan awal pppm 2013-2015 Sathiamoorthy Kannan (PhD), Kepimpinan Teknologi Pengetua,Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya, 2013 Buku Panduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Merentas Kurikulum, Bahagian Pembanguna Kurikulum 2011 Siti Fatimah Ahmad, Abdul Halim Tamuri, Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran J-Qaf, 2010, Journal Of Islamic and Arabic Education 2(2),2010 53-64 Awaatif Ahmad dan Norizan Esa, Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware) Dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar, Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 51–70, 2011 Zainudin Abu Bakar,Mohd Safarin Noordin,Aide Hatib, Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia, Penguasaan Kemahiran Ict Dalam Kalangan Guru: Suatu Analisis Kritikal Kepustakaan, 2010 Rosnaini Mahmud,Mohd Arif Hj. Ismail dan Jalalludin Ibrahim, Jurnal Teknologi Pendidikan MalaysiaJilid 1, Nombor 1, Mac 2011, Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi, Journal of Science and Mathematics Educational, volume 2 Jun 2011, Pages 1 -17/ISSN:2231-7368, Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi Cheah Chee Keong, Linda Liang, Salmiah Said, Siti Hajar Man, 2010. Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik:Satu Kajian Kes, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
  • 21. Norabeerah Saforrudin, Halimah Badioze Zaman & Azlina Ahmad, 2012, Penggunaan Alat Pengarangan Multimedia dalam kalangan Pendidik Guru: Faktor Pemilihan Bahagian Teknologi Pendidikan ,(2010) JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Ameer Hazim , (2013) Kepimpinan Teknologi Pentadbir Dan Hubungannya Dengan Aplikasi ICT Guru Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri, (2010), Persepsi Guru Terhadap Bahan Bantuan Mengajar Berasakan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF, Journal od Islamic Education 2(2), 2010 53-64 Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan, Tahap Amalan dan Perintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains