Tamadun Islam bermula dengan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw. Ia bersifat sejagat, terbuka dan toleran serta menekankan keseimbangan antara rohani dan jasmani manusia. Matlamat utamanya ialah menghubungkan manusia dengan Penciptanya serta memelihara kepentingan asasi manusia.
2. Tamadun Islam mempunyai kaitan rapat
dengan perkembangan tamadun manusia.
Perkatan Islam berasal dari perkatan Arab
“salima” – sentosa dan damai.
Islam secara keseluruhannya adalah sejahtera
dimana sistem Allah s.w.t seimbang dan
sejahtera.
3. Firman Allah dalam surah al-Imran :
“Patutkah sesudah ( mengakui dan menerima
perjanjian itu mereka mencari lain daripada
agama Allah?. Padahal kepadaNyalah mereka
dikembalikan.
Sesungguhnya islam adalah juga agama para
nabi yang bermula daripada Nabi Adam
sehingga Nabi Muhammad s.a.w
4. Masih lagi berkait dengan istilah
“civilization”.
Konsep tamadun islam : Keadaan serta
tingkat kemajuan dalam kehidupan dari aspek
rohani dan jasmani bagi sesebuah bangsa dan
masyarakat.
5. berasal daripada perkataan Arab DEEN yang
membawa maksud agama atau gambaran
hidup beragama.
Daripada perkataan DEEN lahirlah perkataan
Maddana merujuk kepada pembukaan kota
serta perlakuan yang sopan dan halus.
Perkatan Maddana akhirnya terbitlah Madani
yang memberikan maksud pembangunan
perbandaran.
6. Ibn Khaldun – Hadarah lwn Badiah – Tamadun
Islam: “ Pencapaian manusia yang sudah
melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan dayacipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai seni”.
S.M. Naquib Al-Attas: “ Tamadun Islam ialah
keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya”.
7. PENCAPAIAN / KEMAJUAN YANG
DICAPAI (KEROHANIAN @ KEBENDAAN)
OLEH ORANG ISLAM YANG
BERTERASKAN KEPADA KONSEP
TAUHID (SATU TUHAN)
8. Tamadun islam berasaskan wahyu mempunyai
sifat-sifat khusus serta tersendiri.
Sifat tersebut mampu untuk menhadapi segala
apa yang berlaku.
Ciri-ciri tamadun Islam antaranya :
a. Kesejagatannya.
b. Keterbukaannya.
c. Kewujudannya.
d. toleransi
9. Satu keistimewaan bagi tamadun Islam
Kesejagatan tamadun Islam dapat dlihat
dimana dimuka bumi ini tanpa sempadan
geografi asalkan menjadikan Islam sebagai al-
din.
Wujudnya din Islam maka wujudnya lah
tamadun Islam.
10. Salah satu sifat tamadun Islam yang
membolehkan ianya diterima oleh
kebanyakkan manusia.
Menerima nilai-nilai dari tamadun lain asalkan
tidak bercanggah dengan islam
Atas dasar kterbukaan ini, wujudnya
kepelbagaian dalam tamadun Islam sesuai
dengan keadaan masyarakat persekitaran.
11. Tamadun islam bermula dengan turunnya ayat
pertama – Surah Alaq:
Tarikh terseut sebagai “turning point” .
Satu-satunya tamadun yang ada ketentuan
tarikhnya.
Tamadun Islam bermula dari tarikh tersebut
hinggalah ke hari kiamat.
12. Tamadun Islam mempunyai toleransi dan
keterbukanya dengan agama lain.
Islam keluar dari Semenanjung Tanah Arab dan
diterima dengan masyarakat tempat dengan
mudah.
Islam menjaga hak asasi masyarakat tempatan
sama ada yang islam atau bukan islam.
Bagi masyarakat Islam, mereka boleh
mengamalkan adat resam selagi tidak
bertentangan dengan Islam
13. Masyarakat bukan Islam : kehidupan mereka
akan terus terpelihara selahi tidak memberikan
ancaman kepada orang islam.
Melalui sifat toleransi tamadun keamanan dan
kesejahteraan dapat dikekalkan.
14. Aqidah merupakan asas kepada pembentukan
tamadun islam.
Berperanan menyatukan segala bentuk
pencapaian serta kemajuan yang bersandarkan
kekuasaan Allah s.w.t
Kepelbagaian,pencapaian dan perkembangan
yang sentiasa berlaku dalam Tamadun Islam
adalah manifestas keimanan umat Islam.
15. Tamadun Islam mengajar umatnya supaya
wujud keseimbangan :
Antara rohani & jasmani.
Antara Fizikal dan sipiritual.
Islam mengiktiraf kewujudan manusia dalam
dua entiti iaitu rohani dan fizika.
Kedua bersepadu dan tidak terpisah sama
sekali.
16. Ciri-ciri tamadun Islam :
Shumul/Menyeluruh ( Kesempurnaan )
Umum.
Ideal dan Realistik
Adil
Rabbani
17. Perkataan Arab bermaksud: lengkap
Kesempurnaan; Ajaran/shariat/akhlak
Menyeluruh (Universal/Global)
tidak merujuk kepada bangsa-bangsa tertentu
tetapi ia milik manusia seluruhnya
Manfaatnya pula bukan sahaja kepada penganut
agama Islam sahaja tetapi kepada semua manusia
yang dipayunginya dan yang berhubung
dengannya
18. Islam bersifat umum untuk setiap individu
tanpa mengira bangsa, masa atau geografi.
Sifat umum pada Islam membolehkan islam
diterima oleh sesiapa tanpa mengira
sempadan.
Kesan daripada sifat umum membolehkan
tamadun islam membentuk tamadun sejagat
dan bertahan merentasi sempadan masa dan
sejagat.
19. Islam meletakan kesempurnaan pada tahap
yang tinggi dalam kehidupan masyarakat.
Kesempurnaan sukar untuk dcapai, tetapi
boleh diusahakan melalui pengawasan
undang-undang serta peraturan Allah s.w.t
Berusaha untuk mencapai kesempurnaan
dalam kehidupan manusia.
Dunia yang nyata merupakan simbolik kepada
kewujudan dan kebenaran Allah.
20. Perkataan Arab bermaksud meletakkan
sesuatu kena pada tempatnya
Saksama
Tidak berat sebelah
Zahir
21. Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai
ketuhanan dan keagamaan.
Tujuan, sumber dan metode dalam Islam
ditentukan oleh Allah swt.
Islam membenaran mencari kehidupan
duniawi dalam masa yang sama wajib
mengabdikan diri kepadaNya.
22. Terbahagi kepada dua sumber :
Utama (primier) Al-Quraan & Sunnah
Sekunder ; Ijma/Ijtihad/Tamadun Asing
Kedua-dua sumber merupakan inspirasi
kepada pembentukan tamadun manusia.
Sesuatu yang baru dikatakan sebagai
tamadun selagi tidak bercanggah dengan al-
quraan dan hadith.
23. Al-Quran
Al- Qur’an Bermaksud ‘bacaan’. Ia merupakan
kalam Allah yang mu`jiz yang diturunkan kepada
nabi Muhammad s.a.w. Mengandungi 114 surah,
30 juzuk dan tidak kurang dari 6000 ayat. Al-
Qur’an merupakan mukjizat terbesar nabi
Muhammad s.a.w. Membacanya merupakan
ibadah malah barangsiapa yang mendengarnya
akan diberikan pahala. Di antara kemukjizatannya
adalah tidak pernah berubah ayatnya mahupun
perkataannya dan tidak mampu dicipta
seumpamanya oleh manusia walaupun satu ayat
24. Hadith/Sunnah
Apa-apa yang disandarkan kepada kepada nabi
Muhammad s.a.w samada perkataan, perbuatan,
persetujuan ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan
sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi
Rasul.Umumnya al-sunnah berfungsi sebagai
penterjemah amali dan perincian kepada al-Qur’an. Al-
sunnah/hadith-hadith Rasulullah s.a.w boleh didapati di
dalam kitab-kitab hadith antaranya kutub al-Sittah
yang terdiri daripada Sahih Bukhari, Sahih Muslim,
Sahih Ahmad b. Hanbal, Sahih Ibn Majah, Sahih, al-
Tirmizi dan Sahih Abu Daud.
25. Al-Ijmak (Al-Ijma‘)
Ijma’ ialah kesepakatan seluruh ulamak Islam
pada sesuatu masa sesudah kewafatan
Rasulullah s.a.w terhadap sesuatu hukum
syara`. Ijma` adalah hujah atau dalil dalam
pembinaan hukum Islam
26. Al-Ijtihad
Ijtihad ialah pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-
sungguh dan habis-habisan untuk mendapatkan sesuatu
hukum syara’ mengenai sesuatu masalah yang tidak
terdapat hukumnya dari al-Qur’an mahupun al-Sunnah dan
ia dilakukan dengan berpandukan kepada dasar-dasar umum
yang terkandung di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Melalui
ijtihad beberapa hukum baru disekitar dasar-dasar umum
yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah dapat
ditetapkan. Dengan adanya keluasan yang begini umat Islam
akan terus dapat menghadapi segala perkara dan masalah
baru yang timbul di dalam kehidupan mereka
27. Tamadun-Tamadun Asing
Islam tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun
asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam di
mana Islam mempunyai sifat terbuka kepada semua
tamadun. Sehubungan dengan ini, Prof Muhammad
Qutb di dalam bukunya “ salah faham terhadap Islam”
menjelaskan bahawa Islam melindungi dan
menyuburkan hasil-hasil tamadun yang dirintis oleh
Greek, Parsi, Rom, selagi ia tidak bercanggah dengan
konsep kepercayaan kepada Allah s.w.t dan tidak
menyelewengkan manusia dari tugas beribadah
kepada-Nya
28. Matlamat Umum:
Mengangkat Islam sbg ad-deen iaitu satu cara hidup
yang lengkap dan komprehensif.
Memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan selepasnya.
Matlamat Khusus:
Menjalinkan hubungan manusia dengan Allah pencipta
manusia dan alam.
Mewujudkan hubungan manusia dgn manusia dan alam
sejagat.
29. Manusia bukan sekadar berfikir tentang
penciptaan alam, malah mesti berfikir ttg
pencipta alam – iaitu Allah SWT.
Hubungan manusia dengan penciptanya (Allah)
merupakan matlamat terpenting dan terakhir
untuk dituju dalam kehidupan.
Hubungan dgn makhluk lain mestilah jgn
sampai menggugat hubungan dgn Allah.
30. Konsep Jiran dalam Islam.
a) Pengertian
Bahasa: Orang yang tinggal sebelah menyebelah/
tetangga.
Orang yang tinggal serumah dengan kita
Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah
rumah dari rumah kita dari segenap penjuru
Orang yang tinggal senegeri dengan kita.
31. b) Tanggungjawab Jiran
Memberi pertolongan jika diperlukan atau
diminta
Menziarahi apabila sakit
Mengucapkan tahniah apabila gembira
Turut berdukacita apabila jiran ditimpa
kemalangan
Memelihara kehormatan dan menutup aibnya
Memaafkan kesalahannya
32. Masyarakat Islam: tidak bersifat
perkauman, kebangsaan dan tidak
dibataskan dgn sempadan geografi;
berbentuk Wahdatul Ummah
Ukuran manusia di sisi Allah: Taqwa.
Islam menentang idea diskriminasi
perkauman dan ras.
33. Manusia merupakan sebahagian daripada alam
sejagat, tetapi berada pada kedudukan yang
istimewa - akal & pancaindera.
Islam galak kajian alam semesta kerana alam
semesta dicipta untuk faedah, maslahat dan
kepentingan manusia.
Alam semesta merupakan pentas renungan
34. Manusia Sebagai Khalifah Allah
a) Pengertian Khalifah
Abul A’la al-Maududi:
wakil tuhan untuk memimpin dunia.
Drs. Nasruddin Razak:
Makhluk yang bertugas mengurus bumi
dengan seluruh isinya dan berkewajipan
memakmurkannya sebagai amanah dari Allah.
35. b) Sebab Manusia Dilantik sebagai Khalifah
Keperluan semulajadi manusia lebih
menyeluruh berbanding makhluk lain.
Manusia dianugerahkan akal.
Manusia dibekalkan wahyu
c) Tanggungjawab Manusia Sebagai Khalifah.
Memimpin dunia mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Allah
Sebagai penterjemah sifat-sifat Allah
dalam batas- batas kemanusiaan
36. Tujuan utama tamadun islam ialah
memelihara keperluan manusia yang lima
iaitu :
Menjaga agama.
Menjaga jiwa
Menjaga keturunan.
Menjaga akal.
Menjaga harta.