SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 29
MEMPERKASA PEMIKIRAN DAN 
PENULISAN MELALUI 
TAKSONOMI REFLEKSI 
Arfah Binte Buang 
arfah_buang@sst.edu.sg 
Sekolah Sains dan Teknologi, Singapura
Sekilas pandang 
Kajian ini meneliti penggunaan dan kesan refleksi dalam 
pengajaran penulisan ekspositori di bilik darjah. 
Refleksi dan pengawalseliaan diri berperanan untuk membina 
kecekapan menulis di bilik darjah. 
Refleksi berstruktur yang meliputi pemikiran aras rendah dan 
tinggi merupakan strategi pencelahan yang diperkenalkan. 
Blog merupakan aplikasi Web 2.0 yang digunakan secara 
meluas di SST dan sesuai dengan ciri-ciri pelajar era digital.
Intai Bilik Darjah @ SST
Hasil Pendidikan yang Diingini 
Membina keupayaan setiap pelajar agar dapat berfikir secara 
kritis dan menyampaikan ideanya dengan yakin (MOE, 2011). 
Para pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran untuk 
membentangkan idea-idea dengan tepat lagi berkesan, 
sesuai dengan tuntutan ekonomi berasaskan pengetahuan. 
Kemahiran sedemikian dapat digilap melalui penulisan 
ekspositori yang memerlukan kecekapan pelajar untuk 
menyampaikan maklumat, atau menjelaskan sesuatu 
perkara melalui proses analisis yang logikal.
Proses tersebut biasanya melibatkan pernyataan sebab & 
akibat, mengenal pasti masalah & penyelesaian, dan 
menyediakan contoh-contoh atau fakta-fakta sokongan 
sebagai bukti. 
Penulisan ekspositori memerlukan organisasi yang kukuh, 
susunan yang logik, keterikatan yang utuh, serta pengolahan 
yang koheren & kohesi (Yani, 1998). 
Herrick (1992) menegaskan bahawa penulisan yang baik 
memerlukan masa untuk menjana pemikiran yang mendalam.
Pernyataan Masalah 
Pelajar mempunyai masalah untuk menyatakan pendapat 
dengan baik dan berkomunikasi dengan meyakinkan, 
terutamanya secara bertulis. 
Pelajar kurang mahir untuk mengolah prosa mengikut urutan 
secara koheren dan kohesi. 
Jika tidak ditangani, hal ini mungkin boleh menimbulkan kesan 
negatif hingga ke alam dewasa dan alam pekerjaan.
Tinjauan Pustaka 
Penulis yang lemah mempunyai masalah merancang, menulis 
dan menyemak teks ekspositori mereka. 
(de Milliano, van Gelderan, & Sleegers 2012; Lienemann, Graham, Leader- 
Janssen, & Reid, 2006; Scardamalia & Bereiter, 1986; Stein, & Dixon, 2001) 
Terdapat jurang antara keupayaan pelajar dalam membentuk 
abstrak dan konsepsi dengan kebolehan mereka untuk 
mengutarakannya dalam gaya penulisan ekspositori yang jitu. 
(Mohammad Noor, perbincangan peribadi).
Petanda Kelemahan 
Dari segi kandungan, pelajar sering didapati tidak memberi 
pernyataan-pernyataan huraian serta contoh atau bukti 
sokongan yang kukuh dan bertaut. 
Dari segi organisasi penulisan pula, terdapat masalah 
pemerengganan atau penyusunan idea yang menjejas 
penyampaian maksud secara keseluruhannya. 
Perkara lain adalah kurangnya perancangan yang mencukupi 
kerana mereka lebih suka terus menulis daripada merancang 
kandungan dengan terperinci bagi tajuk yang diberi.
jika pelajar dapat diberi masa untuk membuat refleksi 
dalam sesebuah proses penulisan, dia akan dapat berfikir 
secara analitis untuk memperkukuh alasan serta hujah-hujahnya
Refleksi 
Refleksi boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk pemprosesan 
mental yang digunakan untuk “memberi perhatian terhadap 
sesuatu dengan memikirkannya secara mendalam” 
(Plymouth University, 2010). 
Proses inilah yang membantu kita belajar. 
Dilakukan dengan memproses semula pengetahuan dan 
pemahaman yang sedia ada (Moon, 2001). 
Satu pendekatan adalah refleksi secara bertulis agar tindakan 
lanjut yang perlu diambil dapat dilihat secara jelas.
Hubungan antara Refleksi dan Penulisan 
Herrick (1992) menegaskan bahawa menulis memerlukan 
renungan/ refleksi, kerana tanpanya apa yang ditulis 
merupakan respons yang dangkal terhadap sesuatu perkara 
yang dibincangkan. 
Gersten & Baker (2001) mengaitkan pengawalseliaan diri 
dengan penulisan yang kukuh. Pengawalseliaan diri meliputi 
pembelajaran yang berpandukan metakognisi atau 
'memikirkan tentang pemikiran sendiri'. Ia melibatkan refleksi. 
Apa yang jelas, keberkesanan refleksi banyak bergantung 
kepada keupayaan pelajar menjalankan proses introspeksi ini.
Hubungan antara Refleksi dan Penulisan 
Troia (2005) mengusulkan pengawalseliaan diri melalui 
refleksi yang dilakukan dalam bentuk catatan seperti menulis 
sebuah jurnal dan log penulisan. 
Ini membolehkan kesedaran yang lebih tinggi tentang 
kecekapan menulis individu; pengurusan pemikiran, perasaan 
dan kesediaan menulis yang lebih baik; serta adaptasi strategi 
penulisan yang lebih berkesan. 
Refleksi, terutamanya secara bertulis, membolehkan pelajar 
mengakses pemikiran yang tidak eksplisit sebelumnya.
Seperkara yang biasa dikaitkan dengan Murray (1978), adalah: 
“Bagaimanakah saya mengetahui apa 
yang saya fikirkan sekiranya saya 
tidak dapat melihat apa yang saya katakan?” 
Dalam kajian ini, pemikiran pelajar dipaparkan melalui blog.
Wadah Pilihan: Blog 
Terdapat sejumlah kajian yang menyarankan penggunaan 
blog sebagai alatan refleksi (Hashemi, & Najafi, 2011; 
Quek, 2009; Song & Chan, 2008). 
Blog merujuk kepada laman web interaksi yang mempunyai 
pelbagai entri bertarikh - terdiri daripada teks, imej, objek 
media dan data - dalam urutan kronologi terbalik 
(Zamir, Kemboja & Supyan, 2011). 
Blog juga boleh dilihat sebagai sebuah laman web, yang 
menyerupai jurnal dalam talian, yang sentiasa dikemas kini 
(Stanley, 2005).
Mynard (2007) melaporkan bagaimana blog telah berjaya 
digunakan sebagai medium refleksi bagi pembelajaran 
bahasa. Blog juga merupakan satu wadah bagi latihan 
penulisan yang autentik. 
Blog berpotensi untuk menggalak autonomi pelajar, 
membangunkan kesedaran tentang khalayak dan 
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kolaboratif 
(Prentice, 2012). 
Quek (2009) menyentuh tentang pelajar yang menjadi lebih 
introspektif dan berfikir secara mendalam mengenai apa yang 
mereka tulis dalam blog mereka sendiri, atau, apabila mereka 
mengulas mengenai entri orang lain menerusi blog.
Penggunaan blog perlu disusuli oleh beberapa aktiviti yang 
menggalak refleksi secara langsung dan bermakna. 
Salah satu pendekatan adalah menggunakan Taksonomi Refleksi 
Pappas (2001), yang mencontohi pendekatan Bloom. 
Pappas mencadangkan soalan-soalan refleksi bertahap rendah 
hingga tahap yang lebih tinggi, yang boleh disesuaikan untuk 
membantu berfikir pelajar tentang tugas (penulisan) mereka. 
Soalan-soalan panduan ini boleh diperkenalkan secara 
berperingkat-peringkat dalam tugasan-tugasan menulis untuk 
membolehkan introspeksi yang lebih berkesan.
Rajah 1. Taksonomi Refleksi Pappas (2001) 
Menghasilkan: 
Apakah yang patut saya lakukan seterusnya? 
Menilai: 
Bagaimanakah kelakonan saya dalam kegiatan itu? 
Menganalisis: 
Apakah yang saya perhatikan sewaktu melakukan 
kegiatan itu? 
Mengaplikasi: 
Bilakah dapat saya lakukan kegiatan itu lagi? 
Memahami: 
Apakah perkara yang penting mengenai kegiatan 
yang saya lakukan itu? 
Mengingati: 
Apakah kegiatan yang telah saya lakukan?
Pengajaran penulisan menyertakan aktiviti-aktiviti refleksi 
berpandukan soalan-soalan rangsangan mengikut tahap 
refleksi yang diusulkan oleh Pappas (2001).
Merangsang Refleksi 
Pra-menulis: 
Selepas aktiviti perbincangan, pelajar diberikan tiga soalan 
refleksi mengikut tiga tahap pertama Taksonomi Refleksi 
Pappas - mengingat, memahami dan mengaplikasi. 
Mereka boleh ditanya tentang apa yang mereka lakukan pada 
pelajaran sebelumnya, mengapa mereka melakukannya dan 
apa yang mereka pelajari daripada melakukannya. 
Sesi ini diakhiri dengan perbincangan ringkas mengenai 
jawapan pelajar.
Pra-menulis: 
Pelajar diberikan karangan contoh agar mereka boleh 
membuat analisa dan penilaian tentang karangan yang diberi 
itu. 
Rangsangan-rangsangan refleksi seperti “Apakah yang kamu 
pelajari daripada teks contohan ini?” / “Adakah karangan ini 
baik? Mengapa?” 
Pos-menulis: 
“Adakah karangan contoh ini lebih baik daripada karangan 
kamu? Mengapa?” / “Apakah yang boleh kamu pelajari 
daripada karangan contoh ini?”
Pos-menulis: 
Soalan-soalan rangsangan refleksi lain boleh diberikan. 
- Apakah yang cuba kamu tegaskan dalam perenggan ini? 
- Bagaimanakah kamu cuba meyakinkan khalayak dengan 
hujah-hujah yang kamu tulis ini? 
- Apakah cara yang lebih berkesan untuk menyampaikan 
mesej kamu? 
- Apakah kesukaran yang kamu hadapi semasa menulis 
karangan ini? Bagaimanakah kamu boleh mengatasinya?
Dapatan kuantitatif 
Markah ujian pra-pos pencelahan setiap pelajar dibandingkan dan, 
pada umumnya, terdapat peningkatan markah bagi ujian pos-pencelahan. 
Selanjutnya, ujian statistik tidak parametrik yang 
digunakan dalam kajian ini menunjukkan adanya perubahan yang 
signifikan pada p < 0.05, dengan nilai P yang berukuran 0.00798, 
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
Dapatan kuantitatif 
Karangan pelajar turut diteliti sama ada mempunyai pernyataan tesis 
(PT), huraian (H) atau penjelasan, contoh atau sokongan (C), dan 
penegasan (PS). Perbandingan data sebelum dan selepas 
pencelahan menunjukkan peningkatan bagi keempat-empat ciri yang 
diteliti, seperti yang tersaji dalam Rajah 4.
Faktor-faktor Penyumbang (Data Kualitatif) 
Dapatan1: Blog membolehkan pemikiran metakognitif 
dilihat secara visual 
Menurut pelajar, aktiviti refleksi melalui blog membolehkan 
mereka berfikir secara metakognitif. Ini kerana aktiviti tersebut 
membuat mereka merenung tentang apa yang mereka 
fikirkan semasa menulis. 
“langkah menjelaskan pemikiran inilah yang sebenarnya dapat 
mempertingkat pembelajaran di bilik darjah” 
- Chi, De Leeuw, Chiu, & LaVancher (1994)
Dapatan 2: Blog memperkukuh penghayatan konsep 
atau internalisasi pembelajaran 
Aktiviti refleksi yang dijalankan menerusi blog didapati 
membantu pelajar mengingati struktur dan ciri-ciri penulisan 
ekspositori dengan lebih baik lagi. 
Ini kerana mereka berpeluang untuk 
berfikir secara introspektif. 
Selain itu, mereka turut berpeluang untuk memproses semula 
pengetahuan sedia ada atau membuat penyesuaian setelah 
ia difikirkan semula.
Dapatan 3: Blog membolehkan pemikiran dan 
pandangan diakses oleh orang lain 
Blog dapat menyebarluaskan pemikiran dan pandangan 
seseorang pelajar atau memberi akses kepada orang lain 
untuk memahaminya. 
Kesannya, ini memudahkan pelajar untuk belajar daripada 
satu sama lain dengan pantas. 
Menurut Quek (2009), blog menawarkan pelajar satu kemudahan 
untuk merujuk hasil karya orang lain supaya mereka boleh 
memperbaiki atau menambah nilai karya mereka sendiri.
Akhir kata 
Perbezaan antara strategi pencelahan dengan strategi pengajaran 
biasa adalah penggunaan aktiviti refleksi berstruktur menerusi blog 
sebagai wadah sokongan. Aktiviti refleksi telah membantu pelajar 
untuk (i) berfikir secara introspektif dengan dibantu atau dirangsang 
soalan-soalan pelbagai tahap pemikiran, (ii) membaca semula hasil 
kerja mereka serta (iii) menyediakan satu lagi saluran pembelajaran 
melalui hasil kerja rakan sebaya yang diakses oleh mereka. Kaedah 
ini terbukti telah dapat membantu mereka meningkatkan penulisan 
seperti yang ditunjukkan melalui data kuantitatif dan kualitatif yang 
dikumpulkan.
Terima Kasih

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Model pemprosesan maklumat
Model pemprosesan maklumatModel pemprosesan maklumat
Model pemprosesan maklumatanisah zurani
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learningZo Ri
 
Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...
Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...
Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...nurwa ningsih
 
Model discovery learning
Model discovery learningModel discovery learning
Model discovery learningMuhammad Fikri
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learningMas Yudi
 
Artikel helmiyanti mengajar efektif
Artikel helmiyanti mengajar efektifArtikel helmiyanti mengajar efektif
Artikel helmiyanti mengajar efektifHelmi Yanti
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learningnurqomariah
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learningsadiman dimas
 
Discovery Learning
Discovery LearningDiscovery Learning
Discovery LearningNurrijal Jhi
 
Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...
Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...
Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...Heart Leaf
 
Ptk hasil unduh
Ptk hasil unduhPtk hasil unduh
Ptk hasil unduhnanitriani
 
Modifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learning
Modifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learningModifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learning
Modifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learningnurafnisinaga
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Bukurusbiah
 
konsep pendekatan scientific
konsep pendekatan scientifickonsep pendekatan scientific
konsep pendekatan scientificDesy Aryanti
 

Was ist angesagt? (20)

power poin discovery fitri
power poin discovery fitripower poin discovery fitri
power poin discovery fitri
 
Model pemprosesan maklumat
Model pemprosesan maklumatModel pemprosesan maklumat
Model pemprosesan maklumat
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
3.8. discovery learning
3.8. discovery learning3.8. discovery learning
3.8. discovery learning
 
Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...
Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...
Implementasi teori van hiele dalam materi bangun ruang luas permukaan kubus d...
 
Model discovery learning
Model discovery learningModel discovery learning
Model discovery learning
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
Artikel helmiyanti mengajar efektif
Artikel helmiyanti mengajar efektifArtikel helmiyanti mengajar efektif
Artikel helmiyanti mengajar efektif
 
bahasa indonesia
bahasa indonesiabahasa indonesia
bahasa indonesia
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning2.2.3 discovery learning
2.2.3 discovery learning
 
Discovery Learning
Discovery LearningDiscovery Learning
Discovery Learning
 
Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...
Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...
Pengaruh belajar kelompok terhadap peningkatan santriwaati PP. Mathlabul Ulum...
 
Pendekatan inkuiri
Pendekatan inkuiriPendekatan inkuiri
Pendekatan inkuiri
 
Ptk hasil unduh
Ptk hasil unduhPtk hasil unduh
Ptk hasil unduh
 
Modifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learning
Modifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learningModifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learning
Modifikasi Perwajahan Slide Kurikulum 2013-discovery learning
 
Kuliah1
Kuliah1Kuliah1
Kuliah1
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
konsep pendekatan scientific
konsep pendekatan scientifickonsep pendekatan scientific
konsep pendekatan scientific
 

Andere mochten auch (7)

Coke!
Coke!Coke!
Coke!
 
Sintesis informativa 12 de noviembre 2014
Sintesis informativa 12 de noviembre 2014Sintesis informativa 12 de noviembre 2014
Sintesis informativa 12 de noviembre 2014
 
Cloud, l’ecosistema platform
Cloud, l’ecosistema platformCloud, l’ecosistema platform
Cloud, l’ecosistema platform
 
Priority In Life
Priority In LifePriority In Life
Priority In Life
 
ACVT Capabilities Show
ACVT Capabilities ShowACVT Capabilities Show
ACVT Capabilities Show
 
Birds and sayings~
Birds and sayings~Birds and sayings~
Birds and sayings~
 
A user assessment of decision support tools
A user assessment of decision support toolsA user assessment of decision support tools
A user assessment of decision support tools
 

Ähnlich wie Persidangan lec 2014 sst

Contoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektifContoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektifShahrul Ikhwan
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaranguest11d30d
 
Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...
Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...
Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...Muhammad Alfiansyah Alfi
 
Topik 7.pdf
Topik 7.pdfTopik 7.pdf
Topik 7.pdfSantri18
 
20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektifLina Abu Bakar
 
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptxMODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptxssuser88b07c
 
Jawaban desain pesan
Jawaban desain pesanJawaban desain pesan
Jawaban desain pesanDedi Yulianto
 
Model Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdf
Model Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdfModel Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdf
Model Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdfFlorenceNetta1
 
Peta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media PembelajaranPeta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media Pembelajarangawukbalap
 
Belajar Aktif (Active Learning)
Belajar Aktif (Active Learning)Belajar Aktif (Active Learning)
Belajar Aktif (Active Learning)hilman shodri
 
Jurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptx
Jurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptxJurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptx
Jurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptxSunardiSunardi71
 
9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx
9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx
9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptxAyuRetnoSawitriAzZah
 
2 konsep tujuan pembelajaran
2 konsep tujuan pembelajaran2 konsep tujuan pembelajaran
2 konsep tujuan pembelajaranlusyanemis
 
1. Produk Buku Model CBL.pdf
1. Produk Buku Model CBL.pdf1. Produk Buku Model CBL.pdf
1. Produk Buku Model CBL.pdfssuserf1b2bd
 

Ähnlich wie Persidangan lec 2014 sst (20)

Kuliah13
Kuliah13Kuliah13
Kuliah13
 
Kuliah13
Kuliah13Kuliah13
Kuliah13
 
Contoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektifContoh penulisan reflektif
Contoh penulisan reflektif
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaran
 
Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...
Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...
Proses Berpikir Reflektif Mahasiswa dalam Memecahkan Masalah Pembuktian Teore...
 
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)   Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
Pengembangan Desain Instruksional Berkarakter (Siti Khadijah Ibrahim)
 
Topik 7.pdf
Topik 7.pdfTopik 7.pdf
Topik 7.pdf
 
Problem based learning
Problem based learningProblem based learning
Problem based learning
 
20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif
 
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptxMODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
MODEL,TEKNIK,METODE,PENDEKATAN,STRATEGI DAN MEDIA DALAM PTK.pptx
 
Jawaban desain pesan
Jawaban desain pesanJawaban desain pesan
Jawaban desain pesan
 
Model Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdf
Model Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdfModel Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdf
Model Jurnal Refleksi Dwimingguan_CGP v2 A5.pdf
 
Peta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media PembelajaranPeta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media Pembelajaran
 
Belajar Aktif (Active Learning)
Belajar Aktif (Active Learning)Belajar Aktif (Active Learning)
Belajar Aktif (Active Learning)
 
Jurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptx
Jurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptxJurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptx
Jurnal-refleksi-dwi-mingguan-modul-2.1 Sunardi.pdf.pptx
 
9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx
9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx
9.2 Konsep Tujuan Pembelajaran.pptx
 
Topik 1.pdf
Topik 1.pdfTopik 1.pdf
Topik 1.pdf
 
Tugas Otin
Tugas OtinTugas Otin
Tugas Otin
 
2 konsep tujuan pembelajaran
2 konsep tujuan pembelajaran2 konsep tujuan pembelajaran
2 konsep tujuan pembelajaran
 
1. Produk Buku Model CBL.pdf
1. Produk Buku Model CBL.pdf1. Produk Buku Model CBL.pdf
1. Produk Buku Model CBL.pdf
 

Persidangan lec 2014 sst

  • 1. MEMPERKASA PEMIKIRAN DAN PENULISAN MELALUI TAKSONOMI REFLEKSI Arfah Binte Buang arfah_buang@sst.edu.sg Sekolah Sains dan Teknologi, Singapura
  • 2. Sekilas pandang Kajian ini meneliti penggunaan dan kesan refleksi dalam pengajaran penulisan ekspositori di bilik darjah. Refleksi dan pengawalseliaan diri berperanan untuk membina kecekapan menulis di bilik darjah. Refleksi berstruktur yang meliputi pemikiran aras rendah dan tinggi merupakan strategi pencelahan yang diperkenalkan. Blog merupakan aplikasi Web 2.0 yang digunakan secara meluas di SST dan sesuai dengan ciri-ciri pelajar era digital.
  • 4. Hasil Pendidikan yang Diingini Membina keupayaan setiap pelajar agar dapat berfikir secara kritis dan menyampaikan ideanya dengan yakin (MOE, 2011). Para pelajar perlu dibekalkan dengan kemahiran untuk membentangkan idea-idea dengan tepat lagi berkesan, sesuai dengan tuntutan ekonomi berasaskan pengetahuan. Kemahiran sedemikian dapat digilap melalui penulisan ekspositori yang memerlukan kecekapan pelajar untuk menyampaikan maklumat, atau menjelaskan sesuatu perkara melalui proses analisis yang logikal.
  • 5. Proses tersebut biasanya melibatkan pernyataan sebab & akibat, mengenal pasti masalah & penyelesaian, dan menyediakan contoh-contoh atau fakta-fakta sokongan sebagai bukti. Penulisan ekspositori memerlukan organisasi yang kukuh, susunan yang logik, keterikatan yang utuh, serta pengolahan yang koheren & kohesi (Yani, 1998). Herrick (1992) menegaskan bahawa penulisan yang baik memerlukan masa untuk menjana pemikiran yang mendalam.
  • 6. Pernyataan Masalah Pelajar mempunyai masalah untuk menyatakan pendapat dengan baik dan berkomunikasi dengan meyakinkan, terutamanya secara bertulis. Pelajar kurang mahir untuk mengolah prosa mengikut urutan secara koheren dan kohesi. Jika tidak ditangani, hal ini mungkin boleh menimbulkan kesan negatif hingga ke alam dewasa dan alam pekerjaan.
  • 7. Tinjauan Pustaka Penulis yang lemah mempunyai masalah merancang, menulis dan menyemak teks ekspositori mereka. (de Milliano, van Gelderan, & Sleegers 2012; Lienemann, Graham, Leader- Janssen, & Reid, 2006; Scardamalia & Bereiter, 1986; Stein, & Dixon, 2001) Terdapat jurang antara keupayaan pelajar dalam membentuk abstrak dan konsepsi dengan kebolehan mereka untuk mengutarakannya dalam gaya penulisan ekspositori yang jitu. (Mohammad Noor, perbincangan peribadi).
  • 8. Petanda Kelemahan Dari segi kandungan, pelajar sering didapati tidak memberi pernyataan-pernyataan huraian serta contoh atau bukti sokongan yang kukuh dan bertaut. Dari segi organisasi penulisan pula, terdapat masalah pemerengganan atau penyusunan idea yang menjejas penyampaian maksud secara keseluruhannya. Perkara lain adalah kurangnya perancangan yang mencukupi kerana mereka lebih suka terus menulis daripada merancang kandungan dengan terperinci bagi tajuk yang diberi.
  • 9. jika pelajar dapat diberi masa untuk membuat refleksi dalam sesebuah proses penulisan, dia akan dapat berfikir secara analitis untuk memperkukuh alasan serta hujah-hujahnya
  • 10. Refleksi Refleksi boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk pemprosesan mental yang digunakan untuk “memberi perhatian terhadap sesuatu dengan memikirkannya secara mendalam” (Plymouth University, 2010). Proses inilah yang membantu kita belajar. Dilakukan dengan memproses semula pengetahuan dan pemahaman yang sedia ada (Moon, 2001). Satu pendekatan adalah refleksi secara bertulis agar tindakan lanjut yang perlu diambil dapat dilihat secara jelas.
  • 11. Hubungan antara Refleksi dan Penulisan Herrick (1992) menegaskan bahawa menulis memerlukan renungan/ refleksi, kerana tanpanya apa yang ditulis merupakan respons yang dangkal terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan. Gersten & Baker (2001) mengaitkan pengawalseliaan diri dengan penulisan yang kukuh. Pengawalseliaan diri meliputi pembelajaran yang berpandukan metakognisi atau 'memikirkan tentang pemikiran sendiri'. Ia melibatkan refleksi. Apa yang jelas, keberkesanan refleksi banyak bergantung kepada keupayaan pelajar menjalankan proses introspeksi ini.
  • 12. Hubungan antara Refleksi dan Penulisan Troia (2005) mengusulkan pengawalseliaan diri melalui refleksi yang dilakukan dalam bentuk catatan seperti menulis sebuah jurnal dan log penulisan. Ini membolehkan kesedaran yang lebih tinggi tentang kecekapan menulis individu; pengurusan pemikiran, perasaan dan kesediaan menulis yang lebih baik; serta adaptasi strategi penulisan yang lebih berkesan. Refleksi, terutamanya secara bertulis, membolehkan pelajar mengakses pemikiran yang tidak eksplisit sebelumnya.
  • 13. Seperkara yang biasa dikaitkan dengan Murray (1978), adalah: “Bagaimanakah saya mengetahui apa yang saya fikirkan sekiranya saya tidak dapat melihat apa yang saya katakan?” Dalam kajian ini, pemikiran pelajar dipaparkan melalui blog.
  • 14. Wadah Pilihan: Blog Terdapat sejumlah kajian yang menyarankan penggunaan blog sebagai alatan refleksi (Hashemi, & Najafi, 2011; Quek, 2009; Song & Chan, 2008). Blog merujuk kepada laman web interaksi yang mempunyai pelbagai entri bertarikh - terdiri daripada teks, imej, objek media dan data - dalam urutan kronologi terbalik (Zamir, Kemboja & Supyan, 2011). Blog juga boleh dilihat sebagai sebuah laman web, yang menyerupai jurnal dalam talian, yang sentiasa dikemas kini (Stanley, 2005).
  • 15. Mynard (2007) melaporkan bagaimana blog telah berjaya digunakan sebagai medium refleksi bagi pembelajaran bahasa. Blog juga merupakan satu wadah bagi latihan penulisan yang autentik. Blog berpotensi untuk menggalak autonomi pelajar, membangunkan kesedaran tentang khalayak dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kolaboratif (Prentice, 2012). Quek (2009) menyentuh tentang pelajar yang menjadi lebih introspektif dan berfikir secara mendalam mengenai apa yang mereka tulis dalam blog mereka sendiri, atau, apabila mereka mengulas mengenai entri orang lain menerusi blog.
  • 16. Penggunaan blog perlu disusuli oleh beberapa aktiviti yang menggalak refleksi secara langsung dan bermakna. Salah satu pendekatan adalah menggunakan Taksonomi Refleksi Pappas (2001), yang mencontohi pendekatan Bloom. Pappas mencadangkan soalan-soalan refleksi bertahap rendah hingga tahap yang lebih tinggi, yang boleh disesuaikan untuk membantu berfikir pelajar tentang tugas (penulisan) mereka. Soalan-soalan panduan ini boleh diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dalam tugasan-tugasan menulis untuk membolehkan introspeksi yang lebih berkesan.
  • 17. Rajah 1. Taksonomi Refleksi Pappas (2001) Menghasilkan: Apakah yang patut saya lakukan seterusnya? Menilai: Bagaimanakah kelakonan saya dalam kegiatan itu? Menganalisis: Apakah yang saya perhatikan sewaktu melakukan kegiatan itu? Mengaplikasi: Bilakah dapat saya lakukan kegiatan itu lagi? Memahami: Apakah perkara yang penting mengenai kegiatan yang saya lakukan itu? Mengingati: Apakah kegiatan yang telah saya lakukan?
  • 18. Pengajaran penulisan menyertakan aktiviti-aktiviti refleksi berpandukan soalan-soalan rangsangan mengikut tahap refleksi yang diusulkan oleh Pappas (2001).
  • 19.
  • 20. Merangsang Refleksi Pra-menulis: Selepas aktiviti perbincangan, pelajar diberikan tiga soalan refleksi mengikut tiga tahap pertama Taksonomi Refleksi Pappas - mengingat, memahami dan mengaplikasi. Mereka boleh ditanya tentang apa yang mereka lakukan pada pelajaran sebelumnya, mengapa mereka melakukannya dan apa yang mereka pelajari daripada melakukannya. Sesi ini diakhiri dengan perbincangan ringkas mengenai jawapan pelajar.
  • 21. Pra-menulis: Pelajar diberikan karangan contoh agar mereka boleh membuat analisa dan penilaian tentang karangan yang diberi itu. Rangsangan-rangsangan refleksi seperti “Apakah yang kamu pelajari daripada teks contohan ini?” / “Adakah karangan ini baik? Mengapa?” Pos-menulis: “Adakah karangan contoh ini lebih baik daripada karangan kamu? Mengapa?” / “Apakah yang boleh kamu pelajari daripada karangan contoh ini?”
  • 22. Pos-menulis: Soalan-soalan rangsangan refleksi lain boleh diberikan. - Apakah yang cuba kamu tegaskan dalam perenggan ini? - Bagaimanakah kamu cuba meyakinkan khalayak dengan hujah-hujah yang kamu tulis ini? - Apakah cara yang lebih berkesan untuk menyampaikan mesej kamu? - Apakah kesukaran yang kamu hadapi semasa menulis karangan ini? Bagaimanakah kamu boleh mengatasinya?
  • 23. Dapatan kuantitatif Markah ujian pra-pos pencelahan setiap pelajar dibandingkan dan, pada umumnya, terdapat peningkatan markah bagi ujian pos-pencelahan. Selanjutnya, ujian statistik tidak parametrik yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan adanya perubahan yang signifikan pada p < 0.05, dengan nilai P yang berukuran 0.00798, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
  • 24. Dapatan kuantitatif Karangan pelajar turut diteliti sama ada mempunyai pernyataan tesis (PT), huraian (H) atau penjelasan, contoh atau sokongan (C), dan penegasan (PS). Perbandingan data sebelum dan selepas pencelahan menunjukkan peningkatan bagi keempat-empat ciri yang diteliti, seperti yang tersaji dalam Rajah 4.
  • 25. Faktor-faktor Penyumbang (Data Kualitatif) Dapatan1: Blog membolehkan pemikiran metakognitif dilihat secara visual Menurut pelajar, aktiviti refleksi melalui blog membolehkan mereka berfikir secara metakognitif. Ini kerana aktiviti tersebut membuat mereka merenung tentang apa yang mereka fikirkan semasa menulis. “langkah menjelaskan pemikiran inilah yang sebenarnya dapat mempertingkat pembelajaran di bilik darjah” - Chi, De Leeuw, Chiu, & LaVancher (1994)
  • 26. Dapatan 2: Blog memperkukuh penghayatan konsep atau internalisasi pembelajaran Aktiviti refleksi yang dijalankan menerusi blog didapati membantu pelajar mengingati struktur dan ciri-ciri penulisan ekspositori dengan lebih baik lagi. Ini kerana mereka berpeluang untuk berfikir secara introspektif. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk memproses semula pengetahuan sedia ada atau membuat penyesuaian setelah ia difikirkan semula.
  • 27. Dapatan 3: Blog membolehkan pemikiran dan pandangan diakses oleh orang lain Blog dapat menyebarluaskan pemikiran dan pandangan seseorang pelajar atau memberi akses kepada orang lain untuk memahaminya. Kesannya, ini memudahkan pelajar untuk belajar daripada satu sama lain dengan pantas. Menurut Quek (2009), blog menawarkan pelajar satu kemudahan untuk merujuk hasil karya orang lain supaya mereka boleh memperbaiki atau menambah nilai karya mereka sendiri.
  • 28. Akhir kata Perbezaan antara strategi pencelahan dengan strategi pengajaran biasa adalah penggunaan aktiviti refleksi berstruktur menerusi blog sebagai wadah sokongan. Aktiviti refleksi telah membantu pelajar untuk (i) berfikir secara introspektif dengan dibantu atau dirangsang soalan-soalan pelbagai tahap pemikiran, (ii) membaca semula hasil kerja mereka serta (iii) menyediakan satu lagi saluran pembelajaran melalui hasil kerja rakan sebaya yang diakses oleh mereka. Kaedah ini terbukti telah dapat membantu mereka meningkatkan penulisan seperti yang ditunjukkan melalui data kuantitatif dan kualitatif yang dikumpulkan.