1. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
TAJUK :
Kimpalan (Welding)
1.0
PENGENALAN :
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan
menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di
antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di
samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Hal ini berbeza dengan pematerian, yang
cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur
itu sendiri. Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di
dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar
minyak, pembinaan kapal, industri automotif dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kaedah kimpalan. Antaranya termasuklah kimpalan bervoltan tinggi,
kimpalan gas, kimpalan sinaran laser atau elektron serta kimpalan ultrabunyi. Kimpalan yang
kami lakukan di dalam bengkel adalah kimpalan yang menggunakan proses arka. Proses ini
menggunakan bekalan kuasa kimpalan bagi mencipta dan mengekalkan arka elektrik antara
elektrod dan bahan asas bagi mencairkan logam pada titik kimpalan. Ia boleh menggunakan arus
langsung atau arus ulang-alik, dan elektrod habis atau kekal. Kawasan kimpalan kadang-kala
dilindungi oleh sejenis gas lengai atau separa lengai, dikenali sebagai gas pelindung, dan bahan
pengisi kadang-kala turut digunakan.
Bagi sambungan kimpalan pula, terdapat beberapa jenis sambungan. Antara
sambungannya termasuklah sambungan temu, kambi tee, lekap, penjuru, dan juga sambungan
tepi. Tetapi dalam amali kali ini, kami diajar dengan dua kaedah sambungan sahaja iaitu
sambungan temu dan sambungan kambi tee. Berikut merupakan gambaran bagi setiap
sambungan-sambungan kimpalan.
1
2. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
1. Sambungan temu
Pada sambungan jenis ini, proses pengimpalan dilakukan di antara dua tepi permukaan
logam yang hendak disambungkan. Sambungan temu segi atai serong boleh digunakan mengikut
ketebalan logam. Tersebut beberapa jenis sambungan temu :
Sambungan segi tiga
·
Sambungan V tunggal
Sambungan temu V berganda
Sambungan temu U tunggal
Sambungan temu U berganda
2
3. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
2.
Sambungan kambi tee
Sambungan Tee di buat dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan pada
permukaan lain pada kedudukan tegak (bersudut 90). Sambungan kambi logam Tee boleh dibuat
untuk menyambungkan logam yang mempunyai sebarang ketebalan. Di bawah adalah jenis-jenis
sambungan Kambi tee.
Sambungan kambi tee segi tunggal.
Sambungan kambi Tee serong.
Sambungan kambi Tee serong berganda.
Sambungan kambi Tee-J tunggal
Sambungan kambi Tee-J berganda.
3
4. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
3.
Sambungan lekap
Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini merupakan
salah satu jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan jika ukuran lebar
lekap dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungkan. Dua jenis
sambungan lekap ialah :
Sambungan lekap kambi tunggal
Sambungan lekap kambi berganda
4
5. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
4.
Sambungan penjuru
Sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan logam
yang tidak menanggung beban lampau. Empat jenis sambungan penjuru adalah :
Sambungan penjuru rapat terbuka.
Sambungan penjuru separuh.
Sambungan penjuru terbuka
Sambungan tepi
5
6. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
2.0
KAEDAH KIMPALAN
Sambungan temu :
1. Temukan dua plat besi yang telah dipotong.
2. Mulakan kimpalan dengan “tap” pada setiap hujung plat.
3. Buat kumai pada plat besi dari awal hingga ke hujung sehingga bercantum dengan baik.
4. Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan.
5. Basuh plat yang telah siap.
6. Bersihkan dengan menggunakan berus agar kumai jelas kelihatan dan tempat cantuman
kelihatan bersih dah berkilat.
Sambungan Kambi Tee :
1. Temukan dua plat besi dengan membentuk “t”.
2. Mulakan kimpalan dengan “tap” di setiap hujung plat.
3. Buat kumai pada plat sehingga dua plat besi itu bercantum dengan sempurna.
4. Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan.
5. Basuh plat yang telah siap.
6. Bersihkan dengan menggunakan berus agar kumai jelas kelihatan dan tempat cantuman
kelihatan bersih dah berkilat.
6
7. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
3.0
OBJEKTIF :
Membentuk kimpalan asas iaitu kumai.
Asas kimpalan menggunakan kimpalan arka.
Cara memotong besi mild steel.
Asas-asas keselamatan mengimpal dan memotong.
Mengimpal dengan cara yang betul.
4.0
LANGKAH KESELAMATAN :
Semasa Memotong besi :
Sentiasa memakai sarung tangan dan alat pelindung mata.
Pastikan suis pemotong besi sentiasa “tutup” jika tidak digunakan.
Lakukan dalam keadaan dan kedudukan yang selesa.
Semasa mengimpal :
Sentiasa memakai alat pelindung mata semasa membuat kerja mengimpal.
Sentiasa memakai sarung tangan semasa membuat kerja mengimpal.
Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam keadaan
sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan elektrik.
Pastikan berada jauh daripada bahan-bahan yang mudah terbakar semasa menjalankan
kerja-kerja mengimpal.
Sentiasa menjalankan kerja-kerja mengimpal dalam keadaan yang selesa.
7
8. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
Kemalangan- kemalangan yang perlu dielakkan :
Kebakaran atau letupan.
Kecederaan terkena benda tajam.
Renjatan Elektrik.
Terjatuh atau tergelincir.
Alat-alat keselamatan :
1. Pelindung Muka
Pelindung muka digunakan untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari
terkena percikan arka.
Pelindung muka juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra violet yang boleh
membahayakan mata.
8
9. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
2. Sarung Tangan
Melindungi bahagian tangan daripada terkena benda panas dan melecur.
Ia digunakan untuk melindungi daripada kesan haba, haba kering dan api.
3. Goggle
Mengelakkan percikan api daripada terkena mata.
Melindungi pengimpal dari pancaran ultra violet yang boleh membahayakan mata.
4. Kasut Keselamatan
Gunakan kasut yang bertutup dan bergetah untuk mengelakkan daripada licin.
Untuk mengelakkan terkena percikan api di kaki dan melecur.
Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada
getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam.
Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada bahaya panas, bahaya berat, bertekanan dan
tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.
9
10. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
5.0
PERALATAN
Nama: Sesiku L
Kegunaan: Membuat garisan bersudut
tegak
Nama: Pemotong beroda
Kegunaan: Memotong besi
Nama: Penebuk pusat
Kegunaan: Menanda
Nama: Ragum
Kegunaan: Memegang benda kerja
10
11. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
Nama: Tukul
Kegunaan: Mengetuk supaya kumai
yang dihasilkan jelas kelihatan
Nama: Kikir parut
Kegunaan: Meratakan pada tepi besi
yang siap dipotong
Nama: Playar gabung
Kegunaan: Memegang besi ketika
panas
Nama: Berus Dawai
Kegunaan: Membersihkan supaya
kumai lebih bersih dan berkilat
11
12. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
Nama: Pembaris lurus
Kegunaan: mengukur merujuk ukuran
yang diperlukan
Nama: Rod Arka
Kegunaan: Sebagai logam penambah
untuk mencantum.
Nama: Mesin kimpalan
Kegunaan: Proses mengimpal besi
12
13. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
6.0
LANGKAH KERJA
1) Proses menanda besi untuk memudahkan
proses pemotongan dilakukan.
2) Proses pemotongan besi menggunakan
pemotong beroda.
3) Meratakan bahagian tepi permukaan besi
menggunakan kikir parut
13
14. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
4) Besi yang sudah siap dipotong.
5) Besi yang akan melalui proses
pengimpalan.
6) Prose pengimpalan sedang dilakukan.
14
15. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
7) Besi yang siap dikimpal.
8) Ketuk dengan menggunakan tukul besi
bagi melihat hasil kumai yang dilakukan
9) Basuh besi yang telah siap.
15
16. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
10)
Berus digunakan untuk membersihkan
supaya kumai jelas kelihatan.
11) Proses diulang dengan menggunakan
besi yang lain (sambungan Tee)
12) Proses membuat kumai pada besi
dimulakan.
16
17. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
7.0
HASIL KERJA
Beberapa gambar yang menunjukkan
hasil kerja kumpulan kami.
17
18. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
8.0
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti
sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu mengatasi masalah
yang dialami oleh pengguna. Setiap yang lemah mesti akan ada cara penyelesaiannya. Kimpalan
juga dapat menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam tersebut
tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, jika terdapat rak yang diperbuat daripada besi
atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan mengaplikasikan kaedah kimpalan, rak tersebut
akan dapat digunakan dengan membuat kimpalan di bahagian yang rosak atau tertanggal
tersebut.
Malah pihak universiti telah memberikan kemudahan yang terbaik untuk pelajarpelajarnya. Dengan kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar di dalam situasi yang
sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara teori sangat
berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan menggunakan peralatan
kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan pelajar sebelum mengajar di
sekolah. Hasil kimpalan daripada kumpulan kami menunjukkan bahawa kami juga mempunyai
kemahiran walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran kimpalan tersebut.
18
19. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
9.0
CADANGAN
Semasa mengendalikan tugasan ini, kumpulan kami mendapati terdapat beberapa
kelemahan. Kelemahan ini dapat dilihat dengan aktiviti memotong besi. Walaupun telah diukur
namun besi yang di potong tidak mendapat ukuran yang sama. Hal ini kerana kumpulan yang
terdahulu menggunakan pemotong besi dengan menanda besi menggunakan marker. Tanda yang
dihasilkan oleh marker tidak tepat kerana dakwatnya menggunakan garisan yang tebal yang
menyukarkan untuk mendapatkan ukuran yang tetap. Pelajar harus mengetahui tentang alatan
yang harus digunakan untuk mengukur. Apit G yang digunakan harus sejajar dengan mesin
pemotong bagi mengelakkan besi yang dipotong dalam keadaan yang senget. Kaedah untuk
menggunakan kikir parut haruslah betul. Teknik dan kaedah yang salah akan menjadikan
keadaan permukaan besi yang tidak rata.
Bagi kaedah kimpalan pula, pelajar harus mengetahui peraturan dan langkah-langkah
menggunakan mesin kimpalan. Namun semasa menggunakan peralatan kimpalan, pelajar perlu
mematuhi peraturan. Aktiviti kimpalan sangat berbahaya. Ruang kimpalan yang sempit
menyukarkan pelajar berada di ruang tersebut bersama-sama semua ahli kumpulan. Hanya 2
pelajar sahaja yang muat berada di ruang tersebut. Ruang kimpalan harus disediakan untuk
keselesaan perseorangan dan juga berkumpulan. Kedua-dua ruangan ini perlu diwujudkan kerana
ruang berkumpulan memerlukan saiz yang besar. Manakala ruang perseorangan memerlukan
ruang yang sedikit.
19
20. LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN
RUJUKAN :
Diperoleh pada November 14, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/27715057/Report-Arka
Diperoleh pada November 16, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/48274980/pengenalankimpalan
20