SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
Posted 08/08/2011 by Shafi-Q in Ramadhan. Tagged: Bacaan Bilal dan Jamaah Tarawih, SOLAT, Solat Sunat
Tarawih Lapan Rakaat, Solat/Sembahyang Sunat Tarawih. Leave a Comment

Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam
bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat
malam) yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.
Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan „berehat
seketika‟, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan
memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas
disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan
tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan
kepada Allah SWT.
Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan
kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun
kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
.
.
Sunnah Rasulullah SAW
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat;
terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh
kebanyakan umat Islam Malaysia.
.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah
r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.
.
Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di
bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat
solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat
empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda.
Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan
panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.
.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa,
mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan
jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau
13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam
dengan memanjangkan rakaatnya.”
.
Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu
malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya
berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah,
sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah
payah solat seperti ini?”
Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang
bersyukur?”
.
.
Cara Agihan Solat Lapan Rakaat
1. Biasanya Solat Sunat Tarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan
kepada2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
2. Solat Sunat Tarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali
4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua
tahiyat.
3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat
dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka
setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.
# Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat
Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir
sahaja.
.
Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.
Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah!
Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat.
Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir
sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.
Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk
witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh).” – Hadis riwayat
Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.
.
.
Bacaan Surah
Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah
daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu
betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
.
1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk
daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran
(al-Hafiz).
1. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada
raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara
tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;

Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Rakaat
Surah
Pertama
At Takaatsur
Kedua
Al Ashry
Ketiga
Al Humazah
Keempat
Al Fiil
Kelima
Al Quraisy
Keenam
Al Ma’uun
Ketujuh
Al Kautsar
Kelapan
Al Kaafiruun
.
.
Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih
dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam
(solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
.1. Niat:

.
.
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
.
1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka
Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:
Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),

.
2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:

.
3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

.
4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat
Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at kepertama: Surah At Takaatsur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry
.

.
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersamasama mengucapkan zikir dberikut:

.
6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk
rakaat ke 3 dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah Al Fiil
.

.
7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca
Tasbih dan Selawat:

.
.
8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

.
9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:

.

.
.
10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang
ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah Al Ma’uun
.
11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersamasama mengucapkan zikir dberikut:

.

.
12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk
rakaat ke 7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah Al Kaafiruun
.
.
13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah
membaca Tasbih dan Selawat:

.
.
14. Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;
Doa Solat Tarawih

.
.
Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas
keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau
berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan
Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah
kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan
keselurahan orang-orang yang beriman.

.

‫ا هلل‬
.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala
kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala
kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan
petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan
dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima
ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan
sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat
melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan
duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian
kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat,
meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak
kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada
mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang
soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan
kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan
Seluruh Alam!
[

(×3)]

.

.

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah
serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)]
Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun
atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang!

.[

(×3)]

[

.

. (×3)]

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan
membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami,
anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat
kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari
kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari
api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga
sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun
lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

.
Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji
bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!
.

.
.
Solat Sunat Witir
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

.
Kerjakan solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
Cara Melaksanakannya
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
.
.

.

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

.

4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu
rakaat terakhir:

.
.
5. Selepas Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca surah;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
.
.
6. Bemula malam 16 Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan
sujud petama.
.
.

.

7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

.
8. Boleh dibaca doa-doa berikut:

.
.
‫وال س الم‬

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (11)

Modul Bahasa Inggris Tingkat Dasar II
Modul Bahasa Inggris Tingkat Dasar IIModul Bahasa Inggris Tingkat Dasar II
Modul Bahasa Inggris Tingkat Dasar II
 
PPT BAHASA INGGRIS.pptx
PPT BAHASA INGGRIS.pptxPPT BAHASA INGGRIS.pptx
PPT BAHASA INGGRIS.pptx
 
Hortatory Eksposition
Hortatory EkspositionHortatory Eksposition
Hortatory Eksposition
 
Short notice
Short noticeShort notice
Short notice
 
imbuhan awalan Ke dan se p5
imbuhan awalan Ke dan se p5imbuhan awalan Ke dan se p5
imbuhan awalan Ke dan se p5
 
JENIS TABLE SET UP.pptx
JENIS TABLE SET UP.pptxJENIS TABLE SET UP.pptx
JENIS TABLE SET UP.pptx
 
rpp agreement and disagreement KTSP
rpp agreement and disagreement KTSPrpp agreement and disagreement KTSP
rpp agreement and disagreement KTSP
 
Rpp bahasa arab (mi miftahul falah)nurul mahmudah,s.pd.i
Rpp bahasa arab (mi miftahul falah)nurul mahmudah,s.pd.iRpp bahasa arab (mi miftahul falah)nurul mahmudah,s.pd.i
Rpp bahasa arab (mi miftahul falah)nurul mahmudah,s.pd.i
 
Pelajaran bahasa arab kelas 12 semester 2
Pelajaran bahasa arab kelas 12 semester 2Pelajaran bahasa arab kelas 12 semester 2
Pelajaran bahasa arab kelas 12 semester 2
 
Telling the time with daily activities
Telling the time with daily activitiesTelling the time with daily activities
Telling the time with daily activities
 
KENAMPAKAN ALAM
KENAMPAKAN ALAM KENAMPAKAN ALAM
KENAMPAKAN ALAM
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (20)

Susan Hall
Susan HallSusan Hall
Susan Hall
 
Apresentação
ApresentaçãoApresentação
Apresentação
 
Unidad 9. EspañA, De La RestauracióN A La Guerra Civil.
Unidad 9. EspañA, De La RestauracióN A La Guerra Civil.Unidad 9. EspañA, De La RestauracióN A La Guerra Civil.
Unidad 9. EspañA, De La RestauracióN A La Guerra Civil.
 
Waker - Energético à base de erva-mate e guaraná
Waker - Energético à base de erva-mate e guaranáWaker - Energético à base de erva-mate e guaraná
Waker - Energético à base de erva-mate e guaraná
 
Comprometa-se
Comprometa-seComprometa-se
Comprometa-se
 
La página de Maternelle Moustache
La página de Maternelle MoustacheLa página de Maternelle Moustache
La página de Maternelle Moustache
 
Ijazah
IjazahIjazah
Ijazah
 
HEAP Trending
HEAP TrendingHEAP Trending
HEAP Trending
 
degree certificate
degree certificatedegree certificate
degree certificate
 
Preparação para a Prova Final V
Preparação para a Prova Final VPreparação para a Prova Final V
Preparação para a Prova Final V
 
Habitação shopping park
Habitação shopping parkHabitação shopping park
Habitação shopping park
 
cuando los padres de envejecen
cuando los padres de envejecencuando los padres de envejecen
cuando los padres de envejecen
 
Śniadanie Daje Moc
Śniadanie Daje MocŚniadanie Daje Moc
Śniadanie Daje Moc
 
文档 1
文档 1文档 1
文档 1
 
Rosalinda aquino
Rosalinda aquinoRosalinda aquino
Rosalinda aquino
 
Controle externo
Controle externoControle externo
Controle externo
 
Master-Class Presentation
Master-Class PresentationMaster-Class Presentation
Master-Class Presentation
 
A Nova Ordem da Comunicação Institucional
A Nova Ordem da Comunicação Institucional A Nova Ordem da Comunicação Institucional
A Nova Ordem da Comunicação Institucional
 
Listado de precios 04 de octubre de 2013
Listado de precios  04  de octubre  de 2013Listado de precios  04  de octubre  de 2013
Listado de precios 04 de octubre de 2013
 
Leis de arraial do ano de 2013
Leis de arraial do ano de 2013Leis de arraial do ano de 2013
Leis de arraial do ano de 2013
 

Ähnlich wie Solat sunat tarawih lapan

tata cara shala tarawih dan witir
tata cara shala tarawih dan witirtata cara shala tarawih dan witir
tata cara shala tarawih dan witirTeguh Prasetyo
 
tata cara shalat tarawih dan witir
tata cara shalat tarawih dan witirtata cara shalat tarawih dan witir
tata cara shalat tarawih dan witirTeguh Prasetyo
 
SLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptxSLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptxreni756998
 
Buku panduan solat tarawih
Buku panduan solat tarawihBuku panduan solat tarawih
Buku panduan solat tarawihPuteRa Eyone
 
Panduan solat tarawih
Panduan solat tarawihPanduan solat tarawih
Panduan solat tarawihsherryfetty
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxWINNA24
 
Shalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbihShalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbihHelmon Chan
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptxDELLAMONICA10
 
Slide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doaSlide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doaJusuf AN
 
SLIDE RPP 1 PPL.pptx
SLIDE RPP 1 PPL.pptxSLIDE RPP 1 PPL.pptx
SLIDE RPP 1 PPL.pptxreni756998
 
Hukum solat tasbih
Hukum solat tasbihHukum solat tasbih
Hukum solat tasbihAnisK9
 
130714 sholat lail
130714 sholat lail130714 sholat lail
130714 sholat lailandikaasds
 

Ähnlich wie Solat sunat tarawih lapan (20)

Qunut dan witir2
Qunut dan witir2Qunut dan witir2
Qunut dan witir2
 
tata cara shala tarawih dan witir
tata cara shala tarawih dan witirtata cara shala tarawih dan witir
tata cara shala tarawih dan witir
 
tata cara shalat tarawih dan witir
tata cara shalat tarawih dan witirtata cara shalat tarawih dan witir
tata cara shalat tarawih dan witir
 
SLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptxSLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptx
 
Buku panduan solat tarawih
Buku panduan solat tarawihBuku panduan solat tarawih
Buku panduan solat tarawih
 
Panduan solat tarawih
Panduan solat tarawihPanduan solat tarawih
Panduan solat tarawih
 
Makalah shalat
Makalah shalatMakalah shalat
Makalah shalat
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01.pptx
 
Power point shalat
Power point shalatPower point shalat
Power point shalat
 
Ppt tarawih
Ppt tarawihPpt tarawih
Ppt tarawih
 
Shalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbihShalat sunnah tasbih
Shalat sunnah tasbih
 
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptxpowerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
powerpointshalat-141203010044-conversion-gate01 (1).pptx
 
Fiqh
FiqhFiqh
Fiqh
 
Slide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doaSlide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doa
 
Presentasi Fiqh 3
Presentasi Fiqh 3Presentasi Fiqh 3
Presentasi Fiqh 3
 
Tutorial solat hajat
Tutorial solat hajatTutorial solat hajat
Tutorial solat hajat
 
SLIDE RPP 1 PPL.pptx
SLIDE RPP 1 PPL.pptxSLIDE RPP 1 PPL.pptx
SLIDE RPP 1 PPL.pptx
 
Data yasmin
Data yasminData yasmin
Data yasmin
 
Hukum solat tasbih
Hukum solat tasbihHukum solat tasbih
Hukum solat tasbih
 
130714 sholat lail
130714 sholat lail130714 sholat lail
130714 sholat lail
 

Solat sunat tarawih lapan

  • 1. Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat Posted 08/08/2011 by Shafi-Q in Ramadhan. Tagged: Bacaan Bilal dan Jamaah Tarawih, SOLAT, Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat, Solat/Sembahyang Sunat Tarawih. Leave a Comment Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam) yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan „berehat seketika‟, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa. Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT. Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja. . . Sunnah Rasulullah SAW Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia. . Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya. . Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147. . Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.” . Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?” Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?” .
  • 2. . Cara Agihan Solat Lapan Rakaat 1. Biasanya Solat Sunat Tarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam. 2. Solat Sunat Tarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat. 3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an. # Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja. . Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir. Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137. Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140. . . Bacaan Surah Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. . 1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz). 1. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali. 3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat; Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat Rakaat Surah Pertama At Takaatsur Kedua Al Ashry Ketiga Al Humazah Keempat Al Fiil Kelima Al Quraisy Keenam Al Ma’uun Ketujuh Al Kautsar Kelapan Al Kaafiruun . . Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
  • 3. .1. Niat: . . 2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih . 1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru: Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi), . 2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca: .
  • 4. 3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih; . 4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Raka’at kepertama: Surah At Takaatsur Raka’at kedua: Surah Al Ashry . .
  • 5. 5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersamasama mengucapkan zikir dberikut: . 6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Raka’at ketiga: Surah Al Humazah Raka’at keempat: Surah Al Fiil . .
  • 6. 7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat: . .
  • 7. 8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut: . 9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat: . . . 10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Raka’at kelima: Surah Al Quraisy Raka’at keenam: Surah Al Ma’uun .
  • 8. 11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersamasama mengucapkan zikir dberikut: . . 12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar Raka’at kelapan: Surah Al Kaafiruun . .
  • 9. 13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat: . .
  • 10. 14. Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut; Doa Solat Tarawih . . Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman. . ‫ا هلل‬ . Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!
  • 11. [ (×3)] . . Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! .[ (×3)] [ . . (×3)] Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)]. . Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam! . . . Solat Sunat Witir Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru: . Kerjakan solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu! . Cara Melaksanakannya 1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
  • 12. . . 2. Bacaan selepas Fatihah: . . . Raka’at pertama: Surah Al-A’laa Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun 3. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat; . 4. Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir: . . 5. Selepas Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca surah; Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. . . 6. Bemula malam 16 Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
  • 13. . . . 7. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan: .
  • 14. 8. Boleh dibaca doa-doa berikut: . . ‫وال س الم‬