SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 76
1.0
AKAD DAN PRINSIP-
PRINSIP UMUMNYA
1.1 PENGENALAN
1.2 MAKNA DAN PENGERTIAN AKAD
 Bahasa:
 Ikatan, menggabungkan antara dua hujung
sesuatu dan mengikatnya.
 Istilah Fuqaha:
 Makna umum: Sesuatu yang diazamkan
perlaksanaannya secara mewajibkan diri sama
ada dari seorang atau lebih.
 Makna khusus: Kontrak yang dipersetujui dua
pihak, dibuat mengikut shara’ dan menimbulkan
kesan syara’
1.3 PERBEZAAN ANTARA AKAD, TASSARUF
DAN ILTIZAM
 Tasarruf:
 Perlakuan seseorang atas kehendaknya sendiri yang
menimbulkan kesan shara’
 Perkataan & perbuatan
 Baik & buruk
 Tasarruf qauliy:
 Akad & bukan akad
 Tasarruf fi’liy:
 Perbuatan spt merampas, memusnahkan harta,
menerima hutang, menerima barang jualan dll.
 Kesimpulan: Setiap akad adalah tasarruf, bukan setiap
tasarruf itu akad
SAMBUNGAN
 Iltizam:
 Tindakan yang membentuk, memindah,
mengubah, menamatkan sesuatu hak dari satu
pihak atau lebih
 Kesimpulan: Seerti dengan akad pada makna
umum sahaja, tidak pada makna khusus
1.4 PRINSIP-PRINSIP UMUM BERKAITAN
AKAD
 1) Kebenaran (‫الصدق‬)
‫الصاحلني‬‫و‬ ‫الشهداء‬‫و‬ ‫النبيني‬ ‫مع‬ ‫األمني‬ ‫الصدوق‬ ‫التاجر‬
 2) Persetujuan bersama (‫اضي‬‫رت‬‫ال‬)
‫اض‬‫ر‬‫ت‬ ‫عن‬ ‫البيع‬ ‫إمنا‬
 3) Bebas dari unsur paksaan (‫اه‬‫ر‬‫اإلك‬)
 Takrif: Mengancam / mengugut dengan sesuatu
yang menakutkan supaya seseorang melakukan
perkara yang tidak disukainya.
SAMBUNGAN
 Pembahagian:
 1- Paksaan sempurna (‫ملجئ‬) spt bunuh, rosakkan
anggota
 Hukumnya: Menghilangkan kerelaan dan
merosakkan pilihan
 2- Paksaan tidak sempurna (‫ملجئ‬ ‫غري‬) seperti
ancaman yang tidak mengancam nyawa dan
anggota
 Hukumnya: Menghilangkan kerelaan tetapi
tidak merosakkan pilihan
SAMBUNGAN
 Syarat2 paksaan:
 1- Org yg memaksa berupaya melaksanakan
ancaman.
 2- Berat sangka org yg dipaksa bahawa org yg
memaksa akan melaksanakan ancamannya
 3- Perkara yg diancam tidak tertanggung
 4- Ancaman akan dilaksanakan ketika itu juga
 5- Paksaan itu bukan paksaan haq
4) Bebas dari unsur riba
 Takrif:
 Bahasa: Pertambahan
 Istilah: Berbagai definisi mengikut mazhab.
Boleh disimpulkan sebagai:
“Sebarang tambahan dalam item-item tertentu
dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh”
 Banyak dalil dari al-Quran dan Sunnah yang
mengharamkan riba.
 Pengharaman riba berlaku pada tahun ke 8 atau 9
Hijrah.
SAMBUNGAN
 Jenis-jenis riba:
 1- Riba al-Fadhl: Jual item ribawi dengan sama
jenis dengan ada tambahan salah satu item
tersebut
 2- Riba al-Nasi’ah: Pertambahan bayaran hutang
disebabkan penangguhan bayaran
 Mazhab Shafi’i menambah Riba al-Yad: Jual beli
degan penangguhan serahan bagi kedua-dua
barang dan harga, atau salah satu di antara
keduanya dalam item ribawi
SAMBUNGAN
 Pembahagian riba:
 1- Riba al-Duyun: Riba yang terhasil dari
kelewatan membayar hutang
 2- Riba al-Buyu’: Riba yang terhasil dari jual-beli
item ribawi kerana ketidaksamaan pada kuantiti
pertukaran 2 item ribawi atau pertukarannya
dibuat secara bertangguh.
 Item ribawi: Emas, perak, gandum, barli, tamar,
garam (berdasarkan hadis) dan diqiaskan kepada
yang lain yang mempunyai ‘illah yang sama.
SAMBUNGAN
 ‘Illah riba:
 Emas dan perak: Mutlak thamaniah (dijadikan
nilai barangan)
 Makanan:
 Hanafi & Hanbali: Timbangan atau sukatan
 Shafi’i: Jenis makanan
 Maliki: Makanan asasi dan boleh disimpan
 Kategori
 1- Wang
 2- Makanan
SAMBUNGAN
 Syarat-syarat pertukaran
 1- Hulul: Tidak disebut tempoh dlm kontrak
 2- Tamathul: Sama timbangan atau sukatan
 3- Taqabudh: Berlaku serah terima dlm majlis
akad
 Keadaan pertukaran:
 1- Sesama jenis: Syarat 1, 2 & 3
 2- Sesama kategori: Syarat 1 & 3
 3- Kategori berlainan: Tiada syarat
5) Bebas dari unsur gharar
 Takrif Gharar
 Bahasa: Penipuan
 Istilah: Sesuatu yang tidak pasti hasilnya dan
sesuatu yang majhul (tidak diketahui)
 Bentuk-bentuk gharar
 1- Barang tidak boleh diserahkan seperti jual
kereta hilang
 2- Barang tidak ada atau tidak tahu di mana
 3- Penjual tidak memilikinya seperti jual ikan
dalam laut
SAMBUNGAN
 Hukum jual beli gharar: Tidak sah kecuali pada
dua perkara:
 1- Sesuatu yg mengikuti barang jualan,
sekiranya diasingkan ia tidak sah. Contoh: Jual
susu dlm kantung kerana mengikuti binatang
yg dijual.
 2- Sesuatu yang dipermudahkan oleh akad
sebab kecil, susah nak membezakan atau
menentukannya seperti bayaran masuk bilik air.
SAMBUNGAN
 Contoh jual beli gharar dlm kitab klasik:
 Madhamin (air mani jantan)
 Malaqih (anak dlm kandungan)
 Mulamasah (sentuhan)
 Munabadhah (lemparan)
 Hasah (lontar bantu kecil)
 Darbat al-qanis (contoh: jual ikan yang terjerat pada jala
apabila dilontarkan)
 Muzabanah (jual buah kurma yg masih di pokok dengan
kurma yang sudah dipetik)
 Muhaqalah (jual gandum yang masih di tangkai dengan
gandum tidak dipastikan timbangannya)
SAMBUNGAN
 Pembahagian gharar
 1- Gharar fahish (banyak): Dilarang seperti jual
burung di udara
 2- Gharar yasir (sedikit): Harus seperti jual buah
yang di dalam kulit
 3- Gharar mutawassit (pertengahan): Khilaf, lihat
ia condong ke arah mana
SAMBUNGAN
 Gharar fahish boleh berlaku dlm 4 perkara:
 1- Jahalah pada barang jualan seperti jenis,
brand, kadar dan sebagainya dinisbah pada
pembeli
 2- Jahalah pada harga
 3- Jahalah pada tempoh
 4- Jahalah pada penyokong kontrak seperti
penjamin atau cagaran
6) Bebas dari unsur penipuan (tadlis/
taghrir), kesilapan (ghalat) & penyelewengan
harga (ghabn)
 Takrif:
 Tadlis/taghrir: Suatu usaha yang dilakukan oleh
satu pihak untuk menarik satu pihak lagi
memasuki kontrak dengan sangkaan ia
memberi maslahat kepadanya, tetapi
hakikatnya tidak
SAMBUNGAN
 Pembahagian tadlis
 1- Tadlis fi’liy (perbuatan) seperti jual tasriyyah
(kambing yang tidak diperah susu), letak barang
baik di atas barang dan yang kurang baik di bawah.
 2- Tadlis qawliy (perkataan) seperti berlebihan
memuji barang yang dijual
 3- Tadlis bi kitman al-haqiqah (menyembunyikan
hakikat) seperti menyembunyikan kecacatan
keretakan dinding rumah dengan dicat dan lain-lain
lagi.
SAMBUNGAN
 Ghalat
 Maksud: Kesalahan yang berlaku ke atas barang
yang dikontrakkan pada zat dan sifatnya
 Contoh:
 Beli perhiasan dengan sangkaan emas,
rupanya bukan emas, disangka permata
rupanya kaca.
 Beli kambing dengan syarat bersusu, rupanya
tiada susu. Beli beg syarat kulit unta, rupanya
kulit lembu.
 Hukum ghalat:
 Ghalat pada zat: batal
 Ghalat pada sifat: khiyar
SAMBUNGAN
 Ghabn
 Takrif:
 Bahasa: Kekurangan
 Istilah: Penyelewengan harga dari harga yg
sepatutnya
 Pembahagian:
 1- Ghabn yasir
 2- Ghabn fahish
SAMBUNGAN
 Hukum:
 Ghabn yasir: tiada kesan pada kontrak
 Ghabn fahish:
 1- Hanafi: Tidak memberi kesan kpd ‘aqad kecuali jika
disertai dgn penipuan spt menyifatkan barang itu dgn
sifat yg tidak sebenar, sama ada dari org yg berkontrak
atau broker.
 2- Hanbali: Menjadikan kontrak tidak mengikat dan
berhak membatalkan kontrak dlm 3 keadaaan:
SAMBUNGAN
 a) Talaqqi al-rukban: Berjumpa sekumpulan orang
membawa barang dagangan ke suatu tempat lalu
membelinya dari mereka sebelum mereka tiba di
tempat jualan dan sebelum mereka mengetahui
harga pasaran.
 b) Al-najsh: Menambah harga barang bukan
bertujuan membelinya tetapi untuk menipu
orang.
 c) Al-mustarsil: Orang jahil terhadap nilai barang
dan tidak pandai tawar menawar.
SAMBUNGAN
 3- Maliki: Jual beli sah tetapi haram. Pembeli ada
khiyar.
 4- Shafi’i: Tiada kesan terhadap akad sama ada
dengan tipuan atau tidak kerana itu adalah
kecuaian pembeli sendiri, kecuali dalam masalah (a),
ada khiyar.
7- Bebas dari barangan dan perkhidmatan
haram
 Contoh barangan haram
 1- Arak
 2- Bangkai
 3- Babi
 4- Berhala
 5- Patung yang bukan untuk permainan kanak-
kanak
 6- Perkara yg memudaratkan akidah, akhlak dan
kesihatan
SAMBUNGAN
 Contoh perkhidmatan haram
 1- Perjudian
 2- Hiburan yang dipenuhi dengan perkara
haram
 3- Membuat tattoo
 4- Mengubah ciptaan Allah yang tidak diizinkan
 5- Andaman jahiliyyah
 6- Transport ke tempat haram
 Dll banyak lagi.
2.0
PEMBENTUKAN AKAD
2.1 PENGENALAN
Sesuatu akad akan terbentuk apabila dipenuhi rukun-
rukunnya
Khilaf fuqaha:
 Hanafi: Ungkapan akad (sighah) sahaja
 Jumhur:
1) Ungkapan akad (sighah)
2) Pelaku akad (‘aqidan)
3) Subjek akad (ma’qud ‘alaihi)
SAMBUNGAN
Kenapa timbul khilaf ini?
Khilaf pada definisi rukun
 Hanafi: Sesuatu yang menentukan wujudnya sesuatu
dan ia adalah sebahagian daripada hakikat benda
tersebut
 Jumhur: Sesuatu yang menentukan wujudnya sesuatu
walaupun ia bukan menjadi sebahagian daripada
hakikat benda tersebut
2.2 RUKUN-RUKUN AKAD
 1) Ungkapan akad (sighah)
 2) Pelaku akad (‘aqidan)
 3) Subjek akad (ma’qud ‘alaihi)
2.3 UNGKAPAN AKAD
Ucapan atau perlakuan pihak berakad yang menunjukkan
kerelaan untuk berkontrak
Terdiri dari tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul)
Khilaf fuqaha dalam menentukan tawaran dan penerimaan
 Hanafi:
 Tawaran: Ungkapan tawaran awal oleh salah satu pihak
yang berakad
 Penerimaan: Ungkapan kedua yang menunjukkan terima
terhadap tawaran
 Jumhur:
 Tawaran: Ungkapan yang lahir dari pemilik barang
 Penerimaan: Ungkapan yang lahir dari penerima milik
2.3.1 SYARAT-SYARAT TAWARAN DAN PENERIMAAN
Syarat: Kewujudan sesuatu perkara bergantung kepada
kewujudannya tetapi ia bukan sebahagian daripada hakikat
perkara tersebut.
1) Menggambarkan secara jelas kehendak pihak yang
melakukan kontrak. Kaedah: “Yang diambil kira dalam akad
adalah maknanya bukan lafaznya”
2) Penerimaan mesti besesuaian dengan tawaran dalam
semua segi
3) Penerimaan mesti bersambung dengan tawaran
 Akad sah dgn cara dua pihak berada dalam satu majlis
akad dan ia juga sah jika berlaku di luar majlis akad (surat)
2.3.2 CARA-CARA TAWARAN DAN PENERIMAAN
 1) Lisan
 2) Isyarat
 3) Tulisan
 4) Perbuatan (mu’atooh)
2.3.3 PENAMATAN PENAWARAN
 1) Orang yang melakukan tawaran menarik balik
tawaran sebelum pihak yang satu lagi menerima
 2) Pihak yang satu lagi menolak tawaran secara
terang-terangan atau tidak langsung
 3) Berpisah dari majlis akad
 4) Orang yang membuat tawaran hilang kelayakan
sebelum pihak yang satu lagi menerima
 5) Orang yang menerima hilang kelayakan
 6) Barang yang diakad rosak atau berubah menjadi
barang lain
2.4 PELAKU AKAD
Kontrak hanya sah jika pihak yang terlibat mempunyai
kelayakan dan kuasa utk melakukannya
2.4.1 KELAYAKAN (AHLIYYAH)
2.4.1.1 DEFINISI KELAYAKAN
Kelayakan seseorang untuk dipertanggungjawabkan hak-
hak orang lain ke atasnya dan mensabitkan hak-hak
kepadanya
2.4.1.2 JENIS-JENIS KELAYAKAN
 1) Kelayakan untuk menerima hak dan tanggungjawab
(Ahliyyatul Wujub)
Ada pada setiap insan yang hidup
 2) Kelayakan untuk mengurus dan melaksana
(Ahliyyatul Ada’)
Asas kelayakan ini adalah berakal dan mumayyiz (boleh
memahami segala tindakan yang dilakukannya dan
kesan yg akan timbul, lebih kurang berumur 7 tahun)
SAMBUNGAN
 Kedua jenis kelayakan ini terbahagi kepada dua
berdasarkan perkembangan hidup manusia:
 1) Kelayakan sempurna (ahliyyah kamilah)
 2) Kelayakan tidak sempurna (ahliyyah naqisah)
SAMBUNGAN
 a) Peringkat pertama: Janin
- Mempunyai ahliyyatul wujub yang tidak sempurna kerana
kehidupan belum sempurna dan boleh menerima beberapa hak
seperti pusaka, wasiat, manfaat harta wakaf dan seumpamanya
- Tiada ahliyytul ada’
 b) Peringkat kedua: Mula dilahirkan hingga umur mumayyiz
- Mempunyai ahliyyatul wujub
- Tiada ahliyyatul ada’, orang lain melaksanakannya seperti
membayar zakat dan gantirugi kerosakan
SAMBUNGAN
c) Peringkat ketiga: Mula dari umur mumayyiz hingga
baligh
- Mempunyai ahliyyatul wujub
- Mempunyai ahliyyatul ada’ yang tidak sempurna.
Boleh melaksanakan tindakan yang memberi manfaat
kepadanya sahaja seperti menerima hadiah dan wasiat.
Tidak boleh pada perkara yang merugikan seperti
memberi sedekah dan hadiah. Boleh pada perkara yang
berkemungkinan untung dan rugi dengan keizinan wali
SAMBUNGAN
d) Peringkat keempat: Dari umur baligh hingga dewasa
 Baligh dengan 2 cara:
1) Tanda-tanda fisiologi: Keluar darah haid pada
perempuan, bermimpi atau keluar mani bagi lelaki
2) Berusia 15 tahun
 Memiliki ahliyyatul wujub dan ahliyyatul ada’ dengan
sempurna
2.4.1.3 HALANGAN-HALANGAN KELAYAKAN
(‘AWARIDH AHLIYYAH)
1) Halangan semulajadi (‘awaridh samawiyyah) seperti
gila, dungu, pengsan
2) Halangan yang diusahakan (‘awaridh muktasabah)
seperti mabuk, bodoh, muflis
SAMBUNGAN
1) Kanak-kanak
a) Sebelum mumayyiz: Akad tidak sah
b) Mumayyiz:
 Boleh melaksanakan tindakan yang memberi manfaat
kepadanya sahaja seperti menerima hadiah dan wasiat.
 Tidak boleh pada perkara yang merugikan seperti
memberi sedekah dan hadiah.
 Boleh pada perkara yang berkemungkinan untung dan
rugi dengan keizinan wali
SAMBUNGAN
2) Gila (Junun)
Sejenis penyakit atau kecacatan akal yang menyebabkan
segala tindakan tidak betul
 Gila berterusan: Segala urusan dan akadnya tidak
sah
 Gila bermusim: Segala urusan dan akadnya sah
ketika siuman
SAMBUNGAN
3) Bodoh (Safah)
 Tidak pandai menguruskan harta dengan sepatutnya
sesuai dengan kehendak syara’ dan akal. Dia dihalang
dari menguruskan harta dan segala tindakannya
adalah seperti kanak-kanak mumayyiz
SAMBUNGAN
5) Tidur dan pitam
 Menghilangkan kelayakan melaksana tetapi tidak
kelayakan menerima
 Segala perbuatan yang berlaku semasa tidur dan
pitam sama ada secara percakapan dan sebagainya
adalah tidak sah
SAMBUNGAN
6) Sakit yang membawa maut (maradhul maut)
 Tidak terjejas sama sekali kelayakannya sama ada
ahliyyatul wujub atau ahliyyatul ada’
 Jika dia mendermakan semua hartanya sedang dia
menanggung hutang menyamai 1/3 daripada
hartanya, ia adalah sah tetapi pihak pemiutang
berhak membatalkan urusan orang sakit itu sekadar
untuk melunaskan hutang mereka
SAMBUNGAN
7) Muflis
 Org yg hutangnya menyamai hartanya atau melebihi
hartanya
 Org muflis disekat dari menguruskan hartanya
SAMBUNGAN
8) Mabuk
Hilang akal dgn sebab mengambil satu bahan yang memabukkan
1- Mabuk yang diharuskan
 Mengambil bahan yang memabukkan dengan sebab yang
dibenarkan syara’ seperti kerana terpaksa, dipaksa atau
tidak mengetahui bahan itu memabukkan
 Segala tidakannya tidak sah dan tidak melahirkan kesan
hukum
2- Mabuk yang diharamkan
 Mengambil barang yang memabukkan dengan sengaja dan
kehendak sendiri
 Segala tindakannya sah dan melahirkan kesan hukum
2.5 KUASA PENGAWASAN
Akad akan menjadi sahih apabila orang yang berakad
mempunyai ahliyyah dan wilayah
2.5.1 DEFINISI PENGAWASAN
Kuasa yang diiktiraf oleh undang-undang syariah untuk
melayakkan seseorang mengadakan akad dan urusan
sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain
2.5.2 JENIS-JENIS KUASA PENGAWASAN
 1- Kuasa terhad (wilayah qaasirah)
 Kuasa utk mengurus diri dan harta sendiri
 Dimiliki oleh setiap orang yg mempunyai
kelayakan sempurna (baligh, berakal, matang)
 Mempunyai kuasa penuh kecuali jika boleh
memudaratkan orang lain
 2- Kuasa tidak terhad (wilayah muta’addiyah)
 Kuasa utk mengurus diri dan harta orang lain
SAMBUNGAN
 Terbahagi kpd dua:
 1) Kuasa asal (wilayah asliyyah)
 Diberikan kpd seseorang secara semulajadi mengikut
hukum syara’ dgn sbb pertalian darah antara dua
pihak (yg mengurus dan diurus spt kuasa bapa
terhadap anak)
 2) Kuasa wakil (wilayah niyabiyyah)
 Kuasa mengurus bagi pihak org lain diperolehi secara
wasiat atau oleh pihak tertentu spt mahkamah
 Kuasa ke atas diri spt kuasa menjaga kanak2, kuasa
utk mengahwinkannya dsb
 Kuasa ke atas harta spt mengurus harta org lain bagi
pihaknya spt bapa, datuk, pemegang wasiat, hakim dll
2.6 PERWAKILAN
 Satu autoriti yg membolehkan seseorang mengurus
dan mengadakan akad bagi pihak orang yang
diwakilinya
2.6.1 DEFINISI PERWAKILAN
 “Memberi kuasa kpd orang lain utk mengurus hal-hal
tertentu di bawah kuasanya”
2.6.2. JENIS-JENIS PERWAKILAN
 1) Perwakilan bersyarat (wakalah muqayyadah)
 Pemberi wakil menentukan kpd wakilnya syarat
dan cara pengurusan
 Wakil akan terikat dgn apa yg telah ditentukan,
tidak boleh melanggar kecuali pada perkara yg
lebih memberi kebaikan kpd pihak pemberi wakil
 Contoh A mewakilkan B menjual keretanya dgn
harga RM 30K
 2) Perwakilan mutlak (wakalah mutlaqah)
 Perwakilan tanpa sebarang syarat
 Wakil perlu terikat dgn keadaan atau ‘uruf
2.6.3 WAKIL YANG TIDAK DILANTIK (FADHALAH)
 2.6.4 Definisi wakil yang tidak dilantik
 “Melakukan sesuatu bagi pihak org lain tanpa
mendapat kuasa atau keizinan daripadanya”
 2.6.5 Kesan-kesan akad yang dilakukan oleh wakil yang
tidak dilantik
 Hanafi & Maliki: Bergantung kpd persetujuan org yg
diuruskannya
 Shafii & Hanbali: Tindakan itu tidak sah sama sekali
walaupun dipersetujui oleh org yg diuruskannya
selepas itu
2.7 SUBJEK AKAD
 2.7.1 Definisi subjek akad
 Perkara yg diakadkan yg dengannya ia menerima
hukum dan kesan undang2 drp pembentukan sesuatu
akad
 2.7.2 Syarat-syarat subjek aqad
 1) Subjek akad mestilah wujud
 Tidak sah kontrak barang yg tiada, yg separuh ada dan
tidak mungkin ada
 Dikecualikan pada akad salam dan istisna’
 Mazhab Maliki mengharuskan brg yg tiada pada
kontrak derma (tabarru’aat) bukannnya mu’aawadhaat
 Ibnu Qayyim: Larangan di sini bermaksud gagal
menyerahkan barang bukannya krn barang tiada
SAMBUNGAN
 2) Subjek akad hendaklah boleh diserahkan
 Barang boleh diserahkan ketika akad diadakan
(menguasai brg tersebut sebagai pemilik atau
wakil
 3) Subjek akad hendaklah diketahui
 Barang itu hendaklah diketahui oleh kedua belah
pihak sama ada zatnya, jenisnya, bilangannya,
grednya dsb yg boleh mengelakkan pertikaian
 Boleh dlm bentuk sample, melihat katalog,
melihat sebahagian dsb
SAMBUNGAN
 4) Subjek akad hendaklah dibenarkan Syara’
 Barang itu dipandang bernilai oleh syara’ dan
pada pandangan kedua pihak
 Tidak harus pada bangkai, darah, daging babi,
arak dsb
 5) Subjek akad hendaklah bersih dan suci
 Bukan barang yg najis atau mutanajjis
 Khilaf dalam masalah tahi binatang yg dibuat baja
antara mazhab
 Shafii dan Hambali: Tidak harus
 Hanafi dan Maliki: Harus
3.0 KEBEBASAN DI DALAM AKAD
3.1 Pengenalan
Hak untuk membuat akad yang baru
Hak untuk membuat syarat
SAMBUNGAN
 3.2 Hak untuk membuat akad yang baru
 Islam memberi kebenaran utk membuat apa-
apa akad yang baru selagi tidak bercanggah
dengan syara’ berdasarkan keredhaan.
 Kaedah: “Asal pada muamalat adalah harus
selagi tiada dalil yang menegahnya”
SAMBUNGAN
 3.3 Hak untuk membuat syarat
 Jumhur ulama: Meletakkan apa-apa syarat dalam akad
adalah harus selagi tidak bercanggah dengan nas-nas
syarak.
 Hanbali: Syarat dalam akad adalah mutlak, selagi tiada
dalil mengharamkannya, ia adalah harus.
 Jumhur: Syarat dalam akad tidak mutlak, jika
bercanggah dengan syarak atau bercanggah dgn maksud
utama akad, ia batal.
PEMBAHAGIAN SYARAT MENURUT MAZHAB HANAFI
 1) Syarat yang sah
 Syarat yang selari dgn tujuan kontrak spt
mensyaratkan penyerahan harga sepenuhnya
sebelum barang diserahkan.
 Syarat yang memperkukuhkan lagi tujuan
kontrak spt mensyaratkan penjamin.
 Syarat yang diletakkan oleh syarak spt
mensyaratkan khiyaar atau tempoh (al-ajl)
 Syarat yang berlaku secara uruf mensyaratkan
barang dihantar ke tempat pembeli.
SAMBUNGAN
 2) Syarat yang rosak (fasid)
 Syarat yg tidak selari dgn tujuan kontrak, tidak
ada nas yg menyatakannya dan tiada uruf
melaksanakannya, tetapi ia memberi faedah
tambahan kpd salah satu pihak yg berkontrak.
 Contoh: Menjual rumah dgn syarat penjual
boleh mendiaminya selepas dijual selama
sebulan.
 Kesannya: Ia merosakkan akad pertukaran
barang spt jual beli dan sewa. Ia tidak memberi
kesan kpd kontrak bukan pertukaran barang spt
hibah.
SAMBUNGAN
 3) Syarat yang batal
 Syarat yang tidak tergolong dlm jenis syarat yg
sah dan tidak memberi faedah kpd pihak yg
berkontrak dan org lain, bahkan memudaratkan
salah satu pihak yg berkontrak.
 Contoh: Menjual kereta dgn syarat pembeli
tidak boleh menjualnya kpd org lain atau tidak
menaikinya selama sebulan dsb.
 Kesannya: Kontrak sah dan syarat terbatal.
PENDAPAT MAZHAB HANBALI TENTANG SYARAT
 Semua syarat yg memberi faedah salah satu pihak
yg berkontrak adalah sah.
 Jika ada nas yg melarang maka kontrak itu batal
spt larangan menghimpunkan dua urusniaga
dalam satu kontrak.
 Contoh: Menjual rumah dan mensyaratkan kepada
pembeli menyewakan rumah itu kepada si A.
4.0 PILIHAN (Khiyar)
 4.1 Pengenalan
 Sesuatu kontrak yang lazim (berkuatkuasa)
ialah kontrak yg tidak mempunyai apa-apa
khiyar yg membolehkan salah satu pihak yg
berkontrak membatalkannya.
 Hadis: “Dua orang yg berjual beli boleh
membuat khiyar selama mana mereka belum
berpisah atau salah seorang daripada mereka
mengatakan: pilihlah”.
SAMBUNGAN
 4.2 Definisi pilihan
 Orang yg berkontrak boleh menerus atau
membatalkan kontrak.
 4.3 Jenis-jenis pilihan
 4.3.1 Pilihan semasa majlis (khiyār al-majlis)
 Salah satu pihak yg berkontrak mempunyai hak
utk membatalkannya selama mana mereka
berada dalam majlis kontrak, ataupun salah
seorang memberi pilihan kpd yg seorang lagi
lalu dia memilih utk kontrak berkuatkuasa.
SAMBUNGAN
 4.3.2 Pilihan kerana kecacatan (khiyār al-‘ayb)
 Salah satu pihak yg berkontrak mempunyai hak utk
membatalkannya atau meneruskannya apabila
terdapat kecacatan pada salah satu barang
pertukaran, sedang pemiliknya tidak mengetahui
kecacatan itu waktu akad.
 Maksud kecacatan yg diambilkira: Kecacatan yg
mengurangkan nilai barang atau merosakkan
tujuan sebenar barang tersebut spt buku yg hilang
beberapa mukasurat dan telinga kambing yg dibeli
utk Qurban terpotong sedikit.
SAMBUNGAN
 Syarat:
 Kecacatan berlaku sebelum dibuat kontrak
 Pembeli tidak tahu adanya kecacatan tersebut
semasa kontrak
 Pemilik tidak mensyaratkan dia terlepas dari
tanggugjawab jika barang yg dijual rosak
 Kecacatan masih kekal sebelum pembatalan.
 Menurut mazhab Shafii dan Maliki pembatalan
hendaklah dlakukan dengan segera. Jika
ditangguhkan tanpa apa-apa keuzuran maka
haknya gugur dan kontrak berkuakuasa.
SAMBUNGAN
 4.3.3 Pilihan bersyarat (khiyār al-shart)
 Salah satu atau kedua pihak berkontrak mempunyai hak
untuk membatalkan kontrak atau meneruskannya
dalam masa tertentu.
 Berlaku pada kontrak pertukaran barang yang telah
berkuatkuasa tetapi boleh dibatalkan melalui
persetujuan kedua belah pihak.
 Contoh: “Aku beli barang ini dari engkau dgn syarat aku
ada hak membuat khiyar”.
 Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii berpendapat ia
tidak boleh lebih dari 3 hari berdasarkan hadis: “Jika
engkau berjual beli, maka katakanlah tiada penipuan
dan berilah tempoh kepadaku 3 hari”.
SAMBUNGAN
 4.3.4 Pilihan setelah melihat subjek akad (khiyār al-
ru’yah )
 Hak khiyar yg diberikan kpd pihak yg berakad yg tidak
melihat barang yg dibelinya, setelah melihat barang itu,
dia mempunyai hak utk membatalkan akad atau
meneruskannya.
 Hadis: “Sesiapa yg membeli sesuatu barang yg tidak
dilihatnya maka dia mempunyai hak khiyar apabila dia
melihatnya”.
 Syarat khiyār al-ru’yah:
 Tidak melihat barang yg dikontrakkan ketika kontrak
dibuat.
 Barang itu ada zatnya spt rumah, binatang ternak,
kenderaan dll.
 Kontrak itu boleh dibatalkan spt jual beli, sewa.
SAMBUNGAN
 4.3.5 Pilihan secara menentukan (khiyār al-ta‘yin).
 Hak untuk memilih salah satu dari 3 barang yg berbeza dari
segi harga dan sifat, yg disebut dlm kontrak.
 Imam Abu Hanifah membenarkannya dalm kontrak
pertukaran barang yg membawa kpd perpindahn pemilikan
seperti jual beli.
 Jumhur tidak mengharuskannya krn barangan yg dijual tidak
diketahui.
 Syarat:
 Hendaklah antara 3 barang shj (kualiti tinggi, sederhana,
rendah)
 Barang-barang itu berlainan harga dan berlainan sifat dan
harga srtiap barang ditetapkan
 Masa khiyar tidak melebihi 3 hari
5.0 PENAMATAN AKAD
 5.1 Pengenalan
 Kontrak tamat dengan cara pembatalan (faskh),
kematian dan tidak meluluskan kontrak yg
tergantung.
 5.2 Pembatalan (faskh)
 Pembatalan dgn sebab rosaknya kontrak spt
menjual sesuatu yg tidak diketahui atau jualan
yg terikat dgn tempoh.
 Pembatalan dengan sebab khiyar sama ada
khiyar syarat, khiyar ‘ayb, khiyar ru’yah dsb.
SAMBUNGAN
 Penarikan balik tawaran dgn persetujuan kedua belah
pihak, apabila satu pihak menyesal dan ingin menarik
balik kontrak. Ia adalah sunat kerana hadis: “Sesiapa yg
menarik balik tawaran jualan kerana menyesal, maka
Allah menarik kehinaannya pada akhirat”.
 Kerana satu pihak tidak dapat melaksanakan
kewajibannya dalam tuntutan akad. Contohnya barang
musnah sebelum diserahkan kepada pembeli.
 Akibat penamatan kontrak atau tercapai maksudnya.
Contohnya: tamat tempoh kontrak sewa, terjelasnya
hutang dlm kontrak gadaian dan wakil telah
melaksanakan tugasnya.
SAMBUNGAN
 5.3 Kematian
Beberapa jenis kontrak akan tamat dgn sebab
kematian salah satu pihak yg berkontrak iaitu:
 Kontrak sewa menurut mazhab Hanafi, adapun
ulama lain mengatakan kontrak sewa boleh
dipusakai.
 Kontrak yg berkuat kuasa dari satu pihak seperti
gadaian dan jaminan, syarikat dan perwakilan.
SAMBUNGAN
 5.4 Tidak diberi kebenaran kepada akad yang
tergantung
 Kontrak yg tergantung menjadi tamat
tempohnya apabila tidak diluluskan oleh
pemiliknya seperti kontrak fudhuli.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'izikra husna
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatIeta Sa'ad
 
2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalat2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalatshahirah44
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn salmy1001
 
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIjtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIlaa Pilus
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'salmy1001
 

Was ist angesagt? (20)

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)
 
Jual beli salam
Jual beli salamJual beli salam
Jual beli salam
 
Al-Kafalah
Al-KafalahAl-Kafalah
Al-Kafalah
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
 
2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalat2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalat
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat KewanganIjtihad dalam Muamalat Kewangan
Ijtihad dalam Muamalat Kewangan
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 

Ähnlich wie Undang undang muamalat dan perlaksanaan

Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9Marhamah Saleh
 
Jual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadaiJual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadaiIsma Jihan
 
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariahSistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariahYusnia Rahmah Afianti
 
Power Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil DownloadPower Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil DownloadLin Hidayati
 
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islamtransaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islammandalina landy
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahchaoru
 
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxRIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxMikaMee
 
Jual Beli Syariah
Jual Beli Syariah Jual Beli Syariah
Jual Beli Syariah Irma Amalia
 
Hukum Jual Beli dalam Islam
Hukum Jual Beli dalam IslamHukum Jual Beli dalam Islam
Hukum Jual Beli dalam IslamDerina Ellya R
 
Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)
Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)
Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)Ardhia Pramesti
 
elemen_haram_ribadanlain.ppt
elemen_haram_ribadanlain.pptelemen_haram_ribadanlain.ppt
elemen_haram_ribadanlain.pptAhmadShazzren
 

Ähnlich wie Undang undang muamalat dan perlaksanaan (20)

2963059.ppt
2963059.ppt2963059.ppt
2963059.ppt
 
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
 
Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8
 
Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8
 
Jual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadaiJual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadai
 
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariahSistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
 
Power Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil DownloadPower Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil Download
 
Ppt akad murabahah
Ppt akad murabahahPpt akad murabahah
Ppt akad murabahah
 
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islamtransaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalah
 
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxRIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
 
Elemen haram riba
Elemen haram ribaElemen haram riba
Elemen haram riba
 
Makalah pegadaian
Makalah pegadaianMakalah pegadaian
Makalah pegadaian
 
KEL 3 HI (2).pptx
KEL 3 HI (2).pptxKEL 3 HI (2).pptx
KEL 3 HI (2).pptx
 
Jual Beli Syariah
Jual Beli Syariah Jual Beli Syariah
Jual Beli Syariah
 
Pertemuan 3 transaksi ekonomi dalam islam11
Pertemuan 3 transaksi ekonomi dalam islam11Pertemuan 3 transaksi ekonomi dalam islam11
Pertemuan 3 transaksi ekonomi dalam islam11
 
Hukum Jual Beli dalam Islam
Hukum Jual Beli dalam IslamHukum Jual Beli dalam Islam
Hukum Jual Beli dalam Islam
 
Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)
Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)
Ekonomi Dalam Islam (Jual Beli)
 
Praktik ekonomi dalam islam
Praktik ekonomi dalam islamPraktik ekonomi dalam islam
Praktik ekonomi dalam islam
 
elemen_haram_ribadanlain.ppt
elemen_haram_ribadanlain.pptelemen_haram_ribadanlain.ppt
elemen_haram_ribadanlain.ppt
 

Kürzlich hochgeladen

kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121tubagus30
 
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdfKemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdfsoftraxindo
 
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...BagaimanaCaraMenggug
 
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptxloegtyatmadji
 
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.pptKarakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.pptmuhammadarsyad77
 
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsungSaham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsunghaechanlee650
 
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.pptPresentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.pptzulfikar425966
 
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh CityAbortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh Cityjaanualu31
 
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5SubhiMunir3
 

Kürzlich hochgeladen (17)

kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121
 
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdfKemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
 
METODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptx
METODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptxMETODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptx
METODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptx
 
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get CytotecAbortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
 
PEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptx
PEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptxPEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptx
PEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptx
 
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
 
MODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptxMODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptx
 
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
 
TEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptx
TEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptxTEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptx
TEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptx
 
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
 
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.pptKarakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
 
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsungSaham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
 
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.pptPresentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
 
MODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptxMODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptx
 
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh CityAbortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
 
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotecAbortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
 
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
 

Undang undang muamalat dan perlaksanaan

  • 1.
  • 3. 1.1 PENGENALAN 1.2 MAKNA DAN PENGERTIAN AKAD  Bahasa:  Ikatan, menggabungkan antara dua hujung sesuatu dan mengikatnya.  Istilah Fuqaha:  Makna umum: Sesuatu yang diazamkan perlaksanaannya secara mewajibkan diri sama ada dari seorang atau lebih.  Makna khusus: Kontrak yang dipersetujui dua pihak, dibuat mengikut shara’ dan menimbulkan kesan syara’
  • 4. 1.3 PERBEZAAN ANTARA AKAD, TASSARUF DAN ILTIZAM  Tasarruf:  Perlakuan seseorang atas kehendaknya sendiri yang menimbulkan kesan shara’  Perkataan & perbuatan  Baik & buruk  Tasarruf qauliy:  Akad & bukan akad  Tasarruf fi’liy:  Perbuatan spt merampas, memusnahkan harta, menerima hutang, menerima barang jualan dll.  Kesimpulan: Setiap akad adalah tasarruf, bukan setiap tasarruf itu akad
  • 5. SAMBUNGAN  Iltizam:  Tindakan yang membentuk, memindah, mengubah, menamatkan sesuatu hak dari satu pihak atau lebih  Kesimpulan: Seerti dengan akad pada makna umum sahaja, tidak pada makna khusus
  • 6. 1.4 PRINSIP-PRINSIP UMUM BERKAITAN AKAD  1) Kebenaran (‫الصدق‬) ‫الصاحلني‬‫و‬ ‫الشهداء‬‫و‬ ‫النبيني‬ ‫مع‬ ‫األمني‬ ‫الصدوق‬ ‫التاجر‬  2) Persetujuan bersama (‫اضي‬‫رت‬‫ال‬) ‫اض‬‫ر‬‫ت‬ ‫عن‬ ‫البيع‬ ‫إمنا‬  3) Bebas dari unsur paksaan (‫اه‬‫ر‬‫اإلك‬)  Takrif: Mengancam / mengugut dengan sesuatu yang menakutkan supaya seseorang melakukan perkara yang tidak disukainya.
  • 7. SAMBUNGAN  Pembahagian:  1- Paksaan sempurna (‫ملجئ‬) spt bunuh, rosakkan anggota  Hukumnya: Menghilangkan kerelaan dan merosakkan pilihan  2- Paksaan tidak sempurna (‫ملجئ‬ ‫غري‬) seperti ancaman yang tidak mengancam nyawa dan anggota  Hukumnya: Menghilangkan kerelaan tetapi tidak merosakkan pilihan
  • 8. SAMBUNGAN  Syarat2 paksaan:  1- Org yg memaksa berupaya melaksanakan ancaman.  2- Berat sangka org yg dipaksa bahawa org yg memaksa akan melaksanakan ancamannya  3- Perkara yg diancam tidak tertanggung  4- Ancaman akan dilaksanakan ketika itu juga  5- Paksaan itu bukan paksaan haq
  • 9. 4) Bebas dari unsur riba  Takrif:  Bahasa: Pertambahan  Istilah: Berbagai definisi mengikut mazhab. Boleh disimpulkan sebagai: “Sebarang tambahan dalam item-item tertentu dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh”  Banyak dalil dari al-Quran dan Sunnah yang mengharamkan riba.  Pengharaman riba berlaku pada tahun ke 8 atau 9 Hijrah.
  • 10. SAMBUNGAN  Jenis-jenis riba:  1- Riba al-Fadhl: Jual item ribawi dengan sama jenis dengan ada tambahan salah satu item tersebut  2- Riba al-Nasi’ah: Pertambahan bayaran hutang disebabkan penangguhan bayaran  Mazhab Shafi’i menambah Riba al-Yad: Jual beli degan penangguhan serahan bagi kedua-dua barang dan harga, atau salah satu di antara keduanya dalam item ribawi
  • 11. SAMBUNGAN  Pembahagian riba:  1- Riba al-Duyun: Riba yang terhasil dari kelewatan membayar hutang  2- Riba al-Buyu’: Riba yang terhasil dari jual-beli item ribawi kerana ketidaksamaan pada kuantiti pertukaran 2 item ribawi atau pertukarannya dibuat secara bertangguh.  Item ribawi: Emas, perak, gandum, barli, tamar, garam (berdasarkan hadis) dan diqiaskan kepada yang lain yang mempunyai ‘illah yang sama.
  • 12. SAMBUNGAN  ‘Illah riba:  Emas dan perak: Mutlak thamaniah (dijadikan nilai barangan)  Makanan:  Hanafi & Hanbali: Timbangan atau sukatan  Shafi’i: Jenis makanan  Maliki: Makanan asasi dan boleh disimpan  Kategori  1- Wang  2- Makanan
  • 13. SAMBUNGAN  Syarat-syarat pertukaran  1- Hulul: Tidak disebut tempoh dlm kontrak  2- Tamathul: Sama timbangan atau sukatan  3- Taqabudh: Berlaku serah terima dlm majlis akad  Keadaan pertukaran:  1- Sesama jenis: Syarat 1, 2 & 3  2- Sesama kategori: Syarat 1 & 3  3- Kategori berlainan: Tiada syarat
  • 14. 5) Bebas dari unsur gharar  Takrif Gharar  Bahasa: Penipuan  Istilah: Sesuatu yang tidak pasti hasilnya dan sesuatu yang majhul (tidak diketahui)  Bentuk-bentuk gharar  1- Barang tidak boleh diserahkan seperti jual kereta hilang  2- Barang tidak ada atau tidak tahu di mana  3- Penjual tidak memilikinya seperti jual ikan dalam laut
  • 15. SAMBUNGAN  Hukum jual beli gharar: Tidak sah kecuali pada dua perkara:  1- Sesuatu yg mengikuti barang jualan, sekiranya diasingkan ia tidak sah. Contoh: Jual susu dlm kantung kerana mengikuti binatang yg dijual.  2- Sesuatu yang dipermudahkan oleh akad sebab kecil, susah nak membezakan atau menentukannya seperti bayaran masuk bilik air.
  • 16. SAMBUNGAN  Contoh jual beli gharar dlm kitab klasik:  Madhamin (air mani jantan)  Malaqih (anak dlm kandungan)  Mulamasah (sentuhan)  Munabadhah (lemparan)  Hasah (lontar bantu kecil)  Darbat al-qanis (contoh: jual ikan yang terjerat pada jala apabila dilontarkan)  Muzabanah (jual buah kurma yg masih di pokok dengan kurma yang sudah dipetik)  Muhaqalah (jual gandum yang masih di tangkai dengan gandum tidak dipastikan timbangannya)
  • 17. SAMBUNGAN  Pembahagian gharar  1- Gharar fahish (banyak): Dilarang seperti jual burung di udara  2- Gharar yasir (sedikit): Harus seperti jual buah yang di dalam kulit  3- Gharar mutawassit (pertengahan): Khilaf, lihat ia condong ke arah mana
  • 18. SAMBUNGAN  Gharar fahish boleh berlaku dlm 4 perkara:  1- Jahalah pada barang jualan seperti jenis, brand, kadar dan sebagainya dinisbah pada pembeli  2- Jahalah pada harga  3- Jahalah pada tempoh  4- Jahalah pada penyokong kontrak seperti penjamin atau cagaran
  • 19. 6) Bebas dari unsur penipuan (tadlis/ taghrir), kesilapan (ghalat) & penyelewengan harga (ghabn)  Takrif:  Tadlis/taghrir: Suatu usaha yang dilakukan oleh satu pihak untuk menarik satu pihak lagi memasuki kontrak dengan sangkaan ia memberi maslahat kepadanya, tetapi hakikatnya tidak
  • 20. SAMBUNGAN  Pembahagian tadlis  1- Tadlis fi’liy (perbuatan) seperti jual tasriyyah (kambing yang tidak diperah susu), letak barang baik di atas barang dan yang kurang baik di bawah.  2- Tadlis qawliy (perkataan) seperti berlebihan memuji barang yang dijual  3- Tadlis bi kitman al-haqiqah (menyembunyikan hakikat) seperti menyembunyikan kecacatan keretakan dinding rumah dengan dicat dan lain-lain lagi.
  • 21. SAMBUNGAN  Ghalat  Maksud: Kesalahan yang berlaku ke atas barang yang dikontrakkan pada zat dan sifatnya  Contoh:  Beli perhiasan dengan sangkaan emas, rupanya bukan emas, disangka permata rupanya kaca.  Beli kambing dengan syarat bersusu, rupanya tiada susu. Beli beg syarat kulit unta, rupanya kulit lembu.  Hukum ghalat:  Ghalat pada zat: batal  Ghalat pada sifat: khiyar
  • 22. SAMBUNGAN  Ghabn  Takrif:  Bahasa: Kekurangan  Istilah: Penyelewengan harga dari harga yg sepatutnya  Pembahagian:  1- Ghabn yasir  2- Ghabn fahish
  • 23. SAMBUNGAN  Hukum:  Ghabn yasir: tiada kesan pada kontrak  Ghabn fahish:  1- Hanafi: Tidak memberi kesan kpd ‘aqad kecuali jika disertai dgn penipuan spt menyifatkan barang itu dgn sifat yg tidak sebenar, sama ada dari org yg berkontrak atau broker.  2- Hanbali: Menjadikan kontrak tidak mengikat dan berhak membatalkan kontrak dlm 3 keadaaan:
  • 24. SAMBUNGAN  a) Talaqqi al-rukban: Berjumpa sekumpulan orang membawa barang dagangan ke suatu tempat lalu membelinya dari mereka sebelum mereka tiba di tempat jualan dan sebelum mereka mengetahui harga pasaran.  b) Al-najsh: Menambah harga barang bukan bertujuan membelinya tetapi untuk menipu orang.  c) Al-mustarsil: Orang jahil terhadap nilai barang dan tidak pandai tawar menawar.
  • 25. SAMBUNGAN  3- Maliki: Jual beli sah tetapi haram. Pembeli ada khiyar.  4- Shafi’i: Tiada kesan terhadap akad sama ada dengan tipuan atau tidak kerana itu adalah kecuaian pembeli sendiri, kecuali dalam masalah (a), ada khiyar.
  • 26. 7- Bebas dari barangan dan perkhidmatan haram  Contoh barangan haram  1- Arak  2- Bangkai  3- Babi  4- Berhala  5- Patung yang bukan untuk permainan kanak- kanak  6- Perkara yg memudaratkan akidah, akhlak dan kesihatan
  • 27. SAMBUNGAN  Contoh perkhidmatan haram  1- Perjudian  2- Hiburan yang dipenuhi dengan perkara haram  3- Membuat tattoo  4- Mengubah ciptaan Allah yang tidak diizinkan  5- Andaman jahiliyyah  6- Transport ke tempat haram  Dll banyak lagi.
  • 29. 2.1 PENGENALAN Sesuatu akad akan terbentuk apabila dipenuhi rukun- rukunnya Khilaf fuqaha:  Hanafi: Ungkapan akad (sighah) sahaja  Jumhur: 1) Ungkapan akad (sighah) 2) Pelaku akad (‘aqidan) 3) Subjek akad (ma’qud ‘alaihi)
  • 30. SAMBUNGAN Kenapa timbul khilaf ini? Khilaf pada definisi rukun  Hanafi: Sesuatu yang menentukan wujudnya sesuatu dan ia adalah sebahagian daripada hakikat benda tersebut  Jumhur: Sesuatu yang menentukan wujudnya sesuatu walaupun ia bukan menjadi sebahagian daripada hakikat benda tersebut
  • 31. 2.2 RUKUN-RUKUN AKAD  1) Ungkapan akad (sighah)  2) Pelaku akad (‘aqidan)  3) Subjek akad (ma’qud ‘alaihi)
  • 32. 2.3 UNGKAPAN AKAD Ucapan atau perlakuan pihak berakad yang menunjukkan kerelaan untuk berkontrak Terdiri dari tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul) Khilaf fuqaha dalam menentukan tawaran dan penerimaan  Hanafi:  Tawaran: Ungkapan tawaran awal oleh salah satu pihak yang berakad  Penerimaan: Ungkapan kedua yang menunjukkan terima terhadap tawaran  Jumhur:  Tawaran: Ungkapan yang lahir dari pemilik barang  Penerimaan: Ungkapan yang lahir dari penerima milik
  • 33. 2.3.1 SYARAT-SYARAT TAWARAN DAN PENERIMAAN Syarat: Kewujudan sesuatu perkara bergantung kepada kewujudannya tetapi ia bukan sebahagian daripada hakikat perkara tersebut. 1) Menggambarkan secara jelas kehendak pihak yang melakukan kontrak. Kaedah: “Yang diambil kira dalam akad adalah maknanya bukan lafaznya” 2) Penerimaan mesti besesuaian dengan tawaran dalam semua segi 3) Penerimaan mesti bersambung dengan tawaran  Akad sah dgn cara dua pihak berada dalam satu majlis akad dan ia juga sah jika berlaku di luar majlis akad (surat)
  • 34. 2.3.2 CARA-CARA TAWARAN DAN PENERIMAAN  1) Lisan  2) Isyarat  3) Tulisan  4) Perbuatan (mu’atooh)
  • 35. 2.3.3 PENAMATAN PENAWARAN  1) Orang yang melakukan tawaran menarik balik tawaran sebelum pihak yang satu lagi menerima  2) Pihak yang satu lagi menolak tawaran secara terang-terangan atau tidak langsung  3) Berpisah dari majlis akad  4) Orang yang membuat tawaran hilang kelayakan sebelum pihak yang satu lagi menerima  5) Orang yang menerima hilang kelayakan  6) Barang yang diakad rosak atau berubah menjadi barang lain
  • 36. 2.4 PELAKU AKAD Kontrak hanya sah jika pihak yang terlibat mempunyai kelayakan dan kuasa utk melakukannya 2.4.1 KELAYAKAN (AHLIYYAH) 2.4.1.1 DEFINISI KELAYAKAN Kelayakan seseorang untuk dipertanggungjawabkan hak- hak orang lain ke atasnya dan mensabitkan hak-hak kepadanya
  • 37. 2.4.1.2 JENIS-JENIS KELAYAKAN  1) Kelayakan untuk menerima hak dan tanggungjawab (Ahliyyatul Wujub) Ada pada setiap insan yang hidup  2) Kelayakan untuk mengurus dan melaksana (Ahliyyatul Ada’) Asas kelayakan ini adalah berakal dan mumayyiz (boleh memahami segala tindakan yang dilakukannya dan kesan yg akan timbul, lebih kurang berumur 7 tahun)
  • 38. SAMBUNGAN  Kedua jenis kelayakan ini terbahagi kepada dua berdasarkan perkembangan hidup manusia:  1) Kelayakan sempurna (ahliyyah kamilah)  2) Kelayakan tidak sempurna (ahliyyah naqisah)
  • 39. SAMBUNGAN  a) Peringkat pertama: Janin - Mempunyai ahliyyatul wujub yang tidak sempurna kerana kehidupan belum sempurna dan boleh menerima beberapa hak seperti pusaka, wasiat, manfaat harta wakaf dan seumpamanya - Tiada ahliyytul ada’  b) Peringkat kedua: Mula dilahirkan hingga umur mumayyiz - Mempunyai ahliyyatul wujub - Tiada ahliyyatul ada’, orang lain melaksanakannya seperti membayar zakat dan gantirugi kerosakan
  • 40. SAMBUNGAN c) Peringkat ketiga: Mula dari umur mumayyiz hingga baligh - Mempunyai ahliyyatul wujub - Mempunyai ahliyyatul ada’ yang tidak sempurna. Boleh melaksanakan tindakan yang memberi manfaat kepadanya sahaja seperti menerima hadiah dan wasiat. Tidak boleh pada perkara yang merugikan seperti memberi sedekah dan hadiah. Boleh pada perkara yang berkemungkinan untung dan rugi dengan keizinan wali
  • 41. SAMBUNGAN d) Peringkat keempat: Dari umur baligh hingga dewasa  Baligh dengan 2 cara: 1) Tanda-tanda fisiologi: Keluar darah haid pada perempuan, bermimpi atau keluar mani bagi lelaki 2) Berusia 15 tahun  Memiliki ahliyyatul wujub dan ahliyyatul ada’ dengan sempurna
  • 42. 2.4.1.3 HALANGAN-HALANGAN KELAYAKAN (‘AWARIDH AHLIYYAH) 1) Halangan semulajadi (‘awaridh samawiyyah) seperti gila, dungu, pengsan 2) Halangan yang diusahakan (‘awaridh muktasabah) seperti mabuk, bodoh, muflis
  • 43. SAMBUNGAN 1) Kanak-kanak a) Sebelum mumayyiz: Akad tidak sah b) Mumayyiz:  Boleh melaksanakan tindakan yang memberi manfaat kepadanya sahaja seperti menerima hadiah dan wasiat.  Tidak boleh pada perkara yang merugikan seperti memberi sedekah dan hadiah.  Boleh pada perkara yang berkemungkinan untung dan rugi dengan keizinan wali
  • 44. SAMBUNGAN 2) Gila (Junun) Sejenis penyakit atau kecacatan akal yang menyebabkan segala tindakan tidak betul  Gila berterusan: Segala urusan dan akadnya tidak sah  Gila bermusim: Segala urusan dan akadnya sah ketika siuman
  • 45. SAMBUNGAN 3) Bodoh (Safah)  Tidak pandai menguruskan harta dengan sepatutnya sesuai dengan kehendak syara’ dan akal. Dia dihalang dari menguruskan harta dan segala tindakannya adalah seperti kanak-kanak mumayyiz
  • 46. SAMBUNGAN 5) Tidur dan pitam  Menghilangkan kelayakan melaksana tetapi tidak kelayakan menerima  Segala perbuatan yang berlaku semasa tidur dan pitam sama ada secara percakapan dan sebagainya adalah tidak sah
  • 47. SAMBUNGAN 6) Sakit yang membawa maut (maradhul maut)  Tidak terjejas sama sekali kelayakannya sama ada ahliyyatul wujub atau ahliyyatul ada’  Jika dia mendermakan semua hartanya sedang dia menanggung hutang menyamai 1/3 daripada hartanya, ia adalah sah tetapi pihak pemiutang berhak membatalkan urusan orang sakit itu sekadar untuk melunaskan hutang mereka
  • 48. SAMBUNGAN 7) Muflis  Org yg hutangnya menyamai hartanya atau melebihi hartanya  Org muflis disekat dari menguruskan hartanya
  • 49. SAMBUNGAN 8) Mabuk Hilang akal dgn sebab mengambil satu bahan yang memabukkan 1- Mabuk yang diharuskan  Mengambil bahan yang memabukkan dengan sebab yang dibenarkan syara’ seperti kerana terpaksa, dipaksa atau tidak mengetahui bahan itu memabukkan  Segala tidakannya tidak sah dan tidak melahirkan kesan hukum 2- Mabuk yang diharamkan  Mengambil barang yang memabukkan dengan sengaja dan kehendak sendiri  Segala tindakannya sah dan melahirkan kesan hukum
  • 50. 2.5 KUASA PENGAWASAN Akad akan menjadi sahih apabila orang yang berakad mempunyai ahliyyah dan wilayah 2.5.1 DEFINISI PENGAWASAN Kuasa yang diiktiraf oleh undang-undang syariah untuk melayakkan seseorang mengadakan akad dan urusan sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain
  • 51. 2.5.2 JENIS-JENIS KUASA PENGAWASAN  1- Kuasa terhad (wilayah qaasirah)  Kuasa utk mengurus diri dan harta sendiri  Dimiliki oleh setiap orang yg mempunyai kelayakan sempurna (baligh, berakal, matang)  Mempunyai kuasa penuh kecuali jika boleh memudaratkan orang lain  2- Kuasa tidak terhad (wilayah muta’addiyah)  Kuasa utk mengurus diri dan harta orang lain
  • 52. SAMBUNGAN  Terbahagi kpd dua:  1) Kuasa asal (wilayah asliyyah)  Diberikan kpd seseorang secara semulajadi mengikut hukum syara’ dgn sbb pertalian darah antara dua pihak (yg mengurus dan diurus spt kuasa bapa terhadap anak)  2) Kuasa wakil (wilayah niyabiyyah)  Kuasa mengurus bagi pihak org lain diperolehi secara wasiat atau oleh pihak tertentu spt mahkamah  Kuasa ke atas diri spt kuasa menjaga kanak2, kuasa utk mengahwinkannya dsb  Kuasa ke atas harta spt mengurus harta org lain bagi pihaknya spt bapa, datuk, pemegang wasiat, hakim dll
  • 53. 2.6 PERWAKILAN  Satu autoriti yg membolehkan seseorang mengurus dan mengadakan akad bagi pihak orang yang diwakilinya 2.6.1 DEFINISI PERWAKILAN  “Memberi kuasa kpd orang lain utk mengurus hal-hal tertentu di bawah kuasanya”
  • 54. 2.6.2. JENIS-JENIS PERWAKILAN  1) Perwakilan bersyarat (wakalah muqayyadah)  Pemberi wakil menentukan kpd wakilnya syarat dan cara pengurusan  Wakil akan terikat dgn apa yg telah ditentukan, tidak boleh melanggar kecuali pada perkara yg lebih memberi kebaikan kpd pihak pemberi wakil  Contoh A mewakilkan B menjual keretanya dgn harga RM 30K  2) Perwakilan mutlak (wakalah mutlaqah)  Perwakilan tanpa sebarang syarat  Wakil perlu terikat dgn keadaan atau ‘uruf
  • 55. 2.6.3 WAKIL YANG TIDAK DILANTIK (FADHALAH)  2.6.4 Definisi wakil yang tidak dilantik  “Melakukan sesuatu bagi pihak org lain tanpa mendapat kuasa atau keizinan daripadanya”  2.6.5 Kesan-kesan akad yang dilakukan oleh wakil yang tidak dilantik  Hanafi & Maliki: Bergantung kpd persetujuan org yg diuruskannya  Shafii & Hanbali: Tindakan itu tidak sah sama sekali walaupun dipersetujui oleh org yg diuruskannya selepas itu
  • 56. 2.7 SUBJEK AKAD  2.7.1 Definisi subjek akad  Perkara yg diakadkan yg dengannya ia menerima hukum dan kesan undang2 drp pembentukan sesuatu akad  2.7.2 Syarat-syarat subjek aqad  1) Subjek akad mestilah wujud  Tidak sah kontrak barang yg tiada, yg separuh ada dan tidak mungkin ada  Dikecualikan pada akad salam dan istisna’  Mazhab Maliki mengharuskan brg yg tiada pada kontrak derma (tabarru’aat) bukannnya mu’aawadhaat  Ibnu Qayyim: Larangan di sini bermaksud gagal menyerahkan barang bukannya krn barang tiada
  • 57. SAMBUNGAN  2) Subjek akad hendaklah boleh diserahkan  Barang boleh diserahkan ketika akad diadakan (menguasai brg tersebut sebagai pemilik atau wakil  3) Subjek akad hendaklah diketahui  Barang itu hendaklah diketahui oleh kedua belah pihak sama ada zatnya, jenisnya, bilangannya, grednya dsb yg boleh mengelakkan pertikaian  Boleh dlm bentuk sample, melihat katalog, melihat sebahagian dsb
  • 58. SAMBUNGAN  4) Subjek akad hendaklah dibenarkan Syara’  Barang itu dipandang bernilai oleh syara’ dan pada pandangan kedua pihak  Tidak harus pada bangkai, darah, daging babi, arak dsb  5) Subjek akad hendaklah bersih dan suci  Bukan barang yg najis atau mutanajjis  Khilaf dalam masalah tahi binatang yg dibuat baja antara mazhab  Shafii dan Hambali: Tidak harus  Hanafi dan Maliki: Harus
  • 59. 3.0 KEBEBASAN DI DALAM AKAD 3.1 Pengenalan Hak untuk membuat akad yang baru Hak untuk membuat syarat
  • 60. SAMBUNGAN  3.2 Hak untuk membuat akad yang baru  Islam memberi kebenaran utk membuat apa- apa akad yang baru selagi tidak bercanggah dengan syara’ berdasarkan keredhaan.  Kaedah: “Asal pada muamalat adalah harus selagi tiada dalil yang menegahnya”
  • 61. SAMBUNGAN  3.3 Hak untuk membuat syarat  Jumhur ulama: Meletakkan apa-apa syarat dalam akad adalah harus selagi tidak bercanggah dengan nas-nas syarak.  Hanbali: Syarat dalam akad adalah mutlak, selagi tiada dalil mengharamkannya, ia adalah harus.  Jumhur: Syarat dalam akad tidak mutlak, jika bercanggah dengan syarak atau bercanggah dgn maksud utama akad, ia batal.
  • 62. PEMBAHAGIAN SYARAT MENURUT MAZHAB HANAFI  1) Syarat yang sah  Syarat yang selari dgn tujuan kontrak spt mensyaratkan penyerahan harga sepenuhnya sebelum barang diserahkan.  Syarat yang memperkukuhkan lagi tujuan kontrak spt mensyaratkan penjamin.  Syarat yang diletakkan oleh syarak spt mensyaratkan khiyaar atau tempoh (al-ajl)  Syarat yang berlaku secara uruf mensyaratkan barang dihantar ke tempat pembeli.
  • 63. SAMBUNGAN  2) Syarat yang rosak (fasid)  Syarat yg tidak selari dgn tujuan kontrak, tidak ada nas yg menyatakannya dan tiada uruf melaksanakannya, tetapi ia memberi faedah tambahan kpd salah satu pihak yg berkontrak.  Contoh: Menjual rumah dgn syarat penjual boleh mendiaminya selepas dijual selama sebulan.  Kesannya: Ia merosakkan akad pertukaran barang spt jual beli dan sewa. Ia tidak memberi kesan kpd kontrak bukan pertukaran barang spt hibah.
  • 64. SAMBUNGAN  3) Syarat yang batal  Syarat yang tidak tergolong dlm jenis syarat yg sah dan tidak memberi faedah kpd pihak yg berkontrak dan org lain, bahkan memudaratkan salah satu pihak yg berkontrak.  Contoh: Menjual kereta dgn syarat pembeli tidak boleh menjualnya kpd org lain atau tidak menaikinya selama sebulan dsb.  Kesannya: Kontrak sah dan syarat terbatal.
  • 65. PENDAPAT MAZHAB HANBALI TENTANG SYARAT  Semua syarat yg memberi faedah salah satu pihak yg berkontrak adalah sah.  Jika ada nas yg melarang maka kontrak itu batal spt larangan menghimpunkan dua urusniaga dalam satu kontrak.  Contoh: Menjual rumah dan mensyaratkan kepada pembeli menyewakan rumah itu kepada si A.
  • 66. 4.0 PILIHAN (Khiyar)  4.1 Pengenalan  Sesuatu kontrak yang lazim (berkuatkuasa) ialah kontrak yg tidak mempunyai apa-apa khiyar yg membolehkan salah satu pihak yg berkontrak membatalkannya.  Hadis: “Dua orang yg berjual beli boleh membuat khiyar selama mana mereka belum berpisah atau salah seorang daripada mereka mengatakan: pilihlah”.
  • 67. SAMBUNGAN  4.2 Definisi pilihan  Orang yg berkontrak boleh menerus atau membatalkan kontrak.  4.3 Jenis-jenis pilihan  4.3.1 Pilihan semasa majlis (khiyār al-majlis)  Salah satu pihak yg berkontrak mempunyai hak utk membatalkannya selama mana mereka berada dalam majlis kontrak, ataupun salah seorang memberi pilihan kpd yg seorang lagi lalu dia memilih utk kontrak berkuatkuasa.
  • 68. SAMBUNGAN  4.3.2 Pilihan kerana kecacatan (khiyār al-‘ayb)  Salah satu pihak yg berkontrak mempunyai hak utk membatalkannya atau meneruskannya apabila terdapat kecacatan pada salah satu barang pertukaran, sedang pemiliknya tidak mengetahui kecacatan itu waktu akad.  Maksud kecacatan yg diambilkira: Kecacatan yg mengurangkan nilai barang atau merosakkan tujuan sebenar barang tersebut spt buku yg hilang beberapa mukasurat dan telinga kambing yg dibeli utk Qurban terpotong sedikit.
  • 69. SAMBUNGAN  Syarat:  Kecacatan berlaku sebelum dibuat kontrak  Pembeli tidak tahu adanya kecacatan tersebut semasa kontrak  Pemilik tidak mensyaratkan dia terlepas dari tanggugjawab jika barang yg dijual rosak  Kecacatan masih kekal sebelum pembatalan.  Menurut mazhab Shafii dan Maliki pembatalan hendaklah dlakukan dengan segera. Jika ditangguhkan tanpa apa-apa keuzuran maka haknya gugur dan kontrak berkuakuasa.
  • 70. SAMBUNGAN  4.3.3 Pilihan bersyarat (khiyār al-shart)  Salah satu atau kedua pihak berkontrak mempunyai hak untuk membatalkan kontrak atau meneruskannya dalam masa tertentu.  Berlaku pada kontrak pertukaran barang yang telah berkuatkuasa tetapi boleh dibatalkan melalui persetujuan kedua belah pihak.  Contoh: “Aku beli barang ini dari engkau dgn syarat aku ada hak membuat khiyar”.  Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafii berpendapat ia tidak boleh lebih dari 3 hari berdasarkan hadis: “Jika engkau berjual beli, maka katakanlah tiada penipuan dan berilah tempoh kepadaku 3 hari”.
  • 71. SAMBUNGAN  4.3.4 Pilihan setelah melihat subjek akad (khiyār al- ru’yah )  Hak khiyar yg diberikan kpd pihak yg berakad yg tidak melihat barang yg dibelinya, setelah melihat barang itu, dia mempunyai hak utk membatalkan akad atau meneruskannya.  Hadis: “Sesiapa yg membeli sesuatu barang yg tidak dilihatnya maka dia mempunyai hak khiyar apabila dia melihatnya”.  Syarat khiyār al-ru’yah:  Tidak melihat barang yg dikontrakkan ketika kontrak dibuat.  Barang itu ada zatnya spt rumah, binatang ternak, kenderaan dll.  Kontrak itu boleh dibatalkan spt jual beli, sewa.
  • 72. SAMBUNGAN  4.3.5 Pilihan secara menentukan (khiyār al-ta‘yin).  Hak untuk memilih salah satu dari 3 barang yg berbeza dari segi harga dan sifat, yg disebut dlm kontrak.  Imam Abu Hanifah membenarkannya dalm kontrak pertukaran barang yg membawa kpd perpindahn pemilikan seperti jual beli.  Jumhur tidak mengharuskannya krn barangan yg dijual tidak diketahui.  Syarat:  Hendaklah antara 3 barang shj (kualiti tinggi, sederhana, rendah)  Barang-barang itu berlainan harga dan berlainan sifat dan harga srtiap barang ditetapkan  Masa khiyar tidak melebihi 3 hari
  • 73. 5.0 PENAMATAN AKAD  5.1 Pengenalan  Kontrak tamat dengan cara pembatalan (faskh), kematian dan tidak meluluskan kontrak yg tergantung.  5.2 Pembatalan (faskh)  Pembatalan dgn sebab rosaknya kontrak spt menjual sesuatu yg tidak diketahui atau jualan yg terikat dgn tempoh.  Pembatalan dengan sebab khiyar sama ada khiyar syarat, khiyar ‘ayb, khiyar ru’yah dsb.
  • 74. SAMBUNGAN  Penarikan balik tawaran dgn persetujuan kedua belah pihak, apabila satu pihak menyesal dan ingin menarik balik kontrak. Ia adalah sunat kerana hadis: “Sesiapa yg menarik balik tawaran jualan kerana menyesal, maka Allah menarik kehinaannya pada akhirat”.  Kerana satu pihak tidak dapat melaksanakan kewajibannya dalam tuntutan akad. Contohnya barang musnah sebelum diserahkan kepada pembeli.  Akibat penamatan kontrak atau tercapai maksudnya. Contohnya: tamat tempoh kontrak sewa, terjelasnya hutang dlm kontrak gadaian dan wakil telah melaksanakan tugasnya.
  • 75. SAMBUNGAN  5.3 Kematian Beberapa jenis kontrak akan tamat dgn sebab kematian salah satu pihak yg berkontrak iaitu:  Kontrak sewa menurut mazhab Hanafi, adapun ulama lain mengatakan kontrak sewa boleh dipusakai.  Kontrak yg berkuat kuasa dari satu pihak seperti gadaian dan jaminan, syarikat dan perwakilan.
  • 76. SAMBUNGAN  5.4 Tidak diberi kebenaran kepada akad yang tergantung  Kontrak yg tergantung menjadi tamat tempohnya apabila tidak diluluskan oleh pemiliknya seperti kontrak fudhuli.