Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
PSS Peraturan Pelajar
1. PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
(PELAJAR)
Murid-murid dibenarkan untuk memasuki perpustakaan mengikut jadual.
Segala buku yang dipinjamkan hendaklah dikembalikan dalam tempoh
semingu.
Jika lewat denda sebanyak 10sen/hari akan dikenakan.
Buku yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran.
Menjaga kebersihan pusat sumber sekolah adalah tanggungjawab bersama.
Dilarang membuat bising semasa berada di dalam Pusat Sumber Sekolah.
Jangan bermain di dalam pusat sumber sekolah.
Tidak dibenarkan masuk ke dalam pusat sumber sekolah tanpa pengetahuan
guru.
PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
(GURU)
Guru-guru yang menggunakan PSS hendaklah bertanggungjawab untuk
menjaga kebersihan PSS pada masa tersebut.
Alatan yang dipinjam adalah di bawah tanggungjawab guru masing-masing.
Segala alatan yang dipinjam perlu dicatat dan dikembalikan dalam tempoh
seminggu.
Guru-guru yang meminjam peralatan PSS perlu menjaga peralatan tersebut
daripada sebarang kerosakan.
Kerosakan yang berlaku pada alatan tersebut perlulah diperbaiki oleh guru
yang meminjam.
Pastikan bilik PSS bersih dan kemas sebelum keluar.
2. MATLAMAT PUSAT
SUMBER SEKOLAH
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang
berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan
berdisiplin untuk membantu pembinaan
sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan
peranan yang berkesan dalam Pembangunan
Negara, Bangsa dan Agama.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu,
kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah
pelajar agar dapat memainkan peranan positif.
Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan
teknologi maklumat menerusi penggunaan
komputer.
3. PUSAT SUMBER SEKOLAH
VISI
”Membudayakan Teknologi Pendidikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara”
MISI PSS
”Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai
Pusat Penyebaran Ilmu dan Maklumat”
MOTTO PSS
”Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Menjana Insan
Berilmu”
4. OBJEKTIF PUSAT SUMBER
SEKOLAH
Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan
guru dan pelajar.
Menyediakan tempat guru untuk guru-guru
merancang dan menghasilkan sumber-sumber
pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan profesionalisme guru.
Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai
jenis maklumat.
Membina program media untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Menyediakan perisian pendidikan untuk
kegunaan guru dan pelajar.