SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 2
Peningkatan harga barangan keperluan utama menyebabkan masyarakat
Malaysia semakin terbeban oleh pelbagai masalah dalam kehidupan.
Huraikan penyataan ini.
Isu kenaikan harga barang sudah tidak asing lagi didengar pada hari ini. Kebanyakan barangan
terutamanya barangan keperluan harian telah mengalami kenaikan harga. Sudah tentu disebabkan
masalah ini, banyak keburukan akan timbul terutamanya kepada anggota masyarakat yang sentiasa
memerlukan barangan tersebut. Mereka terpaksa mengamalkan langkah berjimat cermat untuk
memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi. Hal ini lebih merunsingkan kita apabila
masalah ini terpaksa ditempuhi oleh golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai
tanggungan yang banyak. Perkara ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah akan berlaku dalam
keluarga apabila segala perbelanjaan harian terpaksa dijimatkan. Disebabkan mempunyai
tanggungan yang banyak, segala kehendak terpaksa dilupakan dan perlu memberikan penekanan
kepada barang-barang yang lebih penting.
Akibat daripada kenaikan harga barang, dalam masa yang sama pendapatan kakitangan kerajaan
mahupun swasta juga meningkat, namun perkara ini tidak mendatangkan kebaikan kepada
masyarakat kerana harga barangan lain juga semakin meningkat tidak setara dengan kenaikan gaji
pekerja. Hal ini telah menyebabkan kos sara hidup juga meningkat terutamanya bagi golongan yang
tinggal di bandar lebih merasai perubahan perkara ini. Apabila harga barang meningkat, dalam masa
yang sama sumber makanan seharian seperti kuih-muih, lauk-pauk, dan makanan lain juga terpaksa
dinaikkan harganya untuk seseorang peniaga itu mendapat keuntungan tetapi malangnya ada
sesetengah pihak yang mencekik darah dengan menaikkan harga dua kali ganda banyaknya. Sudah
tentu perkara ini membuatkan masyarakat merungut terutamanya kepada mereka yang gemar
membeli makanan di luar apabila tiba masa makan. Oleh itu, di sinilah peranan anggota masyarakat
untuk menjalankan langkah yang sewajarnya dan para pengguna pula perlu mengukur baju di badan
sendiri dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka.
Isu kenaikan harga barang ini juga boleh menyebabkan berlakunya konflik dalam hubungan
kekeluargaan. Apabila sisu ini timbul, mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu
dan terpaksa merancang perbelanjaan. Masalah ini timbul kerana pasangan suami isteri terpaksa
membahagikan tugas untuk membeli sesuatu barangan tetapi ada sesetengah pasangan tidak mahu
bertolak ansur dan juga tidak mahu berkongsi perbelanjaan. Perkara ini boleh mengakibatkan
tekanan dalam hubungan kekeluargaan sehingga berlakunya pergaduhan, perceraian, sakit hati dan
sebagainya. Tambahan pula, mereka terpaksa menanggung perbelanjaan anak sedangkan barangan
keperluan anak-anak juga semakin meningkat harganya. Oleh itu, persefahaman amatlah penting
dalam sesebuah keluarga itu untuk menjadikan rumah tangga aman damai tanpa sering berlakunya
persengketaan terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal yang remeh yang boleh diselesaikan jika
adanya persefahaman dan tolak ansur antara mereka.
Selain itu, isu ini juga boleh memberi kesan terhadap pekerja iaitu melalui perubahan perlakuannya
di tempat kerja. Perkara ini merupakan kesan yang amat negatif dalam masyarakat dan patut
dielakkan dengan segera. Perkara ini berlaku apabila ada sesetengah pekerja yang kekurangan
pendapatan, mengambil keputusan untuk membodek majikannya untuk mendapatkan kenaikan
pangkat dengan cepat. Isu kenaikan harga barangan ini juga boleh menyebabkan berlakunya amalan
rasuah dalam kalangan pekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih dengan cara
yang mudah. Amalan ini merupakan satu perlakuan yang salah di sisi undang-undang dan boleh
dikenakan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang mengamalkan aktiviti rasuah. Dalam masa
yang sama, usaha untuk mencari pendapatan yang lebih terbantut apabila mereka ditangkap atas
kesalahan itu dan terus dibuang kerja menyebabkan tiada lagi sumber kewangan yang boleh
diperoleh terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga sendiri dan tanggungannya.
Masyarakat juga akan dibebani oleh hutang akibat kenaikan harga barangan ini. Sudah tentu perkara
ini akan memberi bebanan kepada keluaarga terutamanya apabila sampai hujung bulan. Mereka
terpaksa membayar hutang bulanan seperti bayaran ansuran kereta, rumah dan juga keperluan
untuk bulan tersebut. Hal ini ditambah pula dengan hutang yang tertunggak dan perlu dibayar
seperti hutang kad kredit. Perkara yang lebih menyakitkan apabila ada sesetengah pihak yang perlu
membayar hutang kepada Along. Hal sebegini boleh mengakibatkan ketakutan dalam kalangan
masyarakat kerana sering dikejar oleh Along. Lebih kejam lagi apabila Along tersebut mencari ahli
keluarga penghutang pula untuk dijadikan tebusan. Oleh itu, mereka haruslah mengelakkan diri
daripada masalah tersebut kerana terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak perbuatan buruk
padahnya.
Masalah jenayah juga akan mudah berlaku dengan adanya isu kenaikan harga barang ini. Masalah
jenayah akan berlaku apabila mereka dibebani dengan masalah hutang, pembayaran kos sara hidup
dan sebagainya. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan melakukan ragut atau rompakan
untuk menyara hidup keluarga. Sudah pastinya perkara ini akan memberikan impak yang negatif
terhadap mangsa rompakan kerana mereka juga menerima masalah kenaikan harga barang. Ada
sesetengah masyarakat yang mengalami tekanan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat
dan mereka sukar untuk menempuhinya, seterusnya berlakulah kes jenayah lain iaitu kes
penderaan. Akibat mengalami tekanan perasaan, mereka melepaskan tekanan tersebut kepada isteri
dan juga anak-anak mereka hingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan seterusnya
maut di tangan bapa sendiri.
Oleh hal yang demikian, isu kenaikan harga barang ini merupakan perkara yang sangat sensitif
terhadap anggota masyarakat kerana banyak impak negatif yang diterima apabila isu ini timbul.
Walaupun tidak menjadi masalah terhadap golongan yang berpendapatan rendah ataupun
sederhana yang terpaksa menempuh semua masalah ini dengan hati yang terbuka walaupun sukar
untuk diterima. Sememangnya agak sukar untuk untuk menurunkan kembali harga barangan kerana
sumber untuk mendapatkan segala barangan tersebut semakin hari semakin sukar akibat arus
pembangunan yang semakin maju. Oleh itu, para penggunalah yang harus memikirkan cara untuk
berjimat cermat untuk mengatasi masalah kos sara hidup mereka di samping untuk menstabilkan
keadaan ekonomi. Para pengguna haruslah mengikut pepatah, sediakan payung sebelum hujan iaitu
sebelum perkara yang buruk menimpa mereka berlaku setelah berbelanja dengan boros.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdfTEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
JANGAN TENGOK
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
haralhaj
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
Rodiyah Sulaiman
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
Tamil Malar
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Fez Na
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Norazul89
 

Was ist angesagt? (20)

Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdfTEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
TEKNIK PENULISAN KARANGAN STPM.pdf
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Perbadanan awam
Perbadanan awam Perbadanan awam
Perbadanan awam
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 

Andere mochten auch (6)

Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
 
Soalan karangan PA
Soalan karangan PASoalan karangan PA
Soalan karangan PA
 
Kesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaranKesan postif dan negatif pembandaran
Kesan postif dan negatif pembandaran
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2
 

Ähnlich wie Peningkatan harga barangan keperluan utama

Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
gmurugian
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
PRA-UNIVERSITY
 
Kepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakKepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijak
Rozlee Mian
 
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...
Noor Hassan
 
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomisMemulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
sevdil
 
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomisMemulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
sevdil
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
harris-7575
 

Ähnlich wie Peningkatan harga barangan keperluan utama (15)

Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokMakalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
 
RESUME BAB 3 BUKU INTRODUCTION TO BUSINESS JEFF MADURA
RESUME BAB 3 BUKU INTRODUCTION TO BUSINESS JEFF MADURARESUME BAB 3 BUKU INTRODUCTION TO BUSINESS JEFF MADURA
RESUME BAB 3 BUKU INTRODUCTION TO BUSINESS JEFF MADURA
 
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsanganLatihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan
 
Langkah
LangkahLangkah
Langkah
 
Kemiskinan bandar
Kemiskinan bandarKemiskinan bandar
Kemiskinan bandar
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
Diet gaya hidup
Diet gaya hidupDiet gaya hidup
Diet gaya hidup
 
Kepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakKepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijak
 
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama g...
 
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomisMemulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
 
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomisMemulai dengan hidup hemat dan ekonomis
Memulai dengan hidup hemat dan ekonomis
 
Mereka yang tidak tahu batas
Mereka yang tidak tahu batasMereka yang tidak tahu batas
Mereka yang tidak tahu batas
 
Menabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang muliaMenabung satu tabiat yang mulia
Menabung satu tabiat yang mulia
 
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMABAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
BAHASA MELAYU (SPM) LATIHAN MENGHURAIKAN ISI PERENGGAN PERTAMA
 
Dampak kenaikan harga BBM di kalangan masyarakat
Dampak kenaikan harga BBM di kalangan masyarakatDampak kenaikan harga BBM di kalangan masyarakat
Dampak kenaikan harga BBM di kalangan masyarakat
 

Mehr von LOGHA ANBARASU

Mehr von LOGHA ANBARASU (12)

14 health secrets of onion pealed
14 health secrets of onion pealed14 health secrets of onion pealed
14 health secrets of onion pealed
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Cork shooter
Cork shooterCork shooter
Cork shooter
 
Muet scrapbook
Muet scrapbookMuet scrapbook
Muet scrapbook
 
Hari kemerdekaan is the independence day of malaysia
Hari kemerdekaan is the independence day of malaysiaHari kemerdekaan is the independence day of malaysia
Hari kemerdekaan is the independence day of malaysia
 
Friendship
FriendshipFriendship
Friendship
 
Choose prepositions
Choose prepositionsChoose prepositions
Choose prepositions
 
Investigating shapes of graphs
Investigating shapes of graphsInvestigating shapes of graphs
Investigating shapes of graphs
 
Ekonomi
EkonomiEkonomi
Ekonomi
 
Dasar harga maksimum
Dasar harga maksimumDasar harga maksimum
Dasar harga maksimum
 
Orang malaysia makan mengikut selera
Orang malaysia makan mengikut seleraOrang malaysia makan mengikut selera
Orang malaysia makan mengikut selera
 
Teknologi hijau
Teknologi hijauTeknologi hijau
Teknologi hijau
 

Peningkatan harga barangan keperluan utama

  • 1. Peningkatan harga barangan keperluan utama menyebabkan masyarakat Malaysia semakin terbeban oleh pelbagai masalah dalam kehidupan. Huraikan penyataan ini. Isu kenaikan harga barang sudah tidak asing lagi didengar pada hari ini. Kebanyakan barangan terutamanya barangan keperluan harian telah mengalami kenaikan harga. Sudah tentu disebabkan masalah ini, banyak keburukan akan timbul terutamanya kepada anggota masyarakat yang sentiasa memerlukan barangan tersebut. Mereka terpaksa mengamalkan langkah berjimat cermat untuk memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi. Hal ini lebih merunsingkan kita apabila masalah ini terpaksa ditempuhi oleh golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang banyak. Perkara ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah akan berlaku dalam keluarga apabila segala perbelanjaan harian terpaksa dijimatkan. Disebabkan mempunyai tanggungan yang banyak, segala kehendak terpaksa dilupakan dan perlu memberikan penekanan kepada barang-barang yang lebih penting. Akibat daripada kenaikan harga barang, dalam masa yang sama pendapatan kakitangan kerajaan mahupun swasta juga meningkat, namun perkara ini tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat kerana harga barangan lain juga semakin meningkat tidak setara dengan kenaikan gaji pekerja. Hal ini telah menyebabkan kos sara hidup juga meningkat terutamanya bagi golongan yang tinggal di bandar lebih merasai perubahan perkara ini. Apabila harga barang meningkat, dalam masa yang sama sumber makanan seharian seperti kuih-muih, lauk-pauk, dan makanan lain juga terpaksa dinaikkan harganya untuk seseorang peniaga itu mendapat keuntungan tetapi malangnya ada sesetengah pihak yang mencekik darah dengan menaikkan harga dua kali ganda banyaknya. Sudah tentu perkara ini membuatkan masyarakat merungut terutamanya kepada mereka yang gemar membeli makanan di luar apabila tiba masa makan. Oleh itu, di sinilah peranan anggota masyarakat untuk menjalankan langkah yang sewajarnya dan para pengguna pula perlu mengukur baju di badan sendiri dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka. Isu kenaikan harga barang ini juga boleh menyebabkan berlakunya konflik dalam hubungan kekeluargaan. Apabila sisu ini timbul, mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan terpaksa merancang perbelanjaan. Masalah ini timbul kerana pasangan suami isteri terpaksa membahagikan tugas untuk membeli sesuatu barangan tetapi ada sesetengah pasangan tidak mahu bertolak ansur dan juga tidak mahu berkongsi perbelanjaan. Perkara ini boleh mengakibatkan tekanan dalam hubungan kekeluargaan sehingga berlakunya pergaduhan, perceraian, sakit hati dan sebagainya. Tambahan pula, mereka terpaksa menanggung perbelanjaan anak sedangkan barangan keperluan anak-anak juga semakin meningkat harganya. Oleh itu, persefahaman amatlah penting dalam sesebuah keluarga itu untuk menjadikan rumah tangga aman damai tanpa sering berlakunya persengketaan terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal yang remeh yang boleh diselesaikan jika adanya persefahaman dan tolak ansur antara mereka. Selain itu, isu ini juga boleh memberi kesan terhadap pekerja iaitu melalui perubahan perlakuannya di tempat kerja. Perkara ini merupakan kesan yang amat negatif dalam masyarakat dan patut dielakkan dengan segera. Perkara ini berlaku apabila ada sesetengah pekerja yang kekurangan pendapatan, mengambil keputusan untuk membodek majikannya untuk mendapatkan kenaikan pangkat dengan cepat. Isu kenaikan harga barangan ini juga boleh menyebabkan berlakunya amalan
  • 2. rasuah dalam kalangan pekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih dengan cara yang mudah. Amalan ini merupakan satu perlakuan yang salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang mengamalkan aktiviti rasuah. Dalam masa yang sama, usaha untuk mencari pendapatan yang lebih terbantut apabila mereka ditangkap atas kesalahan itu dan terus dibuang kerja menyebabkan tiada lagi sumber kewangan yang boleh diperoleh terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga sendiri dan tanggungannya. Masyarakat juga akan dibebani oleh hutang akibat kenaikan harga barangan ini. Sudah tentu perkara ini akan memberi bebanan kepada keluaarga terutamanya apabila sampai hujung bulan. Mereka terpaksa membayar hutang bulanan seperti bayaran ansuran kereta, rumah dan juga keperluan untuk bulan tersebut. Hal ini ditambah pula dengan hutang yang tertunggak dan perlu dibayar seperti hutang kad kredit. Perkara yang lebih menyakitkan apabila ada sesetengah pihak yang perlu membayar hutang kepada Along. Hal sebegini boleh mengakibatkan ketakutan dalam kalangan masyarakat kerana sering dikejar oleh Along. Lebih kejam lagi apabila Along tersebut mencari ahli keluarga penghutang pula untuk dijadikan tebusan. Oleh itu, mereka haruslah mengelakkan diri daripada masalah tersebut kerana terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak perbuatan buruk padahnya. Masalah jenayah juga akan mudah berlaku dengan adanya isu kenaikan harga barang ini. Masalah jenayah akan berlaku apabila mereka dibebani dengan masalah hutang, pembayaran kos sara hidup dan sebagainya. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan melakukan ragut atau rompakan untuk menyara hidup keluarga. Sudah pastinya perkara ini akan memberikan impak yang negatif terhadap mangsa rompakan kerana mereka juga menerima masalah kenaikan harga barang. Ada sesetengah masyarakat yang mengalami tekanan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dan mereka sukar untuk menempuhinya, seterusnya berlakulah kes jenayah lain iaitu kes penderaan. Akibat mengalami tekanan perasaan, mereka melepaskan tekanan tersebut kepada isteri dan juga anak-anak mereka hingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan seterusnya maut di tangan bapa sendiri. Oleh hal yang demikian, isu kenaikan harga barang ini merupakan perkara yang sangat sensitif terhadap anggota masyarakat kerana banyak impak negatif yang diterima apabila isu ini timbul. Walaupun tidak menjadi masalah terhadap golongan yang berpendapatan rendah ataupun sederhana yang terpaksa menempuh semua masalah ini dengan hati yang terbuka walaupun sukar untuk diterima. Sememangnya agak sukar untuk untuk menurunkan kembali harga barangan kerana sumber untuk mendapatkan segala barangan tersebut semakin hari semakin sukar akibat arus pembangunan yang semakin maju. Oleh itu, para penggunalah yang harus memikirkan cara untuk berjimat cermat untuk mengatasi masalah kos sara hidup mereka di samping untuk menstabilkan keadaan ekonomi. Para pengguna haruslah mengikut pepatah, sediakan payung sebelum hujan iaitu sebelum perkara yang buruk menimpa mereka berlaku setelah berbelanja dengan boros.