4. POKOK SUKUN
• Pokok sukun kuat menyerap air dan akarnya banyak serta
bercabang-cabang. Oleh itu, akarnya boleh menjadi pasak di
slip circle, menyerap lembapan dan mengurangkan hakisan
air larian. Hal ini akan mengurangkan risiko tanah runtuh.
• Pokok sukun perlu ditanam di tempat-tempat yang sesuai
kerana akarnya yang bersifat agresif bagi mengatasi
kerosakan jalan raya atau paip-paip air apabila di tanam
berdekatan dengan tepi jalan raya.
5. POKOK LEMUNI
• Boleh memberi manfaat dalam mengukuhkan jalan raya. Saiz pokok lemuni kecil akan tetapi ia mampu
menyerap air. Oleh itu, pokok ini boleh menyerap lembapan di kaki tebing berhampiran slip circle.
Pokok ini ditanam di bawah tebing. Dengan penanaman pokok ini, ia mampu mengurangkan belakunya
risiko tanah runtuh.
6. POKOK GAJUS
• Pokok Gajus bertindak sebagai medium untuk
memperkukuhkan jalan raya. Pembinaan jalan raya
selalunya melibatkan proses potong dan timbun.
Proses ini sering dilakukan di bahagian berbukit.
• Akar-akarnya yang agresif menyebabkan
penanaman pokok gajus harus ditelitikan agar tidak
mengganggu saluran paip bawah tanah dan
sebagainya. Kawasan ini dinamakan slip circle yang
senang mengalami keruntuhan. Penanaman pokok
gajus harus ditanam dibawah bukannya di atas
kerana di atas dan di tepi jalan mempunyai paip air,
paip elektrik, kabel telekom dan paip najis.
• Akar pokok ini yang agresif dapat merosakkan paip-
paip tersebut. Hal ini mampu mengurangkan
daripada berlakunya tanah runtuh sekaligus
memperkukuhkan struktur jalan raya.
7. POKOK BIDARA
• Akar pokok bidara yang sangat agresif
dapat membantu dalam mencengkam
tanah dan mengurangkan risiko tanah
runtuh. Pokok bidara ini penting ditanam
untuk mengukuh struktur jalan raya dan di
kawasan yang berbukit.
• Akar yang terdapat pada pokok bidara
akan menjadi pasak di bahagian slip circle
yang terdapat pada struktur jalan yang
dibina tersebut.