SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 41
PENGENALAN
KESIHATAN MENTAL &
PENGGUGURAN
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Umi Adzlin binti Silim
Pakar Psikiatri
Hospital Kuala Lumpur
ISI KANDUNGAN
Senario Kes
Latarbelakang
Perspektif Perundangan
Perspektif Agama
Perspektif Kesihatan Mental
Perspektif Perubatan
Pengendalian Permintaan Pengguguran dari Sudut Kesihatan Mental
Senario Kes: Bella
Bella, berumur 18 tahun datang bersendirian ke klinik kesihatan
mengadu keracunan makanan selepas mengalami muntah-muntah
selama beberapa hari. Pertanyaan lanjut mendapati beliau tidak
datang haid selama 3 bulan dan pemeriksaan mengesahkan yang
beliau sedang hamil. Beliau sebenarnya telah menduga keadaan ini
disebabkan gaya hidup yang bebas sebelum ini namun mengambil
langkah berhati-hati. Fikiran beliau buntu dan bertanya samada
pengguguran boleh dilakukan. Beliau telah pernah melakukan
pengguguran di klinik swasta sebelum ini tetapi tidak mampu lagi
disebabkan tiada punca kewangan.
Senario Kes: Anne
Anne, berumur 17 tahun di bawa oleh ibunya ke hospital kerana sakit perut.
Pemeriksaan menunjukkan beliau hamil 7 minggu. Selepas diberi penjelasan,
beliau dalam keadaan takut dan menangis menyatakan telah diperkosa secara
bergilir-gilir oleh orang bertopeng yang tidak dikenali sewaktu berjalan
seorang diri ke kedai. Keluarga memohon untuk pengguguran dilakukan.
LATARBELAKANG – 1/4
Isu pengguguran telah menimbulkan pelbagai kontroversi untuk
jangkamasa yang panjang dan perbincangan mengenainya perlu dilihat
secara komprehensif dan secara multidimensi.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
LATARBELAKANG - 2/4
• Indikasi pengguguran atas sebab perubatan adalah lebih jelas, namun apakah
indikasi pengguguran atas sebab kesihatan mental berdasarkan peruntukan
undang-undang sedia ada?
• Bagaimanakah membuat penilaian kesihatan mental kepada wanita yang
membuat permintaan pengguguran?
• Bila & siapakah yang perlu membuat penilaian kesihatan mental?
• Bagaimanakah mengendalikan wanita berdasarkan penilaian yang dijalankan?
• Apakah alternatif lain sekiranya pengguguran tidak dijalankan?
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
LATARBELAKANG – 3/4
Isu pengguguran tidak mungkin dilihat dari satu perspektif sahaja tetapi perlu dilihat
bersama melalui pelbagai aspek multidimensi dan memerlukan pemahaman dari
pelbagai perspektif :
• Perspektif Perundangan
• Perspektif Agama
• Perspektif Perubatan
• Perspektif Kesihatan Mental
• Perspektif sosiobudaya, etika dan moral
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
LATARBELAKANG – 4/4
Pendekatan yang sensitif kepada sosiobudaya dan agama (culturally-
sensitive) adalah amalan yang terbaik (best practice).
Budaya (culture) adalah nilai-nilai,
kepercayaan, norma dan cara
hidup yang mempengaruhi cara
berfikir, keputusan dan tindakan
individu (Leininger, 1991)
“Sensitif-budaya ialah
kesedaran bahawa
perbezaan dan persamaan
wujud antara kelompok
manusia tanpa perlu
menghakimi baik/buruk,
positif/negative,
betul/salah.
PERSPEKTIF PERUNDANGAN
PERSPEKTIF PERUNDANGAN GLOBAL
Terdapat 5 tahap had undang-undang sesuatu negara di mana pengguguran
dibenarkan atas sebab seperti berikut:
1.Tanpa had/tanpa sebab tertentu;
2.Sebab sosioekonomi (contohnya pengguguran boleh dibenarkan mengambilkira
kemampuan ekonomi, umur, taraf perkahwinan dan bilangan anak)
3.Sebab kesihatan mental, di samping atas sebab menyelamatkan nyawa dan
kesihatan fizikal seorang wanita (Interpretasi ‘kesihatan mental’ mungkin berbeza
mengikut negara)
4.Sebab menyelamatkan nyawa dan kesihatan fizikal (biasanya melibatkan kesihatan
fizikal serius dan kekal)
5.Hanya atas sebab menyelamatkan nyawa seorang wanita, atau tidak dibenarkan
sama sekali. .
World Health Organization 2015
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
PERSPEKTIF PERUNDANGAN MALAYSIA
• Undang-undang berkait pengguguran berbeza mengikut negara, dan digubal
berdasarkan sensitiviti sosiobudaya masyarakat.
• Malaysia berada di tahap sederhana/tahap ketiga. Undang-undang Malaysia tidak
membenarkan pengguguran kecuali apabila: “Seorang pengamal perubatan yang
didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 menamatkan kehamilan seorang
perempuan jika pengamal perubatan tersebut berpendapat, dengan suci hati,
bahawa penerusan kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada nyawa
perempuan yang hamil itu, atau kecederaan kepada fizikal atau mental
perempuan yang hamil itu, yang lebih daripada jika kehamilan itu ditamatkan.”
• Undang-undang Malaysia tidak membenarkan pengguguran atas sebab
sosioekonomi atau tanpa sebab.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
PERSPEKTIF AGAMA
PERSPEKTIF AGAMA DI MALAYSIA
Pandangan Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian.
Pengguguran tanpa sebab/had tidak diterima oleh semua agama di Malaysia.
PERSPEKTIF AGAMA RASMI MALAYSIA: AGAMA ISLAM
PERSPEKTIF AGAMA RASMI MALAYSIA: AGAMA ISLAM
PERSPEKTIF KESIHATAN MENTAL
TAFSIRAN ‘KESIHATAN MENTAL’ DALAM KONTEKS
INDIKASI PENGGUGURAN SECARA GLOBAL
Bagi negara yang membenarkan pengguguran atas sebab kesihatan mental, terdapat
spektrum yang luas bagaimana kesihatan mental ditafsirkan.
• Terdapat negara yang tidak memberi tafsiran khusus kepada ‘kesihatan mental’
• Terdapat negara yang memerlukan diagnosis psikiatri
• Terdapat negara yang memerlukan penilaian pakar psikiatri
• Terdapat negara yang tidak memerlukan sebarang rujukan kepada pakar
psikiatri.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
KESAN KESIHATAN MENTAL DARIPADA
KEHAMILAN YANG TIDAK DIMAHUKAN
• Reaksi psikologi seperti tertekan, kesal, bersalah, malu.
• Risiko mendapat penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan.
• Risiko memburukkan keadaan penyakit mental sedia ada.
• Risiko mendapat Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) – contohnya mangsa
rogol.
• Risiko membahayakan diri - contohnya risiko mencederakan diri atau bunuh diri.
• Risiko kepada hubungan ibu-anak yang bakal lahir yang boleh terjejas.
• Risiko kepada kesihatan fizikal dan psikologi bayi yang dikandung.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
KESAN PENGGUGURAN KEPADA KESIHATAN MENTAL
• Reaksi psikologi seperti tertekan, sedih kerana kehilangan (grief).
• Reaksi psikologi seperti kesal dan bersalah – contohnya bila dilakukan
bertentangan dengan nilai-nilai atau kepercayaan seseorang.
• Risiko mendapat penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan.
• Risiko memburukkan keadaan penyakit mental sedia ada.
• Risiko penyalahgunaan dadah.
• Risiko mencederakan diri.
• Risiko kepada kesihatan fizikal ibu.
• `
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
Fergusson, D.M., Horwood, L. J. & Boden, J. M. (2008). Abortion and mental
health disorders: evidence from a 30-year longitudinal study.
The British Journal of Psychiatry , 193 (6), 444-45,
doi:10.1192/bjp.bp.108.056499
TAFSIRAN ‘KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL’ DALAM
KONTEKS INDIKASI PENGGUGURAN DI MALAYSIA
1. Membuat interpretasi kesihatan mental dalam konteks pengguguran adalah satu
proses yang rumit.
2. Satu jawatankuasa kerja telah ditugaskan untuk menyediakan garispanduan
mengenai penilaian kesihatan mental dan psikososial dan tatacara kaunseling
bagi melengkapkan prosedur pengendalian kes pengguguran di Malaysia.
3. Semua aspek diperhalusi dan dipertimbangkan:
• Perspektif Perubatan
• Perspektif Perundangan
• Perspektif Agama
• Perspektif sosiobudaya, etika dan moral
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
DEFINISI ‘KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL’
(MENTAL HEALTH INJURY)
‘Mental health injury is defined as a mental harm, suffering, damage, impairment or
dysfunction caused to a person as a direct result of some action or failure to act by
some individual. The mental health injury must reach a degree of disturbance of the
pre-existing psychological or psychiatric state such that it interferes in some
significant way with the individual’s ability to function’.
‘Kecederaan kesihatan mental adalah sebarang kemudaratan, penderitaan,
kerosakan, kecacatan atau ketidakupayaan yang berlaku kepada seseorang yang
disebabkan secara langsung oleh tindakan atau kegagalan untuk bertindak oleh
individu tertentu. Kecederaan kesihatan mental ini mestilah mencapai satu tahap di
mana gangguan keadaan psikologi/psikiatri ini mempengaruhi dengan signifikannya
keupayaan seseorang individu untuk berfungsi’
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
Young, G. (2008). Somatization and medically unexplained symptoms in psychological injury: diagnoses
and dynamics. Psychological Injury and Law, 1, 224-242. doi.10.1007/s12207-9021-4
DEFINISI ‘KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL’
(MENTAL HEALTH INJURY)
Lord Llyod (1995): “Mental health injury must occur in a recognisable psychiatric
illness and not just shock, grief, distress or some other emotions.
Lord Lyod (1995): ‘Kecederaan Kesihatan Mental mestilah berlaku dalam keadaan
penyakit psikiatri tertentu dan bukannya semata-mata keadaan terkejut,
tindakbalas akibat kehilangan (grief) atau tertekan’.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
PERSPEKTIF PERUBATAN
PERSPEKTIF PERUBATAN – 1/2
• Sekiranya risiko meneruskan kehamilan adalah lebih tinggi berbanding dengan
risiko menggugurkan kandungan, maka pengguguran adalah disarankan.
• Pertimbangan mesti mengambil kira samada keadaan yang dialami boleh/tidak
boleh dirawat, boleh/tidak boleh dikawal, boleh/tidak boleh diubah dan
mengambil kira sama ada kaedah yang bersesuaian yang ada untuk
mengendalikan wanita tersebut telah dilaksanakan sebelum keputusan untuk
membenarkan pengguguran dibuat, kebiasannya sebagai langkah terakhir.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
PERSPEKTIF PERUBATAN – 2/2
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
KRITERIA INDIKASI KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN
(KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL)
Mesti melibatkan penyakit psikiatri tertentu dan bukan sekadar reaksi psikologi
seperti terkejut, marah, kecewa, tertekan dan emosi seumpamanya.
Gangguan daripada penyakit psikiatri tersebut telah mencapai satu tahap serius
yang mengganggu secara signifikan fungsi sehari-hari individu.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
INDIKASI KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN
(KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL)
1. Penyakit mental kronik yang melibatkan risiko yang membahayakan nyawa atau
mencederakan/memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Penyakit mental
kronik termasuklah schizophrenia, bipolar disorder and severe mental
retardation.
2. Risiko/Tingkahlaku ingin membunuh diri – Risiko ini dinilai dengan menentukan
sama ada pesakit mempunyai keinginan untuk mencederakan diri, dan sama ada
mereka mempunyai perancangan spesifik untuk mencederakan diri.
3. Jangkaan penyakit mental yang teruk untuk jangka masa panjang berdasarkan
gejala atau keadaan pada masa sekarang (sebarang penyakit mental contohnya
PTSD atau penyakit lain)
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
PERMINTAAN PENGGUGURAN ATAS SEBAB SOSIAEKONOMI
• Penting dinyatakan bahawa tiada indikasi pengguguran boleh diberikan semata-
mata di atas sebab-sebab sosial kerana situasi ini tidak dibenarkan dari aspek
perundangan dan tidak boleh diterima oleh agama-agama besar yang ada di
negara kita.
• Sokongan kepada wanita tersebut boleh diberikan melalui ‘sistem sokongan
psikososial’ yang merupakan perkhidmatan yang disediakan seiring dengan
perkhidmatan kesihatan.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
SENSITIVITI AGAMA, ETIKA DAN SOSIOBUDAYA
1. Sensitiviti agama dan sosiobudaya bagi kedua-dua pihak pesakit dan pengamal
perubatan yang terlibat perlu diambilkira semasa membuat pertimbangan untuk
pengguguran.
2. Keputusan mengenai pengguguran mestilah berpandukan kepada :
a) Keperluan perubatan/kesihatan mental (kecederaan kesihatan mental)
b) Sensitiviti agama pesakit dan pengamal perubatan.
3. Pandangan mengenai sensitiviti agama ini adalah selari dengan pegangan etika
yang digariskan oleh Majlis Perubatan Malaysia (2006). Contoh: bagi teknologi
perubatan yang bercanggah dengan peraturan agama tertentu, teknologi
tersebut tidak dijalankan kepada pengamal agama berkenaan seperti teknologi
bank sperma dan ibu tumpang (surrogate pregnancy).
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
PENGENDALIAN
Dari Saringan Hingga Pengurusan Pesakit
KOMPONEN PENGENDALIAN KESIHATAN MENTAL
BAGI PENGGUGURAN – 1/3
1. Penilaian: Saringan & Penilaian Klinikal
2. Kaunseling
3. Penentuan Indikasi Kesihatan Mental
4. Pengendalian wanita yang mempunyai indikasi kesihatan mental
5. Pengendalian wanita yang tidak mempunyai indikasi kesihatan mental
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
KOMPONEN PENGENDALIAN KESIHATAN MENTAL
BAGI PENGGUGURAN – 2/3
1. Penilaian : Saringan & Penilaian Klinikal
• Bila menjalankan penilaian?
• Siapa yang menjalankan penilaian?
• Bagaimana membuat penilaian?
1. Indikasi Kesihatan Mental
• Apa indikasi kesihatan mental?
• Bagaimana menentukan indikasi ini?
• Siapa yang menentukan indikasi ini?
1. Kaunseling
• Bila menjalankan kauseling?
• Apa bentuk kaunseling?
• Siapa yang menjalankan kauseling?
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
KOMPONEN PENGENDALIAN KESIHATAN MENTAL
BAGI PENGGUGURAN – 3/3
4. Penjagaan/perawatan pesakit yang mempunyai indikasi kesihatan
mental
• Siapa yang memberi penjagaan/perawatan pesakit?
• Bagaimana memberi penjagaan/perawatan kepada pesakit?
5. Penjagaan/perawatan pesakit yang tidak mempunyai indikasi kesihatan
mental (sokongan psikososial)
• Siapa yang memberi penjagaan/perawatan kepada pesakit?
• Bagaimana memberi penjagaan/perawatan kepada pesakit?
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
SARINGAN & PENILAIAN YANG ‘STANDARDIZED’
Primary Care to Obstetric Care
KOMPONEN KAUNSELING LENGKAP
Pra penilaian
Pra pengguguran
Pasca pengguguran
Rundingcara berasaskan motivasi –
untuk wanita yang meminta
pengguguran tetapi tiada indikasi
SISTEM SOKONGAN &
REHABILITASI PSIKOSOSIAL-SPIRITUAL
KESIMPULAN
1. Kes pengguguran memerlukan pengendalian yang mengambilkira pelbagai
perspektif perundangan, perubatan fizikal dan kesihatan mental, sensitiviti
agama, sosiobudaya, etika dan moral.
2. Indikasi kesihatan mental untuk pengguguran adalah berdasarkan wujudnya
‘kecederaan kepada kesihatan mental’.
3. ‘Kecederaan kesihatan mental’ boleh berlaku dalam keadaan penyakit mental
yang serius, tingkahlaku/risiko bunuh diri yang tinggi atau wujudnya gejala pada
masa kini yang dijangkakan membawa kepada penyakit mental yang teruk untuk
jangkamasa panjang.
4. Komponen pengendalian kesihatan mental merangkumi penilaian, kaunseling,
penentuan indikasi kesihatan mental dan pengurusan dan perawatan pesakit
meliputi sokongan dan rehabilitasi psikososial-spiritual.
MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN
PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
TERIMA KASIH

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
Malenna Omar
 
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
Amin Upsi
 
Postpartum depression
Postpartum depressionPostpartum depression
Postpartum depression
jozuna
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
adeendra
 

Was ist angesagt? (20)

teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Perancangan Keluarga
Perancangan KeluargaPerancangan Keluarga
Perancangan Keluarga
 
Pengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan StresPengurusan Emosi dan Stres
Pengurusan Emosi dan Stres
 
MENTAL DISORDER (KECELARUAN MENTAL)
MENTAL DISORDER (KECELARUAN MENTAL)MENTAL DISORDER (KECELARUAN MENTAL)
MENTAL DISORDER (KECELARUAN MENTAL)
 
Kesihatan Mental di Kesihatan Primer.pptx
Kesihatan Mental di Kesihatan Primer.pptxKesihatan Mental di Kesihatan Primer.pptx
Kesihatan Mental di Kesihatan Primer.pptx
 
Pengenalan kaunseling
Pengenalan kaunselingPengenalan kaunseling
Pengenalan kaunseling
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
 
Teori REBT
Teori REBTTeori REBT
Teori REBT
 
Bengkel Pengurusan Stress
Bengkel Pengurusan StressBengkel Pengurusan Stress
Bengkel Pengurusan Stress
 
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
 
Panduan Menangani Stres
Panduan Menangani StresPanduan Menangani Stres
Panduan Menangani Stres
 
Postpartum depression
Postpartum depressionPostpartum depression
Postpartum depression
 
How to Listen So Your Patients Will Talk – How to Talk so Your Patients Will ...
How to Listen So Your Patients Will Talk – How to Talk so Your Patients Will ...How to Listen So Your Patients Will Talk – How to Talk so Your Patients Will ...
How to Listen So Your Patients Will Talk – How to Talk so Your Patients Will ...
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Relaxation therapy
Relaxation therapyRelaxation therapy
Relaxation therapy
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
 
Pengurusan stres dengan cemerlang
Pengurusan stres  dengan cemerlangPengurusan stres  dengan cemerlang
Pengurusan stres dengan cemerlang
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
 

Ähnlich wie Pengenalan Kesihatan Mental & Pengguguran (Termination of Pregnancy/TOP).

5 kesehatan mental ok.pptx
5 kesehatan mental ok.pptx5 kesehatan mental ok.pptx
5 kesehatan mental ok.pptx
marsiwaru
 

Ähnlich wie Pengenalan Kesihatan Mental & Pengguguran (Termination of Pregnancy/TOP). (20)

Konsep sehat
Konsep sehatKonsep sehat
Konsep sehat
 
Materi 2_Explaining Health Behaviour.pdf
Materi 2_Explaining Health Behaviour.pdfMateri 2_Explaining Health Behaviour.pdf
Materi 2_Explaining Health Behaviour.pdf
 
Psikologi kesehatan sesi 1 2
Psikologi kesehatan sesi 1 2Psikologi kesehatan sesi 1 2
Psikologi kesehatan sesi 1 2
 
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
 
Perilaku kesehatan
Perilaku kesehatan Perilaku kesehatan
Perilaku kesehatan
 
Perilaku kesehatan
Perilaku kesehatanPerilaku kesehatan
Perilaku kesehatan
 
perilaku-kesehatan.ppt
perilaku-kesehatan.pptperilaku-kesehatan.ppt
perilaku-kesehatan.ppt
 
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.idikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
 
Intervensi khusus pada lanjut usia
Intervensi khusus pada lanjut usiaIntervensi khusus pada lanjut usia
Intervensi khusus pada lanjut usia
 
5 kesehatan mental ok.pptx
5 kesehatan mental ok.pptx5 kesehatan mental ok.pptx
5 kesehatan mental ok.pptx
 
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
 
3.1Peran Perawat dalam Kesehatan Keperawatan Jiwa.ppt
3.1Peran Perawat dalam Kesehatan Keperawatan Jiwa.ppt3.1Peran Perawat dalam Kesehatan Keperawatan Jiwa.ppt
3.1Peran Perawat dalam Kesehatan Keperawatan Jiwa.ppt
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
PPT HELEN FIX 2.pptx
PPT HELEN FIX 2.pptxPPT HELEN FIX 2.pptx
PPT HELEN FIX 2.pptx
 
Hubungan ling dengan status sehat sakit
Hubungan ling dengan status sehat sakitHubungan ling dengan status sehat sakit
Hubungan ling dengan status sehat sakit
 
Antropologi, sehat sakit 2021
Antropologi, sehat sakit 2021Antropologi, sehat sakit 2021
Antropologi, sehat sakit 2021
 
Asuhan keperawatan lansia di rumah
Asuhan keperawatan lansia di rumahAsuhan keperawatan lansia di rumah
Asuhan keperawatan lansia di rumah
 
Promkes Health Belief Model
Promkes   Health Belief ModelPromkes   Health Belief Model
Promkes Health Belief Model
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 

Mehr von Dr. Umi Adzlin Silim

Mehr von Dr. Umi Adzlin Silim (20)

Obesity and psychiatric disorders finale
Obesity and psychiatric disorders finaleObesity and psychiatric disorders finale
Obesity and psychiatric disorders finale
 
Women, Diabetes & Depression.
Women, Diabetes & Depression.Women, Diabetes & Depression.
Women, Diabetes & Depression.
 
Coaching Your Patient’s Emotion.
Coaching Your Patient’s Emotion.Coaching Your Patient’s Emotion.
Coaching Your Patient’s Emotion.
 
Powerful Secrets to Motivate Your Patients.
Powerful Secrets to Motivate Your Patients.Powerful Secrets to Motivate Your Patients.
Powerful Secrets to Motivate Your Patients.
 
Postnatal Depression: Let’s Talk
Postnatal Depression: Let’s TalkPostnatal Depression: Let’s Talk
Postnatal Depression: Let’s Talk
 
Psychological Management of Chronic Pain Workshop
Psychological Management of Chronic Pain WorkshopPsychological Management of Chronic Pain Workshop
Psychological Management of Chronic Pain Workshop
 
Perinatal Depression: When Depression Hits at the Moment of Joy.
Perinatal Depression: When Depression Hits at the Moment of Joy.Perinatal Depression: When Depression Hits at the Moment of Joy.
Perinatal Depression: When Depression Hits at the Moment of Joy.
 
Developing A Culturally-Sensitive Guideline for Women’s Reproductive Health: ...
Developing A Culturally-Sensitive Guideline for Women’s Reproductive Health: ...Developing A Culturally-Sensitive Guideline for Women’s Reproductive Health: ...
Developing A Culturally-Sensitive Guideline for Women’s Reproductive Health: ...
 
“Saya Nak Cuci, Doktor”: A Depressed Pregnant Lady with Osteosarcoma
“Saya Nak Cuci, Doktor”: A Depressed Pregnant Lady with Osteosarcoma“Saya Nak Cuci, Doktor”: A Depressed Pregnant Lady with Osteosarcoma
“Saya Nak Cuci, Doktor”: A Depressed Pregnant Lady with Osteosarcoma
 
Komunikasi Terapeutik
Komunikasi Terapeutik Komunikasi Terapeutik
Komunikasi Terapeutik
 
Emotionally Intelligent Leadership
Emotionally Intelligent LeadershipEmotionally Intelligent Leadership
Emotionally Intelligent Leadership
 
Psychological Management of Stroke Patients
Psychological Management of Stroke PatientsPsychological Management of Stroke Patients
Psychological Management of Stroke Patients
 
Managing Intimate Partner Violence (IPV)
Managing Intimate Partner Violence (IPV)Managing Intimate Partner Violence (IPV)
Managing Intimate Partner Violence (IPV)
 
Managing Postnatal Depression (PND)
Managing Postnatal Depression (PND)Managing Postnatal Depression (PND)
Managing Postnatal Depression (PND)
 
Intimate Partner Violence (IPV)
Intimate Partner Violence (IPV)Intimate Partner Violence (IPV)
Intimate Partner Violence (IPV)
 
Postnatal Depression: What You Should Know
Postnatal Depression: What You Should KnowPostnatal Depression: What You Should Know
Postnatal Depression: What You Should Know
 
Perinatal Mental Health Services in Malaysia: Meeting the Unmet Needs
Perinatal Mental Health Services in Malaysia: Meeting the Unmet NeedsPerinatal Mental Health Services in Malaysia: Meeting the Unmet Needs
Perinatal Mental Health Services in Malaysia: Meeting the Unmet Needs
 
Postnatal Depression: Is it Predictable?
Postnatal Depression: Is it Predictable?Postnatal Depression: Is it Predictable?
Postnatal Depression: Is it Predictable?
 
"Saya pun ada perasaan"
"Saya pun ada perasaan""Saya pun ada perasaan"
"Saya pun ada perasaan"
 
The Power of Emotional Validation
The Power of Emotional ValidationThe Power of Emotional Validation
The Power of Emotional Validation
 

Kürzlich hochgeladen

Materi 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptx
Materi 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptxMateri 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptx
Materi 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptx
Yudiatma1
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
Acephasan2
 
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptSISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
Acephasan2
 
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
nadyahermawan
 
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptxKETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
Zuheri
 
1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx
1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx
1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx
NezaPurna
 
IMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONAL
IMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONALIMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONAL
IMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONAL
BagasTriNugroho5
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanLogic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
 
Materi 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptx
Materi 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptxMateri 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptx
Materi 5.1 ASKEP pada pasien dengan HEPATITIS.pptx
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial RemajaAsuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
Asuhan Keperawatan Jiwa Perkembangan Psikososial Remaja
 
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptSISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
 
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
399557772-Penyakit-Yang-Bersifat-Simptomatis.pptx PENYAKIT SIMTOMP ADALAH PEN...
 
asuhan keperawatan jiwa dengan diagnosa keperawatan resiko perilaku kekerasan
asuhan keperawatan jiwa dengan diagnosa keperawatan resiko perilaku kekerasanasuhan keperawatan jiwa dengan diagnosa keperawatan resiko perilaku kekerasan
asuhan keperawatan jiwa dengan diagnosa keperawatan resiko perilaku kekerasan
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
 
sosialisasi lomba inovasi daerah tahun 2024 kementrian kesehatan republik ind...
sosialisasi lomba inovasi daerah tahun 2024 kementrian kesehatan republik ind...sosialisasi lomba inovasi daerah tahun 2024 kementrian kesehatan republik ind...
sosialisasi lomba inovasi daerah tahun 2024 kementrian kesehatan republik ind...
 
Jenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdf
Jenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdfJenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdf
Jenis-Jenis-Karakter-Pasien-Rumah-Sakit.pdf
 
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiHigh Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
 
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptxKETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
KETIDAKBERDAYAAN DAN KEPUTUSASAAN (1).pptx
 
1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx
1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx
1 FEB_KEBIJAKAN DAN SITUASI SURV PD3I_AK I CIKARANG.pptx
 
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
Low Back Pain untuk Awam dan pekerja tahun 2024
 
Pentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdf
Pentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdfPentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdf
Pentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdf
 
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
#3Sosialisasi Penggunaan e-renggar Monev DAKNF 2024.pdf
 
IMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONAL
IMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONALIMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONAL
IMPLEMENTASI FORNAS DALAM PELAKSANAAN JAMINAN KESEHATAN NASIONAL
 
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptxPenyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
Penyuluhan kesehatan Diabetes melitus .pptx
 
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptPAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
 
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptxStatistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
Statistik Kecelakaan Kerja manajemen risiko kecelakaan kerja .pptx
 

Pengenalan Kesihatan Mental & Pengguguran (Termination of Pregnancy/TOP).

  • 1. PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Umi Adzlin binti Silim Pakar Psikiatri Hospital Kuala Lumpur
  • 2. ISI KANDUNGAN Senario Kes Latarbelakang Perspektif Perundangan Perspektif Agama Perspektif Kesihatan Mental Perspektif Perubatan Pengendalian Permintaan Pengguguran dari Sudut Kesihatan Mental
  • 3. Senario Kes: Bella Bella, berumur 18 tahun datang bersendirian ke klinik kesihatan mengadu keracunan makanan selepas mengalami muntah-muntah selama beberapa hari. Pertanyaan lanjut mendapati beliau tidak datang haid selama 3 bulan dan pemeriksaan mengesahkan yang beliau sedang hamil. Beliau sebenarnya telah menduga keadaan ini disebabkan gaya hidup yang bebas sebelum ini namun mengambil langkah berhati-hati. Fikiran beliau buntu dan bertanya samada pengguguran boleh dilakukan. Beliau telah pernah melakukan pengguguran di klinik swasta sebelum ini tetapi tidak mampu lagi disebabkan tiada punca kewangan.
  • 4. Senario Kes: Anne Anne, berumur 17 tahun di bawa oleh ibunya ke hospital kerana sakit perut. Pemeriksaan menunjukkan beliau hamil 7 minggu. Selepas diberi penjelasan, beliau dalam keadaan takut dan menangis menyatakan telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh orang bertopeng yang tidak dikenali sewaktu berjalan seorang diri ke kedai. Keluarga memohon untuk pengguguran dilakukan.
  • 5. LATARBELAKANG – 1/4 Isu pengguguran telah menimbulkan pelbagai kontroversi untuk jangkamasa yang panjang dan perbincangan mengenainya perlu dilihat secara komprehensif dan secara multidimensi. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 6. LATARBELAKANG - 2/4 • Indikasi pengguguran atas sebab perubatan adalah lebih jelas, namun apakah indikasi pengguguran atas sebab kesihatan mental berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada? • Bagaimanakah membuat penilaian kesihatan mental kepada wanita yang membuat permintaan pengguguran? • Bila & siapakah yang perlu membuat penilaian kesihatan mental? • Bagaimanakah mengendalikan wanita berdasarkan penilaian yang dijalankan? • Apakah alternatif lain sekiranya pengguguran tidak dijalankan? MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 7. LATARBELAKANG – 3/4 Isu pengguguran tidak mungkin dilihat dari satu perspektif sahaja tetapi perlu dilihat bersama melalui pelbagai aspek multidimensi dan memerlukan pemahaman dari pelbagai perspektif : • Perspektif Perundangan • Perspektif Agama • Perspektif Perubatan • Perspektif Kesihatan Mental • Perspektif sosiobudaya, etika dan moral MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 8. LATARBELAKANG – 4/4 Pendekatan yang sensitif kepada sosiobudaya dan agama (culturally- sensitive) adalah amalan yang terbaik (best practice). Budaya (culture) adalah nilai-nilai, kepercayaan, norma dan cara hidup yang mempengaruhi cara berfikir, keputusan dan tindakan individu (Leininger, 1991) “Sensitif-budaya ialah kesedaran bahawa perbezaan dan persamaan wujud antara kelompok manusia tanpa perlu menghakimi baik/buruk, positif/negative, betul/salah.
  • 10. PERSPEKTIF PERUNDANGAN GLOBAL Terdapat 5 tahap had undang-undang sesuatu negara di mana pengguguran dibenarkan atas sebab seperti berikut: 1.Tanpa had/tanpa sebab tertentu; 2.Sebab sosioekonomi (contohnya pengguguran boleh dibenarkan mengambilkira kemampuan ekonomi, umur, taraf perkahwinan dan bilangan anak) 3.Sebab kesihatan mental, di samping atas sebab menyelamatkan nyawa dan kesihatan fizikal seorang wanita (Interpretasi ‘kesihatan mental’ mungkin berbeza mengikut negara) 4.Sebab menyelamatkan nyawa dan kesihatan fizikal (biasanya melibatkan kesihatan fizikal serius dan kekal) 5.Hanya atas sebab menyelamatkan nyawa seorang wanita, atau tidak dibenarkan sama sekali. . World Health Organization 2015 MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 11. PERSPEKTIF PERUNDANGAN MALAYSIA • Undang-undang berkait pengguguran berbeza mengikut negara, dan digubal berdasarkan sensitiviti sosiobudaya masyarakat. • Malaysia berada di tahap sederhana/tahap ketiga. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan pengguguran kecuali apabila: “Seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 menamatkan kehamilan seorang perempuan jika pengamal perubatan tersebut berpendapat, dengan suci hati, bahawa penerusan kehamilan itu akan melibatkan risiko kepada nyawa perempuan yang hamil itu, atau kecederaan kepada fizikal atau mental perempuan yang hamil itu, yang lebih daripada jika kehamilan itu ditamatkan.” • Undang-undang Malaysia tidak membenarkan pengguguran atas sebab sosioekonomi atau tanpa sebab. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 13. PERSPEKTIF AGAMA DI MALAYSIA Pandangan Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian. Pengguguran tanpa sebab/had tidak diterima oleh semua agama di Malaysia.
  • 14. PERSPEKTIF AGAMA RASMI MALAYSIA: AGAMA ISLAM
  • 15. PERSPEKTIF AGAMA RASMI MALAYSIA: AGAMA ISLAM
  • 17. TAFSIRAN ‘KESIHATAN MENTAL’ DALAM KONTEKS INDIKASI PENGGUGURAN SECARA GLOBAL Bagi negara yang membenarkan pengguguran atas sebab kesihatan mental, terdapat spektrum yang luas bagaimana kesihatan mental ditafsirkan. • Terdapat negara yang tidak memberi tafsiran khusus kepada ‘kesihatan mental’ • Terdapat negara yang memerlukan diagnosis psikiatri • Terdapat negara yang memerlukan penilaian pakar psikiatri • Terdapat negara yang tidak memerlukan sebarang rujukan kepada pakar psikiatri. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 18. KESAN KESIHATAN MENTAL DARIPADA KEHAMILAN YANG TIDAK DIMAHUKAN • Reaksi psikologi seperti tertekan, kesal, bersalah, malu. • Risiko mendapat penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan. • Risiko memburukkan keadaan penyakit mental sedia ada. • Risiko mendapat Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) – contohnya mangsa rogol. • Risiko membahayakan diri - contohnya risiko mencederakan diri atau bunuh diri. • Risiko kepada hubungan ibu-anak yang bakal lahir yang boleh terjejas. • Risiko kepada kesihatan fizikal dan psikologi bayi yang dikandung. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 19. KESAN PENGGUGURAN KEPADA KESIHATAN MENTAL • Reaksi psikologi seperti tertekan, sedih kerana kehilangan (grief). • Reaksi psikologi seperti kesal dan bersalah – contohnya bila dilakukan bertentangan dengan nilai-nilai atau kepercayaan seseorang. • Risiko mendapat penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan. • Risiko memburukkan keadaan penyakit mental sedia ada. • Risiko penyalahgunaan dadah. • Risiko mencederakan diri. • Risiko kepada kesihatan fizikal ibu. • ` MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN Fergusson, D.M., Horwood, L. J. & Boden, J. M. (2008). Abortion and mental health disorders: evidence from a 30-year longitudinal study. The British Journal of Psychiatry , 193 (6), 444-45, doi:10.1192/bjp.bp.108.056499
  • 20.
  • 21.
  • 22.
  • 23. TAFSIRAN ‘KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL’ DALAM KONTEKS INDIKASI PENGGUGURAN DI MALAYSIA 1. Membuat interpretasi kesihatan mental dalam konteks pengguguran adalah satu proses yang rumit. 2. Satu jawatankuasa kerja telah ditugaskan untuk menyediakan garispanduan mengenai penilaian kesihatan mental dan psikososial dan tatacara kaunseling bagi melengkapkan prosedur pengendalian kes pengguguran di Malaysia. 3. Semua aspek diperhalusi dan dipertimbangkan: • Perspektif Perubatan • Perspektif Perundangan • Perspektif Agama • Perspektif sosiobudaya, etika dan moral MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 24. DEFINISI ‘KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL’ (MENTAL HEALTH INJURY) ‘Mental health injury is defined as a mental harm, suffering, damage, impairment or dysfunction caused to a person as a direct result of some action or failure to act by some individual. The mental health injury must reach a degree of disturbance of the pre-existing psychological or psychiatric state such that it interferes in some significant way with the individual’s ability to function’. ‘Kecederaan kesihatan mental adalah sebarang kemudaratan, penderitaan, kerosakan, kecacatan atau ketidakupayaan yang berlaku kepada seseorang yang disebabkan secara langsung oleh tindakan atau kegagalan untuk bertindak oleh individu tertentu. Kecederaan kesihatan mental ini mestilah mencapai satu tahap di mana gangguan keadaan psikologi/psikiatri ini mempengaruhi dengan signifikannya keupayaan seseorang individu untuk berfungsi’ MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN Young, G. (2008). Somatization and medically unexplained symptoms in psychological injury: diagnoses and dynamics. Psychological Injury and Law, 1, 224-242. doi.10.1007/s12207-9021-4
  • 25. DEFINISI ‘KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL’ (MENTAL HEALTH INJURY) Lord Llyod (1995): “Mental health injury must occur in a recognisable psychiatric illness and not just shock, grief, distress or some other emotions. Lord Lyod (1995): ‘Kecederaan Kesihatan Mental mestilah berlaku dalam keadaan penyakit psikiatri tertentu dan bukannya semata-mata keadaan terkejut, tindakbalas akibat kehilangan (grief) atau tertekan’. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 27. PERSPEKTIF PERUBATAN – 1/2 • Sekiranya risiko meneruskan kehamilan adalah lebih tinggi berbanding dengan risiko menggugurkan kandungan, maka pengguguran adalah disarankan. • Pertimbangan mesti mengambil kira samada keadaan yang dialami boleh/tidak boleh dirawat, boleh/tidak boleh dikawal, boleh/tidak boleh diubah dan mengambil kira sama ada kaedah yang bersesuaian yang ada untuk mengendalikan wanita tersebut telah dilaksanakan sebelum keputusan untuk membenarkan pengguguran dibuat, kebiasannya sebagai langkah terakhir. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 28. PERSPEKTIF PERUBATAN – 2/2 MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 29. KRITERIA INDIKASI KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN (KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL) Mesti melibatkan penyakit psikiatri tertentu dan bukan sekadar reaksi psikologi seperti terkejut, marah, kecewa, tertekan dan emosi seumpamanya. Gangguan daripada penyakit psikiatri tersebut telah mencapai satu tahap serius yang mengganggu secara signifikan fungsi sehari-hari individu. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 30. INDIKASI KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN (KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL) 1. Penyakit mental kronik yang melibatkan risiko yang membahayakan nyawa atau mencederakan/memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Penyakit mental kronik termasuklah schizophrenia, bipolar disorder and severe mental retardation. 2. Risiko/Tingkahlaku ingin membunuh diri – Risiko ini dinilai dengan menentukan sama ada pesakit mempunyai keinginan untuk mencederakan diri, dan sama ada mereka mempunyai perancangan spesifik untuk mencederakan diri. 3. Jangkaan penyakit mental yang teruk untuk jangka masa panjang berdasarkan gejala atau keadaan pada masa sekarang (sebarang penyakit mental contohnya PTSD atau penyakit lain) MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 31. PERMINTAAN PENGGUGURAN ATAS SEBAB SOSIAEKONOMI • Penting dinyatakan bahawa tiada indikasi pengguguran boleh diberikan semata- mata di atas sebab-sebab sosial kerana situasi ini tidak dibenarkan dari aspek perundangan dan tidak boleh diterima oleh agama-agama besar yang ada di negara kita. • Sokongan kepada wanita tersebut boleh diberikan melalui ‘sistem sokongan psikososial’ yang merupakan perkhidmatan yang disediakan seiring dengan perkhidmatan kesihatan. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 32. SENSITIVITI AGAMA, ETIKA DAN SOSIOBUDAYA 1. Sensitiviti agama dan sosiobudaya bagi kedua-dua pihak pesakit dan pengamal perubatan yang terlibat perlu diambilkira semasa membuat pertimbangan untuk pengguguran. 2. Keputusan mengenai pengguguran mestilah berpandukan kepada : a) Keperluan perubatan/kesihatan mental (kecederaan kesihatan mental) b) Sensitiviti agama pesakit dan pengamal perubatan. 3. Pandangan mengenai sensitiviti agama ini adalah selari dengan pegangan etika yang digariskan oleh Majlis Perubatan Malaysia (2006). Contoh: bagi teknologi perubatan yang bercanggah dengan peraturan agama tertentu, teknologi tersebut tidak dijalankan kepada pengamal agama berkenaan seperti teknologi bank sperma dan ibu tumpang (surrogate pregnancy). MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 33. PENGENDALIAN Dari Saringan Hingga Pengurusan Pesakit
  • 34. KOMPONEN PENGENDALIAN KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN – 1/3 1. Penilaian: Saringan & Penilaian Klinikal 2. Kaunseling 3. Penentuan Indikasi Kesihatan Mental 4. Pengendalian wanita yang mempunyai indikasi kesihatan mental 5. Pengendalian wanita yang tidak mempunyai indikasi kesihatan mental MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 35. KOMPONEN PENGENDALIAN KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN – 2/3 1. Penilaian : Saringan & Penilaian Klinikal • Bila menjalankan penilaian? • Siapa yang menjalankan penilaian? • Bagaimana membuat penilaian? 1. Indikasi Kesihatan Mental • Apa indikasi kesihatan mental? • Bagaimana menentukan indikasi ini? • Siapa yang menentukan indikasi ini? 1. Kaunseling • Bila menjalankan kauseling? • Apa bentuk kaunseling? • Siapa yang menjalankan kauseling? MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 36. KOMPONEN PENGENDALIAN KESIHATAN MENTAL BAGI PENGGUGURAN – 3/3 4. Penjagaan/perawatan pesakit yang mempunyai indikasi kesihatan mental • Siapa yang memberi penjagaan/perawatan pesakit? • Bagaimana memberi penjagaan/perawatan kepada pesakit? 5. Penjagaan/perawatan pesakit yang tidak mempunyai indikasi kesihatan mental (sokongan psikososial) • Siapa yang memberi penjagaan/perawatan kepada pesakit? • Bagaimana memberi penjagaan/perawatan kepada pesakit? MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN
  • 37. SARINGAN & PENILAIAN YANG ‘STANDARDIZED’ Primary Care to Obstetric Care
  • 38. KOMPONEN KAUNSELING LENGKAP Pra penilaian Pra pengguguran Pasca pengguguran Rundingcara berasaskan motivasi – untuk wanita yang meminta pengguguran tetapi tiada indikasi
  • 39. SISTEM SOKONGAN & REHABILITASI PSIKOSOSIAL-SPIRITUAL
  • 40. KESIMPULAN 1. Kes pengguguran memerlukan pengendalian yang mengambilkira pelbagai perspektif perundangan, perubatan fizikal dan kesihatan mental, sensitiviti agama, sosiobudaya, etika dan moral. 2. Indikasi kesihatan mental untuk pengguguran adalah berdasarkan wujudnya ‘kecederaan kepada kesihatan mental’. 3. ‘Kecederaan kesihatan mental’ boleh berlaku dalam keadaan penyakit mental yang serius, tingkahlaku/risiko bunuh diri yang tinggi atau wujudnya gejala pada masa kini yang dijangkakan membawa kepada penyakit mental yang teruk untuk jangkamasa panjang. 4. Komponen pengendalian kesihatan mental merangkumi penilaian, kaunseling, penentuan indikasi kesihatan mental dan pengurusan dan perawatan pesakit meliputi sokongan dan rehabilitasi psikososial-spiritual. MODUL LATIHAN PENILAIAN KECEDERAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK PENGGUGURAN PENGENALAN KESIHATAN MENTAL & PENGGUGURAN

Hinweis der Redaktion

  1. Worth mentioning, in the context of unplanned and unwanted pregnancy the emotions of shock, grief and distress may be considered as ‘normal psychological reactions’ that are common and expected. Wajar dinyatakan bahawa dalam konteks kehamilan yang tidak dirancang/tidak dimahukan, perasaan terkejut, murung dan tertekan boleh merupakan satu tindakbalas normal yang biasa dan diduga.